bengkel pembangunan laman web - 271217 -...

21
1 UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ENGKEL PEMBANGUNAN LAMA WEB KOPERASI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PADA 27 DISEMBER 2017, MyANGKASA AKADEMIK RESORT & LANGKAW KEDAH

Upload: letram

Post on 26-May-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1    

UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB KOPERASI

2    

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI

PADA

27 DISEMBER 2017, MyANGKASA AKADEMIK RESORT & LANGKAWI,

KEDAH

3    

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’alla Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi Terima Kasih Pengacara Majlis

4    

YBhg. Tuan Shaik Ismail Md. Allapichay Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang YBhg. Encik Ismail Hashim Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis

5    

YBhg. Tuan Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah Barisan Pegawai-Pegawai ANGKASA Pusat dan Negeri Peserta-Peserta Koperasi

6    

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan -Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

1. Bersyukur kita ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB

7    

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI Zon Utara – melibatkan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dapat dijayakan dengan cemerlang. Saya selaku pucuk kepimpinan tertinggi ANGKASA menyanjung tinggi

8    

usaha ini dan berazam mahu menteknologikan dan mendigitalkan gerakan koperasi Malaysia, bermula dengan koperasi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri-Negeri. Ini penting supaya ianya

9    

menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain.

2. Dalam dunia perniagaan tanpa sempadan ini, laman web amat penting dalam mempromosikan koperasi dan

10    

aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada masyarakat umum. Justeru, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ANGKASA Pusat yang mengatur majlis ini dan mengharapkan usaha ini diperkasakan lagi dalam

11    

memastikan semua koperasi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA negeri aktif laman webnya.

3. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih

12    

kepada semua peserta yang memberi komitmen padu untuk hadir ke program ini. Hadirin Yang Dihormati Sekalian

13    

4. Sebagai badan puncak gerakan koperasi, ANGKASA sentiasa mengambil berat dengan keupayaan koperasi menguasai teknologi maklumat/ICT khususnya dalam pengurusan, penyampaian perkhidmatan dan perniagaan.

14    

Dalam dunia hari ini, penguasaan ICT satu keperluan. Koperasi yang berjaya memanfaatkan kelebihan ICT akan lebih berjaya. Untuk itu, bagi meningkatkan tahap penguasaan ILMU dan KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT di

15    

kalangan warga koperasi dalam bidang pemasaran internet atau perdagangan moden melalui media sosial ANGKASA melalui Sektor Inovasi, Teknologi dan Telekomunikasi menjadikan Konvensyen ICT dan Inovasi

16    

sebagai acara tahunan. Ini bagi memberi pendedahan terkini mengenai teknologi ICT kepada koperasi-koperasi.

5. Dengan ilmu ICT yang dimiliki, ia mampu melonjakkan imej

17    

koperasi dalam penggunaan teknologi dan inovasi bagi menyampaikan maklumat aktiviti perniagaan serta meningkatkan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi ke peringkat ASEAN atau global.

18    

6. ANGKASA juga tidak ketinggalan dalam meningkatkan penggunaan ICT dalam operasinya. Pada tahun lepas, ANGKASA buat julung kalinya menerima anugerah “Malaysia Cyber Security Organisation of The

19    

Year” semasa acara tahunan Cyber Security Malaysia - “General Meeting, Conference and Exhibition” yang berlangsung pada bulan Oktober 2015. Anugerah itu diberi selepas panel penilaian bebas membuat semakan

20    

pelaksanaan ICT governance melalui Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat yang diguna pakai untuk menjaga kepentingan dan keselamatan maklumat peribadi anggota koperasi dalam Sistem Potongan

21    

Gaji ANGKASA. Usaha menambahbaik secara berterusan ini dibuat agar perkhidmatan potongan gaji terus mendapat keyakinan daripada pihak kerajaan dan juga masyarakat.

22    

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

7. Sejajar Dasar Koperasi Negara dan Deklarasi Putrajaya, ANGKASA mengambil inisiatif untuk membangun dan merangsang perniagaan koperasi melalui beberapa sektor. Jawatankuasa

23    

Peneraju Sektor Utama bertindak sebagai pemikir atau “think tanker” dan berperanan sebagai perantara atau “resource linker” dengan memberi fokus kepada pemantapan perniagaan koperasi yang berimpak tinggi serta

24    

meningkatkan lagi perolehan dalam gerakan koperasi. 8. Salah satu bidang ekonomi utama yang ditubuhkan oleh ANGKASA ialah Sektor Inovasi, Teknologi & Telekomunikasi. Melalui

25    

Jawatankuasa Peneraju Sektor Inovasi, Teknologi & Telekomunikasi, beberapa wakil dari agensi kerajaan turut dijemput bagi menyumbang idea dan fikiran bagi meningkatkan INOVASI di dalam pembangunan ekonomi gerakan koperasi negara. Antara pegawai

26    

kanan dari agensi kerajaan yang terlibat ialah dari Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA), MIMOS Berhad iaitu agensi penyelidikan di bawah seliaan MOSTI, Suruhanjaya

27    

Komunikasi Multimedia serta Maktab Koperasi Malaysia (MKM). 9. Sejak tahun 2013 lagi, sektor kewangan telah memperkenalkan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA yang dijalankan dengan usahasama syarikat RAM Credit

28    

Information System. Sistem ini juga dikenali sebagai “SPeKAR”. Sistem SPeKAR ini merupakan inovasi yang dibuat bagi menyediakan Portal Maklumat Kredit untuk individu. Dengan menggabungkan maklumat potongan gaji ANGKASA dengan maklumat peribadi

29    

perbankan yang disalurkan oleh Bank Negara Malaysia, maklumat lain seperti kes saman mahkamah dan kes insolvensi serta kes penghutang perniagaan yang disalurkan oleh agensi pelaporan kredit tersebut yang berdaftar

30    

dengan Kementerian Kewangan Malaysia dapat diperolehi. 10. Manakala bagi sektor peruncitan pula, banyak koperasi telah dilatih oleh ANGKASA untuk membangunkan laman web e-Dagang dengan menggunakan

31    

teknologi sosial media untuk mempromosi dan menjual produk secara dalam talian. Ada juga koperasi yang telah berjaya membangunkan perniagaan peruncitan & pemborongan dengan jenamanya sendiri seperti COOP2U, JUSTKlik dot MY serta

32    

banyak lagi koperasi yang akan menyusul dengan pelbagai kejayaan lain. 11. ANGKASA melalui sektor Pelancongan, Kesihatan & Penjagaan diri telah menyediakan penyelesaian IT iaitu melalui sistem

33    

“ADNAN”. Ianya merupakan sistem online bagi rangkaian aplikasi NEFROLOGI DIALISIS MAJU yang diguna pakai bagi rangkaian pusat dialisis yang dikendalikan oleh ANGKASA.

34    

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

12. Untuk makluman, ANGKASA juga telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Cyber Security Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan keselamatan ICT secara berpusat bagi sektor

35    

koperasi. Pegawai teknikal ANGKASA akan dilatih untuk memberi khidmat sokongan kepada koperasi yang menghadapi masalah, sebagai contoh dalam proses pemulihan data (data recovery).

36    

13. Selain itu, ANGKASA juga mempunyai beberapa perancangan untuk memantapkan lagi aktiviti pemprosesan kredit individu melalui sistem pencegahan pemalsuan slip gaji elektronik (atau e-Payslip).

37    

Banyak jabatan kerajaan telah melaksanakan slip gaji tanpa kertas dan perkara ini menimbulkan beberapa risiko kepada koperasi kredit sebagai pemberi pinjaman. ANGKASA melihat masalah ini boleh ditukar kepada peluang untuk menambahbaik sistem

38    

penjanaan slip gaji eletronik yang telah banyak diguna pakai dalam jabatan kerajaan. 14. Melalui inovasi dan penyelesaian teknologi terkini diharapkan agar ANGKASA berserta gerakan koperasi yang

39    

lain dapat meningkatkan lagi imej serta keyakinan masyarakat terhadap pentingnya teknologi maklumat untuk terus berkembang dan berdaya saing. 15. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang

40    

hadir. Semoga program ini memberi manfaat kepada koperasi dan kita semua. Saya dengan lafaz Bismillah merasmikan PENUTUPAN BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB KOPERASI JAWATANKUASA

41    

PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI ZON UTARA. Sekian “Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikom Warahmatullahi Wabarakatu”.