bahasa melayu (sms)

Upload: saleha-sal

Post on 07-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    1/10

    FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BAHASA SMS SEBAGAI

    PENCEMARAN BAHASA

    Sistem pesanan ringkas (SMS) merupakan alat penghubung yang menggunakansimbol, kod dan perkataan singkatan yang dikatakan telah merosakkan penguasaan

    bahasa dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana bahasa SMS bukan sahajamenggunakan perkataan singkatan tetapi ia juga mempunyai unsur-unsur campuran

    antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa daerah atau dialek. Hal ini akan

    mengelirukan penerima mesej kerana sukar membezakan ragam bahasa rasmi denganragam bahasa basahan.

    Di samping itu, faktor-faktor lain yang menyebabkan bahasa SMS sebagaipencemaran bahasa adalah media massa yang memaparkan iklan SMS dengan

    menggunakan perkataan yang singkat, kod, simbol serta huruf dan angka juga turutdigunakan seperti U bermaksud awak, 4bermaksud untuk, I bermaksud sayadan sebagainya.

    Penggunaan bahasa SMS dikatakan pencemaran bahasa kerana kita tidak dapat

    menyampaikan maksud yang tepat dan difahami oleh semua orang dan seterusnyaakan menyebabkan penerima mesej salah faham dengan maksud yang hendak

    disampaikan. Sebagai contoh, perkataan singkatan btl boleh bermaksud betul

    ataupun batal.

    Posted by bahasa sms at 11:42 AM

    Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz0 comments:Po

    st a Comment

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    2/10

    SEBAB PENGGUNAANSMS

    Khidmat pesanan ringkas atau SMS (short messaging service) merupakan satu

    perkhidmatan yang popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara kita.

    Majoriti masyarakat beranggapan bahawa SMS merupakan cara paling mudah, selesa,cepat dan interaktif untuk berhubung dengan seseorang.

    Pengguna telefon bimbit gemar menggunakan singkatan SMS kerana singkatan SMS

    membolehkan pengirim menyampaikan maklumat kepada penerima SMS secaracepat,ringkas dan padat.

    SMS juga dapat menjimatkan kredit nilai tambah pengguna. Selain tarif yangdikenakan untuk pengiriman SMS adalah murah, penggunaan SMS juga amat mudah.

    SMS digunakan dalam pelbagai situasi supaya dapat melancarkan segala urusan

    kehidupan harian seseorang.

    Posted by bahasa sms at 11:44 AM

    Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

    0 comments:

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    3/10

    Fenomena BahasaSMS

    SMS merupakan salah satu fenomena bahasa atau trendpada masa kini yang

    berleluasa dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS adalah singkatan

    kepada Short Messaging Service atau Khidmat Pesanan Ringkas. Penggunaan sistemkomunikasi SMS yang pertama adalah pada 3 Disember 1992 oleh Neil Papworth

    seorang juruteknik dari Norway yang menghantar mesej Selamat Hari Natal kepadarakannya Richard Jarvis yang berkerja di syarikat perkhidmatan GSM Vodafone di

    Inggeris.

    Penggunaan bahasa SMS melalui komunikasi telefon bimbit pada zaman sekarang

    telah merebak kepada semua komunikasi lain seperti emel, penulisan blog dan forum

    komuniti termasuk laman sosial sepertiFacebook, MySpace dan lain-lain.

    Bahasa SMS mencemarkan bahasa Melayu kerana terdapat penggunaan bahasasingkatan, bahasa rojak, dan sebagainya yang menyebabkan hilangnya ketulenan

    bahasa tersebut. Hal ini amat menyedihkan kerana selama lebih 10 tahun kita diajar

    untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul tetapi akhirnya kita mengabaikan

    penggunaan bahasa tersebut.

    Contoh bahasa SMS:

    akum, bley x sesape plz bgtau cm ner nk siap kn keje nie..? idea plz..

    Posted by bahasa sms at 11:57 AM

    Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

    0 comments:Post a Comment

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    4/10

    Ciri-ciri Bahasa SMSMasalah bahasa ringkas dalam dunia SMS seperti 'mn ko nk pegi?' atau ayat

    sebenarnya 'ke mana kau mahu pergi?' bukanlah isu baru namun ia belum mendapat

    perhatian ramai. Secara tidak langsung kita juga menggunakan bahasa SMS ini setiaphari dengan alasan untuk menjimatkan masa, ruang dan sebagainya.

    Penyingkatan kata yang digunakan ini adalah termasuk dalam ciri-ciri bahasa SMS.

    Keterbatasan karakter yang dapat digunakan di dalam SMS menyebabkan penggunaSMS cenderung untuk melakukan penyingkatan kata.

    Namun demikian, penyingkatan kata pada SMS boleh menyebabkan kesulitan bagipenerima pesanan untuk menterjemahkan informasi. Penyingkatan yang tujuannya

    untuk menghematkan kata telah menyulitkan penerima. Ini menyebabkan penerima

    memerlukan waktu dan tenaga yang lebih besar dalam memahami isi pesanandibandingkan dengan pesanan yang tidak menggunakan singkatan.

    Posted by bahasa sms at 11:52 AM

    Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

    0 comments:

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    5/10

    Kategori-kategori Bahasa SMSBahasa SMS dapat dikategorikan kepada sepuluh jenis singkatan, iaitu:

    Singkatan yang pertama adalah singkatan lazim. Contohnya, sg.(sungai), jln(jalan)

    dan kg.(kampung).

    Singkatan yang kedua adalah singkatan pengguguran vokal dalam perkataan.Contohnya, mkn(makan), skolah(sekolah) dan bju(baju).

    Singkatan yang ketiga adalah singkatan akronim. Contohnya, MAS(Malaysia AirlineSystems) dan ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri).

    Singkatan yang keempat adalah singkatan gabungan suku kata. Contohnya,balora(balai orang ramai).

    Singkatan yang kelima adalah singkatan kata ganda. Contohnya, kdg2(kadang-kadang) dan kupu2(kupu-kupu).

    Singkatan yang keenam adalah singkatan kolokial. Contohnya, amek(ambil) dan

    camne(macam mana).

    Singkatan yang ketujuh adalah singkatan yang melampau. Contohnya, giler(gila),

    namer(nama) dan dier(dia).

    Singkatan yang kelapan adalah singkatan bahasa asing yang diMelayukan.Contohnya, lebiu(love you), opis(office) dan babai(bye-bye).

    Singkatan yang kesembilan adalah singkatan yang membawa makna baru. Lazimnya

    perkataan ini digunakan oleh para remaja dan kanak-kanak. Contohya, boring gilerdan terror giler.

    Singkatan yang terakhir sekali adalah singkatan kod. Contohnya, mencium(muahhh),berfikir(hmmm), ketawa(haha/hehe/kehkeh), gembira([:-)], sedih([:-(]) dan bibir

    terkunci([:-X]).

    Posted by bahasa sms at 11:48 AMEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

    0 comments:

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    6/10

    Golongan yang Terlibat dalam Penggunaan SMS

    REMAJASelaras dengan kemodenan teknologi kini yang mempunyai pelbagai variasi, golongan

    remaja adalah antara yang paling mudah terpengaruh. Mereka seringkalimenggunakan ayat singkatan dalam penggunaan SMS.

    PELAJAR SEKOLAHPelajar sekolah juga tidak terlepas dalam penggunaan SMS. Sebelum teknologi ini

    berkembang maju, segala urusan persekolahan amat susah untuk dilakukan bersama

    rakan-rakan. Namun kini, urusan dapat dijalankan dengan mudah. Kini penggunaanSMS dapat menjimatkan masa dan wang bagi para pelajar sekolah.

    PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI(IPT)Pelajar institut pengajian tinggi juga mengunakan sistem SMS. Segala urusan

    berkaitan dengan tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan lebih mudah. Ini

    kerana para pelajar dapat berbincang hanya melalui SMS. Seperti yang kita sedia

    maklum, pelajar institusi pengajian tinggi mempunyai banyak tugasan yang perludiselesaikan. Dengan adanya sistem ini, segala perbincangan dapat disiapkan tanpa

    perlu berkumpul bersama.

    Posted by bahasa sms at 11:41 AM

    Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

    0 comments:

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    7/10

    Pandangan Pengguna Terhadap Bahasa SMSIsu berkaitan bahasa SMS (short messaging service) menjadi topik yang hangat

    dibicarakan dalam media massa, sama ada dalam media elektronik mahupun media

    cetak. Singkatan perkataan dalam bahasa SMS ini akan mendorong kepada

    penyalahgunaan perkataan dalam penulisan esei, rencana dan sebagainya keranaperkara itu telah menjadi kebiasaan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak tanggapan

    dan reaksi terhadap bahasa SMS ini.

    Antara reaksi dan pandangan pengguna terhadap bahasa SMS ialah dapat

    menjimatkan masa mereka. Pengguna bahasa SMS menganggap faktor masamenyebabkan mereka meringkaskan perkataaan yang ada supaya proses menaip akan

    siap dengan lebih cepat.

    Selain itu, penggunaan bahasa SMS ini dapat menjimatkan ruang. Telefon bimbit

    menyediakan ruang untuk SMS hanya berkapasiti maksimum 160 patah perkataanyang dapat dikirimkan pada satu-satu masa yang menyebabkan kesulitan kepada

    pengguna yang menghantar mesej melebihi 160 patah perkataan.

    Tanggapan pengguna terhadap bahasa SMS seterusnya ialah pengguna mengandaikan

    penerima faham dengan SMS yang dihantar. Namun bagi sesetengah pihak, bahasaSMS ini terlalu sukar untuk difahami kerana menggunakan ayat yang begitu ringkas.

    Posted by bahasa sms at 11:39 AM

    Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz0 comments:

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    8/10

    Kesan Penggunaan Bahasa SMSJANGKA PENDEK

    Antara kesan jangka pendek penggunaan bahasa SMS ialah memberi kesan negatif

    terhadap penulisan akademik terutama kepada pelajar sekolah dan juga penuntut IPT.Keasyikan menggunakan bahasa SMS boleh menyebabkan mereka terbawa-bawa

    sikap tersebut ke dalam dewan peperikasaan dan ini merupakan kesalahan yang seriusdalam sistem peperiksaan.

    Selain itu, penggunaan bahasa SMS yang keterlaluan juga boleh menyebabkan pelajarmenjadi malas untuk mengarang esei yang panjang. Bagi golongan pendidik pula,

    penggunaan bahasa SMS dalam kalangan pelajar sangat menyusahkan mereka.

    Kebanyakan pelajar menggunakan bahasa SMS dalam penulisan mereka sama adadalam menulis nota mahupun dalam peperikasaan dan ini akan menyulitkan mereka

    untuk membacanya. Tambahan pula, penggunaan bahasa SMS yang terlalu ekstremboleh merosakkan kemurnian bahasa tersebut kerana ayat yang terlalu ringkas bolehdisalahtafsir maksudnya.

    JANGKA PANJANG

    Apabila penggunaan bahasa SMS secara meluas digunakan, kedudukan bahasa

    Melayu sebagai bahasa rasmi sudah pasti akan tergugat. Keindahan yang terdapat

    dalam bahasa Melayu akan terhakis kerana berlaku campur aduk istilah sehingga

    menganggu kestrukturannya.

    Selain itu juga, penggunaan bahasa SMS yang keterlaluan boleh menyebabkan

    generasi baru tidak lagi berminat untuk mempertahankan bahasa sebenar mereka. Ini

    kerana bahasa SMS lebih sebati dalam kehidupan mereka. Bahasa SMS yang

    menggunakan struktur bahasa yang buruk, ringkas dan mempunyai kesalahan ejaanboleh menyebabkan bahasa Melayu hilang kemurniannya. Sekiranya bahasa SMS

    dibiarkan secara berterusan penggunaannya, maka kualiti penulisan dan kecekapan

    mengeja pasti akan berkurangan terutamanya membabitkan pelajar sekolah rendah.

    Posted by bahasa sms at 11:36 AMEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    9/10

    Langkah-langkah untuk Mengatasi Bahasa SMS

    Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala penggunaan bahasaSMS. Pemimpin masyarakat perlu memberi contoh yang baik kepada rakyat. Mereka

    hendaklah menggunakan bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan tidak menggunakanbahasa singkatan dalam sesuatu majlis. Rakyat akan mencontohi pemimpin dan lama-

    kelamaan masyarakat akan menggunakan bahasa yang betul.

    Selain itu, untuk mengelakkan bahasa SMS terus-terusan digunakan oleh pengguna,

    sikap pengguna yang menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard perlu

    dihapuskan. Masyarakat perlulah menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitubahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa singkatan

    dalam SMS. Sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi.

    Peranan media massa juga penting untuk mengatasi bahasa SMS dan bahasa singkatan

    yang digunakan secara berleluasa. Program-program televisyen yang menggunakan

    bahasa SMS atau bahasa singkatan akan dijadikan sebagai ikutan oleh golongan

    remaja. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu mengawal penggunaanbahasa Melayu yang digunakan oleh media massa.

    Posted by bahasa sms at 11:35 AM

    Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

  • 8/6/2019 Bahasa Melayu (Sms)

    10/10