beriman kepada allah

9
BERIMAN KEPADA ALLAH KONSEP KETUHANAN DISEDIAKAN : -NUR FATIN BINTI MOHD MAZLAN -NUR FARHANA BINTI KASSIM

Upload: naughtygurlz92

Post on 03-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppismp agama islam

TRANSCRIPT

BERIMAN KEPADA ALLAH

BERIMAN KEPADA ALLAHKONSEP KETUHANANDISEDIAKAN : -NUR FATIN BINTI MOHD MAZLAN-NUR FARHANA BINTI KASSIM

- Rububiyyah ialah keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawaAllah s.w.t yang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini.

- Berdasarkan perkataan ini kita hendaklah beriman dan mengakui sepenuhhati bahawa Allah sahajalah yang memiliki, menurunkan rezeki, mencipta dan mentadbir alam dan seluruh makhluk. Allah yang menghidup dan mematikan semua makhluk dan Dialah pemilik segala-galanya.

- Sebagai kesimpulan konsep Rububiyyah boleh dibahagikan sepertiberikut:

Allah s.w.t pencipta, pemilik dan pentadbir alam.Allah s.w.t berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendak-NyaKekuasaan Allah s.w.t meliputi langit dan bumi.TAUHID RUBUBIYYAH

( Surah Yunus : 107 )Maksudnya : Jika Allah menimpa sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya

FIRMAN ALLAH Uluhiyyah ialah mengakui bahawa hanya Allah s.w.t yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

Berdasarkan pengertian ini kita dituntut beriman dan meyakini sepenuh hati bahawa Allah s.w.t berkuasa mutlak ke atas alam ini dan tempat memohon segala sesuatu dan haram disekutukannya dengan yang lain.

Paksi utama tauhid Uluhiyyah ialah ucapan dua kalimah syahadah :

Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

TAUHID ULUHIYYAH

Kesimpulannya konsep Uluhiyyah boleh dibahagikan seperti berikut:a) Mengakui hanya Allah s.w.t yang layak disembah dan ditaati.b) Paksi utama beriman kepada tauhid Uluhiyyah ialah kalimah syahadah.c) Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah menjadi sesat.

Berdasarkan konsep Uluhiyyah ini, orang-orang jahilliah walaupun mereka mengakui bahawa tuhan itu wujud tetapi mereka tetap dianggap syirik kerana :Mereka menyeleweng dalam tauhid Uluhiyyah iaitu tidak mengkhususkan ibadat dan penyembahan hanya kepada Allah s.w.t.Mereka menyekutukan Allah s.w.t dengan menyembah berhala.Mereka meminta perlindungan kepada tuhan selain daripada Allah s.w.tMereka tidak ikhlas kepada Allah s.w.t dalam melakukan sesuatu kerja.

( Surah Al-Anbia : 25 )Maksudnya : Dan tiada Kami mengutus seorang rasul sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah AkuFIRMAN ALLAH

1) Asma wa sifat ialah meyakini bahawa Allah s.w.t memiliki nama-nama yang indah dan mulia sebanyak 99 serta memiliki sifat-sifat yang sempurna.

2) Allah memiliki 99 nama bagi diri-Nya dan memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib, 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus bagi-Nya.

3) Cara beriman dengan tauhid Asma wa sifat ialah dengan dalil ijmali dan dalil tafsili.

Dalil ijmali ialah keyakinan bahawa Allah s.w.t bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan bersih daripada segala sifat kekurangan dan sifat yang tidak layak dengan keagungan dan kebesaran-Nya.Dalil tafsili pula ialah beriman dengan segala nama dan sifat Allah s.w.t yang khusus secara terperinci.

Asma wa as-sifat

Caption describing picture or graphic.

() () () () ( Surah Al-Hasyr : 21-24) Maksudnya : Sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah disebabkan takutkan Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, Raja Yang Maha Suci, Yang Maha sejahtera, Yang Maha Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa,Yang Maha Berkuasa, Yang Memiliki segala ke-Agungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan dan Yang Mebentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

THANK

YOU