bahasa melayu pt3

107
BAHASA MELAYU PT3 Sampel Soalan PT3 Bahasa Melayu BAHAGIAN A : (25 MARKAH) Soalan 1 : (8 markah) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Soalan 2 : (3 markah) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Soalan 3 : (10 markah) Kemahiran sintaksis Soalan 4 : (4 markah) Kemahiran Peribahasa BAHAGIAN B : (30 MARKAH) Soalan 5 : (10 markah) Pemahaman Prosa Tingkatan 1: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional Prosa Moden Drama Tingkatan 2: Antologi Gema Sepi Gadis Genius Prosa Tradisional Prosa Moden Drama Tingkatan 3: Antologi Harga Sebuah Lukisan Prosa Tradisional Prosa Moden Drama Soalan 6 : (10 markah) Pemahaman Puisi

Upload: srikandi-utara

Post on 22-Nov-2015

478 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU PT3

Sampel Soalan PT3 Bahasa Melayu

BAHAGIAN A : (25 MARKAH)Soalan 1 : (8 markah)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa.Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruanganyang disediakan.

Soalan 2 : (3 markah)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan.Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut.

Soalan 3 : (10 markah)Kemahiran sintaksis

Soalan 4 : (4 markah)Kemahiran Peribahasa

BAHAGIAN B : (30 MARKAH)Soalan 5 : (10 markah)Pemahaman ProsaTingkatan 1: Antologi Kasut Kelopak JantungProsa TradisionalProsa ModenDramaTingkatan 2: Antologi Gema Sepi Gadis GeniusProsa TradisionalProsa ModenDramaTingkatan 3: Antologi Harga Sebuah LukisanProsa TradisionalProsa ModenDrama

Soalan 6 : (10 markah)Pemahaman PuisiTingkatan 1: Antologi Kasut Kelopak JantungPuisi TradisionalPuisi ModenTingkatan 2: Antologi Gema Sepi Gadis GeniusPuisi TradisionalPuisi ModenTingkatan 3: Antologi Harga Sebuah LukisanPuisi TradisionalPuisi Moden

Soalan 7 : (10 markah)Kajian NovelKajian NovelTingkatan 1 :Bukan DuniakuTingkatan 2 :Lestari Bukit MenghijauTingkatan 3 :6:20

BAHAGIAN C : (15 MARKAH)Soalan 8 : (15 markah)Karangan Berdasarkan Bahan RangsanganPanjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataanKarangan Contoh 1 : Perpaduan kaumKarangan Contoh 2 : Ciri-ciri pelajar cemerlang Karangan Contoh 3 : Manfaat penjagaan kebersihan Karangan Contoh 4 : Kepentingan sungai kepada manusia

BAHAGIAN D : (30 MARKAH)Soalan 9 : (30 markah)Karangan Respons TerbukaPanjangnya lebih daripada 180 patah perkataan3 Soalan dikemukakanKarangan Contoh 1 : Memartabatkan bahasa kebangsaanKarangan Contoh 2 : Kemalangan jalan raya

GEMA SEPI GADIS GENIUS ( Azmah Nordin )Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Sinopsis:

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program 'antibusut'. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya. Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.

Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah 'busut' yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.

Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Saluran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakanya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabilapintu yang terkuak berbunyi. Beberapa orang remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu.

Selepas itu, sekali lagi osiloskop dipasang untuk mengesan gema panggilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit umpan mengena.

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.Tema:Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil ( hacker ) komputer.

Persoalan: 1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer. Contonya, Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyusup sistem di makmal.

2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi. Contohnya, hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.

3. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran. Contohnya, Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang seni dan kesusasteraan.Plot:

Permulaan

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiada pun daripadanya berjudul program 'antibusut'. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.

Perkembangan

Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah 'busut' yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks

Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat uji kaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.

PeleraianBasirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Teknik Penceritaan:1. Deskriptif (pemerian ). Contohnya, dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).

2. Monolog dalaman. Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu ( m/s 10 ).

3. Imbas kembali. Contohnya, Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s4).

4. Imbas muka. Contohnya, Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah ( m/s 17 )

Watak dan Perwatakan( 1 ) Watak UtamaBasirah Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun.

Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.

Siswi dalam jurusan Sains Komputer.

Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.

Seorang yang pintar.Watak SampinganHanani Anak sulung kepada ahli perniagaan dan berusia 16 tahun.

Kakak kepada Basirah.

Seorang yang lincah dan kreatif.

Suka mengambil berat akan adiknya.

Mempunyai ramai kawan.

Seorang yang suka kegiataan rekreasi.

Latar:Latar Masa(i) Siang - Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal Perdana(ii) Malam - Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah(iii) Hari Minggu - Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di makmal sistem komputer, Makmal Perdana.Latar Tempat(i) Makmal sistem komputer di Makmal Perdana - tempat Basirah menjalani latihan amali tahun akhir jurusan Sains Komputer.(ii) Pusat bandar Kota Kinabalu - tempat letaknya Makmal Perdana.(iii) Sekolah kanak-kanak pintar - tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-kanak.(iv) Institusi pengajian tinggi di Semenanjung - tempat Basirah belajar sebagai siswi jurusan Sains Komputer.Latar Masyarakat:(i) Masyarakat yang celik komputer - Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer.(ii) Masyarakat terpelajar - Basirah merupakan siswi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi.(iii) Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung.Gaya Bahasa:(i) Metafora:Contohnya, meniti buih di jeram ( m/s 3 ), mata fikir ( m/s 2 )(ii) Diksi: Bahasa Inggeris - hyperintelligent ( m/s 2 ), the exteminator ( m/s 8 )Bahasa IT - Sofware (m/s 1 ), user ( m/s 1 ), hacker ( m/s 2 )Istilah Sains - Osiloskop ( m/s 11 )(iii) Hiperbola:Contohnya, Menggunung secara halimunan juga ( m/s 9 )(iv) Sinkope:Contohnya, Dah ( sudah ), Kak ( kakak )(v) Simile:Contohnya, Dipuji macam bidadariContohnya, Diraikan macam puteri(vi) PerlambanganContohnya, BusutNilai:1. Nilai kasih sayang. Contohnya, kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi Basirah yang ke 14.2. Nilai berusaha. Contohnya, Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.Pengajaran:1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.

ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNGTINGKATAN 1

ANALISIS CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG.(GHAZALI LATEH)

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan kasut. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya.

Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama-sama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

TEMAKesusahan hidup seorang pelajar miskin dalam mengharungi alam persekolahan .

Contohnya Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang tinggal di kawasan pedalaman. Setiap hari Ahmad akan ke sekolah dengan berkaki ayam kerana tidak mampu untuk membeli kasut sekolah

PERSOALAN

Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.

Keprihatinan guru terhadap masalah murid.Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.

Keikhlasan murid membalas jasa guru.Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.

Kepentingan memakai kasut di sekolah.Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.

Penghargaan murid terhadap jasa guru.Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.

WATAK DAN PERWATAKAN

CIKGU HARUNCikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.

AHMADAhmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.

IBU AHMADIbu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.

PLOT

PERMULAANPada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos.

Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

PERKEMBANGAN

Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.

Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan ke sekolah.

Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

PERUMITAN

Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.

Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.

Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

PUNCAK

Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.

Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.

Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.

PELERAIAN

Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.

Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.

Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.

TEKNIK PLOT

Dialog:pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

Monolog:watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.Bukti: Jauh juga rumah Ahmad, bisik hati kecil Cikgu Harun.

Monolog dalaman:kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa.Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

Kejutan:peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut melihat Ahmad masih memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

Suspens:peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembacaBukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut.Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

Pemerian:gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

Imbas kembali:teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau mendenda anak muridnya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

LATAR TEMPAT

Rumah Cikgu Harun di bandarBukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

Kawasan pedalamanBukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.

Bilik darjahBukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.

Padang sekolahBukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

Rumah AhmadBukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.

Kebun sayurBukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

PekanBukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.

LATAR MASA

Zaman modenBukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

30 tahun yang laluBukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

Tempoh semingguBukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibukaBukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

16 MeiBukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari Guru.

Selepas sekolah tamat / tengah hariBukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat guruBukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

Masyarakat pelajarBukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.

Masyarakat miskinBukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

Masyarakat yang mengenang jasa guruBukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.

Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinanBukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah pondok di hujung kampung.

GAYA BAHASA

Paradoks:gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.

Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.

Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.Waktu rehat Ahmad tidak keluar.Dia tidak bercakap banyak.Dia telah pun menduga.

Simile unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya.-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kakiayam yang mencakar najis.Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

Peribahasa: ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarangBuktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur.

Personifikasi: penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.Bukti: Rasa bersalah mula menyerang perasaannya. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu sindiran dan keikhlasan telah bergumpal menjadi satu

Sinkof: penggunaan singkatan kataBuktinya: tak, dah, nak, ni

Repitasi: pengulangan kata.Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah.

Gaya bahasa dialogBukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

Diksi Bahasa Inggeris- Uniform

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN

Nilai murni: Menghormati orang yang lebih tuaPengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita.Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

Nilai murni: KeinsafanPengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

Nilai murni: KeikhlasanPengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

Nilai murni -KetabahanPengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Nilai murni: KesabaranPengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

Nilai murni: KegigihanPengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

Nilai murni: BertanggungjawabPengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

Nilai murni: KesungguhanPengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin.Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

Nilai murni: Baik hatiPengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.

Drama Hemodialisis(Jais Sahok)

1) SINOPSIS

Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif. Abah tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah. Abah menganggap dia akan mati tanpa mahu berusaha mengubati penyakitnya. Abah cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Setelah empat jam, abah pulang bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri.

Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu. Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi dan mahu abah terus hidup. Abah dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman lelakinya Saufi. Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya. Abah yang terlalu gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya. Keadaan menjadi cemas. Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.

2) TEMA

Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

3) PERSOALAN

1. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra.

2. Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor.

3. Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematian apabila sakit.

4) WATAK & PERWATAKAN

1) Abah

Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.

Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis.

Seorang penulis yang hebat diakui oleh Dr. Afif.

Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak tak bagi mama menelefon anak-anak.

Seorang yang bersifat penyayang, tegas mendidik anak-anak sehingga berjaya.

Tidak mementingkan diri sendiri tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang doktor.

Seorang yang suka bergurau.

2) Dr. Afif

Bijak - doktor pakar. Penyayang - ambil berat tentang keluarga. Mengenang jasa orang tua menyanjung tinggi pengorbanan abahnya. Cekap bekerja. Pantas bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama. Berkorban untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.

3) Mama

Isteri yang penyayang. Ambil berat akan keluarganya. Patuh dan taat akan suaminya. Suka bergurau. Sabar - walaupun kena marah. Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).

4) Fatin Atiqah

Bijak - pelajar cemerlang di universiti. Sayang akan bapanya - ambil berat. Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.5) Nabilah

Cucu abah. Anak Dr. Afif dan Zarina. Penyayang. Cakap lepas.

5) PLOT

Teknik plot dan pembinaan plot

Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi.

1) Permulaan cerita

Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr. Afif di klinik. Hasrat mama ditentang oleh abah.

2) Perkembangan cerita

Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Konflik abah bertambah apabila Nabilah datang memujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi roda. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Abah pulang dengan mesin hemodialisis. Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah dengan Dr. Afif.

3) Klimaks

Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut.

4) Peleraian cerita

Abah diselamatkan oleh Dr. Afif.

6) LATAR1) Masa

Siang hari. Waktu pagi.

2) Tempat

Ruang tamu rumah Abah.

3) Masyarakat

Golongan tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan. Masyarakat yang berpendidikan / berpelajaran. Masyarakat yang mengutamakan / memikirkan kepentingan Masyarakat yang hanya berserah kepada takdir- tua,sakit-mati.

7) GAYA BAHASA

1. Sinkope Contoh: nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak (sudah), tu (itu)

2. Sajak Contoh: m/s: 27

3. Bahasa InggerisContoh: I am a doctor, and I want to be your doctor. I promise to be your good doctor. (m/s 8)

8) NILAI

1. Nilai kasih sayang Contoh: Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang sakit.

2. Nilai hormat menghormati Contoh: Dr. Afif tetap menghormati abahnya.

3. Nilai menghargai jasa Contoh: Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.

4. Nilai prihatin Contoh: Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya.

5. Nilai kesabaran Contoh: Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.

6. Nilai menghargai ilmu Contoh: Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.

9) PENGAJARAN

1. Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga.

2. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuan daripada kita.

3. Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita.

4. Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain.

5. Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan.

6. Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua.

7. Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang hayat.

LATIHAN

1. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam drama ini.

2. Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam drama ini.

Pantun Agama

(Mohd Yusof Md Nor & Dr. Abd. Rahman Kaer)

MAKSUD Rangkap 1Sekiranya kita tidak mengerjakan suruhan Tuhan di dunia, di akhirat nanti kita tidak akan mendapat ganjarannya.

Rangkap 2Dunia bukanlah tempat yang kekal bagi semua makhluk, akhirat jualah tempat yang abadi.

Rangkap 3Orang alim juga tidak lepas dari berbuat dosa, apatah lagi kita orang biasa. Sudah tentu banyak berbuat dosa.

Rangkap 4Kita akan menyesal pada kemudian hari jika tidak mengerjakan ibadah sembahyang.

Rangkap 5 Pakaian tidak melambangkan darjah kealiman seseorang tetapi melalui amalannya.

Rangkap 6Kita hendaklah sentiasa mengikuti ajaran atau perintah Allah bukanlah mengikut kehendak hati sendiri.

TEMA

Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari.

PERSOALAN

1. Persoalan taat akan hukum agama akan menjamin kehidupan bahagia di akhirat nanti.2. Persoalan kejahilan manusia yang tidak tahu akan hukum-hakam agama.3. Persolana penampilan fizikal tidak melambangkan keperibadian dan tahap keimanan seseorang.

BENTUK

1. Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 3. Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat patah perkataan.4. Contoh, tiga patah perkataan sebaris:Kemuning daunnya lampai5. Contoh, enam patah perkataan:Di atas dunia kau tak sampai6. Rima akhirnya ab ab.

GAYA BAHASA

Aliterasi Teritip di tepi kotaPengulangan bunyi konsonan t

AsonansiTeringat badan tidak sembahyangPengulangan bunyi vokal a

Kata ganda Dunia ini pinjam-pinjaman

Sinkope Di atas dunia kau tak nampak

NILAI

1. Nilai keinsafan. Terdapat pada rangkap kedua (Baris 3 dan 4) Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sungguhnya.

2. Nilai kesederhanaan. Terdapat pada rangkap kelima (Baris 3 dan 4) Serban bukan semuanya haji,Haji terletak pada amalan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah tidak terlalu menurut kata hati.2. Kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dari luaran sahaja.3. Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja.4. Kita hendaklah mengerjakan solat supaya tidak menyesal pada kemudian hari.5. Kita hendaklah memelihara amalan hidup di dunia.

LATIHAN

1. Huraikan dua nilai yang wujud dalam Pantun Agama ini.

2. Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh menilai seseorang itu daripada luaran sahaja.

ANAK PENGGUNTING RAMBUT

( NOR HIDAYAH ASARI)

SINOPSIS

Cerpen Anak Penggunting Rambut mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan, Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam. Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dari ladang. Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak kali pertama belajar menggunting rambut. Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis. Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya. Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting. Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburui oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya. Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung. Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan menghidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh botak. Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.

TEMA

Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting rambut hingga ke akhir hayat anaknya.

PERSOALAN

1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.

2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.

3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang.Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.

4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup.Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.

PLOT PermulaanPengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.

PerkembanganManis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

KlimaksManis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu

PeleraianPenyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

Teknik PenceritaanCerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

1. DialogContoh: Mengapa abah teruskan juga menjadi pengunting rambut bila dah sampai ke sini?

2. Imbas kembali Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.

3. Monolog DalamanContoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu.

WATAK DAN PERWATAKAN

1) Ayah Sudah berusia lewat 60-an. Seorang bapa tunggal. Rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting. Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut. Hidup menduda setelah kematian isteri.

2) Manisah (Manis) Memiliki raut wajah yang comel. Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran. Rajin membantu orang lain. Gemar berambut pendek.

LATAR

1) Masa Petang Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis. Subuh waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia. Waktu siang waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah.

2) Tempat Kampung Batu 25, Bagan Datoh kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA. Tanah rancangan FELDA tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Tadika Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut. Asrama Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah. Hospital tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

3) Masyarakat

Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup. Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan. Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya.

Masyarakat yang berani mempertahankan risiko. Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung.

Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.

GAYA BAHASA

1. Sinkope Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis.

2. Kata Ganda Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,

3. Simile Contoh: Seperti Busut Hitam

4. Personifikasi Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri

NILAI

1. Nilai keberanian.Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.

2. Nilai berdikari Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya.

3. Nilai semangat bermasyarakatContoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.

4. Nilai kasih sayang Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.

5. Nilai kerajinanContoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.

2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.

3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.

4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.

LATIHAN

1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah? Bagaimanapun ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih sayangkan Manis. Subuh itu Manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaanku.

2. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah? Abah hanya mahu merindumu, Manis.

3. Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di atas?Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda, orang kampung panggil abah Mat Gunting. Abah saya cukup terkenal di kampung Batu 25, Bagan Datoh.

Muhibah dan Perpaduan(Pantun Empat Kerat)Zailani Taslim

MAKSUD

Rangkap 1Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan rakyatnya perlu mengamalkan cara hidup muhibah.

Rangkap 2Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.

Rangkap 3Dalam semua urusan, rakyat hidup bersatu padu dan bergotong-royong berkat hidup bekerjasama.

Rangkap 4Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat Malaysia membentuk menjadi bangsa yang bersatu padu.

Rangkap 5Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan cara hidup. Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional diamalkan.

TEMA

Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat majmuk.

PERSOALAN

1. Persoalan amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.2. Persoalan amalan cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya.3. Persoalan amalan bekerjasama dan bergotong royong dapat memudahkan segala urusan.4. Persoalan kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu.5. Persoalan kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.

BENTUK

1. Terdiri daripada lima rangkap.2. Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.3. Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap4. Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.5. Rima akhir ab, ab.

GAYA BAHASA SimileSenyuman manis seperti madu; (Rangkap 4, baris 2)

Kata ganda

Tanda bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4)

Hiperbola

Mengairi sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2)

Asonansi Di negara Malaysia berbilang bangsa (Rangkap 1, baris 4) Pengulangan vokal a

Aliterasi Bermacam keturunan bukan halangan (Rangkap 4, baris 3) Pengulangan konsonan n

NILAI

1. Nilai bekerjasama.Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong.

2. Nilai hormat-menghormati.Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya masing-masing.3. Nilai semangat bermasyarakat.Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup bermasyarakat.

4. Nilai Patriotisme.Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan tempatan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum.

2. Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara.

3. Kita hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.

LATIHAN

1. Huraikan dua persoalan yang wujud dalam Pantun Muhibah ini.

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia?PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) KOMSAS TINGKATAN 2 Pengenalan

Pantun dua kerat lebih mudah untuk disamakan rima awal, rima tengah dan rima hujungnya. Perkataan yang sama boleh diulang untuk rima awal dan rima tengah. Jumlah suku kata bagi setiap baris dalam pantun selenggaraan Dr. Anwar Ridhwan dan Profesor Rahman Shaari yang dimuatkan pada halaman 5, antologi Gema Sepi Gadis Genius itu ialah antara 7 - 12 suku kata.

Dalam bahagian pengenalan (muka surat 3, perenggan 2) dinyatakan bahawa Pantun Dua Kerat (Nasihat) mengajak pembaca supaya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata agar tidak melukakan perasaan orang lain. Pembaca juga disarankan supaya melakukan sesuatu mengikut kemampuan agar tidak memudaratkan kesihatan diri. Inti pati pantun berjumlah 6 rangkap yang disebutkan itu boleh menjadi panduan kepada murid untuk tujuan perbincangan yang lebih terperinci.

Perbincangan Isi Pantun

Gaharu, cengal, giam, Tak tahu, tak kenal, diam.

Seseorang yang tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu perkara, atau tidak mengenali sesuatu (yang asing, yang baharu, yang belum biasa dilihat) dinasihatkan supaya berdiam diri. Langkah itu dilihat bijak supaya seseorang itu tidak mendedahkan kejahilan diri (kebodohan, kurang ilmu, cetek pengetahuan) apabila cuba bercakap tentang perkara yang tidak diketahui atau tidak dikenali. Dalam kata lain, sebelum membuka mulut mengatakan sesuatu, fikirkan terlebih dahulu bahawa kita memiliki pengetahuan atau maklumat yang sah tentangnya.

Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah.

Seseorang yang mempunyai hati, iaitu perasaan mestilah peka terhadap sesuatu perkara. Maknanya, seseorang itu mesti mempunyai sensitiviti supaya dapat mengawal emosi diri sendiri, di samping menjaga perasaan orang lain. Sebarang percakapan atau tingkah laku kita hendaklah mengambil kira hak diri sendiri dan hak orang orang lain, iaitu bersikap asertif (tegas diri).

Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri.

Orang yang mengalami kesakitan tidak sedar akan diri sendiri, serta tidak dapat mengawal diri sendiri. Kesakitan boleh jadi berbentuk fizikal (jasmani), mahupun berbentuk psikologi (emosi). Kedua-dua keadaan kesakitan berkenaan saling berkaitan, iaitu saling menjejaskan antara satu dengan lain.

Dengar cakap enggang makan buah belolok, Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Seseorang itu hendaklah mempunyai pendirian supaya tidak mudah terpengaruh dengan cakap atau pendapat orang lain. Orang yang tidak ada pendirian yang teguh akan mudah diperkotak-katikkan. Kita akan binasa atau terperangkap dalam keadaan yang tidak menentu jika hanya bersandarkan kata-kata orang yang tidak dapat diselami niat sebenar mereka.

Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati.

Tidak semua yang terlintas dalam fikiran perlu dilafazkan dalam bentuk percakapan atau penulisan. Sebaliknya, ada perkara yang mungkin hanya perlu disimpan di dalam hati (tidak disebutkan) kerana mungkin menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Selain itu, sebarang nasihat atau pengajaran yang baik hendaklah mereeap dalam sanubari.

Mahal imam, murahlah khatib, Mahal demam, murahlah sakit.

Mahal demam bermaksud bahawa kesihatan diri perlu dijaga sebaik mungkin kerana kesannya yang besar terhadap mutu atau kualiti kehidupan seseorang. Seseorang yang menghadapi masalah kesihatan (murahlah sakit) tidak akan berdaya melakukan sesuatu aktiviti atau pekerjaan dengan sempurna. Maka, sebelum berbuat sesuatu, pastikan bahawa kita berkemampuan supaya tidak memudaratkan kesihatan diri.

Latihan:

a) Nyatakan dua nasihat dalam pantun di atas.

b) Sebagai murid, kesihatan diri hendaklah sentiasa dijaga.

Cadangkan tiga cara menjaga kesihatan diri sendiri.

c) Jelaskan dua persoalan dalam pantun di atas.

Erti Sebuah Pengorbanan(Zaihanim Abidin)Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSISIman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand. Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai. Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda. Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin. Iman kembali mesra dengan ayahnya. Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.

Tema

Kasih sayang Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

Persoalan1. Persoalan pengorbananAyah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

2. Persoalan ketabahanIman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3. Persoalan hubungan persahabatanIman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.KegigihanIman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke peringkat daerah.

4. Persoalan taat kepada perintah agamaIman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang dihajatinya tercapai.

PlotPermulaan Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula. PerkembanganDia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung. Mereka sering bersama-sama ke sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama. Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.PerumitanLinda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Hal ini menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda. Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman. PuncakIman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut. Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia cekal. Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.PeleraianDatuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman. Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.

Teknik Plot1. DialogPerbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.2. KejutanPembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.3. Imbas kembaliIman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.4. SuspensPembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.

Watak dan PerwatakanWatak Utama Iman Zulaikha1) Pelajar tingkatan satu2) PenyayangIman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.3) GigihIman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.4) Pemaaf Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan. 5) BeraniIman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

Watak SampinganCikgu Julia1) Merupakan guru kelas Iman Zulaikha. 2) Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya. 3) Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.

Pei Wen1) Merupakan sahabat baik Iman. 2) Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.

Adif Danial.1) Merupakan sahabat baik Zulkarnain. 2) Rakan sekelas Iman Zulaikha. 3) Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.

Linda1) Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha. 2) Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.

LatarLatar Masa1) Pada waktu pagi.Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.2) Pada waktu petang.Selepas sesi persekolahan.Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.3) Pada waktu malam.Hubungan Iman dengan ibunya.Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat1) SekolahTempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.2) Rumah datuk dan nenek ImanTempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.3) Port DicksonBapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.4) KampungIman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat1) Masyarakat pelajarMasyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.2) Masyarakat kampungIman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.3) Masyarakat yang patuh kepada agamaDatuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.

Nilai 1. Nilai kasih sayang Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.2. Nilai ketabahanIman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah3. Nilai kerajinanIman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Pengajaran1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia. 2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.