bank! tolong aku | melastik...

112

Upload: vankhue

Post on 20-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial
Page 2: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

2 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Page 3: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

3 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

BANK! TOLONG AKU

Penulis :

Melastik Bintang

Blog :

www.melastikbintang.com

Facebook :

@melastikbintang

Page 4: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

4 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

ISI KANDUNGAN

Penafian 5

Prakata 7

1.0 - Mukadimmah 10

2.0 - Profil Kewangan 27

3.0 - Tips Sebelum Memohon Pembiayaan 34

4.0 - Apa Yang Institusi Kewangan Lihat 39

5.0 - Surat Tawaran Pembiayaan Perumahan 43

6.0 - Fi Dan Cas Guaman 53

7.0 - Kemampuan Bayar Balik Pembiayaan 57

8.0 - Info Pembiayaan 60

9.0 - Pakej Pembiayaan 63

10.0 - Hukuman Penalti 66

11.0 - Isi Perjanjian 68

12.0 - Hak Peminjam Dan Institusi Kewangan 71

13.0 - Tanggungjawab Peminjam Dan Institusi Kewangan 74

14.0 - Tiada Komitmen Mohon Pembiayaan 77

15.0 - ASB Loan Ganggu Debt Service Ratio 80

16.0 – Tips Mudah Lulus Pembiayaan 83

Soal Jawab Pembiayaan Perumahan 86

Keyword Pembiayaan Perumahan 98

Page 5: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

5 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda dibenarkan

mencetak modul ini hanya untuk kegunaan sendiri sahaja bagi

memudahkan rujukan.

Anda TIDAK DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian

modul ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama ada elektronik,

mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam

bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain.

Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya

semula kerana ia tergolong di dalam kesalahan harta intelek (cetak

rompak).

Hakcipta Terpelihara 2016 © MB Media Network. Sekiranya anda

telah menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari

sumber selain daripada MB Media Network, sila laporkan kepada

[email protected]

Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta

intelek. Pihak MB Media Network amat mengambil berat isu ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2016

Page 6: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

6 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

LEGAL DISCLAIMER

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah

berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama

ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan

aplikasi e book ini secara langsung atau tidak langsung. Hasil

kandungan e book ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian dan

pemerhatian yang dilakukan oleh penulis semasa tulisan e book ini

dibuat.

Page 7: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

7 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan idea

kepadaku untuk diterjemahkan ke dalam e book ini.

Secebis kasih sayang buat isteri, anak-anakku dan ahli keluargaku

yang memahami diriku dan menyokong minatku di dalam bidang

hartanah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guruku yang telah mengajarku

tentang pentingnya ilmu di dalam mengharungi hidup ini.

Juga kepada mentor dan rakan niagaku saudara Meor Zaidee ( Abang

Ensem ) kerana telah membuka peluang kepada diriku menceburkan

diri dalam bidang hartanah. Banyak ilmu yang telah aku pelajari

dengan beliau serta selok belok hartanah.

Ucapan terima kasih buat rakan-rakanku yang sanggup meluangkan

masa mendengar dan berkongsi pendapat denganku di dalam dunia

hartanah ini. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pembaca-

pembaca setia blog www.melastikbintang.com, rakan rakan di

media sosial yang sentiasa menyokong aku sehingga ke hari ini.

Juga pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,

terima kasih kerana sudi membantuku di dalam penghasilan e book

ini.

Page 8: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

8 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Semoga Allah membalas jasa kalian di dalam membantu

pengembangan ilmu ini.

“Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT & yang

buruk itu datangnya dari kelemahan diriku sendiri”

Sekian,

Melastik Bintang Penulis

Page 9: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

9 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

En. Salman maaf permohonan

pembiayaan perumahan anda

tidak diluluskan. Sebabnya

komitmen En. Salman terlalu tinggi

Maafkan saya En. Rizal, tapi

permohonan pembiayaan

perumahan anda tidak diluluskan..

Sebabnya rekod CCRIS ada

menunjukkan pinjaman PTPTN

masih lagi tertunggak

Dukacitanya dimaklumkan

permohonan pembiayaan

perumahan En. Abu ditolak kerana

tidak rekod komitmen

Page 10: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

10 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Membeli rumah memang menyeronokkan. Mungkin ia adalah

aset paling berharga yang dibeli dalam seumur hidup anda.

Memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pembiayaan

perumahan boleh membantu anda menjimatkan masa dan

mengelakkan keraguan dan keresahan.

Ebook ini bertujuan untuk menyumbang idea kepada anda

mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan pembiayaan

pembelian rumah dan menggariskan langkah utama yang perlu

dibuat. Ia menyediakan panduan asas dan mengupas istilah-istilah

teknikal serta memberikan tip-tip berguna kepada anda sewaktu

memohon pembiayaan perumahan anda sendiri nanti.

Page 11: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

11 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Apakah Pembiayaan Rumah?

Pembiayaan perumahan adalah pembiayaan yang digunakan

untuk membeli hartanah. Pembiayaan rumah juga sering dirujuk

sebagai "gadai janji". Di Malaysia, pembiayaan rumah boleh didapati

dari bank-bank, syarikat pembinaan atau pemberi pembiayaan pakar

gadai janji.

Jika anda sudah mempunyai pembiayaan perumahan yang

sedia ada dan ingin menukar kepada produk lain atau menukar

pembiayaan tanpa berpindah rumah, ia dikenali sebagai

"pembiayaan semula aka Refinancing".

Bagaimana Pinjaman Rumah Di Malaysia Berfungsi?

Apabila anda membuat pembiayaan perumahan di Malaysia,

anda memasuki satu perjanjian dengan pemberi pembiayaan

(biasanya bank) dan berjanji untuk membayar balik pembiayaan

anda dalam jangka masa yang dipersetujui (juga dikenali sebagai

"tempoh pinjaman").

Kadar faedah bagi pembiayaan perumahan di Malaysia

biasanya diambil sebagai peratusan di bawah Kadar Asas / Base Rate

(BR). Sebagai contoh, jika BR semasa ialah 4.00%, kadar faedah ke

atas "BR + 0.45%" pembiayaan akan menjadi 4.45%.

Page 12: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

12 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Dalam pembiayaan rumah yang biasa di Malaysia, anda

membuat bayaran bulanan bagi tempoh yang dipersetujui (iaitu

tempoh pinjaman) sehingga anda telah membayar sepenuhnya

kedua-dua pembiayaan pokok dan juga faedahnya. Pada tahun-

tahun awal pembiayaan perumahan, majoriti pembayaran balik

bulanan anda digunakan untuk membayar faedah ke atas

pembiayaan itu. Bagaimanapun, selepas beberapa tempoh,

sebahagian besar bayaran balik anda akan diperuntukkan kepada

penjelasan pembiayaan pokok.

Oleh sebab faedah pembiayaan perumahan anda dikira

berdasarkan jumlah hutang pembiayaan rumah setiap bulan, dengan

membayar lebih sedikit pada setiap sebulan, faedah ke atas

pembiayaan anda pada bulan-bulan berikutnya akan menjadi lebih

rendah.

Page 13: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

13 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Membeli rumah adalah satu peristiwa besar dalam kehidupan

seseorang. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan yang rapi dan

teliti adalah perlu. Jika anda ingin membeli rumah yang masih

dalam pembinaan, anda perlu mengkaji latar belakang pemaju

berkenaan. Anda hendaklah memastikan bahawa pemaju:

Mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (belum luput)

Mempunyai lesen pengiklanan dan permit jualan sah yang

dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.

Anda berhak bertanya kepada pemaju maklumat mengenai

lesen dan permit tersebut. Anda juga boleh merujuk kepada

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk

mendapatkan maklumat lanjut. Pemaju yang mempunyai rekod

yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai.

Page 14: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

14 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Sebelum memasuki sebarang perjanjian untuk membeli rumah,

anda perlu terlebih dahulu menyiapkan belanjawan diri dan keluarga,

untuk mengenal pasti harga rumah yang mampu dimiliki.

Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah dan

kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi

rumah. Sumber kewangan untuk membiayai pembelian rumah,

adalah terdiri daripada kesemua atau sebarang kombinasi perkara-

perkara berikut:

a) Tabungan

b) Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) dan/atau

c) Kemudahan pembiayaan daripada institusi kewangan

d) ASB Loan

Page 15: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

15 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Anda hendaklah mempunyai simpanan peribadi yang

mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka dan kos sampingan

yang lain.

Anggaran yang bijak ialah di antara 10%-20% daripada harga

rumah sebagai bayaran muka dan di antara 3%-5% lagi adalah

sebagai kos sampingan, seperti bayaran guaman dan duti setem.

Jadi cuba biasakan dan disiplinkan diri anda setiap bulan apabila

dapat gaji, ambil sedikit amaun dari gaji tersebut untuk dijadikan

simpanan tetap setiap bulan sebagai modal membeli rumah apabila

cukup nanti.

Jika sebulan dapat simpan sebanyak RM 500 pun sudah cukup

jika 12 bulan simpanan sudah bertambah sebanyak RM 6000.

Tabungan sangat penting dilakukan jika tiada modal untuk membeli

rumah.

Ini tips berguna untuk anda jika ingin menabung :

Gaji Bersih – Simpanan = Perbelanjaan

Maksud disini ialah setelah dapat gaji kita asingkan dahulu amaun

untuk kita simpan. Kemudian lebihan gaji itulah perbelanjaan yang

akan digunakan.

Page 16: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

16 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Anda juga boleh mengeluarkan wang daripada ‘Akaun 2’ untuk

membuat bayaran muka 10% ataupun 7% deposit daripada harga

rumah.

Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat

pertanyaan berhubung dengan kelayakan untuk membuat

pengeluaran tersebut.

Pengeluaran untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki

pembiayaan untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama

dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.

Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas

rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’

atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui

perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah

musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah

terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Page 17: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

17 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Syarat Memohon :

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres /

berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ /

‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai

dengan unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ;

i ) Pembiayaan perumahan daripada mana-mana institusi seperti

berikut :-

Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan

Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)

Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan

kerajaan

Majikan ahli

Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh

Suruhanjaya Koperasi Malaysia).

Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara

Malaysia

Pemberi pembiayaan yang dibenarkan oleh KWSP;

ATAU

ii ) Secara tunai.

Page 18: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

18 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak

melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli

telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan

telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian

membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah

pertama perlu dikemukakan.

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli

daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak

secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh

perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

Page 19: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

19 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Ahli Tidak Layak Memohon :-

Tujuan pembiayaan adalah untuk mengubahsuai, membaiki

atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada

atau bagi tujuan peribadi.

Pembiayaan berbentuk overdraf.

Pembiayaan diambil daripada individu.

Pembiayaan untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki

pembiayaan untuk rumah ketiga.

Pembiayaan untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki

pembiayaan rumah yang dibeli di luar negara.

Page 20: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

20 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Senarai Dokumen Utama :-

1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)

2. Kad Pengenalan Diri

a ) MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin

Tetap (MyPR)

ATAU

b ) Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan

menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada

orang yang sama ( jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis

yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri )

ATAU

c ) Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli

KWSP sebelum 1 Ogos 1998

Nota :

Salinan kad pengenalan tidak perlu sekiranya ahli adalah

pemegang MyKad dan Pengecaman Cap Ibu Jari ahli dengan

Pengkalan Data KWSP atau Bacaan MyKad adalah padan.

Page 21: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

21 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Ahli yang tidak memiliki MyKad dan/atau permohonan melalui

pos/ wakil masih perlu mengemukakan salinan dokumen

pengenalan diri masing-masing.

3. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli

Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun

Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran

Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun

Melalui Laman Web.

Nota :

Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik

Akaun bank mestilah yang masih aktif

( Dokumen asal dikecualikan jika ahli dapat memberi maklumat

akaun bank dengan betul tanpa merujuk kepada dokumen asal.

Ketepatan maklumat penting bagi mengelakkan pengkreditan terus

ke akaun ahli gagal )

4. Permohonan Secara Pos

Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat

(KWSP 3)

Page 22: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

22 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Dokumen Sokongan Jika Pembelian Subsale:-

1. Surat Perjanjian Jual Beli ( Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun

dari tarikh permohonan)

Nota :

Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat

(suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa

angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu

mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu ‘Deed of Assignment’

yang telah disempurnakan.

2. Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah

Yang Dibeli;

ATAU

Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan ( jika

ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa);

ATAU

Surat Ikatan Serahak ( Deed Of Assignment ) di antara penjual

dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem

(atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan.

3. Surat Kelulusan Pembiayaan Perumahan ( sekiranya kelulusan

Pembiayaan kurang daripada setahun )

Page 23: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

23 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

ATAU

Surat Kelulusan Pembiayaan Perumahan DAN Surat Perjanjian

Pembiayaan Perumahan ( sekiranya pembiayaan melebihi setahun )

4. Surat Ikatan Serahak ( Deed Of Assignment ) di antara penjual

dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (

atau mengemukakan sijil setem ) 1% dari harga penjualan.

5. Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang

menguruskan proses jualbeli yang mengandungi maklumat butiran

harta.

6. Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah.

7. Pembelian bersama ahli keluarga terdekat ( suami/isteri, ibu

bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri,

anak angkat atau adik beradik ), sekiranya pemohon bukan

peminjam

Maklumat lanjut : http://www.kwsp.gov.my/

Page 24: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

24 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Anda perlu membuat tinjauan dan perbandingan terhadap

produk pembiayaan yang terdapat di pasaran sebelum memilih

institusi pembiayaan. Sila ambil ingatan bahawa, setelah mengambil

pembiayaan perumahan, anda akan sering berurusan dengan

institusi kewangan berkenaan untuk tempoh yang begitu lama. Ambil

kira faktor-faktor lain dan tidak tertarik kepada kadar faedah yang

rendah sahaja.

Berikut ialah antara faktor yang harus diambil kira:

Bagaimana profesionalnya sikap institusi kewangan sewaktu

berurusan dengan pelanggan?

Adakah ia menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dari segi

kecekapan dan kebolehpercayaan?

Apakah pakej yang ditawarkan dan pakej yang mana satukah

yang paling sesuai untuk anda?

Apakah caj-caj yang dikenakan kepada anda?

Page 25: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

25 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Anda juga hendaklah dimaklumkan bila dan berapa kerap

pembayaran caj-caj tersebut harus dibuat. Institusi kewangan yang

inovatif biasanya menawarkan pakej pembiayaan yang lebih menarik

dan sesuai untuk anda dan tambahan pula permohonan diproses

dengan lebih cepat dan tanpa banyak kerenah.

Masa yang diambil untuk pembiayaan anda diluluskan dari tarikh

mengemukakan permohonan yang lengkap ialah lebih kurang satu

hingga dua minggu.

Page 26: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

26 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Institusi kewangan yang inovatif

biasanya menawarkan pakej

pembiayaan yang lebih menarik

dan sesuai untuk anda

Page 27: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

27 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Sebelum anda pergi lebih lanjut lagi, apa kata anda buat

pengiraan tentang tahap kelayakan pembiayaan perumahan terlebih

dahulu dengan membuat pengiraan bajet untuk mengetahui

berapakah harga rumah yang anda layak serta pengiraan peratus

DSR ( Debt Service Ratio ).

Ini bertujuan untuk anda dapat tahu lebih awal samada anda

layak atau tidak untuk membuat pembiayaan perumahan dengan

pengetahuan tambahan tentang DSR.

Page 28: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

28 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Rashid ingin membeli rumah berharga RM 170,000 tetapi layak

atau tidak dia membelinya ?

Gaji Pokok : RM 3,800 (andaikan)

Gaji Bersih : RM 3,500 (andaikan)

Komitmen Kereta : RM 400 (andaikan)

Komitmen Rumah Baru : RM 800 ( kiraan dalam apps iMoney

jika harga rumah RM170,000)

Kos Sara Hidup : RM 900

DSR = ( Jumlah Komitmen + Komitmen Rumah Baru ) / (Gaji Bersih ) X

100%

= ( RM 400 + RM 800 + RM 900 / RM 3,500 ) X 100%

= 60%

( DSR kurang daripada 60% adalah selamat )

Maklumat rumah yang nak dibeli dengan harga RM 170,000

Loan Tenure : 35 Tahun

Loan Margin : 90%

Monthly Installment : RM 800 ( kiraan dalam apps iMoney)

Page 29: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

29 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Berdasarkan nilai DSR ialah 60% Rashid memang layak untuk

membeli rumah tersebut berdasarkan kiraan DSR beliau yang tidak

melebihi 60%.

DSR bagi setiap bank adalah berlainan, disarankan jika anda

berurusan sendiri melalui bank pastikan dahulu nilai DSR yang

dikenakan oleh bank tersebut bagi mengelakkan berlakunya

kesilapan semasa membuat pengiraan DSR.

Untuk tahun 2016 ini dikatakan ianya tahun yang agak getir

kerana kemerosotan ekonomi yang berlaku di negara kita ini. Pihak

bank juga telah mengambil langkah selamat dengan mengenakan

syarat-syarat yang lebih ketat sedikit berbanding tahun-tahun

sebelumnya. Seperti Maybank jika gaji kurang dari RM 3000 DSR

tidak boleh melebihi 40%, jika gaji 3000 keatas DSR ialah 60%.

Sebagai langkah penjagaan, anda yang ingin memohon

pembiayaan perumahan hendaklah bersedia dari segi DSR dan

jumlah amaun dalam akaun simpanan kerana pihak bank juga turut

melihat jumlah amaun dalam akaun simpanan anda samada cukup

atau tidak untuk membayar 10% deposit yang anda perlu bayar.

Selain itu juga tahun 2016 juga pihak institusi kewangan telah

memandang serius untuk memasukkan kos saraan hidup dalam

pengiraan DSR. Setiap institusi kewangan berbeza amaun kos sara

hidup, tanyakan pada setiap institusi kewangan.

Page 30: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

30 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Anda perlu menghantar dokumen-dokumen asas berikut sebelum

institusi kewangan memproses permohonan anda:

Jika permohonan perseorangan :

Salinan kad pengenalan atau passport anda

Slip gaji untuk 3 / 6 bulan yang terkini

Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang

EA

Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran deposit atau

tempahan/surat tawaran daripada pemaju

Salinan surat hakmilik rumah (jika ada)

Penyata bank 6 bulan terdahulu ( wajib jika tiada slip gaji /

borang J/EA ) / buku akaun simpanan / resit simpanan tetap

Salinan penyata KWSP

Salinan surat tawaran berkerja

Dokumen simpanan seperti ASB/Tabung Haji dll

Page 31: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

31 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Jika anda bekerja sendiri / berniaga ( tiada payslip gaji ) :

Salinan dokumen pendaftaran perniagaan ( SSM minima

sekurang-kurangnya 2 tahun )

Penyata bank untuk 6 /12 bulan terakhir

Penyata kewangan terkini dan dokumen lain yang boleh

menyokong sumber pendapatan anda.

Borang Cukai Pendapatan

Kontrak perniagaan yang dimenangi jika masuk tender

Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan mungkin

memerlukan dokumen sokongan tambahan seperti ASB, Tabung Haji,

Perjanjian Sewa Rumah dan apa saja bukti pendapatan yang anda

ada asalkan telah diistiharkan.

Info Pembiayaan Perumahan :

Rumah Pertama – 90% Pembiayaan

Rumah Kedua – 90% Pembiayaan

Rumah Ketiga dan seterusnya – 70% Pembiayaan

Dinasihatkan anda menghantar permohonan pembiayaan

perumahan kepada semua institusi kewangan secara serentak.

Pastikan juga harga rumah dijual mengikut harga pasaran yang

ditentukan oleh Penilai atau Institusi kewangan, elakkan Overvalue.

Page 32: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

32 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Contoh pengiraan bagi yang berniaga sendiri :

Contoh Penyata :

Bulan 1 : RM42,000

Bulan 2 : RM43,000

Bulan 3 : RM49,000

Bulan 4 : RM42,000

Bulan 5 : RM45,000

Bulan 6 : RM42,000

Pendapatan purata perniagaan anda ialah lebih kurang RM43,800.

( Jumlah kesemua pendapatan bulanan di bahagi dengan 6 bulan ).

Bank ambil hanya 20% dari purata pendapatan bulanan sahaja sebagai gaji pemilik.

Pendapatan bulanan : 20% x RM43,800 = RM8760

Page 33: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

33 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Pastikan juga harga rumah dijual

mengikut harga pasaran yang

ditentukan oleh Penilai atau

Institusi kewangan, elakkan

Overpriced

Page 34: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

34 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Ada 4 perkara yang anda perlu SEMAK sebelum memohon

pembiayaan perumahan dengan bank :

a) Tahap Kesihatan CCRIS

CCRIS ataupun ( Central Credit Reference Information Systems

). Sistem CCRIS dipanggil pengkalan data bersama. Mana-mana bank

yang berdaftar boleh mencapai maklumat kredit seseorang atau

sesebuah syarikat pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Page 35: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

35 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Maksudnya, tidak kira anda peminjam bermasalah atau tidak,

maklumat anda memang sudah sedia ada di dalam sistem CCRIS

sekiranya anda mempunyai rekod meminjam dengan bank. Untuk

semakan CCRIS anda boleh pergi ke Bank Negara Malaysia.

Jika laporan CCRIS anda berangka 01010101 anda masih lagi

dalam keadaan yang selamat untuk memohon pembiayaan. Tetapi

jika berangka seperti 122122 maka peluang permohonan anda untuk

lulus adalah sangat rendah.

b) Nama Tersenarai Dalam CTOS

CTOS ialah pengkalan data yang mengandungi maklumat

bankrupsi, maklumat petisyen terhadap orang perseorangan dan

syarikat, yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya

mengandungi maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh

notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan,

dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahkamah. Anda

boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari :

CTOS Data Systems Sdn Bhd

Unit A-9-6, 9th Floor, Megan Avenue 1,

No. 189 Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur, Malaysia

Website : www.ctoscredit.com.my/

Page 36: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

36 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

c) Komitmen Pinjaman Tinggi

Komitmen tinggi bermaksud anda mempunyai komitmen yang

banyak dengan bank, samada dari segi pembiayaan bank,

pembiayaan peribadi, pembiayaan kereta, kad kredit dan lain-lain.

Jika anda berurusan pembelian rumah dengan ejen hartanah,

ejen hartanah akan membuat pre-scanning terhadap pembeli

tentang tahap kesihatan profil kewangan dan tahap DSR anda.

Jika pengiraan DSR anda melebihi peratus yang telah

ditetapkan oleh setiap institusi kewangan maka permohonan

pembiayaan perumahan anda akan mengalami risiko untuk tidak

lulus.

d) Peminjam PTPTN

Berkuatkuasa pada tahun 2015 semua rekod peminjam PTPTN

akan dimasukkan juga dalam CCRIS.

Oleh itu jika anda mempunyai tunggakan bayaran pinjaman

PTPTN sila jelaskan semua tunggakan tersebut sebelum membuat

pembiayaan perumahan dan sila dapatkan juga surat pelepasan dari

pihak PTPTN menyatakan anda tiada masalah tunggakan PTPTN

untuk rujukan institusi kewangan beserta jadual bayaran balik

pinjaman PTPTN.

Page 37: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

37 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Untuk makluman juga, pihak PTPTN telah memperkenalkan

kaedah melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman sehingga

berumur 60 tahun dengan kadar bayaran bulanan yang rendah.

Struktur semula pembayaran pinjaman anda.

Uruskan tunggakan anda segera di mana mana cawangan

pejabat PTPTN.

Dapatkan jumlah tertunggak pinjaman PTPTN anda

Struktur semula bayaran ansuran bulanan pinjaman

PTPTN

Jelaskan amaun tunggakan yang perlu dibayar

Dapatkan surat pelepasan dari pihak PTPTN

Serahkan surat pelepasan PTPTN kepada pegawai institusi

kewangan untuk urusan permohonan pembiayaan

perumahan anda.

Jika menggunakan KWSP untuk menyelesaikan tunggakan

PTPTN sila bawa penyata pinjaman yang terbaru kepada

KWSP untuk proses permohonan.

Page 38: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

38 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Mana-mana bank yang berdaftar

boleh mencapai maklumat kredit

seseorang atau sesebuah syarikat

pada bila-bila masa apabila

diperlukan

Page 39: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

39 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Selama saya menguruskan permohonan pembiayaan pelanggan

pelanggan saya yang ingin membeli rumah, tidak semua

permohonan mendapat khabar berita yang gembira bermaksud ada

permohonan yang lulus ada permohonan yang gagal.

Pelbagai sebab yang boleh menyebabkan permohonan

pembiayaan itu gagal antaranya pemohon mempunyai komitmen

yang tinggi ataupun nama pemohon sudah disenarai hitamkan.

Page 40: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

40 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Apa yang institusi kewangan lihat semasa memproses permohonan

pembiayaan individu ?

Umur

Pekerjaan

Syarikat berkerja

Tempoh berkerja

Pengalaman berkerja

Tahap pendidikan

Rekod CCRIS

Mempunyai simpanan atau tidak

Baki akaun simpanan di dalam bank

Berapa banyak pembiayaan kita ada

Status pekerjaan ( Kontrak / Tetap )

Itu antara titik titik penting yang institusi kewangan akan lihat

semasa proses permohonan pembiayaan anda.

Setiap institusi kewangan berbeza beza kriteria yang mereka lihat.

Semua perkara di atas sangat penting dalam menentukan

permohonan pembiayaan anda kerana ianya ada kesan ke atas

a) Status pembiayaan

b) Amaun pembiayaan

c) Kadar faedah ( Interest Rate )

d) Margin pembiayaan ( 90% , 80% dll )

Page 41: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

41 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Bagi anda yang ingin memohon pembiayaan perumahan atas

nama perniagaan sendiri ( enterprise ) berlainan pula kriterianya.

Perniagaan ditubuhkan sekurang-kurangnya 2 tahun

Berapa lama perniagaan dijalankan

Jenis perniagaan yang dijalankan

Premis perniagaan yang dijalankan

Kontrak perniagaan jika menang kontrak dibida ( Kerajaan )

6 bulan penyata akaun syarikat

Siji pendaftaran syarikat ( SSM )

Resit-resit cukai

Page 42: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

42 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Setiap institusi kewangan berbeza

beza kriteria yang mereka lihat.

Jadi jangan hairan jika bank A

lulus, Bank B tidak lulus, Bank C

tidak lulus.

Page 43: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

43 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Setelah permohonan pembiayaan perumahan anda lulus,

institusi kewangan akan menghubungi anda untuk memaklumkan

tentang status pembiayaan dan ketika ini sebagai pembeli anda

perlulah bertanya kepada pegawai bank tersebut tentang

pembiayaan perumahan yang sudah diluluskan. Ingat, KENAL

pegawai yang menguruskan pembiayaan perumahan anda.

Page 44: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

44 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Ada 6 perkara asas anda perlu tahu tentang surat tawaran

pembiayaan perumahan :

a ) Jenis Pembiayaan Perumahan

Islamic Loan

Conventional Loan

Flexi Loan

Traditional Term Loan

b ) Margin Pembiayaan ( Loan Margin )

Margin pembiayaan antara institusi kewangan adalah berbeza,

ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti nilai rumah dan

juga ‘track record’ kita pada institusi kewangan tersebut seperti

adakah anda mempunyai pembiayaan lain. ‘Credit scoring’ juga

mempengaruhi nilai pembiayaan perumahan anda. Ada yang margin

80% ada yang diberi margin 90% tetapi semua ini bergantung kepada

syarat dan kondisi institusi kewangan itu sendiri.

c ) Tempoh Pembiayaan ( Loan Tenure )

Bermaksud tempoh pembiayaan perumahan anda yang

diberikan oleh institusi kewangan. Maksima tempoh pembiayaan

perumahan adalah selama 35 tahun tetapi walaupun anda layak

selama 35 tahun belum tentu lagi institusi kewangan akan

Page 45: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

45 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

memberikan tempoh selama 35 tahun ini semua bergantung kepada

faktor umur dan komitmen juga.

e ) Kos Guaman Pembiayaan ( Loan Legal Fee )

Kos guaman pembiayaan perumahan ( tidak semua kos, boleh

rujuk institusi kewangan untuk kepastian ) juga boleh dimasukkan (

Zero Moving Cost ) sekali dalam pembiayaan perumahan anda atau

pembeli juga boleh membayar sendiri jika tidak mahu masukkan ke

dalam pembiayaan tadi. Antara kos guaman adalah seperti Yuran

Guaman, Duti Setem, Disbursement Fees, Valuation Report.

f ) Lock In Period

‘Lock-in Period’ bermaksud penalti (denda) yang kebiasaannya

antara 2-3 % dari nilai prinsipal pembiayaan jika anda memilih untuk

membayar sepenuhnya pembiayaan perumahan sebelum tempoh

‘Lock-in Period’ tamat.

Sebagai contoh, jika ‘Lock-in Period’ pembiayaan perumahan

yang diambil adalah 3 tahun, dan jika anda memilih untuk menjual

rumah tersebut sebelum tempoh 3 tahun, bank akan mengenakan

denda kepada anda.

Sebaiknya, pilih pembiayaan yang berikan ‘Lock-in Period’

sependek yang mungkin. Terdapat juga sesetengah bank yang tidak

mengenakan ‘Lock-in Period’.

Page 46: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

46 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

g ) Jenis Perlindungan

Perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak

yang memberi pembiayaan (institusi kewangan) dan juga pihak yang

meminjam ( pembeli ) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat

meneruskan bayaran ansuran pembiayaan disebabkan telah

meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal.

Jenis perlindungan:

i) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

ii) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful

iii) MLTA – Mortgage Level Term Assurance

iv) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

h) Kadar Faedah ( Interest Rate )

Ini bahagian yang paling penting pembeli perlu tahu iaitu kadar

faedah pembiayaan perumahan.

Sebagai pembeli sudah pasti anda akan memilih bank yang

mampu memberi kadar faedah terendah dan menjadi pilihan semua

orang. Sebagai contoh, pembiayaan perumahan sebanyak RM

400,000 untuk tempoh 35 tahun, perbezaan kadar faedah 4.55% dan

4.65%, walaupun bezanya hanya 0.10%, sudah tentulah anda akan

memilih kadar faedah paling rendah.

Page 47: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

47 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Makin tinggi harga rumah maka nilai kadar faedah pembiayaan

perumahan anda akan jadi lebih rendah. Apa yang mempengaruhi

peratus kadar faedah pinjman perumahan ialah Credit Scoring

peminjam yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.

Selepas bersetuju untuk menerima surat tawaran pembiayaan,

anda perlu melantik seorang peguam untuk menyiapkan

dokumentasi pembiayaan. Biasanya, anda akan memilih peguam dari

senarai panel peguam yang disediakan oleh institusi kewangan

tersebut. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan

kepada jabatan Kerajaan berkenaan untuk pendaftaran dan kepada

Pejabat Setem untuk pembatalan setem.

Selepas proses di atas selesai, dokumen- dokumen berdaftar ini

hendaklah diserahkan kepada institusi kewangan berkenaan dan

anda akan diberikan salinan Surat Tawaran Perjanjian Pembiayaan.

Pada amnya, masa yang diambil untuk menyiapkan proses undang-

undang dokumentasi ini adalah tidak melebihi 6 bulan.

Page 48: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

48 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

MRTA

MRTA ialah Mortgage Reduced Term Assurance merupakan

perlindungan insurans untuk Pembiayaan Perumahan. Insurans ini

yang biasa diambil oleh kebanyakan kita yang membeli rumah. Ini

kerana insurans ini yang selalunya ditawarkan oleh pihak institusi

kewangan ke atas pembeli rumah.

Tujuan nya adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap

baki pembiayaan yang belum di bayar sekiranya pembeli meninggal

atau ditimpa musibah kecacatan kekal.

Jika berlaku musibah ini, pewaris tak perlu membayar apa-apa

dan bayaran bulanan rumah akan dilangsaikan oleh pihak penyedia

insurans anda.

Jika pembeli rumah meninggal atau mengalami cacat kekal

sehingga putus punca pendapatan, maka Pewaris tidak akan

dibebani untuk terus membuat bayaran ke atas baki pembiayaan

yang masih ada.

Page 49: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

49 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

MLTA

MLTA atau Mortgage Life Term Assurances merupakan

insurans takaful hayat yang juga bertujuan untuk menjamin bayaran

kepada institusi kewangan terlaksana andai kata terjadi musibah

kepada pembeli rumah.

Perbezaan antara MLTA dengan MRTA ini adalah dari segi

kaedah bayaran.

MRTA dikenakan bayaran secara lump-sum manakala MLTA

boleh dibuat secara bulanan.

Page 50: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

50 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Bil MRTA MLTA

1

Bayaran sekali gus ( lump–

sum ).

Boleh dibayar secara bulanan.

Tidak perlu pening kepala nak

menghabiskan duit untuk

bayaran selama tempoh

tempoh pembiayaan rumah

dibuat.

2

Jika digabung dengan

pembiayaan perumahan,

amaun fee insurans MRTA

akan meningkat 3 kali ganda

( termasuk interest bank )

Tiada interest bank kerana

bayaran boleh dibuat secara

bulanan.

3

Tiada saving. 100% fee MRTA

akan diambil oleh syarikat

insurans

Sebahagian daripada caruman

bulanan akan dipulangkan

sebagai tabungan simpanan

anda.

(ada cash value disini)

Page 51: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

51 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

4

Kadar perlindungan ( sum

covered ) akan menurun dari

setahun ke setahun

Sum covered tidak menurun (

tetap sehingga tamat tempoh

kontrak )

5

Tidak boleh dipindah milik.

Benificiari sebenar adalah

pihak Bank.

Boleh ditentukan hibah dan

faraid kepada mana-mana ahli

keluarga yang lain. Pemegang

polisi adalah anda sendiri.

6

Sekiranya berlaku kematian

kepada pembeli, Syarikat

insurans hanya membayar

baki pembiayaan perumahan

anda sahaja

Sekiranya meninggal, insurans

akan bayar semua baki

pembiayaan DAN juga

simpanan tunai yang tersimpan

dalam akaun Insurans anda

akan dipulangkan sama.

Page 52: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

52 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Makin tinggi harga rumah maka

makin rendah kadar faedah yang

dikenakan. Kebiasaan rumah yang

berharga RM 100,000 ke bawah,

kadar faedahnya tinggi sedikit iaitu

5.7% ke atas berdasarkan kes yang

saya pernah uruskan.

Page 53: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

53 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Anda adalah juga dikehendaki menjelaskan kos kos berkaitan

seperti fi perkhidmatan profesional dan caj yang dikenakan oleh

pihak yang berkaitan. Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi

dan caj yang bakal dikenakan ke atas anda:

JENIS KADAR

Duti Setem

• Perjanjian jual beli

-1% ke atas RM100,000 pertama

-0.5% untuk RM4,900,000

seterusnya

-0.5% daripada jumlah pembiayaan

atau RM5 bagi setiap RM1,000

Page 54: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

54 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

• Perjanjian pembiayaan

• Pindah hakmilik

(untuk rumah

sudah siap sahaja)

-1% ke atas RM100,000 pertama

-2% untuk RM400,000 seterusnya

Fi Pengeluaran Pembiayaan

Termasuk fi untuk

pendaftaran cagaran,

caj untuk carian

tanah dan fi untuk carian

kebankrapan

Mungkin berbeza bagi negeri,

pejabat tanah dan jenis harta yang

berlainan. Sebagai contoh, di

Selangor and Wilayah Persekutuan, fi

dan caj yang dikenakan berada

dalam lingkungan RM300 hingga

RM700.

Fi Pemprosesan

Dikenakan sekali sahaja untuk

tujuan memproses

permohonan pembiayaan

anda

KOS HARGA RUMAH

RM50 Sehingga 30K

RM100 30,001 – 100K

RM200 100,000 ke atas

Page 55: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

55 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Sila ambil makluman bahawa jenis caj dan jumlah caj yang

dikenakan akan berubah dari semasa ke semasa.

Anda perlu berjumpa dengan pegawai institusi kewangan anda

untuk mendapatkan nasihat lanjut dan mengadakan perbincangan

jika ada sebarang kemusykilan berhubung dengan jenis fi dan

khidmat guaman.

Page 56: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

56 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Sila ambil maklum bahawa jenis caj

dan jumlah caj yang dikenakan

akan berubah dari semasa ke

semasa

Page 57: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

57 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Berdasarkan kriteria umum, jumlah ansuran bulanan rumah

anda tidak sepatutnya melebihi 1/3 daripada jumlah pendapatan isi

rumah. Jika anda mempunyai deposit tabungan atau deposit tetap,

fakta ini boleh digunakan untuk menyokong permohonan

pembiayaan anda memandangkan ianya akan turut diambil kira oleh

institusi-institusi kewangan dalam menilai kelayakan pembiayaan

anda.

Page 58: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

58 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Institusi kewangan mempunyai kriteria yang berbeza dalam

menentukan kemampuan membayar balik pembiayaan. Bagi

pembiayaan yang berkadar faedah terapung, anda juga perlu peka

bahawa pembayaran bulanan anda akan meningkat dengan ketara

apabila kadar faedah meningkat.

Sebagai contoh, sekiranya kadar pembiayaan asas (BLR)

mengalami kenaikan, kadar faedah bagi pembiayaan anda juga akan

naik dan begitulah juga dengan ansuran. Walau bagaimanapun,

dalam kebanyakankes, institusi kewangan akan membenarkan anda

membayar ansuran mengikut jumlah bulanan asal dan kemudiannya

pelarasan dibuat dengan melanjutkan atau mengurangkan tempoh

pembayaran balik. Anda bolehlah bertanya kepada institusi

kewangan anda berhubung perkara ini.

Page 59: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

59 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Institusi kewangan mempunyai

kriteria yang berbeza dalam

menentukan tahap kemampuan

membayar balik pembiayaan

perumahan.

Page 60: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

60 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Jumlah pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan

bergantung kepada nilai pasaran (bagi rumah sudah siap sahaja) atau

harga belian rumah, mengikut mana yang lebih rendah.

Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 95% daripada

harga rumah. Margin pembiayaan mungkin dipengaruhi oleh faktor-

faktor berikut:

Jenis hartanah

Lokasi hartanah

Umur peminjam

Jumlah pendapatan peminjam

Page 61: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

61 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Tempoh pembiayaan boleh ditetapkan untuk sebarang tempoh

asalkan ianya tidak melebihi 35 tahun atau sehingga peminjam

mencapai umur 65 tahun (atau sebarang umur lain yang ditentukan

oleh institusi kewangan), mengikut mana yang dahulu.

Lain institusi kewangan lain pakej yang ditawarkan. Anda perlu

meneliti kesemua ciri pakej pembiayaan dan tidak hanya membuat

keputusan berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Kadar

faedah hanyalah satu faktor yang perlu dipertimbangkan tetapi ciri-

ciri lain seperti terma pembayaran balik yang fleksibel boleh

menjadikannya seimbang, malah mungkin lebih menjimatkan.

Umumnya, pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi

kewangan adalah sama ada dalam bentuk pembiayaan berjangka

atau kemudahan overdraf atau kombinasi kedua-duanya.

Page 62: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

62 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Jumlah pembiayaan yang

disediakan oleh institusi kewangan

bergantung kepada nilai pasaran

(bagi rumah sudah siap sahaja)

atau harga belian rumah,

mengikut mana yang lebih rendah

Page 63: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

63 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Pembiayaan dengan kadar bayaran ansuran bulanan yang tetap

untuk tempoh tertentu, misalnya selama 30 tahun

Bayaran ansuran merangkumi jumlah pokok dan faedah yang

dikenakan

Kemudahan kredit yang boleh digunakan bila-bila masa

berdasarkan had kredit yang telah ditentukan

Bayaran ansuran bulanan tidak ditetapkan tetapi faedah dikira

berdasarkan baki harian

Page 64: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

64 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Keperluan membayar balik pembiayaan adalah fleksibel dan

peminjam bebas untuk menggunakan semula kemudahan

pembiayaan yang telah dibayar balik

Faedah yang dikenakan adalah biasanya lebih tinggi daripada

pembiayaan berjangka

Kombinasi Pembiayaan Berjangka dan Kemudahan Overdraf

Kemudahan yang menggabungkan pembiayaan berjangka dan

overdraf. Sebagai contoh, 70% diberi sebagai pembiayaan

berjangka dan 30% sebagai overdraf

Bahagian pembiayaan berjangka perlu dibayar balik

Pembayaran balik overdraf diberi kefleksibelan

Page 65: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

65 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Bayaran ansuran merangkumi

jumlah pokok dan faedah yang

dikenakan

Page 66: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

66 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Institusi kewangan mungkin mengenakan penalti apabila

pembiayaan diselesaikan sepenuhnya lebih awal. Pada amnya,

penalti yang dikenakan adalah sama ada berasaskan kadar sama rata

atau faedah untuk ‘x’ bulan (contohnya, 1 bulan faedah).

Apabila institusi kewangan meluluskan sesuatu pembiayaan

untuk tempoh tertentu, institusi berkenaan telah mengunjurkan

bahawa pembiayaan tersebut akan dijelaskan sehingga selesai

seperti mana yang telah dipersetujui.

Berdasarkan unjuran ini, institusi kewangan telah membuat

perancangan aliran wang tunai dan sebarang penyelesaian awal akan

menggangu perancangan aliran.

Page 67: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

67 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Institusi kewangan mungkin

mengenakan penalti apabila

pembiayaan anda diselesaikan

sepenuhnya lebih awal

Page 68: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

68 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Perjanjian Pembiayaan ialah kontrak yang ditandatangani di

antara peminjam dengan institusi kewangan. Perjanjian Pembiayaan

mengandungi peruntukan utama seperti terma-terma pembiayaan,

pembiayaan pokok, kadar faedah, kadar faedah ingkar, caj penalti

dan syarat pembayaran balik. Ia turut menghuraikan kewajipan

peminjam dan pembiaya serta hak-hak dan bentuk tindakan setiap

pihak sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat perjanjian.

Dokumen-dokumen lain yang memerlukan tandatangan anda ialah “

Surat Ikatan Serah Hak ”, “ Dokumen-dokumen Cagaran ” dan “

Surat Kuasa Wakil ”.

Page 69: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

69 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Sila ambil ingatan bahawa di sepanjang tempoh pembiayaan

tersebut, rumah anda telah dicagarkan kepada institusi kewangan

berkenaan ( iaitu institusi kewangan mempunyai tuntutan ke atas

rumah anda ). Sama ada anda membeli rumah sudah siap atau masih

dalam pembinaan, anda perlu meminta penjelasan daripada peguam

mengenai peruntukan-peruntukan utama yang terkandung di dalam

perjanjian serta implikasinya.

Page 70: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

70 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Perjanjian Pembiayaan ialah

kontrak yang ditandatangani di

antara peminjam dengan institusi

kewangan

Page 71: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

71 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

PEMINJAM

Hak untuk mendapat akses kepada segala maklumat yang boleh

mempengaruhi keputusan untuk membuat pembiayaan

Hak untuk dilayan secara profesional, bersopan dan tanpa

prasangka

Hak untuk berunding terhadap perubahan pada syarat-syarat

dan terma pembiayaan

Hak untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar

mengenai akaun pembiayaan

Hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya

berlaku pelanggaran kontrak

Page 72: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

72 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

INSTITUSI KEWANGAN

Hak untuk mendapat maklumat lengkap mengenai kedudukan

kredit peminjam.

Hak untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar

mengenai peminjam

Hak untuk menerima pembayaran balik faedah/ansuran

bulanan ke atas pembiayaan mengikut jadual

Hak untuk mengambil tindakan undang- undang sekiranya

berlaku keingkaran pelanggaran kontrak

Page 73: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

73 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Hak untuk mengambil tindakan

undang- undang sekiranya berlaku

keingkaran pelanggaran kontrak

Page 74: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

74 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

PEMINJAM

Bertanggungjawab untuk memahami keseluruhan terma dan

syarat pembiayaan

Bertanggungjawab untuk sentiasa mematuhi terma dan syarat

yang telah ditetapkan

Bertanggungjawab untuk mengajukan pertanyaan dan

mendapat penjelasan yang memuaskan mengenai semua aspek

pembiayaan

Bertanggungjawab untuk membayar fi, caj, faedah dan

bayaran ansuran mengikut jadual

Page 75: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

75 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

INSTITUSI KEWANGAN

Bertanggungjawab untuk melaksanakan segala yang perlu bagi

pihak peminjam seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian

pembiayaan

Bertanggungjawab untuk berunding dengan peminjam sebelum

membuat sebarang perubahan terhadap terma dan syarat, fi

dan maklumat lain yang berkaitan

Bertanggungjawab untuk menjawab sebarang persoalan yang

dibangkitkan oleh peminjam

Page 76: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

76 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Institusi kewangan berhak untuk

mendapatkan maklumat yang

tepat dan benar mengenai

peminjam mereka

Page 77: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

77 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Soalan yang kebiasaan yang saya dapat ialah ‘ kalau tiada

komitmen boleh ke mohon pembiayaan ? ‘

Sebenarnya boleh sahaja anda mohon pembiayaan dan tak

semestinya kalau tiada komitmen langsung institusi kewangan

takkan luluskan permohonan pembiayaan perumahan anda.

Benar, sesetengah bank akan ambil kira bab tiada komitmen

langsung dalam memproses permohonan anda, dan keputusannya

memang mengecewakan kerana permohonan anda tidak diluluskan.

Page 78: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

78 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Tetapi ada juga kes kes yang lulus pembiayaan walau tanpa

sebarang komitmen, mungkin margin pembiayaannya tidak sepenuh

90%, ada yang dapat 80% ada yang dapat 85%.

Jadi jangan takut untuk mencuba memohon pembiayaan

perumahan jika tiada sebarang komitmen langsung.

Jika tidak berani juga, ciptalah satu komitmen yang kecil seperti

kad kredit atau membuat pembiayaan ASB yang minima amaunnya

supaya ada rekod dalam CCRIS anda, jangan ambil amaun yang

maksima kerana ia akan mengganggu DSR anda.

Cipta komitmen yang bawah RM 150 sebulan, jika dapat amaun

yang lagi minima lagi bagus kerana ianya bakal mengurangkan nilai

DSR anda. Sekurang-kurangnya anda mempunyai rekod di dalam

CCRIS.

Page 79: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

79 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Ciptalah satu komitmen yang kecil

seperti kad kredit atau membuat

pembiayaan ASB yang minima

amaunnya supaya ada rekod

dalam CCRIS

Page 80: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

80 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Untuk bab ini, saya akan terangkan benar atau tidak ASB loan

akan mengganggu DSR anda jika ingin memohon pembiayaan

perumahan.

Rata-rata kes yang saya uruskan, mereka yang memohon

pembiayaan mempunyai komitmen ASB loan yang tinggi. Ada yang

mempunyai nilai paling maksimum iaitu RM 200K dengan bayaran

bulanan sebanyak RM 1200 dan pembiayaan RM 100K dengan

bayaran bulanan sebanyak RM 600.

Page 81: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

81 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Jadi anda bayangkan jika seseorang itu bergaji bersih sebanyak

RM 2200 ditambah pula dengan komitmen kereta sebanyak RM 600

dan komitmen ASB loan sebanyak RM 1200 setiap bulan.

Setelah dihitung kira hanya tinggal sebanyak RM 400 sahaja

baki dari gaji bersih tadi. Anda rasa bagaimana dengan DSR nya ?

Sudah tentu melebihi 60%.

Ada dividen ? Ok, sesetengah institusi kewangan akan ambil

kira ASB loan sebagai KOMITMEN dan sesetengah lagi diambil

sebagai PENDAPATAN. Seeloknya semasa memohon pembiayaan

tanyakan pada pihak institusi berikut mengenai ASB loan anda lebih

selamat.

Jadi bila waktu yang sesuai memohon ASB loan ini ?

Pada pendapat saya, pohonlah ASB loan sementara anda belum

lagi nak beli rumah. ASB loan sangat sesuai digunakan untuk

mengumpul modal/deposit untuk membeli rumah. Katakan anda

pinjam selama 3 tahun dan selepas itu batalkan urusan pembiayaan

ASB tersebut dan kira berapa pulangan dividen yang anda akan

dapat.

Kemudian gunakan dividen tersebut sebagai modal untuk

membeli rumah idaman anda. Selepas berjaya dalam permohonan

pembiayaan rumah, pohonlah semula ASB loan semula.

Page 82: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

82 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

ASB loan sangat sesuai digunakan

untuk mengumpul modal / deposit

untuk membeli rumah. Jika ada

dividen ia juga akan dikira sebagai

pendapatan

Page 83: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

83 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Bab yang paling disukai ramai iaitu tips bagaimana hendak

mudah lulus pembiayaan perumahan anda.

Kebanyakkannya mereka di luar sana walaupun tahu

bagaimana hendak memohon pembiayaan perumahan tetapi mereka

kurang teknik dan ilmu bagaimana nak menjadikan permohonan

pembiayaan perumahan mereka mudah untuk lulus.

Page 84: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

84 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

1. Simpanan

Institusi kewangan sangat memandang berat jika pemohon ada

simpanan yang cukup.Bagaimana simpanan diistiharkan cukup ?

Simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan ansuran bulanan

pembiayaan perumahan.Jika nilai simpanan melebihi setahun

ansuran bulanan itu lebih bagus dan tinggi harapan untuk lulus

permohonan.

2. Baki Amaun Dalam Akaun Gaji

Tugas anda untuk pastikan ada sufficient balance pada setiap

hujung bulan sementara hendak menunggu gaji bulan hadapan.

Sekurang-kurangnya tinggalkanlah amaun yang munasabah pada

setiap hujung bulan seperti 40% dari gaji anda perolehi.

3. Penggunaan Kad Kredit

Elakkan menggunakan credit card sehingga 70% daripada credit

limit anda. Elakkan membayar amaun yang minimum sahaja 5%, jika

boleh bayar lah lebih sedikit. Kalau dapat langsaikan semua juga

bagus untuk credit scoring.

Page 85: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

85 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

4. CCRIS

Cuba kekalkan rekod CCRIS dengan nombor “ 0 ” sahaja. Jika

ada rekod hutang kereta atau apa sahaja komitment dengan institusi

kewangan, sila bayar ansuran bulanan awal sebelum due date. Ia

boleh dijadikan rekod baik untuk pihak institusi melihat keupayaan

anda membayar ansuran bulanan.

5. Dokumen Lengkap

Pastikan dokumen asas untuk memohon pembiayaan lenagkap.

Jika ada dokumen lain yang diistiharkan sebagai pendapatan ( rumah

sewa, pendapatan online, dll ) juga sila kepilkan bersama untuk

mengukuhkan permohonan anda.

6. Semak Kelayakan

Sebelum memohon pembiayaan perumahan pastikan anda

menyemak kelayakkan anda setakat mana anda boleh atau layak

memohon pembiayaan. Kira DSR anda sendiri dan dapatkan nasihat

dari ejen hartanah atau banker dalam pengiraan semakan kelayakan

memohon pembiayaan.

Page 86: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

86 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Page 87: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

87 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Berapakah harga rumah yang saya mampu?

Ini bergantung kepada pendapatan dan jumlah komitmen

kewangan lain anda. Mengikut amalan biasa, kebanyakan pembeli

rumah membeli rumah berharga di antara 1.5 dan 2.5 kali

pendapatan tahunan mereka. Sebagai contoh, jika seorang pembeli

memperolehi pendapatan RM40,000 setahun, dia mungkin akan

membeli rumah berharga RM60,000 hingga RM100,000. Di samping

itu, bayaran ansuran bulanan tidak seharusnya melebihi 1/3 daripada

pendapatan kasar bulanan anda.

Berapa banyakkah saya boleh pinjam ?

Ini bergantung kepada nilai rumah anda, pendapatan anda dan

keupayaan anda untuk membayar balik. Margin pembiayaan boleh

menjangkau sehingga 95% (termasuk MRTA). Semakin tinggi margin

pembiayaan, semakin tinggilah ansuran yang perlu anda bayar. Di

samping itu, pada kadar faedah yang tertentu, tempoh pembiayaan

yang lebih pendek memerlukan anda membayar ansuran yang tinggi.

Page 88: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

88 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Berapa lamakah pembiayaan diproses ?

Biasanya masa yang diambil ialah di antara satu hingga 3

minggu untuk pembiayaan anda diluluskan bermula dari masa

dokumen lengkap dikemukakan. Tetapi ada juga yang menambah

masa dari 3 minggu ke 4 minggu supaya ada masa yang lebih untuk

permohonan pembiayaan perumahan.

Apakah perbezaan di antara pembiayaan konvensional dan

pembiayaan secara Islam?

Dalam pembiayaan konvensional, pembiayaan belum jelas

anda terdiri daripada jumlah pembiayaan pokok dan faedah yang

dikenakan.

Kadar faedah ini adalah sebenarnya kos yang ditanggung oleh

institusi kewangan untuk mendapatkan dana.

Pembiayaan secara Islam mengamalkan konsep menjual dan

membeli di mana institusi kewangan membeli rumah tersebut dan

kemudiannya menjual semula kepada anda pada harga yang

melebihi harga belian.

Page 89: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

89 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Kenapakah penilaian ke atas rumah diperlukan?

Penilaian diperlukan jika anda membeli rumah yang telah siap.

Institusi kewangan menghendaki penilaian dibuat untuk menentukan

sama ada harta berkenaan menyediakan nilai cagaran yang

mencukupi untuk pembiayaan yang diberi. Ia juga menyediakan

anggaran sama ada harta yang anda beli adalah berpatutan dengan

apa yang anda bayar.

Perlukah saya melantik seorang peguam ?

Bolehkah saya memilih peguam saya sendiri ?

Ya. Anda perlu melantik seorang peguam untuk menyiapkan

dokumentasi pembiayaan anda. Biasanya, institusi kewangan akan

mengajukan senarai panel peguam yang sudah biasa dengan segala

keperluan dokumentasi mereka untuk anda membuat pilihan. Jika

anda ingin memilih peguam anda sendiri, anda perlu berbincang

dengan institusi kewangan berkenaan.

Page 90: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

90 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Siapakah yang membayar yuran guaman?

Sekiranya ini berlaku, anda perlu menghubungi institusi

kewangan anda untuk berbincang dan merumuskan skim

pembayaran balik yang sesuai, termasuk langkah memanjangkan

tempoh pembiayaan anda.

Bolehkah saya membayar balik keseluruhan pembiayaan lebih

awal dari tempoh yang telah dipersetujui?

Biasanya, institusi kewangan akan mengenakan penalti bagi

penyelesaian awal. Penalti yang dikenakan adalah di antara 2% - 5%

daripada jumlah baki pembiayaan belum jelas, bergantung kepada

institusi kewangan. Ini juga bergantung kepada jenis produk yang

anda pilih dan bila anda mengambil keputusan untuk menebus

pembiayaan anda. Sila ambil maklum bahawa terdapat keperluan

tempoh minimum yang perlu anda patuhi sebelum penyelesaian

penuh boleh dibuat.

Bolehkah pengecualian penalti diberi untuk pembayaran

terdahulu?

Sebarang pengecualian adalah berdasarkan budi bicara pihak

institusi kewangan semata-mata.

Page 91: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

91 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Mengapakah baki pembiayaan saya masih tinggi di peringkat awal

tempoh pembiayaan walaupun pembayaran ansuran telah dibuat ?

Pada tahun-tahun awal pembiayaan, sebahagian besar ansuran

disalurkan untuk pembayaran faedah pembiayaan. Jadi, jika anda

membayar sebahagian daripada pembiayaan lebih awal dari

jadualnya untuk mengurangkan jumlah pembiayaan pokok, beban

faedah dapat dikurangkan dengan banyaknya dan ini memendekkan

tempoh pembiayaan anda.

Bolehkah saya membayar ansuran melebihi jumlah ansuran

bulanan?

Ini bergantung kepada terma dan syarat-syarat seperti yang

dinyatakan dalam perjanjian pembiayaan anda. Dengan membayar

lebih setiap bulan, anda boleh mempercepatkan proses membayar

balik pembiayaan. Bila anda membuat bayaran lebih, pastikan

bayaran itu digunakan untuk mengurangkan pembiayaan pokok.

Walau bagaimanapun, jika anda membayar balik pembiayaan

sepenuhnya dengan sekali gus atau membayar balik sebahagian

sahaja daripada pembiayaan, anda dikehendaki memberi notis

kepada institusi kewangan anda. Tempoh notis biasanya adalah di

antara 1 hingga 3 bulan.

Page 92: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

92 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Adakah saya memerlukan penjamin ?

Ini bergantung kepada budi bicara institusi kewangan dan

status kredit peminjam.

Adakah institusi kewangan berhak untuk mengenakan caj pelbagai

ke atas akaun pembiayaan saya seperti caj bayaran lewat, kos

guaman, insurans dan sebagainya?

Hak institusi kewangan untuk mengenakan caj tersebut adalah

seperti yang dinyatakan di dalam terma dan syarat-syarat

pembiayaan.

Berapa lamakah tempoh tangguh (grace period) untuk membayar

ansuran/faedah?

Pada amnya, institusi kewangan membenarkan tempoh

tangguh di antara 7-14 hari untuk anda membayar ansuran. Ada juga

kes dimana terlewat 2-3 hari daripada tarikh akhir pembyaran akan

dikenakan denda lewat.

Page 93: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

93 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Bilakah institusi kewangan melepaskan pembiayaan kepada

pemaju?

Untuk rumah yang dalam pembinaan, institusi kewangan akan

membuat bayaran progresif apabila siap setiap peringkat pembinaan

seperti yang diakui oleh Sijil Perakuan Arkitek. Untuk rumah yang

telah siap, pembiayaan anda akan dilepaskan apabila lengkap proses

dokumentasi atau kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan

diperolehi, seperti kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

Bolehkah saya membeli rumah secara bersama tetapi pembiayaan

perumahan dipohon atas satu nama sahaja?

Institusi kewangan akan mempertimbangkan permohonan anda

berdasarkan merit setiap permohonan, dalam keadaan berikut:

Pemilik bersama adalah pasangan suami isteri, dan salah

seorang daripada mereka tidak bekerja dan yang seorang lagi

bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembiayaan

Pemilik bersama mempunyai hubungan kekeluargaan seperti

antara anak dengan ayah/ibu, dan kedua ibu bapa tidak bekerja

dan si anak yang bertanggungjawab ke atas pembiayaan

Walau bagaimanapun, peraturan di atas adalah terpulang kepada

budi bicara institusi kewangan dan mereka boleh juga

mempertimbangkan keadaan lain yang tidak disebutkan di atas.

Page 94: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

94 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Jika pemaju menjadikan projeknya terbengkalai, adakah saya masih

perlu membayar faedah dan bayaran ansuran ?

Ya. Anda masih bertanggungjawab membayar balik

pembiayaan berdasarkan kepada perjanjian pembiayaan yang

ditandatangani antara anda dan institusi kewangan. Walau

bagaimanapun, memandangkan institusi kewangan mempunyai hak

ke atas harta tersebut, anda perlu membincangkan cadangan

pembayaran balik dengan institusi kewangan. Anda juga patut

melaporkan hal ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan.

Apakah akan berlaku bila pembiayaan dijelaskan sepenuhnya ?

Bila pembiayaan telah dijelaskan sepenuhnya, institusi

kewangan, melalui peguamcaranya, akan melepaskan cagaran ke

atas harta tersebut. Institusi kewangan juga akan menarik balik

sebarang tuntutan ke atas harta berkenaan. Dengan ini, hakmilik

akan dipindahkan kepada anda.

Page 95: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

95 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Apakah akan berlaku sekiranya peminjam yang tidak membeli

insurans meninggal dunia ?

Ahli keluarga terdekat si mati boleh membuat tuntutan melalui

mahkamah ke atas harta si mati. Beliau boleh membuat pilihan sama

ada meneruskan pembayaran balik pembiayaan atau menebusnya

kembali. Walau bagaimanapun, kebanyakan institusi kewangan

mewajibkan peminjam membeli perlindungan Insurans Nyawa Gadai

Janji (MRTA) untuk memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh institusi kewangan jika

saya gagal membuat pembayaran balik ?

Kalau anda gagal membuat pembayaran balik sebanyak 3 kali

berturut-turut, institusi kewangan akan mengambil langkah

sewajarnya untuk membatalkan pembiayaan tersebut. Berdasarkan

keadaan paling buruk, institusi kewangan akan merampas harta

berkenaan untuk dilelong bagi membayar balik pembiayaan.

Sekiranya masih tidak mencukupi, peminjam masih perlu membayar

perbezaan di antara harga lelong dan baki pembiayaan tersebut.

Page 96: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

96 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Apakah cara paling mudah untuk membuat pembayaran ke atas

pembiayaan saya ?

Institusi kewangan menawarkan rangkaian perkhidmatan yang

pelbagai untuk menjadikan urusan anda lebih mudah. Di antara

kaedah alternatif untuk membuat pembayaran balik pembiayaan

ialah:

Membuka akaun tabungan/semasa dan mengeluarkan arahan

pindahan tetap pada kadar fi yang minimum (dikecualikan jika

anda menyimpan deposit dan membuat pembiayaan juga di

institusi yang sama)

Melalui pemindahan ATM

Perbankan Internet

Khidmat Perbankan Telefon

Mendeposit cek di mesin automatik atau menghantar cek anda

terus kepada institusi kewangan

Page 97: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

97 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Adakah wajar saya mempertimbangkan untuk membiayai semula

pembiayaan jika saya ditawarkan kadar faedah yang lebih rendah ?

Pertimbangan utama yang diberikan dalam pembiayaan semula

ialah apakah kos yang terlibat. Seperti yang anda sedia maklum,

anda telah membelanjakan jumlah yang besar untuk pembiayaan

pertama anda. Sebagai contoh, anda perlu membayar yuran

pemprosesan, yuran guaman, fi setem dan yuran pemindahan

hakmilik. Pembiayaan semula bermakna anda perlu mengulangi

pembayaran caj-caj yang sama sekali lagi.

Sebelum anda bercadang untuk membiayai semula, anda perlu

memastikan bahawa penjimatan kadar faedah rendah adalah

mencukupi untuk mengatasi keseluruhan kos yang berkaitan dengan

pembiayaan semula, termasuk caj penalti, jika ada.

Page 98: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

98 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Page 99: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

99 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Amaun Pokok

Jumlah yang dipinjam daripada institusi kewangan tetapi tidak

termasuk faedah dan caj-caj yang lain.

Bayaran Muka

Jumlah permulaan yang perlu dibayar kepada penjual oleh pembeli.

Borang Permohonan

Borang yang digunakan untuk memohon pembiayaan.

Cagaran

Harta persendirian yang digunakan untuk menjamin pembayaran

bagi sesuatu pembiayaan.

Peminjam menghadapi risiko kehilangan harta tersebut sekiranya

pembiayaan tidak dibayar.

Caj Lewat

Penalti yang dikenakan oleh institusi kewangan kerana gagal

membuat bayaran ansuran mengikut jadual.

Page 100: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

100 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Dokumentasi

Satu set dokumen yang perlu ditandatangani berhubung dengan

sesuatu pembiayaan seperti perjanjian pembiayaan, borang dan

dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Keseluruhan dokumen ini

akan membentuk satu set rekod yang lengkap bagi sesebuah

pembiayaan.

Fi Iltizam

Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan kerana mengetepikan

sejumlah tertentu dana yang tidak digunakan oleh peminjam.

Biasanya dikenakan ke atas kemudahan overdraf.

Fi Pengeluaran Pembiayaan

Pelbagai jenis fi yang berkaitan dengan pengeluaran pembiayaan

seperti fi pendaftaran cagaran, fi carian tanah dan fi carian

kebankrapan yang dilakukan oleh pihak institusi kewangan dan

peguam yang mengendalikan proses dokumentasi berhubung

pembiayaan tersebut. Fi tersebut dibayar dahulu oleh pihak institusi

kewangan atau peguam dan kemudiannya dikenakan ke atas

peminjam.

Page 101: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

101 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Hartanah

Merujuk kepada harta di atas tanah (seperti rumah, pangsapuri,

kondominium dan tanah lapang (seperti lot banglo).

Ingkar

Kegagalan untuk membayar balik ansuran/faedah bulanan kepada

institusi kewangan apabila tiba tempoh matang.

Institusi Kewangan

Kesemua bank perdagangan dan syarikat kewangan yang berlesen di

bawah ABIK 1989 dan juga bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta

Perbankan Islam 1983.

Insurans Nyawa Gadai Janji (MRTA)

Insurans Nyawa Gadai Janji adalah sejenis insurans berjangka yang

nilainya berkurang mengikut tempoh pembiayaan. Insurans jenis ini

memberi perlindungan gantirugi ke atas baki terhutang pembiayaan

sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal kepada

peminjam. Insurans ini biasanya dikira bagi memenuhi keseluruhan

jumlah terhutang sesuatu pembiayaan.

Page 102: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

102 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Kadar Faedah ( Interest Rate )

Amaun yang dikenakan ke atas peminjam oleh pemberi pembiayaan

dalam bentuk peratusan daripada jumlah pembiayaan.

Kadar Faedah Terapung ( Flactuated Rate )

Istilah yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu

pembiayaan di mana faedah yang dikenakan boleh berubah akibat

kenaikan atau kejatuhan sesuatu penunjuk seperti Kadar

Pembiayaan Asas.

Kadar Pembiayaan Asas ( BLR )

Kadar faedah minimum yang dikira oleh sesebuah institusi kewangan

berdasarkan satu formula yang mengambil kira kos dana dan lain-lain

kos pentadbiran.

Page 103: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

103 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Kadar Sama Rata

Istilah yang digunakan untuk menerangkan sifat kadar faedah yang

dikenakan sebagai peratusan tetap ke atas sesuatu pembiayaan di

sepanjang tempoh pembiayaan. Pembayaran balik bagi jumlah yang

tetap ke atas pembiayaan jenis ini biasanya ditentukan sebelum

jadual pembayaran balik berkuat kuasa. Misalnya, jumlah faedah

bagi pembiayaan sebanyak RM10,000 pada kadar sama rata 10%

ialah RM1,000 setahun, yang dikenakan sehingga pembiayaan ini

selesai dijelaskan.

Laporan Penilaian

Sebuah laporan analisa bertulis yang disediakan oleh jurunilai

bertauliah yang menyatakan maklumat berhubung dengan nilai

sesuatu hartanah.

Margin Pembiayaan

Amaun pembiayaan yang diberi oleh institusi kewangan yang

dinyatakan secara peratusan ke atas nilai harta benda yang

dicagarkan untuk pembiayaan tersebut.

Page 104: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

104 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Overdraf

Sejenis kemudahan kredit yang diberikan kepada pemegang akaun

semasa yang layak. Peminjam dibenarkan untuk mengeluarkan cek

dengan jumlah yang melebihi baki kredit yang terdapat dalam akaun,

tetapi terhad kepada jumlah maksimum yang telah diluluskan dahulu

oleh institusi kewangan.

Pembayaran Berperingkat

Suatu skim pembayaran pembiayaan yang memberi fleksibiliti

pembayaran ansuran rendah pada tahun-tahun awal pembiayaan

tetapi beransur-ansur meningkat pada tahun-tahun berikutnya

selaras dengan peningkatan kuasa membeli peminjam.

Pembayaran Terdahulu

Pembayaran sebahagian atau keseluruhan daripada pembiayaan

sebelum tempoh matang.

Page 105: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

105 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Pembiayaan Semula ( Refinancing )

Proses pembayaran balik sebahagian atau keseluruhan pembiayaan

yang sedia ada dengan tujuan untuk mendapatkan pembiayaan baru

sama ada daripada institusi kewangan yang sama atau institusi

kewangan yang lain.

Perampasan

Tindakan perundangan yang boleh diambil oleh pihak institusi

kewangan untuk mendapatkan semula jumlah yang terhutang

daripada seorang peminjam yang telah ingkar membayar balik

pembiayaannya. Harta benda yang dicagarkan oleh peminjam bagi

pembiayaan berkenaan akan dijual untuk menjelaskan jumlah yang

terhutang tersebut.

Penalti Pembayaran Terdahulu

Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan ke atas pembayaran

terdahulu keseluruhan pembiayaan. Fi yang dikenakan biasanya

dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada jumlah pembiayaan

atau bersamaan dengan jumlah faedah untuk tempoh ‘x’ bulan.

Page 106: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

106 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah

Hasil campuran pendapatan kasar bulanan kesemua ahli keluarga

yang bekerja sebelum ditolak cukai pendapatan, Socso, KWSP,

ansuran pembiayaan atau potongan-potongan lain, dicampur pula

dengan pendapatan tambahan seperti gaji kerja lebih masa, komisen

dan lain-lain.

Penjamin

Orang perseorangan atau entiti yang terikat oleh undang-undang

untuk menjelaskan pembiayaan yang diambil oleh seseorang

peminjam, jika peminjam tersebut gagal menjelaskan

pembiayaannya.

Perjanjian Jual Beli

Kontrak bertulis yang ditandatangani oleh pembeli dan penjual, di

antaranya menyatakan terma dan syarat-syarat bagi penjualan

hartanah.

Pembiayaan Belum Jelas

Baki hutang, termasuk faedah dan lain-lain yang belum dijelaskan.

Page 107: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

107 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Pembiayaan Berjangka

Sejenis pembiayaan yang mana pembayaran semula telah ditentukan

untuk satu tempoh masa yang tetap, misalnya selama 10 tahun.

Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran

Sejenis insurans polisi yang menggabungkan tanggungan dan

perlindungan kepada pemilik rumah terhadap kerugian yang

disebabkan oleh ribut taufan, kebakaran, perbuatan khianat dan

risiko-risiko lain.

Surat Hakmilik

Satu surat perundangan yang mengesahkan hakmilik ke atas

sesebuah harta.

Surat Kuasa Wakil

Dokumen perundangan formal yang memberi kuasa kepada

seseorang untuk bertindak bagi pihak seseorang yang lain.

Page 108: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

108 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

Surat Pentadbiran

Geran representasi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada

seseorang yang membolehkan beliau menguruskan harta seseorang

yang meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat.

Surat Penerimaan Tawaran

Surat yang menyatakan kesediaan pemohon untuk menerima

tawaran pembiayaan yang telah diluluskan oleh pihak institusi

kewangan.

Tempoh Pembiayaan

Jumlah tahun yang diambil untuk membayar balik keseluruhan

jumlah pembiayaan dan faedah mengikut jadual pembayaran balik

yang telah dipersetujui.

Page 109: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

109 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

SENARAI NAMA INSTITUSI KEWANGAN YANG BENARKAN

PINJAMAN PERUMAHAN RUMAH MASTER TITLE LEBIH 10 TAHUN

Saya banyak menerima soalan dari rakan rakan bahawa mereka

mempunyai masalah dalam memohon pembiayaan rumah untuk

rumah yang mereka beli dalam status Master Title sudah melebihi 10

tahun.

Betul, rata-rata institusi kewangan sekarang sudah agak ketat

dalam memproses permohonan pembiayaan rumah yang masih

berstatus Master Title lebih 10 tahun kerana bagi mereka tiada

jaminan untuk rumah ini.

Tetapi jangan khuatir kerana ada beberapa institusi kewangan

yang masih membenarkan pembiayaan perumahan untuk rumah ini.

Antaranya ialah :

1. Bank Simpanan Nasional

2. Affin Bank

3. Bank Rakyat

4. Public Bank

5. Bank Muamalat

Ini 5 institusi yang masih membenarkan lagi pembiayaan kepada

hartanah yang masih Master Title lebih 10 tahun. Insyaa allah

mereka dapat membantu anda.

Page 110: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

110 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

KADAR FAEDAH BAGI 2 INSTITUSI KEWANGAN

1. INTEREST RATE HOUSING LOAN PUBLIC BANK

Harga Rumah : 50K - 99K 5.25%

Harga Rumah : 100K - 199K 4.65% - 4.75%

Harga Rumah : 200K - 250K 4.55% - 4.65%

Harga Rumah : >250K 4.45% -4.55%

Harga Rumah : >400K 4.4% - 4.45%

1. Kos Sara hidup sebanyak RM1000 akan ditolak dari gaji bersih.

2. Islamic Financing tiada Lock In Period

3. Conventional Financing 3 tahun Lock In Period

4. Joint Name atau Guarantor boleh kawan atau saudara mara

5. Mesti ada 20% saving dari Loan Amount jika scoring tidak cantik

atau ada masalah lain untuk lepas kelayakan pembiayaan. (

supporting document )

Page 111: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

111 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

2. INTEREST RATE HOUSING LOAN BSN

Zero Moving Cost

1. <100 : 6.95%

2. 100K-300K: 5.05%

3. 300K Keatas : 4.95%

Non Zero Moving Cost

1. <100 : 6.95%

2. 100K - 300K : 4.65%

3. 300K Keatas : 4.55%

Masih lagi terdapat Skim Belia 100% untuk yang dah berkahwin dan

rumah pertama.

Page 112: BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANGjomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu_preordercombo...Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya ... media sosial

112 BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG

PENUTUP

Diharapkan segala penerangan di dalam e book Bank ! Tolong Aku ini

dapat memberikan panduan kepada anda di luar sana yang masih

lagi samar-samar tentang urusan pembiayaan perumahan.

Semoga segala perkongsian tips, info dan prosedur yang saya tulis ini

bermanfaat untuk anda gunakan sebaik mungkin semasa membeli

hartanah.

Sesungguhnya ‘ Yang Baik Datangnya Dari Allah SWT Dan Yang

Buruk Itu Datangnya Dari Saya Sendir i ’ . Harap dimaafkan jika

ada kekurangan di dalam perkongsian saya ini.