beberapa aspek biologi dan ekologi tikus wirok ekor pendek, bandicota bengalensis di pulau pinang

45
  BEBERAPA ASPEK BIOLOGI DAN EKOLOGI TIKUS WIROK EKOR PENDEK, Bandicota Bengalensis DI PULAU PINANG RAZLINA BT RAGHAZLI UNIVE RSITI SAINS MALA YSIA 2008

Upload: apalakamo-aman

Post on 02-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dasd

TRANSCRIPT

  • BEBERAPA ASPEK BIOLOGI DAN EKOLOGI TIKUS WIROK EKOR PENDEK, Bandicota Bengalensis DI PULAU PINANG

    RAZLINA BT RAGHAZLI

    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

    2008

  • BEBERAPA ASPEK BIOLOGI DAN EKOLOGI TIKUS WIROK EKOR PENDEK, Bandicota bengalensis DI PULAU PINANG

    oleh

    RAZLINA BT. RAGHAZLI

    Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Sains (Zoologi)

    November 2008

  • ii

    PENGHARGAAN

    Pelbagai pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang penyediaan tesis ini.

    Bermula dari permulaan menjalankan penyelidikan sehingga terhasilnya tesis ini, saya

    terhutang budi kepada banyak pihak. Terima kasih kepada Prof Madya Dr. Shahrul

    Anuar Mohd Sah atas bimbingan dan bantuan yang diberikan. Kepada staf di Pusat

    Pengajian Sains Kajihayat, Uncle Ganesh, Uncle Muthu, En. Nordin, En. Rahaman,

    En. Yusof, En. Yusof (Rumah Haiwan), En. Bakar, dan semuanya yang tidak disebut

    namanya, membantu saya secara langsung atau tidak langsung, terima kasih. Kepada

    senior yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar, Kak Ain, Kak Ipah dan Mark,

    terima kasih. Kalau boleh, penghargaan ini saya tujukan kepada keseluruhan warga

    Universiti Sains Malaysia yang memperlengkapkan kehidupan saya semasa bergelar

    pelajar.

    Kepada rakan-rakan yang sentiasa menghibur dan mengutuk, Shidah, Sai,

    Nanie, Meon, Lynz & Eyda. Terima kasih. Kepada rakan seperjuangan, Faizul, kita

    bersama-sama semasa susah dan senang dalam menjalankan penyelidikan ini. Terima

    kasih.

    Kepada suami dan sahabat terbaik, Norazman, yang sentiasa menemani,

    menyokong dan membantu, jutaan terima kasih.

    Untuk mama, abah dan adik-adik...Lan, Liza, Kak Chik dan Abang Amin. Tanpa

    mereka siapalah saya. Terima kasih..terima kasih...terima kasih...

  • iii

    SUSUNAN KANDUNGAN

    Muka surat PENGHARGAAN ii

    JADUAL KANDUNGAN iii SENARAI JADUAL viii SENARAI RAJAH xi SENARAI PLOT SENARAI LAMPIRAN

    xv

    xvi

    ABSTRAK xvii ABSTRACT xix BAB SATU : PENGENALAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Objektif Kajian 2

    BAB DUA : TINJAUAN BAHAN BACAAN

    2.1

    Tikus Sebagai Perosak

    4

    2.2 Bandicota bengalensis 6

    2.2.1 Asal dan taburan tikus Bandicota bengalensis 6

    2.2.2 Ciri-ciri fizikal 7

    2.2.3 Ciri-ciri biologi 8 2.2.4 Kelakuan 8 2.3 Kajian Lapangan 9

    2.3.1 Kajian populasi 9

    2.3.2 Pembiakan 10

    2.3.3 Keluasan kawasan rayau 12

    2.3.4 Pergerakan 12

    2.4 Kajian Makmal 13

  • iv

    SUSUNAN KANDUNGAN

    Muka surat

    2.4.1 Tumbesaran 13

    2.4.2 Penentuan umur tikus 14

    BAB TIGA : KAEDAH KAJIAN

    3.1 Kajian Lapangan 16

    3.1.1 Kajian Populasi (Tangkap-tanda-lepas dan tangkap

    semula)

    16

    3.1.1.1 Kawasan kajian 16

    3.1.1.2 Kaedah persampelan 19

    3.1.1.3 Analisis data 22

    3.1.2 Kajian Nekropsi 24

    3.1.2.1 Kawasan kajian 24

    3.1.2.2 Kaedah persampelan 26

    3.1.2.3 Analisis data 29

    3.1.3 Kajian keluasan kawasan rayau tikus Bandicota Bengalensis

    29

    3.1.3.1 Kawasan kajian 30

    3.1.3.2 Sumber kajian 31

    3.1.3.3 Kaedah kajian 34

    3.1.3.4 Analisis data 35

    (a) Keluasan kawasan rayau 35

    (b) Pergerakan harian 36

    3.2 Kajian Pertumbuhan Dan Perkembangan Tikus Wirok Ekor Pendek, Bandicota bengalensis di Dalam Makmal

    37

    3.2.1 Sumber kajian 37

    3.2.2 Kaedah kajian (kajian pertumbuhan dan perkembangan di dalam makmal)

    38

    3.2.3 Analisis data 40

    3.2.4 Kaedah kajian (kajian berat kanta mata tikus sebagai penentu umur)

    40

    3.2.5 Analisis data 41

  • v

    SUSUNAN KANDUNGAN

    Muka surat

    BAB EMPAT : KEPUTUSAN

    4.1 Kajian Lapangan 43

    4.1.1 Kajian Populasi (Tangkap-tanda-lepas dan tangkap

    semula)

    43

    4.1.1.1 Tangkapan keseluruhan 43

    4.1.1.2 Peratus kejayaan tangkapan dan tangkapan Semula

    43

    4.1.1.3 Saiz populasi 47

    4.1.1.4 Struktur populasi 49

    4.1.2 Kajian Nekropsi 66

    4.1.2.1 Tangkapan keseluruhan dan peratus kejayaan tangkapan

    66

    4.1.2.2 Struktur populasi 66

    4.1.2.3 Status pembiakan tikus 71 (a) Status pembiakan tikus jantan 71

    (b) Status pembiakan tikus betina 77

    4.1.3 Kajian Keluasan Kawasan Rayau Dan Pergerakan Tikus Bandicota bengalensis

    83

    4.1.3.1 Individu-individu yang digunakan di dalam kajian 83 4.1.3.2 Graf kawasan kumulatif 85

    4.1.3.3 Keluasan kawasan rayau 85

    4.1.3.4 Pergerakan 94

    (a) Sarang 94

    (b) Corak pergerakan 97

    (c) Perbandingan pergerakan dengan data cuaca 107

    4.2 Kajian Pertumbuhan dan Perkembangan Tikus Wirok Ekor Pendek, Bandicota bengalensis di Dalam Makmal

    110

    4.2.1 Proses kelahiran dan post-partum estrus 110

    4.2.2 Tempoh kitar estrus di dalam makmal 111

  • vi

    SUSUNAN KANDUNGAN

    Muka surat

    4.2.3 Saiz anak seibu (litter), nisbah jantina dan selang

    kelahiran 113

    4.2.4 Perkembangan awal fizikal anak-anak tikus 115

    4.2.5 Tumbesaran dan perkembangan tikus di dalam makmal 118

    4.2.6 Penentu umur berasaskan berat kanta mata 131

    4.2.7 Perkaitan berat kanta mata dengan ukuran berat badan 134

    BAB LIMA : PERBINCANGAN

    5.1 Kajian Lapangan 135

    5.1.1 Kajian Populasi (Tangkap-tanda-lepas dan tangkap

    semula)

    135

    5.1.1.1 Hasil tangkapan 135

    5.1.1.2 Saiz populasi 137

    5.1.1.3 Struktur populasi 138

    5.1.2 Kajian Nekropsi 140

    5.1.2.1 Hasil tangkapan 140

    5.1.2.2 Pembiakan tikus jantan dan betina 141

    5.1.2.3 Kajian keluasan kawasan rayau dan pergerakan

    tikus Bandicota bengalensis

    142

    5.1.3 Kajian keluasan kawasan rayau dan pergerakan tikus

    Bandicota bengalensis

    145

    5.1.3.1 Keluasan kawasan rayau 145

    5.1.3.2 Pergerakan 148

    (a) Sarang 148

    (b) Corak pergerakan 149

    i. Perbandingan pergerakan dengan data cuaca 149

  • vii

    SUSUNAN KANDUNGAN

    Muka surat ii.Pergerakan pergerakan dengan

    keterdapatan makanan

    150

    iii. Perbandingan pergerakan kawasan

    persekitaran

    151

    5.2 Kajian Pertumbuhan dan Perkembangan Tikus Wirok Ekor

    Pendek, Bandicota bengalensis di Dalam Makmal

    152

    5.2.1 Kelahiran dan kemandirian anak-anak tikus 152

    5.2.2 Tempoh kitar estrus di dalam makmal 155

    5.2.3 Saiz anak seibu (litter), nisbah jantina dan selang

    kelahiran

    155

    5.2.4 Perkembangan awal fizikal anak-anak tikus 156

    5.2.5 Tumbesaran dan perkembangan tikus di dalam

    makmal

    157

    5.2.6 Perbandingan dengan tikus liar 159

    5.2.7 Penentu umur tikus 160

    5.3 Pengawalan tikus Bandicota bengalensis sebagai haiwan

    perosak

    161

    SENARAI RUJUKAN 165

    LAMPIRAN

  • viii

    SENARAI JADUAL

    Muka surat

    3.1 Data cuaca bagi ketiga-tiga tempat persampelan

    20

    3.2 Tarikh dan tempat persampelan

    21

    4.1 Bilangan tangkapan tikus Bandicota bengalensis pada setiap sesi di setiap kawasan dan peratus kejayaan tangkapan keseluruhan dan peratus kejayaan tangkapan semula bagi spesies Bandicota bengalensis

    46

    4.2 Bilangan tangkapan Bandicota bengalensis mengikut jantina di kawasan pasar Taman Tun Saardon

    50

    4.3 Bilangan tangkapan Bandicota bengalensis mengikut jantina di kawasan pasar Batu Lanchang

    50

    4.4 Bilangan tangkapan Bandicota bengalensis mengikut jantina di kawasan pasar Bayan Lepas

    50

    4.5 Bilangan individu dan peratus tikus matang mengikut jantina di setiap kawasan persampelan

    51

    4.6 Analisis varians dua hala yang membandingkan min berat badan, panjang kepala-badan (HB), kaki belakang (HF), telinga (E) dan ekor (T) antara jantina

    60

    4.7 Analisis varians dua hala yang membandingkan min berat badan, panjang kepala-badan (HB), kaki belakang (HF), telinga (E) dan ekor (T) antara kawasan persampelan

    61

    4.8 Pengelasan keadaan pembiakan Bandicota bengalensis jantan dan betina mengikut kelas berat badan di kawasan pasar Taman Tun Saardon

    63

    4.9 Pengelasan keadaan pembiakan Bandicota bengalensis jantan dan betina mengikut kelas berat badan di kawasan pasar Batu Lanchang

    64

    4.10 Pengelasan keadaan pembiakan Bandicota bengalensis jantan dan betina mengikut kelas berat badan di kawasan pasar Bayan Lepas

    65

    4.11 Analisis varians dua hala yang membandingkan min berat badan, panjang kepala badan (HB), kaki belakang (HF), telinga (E) dan ekor (T) antara kawasan persampelan bagi tikus jantan

    69

    4.12 Analisis varians dua hala yang membandingkan min berat badan, panjang kepala badan (HB), kaki belakang (HF), telinga (E) dan ekor (T) antara kawasan persampelan bagi tikus betina

    69

  • ix

    4.13 Analisis korelasi bagi mencari perbandingan di antara dua ukuran berat badan bagi tikus jantan dan betina di kedua-dua kawasan

    70

    4.14 Pengelasan organ pembiakan tikus Bandicota bengalensis jantan mengikut kelas berat badan dan panjang kepala-badan (HBL) di kawasan pasar Sungai Dua

    72

    4.15 Pengelasan organ pembiakan tikus Bandicota bengalensis jantan mengikut kelas berat badan dan panjang kepala-badan (HBL) di kawasan Astaka Bukit Gedung

    72

    4.16 Bilangan tikus Bandicota bengalensis betina bunting yang Berjaya ditangkap pada setiap bulan (Mei 2005-April 2006) di Pasar Sungai Dua

    78

    4.17 Bilangan tikus Bandicota bengalensis betina bunting yang Berjaya ditangkap pada setiap bulan (Jun 2005-Mei 2006) di Astaka Bukit Gedung

    78

    4.18 Keadaan pembiakan tikus Bandicota bengalensis betina mengikut pengelasan berat badan di kawasan pasar Sungai Dua

    80

    4.19 Keadaan pembiakan tikus Bandicota bengalensis betina mengikut pengelasan berat badan di kawasan pasar Astaka Bukit Gedung

    80

    4.20 Keadaan pembiakan tikus Bandicota bengalensis betina mengikut pengelasan panjang kepala-badan di kawasan pasar Sungai Dua

    81

    4.21 Keadaan pembiakan tikus Bandicota bengalensis betina mengikut pengelasan panjang kepala-badan di kawasan Astaka Bukit Gedung

    81

    4.22 Tikus jantan dan betina Bandicota bengalensis dewasa yang digunakan di dalam kajian keluasan kawasan rayau, pergerakan dan aktiviti di kawasan pasar Bayan Lepas

    84

    4.23 Anggaran luas kawasan rayau dan kawasan pusat serta min peratus kadar pergerakan harian tikus Bandicota bengalensis di kedua-dua sub-kawasan persampelan

    89

    4.24 Julat masa keluar dan masuk sarang bagi keempat-empat tikus Bandicota bengalensis di kedua-dua sub-kawasan

    99

    4.25 Min pergerakan harian bagi tikus-tikus yang disampel di kedua-dua sub-kawasan

    99

    4.26 Kronologi kelahiran lima ekor anak tikus dari seekor tikus betina yang berjaya direkodkan

    112

  • x

    4.27 Ringkasan ciri-ciri perkembangan anak-anak tikus yang berumur 21 hari di dalam makmal

    119

    4.28 Purata berat badan (g) dan panjang ukuran badan (mm) tikus dewasa liar dan makmal dan perbandingan peratusan antara berat anak tikus Bandicota bengalensis semasa dilahirkan di dalam makmal dengan tikus liar dewasa

    120

    4.29 Kadar tumbesaran segera (IGR) tikus Bandicota bengalensis selama 21 hari

    125

    4.30 Analisa statistik bagi garis regresi antara umur dan berat kanta mata tikus Bandicota bengalensis

    133

  • xi

    SENARAI RAJAH

    Muka surat

    3.1 Kedudukan ketiga-tiga kawasan persampelan bagi kajian populasi di Pulau Pinang

    17

    3.2 Kedudukan kawasan persampelan bagi kajian nekropsi di Pulau Pinang

    25

    3.3 Sub-kawasan satu yang terdiri dari kawasan sebelah kiri Pasar Bayan Lepas

    32

    3.4 Sub-kawasan dua yang terdiri dari gerai menjual ayam di kawasan Pasar Bayan Lepas

    33

    4.1 Perbezaan bilangan kejayaan tangkapan keseluruhan dan tangkapan semula di kawasan pasar Taman Tun Saardon

    45

    4.2 Perbezaan bilangan kejayaan tangkapan keseluruhan dan tangkapan semula di kawasan pasar Batu Lanchang

    45

    4.3 Perbezaan bilangan kejayaan tangkapan keseluruhan dan tangkapan semula di kawasan pasar Bayan Lepas

    45

    4.4 Anggaran bilangan minimum individu hidup mengikut sesi di setiap kawasan kajian

    48

    4.5 Bilangan tikus betina dewasa, tikus bunting dan menyusu mengikut sesi di setiap kawasan

    53

    4.6 Taburan bilangan individu mengikut kelas berat badan bagi setiap kawasan persampelan

    55

    4.7 Taburan bilangan individu mengikut kelas berat badan bagi ketiga-tiga kawasan persampelan

    56

    4.8 Taburan bilangan individu mengikut kelas panjang kepala-badan bagi setiap kawasan persampelan

    57

    4.9 Taburan bilangan individu mengikut kelas panjang kepala-badan bagi ketiga-tiga kawasan persampelan

    58

    4.10 Perbezaan jumlah tangkapan tikus Bandicota bengalensis jantan dan betina bagi bulan Mei 2005 hingga bulan April 2006 di Bukit Gedung

    67

    4.11 Perbezaan jumlah tangkapan tikus Bandicota bengalensis jantan dan betina bagi bulan Jun 2005 hingga bulan Mei 2006 di Bukit Gedung

    67

    4.12 Min berat testis dan kauda epididimis tikus Bandicota bengalensis jantan yang ditangkap setiap bulan di kawasan pasar Sungai Dua

    74

  • xii

    4.13 Min berat testis dan kauda epididimis tikus Bandicota bengalensis jantan yang ditangkap setiap bulan di kawasan Astaka Bukit Gedung

    74

    4.14 Peratus bilangan individu Bandicota bengalensis jantan dengan testis pada kantung scrotal dan tubul seminiferus yang jelas kelihatan di kawasan pasar Sungai Dua

    74

    4.15 Peratus bilangan individu Bandicota bengalensis jantan dengan testis pada kantung scrotal dan tubul seminiferus yang jelas kelihatan di kawasan Astaka Bukit Gedung

    74

    4.16 Perbezaan testis tikus juvenil, separa dewasa dan dewasa dari segi kehadiran spermatozoa pada tikus Bandicota bengalensis jantan

    75

    4.17 Perbezaan kauda epididimis tikus Bandicota bengalensis jantan dari segi kehadiran spermatozoa.

    76

    4.18 Jumlah fixes yang diperlukan untuk mencapai asimptot untuk tikus Bandicota bengalensis di sub-kawasan satu

    86

    4.19 Jumlah fixes yang diperlukan untuk mencapai asimptot untuk tikus Bandicota bengalensis di sub-kawasan dua

    87

    4.20 Taburan keluasan kawasan rayau bagi tikus Bandicota bengalensis yang dikesan menggunakan kaedah pengesanan radio sepanjang tujuh hari persampelan intensif

    90

    4.21 Luas kawasan rayau berdasarkan 95% Harmonic Mean bagi tikus Bandicota bengalensis menggunakan kaedah pengesanan radio sepanjang tujuh harii persampelan intensif

    91

    4.22 Luas kawasan rayau (100% Minimum convex polygon) dan kawasan pusat (kawasan berlorek- 50% Harmonic mean) bagi tikus Bandicota bengalensis di kawasan pasar Bayan Lepas

    93

    4.23 Pergerakan individu MAd32 pada sub-kawasan satu di sekitar pasar Bayan Lepas semasa tujuh hari persampelan intensif

    101

    4.24 Pergerakan individu MAd32 di sub-kawasan satu pada hari pertama persampelan intensif

    102

    4.25 Pergerakan individu MAd32 di sub-kawasan satu pada hari kedua persampelan intensif

    102

    4.26 Pergerakan individu MAd32 di sub-kawasan satu pada hari ketiga persampelan intensif

    102

    4.27 Pergerakan individu MAd32 di sub-kawasan satu pada hari keempat persampelan intensif

    103

    4.28 Pergerakan individu MAd32 di sub-kawasan satu pada hari kelima persampelan intensif

    103

  • xiii

    4.29 Pergerakan individu MAd32 di sub-kawasan satu pada hari keenam persampelan intensif

    103

    4.30 Pergerakan individu MAd32 di sub-kawasan satu pada hari ketujuh persampelan intensif

    103

    4.31 Pergerakan individu FAd28 pada sub-kawasan satu di sekitar kawasan pasar Bayan Lepas semasa tujuh hari persampelan intensif

    104

    4.32 Pergerakan individu MAd14 pada sub-kawasan dua di sekitar kawasan pasar Bayan Lepas semasa tujuh hari persampelan intensif

    105

    4.33 Pergerakan individu FAd8 pada sub-kawasan dua di sekitar kawasan pasar Bayan Lepas semasa tujuh hari persampelan intensif

    106

    4.34 Perbandingan antara pergerakan harian tikus + SE (MAd32 dan FAd28) dengan min suhu (C), min kelembapan relatif 24 jam (%) dan jumlah hujan (mm) pada setiap hari persampelan di sub-kawasan satu

    108

    4.35 Perbandingan antara pergerakan harian tikus + SE (MAd14 dan FAd8) dengan min suhu (C), min kelembapan relatif 24 jam (%) dan jumlah hujan (mm) pada setiap hari persampelan di sub-kawasan dua

    108

    4.36 Pergerakan tikus MAd14 dan FAd8 semasa hari kelima persampelan

    109

    4.37 Peringkat-peringkat di dalam kitar estrus bagi tikus Bandicota bengalensis di dalam makmal

    114

    4.38 Perbandingan berat badan antara tikus jantan dan betina di dalam makmal pada tiga minggu pertama selepas kelahiran

    121

    4.39 Perbandingan berat badan antara tikus jantan dan betina di dalam makmal pada minggu pertama hingga minggu ke-52

    121

    4.40 Peningkatan panjang kepala-badan, ekor, telinga dan kaki belakang bagi tikus jantan dan betina di dalam makmal pada minggu pertama hingga minggu ke-52

    123

    4.41 Kadar tumbesaran segera berat (g/hari) tikus secara harian sehingga hari ke-21 di makmal

    126

    4.42 Kadar tumbesaran segera panjang (mm/hari) tikus secara harian selama 21 hari di makmal

    127

    4.43 Kadar tumbesaran segera (IGR) bagi ukuran panjang tikus Bandicota bengalensis di dalam makmal dari lahir sehingga minggu ke-52

    129

  • xiv

    4.44 Kadar tumbesaran segera (IGR) bagi berat tikus Bandicota bengalensis di dalam makmal dari lahir sehingga minggu ke-52

    130

    4.45 Hubungan di antara umur tikus Bandicota bengalensis jantan dan betina yang telah ditukarkan kepada logaritma dengan berat kanta mata (mg)

    132

  • xv

    SENARAI PLOT

    Muka surat

    4.1 Pintu masuk sarang pertama tikus MAd32 di sub-kawasan satu

    95

    4.2 Pintu masuk sarang tikus Fad28 di sub-kawasan satu

    96

    4.3 Pintu masuk sarang bagi tikus Mad14 dan Fad8 di sub-kawasan dua

    98

    4.4 Kedudukan sarang bagi tikus MAd14 dan FAd8 di sub kawasan dua

    98

  • xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    1.1 Kawasan Persampelan Kawasan Rayau di Pasar Bayan Lepas

    1.2 Sub-kawasan dua bagi kajian keluasan kawasan rayau di

    kawasan Pasar Bayan Lepas

    1.3 Bandicota bengalensis yang dimasukkan semula ke dalam

    perangkap setelah dipasang kolar radio sebelum dilepaskan

  • xvii

    BEBERAPA ASPEK BIOLOGI DAN EKOLOGI TIKUS WIROK EKOR PENDEK, Bandicota bengalensis DI PULAU PINANG

    ABSTRAK

    Satu kajian yang melibatkan beberapa aspek biologi dan ekologi tikus wirok ekor

    pendek, Bandicota bengalensis di Pulau Pinang dengan dua fasa kajian iaitu di

    lapangan dan juga di dalam makmal. Fasa satu di lapangan melibatkan kajian ke atas

    populasi tikus wirok ekor pendek yang disampel menggunakan kaedah tangkap-tanda-

    lepas dan tangkap semula, kajian nekropsi dan kajian keluasan kawasan rayau.

    Manakala bagi fasa kedua melibatkan kajian ke atas pertumbuhan dan perkembangan

    tikus wirok ekor pendek di dalam persekitaran makmal serta kajian ke atas berat kanta

    mata tikus sebagai penentu umur. Kajian populasi telah dijalankan di tiga buah pasar

    iaitu Pasar Taman Tun Saardon, Pasar Batu Lanchang dan Pasar Bayan Lepas. Di

    ketiga-tiga kawasan kajian, sebanyak 92%, 73% dan 89% daripada keseluruhan tikus

    yang ditangkap terdiri daripada jenis Bandicota bengalensis. Persampelan selama

    setahun memberikan saiz populasi sebanyak 265.4 ekor (dengan 95% selang

    keyakinan di antara 180.9 - 424.2) di Pasar Taman Tun Saardon, 69.9 ekor (dengan

    95% selang keyakinan di antara 35.5 -148.9) di Pasar Batu Lanchang dan 134.7 ekor

    (dengan 95% selang keyakinan di antara 77.8 -278.4) di Pasar Bayan Lepas.

    Perkiraan saiz populasi ini menggunakan kaedah Schnabel. Kajian nekropsi dijalankan

    selama setahun di Pasar Sungai Dua dan Astaka Bukit Gedung. Ia bertujuan untuk

    mengetahui corak dan kitaran pembiakan tikus Bandicota bengalensis liar di Pulau

    Pinang. Berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa kehadiran korpora lutea dan

    parut plasenta baru pada hampir keseluruhan betina dewasa yang ditangkap setiap

    bulan membuktikan bahawa tikus Bandicota bengalensis di kedua-dua kawasan

    berupaya untuk membiak sepanjang tahun. Kajian keluasan kawasan rayau yang

    dijalankan di Pasar Bayan Lepas selama tujuh hari persampelan intensif mengkaji

    tentang keluasan kawasan rayau dan corak pergerakan tikus wirok ekor pendek di dua

  • xviii

    sub-kawasan yang dipisahkan oleh sebatang jalan raya menggunakan kaedah

    pengesanan radio. Luas kawasan dikira menggunakan kaedah 100% Minimum

    Convex Polygon (MCP) dan 95% Harmonic Mean. Luas kawasan terbesar diperolehi

    untuk tikus betina FAd8 iaitu 160.68 m2 (100% MCP) atau 217.51 (95% HM) dan luas

    kawasan terkecil ialah untuk tikus jantan MAd32 iaitu 34 m2 (100% MCP) atau 59.99

    (95% HM). Pergerakan keempat-empat ekor tikus yang disampel juga dikesan

    bergerak di sekitar kawasan sarang. Kajian ke atas pertumbuhan dan perkembangan

    tikus wirok ekor pendek di dalam persekitaran makmal melibatkan pemerhatian keatas

    kelahiran, kitar estrus, selang kelahiran dan tumbesaran tikus di dalam persekitaran

    makmal yang terkawal dengan keterdapatan makanan yang maksimum. Melalui

    pemerhatian tersebut dapat disimpulkan bahawa proses kelahiran dan kitar estrus

    menyamai tikus di persekitaran semulajadi. Tumbesaran tikus terutamanya

    pertambahan berat badan didapati melebihi tikus yang ditangkap di lapangan. Berat

    kanta mata tikus pada kajian ini memberikan persamaan regresi Y = -1.71 + 2.18 X (r2

    = 0.959, P < 0.01) untuk tikus jantan dan Y = -1.45 + 2.03 X (r2 = 0.922, P < 0.01)

    untuk tikus betina. Perkaitan korelasi yang jelas antara berat kanta mata dengan berat

    badan dan panjang kepala-badan membuktikan bahawa berat kanta mata boleh

    digunakan untuk menentukan tahap kematangan tikus.

  • xix

    SOME BIOLOGICAL AND ECOLOGICAL ASPECTS OF LESSER

    BANDICOOT RAT, Bandicota bengalensis IN PENANG

    ABSTRACT

    A study consists of several biological and ecological aspects of lesser bandicoot rat,

    Bandicota bengalensis in Penang. Phase one covered the population studies of

    Bandicota bengalensis using mark-recapture method, necropsy and home range study

    while phase two covered the growth and development studies and eye lens weight as

    an age indicator. Population studies have been conducted at three markets (Taman

    Tun Saardon market, Batu Lanchang market and Bayan Lepas market). In these areas,

    92%, 73% and 89% from the total captures are Bandicota bengalensis. Total

    population size estimation for Taman Tun Saardon market was 265.4 (with 95%

    confidence interval between 180.9 -424.2), 69.9 (with 95% confidence interval between

    35.5 -148.9) at Batu Lanchang market and 134.7 (with 95% confidence interval

    between 77.8 -278.4) at Bayan Lepas market of Bandicota bengalensis. Necropsy

    study was conducted at Bayan Lepas market and Astaka Bukit Gedung. It objectives is

    to study the trend and reproductive cycles of wild Bandicota bengalensis in Penang

    respectively. From this study, it is concluded that female Bandicota bengalensis from

    both areas are able to reproduce for the whole year based on corpora lutea and

    placental scar, that were present in most of the female rat. Home range study was

    conducted for seven consecutive days at Bayan Lepas Market. Radio-tracking study

    observed the home range area and movement pattern of Bandicota bengalensis. The

    home range area was calculated by 100% Minimum Convex Polygon (MCP) and 95%

    Harmonic Mean method. The biggest home range area was from female rat, FAd8 with

    160.68 m2 (100% MCP) or 217.51 m2 (95% HM) and the smallest area was from male

    rat MAd32 for 34 m2 (100% MCP) or 59.99 m2 (95% HM). Movement was detected not

  • xx

    far from their nests for all sampled. Study on growth and development of lesser

    bandicoot rat in laboratory condition consists of observations on birth, estrus cycle,

    birth interval and development of Bandicota bengalensis in control laboratory

    environment with food ad libitum. Based on the observation, it is concluded that birth

    and estrus cycle for laboratory rat in this experiment is similar to wild Bandicota

    bengalensis while growth and development rate exceeds the development rate for rat

    in the wild. Regression equation for eye lens weight for this study is Y = -1.71 + 2.18 X

    (R2 = 0.959, P < 0.01) for male lesser bandicoot rat and Y = -1.45 + 2.03 X (R2 = 0.922,

    P < 0.01) for female. A clear correlation between eye lens weight and body weight and

    head-body length shows that eye lens weight can be used to predicts rats maturity

    rate.

  • 1

    BAB SATU PENGENALAN

    1.1 Pengenalan

    Tikus merupakan satu ancaman besar bukan sahaja kepada kesihatan manusia

    malah boleh mengakibatkan kerosakan fizikal terhadap harta benda dan sumber alam

    seterusnya mengakibatkan kerugian ekonomi kepada negara. Tikus juga boleh

    menyebabkan gangguan kepada gaya hidup dan persekitaran manusia.

    Di negara-negara Asia Tenggara umumnya, tikus daripada jenis wirok ekor pendek

    (Bandicota bengalensis) didapati telah menggantikan tikus Norway (Rattus norvegicus)

    sebagai perosak utama di kebanyakan bandar-bandar utama di seluruh negara (Gratz,

    1978; Buckle & Smith, 1994; Lund, 1994). Masalah ini menjadi semakin serius kerana saiz

    tikus tersebut yang lebih besar disamping kelakuannya yang lebih agresif berbanding tikus

    Norway.

    Di Malaysia khasnya, Bandicota bengalensis dilaporkan hanya ditemui di Pulau

    Pinang sahaja (Ellerman & Morrison-Scott, 1966; Medway, 1983; Nowak & Paradiso,1983;

    Momin Khan, 1992; Aplin et al., 2003). Walaupun merupakan perosak keempat yang

    utama selepas lipas, nyamuk dan semut kepada isi rumah (Yap et al., 1999) di Pulau

    Pinang, namun kurang kajian dijalankan ke atas spesies Bandicota bengalensis di negeri

    ini. Tinjauan penulis mendapati kebanyakan daripada penduduk di sekitar kawasan

    perumahan di Pulau Pinang menyatakan bahawa tikus terutamanya dari sepsies

    Bandicota bengalensis telah banyak merosakkan peralatan rumah serta mencemarkan

    makanan di dalam rumah. Penjual-penjual di pasar-pasar awam juga mengadu bahawa

    banyak daripada hasil jualan mereka telah dirosakkan oleh tikus menyebabkan mereka

  • 2

    kerugian. Di pasar Chow Rasta pula, penghuni-penghuni di situ menyatakan bahawa tikus-

    tikus yang berkeliaran juga telah merosakkan pendawaian pada kereta serta memasuki

    bahagian enjin kereta yang diletakkan di hadapan pasar.

    Kepadatan populasi dan penempatan manusia di Pulau Pinang merupakan satu

    keadaan terbaik bagi mengkaji pertalian dan kesan kehadiran manusia ke atas aspek

    biologi dan ekologi tikus tersebut.

    1.2 Objektif Kajian

    Suatu langkah pengurusan perosak untuk mengatasi masalah tikus Bandicota

    bengalensis terutamanya di habitat bandar perlu dirangka bagi mengatasi ancaman tikus

    yang semakin ketara. Bagi tujuan tersebut, beberapa aspek-aspek ekologi dan biologi

    spesies itu perlu dikaji.

    Secara keseluruhannya,kajian ini adalah bertujuan untuk:

    Mengenalpasti populasi sebenar tikus wirok ekor pendek di beberapa pasar-pasar utama di sekitar Pulau Pinang.

    Menentukan kitaran pembiakan tikus di kawasan-kawasan terpilih di Pulau Pinang sama ada bermusim atau tidak serta melihat potensi pembiakan tikus di setiap

    kawasan kajian.

    Merekodkan kitaran hidup dan perkembangan tikus di dalam makmal. Menentukan saiz tempat tinggal dan pergerakan dua pasang tikus di kawasan

    Pasar Bayan Lepas.

    Kajian penentuan hubungan diantara umur tikus dengan berat kanta mata tikus makmal yang diketahui umurnya

  • 3

    Kajian ini penting untuk dijalankan kerana kurangnya pengetahuan terhadap biologi

    dan populasi sebenar tikus ini di Pulau Pinang. Penerbitan saintifik bagi spesies ini

    kebanyakannya hanya berkisar terhadap spesies ini diluar negara terutamanya di India

    dan Bangladesh (Kaur & Guraya, 1950; Greaves & Rehman, 1977; Sahu & Maiti, 1978;

    Fulk et al., 1981; Sahu, 1984; Deobhankar, 1985; Bryce, 1994; Rajab et al., 2003).

  • 4

    BAB DUA TINJAUAN BAHAN BACAAN

    Pelbagai laporan dan kajian tentang ancaman tikus boleh dibaca setiap hari

    (Lund,1994). Tikus wirok ekor pendek, Bandicota bengalensis antaranya turut menjadi

    ancaman bukan sahaja kepada kesihatan manusia malah menjejaskan ekonomi dan imej

    negara di samping membawa kesan trauma ke atas seseorang individu terbabit.

    2.1 TIKUS SEBAGAI PEROSAK

    Tikus terdiri daripada kira-kira 40% jumlah mamalia yang direkodkan pada hari ini

    (Meehan & Cole, 1974; Macdonald & Fenn, 1994; Aplin et al., 2003; Singleton et al.,

    2003). Daripada jumlah tersebut hanya 5% sahaja yang dianggap sebagai perosak

    manakala selebihnya bertindak sebagai jentera biologi kepada alam sekitar. Tikus

    berperanan sebagai penyebar biji benih dan juga mempunyai peranan yang penting di

    dalam rantai makanan.

    Tikus komensal ialah tikus yang tinggal dan dapat beradaptasi dengan baik di

    kawasan penempatan manusia. Umumnya, tikus komensal yang biasa ditemui ialah tikus

    Norway (Rattus norvegicus) dan tikus rumah (Rattus rattus). Namun di Pulau Pinang, tikus

    daripada jenis wirok ekor pendek, Bandicota bengalensis juga boleh digolongkan sebagai

    tikus komensal kerana kehadirannya yang banyak di kawasan kediaman manusia dan

    merupakan perosak yang utama berbanding dengan tikus Norway dan tikus rumah. Tikus

    komensal dianggap sebagai perosak kerana ia menyebabkan kerugian yang besar

    terhadap ekonomi negara, individu dan syarikat. Tikus juga menyebabkan gangguan

    kesihatan dengan menyebabkan penyebaran penyakit bukan sahaja kepada manusia

  • 5

    tetapi juga kepada haiwan ternakan. Disamping itu, tikus juga boleh menyebabkan

    gangguan emosi dan trauma kepada sesetengah individu.

    Di India, tikus daripada jenis Rattus rattus, Rattus norvegicus, Bandicota

    bengalensis, Bandicota indica dan Tatera indica telah menyebabkan kerugian ekonomi

    yang besar ke atas ekonomi India. Di negara-negara membangun lainnya, tikus juga

    dilaporkan telah membawa kerosakan yang amat banyak kepada hasil tanaman yang

    disimpan di dalam gudang penyimpanan makanan. Kerosakan terhadap hasil tanaman

    pernah juga dilaporkan mencecah sehingga 40% ke atas hasil kelapa di Pulau Tokelau

    manakala pernah mencecah sehingga 90% semasa serangan tikus secara besar-besaran

    ke atas hasil padi di Filipina. Tikus bukan sahaja memakan hasil tanaman malah telah juga

    mencemarkan gudang penyimpanan makanan dengan najis, air kencing dan bulunya.

    Seekor tikus Bandicota bengalensis contohnya, boleh memakan sebanyak 10 kilogram

    gandum setahun manakala tikus Norway pula sebanyak 9 kilogram setahun (Gratz, 1978).

    Tikus yang menyerang gudang penyimpanan makanan juga secara tidak langsung

    akan merosakkan peralatan di gudang, barang-barang yang telah dibungkus serta

    bangunan tersebut. Tikus juga turut merosakkan paip-paip serta menggigit wayar-wayar

    elektrik yang menyebabkan litar pintas dan kebakaran. Lubang-lubang di dalam bangunan

    atau tanah menyebabkan struktur bangunan, jalan raya atau perparitan mendap atau

    runtuh.

    Tikus juga merupakan perumah kepada beberapa penyakit yang merbahaya.

    Penyakit leptospirosis contohnya akan menjangkiti manusia yang terdedah kepada

    keadaan persekitaran yang telah dicemari dengan najis haiwan perumah yang

    kebiasaannya adalah tikus (Yanagawa, 1985). Bubonic plague juga merupakan penyakit

  • 6

    bawaan tikus yang telah melanda Eropah pada kurun ke-14 dan telah mengorbankan

    hampir 23% daripada penduduk Eropah pada ketika itu (Gratz, 1978). Terdapat juga kes

    yang telah menyebabkan kematian kerana gigitan tikus akibat alahan yang dipanggil

    anaphylaxis iaitu air liur yang memasuki badan lelaki yang digigit menyebabkan

    badannya tidak dapat menerima protein asing lalu menyebabkan sistem ketahanan

    badannya menjadi lemah. Laporan mengenai kejadian tersebut diterbitkan di dalam

    akhbar Berita Harian bertarikh 28 September 2004. Antara penyakit-penyakit lain yang

    juga disebabkan oleh tikus ialah murine typhus, salmonellosis dan toxoplasmosis

    (Rujukan Berita Harian, 28 September 2004).

    Tikus juga dilaporkan pernah menyebabkan gangguan operasi ke atas sistem

    pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Gangguan tersebut juga

    telah menyebabkan gangguan jadual penerbangan. Disamping itu, terdapat juga kes tikus

    yang telah menggigit wayar-wayar sehingga terjadinya gangguan keatas sistem komputer

    pusat di lapangan terbang berkenaan (Annonymous, 16 Julai 1998).

    2.2 Bandicota bengalensis

    2.2.1 Asal dan taburan tikus Bandicota bengalensis

    Bandicota bengalensis dipercayai berasal dari benua India (Meehan, 1984). Pada

    masa kini ia dilaporkan bertaburan di Pakistan hingga Myanmar, Sri Lanka, Pulau Pinang

    dan Jawa (Ellerman & Morrison-Scott, 1966; Harrison, 1966; Medway, 1983; Nowak &

    Paradiso, 1983; Aplin et al., 2003). Namun Lund (1994), turut melaporkan bahawa tikus

    tersebut sudah turut menjadi tikus perosak yang utama di bandar-bandar utama di Asia

    seperti di Bombay, Madras, Calcutta, Rangoon dan Bangkok.

  • 7

    Habitat semulajadi tikus ini dilaporkan adalah di dalam hutan tebal dan belukar

    namun kini telah menjadi perosak di kawasan bandar. Populasinya juga dilaporkan banyak

    di kawasan yang mempunyai kadar penurunan hujan yang tinggi. Di Pakistan, spesies ini

    dikatakan mendiami kawasan paya bakau. Namun di kebanyakan tempat, ia didapati

    banyak di dalam gudang-gudang penyimpanan hasil tanaman. Menurut Ellerman &

    Morrison-Scott (1966), Bandicota bengalensis terdiri daripada lima subspesies yang

    berlainan. Kelima-lima spesies tersebut ialah B.b.bengalensis, B.b.kok, B.b.gracilis,

    B.b.wardi dan B.b.varius. Spesies yang ditemui di Pulau Pinang adalah dari spesies

    B.b.varius yang saiznya adalah lebih besar berbanding dengan saiz tikus Bandicota

    bengalensis yang lain (Aplin et al., 2003).

    2.2.2 Ciri-ciri fizikal

    Wirok ekor pendek (Bandicota bengalensis) mempunyai bulu-bulu yang pendek

    dan kasar, dengan bahagian dorsalnya berwarna gelap (kelabu gelap dan coklat

    kehitaman), manakala bahagian ventralnya berwarna kelabu cerah dengan kuning

    kecoklatan. Kaki hadapannya mempunyai empat jari berkuku manakala kaki belakang

    mempunyai lima jari berkuku. Muncung tikus ini adalah luas, lebar dan pendek dan

    seakan-akan berbentuk bulat berbanding dengan tikus lain. Bandicota bengalensis

    dibezakan daripada tikus lain dengan gigi kacip hadapan yang lebar berwarna kekuning-

    kuningan. Kedua-dua lebar gigi kacip tikus dewasa adalah lebih kurang 4mm. Gigi kacip

    atas tikus tersebut juga agak terkehadapan sedikit kerana sifatnya yang menggunakan

    gigi kacip untuk menggali lubang dan mengangkat batu dan tanah. Seperti juga spesies-

    spesies yang lain, wirok ekor pendek mempunyai deria penglihatan yang lemah namun

    mempunyai deria bau, pendengaran dan rasa yang baik (Medway, 1983, Aplin, 2003).

  • 8

    2.2.3 Ciri biologi

    Kitar hidup tikus Bandicota bengalensis adalah selama sembilan hingga 12 bulan.

    Ciri-ciri pembiakan bagi spesies tersebut pula adalah hampir sama dengan tikus Norway.

    Ia dilaporkan membiak sepanjang tahun dengan tempoh kitar estrus selama tiga hingga

    lima hari dan tempoh bunting selama 21 hingga 25 hari. Anak tikus didapati bercerai susu

    (weaning) dengan ibunya ketika umurnya 25 hingga 28 hari. Tikus ini juga direkodkan

    matang seawal umur tiga bulan pada tikus betina. Tikus jantan pula matang agak lewat

    berbanding dengan tikus betina. Purata anak tikus pada setiap kelahiran adalah 5-10 ekor

    walaupun terdapat laporan yang menunjukkan bahawa terdapatnya pertambahan bilangan

    anak pada satu-satu kelahiran apabila sumber makanan didapati banyak (Nowak &

    Paradiso, 1983; Shahrul Anuar et al., 2002; Aplin et al., 2003).

    2.2.4 Kelakuan

    Tikus Bandicota bengalensis adalah penggali lubang dan perenang yang baik dan

    menyukai habitat yang lembab atau basah. Walaupun begitu, ia tidak gemar memanjat

    dan kebiasaannya lubang sarangnya terletak di luar bangunan. Sarang tikus ini ialah

    lubang yang dikorek di dalam tanah sehingga ke kedalaman 60cm dari permukaan dan

    mempunyai banyak ruang yang menempatkan tempat penyimpanan makanan dan tempat

    tidur dan membesarkan anak. Setiap lubang sarang mempunyai dua hingga enam pintu

    masuk (Nowak & Paradiso, 1983; Lund, 1994). Namun Harrison (1966), merekodkan

    terdapat sehingga sepuluh pintu masuk pada sarang spesies ini. Kajian ke atas tabiat

    pemakanan awal tikus Bandicota bengalensis ialah beras dan ragi (Sridhara, 1978). Tabiat

    pemakanan tikus dewasa di lapangan adalah pelbagai iaitu bijirin, gandum, padi, tebu,

    kekacang, buah-buahan, haiwan moluska dan ketam (Parshad & Jindal, 1991; Aplin et al.,

    2003). Namun hasil daripada adaptasinya di persekitaran bandar, tikus ini didapati

    memakan sebarang makanan yang terdapat di gudang penyimpanan makanan, restoran,

  • 9

    bazar dan rumah-rumah kediaman. Ia turut direkodkan menyimpan sehingga empat kali

    ganda jumlah makanan yang mampu dimakannya. Bandicota bengalensis juga terkenal

    dengan sifatnya yang agresif. Ia akan mengeluarkan bunyi berdecit yang kasar apabila

    diganggu (Meehan, 1984).

    2.3 KAJIAN LAPANGAN

    2.3.1 Kajian Populasi

    Meehan (1984) menyenaraikan lima faktor yang mempengaruhi populasi haiwan

    iaitu; (i) keadaan persekitaran, (ii) kadar pemangsaan dan kematian secara semulajadi, (iii)

    persaingan di antara spesies dan spesies berlawanan ke atas sumber makanan dan

    tempat tinggal, (iv) kadar kelahiran dan (v) imigrasi dan emigrasi. Punca utama penurunan

    populasi adalah kekurangan sumber makanan manakala kematian merupakan punca

    yang kedua (Sherman & Runge, 2002).

    Perlakuan sosial tikus adalah kompleks. Tindakbalas tikus ke atas kawasan

    persekitaran dan kehadiran perangkap juga mempengaruhi pengiraan bilangan dan

    jumlah sebenar populasi. Krebs (2002) menggariskan empat mekanisme perlakuan sosial

    yang mempengaruhi populasi. Mekanisme tersebut ialah; (i) masa kematangan seksual,

    (ii) infanticide iaitu memakan anak tikus yang lebih kecil, (iii) kawalan taburan populasi

    dan (iv) sifat agresif. Wolff (2002) pula menyatakan bahawa terdapat terdapat tiga faktor

    penghad untuk perkembangan populasi iaitu; (i) kewilayahan bagi tikus betina; (ii) strategi

    pembiakan bagi kedua-dua jantina; dan (iii) penyebaran individu. Bagi penyebaran

    individu, Joule & Cameron (1974) menyatakan bahawa ia bergantung kepada kepadatan

    populasi, cuaca dan keadaan persekitaran serta hierarki individu di dalam populasi.

  • 10

    Kajian tangkap-tanda-lepas dan tangkap semula merupakan kaedah yang paling

    biasa digunakan untuk mengkaji populasi tikus di lapangan (Adams, 1959; Krebs et al.,

    1969; Boonstra & Krebs, 1976; O'Farrel et al., 1977; Sullivan & Sullivan, 1983). Clout

    (1980) dan Montgomery (1987) menyenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi hasil

    tangkapan iaitu keadaan cuaca, habitat, kaedah persampelan, spesies, jantina, keadaan

    pembiakan, umur, hierarki sosial, musim, kepadatan populasi, reaksi terhadap perangkap

    dan kehadiran spesies lain. Tangkapan juga bergantung kepada umpan yang digunakan

    di lapangan. Jacob et al. (2003) menjelaskan bahawa tiga ciri yang mempengaruhi

    pengambilan umpan oleh tikus iaitu keadaan persekitaran habitat, jumlah umpan yang

    digunakan dan keadaan individu.

    Chew & Butterworth (1964) di dalam kajiannya menyatakan bahawa hasil

    tangkapan yang paling banyak diperolehi pada bahagian pertama atau permulaan kepada

    keseluruhan aktiviti persampelan. Kekerapan tikus memasuki perangkap seterusnya juga

    bergantung kepada tekanan persekitaran habitat tikus tersebut. Persampelan juga

    seboleh-bolehnya dijalankan pada waktu bulan gelap kerana tikus bergerak paling aktif

    pada waktu ini.

    2.3.2 Pembiakan

    Antara sebab utama untuk mengawal populasi tikus di lapangan adalah

    kerana kebolehan spesies tersebut untuk membiak dengan cepat di dalam jangka waktu

    yang singkat. Pelbagai kajian tentang pembiakan ke atas tikus telah dijalankan. Bagi

    kebanyakan roden dan insektivor, musim pembiakan adalah berbeza mengikut musim dan

    tempat. Walaupun begitu, sistem pembiakan bagi kebanyakan spesies tikus adalah hampir

    sama (Meehan, 1984). Bagi Jameson (1950), pembiakan tikus jantan ditentukan oleh

    kehadiran sperma pada testis ataupun tubul seminiferous menandakan bahawa tikus

  • 11

    jantan tersebut telah matang. Kajian yang dijalankan oleh Massanyi et al. (2003)

    menunjukkan bahawa keadaan testis di dalam fasa pembiakan boleh ditentukan

    berdasarkan lokasi dan saiznya. Bagi Maeda et al. (2000) pula menyatakan bahawa

    kematangan tikus betina bermula dengan pembukaan vagina dan kehadiran proestrus

    yang pertama. Beliau turut menyatakan bahawa tempoh tersebut lebih banyak bergantung

    kepada berat badan haiwan terbabit berbanding dengan waktu kelahiran.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi pembiakan tikus ialah keterdapatan makanan

    (Kaur & Guraya, 1950), cuaca (Kaur & Guraya, 1950; Hannson, 1971), cahaya (Batzli et

    al., 1977), bau dari jantina bertentangan (Thomas & Wolff, 2002), bau daripada pemangsa

    (Feoktistova et al., 2002) dan kelakuan sosial yang berkaitan dengan struktur habitat dan

    kepadatan populasi (Aplin et al., 2003). Menurut Yu & Lin (1999), pembiakan bermusim

    bagi mamalia ditentukan oleh kehadiran tiga keadaan persekitaran yang utama iaitu fizikal,

    pemakanan dan sosial. Berdasarkan tiga keadaan tersebut, faktor pemakanan merupakan

    faktor yang paling kritikal. Faktor pemakanan bukan sahaja dilihat dari sudut sumber dan

    jumlah makanan yang diambil oleh tikus malah jenis makanan juga boleh mempengaruhi

    tahap pembiakan dan kematangan tikus tersebut (Negus & Pinter, 1966).

    Pembiakan bermusim dikira dengan kehadiran tikus juvenil (Yu& Lin, 1999),

    spermatozoa matang (Hoditschek & Best, 1983) dan pembesaran puting susu (Stafford &

    Stout, 1983) antara tikus-tikus yang berjaya disampel dikesan. Kajian pembiakan ke atas

    tikus Bandicota bengalensis kebanyakannya dijalankan di kawasan penanaman padi di

    negara India dan Pakistan (Kaur & Guraya, 1950, Fulk et al., 1981).

    Tempoh kitar estrus ataupun penerimaan individu jantan daripada haiwan betina

    adalah berbeza di antara spesies. Maeda et al. (2000) menyatakan bahawa tempoh kitar

  • 12

    estrus adalah bergantung kepada beberapa faktor iaitu photoperiod, nutrisi, tekanan dan

    tempoh menyusu anak. Kitar estrus melibatkan empat peringkat iaitu proestrus, estrus,

    diestrus dan metestrus. Tempoh kitar estrus bagi Bandicota bengalensis adalah

    kadangkala berbeza di antara individu dengan kebiasaanya dalam jangka masa empat

    hingga lima hari. Sistem pembiakan bagi kebanyakan tikus adalah sama (Meehan, 1984).

    2.3.3 Keluasan Kawasan Rayau

    Ketepatan penganggaran keluasan kawasan rayau haiwan adalah penting untuk

    memahami kelakuan ekologi dan pengurusan spesies haiwan. Secara amnya, haiwan

    memilih lokasi kawasan rayau yang dapat memenuhi keperluan metaboliknya (Lindstedt et

    al., 1986). Terdapat pelbagai teori dan hasil kajian ke atas faktor-faktor yang menentukan

    keluasan kawasan rayau. Bixler & Gittleman (2000) menyatakan bahawa keadaan cuaca

    dan persekitaran serta berat badan menjadi faktor ke atas peningkatan keluasan kawasan

    rayau. Disamping itu musim pembiakan dan saiz populasi turut mempengaruhi keluasan

    kawasan rayau (Priotto et al., 2002). Hal ini menunjukkan bahawa setiap spesies

    mempunyai faktor-faktor yang berbeza ke atas peningkatan keluasan kawasan rayau.

    Antara faktor-faktor lain ialah keterdapatan makanan dan kewilayahan (Somers & Nel,

    2004). Kualiti kawasan rayau juga mempengaruhi luas kawasan rayau haiwan.

    Pertambahan keluasan kawasan rayau dijangka berlaku apabila keterdapatan kawasan

    rayau yang bersesuaian menurun (Tamura, 2004).

    2.3.4 Pergerakan

    Kebolehan pemerhatian ke atas pergerakan dan interaksi sosial mamalia kecil

    adalah penting untuk memahami mekanisma populasi dan kelakuan haiwan tersebut

    (Sutherland & Singleton, 2002). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pergerakan tikus

    banyak dipengaruhi oleh keadaan cuaca (Gauthier & Bider, 1986; Vickery, 1981), jumlah

  • 13

    sumber makanan dan air di kawasan sekitar (Sullivan et al., 1983; Aplin et al., 2003),

    mengekalkan interaksi sosial (Aplin et al., 2003), pasangan untuk membiak (Aplin et al.,

    2003), mencari kawasan bersesuaian untuk bersarang (Meehan, 1984) dan pemangsaan

    (Byrom, 2002).

    Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dijalankan untuk mengkaji pergerakan

    haiwan. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah kaedah tangkap-tanda-lepas dan

    tangkap semula, kaedah benang, kaedah serbuk flourescent dan kaedah pengesanan

    radio. Kaedah pengesanan radio merupakan kaedah yang paling versatil yang

    membolehkan pengkaji untuk mengkaji pergerakan, keluasan kawasan rayau,

    penggunaan kawasan rayau, perlakuan sosial, kemandirian dan penyebaran individu

    (Aplin et al., 2003). Menurut Meehan (1984), tikus Bandicota bengalensis didapati

    bergerak aktif pada waktu senja dan waktu menjelang matahari terbit. Beberapa kajian ke

    atas pergerakan mamalia kecil juga mendapati bahawa bagi kebanyakan spesies seperti

    Mus domesticus turut aktif pada waktu senja. (Sutherland & Singleton, 2002).

    2.4 KAJIAN MAKMAL

    2.4.1 Tumbesaran

    Pelbagai kajian ke atas perkembangan dan tumbesaran mamalia kecil telah

    dijalankan di dalam makmal. Antara kajian-kajian tersebut ialah tentang Rattus surifer

    (Chang & Ibrahim, 2002), Beamys hindei (Egoscue, 1972), Rattus exulans (Wirtz, 1973,

    Brooks & Pe, 1980), Dipodomys stephensi (Lackey, 1967) dan Ochrotomys nuttali (Linzey

    & Linzey, 1967). Kajian saintifik berkaitan dengan kelahiran dan pertumbuhan tikus di

  • 14

    dalam makmal adalah sangat terhad. Beberapa kajian yang dijalankan mendapati bahawa

    tikus jantan dan tikus yang belum pernah membiak bagi kedua-dua jantina memainkan

    peranan yang sangat kecil di dalam proses menjaga anak-anak tikus yang baru lahir

    (Meehan, 1984).

    2.4.2 Penentuan umur tikus

    Pelbagai kaedah digunakan untuk menganggarkan umur haiwan sama ada di

    lapangan atau di dalam makmal. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah dengan

    menggunakan berat kanta mata (Adamczewska-Andrzejewska, 1973; Ando & Shiraishi,

    1997; Augusteyn et al., 2003; Bauer et al., 1964; Conides & Al-Hassan; 2000),

    penghakisan gigi haiwan (Dapson, 1968; Yu, & Lin 1999; Shahrul Anuar et al., 2004a;

    Shahrul Anuar et al., 2004b; Krystufek et al., 2005), mengukur diameter kanta mata bagi

    ikan (Conides & Al-Hassan, 2000), pertambahan berat badan, tumbesaran rangka,

    tumbesaran gigi, pertambahan lapisan gigi, perubahan organ badan sewaktu tumbesaran

    (kaedah biokimia) dan perkembangan bulu haiwan (Pucek & Lowe, 1975). Menurut

    (Adamczewska-Andrzejewska, 1973), penganggaran umur menggunakan kaedah

    pengukuran penghakisan gigi adalah kurang tepat manakala Dapson & Irland (1972)

    menyatakan bahawa pengukuran berat kanta mata adalah kaedah yang paling tepat.

    Kanta mata didapati bertumbuh sepanjang hayat haiwan (Lord, 1959).

    Selain daripada perbandingan ke atas umur, perbezaan berat kanta mata pada

    spesies yang sama turut dikesan apabila terdapat perbezaan dari segi pemakanan

    (Dapson & Irland, 1972), habitat sama ada di lapangan atau di dalam makmal, jantina

    (Hardy et al., 1983; Berry & Truslove, 1968), dan geografi (Connolly & Dudzinski, 1969;

    Shrestha et al., 2002). Morris (1972) menurut Krystufek et al. (2005) menyatakan bahawa

  • 15

    sebarang kaedah pengganggaran umur haiwan perlu diuji ketepatannya dengan haiwan

    yang telah dipastikan ketepatan bilangan umurnya.

  • 16

    BAB TIGA BAHAN DAN KAEDAH

    3.1 KAJIAN LAPANGAN 3.1.1 Kajian Populasi (Tangkap-tanda-lepas dan tangkap semula)

    3.1.1.1 Kawasan kajian

    Tiga kawasan pasar yang dipilih untuk kajian populasi bagi spesies tikus wirok ekor

    pendek (Bandicota bengalensis) ialah Pasar Taman Tun Saardon, Pasar Batu Lanchang

    dan Pasar Bayan Lepas (Rajah 3.1).

    Kedudukan dan struktur pasar - Pasar Taman Tun Saardon terletak lebih kurang

    dua kilometer dari kampus Universiti Sains Malaysia dan terletak di dalam kawasan

    Taman Tun Saardon, Gelugor. Bangunan pasar dua tingkat tersebut menempatkan

    kawasan jualan di tingkat bawah dan dewan orang ramai di sebelah atas. Kawasan

    sekeliling pasar terdiri daripada flat-flat perumahan di bahagian hadapan, sebuah sekolah

    di atas bukit sebelah kanan pasar dan medan makan di bahagian kiri. Di sebelah kanan

    pasar terdapat kawasan bertanah yang sesuai sebagai habitat tikus wirok ekor pendek.

    Keadaan pasar didapati agak sibuk pada sebelah pagi sahaja manakala aktiviti sangat

    berkurangan pada sebelah petang. Sebiji tong sampah besar dan kawasan tanah berbukit

    di sebelahnya merupakan tempat utama perangkap diletakkan. Pengendalian tong

    sampah yang tidak cekap menyebabkan kawasan sekeliling tong sampah tersebut berbau

    busuk dengan sisa-sisa sembelihan ayam seperti kepala, bulu dan perut bertaburan di

    atas lantai.

  • 17

    Rajah 3.1 Kedudukan ketiga-tiga kawasan persampelan bagi kajian populasi di Pulau Pinang PETUNJUK: Kawasan Pasar Batu Lanchang Kawasan Pasar Taman Tun Saardon Kawasan Pasar Bayan Lepas

    U

    Skala: 1 : 15 000

  • 18

    Terletak di kawasan yang agak sibuk, pasar Batu Lanchang merupakan sebuah

    pasar dua tingkat yang bersaiz besar dan dikelilingi oleh flat-flat dan sebuah medan

    makan di hadapannya. Seperti juga pasar Taman Tun Saardon, bahagian bawah pasar

    terdiri daripada ruang jualan dan bahagian atas menempatkan dewan orang ramai. Pasar

    tersebut juga menghadap jalan raya utama yang dipisahkan oleh medan letak kereta yang

    luas. Di bahagian belakang pasar diletakkan sebiji tong sampah besar berhampiran

    dengan kawasan bersemak. Aktiviti jualan di pasar berkenaan didapati sibuk sepanjang

    hari. Pasar berkenaan mula ditutup untuk urusniaga menjelang jam 0700 malam. Kawasan

    sekeliling pasar secara majoriti dihuni oleh penduduk berbangsa Cina. Ini adalah

    penyebab kehadiran anjing yang banyak di sekeliling pasar yang sebahagian besarnya

    merupakan anjing peliharaan penduduk dan selebihnya terdiri daripada anjing liar.

    Pasar Bayan Lepas merupakan bangunan batu satu tingkat yang dibina pada

    tahun 1930 di tengah-tengah pekan Bayan Lepas dan saiznya agak kecil berbanding

    dengan dua pasar di atas. Keadaan dalaman pasar agak sempit dengan bilangan peniaga

    tidak lebih dari 20 orang. Persekitaran kawasan pasar terdiri daripada kedai-kedai lama

    dan rumah-rumah teres serta rumah-rumah kampung. Terdapat kawasan bertanah di

    kebanyakan tempat di sekeliling pasar kecuali bahagian hadapan pasar yang menghadap

    jalan raya. Aktiviti jualan bermula dari waktu pagi sehingga tengahari sahaja manakala

    pasar ditutup pada sebelah petang. Penghuni-penghuni rumah kampung berhampiran

    pasar didapati memelihara ayam dan itik yang dilepaskan secara bebas di sekeliling

    kawasan perumahan. Haiwan-haiwan tersebut didapati diberi makan nasi yang ditabur

    secara terus di atas tanah. Disamping itu juga, bilangan kucing-kucing terbiar juga didapati

    banyak di pasar tersebut. Penulis telah beberapa kali terjumpa anak-anak kucing yang

    ditinggalkan di dalam kotak di sekeliling kawasan pasar.

  • 19

    Keadaan cuaca Data cuaca (min suhu, kelembapan relatif 24 jam dan jumlah

    hujan) diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia untuk setiap hari persampelan.

    Data dipersembahkan dalam bentuk purata bagi empat hari persampelan pada setiap sesi

    (Jadual 3.1). Bagi negeri Pulau Pinang secara amnya cuaca secara tahunan adalah panas

    dan lembap. Penurunan hujan didapati beberapa kali berlaku sepanjang sesi persampelan

    dijalankan. Perbezaan suhu dan kelembapan juga adalah sangat sedikit menandakan

    bahawa keadaan cuaca adalah setara sepanjang tahun.

    3.1.1.2 Kaedah Persampelan

    Persampelan dijalankan dari bulan April 2004 sehingga bulan Mei 2005 bagi

    ketiga-tiga kawasan kajian. Sebanyak enam sesi persampelan telah dijalankan bagi setiap

    pasar dengan empat malam persampelan bagi setiap sesi. Jadual 3.2 menunjukkan tarikh

    persampelan bagi ketiga-tiga kawasan kajian.

    Perangkap dawai berukuran 25 x 15 x 11.5cm dengan umpan pisang emas telah

    digunakan bagi kajian ini. Sebanyak 50 buah perangkap telah diletakkan secara rawak di

    sekeliling kawasan pasar pada setiap malam. Kedudukan perangkap biasanya

    mengambilkira kedudukan lubang-lubang tikus, kawasan yang berpotensi menjadi laluan

    tikus serta kawasan bertanah dan disekitar tong sampah. Jarak di antara perangkap

    adalah tidak sama di antara kawasan. Ini kerana ia bergantung kepada luas kawasan

    persampelan. Perangkap-perangkap tidak diletakkan di dalam pasar kecuali bagi Pasar

    Bayan Lepas kerana kedua-dua pasar tersebut iaitu Pasar Taman Tun Saardon dan Pasar

    Batu Lanchang akan dikunci pada waktu malam. Kebiasaannya perangkap diletakkan

    pada jam 6 petang pada setiap malam persampelan dan diperiksa pada jam 2 pagi.

  • 20

    Jadual 3.1 Data cuaca bagi ketiga-tiga tempat persampelan

    (a) Taman Tun Saardon

    Sesi Suhu (C)

    Kelembapan Relatif 24 Jam

    (%) Jumlah

    hujan (mm) 1 27.9 81.6 7.9 2 29.6 75.9 0.00 3 27.5 78.5 2.55 4 28.28 58.5 0 5 29.2 78.7 0 6 28.9 80.6 15.7

    (b) Batu Lanchang

    Sesi Suhu (C)

    Kelembapan Relatif 24 Jam

    (%) Jumlah

    hujan (mm) 1 28.9 79.2 0 2 28.1 78.4 0.1 3 27 81.33 15.1 4 27.5 73.2 2.8 5 28.2 74.6 11.0 6 29 71.9 10.8

    (c) Bayan Lepas

    Sesi Suhu (C)

    Kelembapan Relatif 24 Jam

    (%) Jumlah

    hujan (mm) 1 27.9 80.1 21.2 2 27.5 80.0 7.1 3 28.3 58.5 0 4 29.2 73.7 0 5 28.9 80.6 15.7 6 27.8 80.6 33.1

    Nota;

    Jumlah hujan diambil bermula dari jam 0800 hari tersebut sehingga 0800 hari berikutnya.

  • 21

    JADUAL 3.2: TARIKH DAN TEMPAT PERSAMPELAN

    TARIKH TEMPAT SESI

    24-27 April 2004 Taman Tun Saardon Sesi 1 21 - 24 Mei 2004 Batu Lanchang Sesi 1 12 - 15 Jun 2004 Taman Tun Saardon Sesi 2 22 -25 Jun 2004 Bayan Lepas Sesi 1

    12 - 15 Julai 2004 Batu Lanchang Sesi 2 27-30 September 2004 Batu Lanchang Sesi 3 11 - 14 Oktober 2004 Taman Tun Saardon Sesi 3 18 - 21 Oktober 2004 Bayan Lepas Sesi 2 6 - 9 Disember 2004 Batu Lanchang Sesi 4 4 - 7 Januari 2005 Taman Tun Saardon Sesi 4 4 - 7 Januari 2005 Bayan Lepas Sesi 3 1 - 4 Februari 2005 Batu Lanchang Sesi 5 14 - 17 Mac 2005 Batu Lanchang Sesi 6 11 - 14 April 2005 Taman Tun Saardon Sesi 5 11 - 14 April 2005 Bayan Lepas Sesi 4 25 - 28 April 2005 Taman Tun Saardon Sesi 6 25 - 28 April 2005 Bayan Lepas Sesi 5 23 - 26 Mei 2005 Bayan Lepas Sesi 6

  • 22

    Setiap tikus yang ditangkap dipengsankan menggunakan kloroform. Telinga tikus

    ditandakan menggunakan tag besi bernombor (National Wing Band Style 898 Tab End,

    National Band and Tag Co.) yang dilekatkan di telinga tikus bagi tujuan pengecaman

    semasa tangkapan semula diperolehi. Ukuran morfologi tikus iaitu panjang kepala dan

    badan (HB), panjang ekor (T), panjang telinga (E), dan panjang kaki belakang (HF)

    direkodkan dalam unit millimeter (mm). Cara ukuran diambil adalah mengikut Yasuma &

    Andau (1999) dan Aplin et al. (2003). Berat bagi setiap ekor tikus direkodkan dalam unit

    gram (g). Pengecaman spesies merujuk kepada Medway (1983) dan Yasuma & Andau

    (1999).

    Beberapa maklumat tambahan seperti tahap kematangan tikus direkodkan. Tikus

    jantan dengan kedudukan testis terletak pada kantung skrotal menunjukkan bahawa tikus

    dianggap telah matang. Manakala jika testis terletak pada kedudukan abdominal primer,

    tikus dianggap masih juvenil dan jika testis pada kedudukan abdominal sekunder, tikus

    adalah separa dewasa. Bagi tikus betina pula, pemeriksaan terhadap bukaan vagina

    dilakukan. Tikus yang membengkak vaginanya, sedang bunting atau menyusu dikelaskan

    sebagai sudah matang (Chew & Butterworth, 1964; Krebs et al., 1976).

    3.1.1.3 Analisis data

    Peratus kejayaan tangkapan keseluruhan dan tangkapan semula dikira

    menggunakan rumus seperti yang ditunjukkan di dalam Nelson & Clark (1973) iaitu:

    Peratus kejayaan tangkapan = bilangan tangkapan x 100 TU

    dimana:

    TU = bilangan keupayaan tangkapan (bilangan perangkap x tempoh

    persampelan x selang tangkapan)

  • 23

    Untuk pengiraan penganggaran saiz populasi, populasi Bandicota bengalensis di

    ketiga-tiga kawasan dianggap sebagai populasi tertutup dan dengan itu pengiraan

    populasi adalah menggunakan kaedah Schnabel melalui perisian Ecological Methodology

    atau merujuk kepada Krebs (1989) dan juga kaedah Bilangan Minimum Individu Hidup

    (Minimum Number Alive) (Krebs, 1966).

    Nisbah populasi tikus jantan dan betina dikira menggunakan rumus chi-kuasa dua

    (2). Analisa korelasi juga dijalankan bagi mengetahui perkaitan antara berat badan dan

    ukuran badan tikus di ketiga-tiga kawasan. Analisis varians pula dijalankan bagi

    membandingkan min ukuran dan berat badan tikus Bandicota bengalensis dewasa

    mengikut jantina dan kawasan. Kesemua perkiraan tersebut dijalankan menggunakan

    perisian Minitab 14.

    Bilangan Minimum Individu Hidup = jumlah individu yang ditangkap pada masa t +

    bilangan individu yang telah ditanda sebelum

    masa t dan kemudiannya telah ditangkap

    selepas masa t

    = (CtMt) Rt

    dimana:

    Ct = jumlah keseluruhan individu yang ditangkap pada sampel t

    Mt = jumlah individu yang telah ditanda semasa ditangkap pada sampel t

    Rt = jumlah individu yang ditanda dan dilepaskan pada sampel t

  • 24

    3.1.2 Kajian Nekropsi

    3.1.2.1 Kawasan Kajian

    Kajian nekropsi bertujuan untuk mengetahui corak dan kitaran pembiakan tikus

    Bandicota bengalensis liar di Pulau Pinang. Dua kawasan telah dipilih untuk menjalankan

    kajian ini. Kawasan-kawasan tersebut ialah kawasan Pasar di Jalan Sungai Dua

    berhampiran pasar raya Makro dan kawasan astaka Bukit Gedung (Rajah 3.2).

    Pasar di Jalan Sungai Dua berdekatan dengan pasar raya besar Makro. Kawasan

    pasar agak usang dan sempit. Ia dikelilingi oleh deretan kedai-kedai kayu dan rumah-

    rumah teres. Aktiviti jualan hanya aktif pada waktu pagi sehingga lebih kurang jam 2

    petang sahaja. Pada waktu petang, kawasan dalam pasar agak lengang. Kawasan

    sekeliling pasar merupakan kawasan kediaman dan menjadi laluan penduduk sekitarnya.

    Haiwan peliharaan terutamanya anjing agak banyak di sekeliling pasar. Didapati anjing

    sentiasa berlegar-legar walaupun semasa persampelan sedang dijalankan. Perangkap

    kebanyakannya diletak di sekeliling pasar dan hanya beberapa perangkap sahaja yang

    diletakkan di dalam pasar kerana saiz pasar yang kecil.

    Muka Surat JudulKandunganBAB SATU-PENGENALANBAB DUA-TINJAUAN BAHAN BACAANBAB TIGA-KAEDAH KAJIAN