bahasa melayu sebelum dan selepas merdeka

42
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA PENGENALAN Pada tahun 1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau, “...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun- rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Rajah 3.1 : O.T.Dusseck Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu”. (The Straits Times, 1935.) Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan Bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun

Upload: cuksam27

Post on 27-Oct-2015

483 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bahasa melayu sebelum dan selepas merdeka

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPENGENALANPada tahun 1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau, “...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu.

Rajah 3.1 : O.T.Dusseck Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu”. (The Straits Times, 1935.)

Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan Bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKABahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan Bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era Bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali

Page 2: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka.

Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil

Rajah 3.2: Usman AwangSarkam, Asraf dan Hamzah. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah untuk: a. Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu;b. Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang; danc. Mengadakan pembaharuan dalam sastera.Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya, tema cerpen dan sajak ASAS 50  bersifat kritik masyarakat. Oleh itu, banyak daripada cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Asas 50  juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden, iaitu selepas Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan, 2002).

Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan Bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan Bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa

Page 3: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

politik. Bentuk bahasa ini belum dipiawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara sistematik. Malah dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu dipengaruhi oleh tatabahasa Za’ba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan Za’ba dan Ejaan Kongres (1956-1957). Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan 'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada wartawan dan berkhidmat di  Utusan Melayu, Berita Harian dan juga beberapa majalah. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera.Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan Bahasa Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS).  Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM, tujuan penubuhannya adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1269):a. Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan menghidupkan Bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup;b. Membincangkan hal-hal kesulitan Bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga; c. Menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman;d. Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan seumpamanya; dane. Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu. Berita Lembagamerupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan Bahasa Melayu, tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa Bahasa Melayu. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Antaranya ialah ”Ilmu Mengarang Melayu” dan ”Pelita Bahasa Melayu”  tulisan Za’ba.

Page 4: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Butir-butir piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260):a. Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli Bahasa Melayu;

b. Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu; dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut; dan

c. Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres; pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2  Januari 1954  di Sekolah King George, Seremban  mengusulkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak penggunaan Bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan Bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat; menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun; menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi; pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam Bahasa Melayu; dan melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem. 

Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50  mempertahankan Bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan

Page 5: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954.  

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1261). Dalam kongres ini telah diputuskan bahawa Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul Bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres tersebut juga telah membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan.Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan bahasa dan Pustaka (Rajah 3.3) telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan langkah pertama, iaitu mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka, maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap. Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut:a. Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.b. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.c. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; dand. Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Page 6: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Rajah 3.3: Dewan Bahasa dan Pustaka 

Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat Rajah 3.3). Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini.

Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819), iaitu sekolah Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Sebelum tahun 1956 kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran. Gagasan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah 3.4). Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan Bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Page 7: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Rajah 3.4: Laporan Razak 1956

Penyata Razak  (lihat Rajah 3.4) merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. 

Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:a. Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah;b. Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaanc. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan

Page 8: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Menurut Harry Judge, orang Melayu Campa telah wujud sejak abad ke-2 Masihi. Jika telah ada orang Melayu maka sudah pastilah ada bahasanya. Itulah lojiknya. Namun dari segi bukti sejarah yang lebih konkrit bahan berbahasa Melayu hanya baru terdapat pada abad ke-4 seperti pada prasasti Dong Yen Chau, di Vietnam. Itu pun kalau maklumat daripada Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi benar dan tepat. Oleh itu dari maklumat yang di atas ini bahasa Melayu telah wujud kira-kira 1800 tahun yang lalu.

Selain itu bahasa Melayu pula telah mendapat pengaruh dari luar sejak abad ke-4 Masihi seperti pengaruh bahasa Sanskrit yang terdapat pada tinggalan Kerajaan Melayu Kutai di Kalimantan Timur yang bertarikh pada 400 Masihi dan Kerajaan Tarumanegara di Jawa Barat pada 450 Masihi. Kewujudan bahasa Melayu pada abad ke-7 mempunyai banyak buktinya seperti pada prasasti-prasasti zaman Sriwijaya, Syailendra, Sanjaya, dan Malayu. Pada abad ke-10 dan ke-11 baru mula muncul kedatangan Islam seperti pada prasasti di Langgar, Kedah (290 Hijrah), Brunei (440H./ 1048M.), Phan~rang, Vietnam 431H./1039M.), Leran, Surabaya (475H./1082M.), dan Pekan, Pahang (419H.).

Kemudian daripada itu datang pula bangsa-bangsa Barat dengan dimulai dari jatuhnya Kota Melaka (1511 M.), kemudian Maluka, Sunda Kelapa, Manila, dan lain-lain. Pengaruh Barat baru mula mengental dalam abad ke-19 dan abad ke-20. Namun pada pertengahan abad ke-20 Dunia Melayu mula menjadi negara yang bebas dan merdeka.

Bagi membahagikan zaman-zaman bahasa Melayu saya lebih cenderung menggunakan bahan-bahan bukti serta ciri-ciri tertentu bagi mengkategorikan zaman—zamannya. Saya tidak memakai kaedah yang menonjolkan pengaruh luar atau pengaruh kolonial seperti zaman prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.

Bagi saya katakolonial sangat mengerikan. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) colonial bererti penjajah. Dalam kamus The New Collins Intenational Dictionary of the English Language yang ditulis oleh William T. McLeod dan Patrick Hanks (1983), colonial bererti “of characteristic of, relating to, possessing, or inhabiting a colony or colonies”, sedangkan perkataan colonialism bererti: the policy and practice of a power in extending control over weaker peoples or areas. Kamus BBC English Dictionary (1993) mengatakan colonial ialah “relating to countries or to colonialism”. Akhir sekali ialah kamus The New International Webster’s Concise Dictionary of the English Language (1997) menyebutkan bahawa colonial adalah “of possessing, like, or forining and colony or colonies; a citizen or inhabitant of a colony”.

Kalaulah makna kolonial seperti mana yang diterangkan di atas ini, maka dalam sejarah dunia Melayu yang menjadi penjajah adalah orang Barat dan mereka dataug ke Alam Melayu bermula pada 1509 yang dipimpin oleh de Sequira. Dua tahun kemudian baru dataug Afonso de Albuquerque yang menyerang dan menawan kota Melaka.

Page 9: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Pengaruh Barat meresap ke dalam bahasa dan budaya Me1ayu hanya baru nampak jelas dalam abad ke-19 dan abad ke-20. ini bermakna dari abad ke-2M hingga ke abad ke-18M. (kira-kira 1600 tahun lamanya) pengaruh kolonial Barat tidak ada, jauh sekali untuk menonjol. Maka dengan itu sangat mengelirukan kalau sejarah bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman prakolortial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial Orang yang membahagikan zaman-zaman bahasa Melayu seperti di atas ini memang sengaja cuba menonjolkan kata “kolonial” nya walaupun orang itu menafikannya dan memberikan alasan-alasan yang diada-adakan atau yang mengadangada yang apologetik. Bagi menentukan zaman-zaman bahasa Melayu, bahasa Melayunya itu perlu dilihat dari beberapa sudut.

Pertama dari sudut kandungan bahasa Melayu itu sendiri seperti kosa katanya, tatabahasanya termasuk fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kedua dari sudut ungkapan-ungkapan, dan istilah-istilah yang dipakai dalam satu-satu bidang seperti dalam bidang-bidang pentadbiran, agama, budaya, dan lain-lain. Ketiga dari hasil-hasil karya sastera, sama ada wujud unsur-unsur luar, atau pengaruh lain dalam bentuk tenjemahan, tiruan, saduran daripada hasil-hasil karya tersebut atau yang lain-lain. Keempat, tulisan-tulisan atau aksara-aksara dan jenis-jenisnya yang dipakai oleh bahasa yang berkenaan, adakah tulisan itu kepunyaan mereka sendiri yang asal atau pinjaman daripada luar. Kelima, dari sudut pengaruh pemikiran, falsafah dan perkembangan intelektualnya dalam tamadun bangsa yang berkenaan. Keenam dari sudut pengaruh penggunaan teknologi yang dataug daripada sesuatu bangsa lain yang wujud dalam budaya, tamadun dan bahasa bangsa yang berkenaan.

Kalau dilihat dari sudut kriteria-kriteria yang tertera di atas bahasa Melayu pada abad ke-18 dan sebelumnya, tidak menampakkan pengaruh daripada penjajah-penjajah Barat atau onang-orang kolonial Barat. Dengan itu memang sangat tidak kena dan tidak tepat apabila dikatakan bahawa zaman-zaman bahasa Melayu dibahagi kepada tiga zaman seperti dinyatakan di atas dengan penekanan atau penonjolan kepada kata “kolonial”. Jika kaedah yang kemudian ini dipakai, iaitu menyebut kata kolonial pada setiap zaman, maka “kolonial”nya akan menjadi terlalu ditonjolkan sedangkan peranannya tidak seberapa, bahkan ada zaman yang tidak ada langsung pengaruh kolonialnya.

Dengan itu bagi membuat pembahagian zaman bahasa Melayu ini, saya lebih cenderung untuk membahagikannya kepada lima zaman sahaja, iaitu:

a. Zaman bahasa Melayu purba.b. Zaman bahasa Melayu kuno.c. Zaman bahasa Melayu klasik.d. Zaman bahasa Melayu pramoden, dane. Zaman bahasa Melayu moden.

Zaman bahasa Melayu Purba

Page 10: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Zaman bahasa Melayu purba terdapat dalam zaman prasejarah. Tidak ada bukti sejarahnya kerana tidak ada rekod bertulis sama ada dalam bentuk prasasti atau yang lain-lain. Dengan itu kita tidak tahu bagaimanakah bentuk bahasa Melayu pada ketika itu.

Zaman Bahasa Melayu Kuno

Zaman ini bermula kira-kira dan abad ke-4 dan berakhir kira-kira pada akhir abad ke- 13 Masihi, iaitu lebih kurang 1000 tahun lamanya. Zaman ini dikira bermula dari abad ke-4 kerana prasasti berbahasa Melayu yang pertama terdapat pada abad ke-4 dan ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam. Tarikhnya jatuh pada abad ke-4 adalah berdasarkan tulisan Drs. Abdul Rahman al-Ahmadi. Selain itu ada juga prasasti yang berbentuk Yupa yang ditemui di Kutai, Kalimantan Timur pada awal abad ke-5. Tarikh tepatnya ialah 322 Syaka atau 400 Masihi. Tetapi Yupa ini (ada tujuh batang kesemuanya) menggunakan tulisan Pallava dan bahasanya ialah bahasa Sanskrit. Dalam abad ke-5 Masihi juga wujud prasasti yang bertarikh pada 372 Syaka atau 450 Masihi di Tarumanegara, di Jawa Barat. Prasasti berbahasa Melayu yang paling banyak terdapat adalah dalam abad ke-7, ke-8 dan ke-9 Masihi, iaitu dalam zaman kerajaan-kerajaan Sriwijaya, Syailendra, Sanjaya dan Malayu.

Antara tempat-tempat yang ditemui prasasti-prasasti ini ialah di Kedukan Bukit (683M.), Telaga Batu (683M), Kota Kapur (686M.), Karang Berahi, Palas Pasemah, Bungkuk, Sabuk Kingking (di Sumatera), Sajamerta, Bukateja, Manjusyrigrha, Dang Pu Hawang Gus, Sang Hyang Wintang, Kebon Kopi, Gunung Sundoro (di Jawa), Ligor, Wiengsa, Chaiya dan lain-lain di Thailand Selatan; dan Laguna di Manila.

Dalam zaman ini pengaruh Hindu dan Buddha begitu kuat. Kerajaan Sriwijaya dan Syailendra dipengaruhi oleh agama Buddha. Candi Borobudur dan Candi Mendut di Pulau Jawa adalah buktinya. Sedangkan kerajaan Kedah Tua, Sanjaya dan Singosari dipengaruhi begitu kuat oleh agama Hindu. Buktinya ialah wujudnya candi-candi Hindu seperti di Prambanan dan Lembah Bujang. Bahasa Melayu dalam zaman ini dapat dikesan hanya melalui prasasti-prasasti yang ada terutama dalam bentuk batu yang dipahat atau logam yang diukir dengan tulisan. Ciri-ciri dan sifat-sifat khas bahasa Melayu kuno ialah:

a. Tulisan yang dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dan India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu timbul jenis-jenis tulisan seperti benikut:

i. Tulisan Pallava awal.ii. Tulisan Pallava akhir.iii. Tulisan Kawi awal.iv. Tulisan Kawi akhir.v. Tulisan-tulisan lain yang lahir kemudian mengikut perkembangan zaman dan juga bahasa dan dialek

Page 11: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

b. Wujud kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti perkataan-perkataan dalam laras agama. Contohnya: daiva, sukhasyitta, Brahma, Syiva, Visynu, puasa, dosa, pahala, naraka, sywarga.

c. Fonem-fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti v, sy, bh, dh, kh, t gelungan, chh dan lain-lain seperti pada kata-kata paramesyvara, syiva, bhagia, bedha, sukhasyitta, chhuti, dan lain-lain.

d. Wujud kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit untuk laras pemerintahan dan pentadbiran seperti raja, maharaja, maharani, nagara, laksamana, bendahara, bendahari, seri rama, mahligai dan istana.

e. Morfem-morfem Melayu kuno seperti:

1. in- untuk di- dalam bahasa Melayu moden.11. nipar- untuk diper- dalam bahasa Melayu moden.m. luar- untuk ber- dalam bahasa Melayu moden.iv. mam- untuk mem- dalam bahasa Melayu sekarang dan lain-lain.

f Fonem-fonem Melayu kuno seperti v untuk b. Contohnya:

nivunuh untuk dibunuh, dan marvuat untuk berbuat.

g. Tidak ada penggunaan tulisan Jawi. Sehingga ke saat ini belum ada bukti tentang adanya orang Melayu yang menggunakan tulisan Jawi dalam zaman ini.

h. Tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab atau Parsi dalam zaman ini yang berakhir pada akhir abad ke-13. Prasasti-prasasti Melayu kuno hanya menggunakan kata-kata Melayu asli seperti pinam (pinang), rumviya (rumbia), wuluh (buluh), atau kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti prakara (perkara), pratama (pertama), sarvvasatva (sarwasatwa), dan maharddhika (merdeka).

I. Tidak ada kata-kata pinjaman daripada bahasa kolonial dan Barat.

J. Tidak ada tulisan rumi atau Latin dan Barat yang dipakai oleh orang Melayu ketika itu.

k. Kitab-kitab agama atau falsafah Hindu dan Buddha yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tidak kesemuanya diterjemahkan. Bahan yang diterjemahkan hanyalah yang dalam bentuk ceritanya seperti tentang kisah raja-raja dan orang-orang besar, tentang istana, mahligai dan negeri, keluarga raja, anak cucu dan keturunannya. Perkara-perkara yang berbentuk atau berkaitan dengan falsafah tidak ada yang diterjemahkan. Itu sebabnya kitab falsafah Hindu Bhaghawatgitta tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pada masa dahulu.

Page 12: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Zaman Bahasa Melayu Klasik

Zaman ini saya kira bermula dan awal abad ke- 14 dan berakhir pada akhir abad ke- 18 Masihi. Tarikh itu saya pilih kerana prasasti Terengganu bertarikh pada 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Prasasti ini sangat penting kerana ia berlainan daripada prasasti-prasasti yang sebelumnya. Oleh sebab itu Prasasti Terengganu saya jadikan sebagai patokan untuk pemisah antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik. Hujah pertama ialah ia menggunakan tulisan Jawi yang tidak pernah dibuat oleh orang Melayu pada masa sebelumnya. Memang benar terdapat beberapa prasasti yang menunjukkan wujudnya tulisan Arab yang digunakan oleh orang Melayu pada masasebelumnya, tetapi prasasti-prasasti itu tetap dalam bentuk bahasa Arab asli. Tulisan dan bahasanya Arab jati, seperti pada prasasti Langgar, di Kedah (290H); Pekan, Pahang (419H. ); Phan-rang, Vietnam (43 1H. ); Leran, Jawa Timur (475Hj; dan Bandar Seri Begawan, Brunei(440H.). Dengan itu tulisan Jawi tidak terbukti wujud pada abad ke-13 dan sebelumnya.

Kedua, prasasti Terengganu mengandungi bentuk bahasa yang berlainan daripada bahasa Melayu kuno. Bahasanya lebih mudah dan mendekati bahasa Melayu zaman moden. Imbuhan-imbuhan yangdipakai lebih mirip ke bahasa Melayu moden; kata-kata pinjaman Arab sudah meresap ke dalamnya, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit sudah agak berkurangan; ejaan Jawinya lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu. Bentuk-bentuk huruf Jawi yang dipakai lebih mirip ke huruf Jawi yang dipakai sekarang. Gaya bahasa yang digunakan sudah menyimpang daripada bahasa Melayu kuno. Mungkin akan ada orang yang mengatakan bahawa bahasa yang dipakai dalam buku Hikayat Raja Pasai dan Kitab Bahr al-Lahut, sama dengan bahasa yang terdapat pada prasasti Terengganu, sedangkan buku dan kitab tersebut terkarang pada abad ke- 12 atau ke- 13 Masihi dan dengan itu ia termasuk ke dalam zaman bahasa Melayu kuno. Tetapi malangnya hujahnya tidak kuat keranatarikh yang diberikan itu hanya andaian sahaja, tidak ada bukti yang konkrit seperti bukti yang ada pada prasasti Terengganu atau pada Kitab Aqa’id al-Nasafi.

Bahasa Melayu pada zaman klasik ini memakan masa selama 500 tahun, iaitu dari 1300M. hingga 1800M. Dalam zaman ini terdapat hasil-hasil karya tulis yang besar dan agung, melahirkan para penulis dan ulama yang terkenal, wujudnya pusat-pusat kerajaan Melayu yang tersebardari Aceh di barat sampai ke Maluku di timur, dan Campa di utara sampai ke Banten, di selatan, terdapat jalur-jalur perdagangan rempah ratus yang berselirat di Alam Melayu, meningkatnya penyebaran Islam melalui bahasa Melayu di pelbagai penjuru kepulauan Melayu dan lain-lain lagi.

Dalam zaman ini juga lahir para ulama saya yang terkenal. Antara para ulama yang lahir dalam zaman ini ialah Hamzah F’ansuri, Abdul Rauf al.-Fansuri (Singkel); Syamsuddin al-Samatra’i(Pasai); Nurudin al-Raniri di Aech; Tun Sen Lanang dan Bukhari al-Jauhari (Johor); Daud

Page 13: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Abdullah al-Fataui; Abdul SamadalFalimbani; Muhammad Arsyad al-Banjari; Syeikh Yusuf al-Maqasari, dan lain-lain lagi.

Antara hasil-hasil karya tulis yang terkarang dalam zaman ini ialah Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu), Hukum Kanan Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad All Hanafiak, Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Perahu, Syarab Asyikin, Syarab Ruba’i Hamzah Fansuri, Tanbih al-Tullab, Sirat al-Mustaqim, Bustan al-Salatin, Ta] al-Salatin, Terjemah Tafsir atBaydawi, Syifa’ al-Qulub, Jawahir al-Ulum, Lata’if al-Asrar, Kfayat al-Muhtajin, Mir’at al-Tullab, Hujjat al-Balighah, Bidayat al-Hidayat, Hidayat alSalikin, Siyar al-SalikiR Sabil al-Muhtadin, Furu’ al-Masa’il, Safinat a?Najah, Fat al-Rahman dan beratus-ratus tulisan lagi yang ditulis sama ada di Aceh, Patani, Palembang, Banjar, Makasar, Banten, Pontianak, Berunai, Jawa, Ininangkabau, mahu pun di Makkah dan Madinah.

Dalam zaman ini datanglah orang-orang Barat – Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Inggeris. Mereka telah membawa budaya dan tamadun mereka untuk diperkenalkannya di Alam Melayu selain untuk menjajah dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama perdagangan rempah. Beberapa kota penting telah dikuasai mereka seperti Melaka dan Anton oleh Portugis. Tetapi bangsa Barat yang paling berjaya menguasai Alam Melayu ialah Belanda. Pada abad ke- 18 mereka ini telah berjayamenguasai Melaka, Padang, Palembang, Cirebon, Batavia (Jakarta), Seluarang, Kupang, Makassar, Pontianak, Banjarmasin, Manado, Ternate, Ambon dan Banda. Orang-orang Barat ini juga menyebarkan ajaran agama mereka, iaitu agama Kristian-Katolik dan Protestant. Mereka mulamenggunakan tulisan Rumi untuk bahasa Melayu seperti yang diusahakan oleh Duarte Barbosa, Antonio Pigafetta, Leydekker, dan lain-lain. Kitab Bible juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti naskhah Elkitab, ija itoe sega?a Soerat Perdjandjian lama dan baharuw yang diusahakan oleh Leydekker pada tahun 1731-1732. Selain itu orang-orang Barat juga telah menyusun daftar kata bahasa Barat-Melayu,seperti Portugis-Melayu, ltali-Melayu, Belanda-Melayu, Inggeris-Melayu atau akasnya dan juga kamus dwibahasa Barat-Melayu dan buku tatabahasa Melayu atau yang lain-lain seperti yang diusahakan oleh John Ogilby, Thomas Bowrey, de Houtmann atau yang lain-lain termasuk Valentijn.

Walaupun demikian pengaruh kolonial Barat tidak meresap ke dalam budaya dan bahasa Melayu. Buktinya ialah orang Melayu tetap menggunakan tulisan Jawi untuk segala jenis tulisannya. Orang Melayu masih terus mempertahankan agamanya, iaitu Islam, orang Melayu masih mempertahankan adat istiadat Melayunya. Oleh sebab itulah orang Barat terpaksa menggunakan apa yang dipakai oleh orang Melayu. Contohnya Leydekker yang menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan rumi pada tahun 1731-1732, terpaksa beralih kepada tulisan Jawi pada tahun 1748. Ini kerana tulisan ruminya tiada sambutan daripada orang Melayu. Bahkan setelah dijawikan pun tidak dibaca oleh orang Melayu. Oleh sebab itulah sehingga ke abad ke- 19 para pengembang agama Kristian terpaksa

Page 14: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

menggunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu untuk tulisan-tulisan mereka seperti pada majalah-majalah Bustan Arifin Cermin Mata dan Taman Pungutauan.

Dari segi hasil karya tulisan memang banyak orang Barat yang menulis tentang bangsa dan bahasa Melayu, namun hanya setakat menulis itu sahaja. Pengaruhnya tidak meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu.

Begitu juga orang Barat banyak menguasai daerah dunia Melayu sebagaimana yang telah disebutkan di atas, namun mereka hanya berkuasa dalam politik penjajahan dan perdagangan dan tidak dapatmenghunjamkan pengaruhnya ke dalam jantung bahasa dan budaya Melayu. Oleh sebab itulah saya tidak bersetuju apabila kata kolonial ditonjolkan dalam ketiga-tiga zaman bagi bahasa Melayu -zamanprakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.

Zaman bahasa Melayu klasik ini mempunyai beberapa ciri dan sifat tertentu yang berbeza dengan bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu pramoden. Antaranya ialah:

a. Penggunaan tulisan Jawi lebih menonjol daripada tulisan-tulisan yang lain.

b. Kata-kata pinjaman Arab dan Parsi mula menapak ke dalam bahasa Melayu terutama untuk istilah-istilah agama, dan pemerintahan.

c. Fonem-fonem Arab mula masuk dan dipinjam oleh bahasa Melayu.

d. Ungkapan-ungkapan, istilah-istilah dan bahasa Arab dan Parsi mula wujud dalam bahasa Melayu.

e. Pengaruh agama Islam semakin bertambah kuat dan berjaya mengetepikan pengaruh agama-agama Hindu dan Buddha di kalangan orang Melayu.

f. Wujudnya sistem pemerintahan Islam dan hukum Islam dalam pemerintahan kerajaan Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu.

g. Belum terbukti adanya tulisan orang Melayu sendiri yang memfokus kepada ajaran agama Kristian yang dibawa oleh orang-orang kolonial Barat.

Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Zaman bahasa Melayu pramoden ini wujud dalam abad ke-19M. Ia merupakan zaman peralihan antara zaman bahasa Melayu klasik dengan zaman bahasa Melayu moden. Dalam zaman ini tamadun Barat dan budaya Barat sudah berjaya meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayu tetapi

Page 15: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

bahasa Melayu itu sendiri – dari segi gaya bahasa, kosa kata, ungkapan dan lain-lain masih banyak berbentuk bahasa Melayu klasik.

Namun pada zaman ini alat percetakan sudah mula diperkenalkan (1806), sekolah Melayu mula dibuka (1821), majalah dalam bahasa Melayu mula diterbitkan (1821), suratkhabar Melayu mula dicetak dan diedarkan (1856), pengajaran bahasa Melayu secara formal diperkenalkan (1821),persatuan bahasa Melayu mula ditubuhkan (1888), pemerintahan cara Barat mula diterima pakai oleh orang Melayu terutama di negeri Johor (1885), gaya bahasa laporan diketengahkan seperti dalam karangan Abdullah Munsyi dan buku-buku untuk bacaan sekolah mula dikarang sebagaimana yang dilakukan oleh Syed Mahmud bin Syed Abd. Kadir (1890-an), perlembagaan negeri Melayu yang moden mula digubal (1895), istilah-istilah pemerintahan Inggeris diberi padanan Melayunya (1888) dan beberapa unsur baru yang lain termasuk penulisan tatabahasa Melayu dan kamus Melayu oleh orang-orang Melayu sendiri.

Itulah unsur-unsur baru daripada tamadun dan budaya Barat yang meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayu. Namun demikian tidak semua yang baru itu dari Barat atau kolonial Barat kerana ada juga unsur-unsur itu datangnya melalui Asia Barat seperti pendapat-pendapat daripada paraulama’ kaum muda seperti Syeikh Ahmad Rhatib dan Syeikh Tahir Jalaluddin, dan pada ketika itu juga tidak semua daerah alam Melayu dikuasai Barat atau dijadikan koloni oleh orang Barat. Contohnya Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu baru ditakluki Inggeris pada tahun 1909, dan Johor baru menerima penasihat Inggeris pada tahun 1914. Jadi dengan itu tidak benar sama sekali dan tidak tepat sama sekali untuk menonjolkan “kolonial”-nya. Paling tinggi yang kita boleh katakan ialah wujudnya pengaruh tamadun Barat sahaja.

Daripada keterangan dan bukti di atas menunjukkan wujudnya pengaruh Barat atau kolonial baru jelas, dalam zaman bahasa Melayu pramoden tetapi unsur-unsur lama masih tetap ada terutama dari segi gaya bahasa, pemiihan kata, terbatasnya kata-kata pinjaman daripada bahasa Barat, tulisan Jawi tetap menjadi tulisan bagi orang Melayu dan tulisan Rumi masih asing bagi orang Melayu, demikian juga agama Kristian yang gencar disogokkan kepada orang Melayu masih belum dapat menerobosi benteng Islam-Melayu.

Zaman Bahasa Melayu Moden

Apabila menginjak abad ke-20 banyak perubahan berlaka. Negeri-negeri Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk ke bawah kolonial Barat — Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula dicengkam oleh penjajah Inggeris, kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda. Demikian juga negeri-negeri Melayu yang lain di Indonesia. Pengaruh budaya dan tamadun Barat terus mengental. Akhirnya dominasi penjajahan, budaya dan tamadun Barat berdiri tegak di alam Melayu.

Bahasa Melayu jatuh menjadi bahasa vernakular, demikian juga bahasa-bahasa peribumi yang lain. Pendidikan Barat dikembangkan, sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah--

Page 16: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

sekolah Kristian didirikan di merata-rata tempat di seluruh Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh ceruk rantau tanah jajahan bagi mengkonsolidasikan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan. Namun sinar-sinar untuk kemajuan mengerlip dari Timur ketika Jepun mengalahkan Rusia (1905), pandangan-pandangan Islam moden yang dicetuskan al-Afghani dan Abduh dan Asia Barat meresap ke dalam pemikiran sebahagian orang-orang Melayu yang berjiwa merdeka.

Dengan mengsintesiskan fikiran-fikiran dan pengaruh Barat dan Timur yang meresap ke dalam bahasa Melayu maka bahasa Melayu mula menapaki jalan kemajuan.

Pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya, iaitu ejaan van Ophuijsen. Kemudian kerajaanPenjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya — Cominissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur, pada tahun 1908 yang diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A. Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).

Pada tahun 1928 diadakan Kongres Pemuda Indonesia II, dan dalam kongres ini diputuskan nama bahasa Melayu ditukar kepada BAHASA INDONESIA. Ini termaktub dalam Soempah Pemoeda yang diadakan pada akhir Kongres Pemuda tersebut. Sejak itu bahasa Indonesia menjadi bahasa persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia. Pada tahun 1945 ia dinobatkan sebagai bahasa negara Indonesia -sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasini.

Bagi meningkatkan citra bahasa ini Kongres Bahasa Indonesia telah diadakan. Mula-mula diadakan di Solo (1938), kemudian di Medan (1954) dan selepas itu di Jakarta. Kemudian bagi memantapkankorpus bahasanya, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah didirikan, bermula dari Instituut voor Taal en Cultuur Onderzoek (ITCO) pada 1947. Tetapi ia ditukar namanya beberapa kali seperti Lembaga Bahasa dan Budaya, Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan, Direktorat Bahasa dan Kesusasteraan, Lembaga Bahasa Nasional, dan akhir sekali Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.

Dalam menapaki liku-liku perjalanan sejarahnya beberapa angkatan penulis telah lahir seperti Angkatan Balai Pustaka, Angkatan Pujangga Baru, Angkatan`45, Angkatan `66, dan Angkatan `98.

Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah alImam (1906), kemudian muncul zaman SITC – Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922 – 1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942 – 1945),

Page 17: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Bahasa Melayu Pasca-Perang(1945 – 1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950 — 1957), Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957 —1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.

Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah banyak – berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan kitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah -Madinah danIstanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur sekalipun ditekan dan dicengkam oleh kuku besi penjajah.

Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya — Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963)dan Brunei (1984). Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah Melayu yang menjadi cikal bakal sekolah menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa, kemudian Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi puncak dasar pelajaran kebangsaan. Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa banyak penyata, akta, dan penggubalanperlembagaan negara yang diluluskan seperti Penyata Datuk Abdul Razak Hussein (1956), Penyata Datuk Abdul Rahman Talib (1960), Ordinans Pelajaran (1957), Perlembagaan--perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti — Pindaan (1975), dan pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.

Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhikeperluan hidup manusia Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Buku-buku iliniah banyak diterbitkan termasuk untuk teks-teks pengajian tinggi, istilah-istilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua

Page 18: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

peringkat perkhidmatau awam, dalam mahkamah, pengajian rendah dan menengah serta pengajian tinggi.

Daripada segala kenyataan yang terpapar di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu moden mempunyai ciri yang moden seperti kemampuan bahasa Melayu untuk digunakan dalam bidang ilmu yang tinggi dan mendalam, bukan sahaja dalam bidang falsafah tetapi juga dalam bidang sains dan teknologi. Dengan kata lain ia mempunyai kudrat dan kekuatan untuk membahas ilmu-ilmu moden dan bagi menupang budaya dan tamadun dunia moden yang tinggi. ini semua merupakan hasil daripada usaha perancangan bahasa Melayu yang dibuat secara individu atau kelompok dalam mengemaskinikan tatabahasa Melayu dan membakukannya, menambah kosa kata ilmiah dengan menggubal istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang ilmu sehingga bahasa Melayu menjadi perkasa.

Kesimpulan

Daripada apa yang telah diperkatakan di atas jelas menunjukkan bahawa pembahagian zaman-zaman bahasa Melayu di atas adalah berdasarkan ciri-ciri yang khas bagi setiap zaman perkembangan bahasa Melayu. Ia tidak menekankan kepada satu-satu unsur atau sumber seperti bahasa Melayu zaman Hindu, zaman Islam atau yang lain-lain, atau bahasa Melayu zaman pra-Hindu, pra-Islam, pasca-Hindu, atau pasca-Islam. Jika dibuat deinikian akan memojokkan pengaruhpengaruh yang lain. Jadi pembahagian zaman bahasa Melayu kepada tiga, iaitu zaman prakolonial,zaman kolonial dan zaman pascakolonial adalah tidak relevan sama sekali, dan tidak ilmiah.

Page 19: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

PEMERKASAAN BAHASA MELAYU CABARAN DALAM PELAKSANAANNYA -Zurihan Yusoff [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]AbstrakMenjelang tahun 2020 Malaysia perlu mengorak langkah untuk menukarkan status negara membangun kepada negara maju. Selaras dengan pembangunan dan arus pemodenan maka bahasa Melayu seharusnya diberi peranan yang sewajarnya. Sejajar dengan status negara maju pada tahun 2020 sepatutnya bahasa Melayu patut diperkasakan supaya bertepatan dengan istilah “Maju bangsa maju negara”. Pemerkasaan bahasa Melayu wujud apabila pelaksanaannya yang merangkumi bidang sosiopendidikan, sosioekonomi dan sosiopolitik. Ia meliputi zaman Melaka, zaman penjajahan barat, pramerdeka dan pasca-merdeka. Pemerkasaan ini perlu melibatkan individu, pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan swasta. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu diatasi agar pemerkasaan bahasa Melayu menjadi realiti. Ini selari dengan pekembangan teknologi semasa yang menjadikan manusia semakin bijak menilai serta menganalisis. Seterusnya, kertas kerja ini juga terdapat beberapa cadangan supaya bahasa Melayu diperkasakan lagi dan bersesuaian dengan zaman sains teknologi.PENDAHULUANMenurut (Ismail Bin Deraman, 2007) pemerkasaan bahasa Melayu ialah peningkatan usaha bagi pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan dan Perlaksanan Dasar Bahasa tersebut. Peningkatan usaha pembinaan aspek-aspek yang memperteguhkan sistem dalaman bahasa Melayu yang memungkinkannya digunakan dan dikembangkan dalam pelbagai kehidupan moden kini dan alaf depan. Jelas bahawa pemerkasaan bahasa Melayu ialah usaha-usaha yang berterusan untuk memantapkan penggunaannya di Malaysia. Pemerkasaan bermaksud perihal perbuatan, usaha dan tindakan. Oleh itu, pemerkasaan bahasa Melayu ialah usaha yang berani serta tindakan jitu perlu diambil untuk memastikan ianya diterima oleh semua kaum tanpa kompromi. Bukan hanya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kelas ke-2 di Malaysia. Kertas kerja ini akan membincangkan pemerkasaan bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka di samping mengenal pasti usaha-usaha dan cabaran-cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan bahasa Melayu zaman pramerdeka dan pasca-merdeka serta zaman teknologi maklumat. Kajian terbatas dari sudut menganalisis usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan. Usaha-usaha yang dibincangkan adalah pada zaman pramerdeka dan pascamerdeka untuk memperkasa bahasa Melayu.Bahasa Melayu Zaman Kesultanan MelakaBahasa Melayu telah menjadi bahasa penting semasa keagungan Melaka. Pada abad ke-15 bahasa Melayu telah menjadi lingua-franca digunakan oleh para pedagang seperti China, India, Gujerat dan sebagainya. Mereka perlu bertutur bahasa Melayu untuk memudahkan urusan perdagangan. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pengantar untuk agama Hindu dan agama Islam. Menurut (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, 1992) bahasa Melayu memang telah memainkan peranan yang penting dalam zaman-zaman sebelum kedatangan Barat ke rantau kepulauan Melayu ini. Bahasa tersebut telah menjadi pengantar agama Hindu dan

Page 20: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

agama Islam, dan ini yang menyebabkan bahasa Melayu itu berubah dari segi bentuk dan semantik. Pada ketika ini, bahasa Melayu telah menerima pengaruh bahasa Sanskerit tetapi selepas kedatangan Islam dipengaruhi pula bahasa Arab. Banyak perkataan-perkataan Arab yang diambil ke dalam bahasa Melayu terutamanya yang digunakan oleh ulama-ulama pada zaman itu. Ia juga digunakan oleh ulama untuk menterjemah kitab-kitab, hadis dan al-Quran ke dalam bahasa Melayu supaya lebih mudah masyarakat memahaminya.Bahasa Melayu Zaman Penjajahan BaratZaman penjajahan barat terutamanya British, bahasa Melayu telah mendapat saingan daripada bahasa Inggeris. Menurut (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, 1992) Dalam tempoh seratus tahun British dapat menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Akhirnya, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dari segi politik, sosial dan kebudayaan. Di samping membawa masuk orang Cina dan orang India, British juga telah membawa pendidikan sekular moden bersama mereka. Kemasukan British ini telah meninggalkan kesan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah mendapat saingan daripada bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Cina dan India. British telah membentuk orang Cina dengan bahasa Cina manakala India dengan bahasa Indianya. Ini terbukti terdapat sekolah empat aliran iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan India. Usaha untuk memperkasa bahasa Melayu tidak begitu menonjol pada zaman British kecuali Abdullah Abdul Kadir Munsyi. Beliau telah mengkritik orang Melayu yang tidak mahu belajar bahasanya sendiri. Menurutnya (Abdullah Abdul Kadir Munsyi, 1964) Ada-lah suatu hairan lagi terchengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu itu, belum sedar akan dirinya,ia tinggal dalam bodoh-nya itu, oleh sebab ia tiada mahu balajar bahasa-nya sendiri, dan tiada mahu menaroh tempat belajar bahasa-nya itu; maka mustahil pada ‘akal, ada-kah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandaisendiri-nya? Bukan-kah segala bangsa yang lain di dunia ini masing-masing ada belajar bahasa-nya, melainkan orang Melayu? Pemikiran beliau tentang kepentingan bahasa sangat mengagumkan. Menurut beliau pemerkasaan bahasa Melayu perlu untuk mewujudkan bangsa Melayu yang maju dan bertamadun. Tambahnya lagi setiap bangsa memperkasa bahasa sendiri kecuali orang Melayu. Ini merupakan kritikan pertama yang menjadi ikon kepada pejuang-pejuang bahasa selepas itu untuk memperkasa bahasa Melayu.Pemerkasaan Bahasa Melayu Pra- Merdeka Kesedaran orang Melayu kepada bahasanya menyebabkan mereka bertindak memperkasa bahasa Melayu. Tindakan mereka terbahagi kepada dua kategori iaitu individu dan pertubuhan. Individu terdiri daripada wartawan dan guru yang giat menulis dalam akhbar. Mereka lebih menitikberatkan tentang keelokan bahasa Melayu dan penulisan. Sehubungan itu, sekitar tahun 1906-1940 pokok perbincangan berasaskan agama, ekonomi dan pelajaran. Seterusnya, perbincangan melibatkan peristilahan, tatabahasa dan perkamusan. Manakala pertubuhan pula dimulakan dengan penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) pada tahun 1888 di Johor. Selepas itu, wujud pula Persahabatan Sahabat Pena manakala pada tahun 1949 tertubuh pula Sahabat Pena yang bertujuan untuk memperkembangkan bahasa dan sastera Melayu. Pada tahun1950 penubuhan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Usaha ASAS 50 lebih pro-aktif berbanding sebelum ini. Terbukti apabila tindakannya untuk menyatukan serta memajukan penulisan dan memperbaiki bahasa dalam sastera Melayu bagi memperkayakan lagi bahasa Melayu. Pada tahun 1951, Jawatankuasa berkenaan dengan pelajaran Melayu atau dikenali sebagai

Page 21: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

jawatankuasa Barnes telah ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mengkaji masalah dan membuat cadangan bagi menegakkan pentingnya bahasa Melayu dalam pendidikan orang-orang Melayu di Tanah Melayu. Menurut Laporan Barnes telah mengusulkan supaya pelajaran di peringkat rendah selama enam tahun hendaklah dijalankan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Keputusan ini telah memartabatkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa Inggeris. Usaha memperkasa bahasa Melayu secara dinamis bermula dengan beberapa kongres bahasa dan persuratan Melayu telah diadakan anjuran pertubuhan-pertubuhan Melayu. Pada tahun 1952 telah berlangsung Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I di Sea View Hotel, Singapura, anjuran pertubuhan-pertubuhan dari Singapura dan Semenanjung yang menjadi kerabatnya. Kongres ini dipelopori oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). ASAS 50 mencadangkan supaya tulisan Rumi dirasmikan pemakaiannya dalam bahasa Melayu. Namun begitu, kongres telah memutuskan supaya tulisan Rumi dan Jawi diguna pakai dalam persuratan Melayu pada ketika itu. Kongres juga bersetuju supaya pertubuhan-pertubuhan Melayu di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara bersatu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 yang diadakan pada tahun 1954 di Dewan Sekolah King George V, Seremban. Kongres kali ke-2 telah merasmikan penggunaan tulisan Rumi dalam persuratan Melayu tetapi tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa yang akan menentukan. Ia juga menyentuh isu penyeragaman bahasa dan ejaan bahasa Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia. Seterusnya, perlu ada usaha menyusun sebuah kamus yang lengkap. Pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang diadakan di Pejabat Kerajaan Johor Bahru. Ia dirasmikan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. ASAS 50 telah menuntut beberapa perkara untuk kepentingan bahasa Melayu bersama-sama sebuah memorandum supaya diadakan Balai Pustaka (istilah dan penerbitan), Penyatuan Bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Indonesia), Perkembangan Bahasa Melayu Sekarang dan Akan Datang dan Peranan Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah. Pada tahun 1956, ASAS 50 telah menghantar sebuah lagi memorandum kepada kerajaan tentang Laporan Pelajaran 1956. Memorandum itu menyentuh tentang peranan bahasa Melayu dalam pendidikan supaya dijadikan bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan tinggi. Kelestarian daripada cadangan tersebut ASAS 50 merasakan perlu diwujudkan Maktab Perguruan Bahasa Melayu untuk menampung kekurangan guru bahasa Melayu. ASAS 50 juga mencadangkan agar bahasa Melayu diberi nilai ekonomi. Keutamaan berikan kepada kelulusan bahasa Melayu untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut (Prof. Dr. Asmah Haji Omar, 1984) Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tidak pernah melangkau lebih jauh dari darjah VI sekolah rendah, sehingga tahun 1956. Bahasa Melayu hanyalah bahasa pengantar di peringkat rendah sahaja. Pelajar-pelajar Melayu yang ingin meneruskan pengajian di peringkat universiti perlu melalui pendidikan menengah yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris.Pemerkasaan Bahasa Melayu PascamerdekaSetelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kedudukan bahasa Melayu telah mengalami perubahan. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan Tanah Melayu. Menurut (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Zain, 1992) Apabila Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, maka termaktublah dalam Perlembagaannya Perkara 152, yang menyatakan bahawa bahasa

Page 22: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen dengan syarat bahawa tiada siapa pun boleh dilarang daripada menggunakan ( kecuali untuk maksud rasmi ), mempelajari atau mengajarkan apa-apa bahasa lain. Di samping itu dinyatakan juga bahawa Kerajaan, baik Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan negeri, berhak memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum dalam Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, dalam masa sepuluh tahun selepas merdeka bahasa Inggeris boleh diguna pakai untuk tujuan rasmi kerajaan persekutuan serta negeri sama ada di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ia juga masih digunakan lagi untuk bahasa perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Menurut (Awang Sariyan, 1988) dalam tahun-tahun lima dan enam puluhan merupakan zaman memperkenalkan bahasa Melayu kepada masyarakat, dan tahap permulaan di dalam proses pemupukannya. Pada tahap ini masalah besar yang dihadapi ialah untuk meyakinkan rakyat terhadap keupayaan bahasa Melayu untuk mengambil alih bahasa Inggeris, serta menjalankan tugas-tugasnya dengan cekap dan berkesan. Dekad pertama selepas merdeka bahasa Melayu hanyalah sebagai alat untuk mendapat sokongan daripada orang Melayu yang merupakan penduduk terbesar Tanah Melayu. Ia juga dijadikan sebagai alat perpaduan antara kaum lain yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu seperti Cina dan India. Bahasa Melayu pada masa itu tidak dapat berkembang berbanding bahasa Inggeris kerana penuturnya terdiri dari orang Melayu yang sosioekonominya sangat rendah. Bahasa Melayu hanya layak sebagai bahasa pasar sahaja. Golongan elit dan berpendidikan barat lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu di rumah dan pejabat. Menurut (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Zain, 1992) hal ini ketara sekali kerana kemiskinan berlaku di daerah-daerah luar Bandar yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Sewaktu tercapainya kemerdekaan, mereka mendapati diri mereka ketinggalan jauh di belakang dari segi ekonomi dan sosial. Dalam kedua-dua bidang tersebut mereka bergantung kepada golongan mendatang dan golongan berpendidikan sekular barat. Keadaan mereka bertambah buruk apabila ekonomi menjadi bertambah rancak. Imej bahasa Melayu pada masa itu semakin teruk disebabkan faktor tersebut. Bahasa Melayu menjadi bahasa kelas kedua di tanah air sendiri. Perbezaan yang sangat ketara berbanding bahasa-bahasa lain di Tanah Melayu. Senario inilah yang menyebabkan bangkitnya sentimen untuk memajukan bahasa Melayu oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan orang Melayu pasca- merdeka. Para pejuang bahasa Melayu pada era pasca-merdeka terutamanya tahun lima dan enam puluhan telah menghadapi pelbagai rintangan. Mereka terpaksa bersaing dengan golongan Melayu dan bukan Melayu yang terus memperjuangkan bahasa Inggeris serta bahasa Cina dan Tamil. Individu-individu yang terlibat memperjuangkan bahasa Melayu terdiri daripada pegawai kerajaan, guru, penulis, peguam dan pensyarah di universiti. Seterusnya, pertubuhan-pertubuhan yang terlibat ialah parti politik, kesatuan guru, pertubuhan pelajar, persatuan penulis, akhbar dan majalah. Satu pertubuhan khas telah dibentuk untuk mendesak kerajaan supaya melaksanakan dasar bahasa ialah Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK). Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1964 yang bertujuan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan meyakinkan kerajaan bahawa boleh menggantikan bahasa Inggeris dalam pentadbiran. Ketidakyakinan kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal kerana ia kekurangan istilah yang boleh

Page 23: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

digunakan berbanding bahasa Inggeris. Tuduhan ini tidak berasas kerana bahasa Inggeris sendiri berkembang disebabkan banyak meminjam istilah daripada bahasa yang terdapat di Eropah. Usaha- usaha yang dilakukan oleh BBBK ialah mengadakan siaran penerangan dan ceramah. Selain daripada itu, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Persatuan Pelajar-pelajar Maktab Perguruan Bahasa (PPMPB) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) juga telah bergiat secara aktif untuk memartabatkan bahasa Melayu pada tahun 60-an. Mereka berjuang dalam bentuk tuntutan, protes dan tunjuk perasaan. PPMPB telah mengadakan tunjuk perasaan menuntut supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di Maktab Perguruan Bahasa. PENA pula berusaha berjuang dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan serta ilmu pengetahuan tanpa unsur politik. Motif mereka sama iaitu tidak berlaku penyelewengan bahasa Bahasa dalam sistem pelajaran kebangsaan. Menurut (Awang Sariyan, 1988) dalam tahun-tahun tujuh puluhan. Zaman ini adalah zaman penggunaan dan pemupukan bahasa Melayu yang intensif, sebagai akibat pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan yang tegas. Pada awal-awal tujuh puluhan bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah, sebagai bahasa pentadbiran agensi-agensi kerajaan dan sebagai bahasa perhubungan awam. Bahasa Melayu telah mengambil alih peranan bahasa Inggeris yang mendominasi dalam urusan rasmi kerajaan Tanah Melayu. Bahasa Melayu mula digunakan oleh para pemimpin negara semasa berucap, di parlimen, surat-menyurat rasmi, di bilik-bilik darjah dan dewan kuliah. Menurut (Asmah Haji Omar, 1984) untuk mencapai matlamat ini, yakni menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pelajaran di negara ini, peralihan dari bahasa pengantar bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu untuk berbagai-bagai mata pelajaran dimulakan dalam tahun 1968, dan mata pelajaran yang mula-mula mengalami pertukaran bahasa pengantar itu adalah mata pelajaran yang dianggap penting, iaitu, Sains dan Matematik, yang kemudiannya diikuti oleh Sejarah dan Geografi. Selepas peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan dengan tegas melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ketegasan kerajaan melaksanakan dasar ini mendapat sokongan daripada PBMUM. Ketegasan kerajaan serta sokongan daripada orang ramai seperti kesatuan guru, persatuan pelajar, penulis, belia dan ibu bapa mengakibatkan tertubuhnya Universiti Kebangsaan pada tahun 1970. Universiti Kebangsaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ia memberi peluang kepada anak-anak Melayu yang sekolah aliran kebangsaan melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi dan bahasa pengantarnya bahasa Melayu. Seterusnya, ia menjadi ikutan kepada universiti-universiti lain seperti Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Dalam tahun 80 dan 90-an pemerkasaan bahasa Melayu telah sampai kemuncaknya apabila ia diterima oleh semua murid dan pelajar. Menjelang tahun 1983 bahasa pengantar di tahun satu hingga tahun pertama universiti menggunakan bahasa Melayu. Bagi memantapkan lagi bahasa Melayu di Malaysia, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-IV diadakan pada Disember 1984 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Isu-isu yang dibangkitkan dalam kongres ini ialah peristilahan, perkamusan, penterjemahan, kesusasteraan, percetakan dan kefungsian. Penubuhan Biro Terjemahan adalah perlu untuk melakukan penterjemahan ilmu ke dalam bahasa Melayu. Bagi meningkatkan imej bahasa Melayu perlu memperbanyak penulisan dalam bahasa Melayu supaya ia boleh dikategorikan sebagai bahasa ilmu. Kefungsian bahasa Melayu haruslah merangkumi bidang intelektual, kesenian, kebudayaan dan ilmu pengetahuan.

Page 24: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Keperluan-keperluan bagi memastikan bahawa bahasa Melayu dapat bersaing dalam Era Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi. Berkat usaha gigih pencinta-pencinta bahasa pasca-merdeka, pemerkasaan bahasa Melayu telah berkembang sehingga penghujung abad ke 20. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. Ia selaras dengan Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Namun begitu, pada abad ke-21 bahasa Melayu seakan terpinggir ekoran daripada perubahan pemikiran pemimpin negara yang ingin melihat Malaysia maju menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu tidak lagi relevan dengan zaman sains dan teknologi. Bahasa Inggeris telah mengambil tempat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia. Pada tahun 2003 kerajaan telah memperkenalkan Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Alasan penukaran ini berlaku kerana bahasa Melayu kekurangan istilah yang tepat untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Perlaksanaan ini menyebabkan hanya tinggal 19 mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Melayu berbanding 47 mata pelajaran dalam bahasa 142 Inggeris di peringkat menengah atas (SPM). PPSMI ini membuktikan orang Melayu sendiri telah menyingkirkan bahasa ibundanya sendiri yang digunakan sejak 50 tahun lalu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan. Kita sanggup gadaikan maruah bahasa sendiri demi mengejar kemajuan sedangkan kita boleh berfikir bagaimana cara untuk memperkasa bahasa Melayu setaraf bahasa Inggeris. Polemik ini seharusnya perlu diungkai dengan kajian terhadap negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran sama ada Berjaya atau sebaliknya sebelum dilaksanakan. Persidangan berbentuk meja bulat perlu dibuat sebelum pelaksanaan PPSMI. Bukan hanya kepentingan segelintir golongan maka maruah bahasa dan bangsa Melayu perlu digadaikan.Cabaran-cabaran pada masa kiniPerlunya kerajaan pada masa kini berfikiran positif terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamis dan maju. Alasan ketiadaan istilah yang bersesuaian tidak relevan kerana bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan di Malaysia sahaja tetapi seluruh Nusantara. Para pemimpin perlu bercakap bahasa Melayu yang betul bukannya dicampur aduk dengan bahasa Inggeris ketika pengucapan umum di media massa. Kerojakkan bahasa ini menyebabkan rakyat terikut-ikut rentak percakapan mereka. Bahasa Melayu telah dilacurkan oleh bangsanya sendiri tanpa disedari. Selain itu, mereka yang berpengaruh perlu menunjukkan sikap sayang kepada bahasa ibunda seperti artis dan selebriti tempatan. Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dihormati perlu diguna pakai pada situasi-situasi tertentu serta relevan. Ketirisan berbahasa Melayu tidak akan berlaku bagi memikul tugas serta cabaran pada abad ke 21 yang lebih mencabar. Pada abad ke 21 tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris juga penting sebagai bahasa antarabangsa untuk kita berhubung dengan dunia luar. Namun begitu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diberikan tempat yang sewajarnya bukan dianaktirikan. Kini bahasa Inggeris telah diberi nilai ekonomi yang begitu tinggi di Malaysia. Bagi mendapatkan pekerjaan serta jawatan yang baik di sektor swasta khususnya, rakyat perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Boleh berkomunikasi dan berhujah dalam bahasa Inggeris sebaik mungkin. Kita perlu melihat negara Jepun dan Korea yang maju tetapi tidak pernah mengabaikan bahasa mereka sendiri. Mereka tidak perlu menguasai bahasa Inggeris kerana

Page 25: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

buku-buku bahasa Inggeris telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun dengan cepat dan kemas.CADANGANRakyat Malaysia sebagai penutur bahasa Melayu perlu mempunyai jati diri yang kuat serta yakin dengan bahasa sendiri. Wujudkan semangat cinta dan kasih kepada bahasa sendiri tanpa berbelah bagi. Percakapan seharian hendaklah menggunakan bahasa yang betul bukan dicampuri aduk dengan bahasa lain. Beberapa langkah perlu diambil supaya bangsa lain yang terdapat di Malaysia ini tertarik menggunakan bahasa Melayu:i. Mewujudkan sekolah kebangsaan sahaja dan hapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Bahasa mereka juga diajar tetapi sebagai mata pelajaran elektif sahaja. Ini akan memberikan mereka peluang untuk belajar dan bercakap secara formal ketika berada di sekolah.Terbukti dasar ini telah berjaya mewujudkan satu negara, satu bangsa dan satu bahasa oleh sesetengah negara di dunia seperti Thailand dan Indonesia. Semua bangsa yang berada di negara tersebut dapat bertutur bahasa ibunda dengan baik sekali tanpa mengabaikan bahasa kaum mereka.ii. Menghapuskan secara total penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Pihak kerajaan sepatutnya mengkaji secara mendalam sebelum PPSMI ini diperkenalkan. Penggunaan bahasa Inggeris telah membunuh minat pelajar dan menghalang pemerkasaan bahasa Melayu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi terutamanya di luar bandar. Kekurangan istilah dalam bahasa Melayu bukanlah alasan yang logik kerana kita boleh mencipta dan mengambil istilah daripada pelbagai sumber untuk dijadikan sebagai bahasa kita. Tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik amat mengecewakan orang Melayu meminggirkan bahasanya sendiri. Ia seolah-olah bahasa Melayu sangat mundur dan tidak bersesuaian lagi dengan kemajuan pada zaman moden ini.iii. Penggunaan sepenuhnya bahasa Melayu untuk pengiklanan serta papan tanda dan nama kedai di kawasan bandar, lebuh raya dan pekan. Papan tanda pengiklanan yang diperlihatkan kepada umum mestilah bahasa Melayu tanpa dimasukkan bahasa lain. Manakala daripada segi tatabahasa perlulah dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum iklan tersebut dikeluarkan untuk tatapan umum. Bahasa yang tidak mengikut standard sebenar bahasa Melayu perlu diturunkan atau dinapuskaniv. Peranan media-massa juga perlu untuk memperkasa bahasa Melayu. Pihak penyiaran sama ada radio atau televisyen seperti TV1, TV2, TV3, TV7, TV8 dan TV9 mestilah menggunakan bahasa Melayu lebih berbanding bahasa lain. Mereka juga perlu mengurangkan kebanjiran filem-filem dan drama-drama dari luar seperti Indonesia, Amerika Syarikat dan Mexico. Banyakkan rancangan-rancangan tempatan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.v. Meningkatkan lagi usaha penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Melayu supaya pengaliran ilmu lebih dinamis dan sistematik. Institut Terjemahan Negara perlu memainkan peranan lebih pro-aktif. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama universiti-universiti tempatan juga perlu menerbitkan lebih banyak buku-buku versi bahasa Melayu sama ada untuk rujukan di perpustakaan dan bacaan umum. Oleh hal demikian, kerajaan mestilah menyediakan dana yang mencukupi untuk tujuan ini. Negara kita mampu mengadakan projek-projek mega yang menjangkau berbilion ringgit. Tidak mustahil untuk tujuan ini yang tidak sebesar projek

Page 26: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

mega itu dapat kerajaan laksanakan demi melihat bahasa Melayu maju ke hadapan seiring bahasa lain di dunia. Setelah lebih 50 tahun merdeka kita tidak perlu menunding jari kepada kelemahan bahasa Melayu semata-mata tanpa berusaha untuk mempertingkatnya daripada semasa ke semasa seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.vi. Menghapuskan penggunaan dwi bahasa dalam borang permohonan kerja terutamanya di sektor swasta. Penggunaan dwi bahasa ini tidak perlu kerana semua warganegara Malaysia telah memahami bahasa Melayu dengan baik sekali. Ini terbukti pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu adalah wajib di sekolah rendah dan menengah. Jangka masa pendidikan secara formal ini berlangsung selama enam hingga sebelas tahun. Mustahil dalam jangka masa tersebut sesorang itu tidak memahami istilah atau perkataan bahasa Melayu. Bagi pekerja asing yang ingin bekerja di Malaysia perlulah mempelajari bahasa Melayu selama enam bulan sebelum datang ke sini.vii. Mengadakan seminar bahasa Melayu serta kepentingannya. Seminar ini akan dapat memperkemaskan lagi bahasa bagi mengurangkan berlakunya percemaran bahasa dalam percakapan harian serta penulisan. Menurut (Awang Sariyan, 1988) Gejala pencemaran bahasa bukan perkara baru bagi bahasa Malaysia. Misalnya, meluasnya pengaruh bahasa pertuturan atau bahasa pasar yang kurang teratur dalam tulisan sudah sejak sekian lama berlaku. Tambahan pula zaman sains dan teknologi sekarang manusia suka kepada sesuatu yang cepat dan ringkas misalnya, Sistem Pesanan Ringkas (SMS).PENUTUPJelaslah bahawa bahasa Melayu perlu diperkasakan daripada semasa ke semasa mengikut peredaran zaman sesuai dengan kemajuan sains dan teknologi. Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa antarabangsa sebagaimana pada zaman kesultanan Melaka. Ia telah mencapai kemuncak sebagai bahasa perhubungan anatara para pedagang atau dikenali sebagai lingua-franca. Kritikan Munsyi Abdullah dan kemerdekaan negara pada tahun 1957 telah menjadi wadah perjuangan orang Melayu memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta setaraf dengan bahasa lain di dunia. Klimaks perjuangan mereka terdahulu dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan diikuti oleh universiti-universiti lain. Namun begitu, persaingan yang kuat dengan bahasa asing terutama bahasa Inggeris menjadikan bahasa Melayu dipandang rendah oleh orang Melayu sendiri. Mereka berpendapat bahasa Inggeris lebih mantap untuk mengejar kemajuan sesebuah negara. Justeru, mata pelajaran Sains dan Matematik telah ditukarkan kepada bahasa Inggeris seolah-olah bahasa Melayu dipinggirkan oleh bangsanya sendiri. Tindakan ini membantutkan pemerkasaan bahasa Melayu di Malaysia. Pejuang-pejuang bahasa Inggeris telah dibenarkan mengemukakan pendapat kepada umum sedangkan pejuang-pejuang bahasa Melayu tidak ditonjolkan. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan supaya pemerkasaan bahasa Melayu dapat dikembalikan ke tempat asalnya sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan.BIBLIOGRAFIKamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1964). Hikayat Abdullah I, Pustaka Antara: Kuala Lumpur.Awang Sariyan. (1988). Isu-isu Bahasa Malaysia. Fajar Bakti: Kuala Lumpur.

Page 27: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Mahzan Arshad (2007). Memperkasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah” Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.Dlm Masalah Pendidikan Jilid 30 (1). http://www.googlescholar.com Diakses pada 15 Februari 2010.Asmah Haji Omar. (1984). Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Abdullah Hassan (2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-IV (1952-2002). Persatuan Penterjemah Malaysia, Kuala Lumpur.Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain .(1992). Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 28: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Memperingati 37 Tahun Pulangnya Za`ba ke Pangkuan Allah

Pada 23 Oktober 2010, genaplah 37 tahun Pendeta Za`ba (1895-1973) meninggalkan alam fana untuk kembali ke pangkuan Allah S.W.T. Untuk mengenang jasa bakti Allahyarham kepada bahasa dan persuratan Melayu, saya siarkan sebuah makalah yang pernah saya tulis tentang sumbangan beliau dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu.

ZA`BA DALAM BIDANG BAHASA DAN PERSURATANSumbangan Pemikiran Za`ba dalam Pelanjutan Tradisi Linguistik Melayu

Prof. Dr. Awang Sariyan

[Dlm. Abdul Hamid Mahmood et al. 2005. Memartabatkan Warisan Pendeta Za`ba. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (hlm. 12 – 19)]

Tradisi linguistik Melayu yang diupayakan oleh tokoh setempat dan serantau di Alam Melayu dapat dikesan titik awalnya pada pertengahan abad ke-19, iaitu dengan mengambil tarikh terhasilnya karya tatabahasa Melayu oleh Raja Ali Haji, tokoh persuratan di Pulau Penyengat, Riau. Karya itu berjudul Kitab Bustan al-Katibin dan terbit pada tahun 1857. Karya tersebut merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa Melayu. Pada tahun 1859, Raja Ali Haji menghasilkan Kitab Pengetahuan Bahasa pula, iaitu karya yang dapat dikategorikan sebagai kamus dan sekali gus tatabahasa Melayu. 

Page 29: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Sesudah Raja Ali Haji, kurang jelas perkembangan penulisan linguistik Melayu oleh anak watan Melayu, sehinggalah kira-kira satu abad kemudian muncul seorang tokoh yang cukup gigih dan giat berusaha memantapkan sistem bahasa Melayu formal melalui penyusunan sistem ejaan Jawi dan Rumi, tatabahasa dan retorik. Tokoh itu ialah Za`ba, yang lahir pada 16 September 1895 di Batu Kikir, Jempul, Negeri Sembilan.

Za`ba ( Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad ) diiktiraf oleh masyarakat dan negara Malaysia, khususnya dan Alam Melayu, umumnya sebagai tokoh cendekiawan yang cukup berwibawa. Beliau pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang – agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan, dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Dalam bidang agama, beliau dapat digolongkan sebagai cendekiawan yang mendukung gerakan islah. Dalam bidang politik barangkali ada yang tidak tahu bahawa beliau penggerak aktif dalam menyatukan orang Melayu untuk menolak gagasan Malayan Union kerajaan Inggeris.

Daripada sekian banyak bidang yang diceburinya, bidang bahasalah yang tampaknya paling banyak dipertalikan orang dengan ketokohan dan sumbangannya. Sehingga kini, nama Za`ba seakan-akan bersinonim dengan perkembangan bahasa Melayu pada zaman baharu. Hal ini tidak menghairankan kerana memang Za`balah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu, baik dalam bidang ejaan, tatabahasa Melayu mahupun retorik. Za`balah yang menandai awal babak perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an, kira-kira satu dekad lebih awal daripada tokoh linguistik Amerika yang cukup berpengaruh dalam dunia linguistik Barat pada satu waktu dahulu, iaitu Leonard Bloomfield.

Taraf Za`ba sebagai perintis bahasa Melayu baharu diungkapkan dengan menarik sekali oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam pidato umum pengurniaan ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Za`ba oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 dengan kata-kata, “Karangannya yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu itu sungguh benar pelita yang menerangi suasana kelam keliru dan menunjuk jalan ke arah kesedaran orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bangsa itu. Dialah pemukul rebana kalbu masyarakat kita dalam Dewan Persuratan dan nyaring debarannya masih terdengar ke hari ini!” 

Seorang sarjana besar dari Indonesia Prof. Dr. Harimurti Kridalaksana (1986) mengangkat Za`ba sebagai Bapa Tata Bahasa Tradisional Melayu Malaysia, setaraf dengan Sasrasoeganda yang digelar Bapa Tata Bahasa Tradisional Indonesia. Pengangkatan taraf itu berasaskan pada pengaruh tatabahasa yang disusun oleh Za`ba yang cukup luas dan dalam tempoh yang panjang dalam sistem pendidikan

Page 30: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

di negara ini.

Prof. Dr. Asmah Haji Omar (1975), dengan berasaskan peranan buku tatabahasa karangan Za`ba yang dijadikan buku pegangan dalam sistem pendidikan di negara ini, menganggap buku Pelita Bahasa Melayu yang terbit dalam tiga jilid itu sebagai bible bagi guru-guru bahasa Melayu. Menurut Prof. Asmah lagi, sehingga tahun 1968 semua buku teks bahasa Melayu yang digunakan di sekolah disusun dengan berasaskan buku tatabahasa Za`ba. Hal ini bererti bahawa pengaruh Za`ba melampaui tempoh paling tidak 30 tahun dalam perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Malah sesudah munculnya pelbagai aliran linguistik dalam percubaan menganalisis jalan bahasa Melayu ketika ini, tatabahasa yang disusun oleh Za`ba masih tetap dirujuki. Buku Tatabahasa Dewan yang menjadi buku pegangan Kementerian Pendidikan Malaysia, misalnya, masih tetap menggunakan buku Za`ba itu sebagai salah satu rujukan penting. 

Sering juga kedengaran kata-kata sebilangan sarjana linguistik sendiri bahawa setengah-setengah konsep yang diperkatakan kini sebenarnya telah sedia ada dalam buku Za`ba tetapi tidak disedari oleh setengah-setengah ahli linguistik moden yang kadang-kadang tidak suka menoleh ke belakang untuk mengambil manfaat daripada hasil kerja orang terdahulu. Sebahagian analisis Za`ba yang ternyata masih dapat dijadikan sandaran untuk analisis bahasa Melayu kini telah saya kemukakan dalam kertas kerja yang berjudul “Penyusunan Tatabahasa Melayu di Malaysia : Dari Pelita Bahasa Melayu ke Tatabahasa Dewan” untuk Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1989.

Sebelum terbitnya Pelita Bahasa Melayu dalam tiga penggal pada tahun 1940, 1946 dan 1949 (pada tahun 2000 diterbitkan semula dalam edisi ejaan baharu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka), Za`ba sebenarnya telah menghasilkan buku Ilmu Bahasa Melayu pada tahun 1926 dan 1927. Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I yang terbit pada tahun 1940 telah mula ditulis pada tahun 1934 dan 11 bab selesai pada tahun 1936. Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal II pula siap ditulis pada tahun 1942 tetapi ditangguhkan penerbitannya ke tahun 1946 sesudah dibaiki dan disemak. Tiga tahun kemudian terbit pula Pelita Bahasa Melayu Penggal III. Ketiga-tiga buah buku beliau inilah yang menjulang namanya sebagai pengasas bahasa Melayu baharu. Maka memang kena pada tempatnya beliau dianugerahi gelar Pendeta dalam Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. 

Keunggulan Za`ba terletak pada kekuatan dan ketajaman intuisi serta pemerhatiannya terhadap sistem bahasa Melayu. Walaupun beliau tidak terdedah secara formal dalam disiplin linguistik, khususnya linguistik moden, analisis yang dihasilkannya membuktikan bahawa gagasan-gagasan penting dalam bidang ilmu itu ada dalam intuisinya. Apatah dihairankan kerana segala gagasan yang

Page 31: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik ternama di Barat itu pun sebenarnya hasil renungan dan pemikiran mereka juga. Dan kita di Alam Melayu ternyata memiliki pemikir yang setanding dengan sarjana di Barat. Pada saat istilah fonologi belum dikenal orang di negara in pada tahun 1930-an, Za`ba telah mengemukakannya lewat analisisnya tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Orang yang tidak memiliki intuisi tentang fonologi tidak mungkin dapat mengetengahkan analisis sistem ejaan sesuatu bahasa, kerana ejaan atau huruf merupakan lambang atau gambaran sistem bunyi bahasa.

Prof. Asmah Haji Omar (1976) dapat mengesan beberapa prinsip fonologi yang melandasi analisis Za`ba tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Antaranya termasuklah :

a. Keutamaan ucapan di atas tulisan (kewujudan bunyi mendahului tulisan)

“Maka sungguhpun ada beberapa banyak bangsa seperti Semang, Sakai dan sebagainya yang tiada mengerti pada jalan tulis-menulis tetapi sekaliannya bangsa-bangsa itu tahu juga bersuara dan bercakap.”(Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 3) 

b. Huruf sebagai lambang untuk bunyi

“Manusia itu tatkala bertambah-tambah majunya dapatlah ia merupakan tiap-tiapsuatu bunyi yang disebutnya itu dengan suatu gambar – gunanya untuk menampakkan percakapan itu kepada mata, supaya dapat difahamkan dengan dipandang sahaja oleh orang yang tiada mendengar seperti orang yang jauh jarak tempatnya atau masanya daripada orang yang punya percakapan itu.”(Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 5) 

c. Hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa

“...Bunyi itu masuk ke telinga mereka langsung terus kepada otaknya. Maka dengan serta-merta otak itu mengenal akan dia dan mengerti akan maksudnya. Begitulah juga pada segala bunyi-bunyi lain yang ada bermakna bagi orang yang punya bahasa itu.”(Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 1 – 2 )

Dalam usaha mengemukakan sistem ejaan bagi bahasa Melayu, Za`ba turut memperlihatkan ketajaman intuisinya tentang konsep-konsep fonetik, walaupun dengan cara yang cukup sederhana. Za`ba memperkenalkan adanya perbedaan

Page 32: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

bunyi vokal (yang diistilahkannya sebagai huruf saksi) dan bunyi konsonan (yang diistilahkannya sebagai huruf benar). Tentang huruf (sebenarnya bunyi) saksi, Za`ba mengenal pasti adanya bunyi vokal sempit atau tinggi (seperti bunyi u dan i). Za`ba menggolongkan bunyi a, e, o sebagai bunyi kasar dan e pepet, e, u sebagai bunyi halus.

Demikian juga Za`ba telah mengetengahkan konsep diftong dan vokal rangkap (istilah beliau bunyi berkait rapat dan bunyi berkait renggang ), ciri suprasegmental (seperti kepanjangan bunyi) yang menurutnya bukan sifat bahasa Melayu, dan keharmonian vokal. Tentang keharmonian vokal yang menjadi asas pengejaan kata yang terdiri daripda dua suku kata dan lebih, prinsip Za`ba berdasar pada keselarasan vokal halus lawan halus dan vokal kasar lawan kasar. Katanya :

“Pakailah saksi halus di hujung jika bunyi yang dahulunya halus, danpakailah saksi kasar di hujung jika bunyi yang dahulunya kasar.”(Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab V, pecahan 54)

Analisis Za`ba yang cukup berpengaruh dalam menentukan jalan bahasa Melayu ialah dalam bidang tatabahasa. Analisis beliau tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Za`ba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional.

Dalam membicarakan kata, Za`ba menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama, iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Setiap golonga utama itu dipecah-pecahkan kepada subgolongan. Misalnya di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Di bawah kedua-duanya ada pula pecahan yang lebih kecil, iaitu nama am atau nama nika dan nama khas. Tentang perbuatan pula, dipecahkannya golongan itu kepada perbuatan melampau dan perbuatan tidak melampau, yang kini kita kenal sebagai kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Antara gagasan Za`ba yang menarik tentang perbuatan ialah adanya perbuatan yang dapat menduduki fungsi nama, iaitu yang disebutnya perbuatan nama dan nama perbuatan. Jelas bahawa hal yang kini dibincangkan oleh ahli linguistik moden sebagai bentuk nominal telah dibincangkan jauh lebih awal oleh Za`ba.

Tentang sifat pula, Za`ba membahaginya kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua merujuk kepada adverba. Dalam keriuhan perancang bahasa dan pengguna bahasa mendapati tiadanya golongan kata adverba dalam buku Tatabahasa Dewan (sebelum edisi baharu 2009), maka sekali lagi tatabahasa

Page 33: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

yang disusun oleh Za`ba dirujuki untuk mengambil keputusan memasukkan golongan kata itu dalam edisi baharu buku tatabahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu. 

Tentang kata sendi pula, Za`balah yang meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat, misalnya antara kata pada dengan kata di, ke dengan kepada, dari dengan daripada, dan yang lain. Hingga kini, ketetapan yang dibuat Za`ba itu menjadi pegangan pendidik dan pelajar serta masyarakat umum dalam penggunaan bahasa Melayu rasmi.

Analisis Za`ba tentang ayat bahasa Melayu berkisar di sekitar ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait, dan ayat bercampur. Penggolongan ayat sedemikian tidak jauh berbeda dengan yang berlaku dalam bahasa-bahasa lain, dan hal ini memenuhi salah satu ciri asas kesejagatan bahasa. Ayat selapis merujuk kepada konsep ayat tunggal, iaitu ayat ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat berlapis samalah dengan ayat gabungan, sementara ayat berkait ialah padanan istilah bagi ayat pancangan walaupun konsep ayat berkait Za`ba lebih banyak berkaitan dengan ayat pancangan keterangan sahaja. Ayat bercampur samalah dengan ayat campuran, iaitu ayat yang terdiri daripada pelbagai binaan ayat. Jelaslah bahawa analisis ayat atau sintaksis yang terdapat dalam buku-buku tatabahasa kini masih tetap berasas pada analisis yang dibuat oleh Za`ba. Yang membedakannya hanya soal istilah dan kerangka pendekatannya sahaja. Sebagai contoh, sementara Za`ba menggunakan pendekatan tradisional, Tatabahasa Dewan, khususnya dalam aspek sintaksis, disusun berasaskan pendekatan transformasi–generatif.

Jenis-jenis ayat yang terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan pun telah dianalisis oleh Za`ba. Demikian juga ragam ayat yang dikenal sebagai ayat aktif dan ayat pasif telah digarap oleh Za`ba dengan istilah ayat bangun membuat dan ayat bangun kena buat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa rumus-rumus ayat pasif bahasa Melayu rasmi yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana linguistik moden tidak ada perbedaannya sama sekali dengan yang telah dikemukakan oleh Za`ba lebih setengah abad yang silam.

Selain berjasa besar dalam meletakkan asas sistem bahasa Melayu dalam bidang ejaan dan tatabahasa, Za`ba berjasa besar juga dalam mengetengahkan ilmu retorik. Karyanya Ilmu Mengarang Melayu yang mula terbit pada tahun 1934 telah dicetak ulang sebanyak enam kali dalam edisi Jawi hingga tahun 1956 dan terbit pula dalam edisi Rumi (dengan pindaan dan pembaikan) pada tahun 1962. Buku tersebut memberikan pedoman yang cukup praktis dalam kerja karang-mengarang, baik dalam bentuk prosa mahupun puisi. 

Prof. Dr. Hashim Awang dalam kertas kerjanya “Retorika Melayu dari Tanggapan

Page 34: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Za`ba” untuk Kongres Bahasa Melayu Sedunia (21 – 25 Ogos 1995) mengangkat Za`ba sebagai tokoh dan pelopor retorik Melayu. Kata beliau, buku Ilmu Mengarang Melayu Za’ba mendahului buku tokoh retorik Inggeris Cleanth Brooks dan Robert Penn Warren, iaitu Modern Rhetoric yang terbit enam tahun sesudah buku Za`ba itu.

Pembicaraan tentang pemikiran dan kesarjanaan Za`ba tidak mungkin terungkapkan dalam makalah sesederhana ini. Kajian yang mendalam lagi analitis dan kritis diperlukan untuk menghargai jasa dan sumbangan Za`ba dalam bidang bahasa dan persuratan. Usahlah kita sekadar mengagumi Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield, Noam A. Chomsky, M. A. K. Halliday, John Lyons, dan yang lain dari dunia barat sehingga lupa akan kehebatan Za`ba dalam meletakkan asas perkembangan ilmu bahasa atau linguistik di Malaysia dan di Alam Melayu. Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi Za`ba dalam rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakan usaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu baharu. Demikian juga, usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za`ba yang bersifat muzium tokoh seakan-akan muzium Hemingway di England itu akan dapat mengabadikan sumbangan Za`ba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau berbahasa Melayu ini.

Rujukan 

Asmah Haji Omar, 1976. "Za`ba dalam Linguistik : Satu Tinjauan mengenai Aspek-aspek Bahasa yang Diutarakannya" dlm. Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ( Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta Za`ba ). Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Awang Sariyan, 1977. "Tatabahasa Za`ba dan Tatabahasa Asmah Haji Omar: Satu Perbandingan dan Penilaian dari Segi Analisa Ayat Melayu". Latihan Ilmiah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu: Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Sariyan, 1996. "Penyusunan Tatabahasa Melayu : Dari Pelita Bahasa Melayu ke Tatabahasa Dewan” dlm. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harimurti Kridalaksana, 1986. Kelas Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta : Penerbit PT Gramedia.

Page 35: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Hashim Awang, 1995. "Retorika Melayu dari Tanggapan Za`ba". Kertas Kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia (21-25 Ogos 1995), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1976. "Pendeta Za’ba : Suatu Penghormatan" dlm. Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan (Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta Za’ba). Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan