bahasa melayu kertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 ... tahun ting 5 trg 2013... · daripada teks...

12
SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 1103/2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU Kertas 2 Jun PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN GURU / PEMERIKSA SAHAJA Kertas peraturan pemarkahan ini mengandungi 12 halaman bercetak 1103/2 (PP) SULIT www.banksoalanspm.com

Upload: hakien

Post on 24-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 1103/2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU Kertas 2 Jun

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN GURU / PEMERIKSA SAHAJA

Kertas peraturan pemarkahan ini mengandungi 12 halaman bercetak

1103/2 (PP) SULIT

www.banksoalanspm.com

Page 2: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 2 1103/2(PP) Soalan 1: Rumusan Markah Pendahuluan Petikan membincangkan kesan negatif / implikasi negatif / impak negatif / musibah / mudarat / bahaya penggunaan aplikasi jaringan sosial kepada masyarakat. 2 Petikan membincangkan kesan negatif / implikasi negatif / impak negatif / musibah / mudarat / bahaya penggunaan aplikasi jaringan sosial. 1 Isi Tersurat [ 4 hingga 12 markah] 1. pelbagai jenayah sosial boleh dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 2 2. memberi peluang penyebaran maklumat yang bersifat hasutan dan provokasi 2 3. boleh mengundang penyebaran maklumat yang salah kepada golongan masyarakat 2 4. boleh mendedahkan kelemahan sesuatu komuniti dalam masyarakat. 2 5. Pihak tidak bertanggungjawab boleh mencuri hasil kerja orang lain atau plagiat 2 6. terdapat golongan yang mewujudkan provokasi negatif terhadap sesuatu agama

atau kaum lain 2 7. dapat membuka peluang kepada kewujudan aktiviti yang melekakan 2 8. ketagihan terhadap penggunaan aplikasi ini. 2 9. penyalahgunaan bahasa 2 Isi Tersirat [4 hingga 12 markah] 1. penggunaannya bertujuan baik / berfaedah 2 2. ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan aplikasi oleh anak-anak 2 3. pemilik kafe siber / masyarakat perlu mempunyai nilai tanggungjawab/ beretika 2 4. pihak berwajib perlu menggubal akta pengawalan 2 Kesimpulan 1. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menangani impak negatif aplikasi jaringan sosial agar kehidupan masyarakat lebih harmoni. 2 2. Kesimpulannya, semua pihak perlu menggunakan aplikasi jaringan sosial secara beretika agar masyarakat cemerlang dapat dilahirkan. 2 www.banksoalanspm.com

Page 3: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 3 1103/2(PP)

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2 (a) : 9 markah Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2 (d) 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH -Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup (2) dan ayat gramatis 2 -Jawapan kurang tepat mengikut konteks / isi tidak cukup (1) dan ayat gramatis 1 -Jawapan tidak tepat/salah 0

2.Soalan 3 markah :

DESKRIPSI MARKAH -Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup (2) dan ayat gramatis 3 -Jawapan tepat mengikut konteks / isi tidak cukup (1) dan ayat gramatis 2 -Jawapan tidak betul /tidak relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 0 -Isi cukup / tidak cukup dan ayat kurang gramatis, tolak 1 markah daripada markah yang sepatutnya.

3. Soalan 4 markah :

DESKRIPSI MARKAH -Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis 4 -Jawapan tepat mengikut konteks / isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis 3 -Jawapan tidak tepat mengikut konteks / isi tidak cukup dan ayat gramatis 2 -Jawapan tidak tepat mengikut konteks / isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis 1 -Jawapan tidak betul /tidak relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 0

[Lihat halaman sebelah] 1103/2 (PP) SULIT www.banksoalanspm.com

Page 4: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 4 1103/2(PP) Soalan 2(a)- Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata :- boleh mempengaruhi / menjejaskan ikatan kemesraan / keselesaan hidup [Maksimum 2 markah] (ii) Sebab :

- telah memberi pelbagai impak terhadap tahap sosialisasi dan gaya pemikiran individu digunakan sebagai wahana komunikasi 1 - faktor mesra pengguna 1 - boleh dicapai dengan mudah 1 - boleh dicapai pada bila-bila masa 1 - boleh dicapai di mana-mana 1

[Maksimum 3 markah] (iii) Cara;

- menjadi sumber rujukan bagi mata pelajaran berkenaan 1 - berkongsi pendapat dengan rakan tentang sesuatu masalah pembelajaran 1 - berkongsi minat / hobi masa lapang 1 - mendapat maklumat kerjaya 1 - berkongsi bahan pembelajaran secara maya 1

(Terima cara lain yang sesuai) [Maksimum 4 markah]

Soalan 2 (c) : Petikan Drama (i) Tindakan emak Sani yang merisaukan hati Pak Man:

- pulang dari pantai pada waktu tengah malam 1 - tidak beredar dari pantai walaupun dipujuk oleh Mak Jah 1 - mendapatkan orang yang pulang dari laut dan bertanya tentang suaminya 1 - menangis setiap kali diberitahu bahawa suaminya tidak ditemui 1 (Maksimum: 2 markah)

(ii) Bantuan-bantuan kepada mangsa bencana alam:

- tempat perlindungan 1 - bantuan perubatan 1 - bantuan kewangan 1 - barang keperluan harian seperti makanan dan minuman 1 - membersihkan rumah dan kawasan persekitaran 1 - memberi nasihat dan semangat / kaunseling 1 - tempat tinggal 1 (Maksimum: 3 markah) (iii) Latar masyarakat

Dalam petikan:

- Masyarakat yang percaya akan kuasa Tuhan Pak Man mengatakan bahawa Tuhanlah yang menentukan ombak tsunami tidak mengenai

kampung mereka [ 1 + 1 ]

- Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap ibu Sani bercadang menemani ibunya selagi ayahnya yang hilang di laut tidak ditemui www.banksoalanspm.com

Page 5: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 5 1103/2(PP)

- Masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain Pak Man risau akan kesihatan emak Sani yang setiap hari pulang lewat malam.

- Masyarakat yang sukar menerima kenyataan Emak Sani tidak mempercayai suaminya meninggal dunia setelah hilang di laut dalam kejadian

tsunami

- Masyarakat yang setia isteri kepada suami Emak Sani menunggu kepulangan suaminya di pantai dari pagi hingga lewat malam

(Maksimum: 2 markah)

Dalam keseluruhan drama:

- Masyarakat yang mementingkan kerjaya Sabariah, Sabri, Shahrul dan Salmah hanya memikirkan pekerjaan daripada musibah yang

menimpa ibu bapa mereka [ 1 + 1 ]

- Masyarakat yang tidak memahami perasaan ibu bapa Sabariah menuturkan kata-kata yang kasar dan bersikap biadab kepada ibunya

- Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain – Wahid dan Senin mencuri wang dan barangan di rumah Jumaat padahal keluarga Jumaat sedang berhadapan dengan masalah kehilangan Jumaat dalam bencana tsunami.

- Masyarakat nelayan Pak Man dan Pak Jumaat mewakili masyarakat nelayan yang tinggal di tepi pantai.

(Maksimum: 2 markah )

Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Klasik

(i) Maksud rangkai kata tersangkutlah hatinya. - Jatuh cinta / terpikat / berkenan

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Reaksi anak raja setelah terpandang Bibi Zainab - Anak raja melemparkan senyuman - Anak raja terus terpikat/jatuh hati/jatuh cinta akan Bibi Zainab - Anak raja menuju ke rumah seorang perempuan tua - Anak raja menitahkan perempuan tua menyampaikan hasratnya kepada Bibi Zainab.

[Maksimum : 3 markah]

[Lihat halaman sebelah]

1103/2 (PP) SULIT www.banksoalanspm.com

Page 6: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 6 1103/2(PP) (iii) Tindakan anak raja itu menitahkan perempuan tua itu agar menyampaikan hajatnya untuk menemui

Bibi Zainab

Wajar kerana - Anak raja itu sudah terpikat dengan Bibi Zainab. - Anak raja tidak mengetahui status Bibi Zainab sebagai isteri orang - Anak raja ingin mengenali Bibi Zainab dengan lebih dekat lagi - Anak raja menggunakan khidmat seorang perempuan tua yang dianggap berpengalaman sebagai perantara / orang yang akan menyampaikan hajatnya.

Tidak wajar kerana - Anak raja sepatutnya menyiasat dahulu status wanita yang dilihatnya. - Perempuan tua itu baru saja ditemui oleh anak raja itu,tidak wajar diberi tugas besar menyampaikan hasrat hatinya. - Anak raja sepatutnya menghantar wakil daripada keluarganya sendiri. - Anak raja itu tidak sepatutnya memaksa perempuan tua itu melaksanakan arahannya walau dengan apa-apa cara sekalipun.

* (Terima alasan-alasan lain yang sesuai)

[Maksimum : 3 markah]

Soalan 2 (d) Pantun : (i) Kebaikan sifat sabar

- tidak mudah dipengaruhi iblis - mampu mencapai kejayaan

[maksimum : 2 markah]

(ii) Pendapat : sebab kita perlu mengamalkan budaya Timur dalam kehidupan masyarakat sekarang: - untuk melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa / mengamalkan nilai murni / bersopan santun.

- untuk membendung gejala sosial daripada merebak dalam kalangan masyarakat. - untuk memastikan budaya Timur tidak pupus ditelan dek perubahan zaman / arus kemodenan.

[maksimum : 3 markah]

(iii) Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun: - Kita hendaklah bersabar dalam melakukan sebarang perkara agar beroleh kejayaan. 2m - Kita mestilah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan untuk memimpin hidup kita agar dirahmati Allah. 2m - Kita perlulah mempertahankan budaya Timur, bahasa Melayu, dan adat resam agar tidak ditelan zaman / terjejas oleh budaya barat. 2m

[maksimum : 4 markah] www.banksoalanspm.com

Page 7: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 7 1103/2(PP)

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi Soalan 3(a) 1. Beri 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / isi yang tidak begitu jelas bagi

keseluruhan markah jawapan. 3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah. 10. Sengaja menambah imbuhan atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah. Jawapan 3 (a) :

(i) bekalan - : benda yang dipakai,sebagai bekal,persediaan

Contoh ayat : Semua pelajar diingatkan agar membawa bekalan yang cukup semasa perkhemahan nanti.

(ii) pembekal - : orang yang memberi, menyediakan. Contoh ayat : Pembekal makanan di kantin sekolah sentiasa diingatkan tentang

aspek kebersihan. (iii) membekalkan- : memberi bekal, menyediakan sesuatu Contoh ayat : Emak telah membekalkan Athirah sebungkus nasi lemak sebelum ke sekolah.

(iv) menaiki - : memanjat, mendaki, pergi dengan kenderaan, mengenderai, menunggang, mendiami rumah (baru) Contoh ayat: Semua pelajar 5 Jauhari menaiki bas ke Stadium Negeri untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak sekolah. (v) kenaikan - : sesuatu yang dinaiki, kenderaan, perihal naik (pangkat, gaji, hasil) Contoh ayat : Penambahan bilangan pegawai di PDRM bermakna kenaikan pangkat akan dipermudahkan.

[Lihat halaman sebelah] 1103/2 (PP) SULIT www.banksoalanspm.com

Page 8: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 8 1103/2(PP) (vi) penaikan- : perihal atau perbuatan menaikkan, mengembang

Contoh ayat : Peniaga yang tidak bertanggungjawab telah membuat penaikan terhadap barang keperluan harian di negara ini.

Jawapan 3 (b) :

1. Ayat penyata 2. Ayat songsang 3. Ayat seruan 4. Ayat aktif 5. Ayat perintah /suruhan 6. Ayat tanya

Jawapan 3 (c) :

(i) istirehat - istirahat mententeramkan - menenteramkan (ii) mensasarkan - menyasarkan matapelajaran - mata pelajaran (iii) perkhidmatan - berkhidmat otomatik - automatik

[ 6 Markah ] Jawapan 3 (d) :

(i) cop - cap kedua - kedua-dua (ii) juruhebah - mencadangkan senarai nama-nama - senarai nama / nama-nama

(iii) menyebut - menyampaikan di dalam - dalam

[ 6 markah ] www.banksoalanspm.com

Page 9: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 9 1103/2(PP)

Jawapan 3 (e) :

(i) indah khabar daripada rupa Maksudnya : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan Contoh ayat : Ramli amat terkejut apabila melihat bangunan baharu yang diceritakan oleh Zulkifli sebagai sangat indah tetapi keadaan sebaliknya umpama peribahasa indah khabar daripada rupa. [ 2M ] (ii) meninggi diri Maksudnya : sombong, angkuh. Contoh ayat : Oleh sebab kekayaannya, Anuar sentiasa meninggi diri dan tidak memperdulikan orang kampung.. [ 2M] (iii) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksudnya : Jangan cuba melakukan sesuatu yang susah jika tidak berani menanggungnya. Contoh ayat : Sikap Haikal yang tidak berani menghadapi risiko dalam dunia

perniagaan menepati peribahasa kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

[ 2M ]

Soalan 4 [ Markah penuh 15 markah ]

Panduan Pemarkahan Bagi Soalan 4 (a) (i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap. (iii) Berikan 1 markah untuk pernyataan isi yang lengkap/jelas. (iv) Berikan 1 markah untuk huraian isi ( alasan ) yang lengkap/jelas. (v) Markah isi maksimum 4 markah. (vi) Markah bahasa maksimum 3 markah. [ Maksimun : 7 markah ] (b) (i) Jawapan berdasarkan dua novel yang dipelajari. (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap. (iii) Berikan 1 markah untuk 1 perwatakan yang lengkap/jelas.

(iv) Berikan 2 markah untuk huraian perwatakan yang lengkap/jelas. (v) Jika calon tidak menyatakan nama watak sampingan, markah isi 0 markah.

(v) Markah isi maksimum 6 markah. (vi) Markah bahasa maksimum 2 markah. [ Maksimun : 8 markah ]

[Lihat halaman sebelah] 1103/2 (PP) SULIT www.banksoalanspm.com

Page 10: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 10 1103/2(PP) Soalan 4(a) Sebab bahagian permulaan novel menarik minat Novel Renyah

1. Pengarang mengemukakan watak Datuk Dolhi, seorang tokoh korporat yang menghadapi konflik kerana semua anaknya tidak berminat melibatkan diri dalam perniagaan keluarga sedangkan beliau begitu mengharapkan salah seorang daripada mereka dapat menggantikan tempatnya di Dolhi-Albert Holding. Sebab menarik : Ingin mengetahui punca anak-anaknya tidak berminat dalam perniagaan dan cara Datuk Dolhi menyelesaikannya.

2. Datuk Dolhi menyatakan beliau mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan keduanya yang tidak diketahui oleh isterinya, Datin Tominah. Sebab menarik : Ingin mengetahui siapa dan di mana anak serta isteri keduanya. Ingin tahu reaksi Datin Tominah apabila mengetahui perkara sebenar.

Novel Sutera Dalam Lukisan

1. Pengarang mengemukakan watak Bujei yang kelihatan dungu, aneh dan bermasalah mental. Sebab menarik : Keadaan Bujei yang aneh menimbulkan perasaan ingin tahu punca Bujei berkeadaan begitu dan

nasib Bujei selanjutnya. 2. Pengarang mengaitkan perasaan simpati Adila apabila melihat keadaan Bujei yang tidak terurus

dan selalu dipermainkan. Sebab menarik: Hal ini menimbulkan perasaan ingin tahu tindakan yang bakal dilakukan oleh Adila untuk

membantu Bujei. (Terima mana-mana isi yang sesuai) www.banksoalanspm.com

Page 11: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 11 1103/2(PP) Soalan 4(b) Perwatakan seorang watak sampingan yang boleh anda contohi daripada novel tersebut.

Novel Renyah: Wahi 1. Bijak Wahi bijak mengaplikasikan teknologi dan sistem pengurusan Jepun yang diperoleh di Jepun ke dalam

syarikat Dolhi-Albert Holding. 2. Amanah

Walaupun mengetahui bahawa dia ialah anak kandung Datuk Dolhi, namun Wahi tetap memanggilnya dengan penggilan Datuk kerana telah diamanahkan oleh neneknya supaya tidak memperkenalkan diri dan tidak menuntut apa-apa daripada Datuk Dolhi. Ketika di Jepun, dia mempelajari seperti yang diamanahkan oleh Dolhi-Albert Holding.

3. Rajin

Wahi menyediakan teks ucapan Datuk Dolhi walaupun dia berada di luar negara. 4. Berdikari

Wahi hidup berdikari ketika menghadiri kursus di Jepun tanpa mengharapkan bantuan daripada ayah dan majikannya, Datuk Dolhi.

Amera 1. Cinta akan negara

Amera Ingin mendidik anak bangsa menjadi insan cemerlang dan seimbang.

2. Bersyukur Amera mengucapkan rasa bersyukur atas anugerah tokoh pendidik cemerlang negeri ketika menyampaikan ucapan.

3. Bertanggungjawab

Sebagai kakak, Amera sering menasihati Mukhlis dan Dani agar bekerja dan tidak hanya mundar-mandir.

www.banksoalanspm.com

Page 12: Bahasa Melayu Kertas 2 Pep Pertengahan Tahun Ting 5 ... Tahun ting 5 Trg 2013... · daripada teks dan jawapan itu . betul, ... [ 1 + 1 ] - Masyarakat yang tidak memahami perasaan

SULIT 12 1103/2(PP) Novel Sutera dalam Lukisan : Adila 1. Simpati

Adila kasihan dan bersimpati dengan keadaan Bujei yang abnormal.

2. Rajin. Ketika berada di England, Adila banyak meneroka dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan.

3. Ikhlas Adila ingin berkenalan dan menolong Bujei dengan tulus dan ikhlas . Adila juga ikhlas memuji kebolehan Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka.

4. Baik hati Adila selalu memberi nasihat dan dorongan kepada Bujei. Adila menderma darahnya kepada Sahak yang cedera dalam kemalangan motosikal.

5. Tegas Adila tetap tidak menerima alasan bekas kekasihnya, Faizal. Adila tegas tidak akan kembali kepada Faizal, bekas kekasihnya itu walaupun dibelah tujuh.

6. Peramah / Sopan Adila melayan Bujei dengan penuh sopan dan memanggilnya dengan nama sebenar, Hafiz.

7. Sabar Adila sabar menghadapi fitnah daripada Alias. Alias telah memfitnah Adila menghidap AIDS dan berbuat sumbang dengan Bujei.

Sidang Saman 1. Amanah

Sidang Saman menolak sogokan atau upah yang dicadangkan Harun jika Sidang Saman dapat memujuk Bujei. Dia juga amanah dalam menjaga harta anak yatim.

2. Tegas Sidang Saman dengan tegas memaksa Alias pulang dengan berjalan kaki untuk mengambil wang baki sebanyak tiga puluh ringgit sebagai ganti rugi radio Bujei.

3. Bersyukur Sidang Saman bersyukur kerana Adila tidak menerima pinangan Alias kerana Alias seorang pemuda bersahsiah buruk.

( Perwatakan dan watak sampingan lain diterima ) Catatan : Calon perlu menyatakan novel yang dipelajari dan nama watak sampingan yang dipilih. Jika calon menjawab dalam bentuk pengajaran novel, beri 0 markah untuk isi.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT www.banksoalanspm.com