bahasa melayu sebagai bahasa undang-undang

9
8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 1/9 Bahasa Melayu sebagai bahasa undang-undang Oleh Shaikh Mohamed Noordin ∗ Pengenalan Kebelakangan ini terdapat banyak pihak yang mempersoalkan tentang pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan dan kehakiman di negara ini terutama pengunaannya di mahkamah  peringkat tertinggi 1 . Ramai yang menyalahkan pihak hakim kerana dikatakan tidak begitu  bertegas dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan sepenuhnya di mahkamah mereka. Ada yang menyalahkan pihak peguam kerana lebih suka memilih bahasa Inggeris atas sebab kelongaran-kelongaran yang diberikan walaupun mereka sebenarnya fasih berbahasa Melayu. Ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana terlalu lembab dalam menterjemahkan semua undang-undang yang sedang berkuat-kuasa kedalam bahasa Melayu, sedangkan tempoh  peralihan selepas sepuluh tahun dari tarikh hari merdeka sepatutnya bahasa Melayu digunakan sudah lama berlalu. Tidak kurang juga ada yang menyalahkan sistem pendidikan undang-undang itu sendiri termasuk ahli-ahli akademik yang nampaknya lebih gemar menulis dalam bahasa Inggeris kerana mengharapkan tulisan mereka akan mendapat bacaan yang lebih meluas. Pendek kata setiap pihak yang terlibat masing-masing mempunyai alasan dalam mempertahankan sikap mereka yang menyumbang kepada kelembaban dalam perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu dibidang perundangan dan kehakiman ini. Persoalannya sekarang, ketahap manakah penggunaan bahasa Melayu itu hendak disasarkan dan  bagaimanakah kejayaan penggunaan bahasa Melayu ini boleh dinilai. Dibidang manakah  penggunaan bahasa Melayu itu harus diberi lebih tumpuan? Adakah penggunaannya secara lisan itu patut dititik beratkan berbanding dalam bidang penulisan? Sumber perundangan manakah  perlu diperbanyakkan dalam bahasa Melayu supaya dapat memenuhi permintaan pengamal undang-undang di negara ini? Kejayaan perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu boleh dilihat dalam dua jenis undang-undang yang dinamakan undang-undang bertulis (written law) dan undang-undang tidak bertulis (unwritten law). Apa yang dimaksudkan dengan undang-undang bertulis itu adalah undang- undang yang digubal oleh badan-badan pembuat undang-undang seperti dewan perundangan termasuk pihak eksekutif. Undang-undang yang digubal itu pula kemudiannya akan diwartakan sebelum dikuatkuasakan seperti akta-akta dan perundangan subsidiari. Manakala undang- undang tidak bertulis (unwritten law) pula adalah undang-undang yang dibuat oleh hakim melalui penghakiman mereka yang lazimnya akan dilaporkan dalam laporan undang-undang (law reports 2 ). Undang-undang tidak bertuls ini juga dikenali sebagai undang-undang kes. Masaalah penggunaan dwi-bahasa perundangan 1 Artikel terbaru yang mempersoalkan penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah; Bahasa Melayu Dalam Mahkamah (Utusan – 7-12-2008) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=1207&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive 2 Contoh laporan Undang-Undang seperti Malayan Law Journal (MLJ), Current Law Journal (CLJ) dan All Malaysia Reports (AMR). 1

Upload: shaikh-mohamed-noordin

Post on 30-May-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 1/9

Bahasa Melayu sebagai bahasa undang-undangOleh Shaikh Mohamed Noordin

∗ 

Pengenalan

Kebelakangan ini terdapat banyak pihak yang mempersoalkan tentang pengunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa perundangan dan kehakiman di negara ini terutama pengunaannya di mahkamah peringkat tertinggi1. Ramai yang menyalahkan pihak hakim kerana dikatakan tidak begitu

 bertegas dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan sepenuhnya di mahkamah

mereka. Ada yang menyalahkan pihak peguam kerana lebih suka memilih bahasa Inggeris atassebab kelongaran-kelongaran yang diberikan walaupun mereka sebenarnya fasih berbahasa

Melayu.

Ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana terlalu lembab dalam menterjemahkan semua

undang-undang yang sedang berkuat-kuasa kedalam bahasa Melayu, sedangkan tempoh

 peralihan selepas sepuluh tahun dari tarikh hari merdeka sepatutnya bahasa Melayu digunakan

sudah lama berlalu. Tidak kurang juga ada yang menyalahkan sistem pendidikan undang-undangitu sendiri termasuk ahli-ahli akademik yang nampaknya lebih gemar menulis dalam bahasa

Inggeris kerana mengharapkan tulisan mereka akan mendapat bacaan yang lebih meluas. Pendek 

kata setiap pihak yang terlibat masing-masing mempunyai alasan dalam mempertahankan sikapmereka yang menyumbang kepada kelembaban dalam perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu

dibidang perundangan dan kehakiman ini.

Persoalannya sekarang, ketahap manakah penggunaan bahasa Melayu itu hendak disasarkan dan

 bagaimanakah kejayaan penggunaan bahasa Melayu ini boleh dinilai. Dibidang manakah

 penggunaan bahasa Melayu itu harus diberi lebih tumpuan? Adakah penggunaannya secara lisan

itu patut dititik beratkan berbanding dalam bidang penulisan? Sumber perundangan manakah

 perlu diperbanyakkan dalam bahasa Melayu supaya dapat memenuhi permintaan pengamalundang-undang di negara ini?

Kejayaan perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu boleh dilihat dalam dua jenis undang-undang

yang dinamakan undang-undang bertulis (written law) dan undang-undang tidak bertulis

(unwritten law). Apa yang dimaksudkan dengan undang-undang bertulis itu adalah undang-undang yang digubal oleh badan-badan pembuat undang-undang seperti dewan perundangan

termasuk pihak eksekutif. Undang-undang yang digubal itu pula kemudiannya akan diwartakan

sebelum dikuatkuasakan seperti akta-akta dan perundangan subsidiari. Manakala undang-

undang tidak bertulis (unwritten law) pula adalah undang-undang yang dibuat oleh hakimmelalui penghakiman mereka yang lazimnya akan dilaporkan dalam laporan undang-undang

(law reports2). Undang-undang tidak bertuls ini juga dikenali sebagai undang-undang kes.

Masaalah penggunaan dwi-bahasa perundangan

1Artikel terbaru yang mempersoalkan penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah; Bahasa Melayu Dalam

Mahkamah (Utusan – 7-12-2008) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=1207&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

2 Contoh laporan Undang-Undang seperti Malayan Law Journal (MLJ), Current Law Journal  (CLJ) dan All 

Malaysia Reports (AMR).

1

Page 2: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 2/9

 

Masih terdapat dokumen-dokumen perundangan utama Malaysia yang menggunakan bahasaInggeris sebagai naskah sahih, misalnya naskah sahih Perlembagaan Persekutuan itu adalah

 bahasa Inggeris. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/673 pula menyebut bahawa bermula dari 1

September 1967 naskah bahasa Inggeris bagi undang-undang yang baru digubal tidak lagi

dijadikan sebagai naskah sahih sebaliknya digantikan dengan naskah bahasa Melayu sebagai

naskah sahih, namun penggunaan kedua-dua bahasa ini masih diwajibkan dalam semua pengwartaan rang undang-undang, akta, enakmen dan perundangan subsidiari.

Walaupun telah disebut bahawa naskah bahasa kebangsaan itu akan dijadikan teks sahih bermula

1 September 1967, namun masih banyak lagi akta-akta yang digubal sebelum 1 September 1967

yang masih kekal dalam naskah asal berbahasa Inggeris dan masih menuggu giliran untuk diterjemahkan kedalam bahasa Melayu sebagai naskah sahih yang baru, selagi akta-akta ini tidak 

diterjemahkan, selagi itulah naskah Inggeris itu akan terus dijadikan sebagai naskah sahih.

Ini bererti bahawa bahasa Inggeris masih perlu digunakan di mahkamah terutama apabila kes-kesyang melibatkan akta-akta yang naskah sahihnya berbahasa Inggeris itu timbul dalam

 perbicaraan. Begitu juga dengan perundangan subsidiari, jika ianya diperbuat dan dikeluarkandibawah Akta, Ordinan dan Enakman yang dikanunkan sebelum 1 September 1967, teks bahasaInggeris perundangan subsidiari ini masih kekal dijadikan sebagai naskah sahih seperti mana

yang disebut dalam Pemberitahu Undang-Undang, P.U. 32/1968.

 Notis awal mengenai penggunaan bahasa Melayu yang bakal dilaksanakan dalam mahkamah di

negara ini sudah mula disebut didalam Pekara 152 Perlembagaan Persekutuaan 1957, dalam

 peruntukan sementara Fasal (4) dan (5)4 dimana bahasa Inggeris masih lagi dibenarkan

 penggunaannya buat sementara waktu selama sepuluh tahun dari tarikh hari merdeka 31 Ogos1957 dikedua-dua peringkat mahkamah tinggi dan rendah.

3 Teks penuh Akta ini boleh didapati disini: http://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%201/Akta%2032.pdf http://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%201/Akta%2032.pdf  

4 “Fasal (4) dan (5), Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan

(4) Walau apapun Peruntukan Fasal (1), selama tempuh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada

itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan dalam Mahkamah Agung atau MahkamahTinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris: Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi

kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah

diterjemah atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apapun peruntukkan Fasal (1), sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan dalam

Mahkamah Rendah, lain daripada mengambil keterangan, hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris”.

2

Page 3: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 3/9

Seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan 19675 diperkenalkan kemudiannya dengan tujuan untuk 

menggantikan peruntukan sementara Fasal (4) dan (5) ini, namun peruntukan ini masih memberikelonggaran kepada penggunaan bahasa Inggeris di mahkamah. Mahkamah mempunyai budi

 bicara untuk membenarkan salah satu bahasa Melayu atau Inggeris digunakan bagi keseluruhan

 prosiding, pilihan yang diberi itu nampaknya ia tidak memihak kepada bahasa Melayu dan sekali

gus langsung tidak membantu usaha-usaha mempertabatkan penggunaan bahasa Melayu di

mahkamah.

Walau bagaimana pun keadaan ini telah pun diperbetulkan melalui Akta A765 Akta BahasaKebangsaan (Pindaan) 1990 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 1990 bertujuan untuk memantapkan

lagi penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. Peruntukan yang dipinda kini cuma

membenarkan bahasa Inggeris digunakan dalam keadaan tertentu saja, namun peruntukkan inimasih juga tidak menghalang penggunaan bahasa Inggeris sama sekali dalam mahkamah di

negara ini terutama diperingkat mahkamah tinggi keatas.

Usaha mendaulatkan bahasa Melayu

Bagi menampung kekurangan sumber perundangan dalam bahasa Melayu, kita perlu mengenal pasti sumber-sumber perundangan yang perlu diperbanyakkan dalam bahasa Melayu mengikutkepentingan dan keperluan amalan perundangan itu sendiri. Dua jabatan utama kerajaan iaitu

Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan

 penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan dan keghakiman ini. Penglibatan kedua-dua jabatan ini sebenarnya dapat membantu melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dengan

lebih berkesan disamping dapat mempercepatkan lagi kekayaan sumber undang-undang bertulis

dan undang-undang tidak bertulis dalam bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengamal-pengamal perundangan di negara ini.

Satu Unit khas yang dipanggil ”Unit Penterjemahan” telah ditubuhkan pada 1 April 1964 oleh

Jabatan Peguam Negara. Pada mulanya Unit ini diberi tanggungjawab untuk menterjemahkan borang-borang berkanun kedalam bahasa Melayu, menterjemahkan semua perundangan utama

dan perundangan subsidiari yang digubal selepas Akta Bahasa Kebangsaan ini diluluskan pada

tahun 1963 dan diteruskan selepas Akta yang sama sekali lagi diluluskan selepas tempuh penaguhan penggunan bahasa kebangsaan itu tamat dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 

1967, memterjemahkan undang-undang yang sedia ada dan menterjemahkan perjanjian

antarabangsa dan lain-lain dokumen perundangan yang dianggap perlu.

Pada tahun 1979 Unit Penterjemahan ini ditukarkan namanya dengan nama Seksyen Bahasa Kebangsaan, Bahagian Gubalan. Fokus utama Seksyen ini ialah untuk merealisasikan

 peruntukkan Seksyen 6 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/676 yang mengkhendaki semua rang

5”Bahasa Mahkamah

8. Segala prosiding (selain pemberian keterangan oleh sesaorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

Dengan syarat nahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau permintaan mana-mana pihak 

dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan

supaya prosiding itu (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dijalankan dalam bahasa Inggeris.”

6“Teks sahih undang-undang

3

Page 4: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 4/9

undang-undang dan perundangan subsidiari digubal dengan menggunakan bahasa Inggeris dan

 bahasa Melayu dilakukan secara serentak.

Sekysen Bahasa Kebangsaan kemudiannya dipecahkan kepada dua Unit iaitu Unit A dan Unit B

 bagi mengasingkan tugas antara mengubal dan menterjemah undang-undang. Unit A

menumpukan usaha-usaha dalam mengubal rang undang-undang dan perundangan subsidiari

yang baru dibuat selepas 1 September 1967 dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secaraserentak, manakala Unit B pula menumpukan usaha-usaha dalam menterjemahkan semua akta-

akta lama yang digubal dalam bahasa Inggeris sebelum 1 September 1967 ke bahasa Melayu.

Bagi tujuan mencari maksud yang tepat dalam sesuatu istilah perundangan itu, satu jawatankuasa

khas yang dinamakan Jawatankuasa Istilah telah ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 Disember 1965 yang disertai oleh ahli-ahli akademik, ahli-ahli bahasa dan peguam-

 peguam, termasuk dari Jabatan Peguam Negara. Senarai istilah undang-undang pertama hasil

dari usaha jawatankuasa ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970.

Jawatankuasa ini telah dinaikkan taraf menjadi Jawatankuasa Istilah Undang-Undang 

 Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM). Edisi semakan istilah undang-undang telahdihasilkan dari Jawatankuasa ini dan diterbitkan pada tahun 1985. Selain dari Jawatankuasa ini,satu lagi jawatankuasa istilah ditubuhkan dibawah Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara

 pada 3 September 1981 yang dinamakan Jawatankuasa Istilah Seksyen Bahasa Kebangsaan

(JKISBK). Fungsi utama JKISBK ialah untuk memutakmatkan istilah-istilah yang diraguiketepatan maksudnya untuk penggunaan dalam teks perundangan.

Jabatan kehakiman juga mempunyai peranan yang hampir sama seperti Jabatan Peguam Negara

dalam memastikan perlaksaan penggunaan bahasa Melayu berjalan lancar dalam bidangkehakiman. Penggunan bahasa Melayu dalam mahkamah secara lisan merangkumi

 penggunaanya dalam perbicaraan (proceedings), pertuduhan (charge), sebutan (mention),

keterangan saksi-saksi, hujah-hujah dan alasan keputusan secara lisan. Manakala penggunaannyasecara tulisan pula meliputi surat-menyurat, notis-notis amalan, perkeliling kehakiman, penyata-

 penyata rayuan (records of appeal), pengistiharan persidangan dan penghakiman bertulis (written

 judgments) yang juga dikenali sebagai undang-undang tidak bertulis atau undang-undang kes.

Sejak berakhirnya tempuh peralihan penggunaan bahasa Inggeris selepas sepuluh tahun dari

tarikh merdeka pada 1 September 1967 itu, surat pekeliling pertama7 mengenai arahan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah mula diedarkan kepada semua Presiden Mahkamah

6. Teks – 

(a) bagi segala Rang Undang-Undang yang akan dikemukakan atau pindaan kepadanya yang akandicadangkan dalam Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri;

(b) bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiary yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutua;

(c) bagi segala Enakmen dan perundangan subsidiary yang dikeluarkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri; dan(d) bagi segala Ordinan yang diistiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris, dan teks dalam bahasa kebangsaan itu adalah

sahih melainkan jika Yang diPertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada secara am atau bagi mana-mana

undang-undang yang tertentu.”

7 Surat Pekeliling No. 7, Tahun 1969 (20 November 169).

4

Page 5: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 5/9

Sesyen (kini dinamakan Hakim Mahkamah Sesyen) dan Majistret telah dikeluarkan pada 20

 November 1969. Arahan penggunaan bahasa Melayu ini kemudian diperluaskan lagi kepadasemua peringkat mahkamah pada 21 September 19818 mengarahkan seluruh urusan mahkamah

dan surat menyurat dari Jabatan Kehakiman hendaklah menggunakan bahasa Melayu.

Hasil perlaksaan penggunan bahasa Melayu didalam mahkamah dapat dinilai melalui banyaknya

 penghakiman yang ditulis dalam bahasa Melayu. Biro Terjemahan Mahkamah Agong telahditubuhkan dalam bulan Ogos 1984 untuk menterjemahkan sebeberapa banyak Alasan

Penghakiman Mahkamah Agong sebagai menandakan bermula penggunaan bahasa Melayudalam undang-undang tidak bertulis dimana penghakiman bahasa Melayu turut dilaporkan secara

dwi-bahasa didalam siri-siri utama laporan undang-undang Malayan Law Journal (MLJ) danCurrent Law Journal (CLJ).

Biro ini kemudiannya telah ditukar nama kepada nama baru iaitu Bahagian Penyelidikan danSekretariat Bahasa Melayu Mahkamah Agong (BPSBMA) sejajar dengan peranannya yang lebih

agresif dan menyeluruh. Beberapa nota-nota amalan9 dan Pekeliling Hakim Besar 10 telahmenyusul mengarahkan mahkamah menyelaraskan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah

termasuk memberi Alasan Penghakiman dalam bahasa Melayu.

Satu lagi lagi jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Malaysia di

Mahkamah (JPPBMM) telah ditubuhkan pada 15 Mac 1988 bertujuan untuk membuat

 perancangan bersepadu dan bersistematik supaya penggunaan bahasa Melayu di mahkamahdapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Usaha sama diantara Dewan Bahasa dan Pustaka,

Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat Bahasa Melayu Mahkamah Agong (BPSBMA) dan

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia telah berjaya menerbitkan sebuah jurnal undang-

undang pertama dalam bahasa Melayu pada 4 Disember 1989 yang dipanggil Jurnal Kanun yangturut melaporkan penghakiman Mahkamah Agong yang ditulis dalam bahasa Melayu. Berbagai

lagi usaha telah dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat Bahasa Melayu

Mahkamah Agong bagi mempertabatkan penggunaan bahasa Melayu termasuk mengadakankelas bahasa Melayu serta memperkenalkan dan memperbaiki lagi istilah-istilah bahasa Melayu

8 Pekeliling Pendaftar (U) Bil. 12 & 13 tahun 198199.

(i) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 1 Tahun 1988, bertarikh 11 Oktober 1988.

(ii) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 2 Tahun 1988, bertarikh 1 November 

1988.

(iii) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 3 Tahun 1988, bertarikh 3 Disember 

1988.

(iv) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 1 Tahun 1989, bertarikh 28 Januari

1989.(v) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 2 Tahun 1989, bertarikh 4 April 1989.

10 (i) Perkeliling Hakim Besar Malaya No. 2/1990 bertarikh 10 Mei 1990 bertajuk “Perlaksanaan Pengunaan

Bahasa Malaysia di Mahkamah”.

(ii) Arahan Amalan No. 2 Tahun 1990 bertarikh 31 Mei 1990 bertajuk “Prosiding Mendesak dan Prosiding

Belum Selesai”.

(iii) Perkeliling Hakim Besar Malaya No. 3 Tahun 1990 bertarikh 25 Jun 1990 bertajuk “Alasan

Penghakiman dalam Bahasa Malaysia”.

5

Page 6: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 6/9

Page 7: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 7/9

 perundangan utama, perundangan subsidiari dan juga pengunaannya dalam undang-undang

 bertulis dan undang-undang tidak bertulis dapat diperkayakan lagi.

Sesungguhnya usaha-usaha untuk mempertabatkan pengunaan bahasa Melayu dalam bidang

 perundangan dan kehakiman ini perlu diteruskan sepanjang masa kerana ruang untuk 

memperbaikinya sentiasa terbuka. Disamping itu kita juga perlu menerima hakikat bahawa

 bahasa Inggeris masih perlu digunakan dalam sistem perundangan kita tetapi tidaklah ianyasampai boleh menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan yang

terunggul di negara ini.

Rejukan

Pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan dalam bidang perundangan, oleh

Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara, Bab 1, Bahasa dan Undang-Undang. Nik Safiah dan

Faiza Tamby Chik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pusataka, 1994 ms 3 hingga 11.

Bahasa Melayu dalam bidang undang-undang: Perspektif penggunaannya di mahkamah,oleh Faiza Tamby Chik, Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban, Bab 2, Bahasa dan Undang-

Undang. Nik Safiah dan Faiza Tamby Chik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pusataka, 1994 ms

43 hingga 64.

Peranan Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat Bahasa Mahkamah Agung dalam usaha

meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman, oleh

Wan Adnan Muhamad, Pengarah, Biro Bantuan Guaman, Bab 7, Bahasa dan Undang-Undang.

Nik Safiah dan Faiza Tamby Chik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pusataka, 1994 ms 125

hingga 147.

Bahasa Melayu Dalam Mahkamah (Utusan – 7-12-2008)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1207&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

 

Kotakan Janji Bahasa Melayu di Mahkamah (Utusan - 9-12-2008)

http://panduan.org/content/kotakan-janji-bahasa-melayu-di-mahkamah 

Lucut keistimewaan peguam tidak fasih bahasa Melayu (Utusan – 10-12-2008)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm&arc=hive 

Memartabat Bahasa Melayu Di Mahkamah Oleh Zainul Rijal Abu Bakar (Berita Harian – 

17-12-2008)

http://peguamsyarie.org/?p=370

 

Guna sepenuhnya BM di mahkamah (Utusan – 17-12-2008)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_11.htm&arc=hive

 

7

Page 8: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 8/9

DBP perlu kuasa - Ambil tindakan undang-undang pihak perlekeh bahasa Melayu – Oleh

Zabry Mohamad (Mingguan Malaysia – 5-3-2006)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=0305&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive

8

Page 9: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

8/14/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-undang-undang 9/9

  Nota: Penulis adalah seorang bekas pustakawan undang-undang di firma guaman yang kini

 juga seorang penyelidik undang-undang bebas.