bat edisi bumper 3&4

17
AMANAH YANG BESAR DAN BERMAKNA DARI PENA PRESIDEN ANSARA TERENDAK TAHUKAH ANDA? MRSM Terendak telah dibuka pada Julai 1983 ditera- jui 7 orang guru dan 300 murid termasuk dari MRSM Balik Pulau yang di- tumpangkan se- mentara. M E N G I K A T T A L I P E R S A H A B A T A N T E R E N D A K I A N REVOLUSI RM 2.38 SEMENANJUNG RM 3.38 SABAH/SARAWAK BIL 3&4 TAHUN 1 Ogos&Sept 2009 P E N Y E B A R M A K L U M A T A N S A R A T E R E N D A K KELUARAN RASMI ANSARA TERENDAK 2009 █║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║ ANSARA TERENDAK ©2009 All Rights Reserved. PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM CAWANGAN TERENDAK (ppm/mel 366/93-11) No 231, Lorong Maarof . Off Jalan Maarof, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia [email protected] www.extdk.net www.facebook.com/ansaraterendak EDISI BUMPER! Assalamualaikum wbt & salam sejahtera Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan yang diamanahkan untuk menerajui Ansara Terendak untuk sessi 2009/2011 ini. Juga sekalung penghargaan kepada barisan exco yang terdahulu yang telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi. Sesungguhnya amanah yang dipertanggungjawabkan ini amatlah besar maknanya buat diri saya dan ianya tidak mung- kin terlaksana tanpa kerjasama yang baik antara kita semua. Sepanjang ingatan saya semen- jak keluar dari maktab, inilah pertama kalinya usaha- usaha telah dilakukan untuk mengha- silkan buletin Ansara Teren- dak. Pastinya usaha ini tidak akan berhasil tanpa komitmen yang tinggi dan kerjasama yang baik. Adalah menjadi harapan agar usaha- usaha ini dapat diteruskan agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Sesuai dengan perkembangan teknologi terk- ini, adalah menjadi harapan agar penerbitan buletin secara online ini akan mendapat sam- butan dari semua bekas- bekas pelajar, guru, kakitangan dan juga kepada mereka yang ma- sih berada di maktab pada masa kini. Sejak dari mula dibuka pada 1983 sehingga kini, jumlah bekas pelajar yang telah dila- hirkan oleh MRSM Terendak sudah melebihi 4,000 orang. Ini merupakan satu angka yang besar dan sekiranya ia dapat digabungkan menjadi satu, saya amat yakin bahawa kita dapat menyumbangkan sesuatu yang amat bermakna kepada maktab khususnya dan juga kepada masyarakat serta negara amnya. Aktiviti dan program yang dirangka dan akan dilak- sanakan hendaklah bersesuaian dan relevan agar dapat menarik minat semua bekas- bekas pela- jar untuk turut serta melibatkan diri. Saya percaya barisan exco yang terpilih dapat memainkan peranan dalam memastikan agar kita berjaya merapatkan hubungan sesama kita bekas- bekas pelajar MRSM Teren- dak. Adalah menjadi harapan agar amanah yang telah diberi ini akan digalas dengan sebaik mungkin oleh semua ahli exco yang telah dipilih. Perancangan dan kajian yang berkualiti adalah kritikal dalam usaha kita untuk mencapai visi yang telah kita gariskan. Keberkesanan kita dalam merancang dan me- laksanakan segala program akan dapat memberikan impak terhadap kehadiran Ansara Terendak dan seterusnya men- gangkat alumni kita ini menjadi satu alumni yang disegani. Sekian. YB Dato’ Razali Bin Ibrahim Presiden Ansara Terendak Sessi 2009/ 2011

Upload: ansara-terendak

Post on 12-Jun-2015

1.071 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Buletin Ansara Terendak edisi bumper, gabungan edisi 3 dan 4 keluaran Ogos dan September 2009.

TRANSCRIPT

Page 1: BAT Edisi Bumper 3&4

■ AMANAH YANG BESAR DAN BERMAKNA DARI PENA PRESIDEN ANSARA TERENDAK

T A H U K A H A N D A ?

MRSM Terendak telah dibuka pada Julai 1983 ditera-jui 7 orang guru dan 300 murid termasuk dari MRSM Balik Pulau yang di-tumpangkan se-mentara.

M E N G I K A T T A L I P E R S A H A B A T A N T E R E N D A K I A N

REVOLUSI

■ RM 2.38 SEMENANJUNG ■ RM 3.38 SABAH/SARAWAK ■ BIL 3&4 TAHUN 1 ■ Ogos&Sept 2009

P E N Y E B A R M A K L U M A T A N S A R A T E R E N D A K

KELUARAN RASMI ANSARA TERENDAK 2009

█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║

ANSARA TERENDAK ©2009 All Rights Reserved.

PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM CAWANGAN TERENDAK (ppm/mel 366/93-11) No 231, Lorong Maarof . Off Jalan Maarof, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia

[email protected] www.extdk.net www.facebook.com/ansaraterendak

EDISI BUMPER!

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan yang diamanahkan untuk menerajui Ansara Terendak untuk sessi 2009/2011 ini. Juga sekalung penghargaan kepada barisan exco yang terdahulu yang telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi. Sesungguhnya amanah yang dipertanggungjawabkan ini amatlah besar maknanya buat diri saya dan ianya tidak mung-kin terlaksana tanpa kerjasama yang baik antara kita semua. Sepanjang ingatan saya semen-jak keluar dari maktab, inilah pertama kalinya usaha- usaha telah dilakukan untuk mengha-silkan buletin Ansara Teren-dak. Pastinya usaha ini tidak akan berhasil tanpa komitmen yang tinggi dan kerjasama yang baik. Adalah menjadi harapan agar usaha- usaha ini dapat diteruskan agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Sesuai dengan perkembangan teknologi terk-ini, adalah menjadi harapan agar penerbitan buletin secara

online ini akan mendapat sam-butan dari semua bekas- bekas pelajar, guru, kakitangan dan juga kepada mereka yang ma-sih berada di maktab pada masa kini. Sejak dari mula dibuka pada 1983 sehingga kini, jumlah bekas pelajar yang telah dila-hirkan oleh MRSM Terendak sudah melebihi 4,000 orang. Ini merupakan satu angka yang besar dan sekiranya ia dapat digabungkan menjadi satu, saya amat yakin bahawa kita dapat menyumbangkan sesuatu yang amat bermakna kepada maktab khususnya dan juga kepada masyarakat serta negara amnya. Aktiviti dan program yang dirangka dan akan dilak-sanakan hendaklah bersesuaian dan relevan agar dapat menarik minat semua bekas- bekas pela-jar untuk turut serta melibatkan diri. Saya percaya barisan exco yang terpilih dapat memainkan peranan dalam memastikan agar kita berjaya merapatkan hubungan sesama kita bekas- bekas pelajar MRSM Teren-dak. Adalah menjadi harapan agar amanah yang telah diberi ini

akan digalas dengan sebaik mungkin oleh semua ahli exco yang telah dipilih. Perancangan dan kajian yang berkualiti adalah kritikal dalam usaha kita untuk mencapai visi yang telah kita gariskan. Keberkesanan kita dalam merancang dan me-laksanakan segala program akan dapat memberikan impak terhadap kehadiran Ansara Terendak dan seterusnya men-gangkat alumni kita ini menjadi satu alumni yang disegani. Sekian. YB Dato’ Razali Bin Ibrahim Presiden Ansara Terendak Sessi 2009/ 2011

Page 2: BAT Edisi Bumper 3&4

GEMPUR MENARA GADING 2009

PENDIDIKAN Pada 8 Ogos 2009 yang lalu, Ansara Terendak yang diketuai Biro Pendidikan dan Profesionalisme, saudara Md Rid-zuan Md Hamid (SPM 97) dan dibantu oleh Qaisyfullah Jaslenda(SPM 06) telah sekali lagi pulang ke MRSM Terendak bagi menjayakan Program Gempur Menara Gading (GMG) buat pertama kalinya. Bagai sirih pulang ke gagang, sera-mai lebih kurang 66 orang bekas pelajar MRSM Terendak dari pelbagai batch dan rakan bukan Terendakian telah ber-sama-sama meluangkan masa hujung minggu mereka bersama-sama para pelajar yang masih menuntut untuk berkongsi pengalaman masing-masing dalam menempuh alam universiti yang mencabar. Modus operandi program ini sedikit berbeza berbanding program Ceramah Kerjaya yang lalu di mana para pelajar lebih didedahkan dengan kehidupan selepas tamat persekolahan dan cabaran-cabaran menempuh alam univer-siti . Selain merapatkan jurang perbezaan antara pihak ANSARA Terendak dengan para pelajar, program ini dijalankan bertujuanmenyediakan pelajar-pelajar tersebut dari segi minda, jasmani, rohani dan emosi serta social sebelum menem-puh dunia luar kelak. Sebilangan peserta program bertolak ke maktab menaiki bas maktab yang tiba di KL Sentral pada hari Jumaat jam 8pm. Setelah tiba di MRSM Terendak, sesi taklimat telah dijalankan oleh Hafizzul Hashimi(SPM 97) kepada para penceramah yang telah hadir. Program yang sebenar hanya bermula tepat jam 8 pagi keesokan harinya dan berakhir pada jam 3.30 petang hari yang sama. Selain perkongsian pintar dilakukan dalam 8 fakulti sebanyak 2 sesi setiap satunya, program motivasi untuk Tingkatan 3 dan 5 turut diadakan dan disampaikan oleh saudara Iskandar Syahril(SPM 97), Firdaius Mahmud Roslan (SPM 05) dan Hafizzul Hashimi(SPM 97). Acara ini turut disertai oleh Sharifah Sharina Syed Aswad (SPM 97), Julia Idris (SPM 92), Nurfiza Emilina (SPM 01), Linda Md Nor (SPM 92), Hazizatun Aishah Bte Mokhtar (SPM 02), dan tetamu bukan Terendakian iaitu Nurhanani Mohd Zawawi, Noorlydia Bt Ahmad dan Lailatul Hajariah Bt Ahmad Rosli. Jutaan terima kasih diucapkan kepada MRSM Terendak dan kesemua peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi di GMG 2010 nanti.

FAKULTI PERUBATAN: 1. Siti Nurfairuz binti Mohd Fathir (SPM'02) Bachelor of Pharmacy (UIA) 2. Rusyaifiza Bt Ramli (Non-extdk) (SPM'02) Medicine (Universitas Trisakti, INS) 3. Nurul Farhanah Baharudin (SPM'05) Medicine (UPM) 4. Nurul Farhana Ishak (SPM'05) Medicine (CUCMS) 5. Muhamad Hafiq b. Ab Hamid (SPM'04) Medicine (University College Dublin, Ireland) 6. Syed Muhd Hafiz Bin Syed Hassan (SPM 02) Medicina (Universitas Padjajaran, Bandung)

FAKULTI KEJURUTERAAN: 1. Mohd Rasydan Bin Mohd Yusop (SPM'91) Engineering/Agriculture (UPM) 2. Nornikman Bin Hassan (SPM'01) (MSc) Comm. Engineering (UniMap) 3. Mohd Azuan Tukiar (SPM'02) Civil Engineering (UiTM) 4. Mohd Haizanizam Rahman (Sappil)(SPM'02) Marine Engineering (ALAM) 5. Mohd Farhan b Jabar (SPM'02) Engineering (Liverpool, UK) 6. Rahimah Abd Halim (SPM'06) Petroleum Engineering (UTP) 7. Muhammad Luqman Bin Hassan (SPM'06) Petroleum Engineering (UTP) 8. Mohd Halme b Ahmad (SPM'02) Mechanical Engineering (UTeM) 9. Mohammad Aiman Sulaiman (SPM'04) Electrical Engineering (Imperial College, London) 10. Ahmed Akmal Abdul Wahid (SPM'04) Elektrik Mekatronik (UTeM) 11. Nor Nazurah Mohd Nasir (SPM'04) (PhD) kejuruteraan bioperubatan (UTM+Germany) 12. Hafidzie Harith (SPM'04) (Dip) kejuruteraan elektronik perubatan (Politeknik Shah Alam) 13. Nor Amirah bt Razali (SPM'06) Petroleum Engineering (UTP) 14. Firdaus Bin Omar (SPM'06) Mechanical Engineering (Vanderbilt,USA)

SENARAI PENCERAMAH GMG 2009

Page 3: BAT Edisi Bumper 3&4

SENARAI PENCERAMAH GMG 2009

PENDIDIKAN FAKULTI ALAMBINA : 1. Mohamad Qaisyfullah Bin Jaslenda(SPM'06) Architectural Studies (UIA) 2. Mohd Tajuddin Latif (SPM'02) QS (UiTM) FAKULTI PENERBANGAN: 1. Mushafiz Mustafa Bakri (SPM'92) Airline Transport Pilot Licence (ATPL) 2. Mohamad Zakwan Bin Abd Razak (SPM'06) Diploma of Mechanical Engineering (Aeronautics) (UTM) FAKULTI SAINS & PENDIDIKAN: 1. Nadiahnor Md Yusop (SPM 95) Mechanical & Aero-Engine (PhD) Univ. of Leeds, UK & USM 2. Ahmad Nazrul bin Rosli (SPM 01) Science in Physics (PhD) UM 3. Mohd Hafiz Hamzah (SPM 02) Physiotherapy UiTM 4. Noor Shaifful Nizam bin Sulaiman (SPM 02) Forensic Science USM 5. Chyril Anwwar bin Ibrahim (SPM 02) Geology UM 6. Mohamad Shukri bin Ramlan (SPM 02) Geology UMS 7. Haryana binti Mohd Harir (SPM 04) Science in Physics (MSc) UTM 8. Nur Farah Farhana binti Mughni (SPM 05) Science in Biotechnology Monash Univ. 9. Siti Nurwardah Binti Jamil (SPM 05) Geology UM 10. Shahzwan Imzan bin Hali Rahman (SPM 02) Geology UM FAKULTI UNDANG-UNDANG 1. Khalisa bt Badrulamini (Non-extdk) (SPM'02) Syariah & Civil Law (UIA) 2. Khairul Asri Bin Ahmad (Non-extdk)(SPM'06) Civil Law (UIA) FAKULTI PERAKAUNAN, PERNIAGAAN & EKONOMI: 1. Mohd Shahidan Nordin (SPM'02) Accountancy (UiTM) 2. Muhammad Shazali Shariff (SPM'06) Actuarial Science (Purdue,USA) 3. Mohd Nazri Norizan (SPM'04) Perakaunan(UiTM Melaka) 4. Nurul Fatihah Haris (SPM'05) Perakaunan (UiTM Shah Alam) 5. Mohammad Fakrurradhi Hamthan (SPM'06) Busness Information System (UTP) 6. Noor Asyikin Bt Ibrahim (SPM’05) Business Study (UiTM) 7. FAKULTI IT 1. Azra Rizal Noor Azman (Spock)(SPM'95) Information Security (UiTM) 2. Mohd Nasrul Naim Mohamad (SPM'01) Data Management (UTM) 3. Rusyaizila bt Ramli (SPM'01) (PhD) Ubiquitous computing (USM) 4. Noor Shazlina Mohamed (SPM'04) Sains Komputer (UTM) 5. Muhammad Firdaus Mahmud Roslan(SPM'05) Network System (UniKL)

Page 4: BAT Edisi Bumper 3&4

KEBAJIKAN KEMPEN DERMA DARAH PRA-RAMADHAN 2009

P ada 14-16 Ogos 2009 yang lalu, Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan 2009 telah diadakan bertempat di Jusco Taman Equine. Kempen ini dijalankan oleh Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA), Pusat Darah

Negara dengan kerjasama Jusco dan dibantu oleh ahli ANSARA Terendak dan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Sathya Sai Baba. Program ini dikoordinasi oleh Biro Kebajikan dan Pembangunan Insan yang diketuai oleh Hafizzul Hashimi Ismail (SPM97) dan Mastura Abd Rahim (SPM04).

Sepanjang program ini berlangsung, pihak ANSARA Terendak berperanan untuk menarik perhatian pengun-jung Jusco untuk turut sama menderma darah dengan mengedar flyers dan membantu melancarkan majlis. Sebanyak 183 beg darah telah berjaya dikumpul dengan pecahan 54 beg pada hari pertama, 60 beg pada hari kedua dan 69 beg pada hari ketiga. Selain menderma darah, para pengunjung dan sukarelawan juga berpeluang untuk mendaftar sebagai penderma organ.

Antara Terendakian yang menderma darah, melawat dan membantu kelancaran majlis adalah Sharifah Sharina (SPM 97), Ahmad Dani (SPM 97), Ann Farhanah (SPM 05), Zakwan (SPM 06), Md Ridzuan(SPM 97) dan isteri, Kamal Rafizi (SPM 94), Kamarul (SPM 92), Tengku Aidrina (SPM 87) dan suami, Nasrul Naim (SPM 01), Nazrul (SPM 01), Julia Idris (SPM 92), Noor Azman Mohamad (SPM 87), Norhashimah (SPM 00), Mohd Nazri Borhannudin (SPM 96-Naib Ketua Cawangan Ansara Terendak), Ros Alhana (SPM 96), Putri (SPM 07) dan seorang sukarelawan bukan Teren-dakian iaitu Amira Najwa Lukman.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara Mohd Nazri Borhanuddin yang telah menaja pakaian kepada suka-relawan program ini, saudara Ahmad Dani Daud yang telah menaja 10 kotak air mineral, dan kepada penyumbang yang menyumbangkan wang ringgit, masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. ANSARA Terendak jugak turut menyumbangkan topi kepada 30 penderma terawal.

Secara keseluruhan program ini telah berjaya menarik perhatian masyarakat untuk sama-sama berbakti tidak kira bangsa dan agama. Semoga program seperti ini akan berterusan dan turut menjadi medium kepada ahli ANSARA untuk mengeratkan silaturahim di samping dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Disediakan oleh: Mastura Abd Rahim

Page 5: BAT Edisi Bumper 3&4

KEBAJIKAN KEPUTUSAN KEMPEN DERMA DARAH PRA-RAMADHAN 2009

1) Venue: Jusco Taman Maluri KL (Ansara Beseri) 277 pints 2) Venue: Jusco Cheras Selatan KL (Sathya Sai Baba) 325 pints 3) Venue: Jusco Alpha Angle Wangsa Maju KL (Ansara Muar) 214 pints

4) Venue: Jusco One Utama KL (Ansara Kuantan) 216 pints 5) Venue: Jusco Metro Prima KL (Sathya Sai Baba ) 265 pints 6) Venue: Jusco Taman Equine KL (Ansara Terendak) 188 pints

7) Venue: Jusco AU2 Setiawangsa KL (Ansara Taiping) 162 pints 8) Venue: Universiti Malaya (UM) 169 pints

9) Venue: UiTM Shah Alam (UiTM) 265 pints 10) Venue: Jusco Tebrau City JB (Ansara Kuantan) 209 pints 11) Venue: Jusco Permas Jaya, JB (Ansara PDRM Kulim) 67 pints

12) Venue: MMHE Pasir Gudang (Ansara Kuantan) 215 pints 13) Venue: Jusco Taman Universiti JB (Ansara Kota Bharu) 144 pints 14) Venue: Jusco Bukit Indah JB (Ansara Seremban) 93 pints 15) Venue: Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor (Ansara Seremban) 89 pints

16) Venue: Jusco Melaka (Ansara Jasin) 95 pints 17) Venue: UiTM Melaka (UiTM) 122 pints

18) Venue: Jusco Seremban 2 (Ansara Seremban) 390 pints 19) Venue: Jusco Bukit Tinggi, Klang (Ansara Kota Bharu) 364 pints

20) Venue: Jusco Bukit Raja, Klang (Ansara Kuala Berang) 142 pints 21) Venue: UiTM Puncak Perdana (UiTM) 39 pints

22) Venue: UiTM Puncak Alam (UiTM) 128 pints 23) Venue: Jusco Kinta City, Ipoh (St Michael Institution Old Boys Ipoh) 207 pints

24) Venue: Mayang Mall, Pulau Pinang (Penang Development Corporation) 230 pints 25) Venue: Jusco Seberang Prai (Penang Development Corporation) 200 pints 26) Venue: USM Pulau Pinang (USM) 220 pints 27) Venue: UiTM Pulau Pinang (UiTM) 437 pints 28) Venue: UiTM Kedah (UiTM) 180 pints 29) Venue: Langkawi Fair, Langkawi (Ansara Seremban) 105 pints

30) Venue: Hospital Tuanku Fauziah, Kangar (Asputra) 78 pints 31) Venue: KPTM , Kampus kejururawatan, ( Kolej PINK 1) (Ansara Kota Bharu) 69 pints

32) Venue: KPTM, Kampus Kejururawatan, (Kolej PINK 2) (Ansara Kota Bharu) 24 pints 33) Venue: UiTM Sabah (UiTM) 210 pints

34) Venue: UiTM Sabah (UiTM) 46 pints 35) Venue: UiTM Sarawak (UiTM) 53 pints 36) Venue: Curtin University, Miri, Sarawak. (Ansara Miri) 120 pints Total Collection = 6,357 pints

Page 6: BAT Edisi Bumper 3&4

BIZZ NEWS

M uhamad Hanafi Abu Bakar (SPM 2001) ini memilih untuk

menceburi bidang fotografi secara sambilan kerana minat dan bakat. Ahli homeroom Betelguese A ini bertugas sebagai Multimedia Designer di Universiti MultiMedia (MMU) berkecimpung dalam kerjaya ini semenjak tahun 2007 lagi.

Memulakan kerjaya sambilan sebagai fotografer diawal tahun 2007, beliau memulakan langkah dengan mengikuti rakan-rakan yang telah berpengalaman dalam bidang ini. Setelah 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini dibawah bantuan rakan, beliau melangkah setapak lagi dengan membuka label sendiri. Kini secara rasmi, beliau bergerak atas nama Duku Photography mulai January 2009. Secara amnya menjalankan perkhidmatan fotografi secara sambilan dalam bidang fotografi amnya dan dalam fotografi perkahwinan secara khusus. Pun begitu Hanafi menerima juga apa-apa tempahan berkaitan fotografi.

Pengalaman beliau dalam bidang perniagaan bermula sewaktu di kampus lagi iaitu menyediakan perkhidmatan percetakkan. Dengan modal RM 1400, Hanafi membeli sebuah printer A3 dan juga kertas bagi memulakan perniagaan di rumah sewa. Pelanggan utama beliau pada ketika itu adalah mahasiswa dan mahasiswi yang sentiasa perlu mencetak kertas kerja dan tesis.

Hanafi memilih bidang fotografi kerana minat dalam bidang fotografi ni. ”Memang dari semasa awal belajar pun dah minat, tapi oleh kerana harga kemera dan aksesori yg terlalu mahal, maka pendamkan sajalah. Nak pakai kamera filem pun tak mampu”, ujar beliau. Menurutnya lagi, bisnes ini adalah salah satu bisnes yang kurang terjejas dek kelembapan ekonomi. Macam mana ekonomi slow pun, orang tetap nak kawin dan perlukan seorang fotografer. Mengimbas kembali latarbelakang beliau, selepas tamat belajar di MRSM Terendak, Hanafi melanjutkan pelajaran ke Multimedia University dalam bidang multimedia kreatif pengkhususan Filem dan Animasi. Fotografi merupakan salah satu subjek wajib dalam kursus multimedia kreatif ini. Ketika ditanya mengenai persaingan dalam perniagaan, beliau berkata, ”saingan janganlah cakap. Semua perniagaan pun ada saingannya. Bisnes nih sekarang sangat sengit. Fotografer tumbuh bak cendawan selepas ujan. Ditambah pula dengan faktor harga kamera amatur yang sudah pun murah, serta lambakkan perisian cetak rompak menyumbang kepada pertambahan ini. Jadi saya bermula pada ketika itu dengan menawarkan pakej serendah RM380 saja. Kalau harga ni dah kira pancung market kaw kaw. Barulah naik sedikit demi sedikit sehingga sekarang. Harga sekarang?? Email saya untuk quotation”, kata Hanafi sambil tersenyum.

Hanafi menjalankan perniagaannya secara separuh masa. Bisnes nih dijalankan melalui website saja. Website boleh diakses di alamat http://www.muhamadhanafi.net/myblog. Beliau juga boleh dihubungi di 017-6222240, YM di nick akuss15 ataupun

boleh email ke [email protected]. Sasaran utama beliau adalah pelanggan dari golongan pertengahan, yang mempunyai bajet yang terhad tetapi mementingkan kualiti. Pengalaman paling berharga ialah apabila beliau dan pasukannya dipelawa untuk mengikuti Cik Dasheela dari www.dasheela.com untuk menjadi fotografer rasmi bagi perkahwinan pelakon terkenal, Sari Yanti pada awal tahun ini.

Ketika ditanya mengenai cara membahagikan masa antara pekerjaan tetap dan perniagaan separuh masa, beliau menerangkan yang tugasannya hanya pada waktu hujung minggu. Jadi tiada masalah kerana beliau tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk menyiapkan gambar pula, biasanya selepas waktu pejabat. Disebabkan ada pekerjaan tetap dan separuh masa, maka masa utk diri sendiri kadang-kadang terbatas. Terpaksalah dikorbankan. Sewaktu bulan puasa adalah waktu yang digunakan untuk berehat kerana tiada tugasan. BAT mengucapkan syabas dan semoga maju jaya kepada Hanafi. Bagi Terendakian yang ingin melangsungkan perkahwinan, bolehlah menghubungi Hanafi untuk mendapatkan sebutharga. Sokonglah perniagaan Terendakian kita!

FOTOGRAFER

Page 7: BAT Edisi Bumper 3&4

SALAM DARI PERANTAUAN

S alam Dari Perantauan kali ini membawa khabar dari negara Bollywood. Aina Nadia, pela-jar MRSM Terendak batch SPM 2004 kini menuntut di Karnataka, India dalam jurusan perubatan. Beliau yang berada di sana semenjak 10 September 2007 dijangka tamat penga-jian pada tahun 2013. Kita ikuti temuramah wartawan BAT bersama Aina Nadia yang

dilakukan melalui Facebook. BAT: Boleh ceritakan mengenai apa yang Aina belajar di sana dan sebelum ke India, dimana Aina belajar? Aina: Saya mengambil jurusan perubatan (MBBS) di MSU-IMS Medical College Bangalore Cam-pus. Nama penuh kolej saya ialah Ramaiah College_MSU IMS Bangalore Campus...sebab kitorang kongsi satu compound dan sistem pembelajaran ikut Ramaiah College(medical school). Sebelum ke India, saya buat foundation di International School (IB) , Banting(MARA). Selepas mendapat keputusan 9A dalam SPM, saya ke matriks selama 2 bulan barulah mendapat tawaran ke Banting. BAT: Camne life di negeri orang? Senang ke nak menyesuaikan diri dengan suasana di sana? Aina: Kehidupan disini sangat seronok sebabnya: a)Kolej: Tempat saya belajar ni milik Malaysia maka infrastruktur kolej disini seperti kolej di Malaysia. Tidak seperti kalau belajar di kolej kerajaan India. b)Kawan-kawan: Bila dah duduk jauh dari rumah, memang kawan-kawan paling penting. Hidup lebih seronok sebab ban-yak aktiviti kolej yang saya join and suke bersukan antara kolej (kolej India) c)Penduduk tempatan: Memang cabaran kalau menumpang hidup di India ni. Mereka agak berat sebelah dengan orang luar..tapi ramai antara mereka suka dengan pelajar Malaysia kat sini sebab rajin bertegur sapa dan cepat mesra.

d)Makanan: Saya kat sini tak boleh sangat makan makanan india. Makanannya tak macam masakan india di Malaysia. Rempah terlalu banyak. Selalunyer ma-sak sendiri di rumah. Kadang-kadang baru keluar makan di luar. Kesimpulannya, India tidaklah seburuk yang sering digambarkan. Mungkin ada kekurangan dari segi suasana dan persekitaran seperti persekitaran yang kotor tapi bila duduk ramai-ramai sangat seronok dan barang-barang disini sangat mu-rah. BAT: Cerita sedikit mengenai tempat tinggal dan pembelajaran disana. Aina: Saya tinggal di apartment 3 bilik. Memang

cabaran menyewa rumah disini kerana di sini sewa rumah sangat mahal. Sewa rumah saya RS18000(RM 1500). Saya menyewa bersama 2 orang kawan, duduk sorang satu bilik. Kalau di Malaysia dah dapat sewa rumah semi-d 2 tingkat. Menyewa di India ini pula diwajibkan deposit 10 bulan(RS 180,000=RS1.8 lakh) and setiap tahun sewa dinaikkan 10%. Memang cabaran. Mu-jurlah makanan murah. BAT: Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Semoga Aina dapat mencapai kejayaan cemerlang disana. Aina: Sama-sama.

Page 8: BAT Edisi Bumper 3&4

TERENDAKIAN@ IFTAR PROGRAM

Majlis Iftar SPM 92 @ Village View, Bandar Baru Bangi. Di hadiri lebih kurang 30 orang. Tempat dan jemputan diu-ruskan oleh saudara Nazri dan juga Kamarul. Alhamdulillah, dapat bertemu rakan-rakan yang lama tidak bertemu. Antara yang hadir adalah En Nasrun, Mohd Syahril, Mohd Zain, Norsyari-man, Faizal Razali, Syahnaz, Mohd Nizar, Kamarul, Zainan, Mushafiz, Za-harudin, Emieliyuza, Fazilah Haryati, Nurhaliza, Malinda, Julia, Zeti, Khairiah, Nomanesah, anak-anak dan pasangan masing-masing.

Acara dimulakan dengan doa berbuka puasa oleh saudara Zainan. Kemudian berbuka dengan buah kurma dan solat maghrib berjemaah di surau yg dis-ediakan. Kemudian sesi makan. Disusuli dengan hidangan teh panas bersama sate. Dan akhir sekali,bersurai jam 9.00 malam untuk menunaikan solat ter-awih. Diharap dengan aktiviti ini dapat menjalinkan hubungan mesra dikalangan warga terendak.

Majlis Iftar SPM 2005 di Ayam Golek Pantai Dalam pada 5 September 2009 dihadiri seramai 34 orang. Antara yang hadir ialah ann,wak,syara, s.i, iqin, lynn, shazlina, aina (kawanwak..X spm05), fyrot, bayan, raihan, ikha, jiejah, amelia, paah, aisyah, archer, azrin, nor, jane, bF azrin, sya'e, mujah, mai, deeb, acho, lan, aus, fuad, syed, hanif, bebop, n ayap.

Page 9: BAT Edisi Bumper 3&4

ALBUM GMG

Taklimat di Sick Bay Putera oleh Hafizzul Hashimi

Kapten Mushafiz berbual bersama Cikgu Wan Ainizah sambil diperhatikan oleh Pengetua dan

Iskandar Syahril

Nasrul Naim di Fakulti IT Motivasi Tingkatan 3 oleh Firdaus Mahmud

Sebahagian peserta program Gempur Menara Gading 2009 di PSP

Page 10: BAT Edisi Bumper 3&4

SALAM DARI PERANTAUAN

S alam Dari Perantauan kali ini membawa khabar dari negara ke-

lahiran produk Ikea iaitu Sweeden. Suraya Adnan, batch SPM 87 telah me-netap di Stockholm selama 5 tahun. Be-liau sekeluarga berhijrah ke sini kerana mengikuti suaminya yang bertugas seba-gai Area Manager di MAS. BAT: Sebelum menetap di Sweeden, pernahkah tinggal di negara lain? Suraya: Sebelum ni di Chennai, India. BAT:. Bagaimana kehidupan di Stock-holm? Suraya: Bahasa tempatan disini ialah Sweedish, kami perlu merujuk selalu kepada kamus Sweedish-English kerana segala-galanya didalam bahasa tempatan. Papan tanda, maklumat pada pek makanan, majalah, akhbar dan lain-lain. Tetapi bagusnya disini ada ditawarkan kelas bahasa Sweedish secara percuma kepada yang berminat. Orang Sweedish sangat ramah dan berbudi bahasa kecuali pendatang dan golongan remaja. Kera-jaan Sweeden membuka peluang kema-sukkan orang dari luar lebih-lebih lagi orang dari negara Afrika, Iran dan Iraq. BAT: Bagaimana untuk mendapatkan bekalan makanan yang halal? Suraya: Makanan halal mudah untuk didapati disini kerana ramai pendatang dari negara-negara Islam yang menjual makanan halal.

BAT: Kos hidup di Sweeden pula bagai-mana jika dibandingkan dengan di Ma-laysia? Suraya: Kos hidup disini agak tinggi menyebabkan harga barang-barang mahal kerana cukai yang tinggi. Tetapi gaji pen-duduk disini juga tinggi. Misalnya, seo-rang penghantar suratkhabar secara sepa-ruh masa boleh memperolehi pendapatan sehingga RM3500 sebulan sebelum cu-kai. BAT: Bila kali terakhir balik ke Malay-sia? Suraya: Kami balik tiap-tiap tahun se-kurang-kurangnya sekali kerana MAS menyediakan tiket. Kali terakhir pulang ke Malaysia pada awal tahun ini. BAT: Apa yg ada di Malaysia tapi tiada di Sweeden atau susah nak dapat di Sweeden? Suraya: Tentulah makanan. Sebab itu kami perlu masak setiap hari. Daripada tidak pandai memasak, kini dah mahir. Kalau di Malaysia, kedai makan bersepah-sepah. Disini nak cari yang halal dan sedap sangat susah BAT: Bagaimana dengan suasana ber-puasa dan beraya di sana? Suraya: Disebabkan ramai orang Arab, kurma senang nak cari. Kat masjid ada

mengadakan solat terawih setiap malam. Kami pergi setiap Sabtu di Kedutaan Malaysia. Di kedutaan ada dilakukan solat terawih dan ‘potluck’ makanan. Ianya bagaikan ‘bazaar Ramadhan’ buat kami disini. Sambutan hari raya juga lebih kurang sama. Kami akan berkumpul di Kedutaan Malaysia pada pagi raya untuk sembahyang sunat Aidilfitri dan ‘potluck’. Kemudian kami akan beramai-ramai menziarahi rumah sahabat-handai yang buat ‘open house’. Biasanya sepan-jang hari raya pertama akan dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka. Me-mang tak balik rumah. malam balik terus tidur and perut pun cam nak meletup :) BAT: Ramaikan orang Malaysia di sana? Suraya: Lebih kurang 300 orang, seba-hagian besarnya adalah kaum Cina dan

India. Ada juga yang terus bermastautin disini. BAT: Terima kasih kerana sudi meluang-kan masa berkongsi pengalaman hidup di negeri orang. Suraya: Sama-sama.

Page 11: BAT Edisi Bumper 3&4

BIZZ NEWS K helmizalini Binti Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan MizzAmy di alam siber telah mencebur-kan diri dalam bidang perniagaan berasaskan fesyen wanita. Bekas pelajar MRSM Terendak SPM 2001 ini membuka perniagaannya pada tahun ini. Anak homeroom Phoenix B dibawah bimbingan Cikgu Annuar ini menamakan perni-agaannya Colorlicious. Lebih menariknya apabila beliau menjalankan perniagannya melalui blog. Ikuti temubual BAT dengan Amy.

BAT: Apa latarbelakang pendidikan Amy, sejak bila menceburi bidang bisnes dan bisnes apa yang Amy buat? Amy: Saya merupakan graduan Bach of Design (Industrial Design) dari Universiti Putra Malaysia. Saya telah mence-buri bidang perniagaan ini semenjak bulan Mac 2009. Saya telah memilih untuk menjual pakaian wanita secara online. BAT: Mengapa menjual-nya secara online? Amy: Bisnes secara online adalah sangat senang Saya tidak perlu membayar sewa kedai atau sewa mana-mana tapak di flair market. Lagipun, rakyat malaysia kini lebih cenderung un-tuk bershopping di internet. Jimat masa dan wang juga, kerana barang ditawarkan adalah lebih murah jika diband-ingkan dengan harga pasaran.

BAT: Mengapa pilih bisnes berasaskan pakaian wanita? Amy: Saya memilih untuk perniagaan ini kerana saya adalah salah seorang yang kuat bershopping. So, lebih baik saya habiskan duit tersebut untuk dijadikan modal. BAT: Bagaimana Amy mendapatkan modal? Amy: Modal berniaga adalah datang dari-pada duit gaji saya sendiri. Saya tambah modal sedikit demi sedikit setiap bulan. BAT: Bagaimana dengan persaingan dalam bisnes ini? Amy: Persaingannya sangat banyak. Kini lebih seribu blog shop yang wujud di Malaysia. Hanya satu sahaja strategi saya iaitu saya cuba untuk memberikan harga yang murah dan berpatutan kepada pembeli. BAT: Beza bisnes Amy berbanding pesaing lain? Amy: Bezanya terdapat pada design baju kerana saya cuba untuk tidak menjual baju yang sama. Dan saya lebih menju-rus kepada baju-baju yang boleh dipakai oleh muslimah. BAT: Perancangan Amy di masa hadapan? Amy: Jika business ini berjalan lancar, dan dimurahkan rezeki, Insya-Allah saya akan membuka kedai. BAT: Bagaimana nak hubungi jika berminat. Amy: Jika berminat, boleh ke website saya di http://www.colorliciousboutique.blogspot.com/ atau email terus ke [email protected] BAT:Semoga perniagaan Amy terus maju di masa hadapan. Amy: Terima kasih.

Page 12: BAT Edisi Bumper 3&4

KELAHIRAN

S audara Mazrilhisham Mansor (SPM92) telah selamat menimang

cahayamata ketiga baru-baru ini. Kela-hiran Husna Nadhirah Mazrilhisham seberat 3.1kg pada 12 Ogos 2009 yang lalu di KPMC Puchong telah menam-bah seri keluarga.

BAT mengucapkan tahniah kepada Mazrilhisham dan keluarga.

W an Marzuki, SPM 87 telah dikurniakan cahayamata ke-3

pada 2 sept 2009 jam 2.02pm. Anak pertama dan kedua beliau adalah lelaki. Puteri bongsu ini diberi nama Wan Najihah Batrisyia Binti Wan Marzuki.

BAT mengucapkan tahniah kepada Wan Marzuki dan keluarga.

P asangan SPM 97, Dr Sharina Mohd Razali dan Sufyan Sulaiman telah di-kurniakan sepasang kembar beberapa hari sebelum

menjelangnya Aidilfitri.

Maira Nadya dan Aydan Muhriz se-lamat dilahirkan di UMSC, Petaling Jaya pada 15 September yang lalu. Kembar seberat 2.6kg (Maira) dan

2.4kg (Aydan) ini merupakan anak kedua dan ketiga bagi pasangan ini.

BAT mengucapkan tahniah kepada Sha dan Spoke sekeluarga.

D alam senyap-senyap, ru-panya saudara Kamarul Ahmad (SPM92) telah pun mengikat tali pertu-nangan dengan seorang gadis yang bertugas di Institute Medical Research di Kuala Lumpur.

Pertunangan yang disembuny-ikan selama ini dapat dihidu dan dije-jaki oleh wartawan BAT apabila mereka berdua menyertai salah satu sesi program Mustika. Lebih mengejut-kan apabila gadis bertuah tersebut juga merupakan bekas pelajar MRSM Ter-endak. Beliau yang dimaksudkan ialah saudari Norhashimah Abu Seman (SPM 2000).

BAT ingin mengambil kesem-patan ini untuk mengucapkan tahniah kepada saudara Kamarul dan pasan-gannya. Khabarnya akan melangsung-kan pernikahan tahun hadapan. Jangan lupa jemput kami, ya!

BERITA TERKINI

Ada berita yang hen-dak dikongsi ber-sama? Emailkan kpd:

ansara_terendak @yahoo.com

Page 13: BAT Edisi Bumper 3&4

TERKINI@MAKTAB ■ MAKTAB DITUTUP KERANA H1N1 ■ AMALI HAJI 2009

Kem Terendak, 6 Ogos 2009—MRSM Terendak dibawah kelolaan Unit Agama telah menganjurkan Amali Haji untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.

Para pelajar didedahkan dengan tek-nik sebenar seperti yang dilakukan di Tanah Suci Mekah dengan bantuan ustaz dan ustazah di maktab. Malah, pihak Tabung Haji telah bermurah hati meminjamkan peralatan untuk diguna-kan dalam program ini.

Foto sumbangan: Ustaz Tony Saidi

Kem Terendak, 9 Ogos 2009— MRSM Terendak telah ditutup selama seminggu kerana wabak H1N1. Pe-nutupan ini bermula dari hari ini. Tidak diketahui jika ada pela-jar yang menghidap wabak ini tetapi langkah berjaga-jaga telah diambil. Ansara Terendak sendiri melalui Biro Pendidikan & Profesionalisma yang telah mengedarkan topeng mulut kepada pelajar-pelajar yang batuk dan selsema sepanjang program Gempur Menara Gading yang diadakan sehari sebelum penutupan maktab. Penutupan ini juga telah menyebabkan peperiksaan percubaan PMR terpaksa ditangguhkan ke minggu berikutnya. Maktab telah dibuka semula pada 16 Ogos 2009.

Hubungi: [email protected] atau 013-384 3484 (Sherrina) 017-247 2948 (Oshie) Saiz ruangan iklan: Sehelai muka penuh

Page 14: BAT Edisi Bumper 3&4

Hikmah Syawal Oleh FUAD HADINATA YAACOB, MOHD AZAM SHAH YAACOB dan AZLAN HAFEEDZ [email protected] KUALA LUMPUR: Seorang dipin-dahkan ke bilik VIP lengkap dengan tele-visyen dan peti sejuk, manakala seorang lagi dilantik sebagai pengarah dan pela-kon teater di dalam penjara. Itulah perkembangan terbaru dua gadis Malaysia, Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 24, dan Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, yang kini meringkuk dalam penjara di Jepun dan China kerana di-tuduh cuba menyeludup dadah. Sementara itu Umi Azlim yang kini men-jalani hukuman penjara seumur hidup di Guangzhou, China juga menitipkan sedikit berita gembira buat keluarganya di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelan-tan. Bapanya, Mohamad Lazim Jusoh, 52, berkata kali terakhir dia menerima surat daripada anaknya, Umi Azlim yang juga dipanggil Along ialah beberapa hari sebe-lum Ramadan lalu. Menurutnya, pihak pengurusan penjara yang menahan Umi Azlim mengawal ketat dan sukar memberi kebenaran kepada penghuninya menulis surat, apatah lagi menelefon keluarga. “Sebab itu dalam setahun, kami cuma menerima tiga atau empat surat daripada Along. Dalam surat terbarunya Along memaklumkan dia kini dilantik sebagai pengarah dan pelakon dalam sebuah teater di penjara terbabit. “Along juga memberitahu dia kini boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Man-darin yang dipelajari daripada seorang guru bahasa di dalam penjara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Sesuatu yang menarik mengenai Raja Munirah dan Umi Azlim, kedua-duanya secara kebetulan memiliki banyak per-

samaan iaitu berusia 24 tahun, anak su-lung dalam keluarga dan dipanggil Along serta bekas penuntut pusat pengajian tinggi. Raja Munirah sebelum ini menuntut di Universiti Limkokwing, Cyberjaya mana-kala Umi Azlim pula bekas penuntut Uni-versiti Malaysia Sabah (UMS). Umi Azlim didakwa menyeludup dadah jenis heroin seberat 2,983 gram ke negara itu pada 19 Januari 2007, dijatuhi huku-man mati oleh Mahkamah Tinggi Un-dang-undang Jenayah Guangzhou pada Mei 2007 tetapi ditukar kepada penjara seumur hidup selepas rayuannya diter-ima. Bagaimanapun Mohamad Lazim berkata, dia sebak dan hiba apabila dalam surat-nya, Umi Azlim minta dikirimkan wang untuk membeli vitamin C dan makanan tambahan lain berikutan selera makannya semakin berkurangan. Menurutnya, sepanjang berpuasa Umi Azlim hanya berbuka dan bersahur den-gan nasi berlaukkan ikan, roti, biskut dan air kosong dan itu juga juadahnya pada pagi 1 Syawal. “Sebaik membaca isi kandungan surat itu, hati saya hiba kerana Along minta wang untuk beli vitamin C dan makanan tambahan lain bagi menaikkan selera makannya yang semakin berkurangan. “Lebih membimbangkan saya, Along ada penyakit lelah selain dia memaklumkan berat badannya semakin susut disebabkan cuaca tidak menentu kini. “Disebabkan itu Along memohon saya mengirim RM400 setiap bulan untuk membeli makanan tambahan, termasuk ubat lelah,” katanya. Selain bapanya, Umi Azlim menghantar surat sama kepada dua ibu saudaranya di Johor dan Selangor bagi memohon ban-tuan kewangan disebabkan masalah diha-dapi.

Mohd Lazim ber-kata, dia tidak mampu memenuhi permintaan Umi Azlim berikutan masalah kewangan selain perlu menanggung empat lagi anak yang ma-sih bersekolah. “Dengan pendapatan sebagai mekanik, saya tidak mampu memenuhi permin-taannya, apatah lagi perlu menanggung empat anak yang masih bersekolah, na-mun naluri bapa saya tidak sampai hati menolak permintaannya, saya kirimkan juga RM50 atau RM100 sebulan,” ka-tanya. Mengenai sambutan Aidilfitri kali ini, Mohd Lazim berkata, dia hanya membuat persiapan ala kadar kerana keluarganya masih bersedih mengenangkan ketiadaan Umi Azlim dan isteri, Umi Slaia Ibrahim, 47, yang meninggal dunia akibat barah leher Mei tahun lalu. Katanya, ketika isteri sakit, dia kerap menyebut nama Umi Azlim dan berhasrat menemuinya untuk kali terakhir, tetapi hasrat itu tidak kesampaian. Mohd Lazim berkata, Umi Azlim bersedih dengan kehilangan ibu tercinta yang juga orang paling rapat dengannya dan mahu menziarahi kubur ibunya seju-rus menjejakkan kaki di tanah air. “Sebelum ini arwah isteri dan Along orang paling sibuk menyediakan juadah raya seperti rendang, ketupat, mi soto, lontong dan kuih siput, namun semuanya tinggal kenangan,” katanya yang ber-harap ada pihak sudi menghulurkan ban-tuan supaya dia dapat melawat Umi Azlim di China. Umi Azlim adalah bekas pelajar MRSM Terendak batch SPM 2001. Sebahagian petikan daripada Harian Metro

PERKEMBANGAN TERKINI UMI AZLIM DI CHINA

Page 15: BAT Edisi Bumper 3&4

SUKAN KEDUDUKAN TERAKHIR PERTANDINGAN RAGBI LIGA ALUMNI 2009

KEPUTUSAN PENUH

Kepada pasukan Ansara Terendak, syabas kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi. Semoga akan memperoleh kejayaan di masa hadapan. Tahniah kepada ketua pasukan, saudara Kamarul (SPM 92) kerana telah memimpin pasukan dengan baik. One cheer for TOB!

Pasukan Per Mng Seri Kalah Jaring Bolos Beza Mata

1 SDAR Lions 4 4 0 0 128 21 107 12 2 Sesma 4 3 0 1 175 37 138 10 3 OPA 4 3 0 1 113 59 54 10 4 KYSER 4 2 0 2 73 71 2 8 5 OGA Cougars 4 2 0 2 48 54 -6 8 6 Jenoba 4 2 0 2 52 125 -73 8 7 RIOBA 4 1 0 3 62 102 -40 6 8 STAROBA Orange 4 1 0 3 33 125 -92 5

9 Ansara Terendak 4 0 0 4 27 117 -90 4

No TARIKH HARI MASA PERLAWANAN PADANG SKOR 2001 13-Jun SAB 1600 Sesma lwn KYSER Padang Utara 17 - 25 2002 14-Jun AHD 1600 OPA lwn RIOBA UiTM 41 - 14

2004 28-Jun AHD 1600 OGA Cou-gars lwn OPA UiTM 0 - 22

2005 4-Jul SAB 1600 SDAR Lions lwn STAROBA Padang Utara 40 -14 2006 5-Jul AHD 1600 RIOBA lwn Sesma Padang Utara 5 - 32 2008 11-Jul SAB 1600 STAROBA lwn Jenoba Padang Utara 0 - 28

2010 12-Jul AHD 1600 Ansara Ter-endak lwn Sesma Padang Utara 5 - 45

2013 18-Jul SAB 1600 RIOBA lwn STAROBA Padang Utara 7 - 19 2014 18-Jul SAB 1600 Sesma lwn Jenoba Padang Utara 81 - 0 2009 19-Jul AHD 1600 KYSER lwn SDAR Lions Padang Utara 0 - 28

2007 19-Jul AHD 1700 Ansara Ter-endak lwn OGA Cougars UPM 5 - 22

2011 1-Aug SAB 1600 OGA Cou-gars lwn KYSER Subang 19 - 12

2012 1-Aug SAB 1600 OPA lwn SDAR Lions Padang Utara 0 - 45 2003 2-Aug AHD 1600 Jenoba lwn Ansara Terendak Padang Utara 14 - 8 2016 8-Aug SAB 1600 Jenoba lwn RIOBA Padang Utara 10 - 36 2017 8-Aug SAB 1600 SDAR Lions lwn OGA Cougars SDAR 15 - 7 2015 9-Aug AHD 1600 KYSER lwn Ansara Terendak UPM 36 - 7 2018 9-Aug AHD 1600 STAROBA lwn OPA Padang Utara 0 - 50

Page 16: BAT Edisi Bumper 3&4
Page 17: BAT Edisi Bumper 3&4