barok

15
Soalan (a) Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki memperjelaskan ciri-ciri muzik Zaman Barok dengan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong bahawa muzik Zaman Barok merupakan zaman muzik Barat yang menjadi perintis di antara kesemua zaman untuk menghasilkan muzik yang masih dimainkan dan dipersembahkan sehingga ke hari ini. 1.0 Pengenalan Muzik era Barok adalah adalah menggambarkan stail gubahan-gubahan muzik di Eropah pada tahun-tahun antara 1600 hingga 1750 masihi. Dari kamus Oracle Think Quest (sumber : http://library.thinkquest.org/15413/history/history- bar.htm ) menyatakan bahawa istilah barok (baroque) diambil daripada perkataan Portugis yang bermaksud mutiara yang tidak berbentuk wajar (a pearl of irregular shape). Pada zaman ini, muzik yang digubah adalah merdu, bersemangat dan mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap didengar. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara muzik zaman barok ini dengan zaman-zaman lain seperti zaman Renaissance dan zaman awal muzik klasik barat. Berikut adalah ciri-ciri muzik zaman barok. 1.1 Basso Continuo atau Figured Bass Basso continuo atau nama-nama lainnya ‘through bass’, ‘figured bass’ atau general bass’, adalah bermaksud gubahan muzik iringan bes dengan memainkan not-not bes dan juga gubahan improvisasi not-not di bahagian atas skor. 1

Upload: whv185

Post on 27-Jun-2015

137 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Soalan (a)Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki memperjelaskan ciri-ciri muzik Zaman Barok dengan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong bahawa muzik Zaman Barok merupakan zaman muzik Barat yang menjadi perintis di antara kesemua zaman untuk menghasilkan muzik yang masih dimainkan dan dipersembahkan sehingga ke hari ini.

1.0 Pengenalan

Muzik era Barok adalah adalah menggambarkan stail gubahan-gubahan

muzik di Eropah pada tahun-tahun antara 1600 hingga 1750 masihi. Dari kamus

Oracle Think Quest (sumber : http://library.thinkquest.org/15413/history/history-

bar.htm) menyatakan bahawa istilah barok (baroque) diambil daripada perkataan

Portugis yang bermaksud mutiara yang tidak berbentuk wajar (a pearl of irregular

shape). Pada zaman ini, muzik yang digubah adalah merdu, bersemangat dan

mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap didengar. Terdapat beberapa ciri

yang membezakan antara muzik zaman barok ini dengan zaman-zaman lain

seperti zaman Renaissance dan zaman awal muzik klasik barat. Berikut adalah

ciri-ciri muzik zaman barok.

1.1 Basso Continuo atau Figured Bass

Basso continuo atau nama-nama lainnya ‘through bass’, ‘figured bass’

atau ‘general bass’, adalah bermaksud gubahan muzik iringan bes dengan

memainkan not-not bes dan juga gubahan improvisasi not-not di bahagian atas

skor. Keadaan ini akan menghasilkan bahagian harmoni untuk untuk komposisi

tersebut. Menurut Todd McComb, Alison Kranias dan Philip Bayles (sumber :

http://www.medieval.org/emfaq/misc/continuo.html ), komposer-komposer pada

zaman ini menggunakan nombor (figure / figured bass) pada bahagian bes untuk

menyatakan harmoni.

1

Rajah 1 : Contoh penggunaan nombor pada not bes

Gubahan-gubahan muzik zaman barok ini mempunyai bahagian bes dan molodi

sahaja. Pemain muzik akan memainkan bahagian bes dan memasukkan harmoni

bagi lagu tersebut dengan membaca nombor-nombor pada bahagian bes. Satu

keadaan yang perlu diperhatikan ialah setiap nombor melambangkan inversion

atau pembalikan yang berlainan. Para pemain muzik harus mahir dengan

pembalikan yang dilambangkan oleh setiap nombor. Setiap nombor juga

mempunyai maknanya tersendiri seperti contoh gambarajah di bawah.

Seseorang komposer muzik barok tidak memperincikan instrumen yang

digunakan ketika memainkan gubahannya, tetapi pada kebiasaannya instrumen

yang digunakan adalah dari keluarga lute, harp, gitar, hapischord dan alat muzik

dari keluarga organ. Pencipta asal bass continuo tidak dapat dikenal pasti tetapi

kaedah ini masih digunapakai oleh pemuzik-pemuzik pada zaman ini.

1.3 Terraced Dynamics

Satu lagi ciri muzik zaman barok ialah terraced dynamics yang bermaksud bunyi

kuat atau lembut yang berlangsung untuk satu jangka masa yang lama kemudian

ia akan bertukar secara mendadak ke aras dinamik yang lain. Perubahan

mendadak aras dinamik ini seolah-olahnya seperti melangkah turun atau menaiki

tangga (terraced). Walaubagaimanapun, perubahan dinamik tidak melibatkan

dinamik yang sangat kuat ff dan sangat lembut pp. Sebagai contohnya, jika

gubahan itu bermula dengan f , maka hampir keseluruhan lagu tersebut akan

berada dalam dinamik yang sama. Walaubagaimanapun, terdapat satu ketika di

mana dinamik ini akan bertukar ke p selepas satu frasa yang agak lama. Keadaan

inilah yang dipanggil terraced dynamics. Menurut Charles Hoffer, keadaan ini

berlaku kerana komposer-komposer muzik barok sangat berminat dengan keadaan

dramatik kontras. (Baroque artists and musician were interested in dramatic

2

Rajah 2 : Terjemahan not C

contrasts). Beliau menambah, alat muzik piano tidak dapat membawa perubahan

dinamik ini tetapi ditunjukkan oleh alat muzik lain seperti organ dan hapischord

dengan melakukan ‘coupling manuals, adding pedals and pulling out stops’.

1.4 Irama

Seperti yang diketahui, muzik barok ini mementingkan kepada penyataan emosi

seperti heroisme, sedih dan kegembiraan. Penyataan emosi yang ingin

disampaikan ini dtunjukkan melalui penggunaan irama dan meter dalam

gubahannya. Komposer-komposer muzik zaman barok ini banyak menggunakan

not-not kuaver dan semikuaver. Irama yang digubah juga mempunyai

kesinambungan di antara satu bar ke satu bar lain dan satu frasa ke satu frasa lain.

Satu lagi keunikan irama muzik barok ini juga ialah ianya mempunyai perbezaan

di antara bit yang kuat dan bit yang lembut. Di sini dapat juga dilihat

pengelompokan not dalam setiap bar menjadi lebih teratur. Dengan ini, setiap

corak irama dapat menimbulkan perasaan tertentu.

3

Rajah 3 : Contoh irama dari Contrapunctus 10 yang ditulis oleh Bach (sumber : http://www.bach-cantatas.com/Articles/AOF-Demeyere.htm )

1.5 Harmoni

Pada awal kemunculan muzik barok, chromaticism digunakan untuk tujuan emosi

dan perasaan. Walaubagaimanapun, pada akhir zaman ini, chromaticism

digunakan untuk membentuk bahagian harmoni sesebuah lagu. Sementara itu,

nada major dan nada minor digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara

kod-kod yang berlainan. Perasaan bersemangat dan patriotik ditunjukkan oleh

nada major, manakala perasaan sedih dan murung pula digambarkan oleh nada

minor.

Kemunculan harmoni dalam lagu telah membantu composer-komposer untuk

membangkitkan emosi dan perasaan yang dinyatakan. Ini jelas kedengaran pada

bahagian basso continuo apabila pemain muzik memainkan kod-kod untuk

mengisi ruang di antara bahagian melodi dan bahagian bes.

1.6 Perpaduan dalam Mud Lagu ( Unity of Mood)

Satu ciri yang jelas dapat dilihat dalam muzik barok ialah perpaduan dalam mud

lagunya atau unity of mood. Contohnya, apabila mud gembira yang cuba dibawa

dalam lagu maka mud ini akan dibawa dari awal gubahan hinggalah ke akhir

gubahan. Berikut adalah contoh unity of mood karya Vivaldi.

4

Rajah 4 : Gubahan Henry Purcell bertajuk ‘Dido and Anneas’ (1689) yang menggunakan chromaticism (sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Diatonic_and_chromatic )

Listening Map“Spring” from The Four Seasons by Vivaldi

Time Dynamics Key Elements to Listen For What might we see?:00 Forte ♪ Main theme played by violins

♪ Steady, strong beat:08 Piano ♪ Main theme repeated:15 Forte ♪ Second part of theme:24 Piano ♪ Second part of theme repeated:33 Mezzo Piano-

Mezzo Forte♪ Playful melodies in the violins

♪ No low strings:48 Forte ♪ Violas join the violins in playful melodies

♪ Trills that represent bird calls1:08 Forte ♪ Main theme returns-all instruments

♪ Steady, consistent beat continues1:16 Piano-Mezzo

Forte♪ Softer, stepwise patterns in the violin

♪ Sounds like it’s building1:32 Mezzo Forte ♪ Longer tones in violins

♪ Fast pulse in the harpsichord and low strings1:40 Forte ♪ Main theme again-all instruments1:48 Forte ♪ Low string trills

♪ Fast upward glissando in violins1:55 Forte ♪ Low strings continue with trills by step

♪ Violins play stepwise fast patterns2:15 Forte ♪ Main theme returns in minor key2:24 Mezzo Forte ♪ Ascending patterns echoing

♪ Sounds like it’s building2:35 Mezzo Forte ♪ Violins echo patterns2:42 Forte ♪ Variation of the theme

♪ All strings play2:53 Mezzo Piano ♪ Ascending patterns in the violins

♪ Beat slows a little, feels like their will be a pause,

but it keeps going3:07 Forte ♪ Main theme returns-all instruments

3:15 Piano ♪ Main theme repeated-all instruments

(Sumber : https://westernartmusic.wikispaces.com/baroque )

5

Daripada contoh yang diberi, kita boleh lihat emosi yang pelbagai di dalam

gubahan lagu tersebut tetapi tema keriangan tetap hadir dari awal lagu hingga

akhir lagu. Dinamiknya juga berubah untuk menimbulkan suasana emosi. Seperti

yang kita lihat, simbol p, mp, f dan mf lebih banyak digunakan berbanding

dengan zaman Renaissance.

Soalan B

Jelaskan dua genre vokal dan dua genre muzik instrumental yang terkenal pada Zaman

Barok.

2.0 Pengenalan

Gubahan muzik barok juga melibatkan dua genre utama iaitu genre vokal

dan genre instrumental. Kedua-duanya aldah gubahan yang berbeza serta

mempunyai bentuk yang berlainan. Di sini perbincangan akan melibatkan dua

jenis genra vokal dna dua jenis genre instrumental.

2.1 Genre Vokal

Gubahan genre vokal boleh terbahagi kepada dua kategori utama iaitu

gubahan yang berunsurkan keagamaan dan gubahan yang tidak berunsur agama

atau ‘secular’.

2.1.1 Opera

Opera merupakan satu persembahan drama yang dipersembahkan secara

nyanyian dan diiringi oleh sekumpulan pemain muzik serta

dipersembahkan di atas pentas. Opera termasuk dalam kategori yang tidak

berunsukan keagamaan. Persembahan nyanyian opera dikategorikan

seperti ‘recitative’ atau percakapan yang panjang, yang ditambah dengan

plot-plot tertentu serta menggambarkan emosi penyanyi. Kadangkala juga

dipersembahkan dengan kumpulan nyanyian dan tarian. Pada awal

kemunculan opera ini, ianya lebih disertai oleh golongan penyair, ahli-ahli

6

muzik dan golongan bijak pandai di Florence, yang kini dikenali

Florentine Camerata.. Antara opera pertama yang dipersembahkan ialah

Jacopo Peri’s Dafne hasil nukilan Ottavio Rinuccini (sumber :

http://www.musicofbaroque.com/baroque/whatis.htm)

Dan dipersembahkan di Florence pada tahun 1598. Pada persembahan

opera yang pertama ini, penceritaannya adalah berkisahkan mitos Greek

untuk golongan bangsawan dan tetamu jemputan sahaja.

2.1.2 Oratario

Oratario merupakan persembahan berunsurkan keagamaan dan

dipersembahkan tanpa latar pentas, kostum dan aksi lakunan. Oratario itu

sendiri bermaksud dewan ibadah (prayer hall) dan juga merupakan satu

bangunan yang terletak berhampiran dengan gereja. Sehingga akhir abad

ke 16, oratorio masih lagi dipersembahkan di kawasan keagamaan tetapi

pada pertengahan abad ke 17, oratorio telah mula dipersembahkan di

istana-istana dan pentas-pentas awam dan menjadi semakin popular

setanding dengan opera. Antara komposer-komposer oratorio terkenal di

Itali ialah Giocomo Carissimi, Alessandro Scarlatti dan Antonio Vivaldi.

7

Rajah 5 : Muka depan karya Ottavio Rinuccini

2.2 Genre Instrumen

Kebanyakan instrumen-instrumen yang digunakan pada zaman barok ini masih

terus digunakan pada zaman Renaissance. Pada masa ini berlaku perubahan dari

segi mekanikal dan teknologikal alat-alat muzik tersebut seperti apa yang kita

lihat sekarang ini. Satu lagi pembaharuan yang ketara pada zaman ini ialah

penggunaan keluarga alat muzik violin pada akhir abad ke 16.

2.2.1 Sonata

Sonata adalah merujuk kepada pergerakan beberapa gubahan yang dibuat

untuk instrument solo dan juga sekumpulan pemuzik kamar (chamber

music). Perkataan sonata mula digunapakai di Itali pada awal tahun 1500

di Itali. Terdapat tiga jenis sonata iaitu;

Gubahan sonata solo untuk instrumen violin atau cello

Gubahan sonata solo dengan iringan untuk beberapa instrumen

dengan basso continuo

Gubahan sonata trio untuk dua instrument solo dengan basso

continuo yang dibawa oleh keyboard atau cello

Sonata yang biasa dipersembahkan dikenali sebagai sonatas da chiesa

atau sonata untuk gereja. Sejenis lagi sonata ialah sonatas da camera atau

sonata untuk dewan.

8

Giocomo Carissimi Alessandro Scarlatti Antonio Vivaldi

2.2.1 Concerto

Perkataan concerto diambil dari perkataan concertare yang bermaksud

bersama-sama atau bersatu-padu (to join together, unite). Concerto

merupakan satu komposisi instrumental yang digubah untuk satu alat

muzik yang diiringi orkestra. Dengan menggabungkan konsep canzonas

dan sonatas, satu concerto grosso dipersembahkan dengan

menggabungkan sekumpulan pemain instrument solo dan sekumpulan

ensemble yang agak ramai. Satu contoh concerto grosso yang terbaik ialah

‘Op. 6 collection’ karya Arcangelo Corelli (1653–1713).

9

Rajah 6 : Contoh sonata trio

Rajah 7 : Contoh concerto grosso

2.3 Penutup

Walaupun zaman muzik barok ini telah berakhir sejak 250 tahun dahulu,

tinggalannya masih boleh kedengaran dan dimainkan sehingga sekarang. Banyak

komposisi-komposisi yang terkenal masih lagi dipersembahkan di konsert-konsert

dan masih mendapat permintaan untuk dijadikan rakaman. Genre-genre muzik

barok seperti sonata, concerto dan opera yang dicipta pada zaman barok ini masih

mendapat sambutan. Sesungguhnya semangat muzik zaman barok ini akan terus

hidup selama-lamanya.

10

Rujukan

Charles Hoffer. (2009). Music Listening Today Third Edition. California : Schirmer

Cengage Learning

Pravina Mahoran et al. (2010). HBMS3403 Teknologi dan Alat Muzik. Seri Kembangan :

Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Robert Donington. (1982). Baroque Music Style and Performance : A Handbook. New

York : W.W. Norton & Company

Rujukan

http://library.thinkquest.org/15413/history/history-bar.htm

http://www.medieval.org/emfaq/misc/continuo.html

http://www.wwnorton.com/college/music/concise/ch9_outline.htm

http://www.bach-cantatas.com/Articles/AOF-Demeyere.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Diatonic_and_chromatic

https://westernartmusic.wikispaces.com/baroque

http://www.musicofbaroque.com/baroque/whatis.htm

11