beriman kepada malaikat

69

Upload: laoshi-nur-afiqah-amir

Post on 22-Jul-2015

206 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Iman = Bahasa Membenarkan sesuatu dengan

hati

Iman = Istilah Membenarkan dengan hati,

berikrar dengan lidah , dan

beramal dengan anggota badan.

Asal perkataan Iman dalam bahasa Arab ( امن ) yang berertiaman atau membentuk keadaan aman dan tenteram.

Sabda Rasulullah :

"Yang dikatakan iman itu ialah dengan engkauberiman kepada Allah, Malaikat-Nya,kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari kiamat dan

engkau beriman kepada Qadar baik dan Qadarburuk adalah daripada Allah".

(Hadis riwayat Bukhari)

• Menurut bahasa adalah ”مالئكة“ bentuk kata jama' yang berasal

dari perkataan “ yang bererti ”ملك kekuatan.

• Menurut istilah adalah salah satu jenis makhluk Allah yang Ia

ciptakan khusus untuk taat dan beribadah kepadaNya serta

mengerjakan semua tugas-tugas-Nya. Sebagaimana dijelaskan

Allah dalam firman-Nya :

Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah

milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di

sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada

beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan

letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak

berhenti-henti.

(Surah Al-Anbiya’ 21:19-20)

• Para malaikat merupakan hamba Allah yang diciptakan daripada Nur (cahaya).

من خلق الجان من مارج خلقت المالئكة من نور، و •ا وصف ل كم نار، وخلق آدم مم

“Malaikat itu diciptakan dari cahaya, dan Iblis (al-jânn adalah abu al-jin atau iblis) diciptakan dari pijar dan api, dan Adam diciptakan dari apa yang sudah disifat pada kalian (dalam Al-Qur’an).”

(HR. Muslim)

• Setiap Muslim wajib beriman kepada Malaikat keranaianya salah satu perkara yang disebut di dalam RukunIman.

• Sekiranya seseorang Islam tidak beriman kepadamalaikat, Imannya adalah tidak sah dan merekatergolong dalam golongan orang yang kafir.

• Meyakini tentang hakikat kewujudannya adalah sangatpenting kepada umat islam supaya mereka sentiasamelakukan kebaikan.

Dalil tentang beriman kepada malaikat :

Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada

Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah

diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w), dan juga kepada

Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan

sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-

malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga

hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan

Yang amat jauh.

( Surah An-Nisaa’ 4:136)

Malaikat adalah makhluk yang tidak mampuditanggap oleh pancaindera manusia.

Secara khususnya kita tidak mengetahui bilamalaikat itu diciptakan kerana Allah tidakmenyatakan bilakah malaikat itu diciptakan.

Namun, dalam al-Quran menyatakanbahawasanya Allah s.w.t itu telahmenciptakan para malaikat dahulu sebelummanusia.

Dalil penciptaan malaikat :

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di

bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu

Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak

menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana

dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami

sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?".

Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa

Yang kamu tidak mengetahuinya".

(Surah al-Baqarah 2:30)

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta

Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka

hendaklah kamu sujud kepadaNya.

(Surah Al-Hijr 15:29)

Bilangan para malaikat amatlah banyak, dalam al-Quran hanya menjelaskan secara umum sahaja.

Hanya Allah s.w.t yang mengetahui jumlah sebenarpara malaikat yang dicipta sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran.

Dalil bilangan malaikat :

…..dan tiada Yang mengetahui tentera Tuhanmu

melainkan Dia lah sahaja. dan (ingatlah, Segala

Yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu

tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi

manusia.

(Surah Al-Muddathir 74:31)

(malaikat pula menegaskan pendirian mereka Dengan

berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan Kami

melainkan ada baginya darjat kedudukan Yang tertentu

(dalam menyempurnakan tugasnya);. "Dan Sesungguhnya

Kamilah Yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan

beribadat).

(Surah Al-Saffat 37:164-165)

1) MEMPUNYAI SAYAP

• Abdul Hadi Awang, 2007, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa malaikatmempunyai sayap. Ada yang mempunyai dua sayap, tiga sayap dan lebihdaripada itu.

Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, Yang

menjadikan malaikat utusan-utusan Yang bersayap: dua, tiga dan

empat; ia menambah pada bentuk kejadian makhluk Yang diciptakannya

apa jua Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas

tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-Fathir 35:1)

2) MAMPU MENGUBAH RUPA BENTUKNYA

Maksudnya : Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab Al-

Quran ini perihal Maryam, ketika Dia memencilkan diri dari keluarganya

di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding

untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya:

roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki

Yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata: Sesungguhnya

Aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu

kalaulah Engkau seorang Yang bertaqwa. Ia berkata: "Sesungguhnya Aku

pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak

Yang suci". Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah Aku akan

beroleh seorang anak lelaki, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh

seorang lelaki pun, dan Aku pula bukan perempuan jahat?". Ia menjawab:

"Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman:

hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu

sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) untuk umat

manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara

Yang telah ditetapkan berlakunya.

(Surah Maryam 19:16-21)

3) TIDAK MEMPUNYAI JANTINA LELAKI ATAU PEREMPUAN

dan mereka pula menyifatkan malaikat - Yang juga menjadi

hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis

perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat

itu? akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan

mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).

(Surah Az- Zukhruf 43:19)

4) TIDAK MAKAN DAN MINUM

Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim

Yang dimuliakan?. Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi

salam Dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" ia menjawab: salam

sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata Dalam hati): mereka ini orang-orang

Yang tidak dikenal. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta

dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu

dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan". (setelah

dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut

dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah

Engkau takut (Wahai Ibrahim)". lalu mereka memberikan berita gembira

kepadaNya, Bahawa ia akan beroleh seorang anak Yang berpengetahuan.

(Surah Az-Zariyat 51:24-28)

5) TIDAK PERNAH JEMU DAN PENAT DALAM MELAKUKAN IBADAH

Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah

milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di

sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada

beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat

dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak

berhenti-henti.

(Surah Al-Anbiya’ 21:19-20)

Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar Dengan angkuhnya

(daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya,

maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana

malaikat-malaikat Yang ada di sisi Tuhanmu tetap

bertasbih kepadanya pada waktu malam dan siang,

Dengan tidak mereka merasa jemu.

(Surah Al-Fussilat 41:38)

6) TIDAK TIDUR

• Ayat ini jelas menunjukkan bahawa paramalaikat itu beribadat siang dan malam tanpahenti walaupun untuk tidur, makan atauminum.

Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak

berhenti-henti.

(Surah Al-Anbiya’ 21:20)

7) KEMAMPUAN DALAM PERGERAKAN YANG PANTAS

• Malaikat Jibril mampu mendatangi Rasulullah S.A.W. dalamtempoh masa yang amat pantas. Telah diriwayatkan bahawapernah suatu ketika seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. satu soalan yang sukar dijawab, namun seketika itu juga MalaikatJibril datang membawa jawapannya.

“Para Malaikat dan Jibril naik (menghadap) Tuhan dalam

sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun,”

(Surah al-Maarij 70:4)

8) MERASAI KEMATIAN

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) Dengan

jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun

dari hal keadaan mereka. (pada saat itu Allah berfirman):

"Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah

sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa,

lagi Yang mengatasi kekuasaannya segala-galanya!

(Surah Al-Mu’min 40:16)

ALLAH

ORANG

KAFIR DAN

FASIK

ORANG BERIMANALLAHORANG

BERIMAN

ALLAH S.W.T.

1. Bertasbih dan beribadat kepada Allah

ه يسجدون ن عبادته ويسب حونه ول إن الذين عند رب ك ال يستكبون ع ﴿٢٠٦﴾

“Sesungguhnya mereka (malaikat) yang adadi sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh(ingkar) daripada beribadat kepadaNya, danmereka pula bertasbih bagiNya, dankepadaNyalah jua mereka sujud.”

( Surah al-A’raf : 206)

2. Memikul ‘Arasy Allah

Arasy dari segi bahasa : Singgahsana / takhta Allah.

آمنوا رون للذين مد رب م وي ؤمنون به ويست غف الذين يملون العرش ومن حوله يسب حون ب م اب الحيذين تابوا وات ب عوا سبيلك وقهم عذ رب نا وسعت كل شيء رحة وعلما فاغفر لل ﴿٧﴾

“Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada disekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan berimankepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orangyang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami!RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; makaberilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat sertamenurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.”

(Surah al-Ghafir : 7)

3. Memberi salam kepada ahli-ahli syurga

الئكة جنات عدن يدخلون ها ومن صلح من آبائهم وأ زواجهم وذر ياتم وامل

ار ﴿﴾ سالم عليكم با صب رت فن ٢٣يدخلون عليهم م ن كل باب ﴿ ﴾٢٤عم عقب الد

“Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akanmemasukinya bersama-sama orang-orang yangmengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka danisteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedangmalaikat-malaikat pula akan masuk kepada merekadari tiap-tiap pintu; - (Memberi hormat denganberkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan,disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknyabalasan amal kamu di dunia dahulu.”

(Surah ar-R’ad : 23-24)

4. Menyeksa ahli-ahli neraka

ها نارا وقودها الناس والجارة ع يا أي ها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم لي ﴾٦م وي فعلون ما ي ؤمرون ﴿مالئكة غالظ شداد ال ي عصون الل ما أمره

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalahdiri kamu dan keluarga kamu dari neraka yangbahan-bahan bakarannya: manusia dan batu(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal olehmalaikat-malaikat yang keras kasar(layanannya); mereka tidak menderhaka kepadaAllah dalam segala yang diperintahkanNya kepadamereka, dan mereka pula tetap melakukan segalayang diperintahkan.”

(Surah at-Tahrim : 6)

MANUSIA BERIMAN

1. Jibril menyampaikan wahyu kepada rasul.

﴾١٩٢وإنه لتنزيل رب العالمني ﴿﴾١٩٣ن زل به الروح المني ﴿

“Dan sesungguhnya al-Quran (yang antara isinyakisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan olehAllah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun olehMalaikat Jibril yang amanah.”

(Surah al-Syu’ara : 192-193)

2.Memohon ampun bagi orang beriman

م وي ؤمنون به يسب حون بمد رب الذين يملون العرش ومن حوله ﴾٧﴿…ويست غفرون للذين آمنوا

“Malaikat yang memikul ‘Arasy dan malaikatyang berada di sekelilingnya, bertasbih memujiTuhannya; dan beriman kepadaNya; sertamereka memohon ampun bagi orang-orangyang beriman (dengan berdoa merayu)”

( Surah al-Ghaafir : 7)

3. Memberi semangat kepada manusia agarberistiqamah, beramal soleh dan berjihad kejalan Allah

﴾١٢﴿..ف ثب توا الذين آمنوا إذ يوحي ربك إل المآلئكة أن معكم

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepadamalaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu(memberi pertolongan), maka tetapkanlah(hati) orang-orang yang beriman.”

(Surah al-Anfal : 12)

4. Malaikat hadir ketika majlis ilmu

كتاب هللا وما اجتمع قوم يف بيت من بيوت هللا يتلون: عن أيب هريرة وحفتهم املالئكة ، ويتدارسونه بينهم إال نزلت عليهم السكينة وغشيتهم الرحة

وذكرهم هللا فيمن عنده

“Sekumpulan manusia yang berkumpul dimasjid, sambil membaca al-Quran danmempelajarinya. Ketenangan turun kepadamereka, kasih sayang Allah meliputi mereka,para malaikat menaungi mereka dan Allahmenyebut nama mereka kepada makhluk yangberada di sisinya.”

(Riwayat Muslim)

1. Para malaikat mengutuk orang kafir

والمآلئكة والناس ولئك عليهم لعنة الل إن الذين كفروا وماتوا وهم كفار أ ﴾١٦١أجعني ﴿

“Sesungguhnya orang-orang Yang kafir,dan mereka mati sedang mereka tetapDalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang Yang ditimpa laknat Allah danmalaikat serta manusia sekaliannya.”

(Surah al-baqarah : 161 )

MANUSIA KAFIR DAN FASIK

2. Para malaikat mengutuk orang yangmenghina para sahabat

Para sahabat mempunyai kedudukan yangterhormat dalam kalangan orang yangberiman. Rasulullah bersabda :

عليه وس يه من سب أصحايب ف عل : " لم ف قال رسول الل صلى الللعنة الل ، والمالئكة ، والناس أجعني

Maksudnya: “Barangsiapa yang mencacimaki para sahabatku, maka dia mendapatkutukan Allah, para malaikat danseluruh manusia.”

3. Para malaikat mengutuk isteri yangmenolak ajakan suami

ا دعا إذ: -صلى هللا عليه وسلم -قال رسول هللا : وعن أيب هريرة قال ىت تصبحالرجل امرأته إل فراشه فأبت فبات غضبان لعنتها املالئكة ح

“Apabila seorang suami mengajakisterinya ke katil, namun isterinya itumenolak, maka para malaikat akanmelaknatnya sepanjang malam sampaipagi.”

(Riwayat Bukhari)

4. Para malaikat mengutuk orang yangmengacu pedang kepada saudaranya

وأما الديث الذي سألت عنه يف موضوع اإلشارة بالديد فقد رواه تلعنه من أشار إل أخيه بديدة فإن املالئكة: مسلم يف الصحيح ولفظه

حىت يدعه وإن كان أخاه لبيه وأمه

“Barang siapa yang mengacu senjatatajam kepada saudaranya, maka malaikatakan mengutuknya, walau itu saudaranyaseayah seibu.”

(Riwayat Muslim)

MIKAILJIBRIL

ISRAFIL ‘IZRAIL

ATIDRAQIB

MUNKAR NAKIR

MALIKRIDHUAN

JIBRIL

Ditugaskan menyampaikan wahyu kepadarasul-rasul

﴾٦﴾ ذو مرة فاست وى ﴿٥علمه شديد القوى ﴿

“Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkankepadanya oleh (malaikat jibril) yang amatkuat gagah. Lagi yang mempunyai kebijaksanaan;kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepadaNabi Muhammad) dengan rupanya asal.”

(Surah al-Najm : 5-6 )

MIKAIL

Ditugaskan untuk menurunkan rezeki.

Hadis riwayat Imam Tabarani

ISRAFILDitugaskan meniup sangkakala (nafkhah) padahari kiamat.

ث نفخ ومن يف الرض إال من شاء الل ونفخ يف الصور فصعق من يف السماوات ﴾٦٨فيه أخرى فإذا هم قيام ينظرون ﴿

“Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, makapada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang adadi langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapayang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, makadengan serta merta mereka bangun berdirimenunggu (kesudahan masing-masing).”

(Surah Az-zumar ayat 68)

‘IZRAIL

Ditugaskan mencabut ruh sekalian makhluktermasuk jin da iblis serta syaitan. Beliau jugadikenali sebagai malaikat maut.

لك ٱلموت ٱلذى وك قل ترج ل بكم ثم إلى رب كم يتوفٮكم م عو

“Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamuakan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskanberbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudiankamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu(untuk menerima balasan)”

(Surah as-Sajdah : 11)

RAQIB DAN ATID

• Malaikat Raqib: ditugaskan mencatat amalan

kebajikan dan amal soleh yang dilakukan oleh

manusia tanpa meninggalkan amalan yang sebesar

zarah sekalipun. Malaikat raqib dinisbahkan berada

di sebelah kanan untuk mencatat amalan kebaikan.

• Malaikat Atid: Bertugas untuk mencatat segala

keburukan atau kejahatan dan maksiat yang

dilakukan oleh manusia. Malaikat ini

dinisbahkankan berada di sebelah kiri.

﴾١١كراما كاتبني ﴿“(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi

ditugaskan menulis (amal-amal kamu)”

(Surah al-Infitar : 11)

مال قعيد ﴿إذ ي ت لقى المت لق يان عن اليمني وعن ا ديه ﴾ ما ي لفظ من ق ول إال ل ١٧لش ﴾١٨رقيب عتيد ﴿

“Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya)menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya;yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi disebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yangdilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan disisinya Malaikat Raqib Atid.”

(Surah Al-Qaf : 17-18)

MUNKAR DAN NAKIR• Malaikat munkar : Ditugaskan untuk

menyoal orang yang sudah mati didalam kubur.

• Malaikat nakir : Ditugaskan untukmengazab dan menyeksa mayat didalam di alam barzakh yang diketuaioleh nakir.

• Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah bersabda:

“Apabila ditanam orang mati dalam kubur datanglah dua malaikat yang

berwarna hitam bercampur biru, satu daripadanya dipanggil Munkar dan

yang satu lagi dipanggil Nakir, mereka berdua berkata:

Apakah engkau telah berkata kepada lelaki ini (Nabi Muhammad), maka

ia berkata sebagaimana ia telah berkata semasa hidup dahulu: aku

menyaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan

sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Maka mereka

berdua berkata: Kami telah mengetahui bahawa engkau akan menjawab

demikian. Kemudian diluaskan bagi lubang kuburnya tujuh puluh kali

tujuh puluh hasta. Kemudian dicerahkan baginya dalam kubur.

RIDHUANDitugaskan menjaga dan melayan dengan penuh layananmesra dan sentiasa mengucapkan salam kepada penghunisyurga.

ن ت هاها وفتحت أب واب ها وقال لم خز وسيق الذين ات قوا رب هم إل النة زمرا حىت إذا جاؤو ﴾٧٣سالم عليكم طبتم فادخلوها خالدين ﴿

“dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya dihantarke dalam syurga secara berombongan. Sehingga apabilamereka sampai kepadanya (syurga) dan pintu-pintunya telahdibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka,“Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu!Maka masuklah, kamu kekal di dalamnya.”

(Surah az-Zumar : 73)

MALIK

Ditugaskan untuk mengawal ataumenjaga neraka serta penghuninya.

نا ربك ق ﴾٧٧ال إنكم ماكثون ﴿ونادوا يا مالك لي قض علي

“Dan mereka menyeru (ketua malaikatpenjaga neraka, dengan berkata):"Wahai Malik! Biarlah hendaknyaTuhanmu mematikan kami (kerana kamitidak tahan menderita)!" Maalikmenjawab: "Sesungguhnya kamu tetapkekal di dalam azab!”

Manusia akan merasa lebih selamat kerana dilindungi dan

dijaga oleh Malaikat yang telah ditugaskan oleh Allah S.W.T.

Manusia lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan mahupun

percakapan.

Memberi harapan kepada orang-orang beriman dan

bertaubat untuk kembali kepada Allah dan memohon keampunan

daripadaNya.

Mendapat ucapan selamat daripada para Malaikat yang

merupakan makhluk Allah yang mulia di atas kesabaran manusia

dalam beramal

Manusia akan cuba dan berusaha untuk menjauhkan dirinya

daripada mendekati perkara-perkara yang boleh membawanya ke

Neraka.

• Jin berasal dari perkataan جن yang bermaksud

tersembunyi, terselindung atau diselubungi

kegelapan.

• Dinamakan al-jin kerana ia tersembunyi dari

pandangan manusia.

• Kita wajib beriman dengannya kerana ia disebut

dengan jelas di dalam al-Quran.

Dalil Kewujudan Jin :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan

kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah

mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka

(menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata:

`Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah

Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh

menakjubkan!

(Surah Al-Jin 72:1)

Kategori Jin :

Jin itu ada 3 golongan, Satu golongan mempunyai sayap

yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular

dan satu golongan lagi berpindah dan bertempat.

Imam At-Tabrani telah meriwayatkan sebuah

hadis dengan katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

﴾٢٧السموم ﴿والآن خلقناه من ق بل من نار “Dan kami telah menciptakan jin sebelumAdam dari api yang sangat panas”

(Surah al-Hijr : 27)

﴾١٥وخلق الان من مارج م ن نار ﴿“Dan dia menciptakan jin dari nyala api”

(Surah ar-Rahmaan : 15)

1) Jin diciptakan lebih awal daripadamanusia atau Adam a.s.

“Dan kami telah menciptakan jin sebelum

Adam dari api yang sangat panas”

(Surah al-Hijr 15:27)

2) Memiliki nafsu sama sepertimanusia. Justeru, Jin juga berkembangbiak.

……Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan

keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang

menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka

itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi

orang-orang Yang zalim: pengganti Yang mereka pilih

itu.

(Surah Al-Kahfi 18:50)

3) Jin dapat melihat manusia, tetapimanusia tidak dapat melihat Jin.

….Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat

kamu Dengan keadaan Yang kamu tidak dapat

melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah

menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi

orang-orang Yang tidak beriman.

(Surah Al-A’raf 7:27)

4) Tidak dapat mengetahui perkaraghaib. Kerana segala perkara ghaib ituurusan Allah sahaja.

"Tuhanlah sahaja Yang mengetahui Segala Yang

ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib

Yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun,

(Surah Al-Jin 72:26)

• Jin terbahagi kepada dua bahagian iaitujin Islam dan jin kafir. Termasukdalam golongan jin kafir ialah iblis,syaitan dan sebagainya.

Dalil :

Dan Bahawa Sesungguhnya (memang maklum) ada di

antara kita golongan Yang baik keadaannya, dan ada

di antara kita Yang lain dari itu; kita masing-masing

adalah menurut jalan dan cara Yang berlainan.

(Surah Al-Jin 72:11)

JIN ISLAM JIN KAFIR

Menurut perintah Allah

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah

diwahyukan kepadaku, Bahawa

sesungguhnya: satu rombongan jin telah

mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan),

lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada

kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya

Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah

Kitab Suci) Yang susunannya dan

kandungannya sungguh menakjubkan!. `Kitab

Yang memberi panduan ke jalan Yang betul,

lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami

tidak sekali-kali akan mempersekutukan

sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami.

(Surah Al-Jin 1-2)

Sentiasa menggoda manusia

Menghalang manusia melakukan

kebaikan

Menyesatkan manusia sejauh

yang boleh.

……dan Syaitan pula sentiasa hendak

menyesatkan mereka Dengan

kesesatan Yang amat jauh.

(Surah an-nisa’ 4:60)

• Memperkuatkan iman seseorang kepada Allah S.W.T., meyakinkan akan kebesaran dan keagunganILAHI

• Manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak yang sentiasa berazammenghasut dan menyesatkan manusia

• Menguji iman manusia

• Merasa yakin akan adanya pertolongan Allah S.W.T.

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Catatan

Langkah - Kisah “malaikat jibril

berjumpa dengan

Nabi Muhammad

saw”

-guru menceritakan kisah

“malaikat jibril berjumpa dengan

Nabi Muhammad saw” kepada

pelajar

-pelajar mendengar dengan penuh

perhatian

-guru bersoal jawab dengan

pelajar

-pelajar menjawab persoalan guru

-guru menyelitkan sedikit nasihat

kepada pelajar

Bbm :

Kaedah:

penceritaan

Teknik :

mau’izzah

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Catatan

Langkah -tugas-tugas malaikat -guru membahagikan pelajar kepada

beberapa kumpulan

-pelajar bergerak membentuk

kumpulan

-guru memberikan kad kepada

kumpulan

-pelajar mula berbincang di dalam

kumpulan

-guru meminta pelajar membentangkan

hasil perbincangan

-pelajar berkongsi hasil perbincangan

-guru membetulkan pelajar

Bbm :

Kaedah:

Penyelesaian

masalah

Teknik :

perbincangan

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Catatan

Langkah -sifat-sifat malaikat -guru memberi penerangan

di hadapan kelas

-pelajar mendengar

penerangan guru dengan

tekun

-guru bersoal jawab dengan

pelajar

-pelajar menjawab persoalan

guru

-guru membetulkan pelajar

Bbm :

Kaedah:

penerangan

Teknik :

soal jawab

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Catatan

Langkah - kesan beriman dan

tidak beriman kepada

malaikat

-guru membahagikan pelajar kepada

beberapa kumpulan.

-pelajar bergerak membentuk kumpulan

-guru memberikan sampul yang berisi

tugasan kepada setiap kumpulan

-pelajar memulakan perbincangan

-selesai berbincang guru meminta wakil

setiap kumpulan bergerak kepada

kumpulan yang lain dan menceritakn hasil

perbincangan

-pelajar berkongsi hasil perbincangan

sesama mereka.

Bbm :

Kaedah: buzz

group

Teknik :

sumbang saran