bermula dan berakhir dengan baik · 2021. 1. 7. · graduasi dan oleh itu, daripada 160 paket yang...

6
Bermula dan Berakhir dengan Baik “Ada dua jenis orang, mereka yang menyelesaikan apa yang mereka mulakan dan yang sebaliknya.” ~ Robert Byrne Satu kebiasaan menjelang akhir tahun adalah untuk merefleksi tentang tahun ini dan kemudian menetapkan matlamat yang bermakna untuk tahun yang akan datang. Tetapi 2020 adalah tahun yang luar biasa. Seolah-olah kita hanya mempunyai 3 bulan pertama pada awal tahun dan 2 bulan terakhir pada akhir tahun ini. Di antaranya adalah PKP dan tinggal di rumah. Bagi kebanyakan kita (dan pelayanan), kita memulakan tahun 2020 dengan langkah yang tepat, tetapi pandemik mengacau segalanya. Kita hidup di zaman di mana ramai orang “bermula dengan baik” dalam pelayanan tetapi tidak ramai yang “berakhir dengan baik”. Begitu ramai saudara dan saudari kita memulakan pekerjaan mereka dengan panggilan tulus dari Tuhan dan komitmen yang mendalam untuk melayani-Nya. Iman mereka ikhlas dan cinta mereka kepada Tuhan adalah pengorbanan. Keinginan tertinggi mereka adalah menyerahkan diri untuk Kristus dan kerajaan-Nya. Namun di sepanjang jalan, tekanan, keperitan, kekecewaan dan kegagalan hidup menyebabkan mereka kelesuan, putus asa dan akhirnya menyerah. Tetapi “… kita yang dikelilingi dengan sebegitu ramainya saksi, hendaklah menjauhi beban dan dosa yang amat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita. Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita. Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib, tanpa menghiraukan pengaiban itu, dan sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.” (Ibrani 12:1-2) Tahun ini, kita melihat ramai hamba Tuhan yang hebat pergi. Antaranya Reinhard Bonnke, Peter Maiden, Ravi Zacharias, J. I. Packer, Édouard Nelson, Thomas Howard, Luci Swindoll, Juan Stem, John Edmund Haggai. Gereja Malaysia pula kehilangan Rev Loh Soon Choy dan Pastor Sidik Lindaan. Mereka semua adalah contoh orang yang bermula dan berakhir dengan baik. Penulis Surat Ibrani menggambarkan bagi kita sebuah stadium untuk perlumbaan. Semua orang beriman yang hidup berkumpul di trek pada pelbagai peringkat dalam perlumbaan kita. Panggung stadium dipenuhi dengan semua orang yang pernah berlumba di hadapan kita. Semasa kita berlumba, kumpulan pelari lain dari masa lalu dan kini, mengelilingi kita dan terus mendorong kita. Begitu ramainya mereka sehingga menjadi awan yang mengelilingi kita. Semuanya bersorak untuk kita. Mereka adalah saksi iman – yang datang sebelum dan selepas Yesus. Yesus adalah pelopor, yang menunjukkan kepada kita bagaimana menjalankan perlumbaan dan yang memberi kita tujuan untuk berlari. Tetapi seluruh awan saksi ada di sana merangkul kita ketika kita berlari dan menyambut kita pulang ketika kita menyelesaikan perlumbaan. Ada satu pelajaran yang jelas di sini untuk kehidupan rohani kita: ia bukan bagaimana anda memulakan, tetapi bagaimana anda menyelesaikannya. Sangat mudah untuk memulakan dengan baik dan kemudian hilang fokus serta keruntuhan rohani. Sangat mudah untuk hilang semangat. Di kalangan gereja, kita menggunakan perkataan khusus untuk fenomena ini: jatuh dan murtad. Ia menunjukkan bahawa kita membuat kemajuan tetapi kemudian kita mundur ke belakang dan mula jatuh dalam kehidupan rohani kita. Ingatlah: bukan bagaimana anda memulakan perjalanan kerohanian; tetapi bagaimana anda melanjutkan dan menyelesaikannya. Dan apabila kita selesai menjalankan perlumbaan, kita tidak meninggalkan stadium; kita juga turut memberi semangat kepada orang lain semasa mereka berlumba. Yang penting bukanlah bagaimana anda bermulai, tetapi bagaimana anda menyelesaikannya. Selamat memulakan tahun 2021 dengan baik! Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Upload: others

Post on 24-Feb-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bermula dan Berakhir dengan Baik · 2021. 1. 7. · graduasi dan oleh itu, daripada 160 paket yang disasarkan, kami hanya dapat mengedarkan 21 pek. • Inisiatif TITUS 2:7 – untuk

Bermula dan Berakhir dengan Baik

“Ada dua jenis orang, mereka yang menyelesaikan apa yang mereka mulakan dan yang sebaliknya.” ~ Robert Byrne

Satu kebiasaan menjelang akhir tahun adalah untuk merefleksi tentang tahun ini dan kemudian menetapkan matlamat yang bermakna untuk tahun yang akan datang. Tetapi 2020 adalah tahun yang luar biasa. Seolah-olah kita hanya mempunyai 3 bulan pertama pada awal tahun dan 2 bulan terakhir pada akhir tahun ini. Di antaranya adalah PKP dan tinggal di rumah. Bagi kebanyakan kita (dan pelayanan), kita memulakan tahun 2020 dengan langkah yang tepat, tetapi pandemik mengacau segalanya. Kita hidup di zaman di mana ramai orang “bermula dengan baik” dalam pelayanan tetapi tidak ramai yang “berakhir dengan baik”. Begitu ramai saudara dan saudari kita memulakan pekerjaan mereka dengan panggilan tulus dari Tuhan dan komitmen yang mendalam untuk melayani-Nya. Iman mereka ikhlas dan cinta mereka kepada Tuhan adalah pengorbanan. Keinginan tertinggi mereka adalah menyerahkan diri untuk Kristus dan kerajaan-Nya. Namun di sepanjang jalan, tekanan, keperitan, kekecewaan dan kegagalan hidup menyebabkan mereka kelesuan, putus asa dan akhirnya menyerah. Tetapi “… kita yang dikelilingi dengan sebegitu ramainya saksi, hendaklah menjauhi beban dan dosa yang amat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita. Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita. Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib, tanpa menghiraukan pengaiban itu, dan sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.” (Ibrani 12:1-2) Tahun ini, kita melihat ramai hamba Tuhan yang hebat pergi. Antaranya Reinhard Bonnke, Peter Maiden, Ravi Zacharias, J. I. Packer, Édouard Nelson, Thomas Howard, Luci Swindoll, Juan Stem, John Edmund Haggai. Gereja Malaysia pula kehilangan Rev Loh Soon Choy dan Pastor Sidik Lindaan. Mereka semua adalah contoh orang yang bermula dan berakhir dengan baik. Penulis Surat Ibrani menggambarkan bagi kita sebuah stadium untuk perlumbaan. Semua orang beriman yang hidup berkumpul di trek pada pelbagai peringkat dalam perlumbaan kita. Panggung stadium dipenuhi dengan semua orang yang pernah berlumba di hadapan kita. Semasa kita berlumba, kumpulan pelari lain dari masa lalu dan kini, mengelilingi kita dan terus mendorong kita. Begitu ramainya mereka sehingga menjadi awan yang mengelilingi kita. Semuanya bersorak untuk kita. Mereka adalah saksi iman – yang datang sebelum dan selepas Yesus. Yesus adalah pelopor, yang menunjukkan kepada kita bagaimana menjalankan perlumbaan dan yang memberi kita tujuan untuk berlari. Tetapi seluruh awan saksi ada di sana merangkul kita ketika kita berlari dan menyambut kita pulang ketika kita menyelesaikan perlumbaan. Ada satu pelajaran yang jelas di sini untuk kehidupan rohani kita: ia bukan bagaimana anda memulakan, tetapi bagaimana anda menyelesaikannya. Sangat mudah untuk memulakan dengan baik dan kemudian hilang fokus serta keruntuhan rohani. Sangat mudah untuk hilang semangat. Di kalangan gereja, kita menggunakan perkataan khusus untuk fenomena ini: jatuh dan murtad. Ia menunjukkan bahawa kita membuat kemajuan tetapi kemudian kita mundur ke belakang dan mula jatuh dalam kehidupan rohani kita. Ingatlah: bukan bagaimana anda memulakan perjalanan kerohanian; tetapi bagaimana anda melanjutkan dan menyelesaikannya. Dan apabila kita selesai menjalankan perlumbaan, kita tidak meninggalkan stadium; kita juga turut memberi semangat kepada orang lain semasa mereka berlumba. Yang penting bukanlah bagaimana anda bermulai, tetapi bagaimana anda menyelesaikannya.

Selamat memulakan tahun 2021 dengan baik!

Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Page 2: Bermula dan Berakhir dengan Baik · 2021. 1. 7. · graduasi dan oleh itu, daripada 160 paket yang disasarkan, kami hanya dapat mengedarkan 21 pek. • Inisiatif TITUS 2:7 – untuk

Bersyukur Atas Segala-galanya

Bukan kami, ya TUHAN, bukan kami,

tetapi Engkau sahaja yang harus dimuliakan dan dipuji, kerana Engkau setia dan tetap mengasihi kami.

Mengapakah bangsa-bangsa bertanya, “Di manakah Allah mereka?”

Allah kami ada di syurga; Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya. (Mazmur 115:1-3)

Setiap projek kami mempunyai cerita mengenai campur tangan langsung Tuhan kita di dalamnya. 2020 juga tidak terkecuali. Segala kemuliaan bagi Bapa kita yang baik untuk satu tahun yang penuh berkat dalam perjalanan kami dengan Tuhan kita yang setia, yang telah bekerja dengan cara yang tidak dapat kita selami.

Sorotan 2020 Ketika kami menyangka 2020 akan menjadi tahun yang sepi, Tuhan bergerak sekali lagi dengan cara misteri dan mengagumkan. Tidak pernah terlintas di fikiran manusia kami untuk mengedar lebih dari 40,000 naskah Alkitab Kanak-Kanak dalam tahun yang ditandai dengan lockdown dan sekatan perjalanan. Tuhan bergerak, kami hanya patuh. Kami terpegun dengan 36,000 Alkitab Kanak-Kanak yang telah diedarkan melalui beberapa rangkaian di Sarawak tahun ini walaupun pengedaran di Sabah agak perlahan kerana kekurangan orang yang mahu memperjuangkan usaha ini.

Ada dua inisiatif yang terjejas oleh PKP:

• Inisiatif Emmaus – untuk menyediakan satu set bahan sumber (Sekolah Minggu, muda-mudi, buku kaunselling dll) kepada semua pelajar penamat Sekolah Alkitab. Kebanyakan Sekolah Alkitab telah menangguhkan upacara graduasi dan oleh itu, daripada 160 paket yang disasarkan, kami hanya dapat mengedarkan 21 pek.

• Inisiatif TITUS 2:7 – untuk menyebarkan Alkitab Edisi Studi kepada semua pelajar tahun satu sekolah Alkitab dan pemimpin gereja. Daripada 300 buah yang disasarkan, kami hanya berjaya mengedarkan 125 buah pada awal tahun ini.

PKP memaksa kami untuk membatalkan semua perjalanan ke Sabah dan Sarawak, dan menangguhkan percetakan buku-buku baru. Hanya 4 judul yang diterbitkan tahun ini. Tetapi semasa PKPB pada bulan Mei, kami berjaya mencetak 5,000 risalah penginjilan kanak-kanak dan dihantar ke Sabah dan Sarawak.

Bekerja dari rumah juga membantu kami menumpukan perhatian kepada penterjemahan dan bersiap untuk mencetak 8 tajuk baru di bawah “Siri Menjelajah Alkitab”. Buku-buku ini sangat baik untuk Sekolah Alkitab dan pemuridan di gereja. Kami bersyukur kepada Tuhan kerana 2020 telah menjadi tahun di mana kami melakukan lompatan besar ke platform digital. Kami menghasilkan satu atau dua video pengajaran pendek dan renungan mingguan di laman web Sabda Harian kami. Jumlah orang yang mengakses laman web meningkat pesat semasa PKP. Walaupun pelatihan Lapan Permata (bahan Sekolah Minggu kami) terpaksa dibatalkan, namun pelatihan atas talian telah membantu para guru Sekolah Minggu di Sabah dan Sarawak untuk terus menggunakan Lapan Permata dalam pelayanan mingguan mereka.

Page 3: Bermula dan Berakhir dengan Baik · 2021. 1. 7. · graduasi dan oleh itu, daripada 160 paket yang disasarkan, kami hanya dapat mengedarkan 21 pek. • Inisiatif TITUS 2:7 – untuk

Kami juga bersyukur kepada Tuhan atas sumbangan yang kami terima untuk Inisiatif Sikhem. Inisiatif Sikhem dilancarkan pada bulan September 2015. Setakat ini kami telah melabur dalam 76 pelajar, 28 pekerja penuh masa, 2 penginjil Iban, 4 misi pedalaman untuk pelajar universiti, membantu membiayai perpustakaan Sekolah Alkitab, 2 perpustakaan gereja di pedalaman, dan projek khas kasut sekolah serta beg sekolah.

Tahun ini, 32 pelajar Sekolah Alkitab dan 15 pelayan sepenuh masa dibantu melalui inisiatif ini. Dan dalam masa yang sukar ini, melalui beberapa orang penderma, kami telah memberikan pemberian kasih kepada:

• 24 pastor di pedalaman (Jun dan Ogos)

• 16 pelayan Tuhan sepenuh masa (Januari dan Oktober)

• 23 pelajar sekolah Alkitab dan keluarga (Nov)ember

• Membantu seorang gembala yang rumahnya dimusnahkan oleh banjir di Pitas, Sabah (Disember)

Memasuki 2021 Berdoalah bersama kami ketika kita melangkah ke tahun 2021 dengan beberapa projek dan inisiatif: 1. Kempen Satu Anak Kristian Satu Alkitab Setakat ini, 380,000 Alkitab Kanak-Kanak telah diedarkan, di mana 40,690 diedarkan pada tahun 2020. Alkitab Kanak-Kanak telah diubah nama menjadi Alkitab Edisi Ilustrasi. Ia telah dilancarkan dan didoakan oleh Pr. Phua Seng Tiong pada 10 Disember lalu. Alasan penggantian nama adalah kerana kami mendapati ada ramai orang muda dan dewasa membaca Alkitab ini, dan berdasarkan maklum balas, kami menggantikan perkataan kanak kanak. 30,000 naskhah akan dicetak pada bulan Januari 2021. Doakan agar para kanak-kanak dan remaja yang menerima buku ini akan terus bertumbuh dalam Tuhan.

2. Komik Singa Yehuda Kami merancang untuk mengedarkan 30,000 naskhah lagi ke Sabah & Sarawak pada tahun 2021. Doakan agar komik Singa Yehuda dapat menguatkan iman para belia kita, dan melengkapkan mereka untuk menjawab semua soalan apologetika yang sukar.

3. Inisiatif TITUS 2:7 Kami mengimport 7,800 Alkitab Edisi Studi (AES) dan melancarkan kempen Inistaif TITUS 2:7 pada tahun 2015. Sehingga kini, 7,080 pemimpin gereja, penginjil, pelajar sekolah Alkitab, guru Sekolah Minggu dan pekerja sepenuh masa telah menerima AES peribadi mereka. Kami mensasarkan untuk mengedarkan 200 naskhah pada tahun 2021. Doakan agar AES membolehkan para guru dan pemimpin untuk mengajarkan Firman Allah dengan lebih baik lagi.

4. Inisiatif Sikhem Untuk tahun 2021, kami mendoakan lebih ramai penaja untuk mendukung 5 pelayan Tuhan penuh masa baru dan 20 pelajar tahun pertama sekolah Alkitab. Berdoalah agar para pelajar sekolah Alkitab akan tekun mempelajari Firman, pelayan Tuhan untuk terus mempercayai bimbingan Tuhan dalam pelayanan mereka (mereka harus mengumpulkan RM 3,000/bulan untuk pelayanan mereka, dan pandemik menyebabkan mereka kehilangan 50-60% sponsor mereka), dan bagi pelajar Sabah dan Sarawak di universiti menyedari panggilan misi ke negeri mereka sendiri. 5. Pelayanan Digital Sabda Harian Kami ingin membawa Sabda Harian ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2021. Berdoalah agar Tuhan memberi kami sumber daya manusia yang tepat semasa kami merancang sesi mingguan dalam talian untuk kaunseling keluarga, kepemimpinan dan kebaktian pendek.

Sekalung Kasih! Akhir sekali, kami bersyukur kepada Tuhan dan anda – untuk kemitraan anda dalam pelayanan ini. Kami memerlukan sokongan doa anda ketika kami terus maju ke hadapan dengan pekerjaan yang Tuhan telah berikan kepada kami.

Bukan kami, ya TUHAN, bukan kami, tetapi Engkau sahaja yang harus dimuliakan dan dipuji,

kerana Engkau setia dan tetap mengasihi kami. (Mazmur 115:1)

Page 4: Bermula dan Berakhir dengan Baik · 2021. 1. 7. · graduasi dan oleh itu, daripada 160 paket yang disasarkan, kami hanya dapat mengedarkan 21 pek. • Inisiatif TITUS 2:7 – untuk

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua dan menyebut nama-namamu dalam doa

kami. Kami sentiasa ingat betapa kamu telah bekerja dalam iman, berusaha dengan kasih dan bersabar dengan

sepenuh harapan kepada Tuhan Yesus Kristus kita di hadapan Allah Bapa kita.

(1 Tesalonika 1:2,3) Kami bersyukur kepada Tuhan bahawa 4,000 Alkitab Kanak-Kanak dan 4,000 Singa Yehuda telah diedarkan ke 48 sekolah dan banyak rumah panjang di daerah Belaga, Baram dan Ulu Baram di Sarawak pada bulan Oktober dan November 2020. Setengah sekolah tersebut jauh di pedalaman sehingga hanya beberapa kilometer dari sempadan Indonesia. Terpujilah nama Tuhan! Berikut adalah beberapa gambar sebagai saksi penyediaan, kesetiaan dan kasih Tuhan kepada anak-anak di Sarawak.

Page 5: Bermula dan Berakhir dengan Baik · 2021. 1. 7. · graduasi dan oleh itu, daripada 160 paket yang disasarkan, kami hanya dapat mengedarkan 21 pek. • Inisiatif TITUS 2:7 – untuk

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Alkitab Edisi Ilustrasi

Kekuatan Kekristianan di Malaysia terletak pada Gereja BM. Kami berdoa agar Alkitab Edisi Ilustrasi akan memainkan peranan penting dalam menangani cabaran mendesak untuk memperkukuhkan iman generasi pelapis kita. Tidak ada Alkitab bermaksud tidak ada pemuridan. Tanpa pemuridan, bagaimana mereka dapat berdiri teguh dalam iman mereka? Apa lagi dengan usaha pengislaman yang agresif, cabaran era modenisasi dan perubahan demografi yang mempengaruhi Bumiputera Kristian dewasa kini. Pada pelancaran “Alkitab Edisi Ilustrasi untuk Kempen Satu Anak Kristian Satu Alkitab 2021” pada 10 Disember 2020, Pr. Phua Seng Tiong berdoa, “Tuhan, kami tahu bahawa sama seperti Alkitab Kanak-Kanak, buku ini akan dibaca oleh orang dari segala lapisan umur dan latar belakang, di rumah-rumah panjang, kampung dan sekolah ... kami meminta kepada-Mu, ya Tuhan, ketika kami melancarkan Alkitab Edisi Ilustrasi ini, ia bukan sahaja akan membuka jalan-jalan masuk tetapi akan menyebabkan kehausan dan kelaparan akan Firman-Mu sehingga ramai yang ingin memilikinya, bahkan mereka yang berada di luar jangkauan yang kami diberitahu tidak boleh menyentuh mereka. Mereka juga akan membaca Firman-Mu, dan mereka akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan mereka .... lancarkan kempen ini atas nama-Mu, dan jangan hanya menyebabkan riak-riak, tetapi gelombang gelombang pemahaman dan kebenaran, sehingga orang dapat mengetahui siapa Engkau dan mengenali Engkau.” Sesungguhnya, itulah doa kita. Ya Tuhan, dengarkanlah seruan doa kami!

Menjambatani Komuniti Kristian

Email dari Sarawak

Nama saya Annabelle Achires dari Bintulu. Setahun yang lalu, saya menerima Alkitab Kanak-Kanak dan ia telah mengubah saya. Saya dapat merasakan kehadiran Tuhan ketika membaca buku itu. Suatu hari, setelah membaca buku, hati saya terbuka untuk berdoa dan memuji Tuhan. Hati saya penuh kegembiraan. Saya masih ingat ketika saya mandi, saya tidak dapat berhenti menyanyikan pujian kepada Tuhan. Setelah menerima Yesus sebagai penyelamat saya, minat saya untuk berdoa bertambah. Bukan hanya bersyukur kepada Tuhan sebelum dan selepas makan, tetapi meluangkan masa untuk bercakap dengan-Nya setiap malam sebelum saya tidur dan setelah saya bangun. Saya ingin berkongsi satu kesaksian. Ketika angin kencang dan hujan lebat melanda Sarawak baru-baru ini, saya berdoa kepada Tuhan untuk masa yang lama. Dan 2 jam kemudian, hujan berhenti dan tidak ada angin kencang atau kilat. Saya sekarang tahu bahawa jika saya takut, saya dapat datang kepada Tuhan dalam doa kerana ada tertulis “Tuhan mendengar doa kita”. Dan pada masa yang sama, saya dapat mengingat kata-kata Yesus, “Aku Yesus. Jangan takut”.

Membaca Alkitab Kanak-Kanak juga mengajar saya tentang rasa syukur. Alkitab mengajar kita untuk tidak mengingini apa yang dimiliki orang lain. Dan tidak membandingkan diri anda dengan orang lain. Tuhan mengasihi mereka yang berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang mereka ada. Saya sekarang berusia 11 tahun dan saya semakin berminat untuk mempelajari Firman Tuhan dan berdoa. Saya juga membaca kitab terakhir Alkitab, Wahyu, dan belajar tentang akhir zaman. Saya belajar bahawa sebelum akhir zaman tiba, ramai orang akan bertaubat dari dosa-dosa mereka, dan mereka yang percaya kepada Yesus akan diselamatkan. Saya sangat menghargai buku yang telah saya terima ini. Terima kasih.

Annabelle

12-Dec 2020

Page 6: Bermula dan Berakhir dengan Baik · 2021. 1. 7. · graduasi dan oleh itu, daripada 160 paket yang disasarkan, kami hanya dapat mengedarkan 21 pek. • Inisiatif TITUS 2:7 – untuk

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Sponsor dan dukung “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” Wawasan Penabur

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in: Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Badan Pengurus (Penabur): • Chow Chee Yan (Petaling Jaya Evangelical Free Church)

• Roshan Thiran (Pusat Injil Kelana Jaya)

• Randy Singkee (Sungai Way-Subang Methodist Church)

• Rev Danil Raut (BEM Sarawak, Legacy Builder Ministry)

Badan Penasihat: • Rev Wong Fong Yang (Senior Pastor, City Discipleship

Presbyterian Church) • Rev Datuk Jerry Dusing (President, SIB Sabah)

• Lim Heng Seng (Peguam, SIB KL)

• Rev Jasme Dairis (Presiden, SIB Semenanjung)

http://sabdaharian.com/

Menyumbang pada “Projek Digital Sabda Harian”

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Kempen Satu Anak Kristian Satu Alkitab 2021

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon: _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)