benci zina.pptx

25
SAYA BENCI ZINA KHAIRUDDIN BIN ABD KADIR SK PASIR GUDANG 1

Upload: khairuddin-abd-kadir

Post on 23-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BENCI ZINA.pptx

SAYA BENCI ZINA

KHAIRUDDIN BIN ABD KADIRSK PASIR GUDANG 1

Page 2: BENCI ZINA.pptx

ZINA

• Zina ialah hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan.

Perbuatan zina diharamkan kerana termasuk DOSA BESAR yang melanggar ketetapan agama.

Page 3: BENCI ZINA.pptx

LARANGAN MENGHAMPIRI ZINA

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang jahat.

Page 4: BENCI ZINA.pptx

LARANGAN MENGHAMPIRI ZINADiriwayatkan daripada Saidina Abi Umamah Al-Bahili, sesungguhnya seorang pemuda datang menemui Nabi dan berkata : Wahai Rasulullah, izinkan daku untuk melakukan penzinaan. Lalu semua yang berada di situ menuju kepadanya dan mengherdiknya sambil berkata : Hentikan ! (permintaanmu itu) Hentikan!Lalu Baginda bersabda: Hampirkannya kepadaku. Lalu pemuda itu menghampiri Baginda dan duduk. Rasulullah bersabda : Adakah kamu suka jika zina berlaku pada ibumu ? Jawabnya : Tidak!. Demi Allah, Wahai Rasulullah dan (semoga Allah menjadikan diriku tebusanmu)-lafaz sumpah. Sabda Rasulullah : Demikianlah manusia lain juga tidak mwenyukai perkara yang keji ini berlaku kepada ibu-ibu mereka.

Page 5: BENCI ZINA.pptx

5

Rasulullah bertanya lagi : Adakah kamu suka jika zina berlaku pada anak perempuanmu ? Jawabnya : Tidak!. Demi Allah, Wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah : Demikianlah manusia lain juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada anak-anak perempuan mereka.Rasulullah bersabda : Adakah kamu suka jika zina berlaku pada adik perempuanmu ? Jawabnya : Tidak!. Demi Allah, Wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah : Demikianlah manusia lain juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada adik-adik perempuan mereka.

Page 6: BENCI ZINA.pptx

6

Rasulullah bertanya lagi : Adakah kamu suka jika zina berlaku pada ibu saudaramu(sebelah bapa) ? Jawabnya : Tidak!. Demi Allah, Wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah : Demikianlah manusia lain juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada ibu saudara mereka.

Rasulullah bertanya lagi : Adakah kamu suka jika zina berlaku pada ibu saudaramu(sebelah ibu) ? Jawabnya : Tidak!. Demi Allah, Wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah : Demikianlah manusia lain juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada ibu saudara mereka.

Rasulullah bertanya lagi : Adakah kamu suka jika zina berlaku pada ibu saudaramu(sebelah bapa) ? Jawabnya : Tidak!. Demi Allah, Wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah : Demikianlah manusia lain juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada ibu saudara mereka.

Rasulullah bertanya lagi : Adakah kamu suka jika zina berlaku pada ibu saudaramu(sebelah ibu) ? Jawabnya : Tidak!. Demi Allah, Wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah : Demikianlah manusia lain juga tidak menyukai perkara yang keji ini berlaku kepada ibu saudara mereka.

Page 7: BENCI ZINA.pptx

7

Berkata Sayidina Abi Umamah :Rasulullah meletakkan tangan baginda yang mulia ke atas pemuda tersebut lantas berdoa :“Ya Allah, ampunkan dosanya, sucikan hatinya, dan peliharakanlah kemaluannya (dari maksiat)

Sayidina Abi Umamah berkata : Selepas itu, pemuda tersebut tidak lagi berkeinginan untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Berkata Sayidina Abi Umamah :Rasulullah meletakkan tangan baginda yang mulia ke atas pemuda tersebut lantas berdoa :“Ya Allah, ampunkan dosanya, sucikan hatinya, dan peliharakanlah kemaluannya (dari maksiat)

Sayidina Abi Umamah berkata : Selepas itu, pemuda tersebut tidak lagi berkeinginan untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Page 8: BENCI ZINA.pptx

8

Perbuatan yang menjadi punca zina juga diharamkan.

Punca-punca zina:

1.Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud:

“Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan.”

Page 9: BENCI ZINA.pptx

9

Punca zina:

2. Bersentuh-sentuhan Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Jika salah

seorang daripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatang besi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya.”

(Hadis riwayat Tabrani).

Page 10: BENCI ZINA.pptx

10

Punca zina:

3. Pandangan berahi "Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-

laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…..Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya….. (an-Nur: 30-31)

Page 11: BENCI ZINA.pptx

11

Punca zina:

4. Pergaulan bebas

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"

Riwayat Imam Bukhari

Page 12: BENCI ZINA.pptx

12

Punca zina:

5. Cara berpakaian Firman Allah yang ertinya: "Dan janganlah

mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka." (Surah An Nur: Ayat 31)

Page 13: BENCI ZINA.pptx

13

Punca zina:

6. Mengeluarkan kata-kata lucah atau menonton bahan lucah

Rasulullah SAW bersabda : Ertinya : janganlah seorang wanita melihat

aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Page 14: BENCI ZINA.pptx

Akibat pergaulan bebas

Page 15: BENCI ZINA.pptx

statistik

Page 16: BENCI ZINA.pptx

KES PEMBUANGAN BAYI DI JOHOR

29 MEI 2004: Polis menjumpai mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Banjaran 2, Kempas, Johor Bahru.Mayat bayi yang masih ada tali pusat itu dijumpai kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam satu bungkusan plastik sampah hitam yang turut mengandungi sisa makanan dan sampah.Jurucakap polis berkata, mayat bayi itu ditemui seorang lelaki yang hendak membuang sampah dan secara kebetulan berjalan berhampiran bungkusan plastik sampah berkenaan.

•10 JUN 2004: Mayat bayi bersalut lumpur yang masih bertali pusat dan uri ditemui terdampar di bawah sebuah rumah di Kampung Air Masin, Kukup Laut, Pontian.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Abdul Radzak Abdul Ghani, berkata mayat bayi lelaki itu ditemui seorang penduduk kampung itu, kira-kira jam 9.50 pagi ketika air laut surut.

•17 JUN 2004: Mayat bayi lelaki dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan dengan tali pusat dan uri bersamanya ditemui dalam kotak polisterin berhampiran tempat pembuangan sampah di Taman Perindustrian Tampoi, Johor Bahru.Kotak polisterin berisi mayat bayi itu dibungkus dengan plastik hitam sebelum diletakkan bersama timbunan kotak lain di tempat pembuangan sampah di Jalan Bayu 2/5, taman perindustrian terbabit.

•21 JUN 2004: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan pada mulanya disangka bangkai haiwan ditemui terapung di perairan Pantai Lido, berhampiran Kompleks Islam.Mayat bayi perempuan cukup sifat itu dengan tali pusat dipotong, ditemui orang ramai apabila arus menolaknya ke pantai.

Page 17: BENCI ZINA.pptx

BALING 12 Okt. – Seorang bayi lelaki baru lahir berbalut dengan tuala,

ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah Taman

Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini

hari ini.

Keratan akhbar

Page 18: BENCI ZINA.pptx

Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapurKUBANG PASU 19 Sept. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat menerima nasib malang apabila dibuang ibunya sendiri di belakang pintu dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di sini, semalam.

Bayi baru lahir dibuang dalam semak

                                                                                          

Keluarga sambut raya terkejut dengan penemuan bayi15/09/2010 9:10pmOleh AZRAN FITRI RAHIMKOTA BHARU 15 Sept. – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Salor dekat sini terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan ditinggalkan di beranda rumah keluarga itu, hari ini.

Bayi baru lahir dibuang dalam semak

                                                                                          Keratan akhbar

Page 19: BENCI ZINA.pptx

Keratan akhbar

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerakSIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah.

Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatanIPOH 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini.

Page 20: BENCI ZINA.pptx

• SY, seorang gadis Melayu Muslim, berusia 17 tahun, belum berkahwin.

• Dibawa ke wad kecemasan oleh rakan – tidak sedarkan diri.• Pemeriksaan – disyakki ada pendarahan teruk dalam abdomen

kerana KEHAMILAN DI LUAR RAHIM ( ectopic pregnancy).• Diagnosis tepat ! – semasa pembedahan, JELAS masalah berpunca

dari JANGKITAN KELAMIN kronik!• Ditanya sudah berapa kali hamil :

– Jawapan : Sudah 4 kali hamil. Tiga yang pertama semuanya diCUCI ( pengguguran) dengan perbelanjaan ditanggung seorang sugar daddy. Alasan : BELUM BERSEDIA UNTUK KAHWIN

Page 21: BENCI ZINA.pptx

• ZR, berusia 18 tahun, datang pertama kali untuk pemeriksaan di klinik ibu mengandung.

• Didapati kehamilannya sudah 8 bulan!• Ditanya bila nikah, jawapan beliau: Baru bulan lepas, doktor!• Bangga kerana dapat boyfriend yang ‘bertanggungjawab’ & sudi

bernikah selepas DIPAKSA oleh kedua ibu bapa.• Namun kesal dengan bapa kandungnya yang tidak mahu menikahkannya

lantaran malu dengan perbuatannya.

Page 22: BENCI ZINA.pptx

AN ( seorang remaja Melayu Muslim) datang ke klinik bersama teman sekelas tuisyen , JT (seorang remaja Tionghua). Keduanya berusia 15 tahun.

AN sudah tiga bulan tidak kedatangan haid, datang untuk pengesahan kehamilan.

Ujian urin – POSITIF. Kedua-duanya menangis teresak-esak dan meminta doktor

menggugurkan kehamilan. Dinasihati agar berterus terang kepada kedua ibu bapa, ENGGAN

kerana tahu ibu bapa kedua mereka akan MARAH dan KECEWA. Ditanya adakah mereka punya wang untuk prosedur pengguguran?

Jawapan mereka – wang tidak jadi masalah. Tetap TEKAD untuk menggugurkan kehamilan lantaran perlu

menduduki PMR.

Page 23: BENCI ZINA.pptx

Belum Berkahwin-100 kali sebatan.

Telah Berkahwin-Rejam Sampai

Mati.

Hukuman Bagi Penzina:

Page 24: BENCI ZINA.pptx

24

PENUTUP

• Sentiasa menjaga ibadah solat. “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”. (al-Ankabut:45)

• Sentiasa menjaga dan memelihara maruah serta harga diri

• Elakkan dari mendekati punca-punca zina

Page 25: BENCI ZINA.pptx

25

Jika telah tersilap langkah:

Allah berfirman bermaksud:

“Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).