belajar cara nak buat baju kurung

Upload: hafeeyz-an-nour

Post on 18-Jul-2015

267 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU KURUNGhttp://naninana.tripod.com OLEH naninana..........12.07.2004 e-mail saya : [email protected]

BLOUSE BANTAL BULAT KAIN LANGSIR ROYAL SCALLOP BAJU BUDAK BAJU KEBARUNG 01/02/05 leher-mata lalat- gambar confuse ckit. susah laaa

*************BAJU KURUNG

Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E Senang bukan? Apa-apanya... A B C Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang Tangan - 2 keping, kiri dan kanan Kekek- 2 keping, kiri dan kanan

D E

Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah Leher - satu je

CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,

UKURAN Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang Ukur Panjang Tangan Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh)) Ukur lebar tangan bawah (separuh) Ukur kekek, ini 4 segi sama Ukur lebar pesak atas Ukur lebar pesak bawah

ai, aii aii bi biii bi c di dii ei

BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas Lebihkan 3/4 " Lebihkan 3/4" Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam biasanya 4 3/4", tak ni , luasanya sama aja. payah lebih, ngam2

atau kecikkan sikit dlm 2 mm eii Ukur labuh leher baju tu biasanya 4 - 41/2"

CARA MEMOTONG KAIN

AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi

A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan) Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali., Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.

potong bahagian tangan

Kita ambil Bahagian B untuk Tangan Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan. Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) - 8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 . so, B = 17 1/2 " Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)

Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut. POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak Cara saya mengukur pesak .

OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" = 9 " Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi ) kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di dan dii. potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.

Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.

POTONG KEKEK

Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG

nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak.... tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER

Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.

tadi ukur leher? katakankan 5" Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni, tersebut gunting pelan

Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua. Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.

ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong kat badan tu.

potong satu lagi sama macam

Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halushalus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.

okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

CANTUM BADAN 1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas. 2. Ambil satu kekek

Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau

Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau. Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.

Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan keduadua bahagian pulak

cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.

DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah.... TERIMA KASIHLAH.....http://naninana.tripod.com/kainkurung.htm

Tutorial Menjahit Bhgian Pinggang Kain4:00 PM Aziela

Terdapat 3 Teknik untuk menjahit bhgian pinggang kain:1) menggunakan kain pengeras semua 2) menggunakan kain pengeras + getah 3) menggunakan getah semua. ermm ..bagi saya cara yg paling senang guna getah semua ..senang n cepat siap...huhuhu.. kalau nak nampak lebih kemas guna cara no 2 pengeras + getah...cara ni saya suka kemas n cantik, lagi satu cara pengeras semua...cara ni sgt sesuai untk fesyen baju kurung moden n kebaya...supaya bila kita pakai baju bahagian pinggang x nampak gelembung. kali ni sy nak kongsikan cara no 1 , guna pengeras semua...lain kali sy kongsikan cara lain lak yer...:)) ok kita mulakan tutorial Teknik 1 ( menggunakan pengeras pinggang semua) mula-mula sediakan kain utk pinggang:ukuran lebar = 3 inci ukuran panjang = ukuran panjang pengeras pinggang + 1 inci (utk basi) then, sediakan pengeras pinggang:ukuran panjang pengeras pinggang = ukuran pinggang yang sebenar + 1 @ 1 1/2 inci

Ok...Jom ikuti Tutorial bergambar di bawah:-

1) letakkan pengeras di ats kain bahagian pinggang , tinggalkan 1/2 inci spt gambarajah. permukaan kain adalah bahagian dalam.

2) Jahit di tengah2 pengeras smpai ke hujung.

3) Gambaran pengeras yg siap di jahit pada kain.

4) lipat spt gambarajah.

5) lipat sekali lagi spt gambarajah.

6) jahit di hujung pengeras, jgn jahit atas pengeras.

7) Gambar contoh -siap jahit hujung pengeras.

8)Tinggalkan basi dlm 1/4 inci dari garisan yg di jahit td dan gunting.

9)Jahit dgn mata kia yg kasar di bahagian tgh pengeras, ini adalah jahitan sementara supaya kemas n senang di jahit semasa nak cantumkan dgn bhgian kain nanti.dan selepas siap cantum pengeras dgn kain...jahitan kasar ini akan di buka semula.

10)buat spt gambarajah, bhgian pengeras siap utk di sambung dgn kain.

11) ukur dahulu bahgian pinggang kain, pastikan ukuran sama dgn ukuran pinggang yg di kehendaki.

12)letakkan bahagian pengeras yg siap di jahit dgn bahagian kain, spt gambarajah. mula dgn zip bahagian dpn kain.

13) Jahit mengikut garisan yg di tanda dgn kapur.

14) Dah siap jahit , terbalikkan bhgian pengeras supaya kelihatan spt ganbarajah.

15) Jahit Tindih antara pengeras dan bahgian kain smpai ke hujung.

16) Jahit sekeliling pengeras, spt gambarajah di ats.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....ha..dah siap pun... sy harap anda semua bleh paham tutorial ni ye... Selamat Mencuba..semoga berjaya...

Practice Make Perfect... Anda mungkin juga meminati:

TEKNIK MUDAH MEMOTONG KAIN10:20 AM Aziela

WELCOME TO SWEET BAJU KURUNG COLLECTION. Hari ini saya akan tunjukkan cara yang paling mudah untuk memotong baju kurung. sebenarnye..ada banyak teknik memotong kain, dari yang basic sehinggalah peringkat Pro.di sini saya akan tunjukkan cara yang basic dan paling cepat.Teknik hanya perlukan mase antara 30 minit atau kurang dah bleh siap memotong sehelai kain utk sepasang baju...waa...cepat tak?...hehehe Tips: Teknik ini sesuai di gunakan untuk kain yang bercorak bunga kecil atau abstrak, bergantung kepada corak kain jugak la yer...sebelum memotong kain baca bismillah dulu ok....supaya kita tak tersilap potong..huhuhu...

Gambarajah 1

Gambarajah 2 1) Mula2 samakan hujung kain.cara nak samakan hujung kain anda boleh gunting sedikit sahaja pada hujung kain(1/4 sahaja) then tarik benang sedikit demi sedikit sambil gunting kain tersebut mengikut garisan benang yang di tarik tadi,sehingga ke hujung kain( rajah 1&2) Tips: teknik tarik benang ni tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kain, bergantung pada jenis kain juga,ada kain bila kita tarik benang akan menyerong jika terlalu banyak menyerong , bermakna teknik menarik benang tidak boleh di gunakan untuk memotong kain tersebut.

Gambarajah 3

Gambarajah 4 2)kita mula memotong untuk kain hadapan+Kain belakang.buat ukuran untuk labuh kain. tanda dengan kapur kain, gunting sedikit di tempat yang di tanda, tarik benang seperti gambarajah , kemudian gunting mengikut garisan benang yang ditarik sampai ke hujung kain. rajah di atas menunjukkan bahagian kain hadapan+belakang yang telah di potong.(KAIN 1)

Gambarajah 5

3) guntingkan bahagian label kain untuk di buang, Rajah 5.

Rajah 6 4) buat ukuran bahu (Rajah 6) FORMULA: ukuran bahu = 15 inci + 1 inci (untuk basi ) jadi ukuran bahu + basi = 16 inci Tandakan dengan kapur.

Gambarajah 7 5) buat ukuran labuh baju (Rajah 7) FORMULA : labuh baju = 38 inci Tips 1: sekiranya ingin potong bahu ,basi perlu di tambah = 2 inci

basi 2 inci adalah untuk bawah baju = 1 1/2 inci dan jahitan bahu = 1/2 inci. Tips 2: Tanpa potong bahagian bahu, basi perlu di tambah = 1 1/2 inci ( untuk bawah baju ) dalam pembelajaran ini saye menggunakan tips 1 iaitu memotong di bahagian bahu. semua ukuran hendaklah ditanda, di tarik benang dan di gunting.

Gambarajah8 6) gambarajah8 menunjukkan 1 keping badan baju sudah siap di potong.

Rajah 9

7) ulangi langkah 5 untuk dapatkan 1 keping badan baju lagi-Rajah 9

Rajah 10 8) gunakan baki kain yang di potong badan baju tadi untuk di gunakan buat ropol/susunan kain.ukur labuh kain ,tanda dengan kapur,tarik benang, potong hingga ke hujung.(KAIN 2)Rajah 10

Rajah 11 9) seterusnya buat ukuran untuk labuh pesak. FORMULA: Labuh baju + basi - lebar lengan labuh baju = 38 inci Basi = 2 inci (potong bahu) Lebar Lengan = 8 inci = 38 inci + 2 inci - 8 inci Labuh pesak baju = 32 inci # buat ukuran pada kain 32 inci, tandakan, tarik benang, gunting mengikut garisan benang yang di tarik sehingga ke hujung.

Rajah 12 9) gambarajah 12 menunjukkan bahagaian pesak yang telah di potong.kemudian lipat 4 bahagian pesak tadi.

Rajah 13 10) buat ukuran Pesak atas-Rajah 13 FORMULA: Pesak atas + 1 inci (untuk basi jahitan) = 1 1/2 inci + 1 inci Pesak atas = 2 1/2 inci -tandakan dengan kapur.

Rajah 14 11) buat ukuran Pesak Bawah- Rajah 14 FORMULA : Pesak Bawah + 1 inci ( utk Basi Jahitan) = 4 inci + 1 inci Pesak bwh = 5 inci Tandakan dengan kapur.

Rajah 15 12) Tandakan Tengah Pesak FORMULA : labuh pesak di bahagikan 2 labuh pesak = 32 inci di bahagi 2 = 16 inci Tandakan dengan kapur.

Rajah 16 13) Lebar Pesak Tengah-Rajah 16 FORMULA : (Pesak atas + basi) + (Pesak bwh + basi) / 2 Pesak atas = 2 1/2 inci + 5 1/2 inci = 8 inci / 2 Lebar Pesak tengah = 4 inci Tandakan dengan kapur.

Rajah 17

Rajah 18

14) Gunakan pembaris untuk membuat garisan. buat garisan bermula dengan lebar pesak bawah ke lebar pesak tengah dan seterusnya ke lebar pesak atas.(Rajah 17 & 18)

Rajah 19 15)gambarajah menunjukkan lakaran untuk pesak.gunting mengikut garisan yang telah di buat.

Rajah 20

Rajah 21 16) pada bahagian pesak atas,dari hujung buat ukuran 5 inci dan gunting ,rujuk gambarajah 20&21

Rajah 22 17) seterusnya kita perlu memotong bahagian tangan pula. buat ukuran lebar lengan.-Rajah 22 FORMULA: lebar lengan + 1/2 untuk basi lebar tangan = 8 inci + 1/2 inci Lebar tangan = 8 1/2 inci X 2 = 17 inci Tandakan dengan kapur.

Rajah 23 18) buat ukuran untuk labuh tangan pula-Rajah 23 FORMULA : labuh tangan + 2 inci (basi) labuh tangan = 21 inci +2 inci = 23 inci. Tandakankan dengan kapur , tarik benang, potong .

Rajah 24 19) contoh potongan utk lengan baju=Rajah 24

Rajah 26 20) Bahagian tangan di lipat 2- Rajah 26 Dari bahagian pangkal lengan , buat ukuran 6 inci, tandakan.

Rajah 27 21) buat ukuran pada hujung tangan,untuk bukaan tangan. FORMULA: Bukaan tangan + 1/2 (basi) bukaan tangan = 6 1/2 inci + 1/2 inci = 7 inci

Rajah 28 22) buat garisan seperti gambarajah 28

Rajah 29 24) Gunting mengikut garisan.Rajah 29

Rajah 30 25) buat ukuran untuk 1 keping tangan lagi-Rajah 30

Rajah 31

26) gambar bahagian tangan 1 lagi...-Rajah 31

Rajah 32 27) standart ukuran kekek = 4 inci X 4 inci.

28) ambil bahagian (KAIN 1 ) iaitu kain hadapan + belakang tadi ukur keseluruhan lebar kain. FORMULA : ukuran punggong kain contoh X 2 + 20 inci untuk Ropol ( 1 ropol = 5 inci) 1 1/2 inci 20 1/2 inci X 2 + 20 inci + 1 1/2 inci = 62 1/2 inci. oleh kerana lebar kain hadapan hanya 45 inci sahaja, buat ukuran untuk ukuran punggong X 2 + 1 1/2 inci = 42 1/2 inci dari lebar sebenar kain 45 inci - 42 1/2 inci = baki 2 1/2 inci baki 2 1/2 inci tersebut adalah di gunakan utk ropol.

29) ambil bahagian kain yang telah di potong 1 lagi (KAIN 2) ni adalah untuk ropol kain. FORMULA: 1 ropol = 5 inci X 4 Ropol = 20 inci 20 inci + 1 1/2 inci(basi) basi 2 inci adalah untuk zip ( 1 inci, dan 1/2 inci utk basi jahitan sambungan dengan KAIN 1 tadi.

30) ambil bahagian kain yang telah di potong 1 lagi (KAIN 2) ni adalah untuk ropol kain. FORMULA: 1 ropol = 5 inci X 4 Ropol = 20 inci 20 inci + 1 1/2 inci(basi) basi 2 inci adalah untuk zip ( 1 inci, dan 1/2 inci utk basi jahitan sambungan dengan KAIN 1 tadi. = 21 1/2 - 2 1/2 (ropol yang dapat pada kain 1 tadi) = 19 inci = tandakan 19 inci, tarik benang dan potong lebihan kain. ini sahaja tutorial memotong kain... bagi yang tidak biasa dan baru nak belajar ,...memang pening2 sikit untuk permulaan, baca dengan teliti dan cuba pahamkan... insyaallah taklah susah sangat...

semoga anda boleh mengikuti Teknik memotong kain nie... Selamat Mencuba... sebarang pertanyaan boleh email saya [email protected] insyallah saya akan cuba membantu...