bangkel

14
TUJUAN/OBJEKTIF AMALI Cara-cara untuk mengendali mesin kisar dan tujuan mesin kisar. Mempelajari bagaimana cara untuk membuat benang dalam dan benang luar. Mengetahui operasi untuk membuat corak atau bunga pada komponen. Mengetahui kaedah bagaimana benda kerja dipegang pada mesin larik. Memahami fungsi dan jenis-jenis mata alat. Mengetahui sudut-sudut yang ada pada mata alat. Mengetahui jenis bahan dan kegunaan mata alat. Mengetahui langkah pengendalian kerja-kerja menggerek, menggerudi, melorek, melarik tirus, memotong ulir skru dan melarik tak sepusat. LANGKAH_LANGKAH KESELAMATAN LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di dalam bengkel berlaku: i. Tabiat bekerja ii. Keselamatan diri sendiri

Upload: iz-eezrya

Post on 24-Jun-2015

734 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bangkel

TUJUAN/OBJEKTIF AMALI

Cara-cara untuk mengendali mesin kisar dan tujuan mesin kisar.

Mempelajari bagaimana cara untuk membuat benang dalam dan benang luar.

Mengetahui operasi untuk membuat corak atau bunga pada komponen.

Mengetahui kaedah bagaimana benda kerja dipegang pada mesin larik.

Memahami fungsi dan jenis-jenis mata alat.

Mengetahui sudut-sudut yang ada pada mata alat.

Mengetahui jenis bahan dan kegunaan mata alat.

Mengetahui langkah pengendalian kerja-kerja menggerek, menggerudi, melorek,

melarik tirus, memotong ulir skru dan melarik tak sepusat.

LANGKAH_LANGKAH KESELAMATAN

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM

Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di

dalam bengkel berlaku:

i. Tabiat bekerja

ii. Keselamatan diri sendiri

iii. Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin

iv. Kekemasan tempat bekerja atau bengkel

Tabiat Berkerja

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di

dalam bengkel bagi mencegah kemalangan diantaranya:

i. Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian

ii. Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri

iii. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas

iv. Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja

Page 2: bangkel

v. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek

keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

i. Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan

aktiviti amali yang dilakukan. Pakaian keselamatan didalam bengkel

kimpalan arka tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel

mesin larik.

ii. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang

panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.

iii. Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan

bengkel ataupun tidak.

Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam

tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut

pada mesin dan alat-alat lain.

Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin

Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin ialah:

i) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak

bahaya elektrik.

ii) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata

pengisar, hujung mata penggarit.

Kekemasan bengkel

kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat mencegah daripada

kemalangan tetapi juga meningkatkan kecekapan bekerja.

Page 3: bangkel

i) Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.

ii) Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai. Lap sehingga tiada

kesan licin diatas lantai jika terdapat minyak atau gris diatas lantai woksyop.

iii) Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling

mesin.

iv) Ruang bengkel hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik. Mempunyai

tanda garis keselamatan kawasan bekerja dan laluan berjalan.

v) Bengkel hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.

vi) Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan ditempatkan yang

sesuai, mudah dilihat dan dicapai jika berlaku kebakaran

PERALATAN

Mesin Larik

Page 4: bangkel

Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin

adalah 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja-

kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi latihan kemahiran.

Alatan Belakang

Bahagian ini terletak disebelah kanan landasan. Ia boleh digerakan disepanjang

landasan dan juga boleh dikunci pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki.

Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama, badan dan tapak.

Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse.

Alat pemotong bertangkai tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh dipasang

pada spindal tersebut.

Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas

landasan dengan tepat. Pada tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna

untuk menjajarkan keselarian diantara tetengah mati dan tetengah hidup atau

mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tuirus dengan kaedah ini.

Page 5: bangkel

Kotak gear cepat tukar

Kotak gear terletak disebelah kiri landasan dan dibawah alatan hadapan. Kotak

ini mempunyai beberapa gear berbilang saiz untuk memutarkan skru pemandu

atau aci penghantar.

Skru pemandu digunakan untuk memajukan kereta semasa memotong ulir. Aci

penghantar pula digunakan semasa membuat kadar penghantaran yang tertentu

secara automatik.

Apron

Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai

beberapa gear dan peralatan yang digunakan untuk mengawal pergerakan sela

dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang dipasang dengan pinan jejaring

dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas tangan ini diputarkan apabila

hendak menggerakkan kereta secara manual. Keseluruhan bahagian kereta dan

kekesott lintang boleh digerakkan secara automatik

Kekesot Lintang

Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung pula

dipasang diatas kekesot lintang dengan dua bolt. Apabila kedua-dua bolt ini

dilonggarkan kekesot bergbung boleh dikilaskan pada sudut yang dikehendaki.

Dengan cara ini penirusan tajam tetapi pendek boleh dilarik. Pada hujung

Page 6: bangkel

kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapi dengan relang yang ditanda

jitu supaya kedalaman pemotongan dapat dilaraskan dengan tepat.

Spanar Bersaiz 26

Untuk mengetat atau melonggarkan nat pada kekesot bersambung pada mesin

larik semasa membuat proses penirusan dan membuat benang luar dan benang

skru.

Spanar Bersaiz 24

Page 7: bangkel

Spanar terbuka ini digunakan untuk mengetat dan melonggarkan nat pada

kekesot yang bersambung pada mesin larik semasa membuat proses penirusan

dan membuat benang luar dan benang skru.

Mata Alat

Digunakan sebagai mata pemotongan projek dan melarik bahan.

Page 8: bangkel

Mata Alat Membunga

Digunakan untuk melakukan proses membunga pada kawasa yang ditetapkan

pada benda kerja.

Pemegang Mata Alat

Digunakan untuk memegang mata alat.

Angkup Vernier

Page 9: bangkel

Digunakan untuk mengukur pengukuran yang tepat sehingga 0.01mm

Pembuka Bindu

Digunakan untuk membuka dan mengetatkan bindu.

Allen Key

Digunakan untuk mengetatkan dan melonggrakan nat yang berbentuk kepala

Allen.

PROSEDUR KERJA

1. Bahan kerja diletak pada bindu dan diketatkan bahan kerja dengan pengetat

bindu.

2. Pasangkan mata alat pada pemegang mata alat dan teruskan dengan

pemotongan penampang dan sama pada pusat depan dan belakang untuk

mendapatkan ukuran yang ditetapkan.

3. Kedudukan mata alat berada pada kedudukan yang sama untuk melakukan kerja

melarik selari. Kerja melarik selari dilakukan sehingga panjang benda kerja

berukuran 100mm.

Page 10: bangkel

4. Kerja melarik penampang dan selari dilakukan untuk mendapatkan diameter

25mm serta panjang kawasan benda kerja berukuran 30mm.

5. Seterusnya, kerja melarik dilakukan sehingga diameter benda kerja berukuran

30mm dan panjang kawasan benda kerja berukuran 15mm.

6. Untuk membuat sudut berukuran 5’,benda kerja dilarik sehingga diameter

menjadi 20mm dan panjang kawasan benda kerja berukuran 25mm. Sudut 5’

dilakukan akhir sekali setelah bunga dilakukan pada diameter berukuran 30mm.

7. Mata alat ditukar supaya kerja melarik lurah dilakukan. Mata alat lurah dicanai

supaya lebih tajam sebelum kerja melarik lurah dilakukan.

8. Mata alat lurah diapasangkan dan kerja melurah dilakukan sehingga ukuran

mencapai diameter 15mm dan panjang berukuran 5mm.

9. Setelah kerja melurah diselesaikan,kerja melarik penampang dan selari

diteruskan untuk mendapatkan diameter selebihnya berukuran 20mm

10. Pada kawasan yang berdiameter 30mm,mata alat ditukar dengan menggunakan

mata alat membunga untuk melakukan bunga. Mata alat dilaraskan sehingga

mencapai kedudukan yang sama dengan benda kerja. Kerja membunga

dilakukan berulang kali untuk mendapatkan kekemasan pada kawasan

membunga.

11.Akhir sekali, sudut 5’ dilakukan pada kawasan yang berdiameter 20mm dan

panjang berukuran 25mm.

12.Setelah kerja diselesaikan,kekemasan akhir dilakukan pada benda kerja supaya

benda kerja menjadi lebih kemas dan teratur sebelum dihantar.

GAMBARAJAH

Page 11: bangkel

KESIMPULAN

1. Setiap langkah kerja mempunyai had kelajuan mesin yang berbeza mengikut

kebolehan pelajar mengendalikan mesin.

Page 12: bangkel

2. Pastikan setiap mesin larik mempunyai brek sebelum melakukan kerja melarik

supaya kemalangan dapat dielakkan.

3. Setiap pelajar harus mengetahui fungsi dan kegunaan setiap alatan dan keliling

mesin supaya mudah dan dapat mengendalikan mesin dengan senang.

4. Kerja melurah dilakukan sebelum melakukan kerja membunga supaya kawasan

membunga tidak terkepit dengan kuat pada rahang bindu.

5. Kedudukan mata alat hendaklah disetkan mengikut ukuran sudut yang

ditetapkan supaya sudut pada benda benda kerja yang hendak dilakukan

mengikut ukuran yang ditetapkan.

6. Pastikan mata alat lurah tajam ketika proses melurah dilakukan. Jika mata alat

lurah tumpul, pelajar harus mencanai mata alat terlebih dahulu.

7. Ketika melakukan proses membunga, kedudukan mata alat diukur dengan tepat

kepada kedudukan benda kerja kerana mata alat membunga bersaiz kecil

berbanding mata alat yang lain.