belanjawan negara

21
SELAMAT DATANG KE KELAS TUTORIAL PTK 2007 ARAHAN PERBENDAHARAAN OLEH: MOHD ZAMRI BIN SHAHDAN PENOLONG BENDAHARI NEGERI

Upload: cygabg

Post on 14-Jun-2015

658 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BELANJAWAN NEGARA

SELAMAT DATANGKE

KELAS TUTORIAL PTK 2007ARAHAN

PERBENDAHARAAN

OLEH:MOHD ZAMRI BIN SHAHDAN

PENOLONG BENDAHARI NEGERI

Page 2: BELANJAWAN NEGARA

SISTEM BELANJAWAN NEGARA

Page 3: BELANJAWAN NEGARA

BELANJAWAN SATU PERNYATAAN HASIL DAN PERBELANJAAN BAGI MASA HADAPAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER- SUMBER EKONOMI NEGARA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT

Page 4: BELANJAWAN NEGARA

BELANJAWAN SATU PERANCANGAN EKONOMI TAHUNAN YANG BERTUJUAN MELAKSANAKAN DASAR-DASAR SOSIO-EKONOMI

NEGARA

Page 5: BELANJAWAN NEGARA

KOMPONEN BELANJAWAN HASIL NEGARA

1) HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN2) HASIL KERAJAAN NEGERI3) HASIL KERAJAAN TEMPATAN

PERBELANJAAN NEGARA 1) PERBELANJAAN MENGURUS * PERBELANJAAN TANGGUNGAN * PERBELANJAAN PERBEKALAN

2) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

Page 6: BELANJAWAN NEGARA

HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN a) Hasil Cukai b) Hasil Bukan Cukai c) Terimaan Bukan Hasil d) Hasil dari Wilayah-wilayah Persekutuan

a) Hasil Cukai• Hasil yang dikutip berasaskan perundangan yang diluluskan oleh

parlimen.• Satu bayaran wajib yang dikenakan ke atas urusniaga, pendapatan,

perbelanjaan dan kekayaan.

• Terbahagi kepada 2: i) Hasil dari Cukai Langsung ii) Hasil dari Cukai Tidak Langsung

Page 7: BELANJAWAN NEGARA

AKAUN HASIL DISATUKAN

i) CUKAI LANGSUNG CUKAI YANG DIKENAKAN SECARA TERUS KE

ATAS PENDAPATAN ATAU KEKAYAAN MENGIKUT AKTA-AKTA YANG DILULUSKAN.

CONTOH:A) CUKAI PENDAPATANB) CUKAI SEWA FILEMC) DUTI HARTA PESAKAD) DUTI ATAS KEUNTNGAN HARTANAH

BIASANYA DIKUTIP DAN DITADBIR OLEH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Page 8: BELANJAWAN NEGARA

AKAUN HASIL DISATUKAN

ii) CUKAI TIDAK LANGSUNG CUKAI YANG DIKENAKAN SECARA TIDAK

LANGSUNG KEPADA INDIVIDU HANYA DIKENAKAN APABILA SESEORANG INDIVIDU

MEMBELI ATAU MENGGUNAKAN SESUATU BARANG ATAU PERKHIDMATAN

CONTOH:A) DUTI EKSPORTB) DUTI IMPORTC) CUKAI JUALAND) CUKAI JALANE) CUKAI PERKHIDMATAN

Page 9: BELANJAWAN NEGARA

b) Hasil Bukan Cukai

Hasil yang dikutip dari perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk

rakyat. Dikenakan apabila orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut. Contoh: a) Lesen, Bayaran Pendaftaran dan Permit b) Perkhidmatan dan bayaran Perkhidmatan c) Faedah dan Perolehan dari Pelaburan d) Sewaan

Page 10: BELANJAWAN NEGARA

c) Terimaan Bukan Hasil

Kutipan –kutipan yang bukan berasaskan mana-mana akta atau perundangan

Punca kutipan lebih kepada: a) Pulangan Balik Perbelanjaan b) Bayaran-bayaran Balik c) Pemberian dan caruman

Page 11: BELANJAWAN NEGARA

d) Hasil Dari Wilayah-Wilayah Persekutuan

Hasil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan

Punca hasil adalah sama seperti hasil dari lain-lain negeri.

Page 12: BELANJAWAN NEGARA

HASIL KERAJAAN NEGERI Hasil – hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah seperti yang dinyatakan di dalam Bhg.3 Perlembagaan Malaysia iaitu:

a) Hasil daripada kedai tuakb) Hasil daripada tanah, lombong dan hutanc) Hasil daripada lesen-lesen selain daripada lesen

berhubung dengan kereta d) Duti hiburan e) Bayaran Dalam Mahkamah selain dari Mahkamah Persekutuan f) Harta Karun

g) Duti Import dan duti eksais atas hasil Petroleumh) Duti eksport atas kayu dan lain-lain keluaran hutan

i) Royalti atas galian yang boleh dikenakan duti eksport.

Page 13: BELANJAWAN NEGARA

HASIL KERAJAAN TEMPATANHasil Kerajaan Tempatan Terdiri daripada:

a) Hasil yang dikutip oleh Perbandaran yang ditubuhkan di bawah Ordinan Perbandaran

b) Hasil dari Lembaga-lembaga Bandaran, Majlis-majlis bandaran, Lembaga-lembaga Luar Bandar, Majlis Tempatan, PBT

c) Sewa-sewa mengenai harta negerid) Bunga atas baki-baki wang negerie) Terimaan dari jualan tanah dan jualan harta negerif) Denda dan rampasan dalam mahkamah selain dari

mahkamah Persekutuan.

Page 14: BELANJAWAN NEGARA

PERBELANJAAN NEGARA

A) PERBELANJAAN MENGURUS Perbelanjaan bagi aktiviti seharian yang berulang dan

berterusan Terbahagi kepada 2:

i) Perbelanjaan Tanggungan * telah sedia diperuntukan oleh Perlembagaan (Per 98) * dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan * Tidak perlu kepada kelulusan Parlimen * Dikenali dalam anggaran belanjawan dengan kod huruf ‘T’

* Contoh:Peruntukan Di Raja, Ketua Audit Negara

Page 15: BELANJAWAN NEGARA

PERBELANJAAN NEGARA

ii) Perbelanjaan Perbekalan * semua jenis perbelanjaan yang dilakukan untuk tujuan membiayai

kegiatan-kegiatan harian kementerian / jabatan. * TIDAK dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan * perlu mendapat kelulusan Parlimen melalui Rang Undang-Undang

Perbekalan. * Dikenali dalam anggaran belanjawan dengan kod huruf ‘B’

Page 16: BELANJAWAN NEGARA

PERBELANJAAN NEGARA

B) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN Perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang Perbelanjaan yang mempunyai keluaran yang berfaedah dalam

jangka panjang.

Ciri-ciri perbelanjaan pembangunan:a) melibatkan jumlah modal (peruntukan) yang besar.b) Aliran wang (keluar dan masuk) berjangka panjang.c) Dibiayai dengan wang pinjaman yang besar jumlahnya.d) Memerlukan penyeliaan dan penyenggaraan di masa akan datang seperti pembesaran, penggantian, pembaikan dan sebagainyae) Mempunyai implikasi aliran faedah dan kos kepada rakyat dan negara yang harus dipertimbangkan dengan teliti

Page 17: BELANJAWAN NEGARA

JENIS-JENIS BELANJAWAN

1) SISTEM TRADISIONAL

2) SISTEM BELANJAWAN PROGRAM & PRESTASI (SBPP)

3) SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI

Page 18: BELANJAWAN NEGARA

1) SISTEM BELANJAWAN TRADISIONAL

MEMBERI PENEKANAN KEPADA INPUT DAN TIDAK KEPADA OUTPUT

MEMBERI TUMPUAN KEPADA KAWALAN SAHNYA PERBELANJAAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG.

BELANJAWAN DISEDIAKAN MENGIKUT OBJEK-OBJEK PERBELANJAAN

Page 19: BELANJAWAN NEGARA

2) SISTEM BELANJAWAN PROGRAM & PRESTASI (SBPP)

* Satu Sistem Pengurusan* Bertujuan membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang lebih

baik dalam MENGUNTUK, MENGURUS dan MENGAWAL sumber kewangan

* Berdasarkan pemilihan program dan aktiviti yang terbaik bagi mencapai objektif tertentu.

Page 20: BELANJAWAN NEGARA

3) SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS)

* Bukan merupakan sistem belanjawan baru* Penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada (SBPP)* berasaskan SBPP dengan sedikit perubahan ke atas belanja mengurus sahaja.

PRINSIP PENTING MBS

i) Menekankan konsep “Let Manager Mange” ii) Kuasa membuat keputusan perlu diberi seberapa praktikal yang

boleh kepada peringkat bawahan.iii) Kuasa yang diberi mesti bersesuaian dengan prinsip akauntabiliti.

Page 21: BELANJAWAN NEGARA

PUSINGAN BELANJAWAN TAHUNAN

10) WARAN PERUNTUKAN KEPADAKEMENTERIAN / JABATAN

1) PEKELILING PERBENDAHARAAN

2) PENYEDIAAN BELANJAWAN OLEHKEMENTERIAN / JABATAN

3) PEGAWAI PENGAWAL MENGKAJI, MELULUS,MENYELARASKAN ANGGARAN

KEMENTERIAN / JABATAN

4) KEMUKAKAN CADANGAN KEPADA AGENSIPUSAT

5) AGENSI PUSAT KAJI CADANGANBELANJAWAN

6) MESYUARAT PEMERIKSAANBELANJAWAN

7) PERBENDAHARAAN MELULUSBELANJAWAN

8) PEMBENTANGAN BELANJAWAN DI PARLIMEN

9) WARAN AM KEPADA AKAUNTANNEGARA