bahasa melayu

35
GKB1053 [TUGASAN PROJEK KEMAHIRAN BELAJAR] TUGASAN 1 – ESEI PENDEK 1.0 PENGENALAN Kemahiran dalam mengambil dan membuat nota semasa kuliah dijalankan dan membaca teks adalah amat penting dan berguna kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sama ada di universiti mahupun di Institut Pendidikan Guru. Pengambilan nota yang baik dan lengkap dapat membantu para pelajar mendapat kefahaman yang lebih mendalam tentang apa yang telah dipelajari.Hal ini demikian kerana nota-nota tersebut boleh digunakan semasa mengulang kaji peperiksaan. Menurut J. K. Turkel dan F. Peterson (1982) mencatat nota juga membantu pelajar memberi tumpuan dan mengingat apa yang disampaikan oleh pensyarah. 1.1 CARA-CARA MENGAMBIL NOTA Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan ketika mencatat nota yang efektif dan berkesan.Antaranya ialah mengetahui idea utama. Kebiasaannya, pada setiap sesi kuliah yang dijalankan, pensyarah akan memberi penerangan tentang sesuatu topik berdasarkan sukatan pelajaran. Oleh itu, pentingnya bagi para pelajar untuk mengetahui dan menangkap idea utama yang hendak disampaikan oleh pensyarah agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Apabila pelajar dapat mengetahui idea utama, maka proses untuk mengambil dan mencatat nota dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Aspek penting yang seterusnya adalah mengenal pasti maklumat yang sesuai untuk ditulis. Seperti yang kita maklum, penulisan nota merupakan ringkasan terhadap apa yang telah dipelajari. Bukan semua perkara perlu ditulis dalam nota, akan tetapi hanya maklumat yang

Upload: komathy-somasakaran

Post on 27-Jan-2016

276 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Kerja kursus bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

TUGASAN 1 – ESEI PENDEK

1.0 PENGENALAN

Kemahiran dalam mengambil dan membuat nota semasa kuliah dijalankan dan

membaca teks adalah amat penting dan berguna kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT)

sama ada di universiti mahupun di Institut Pendidikan Guru. Pengambilan nota yang baik dan

lengkap dapat membantu para pelajar mendapat kefahaman yang lebih mendalam tentang apa

yang telah dipelajari.Hal ini demikian kerana nota-nota tersebut boleh digunakan semasa

mengulang kaji peperiksaan. Menurut J. K. Turkel dan F. Peterson (1982) mencatat nota juga

membantu pelajar memberi tumpuan dan mengingat apa yang disampaikan oleh pensyarah.

1.1 CARA-CARA MENGAMBIL NOTA

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan

ketika mencatat nota yang efektif dan berkesan.Antaranya ialah mengetahui idea utama.

Kebiasaannya, pada setiap sesi kuliah yang dijalankan, pensyarah akan memberi penerangan

tentang sesuatu topik berdasarkan sukatan pelajaran. Oleh itu, pentingnya bagi para pelajar

untuk mengetahui dan menangkap idea utama yang hendak disampaikan oleh pensyarah agar

sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Apabila pelajar dapat

mengetahui idea utama, maka proses untuk mengambil dan mencatat nota dapat berjalan

dengan lancar dan berkesan.

Aspek penting yang seterusnya adalah mengenal pasti maklumat yang sesuai untuk

ditulis. Seperti yang kita maklum, penulisan nota merupakan ringkasan terhadap apa yang telah

dipelajari. Bukan semua perkara perlu ditulis dalam nota, akan tetapi hanya maklumat yang

sesuai sahaja yang perlu dimasukkan kedalam nota. Sebagai contoh, hanya isi-isi penting

sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam nota, tidak perlu pada penerangan yang panjang lebar.

Cukuplah hanya dengan penerangan ringkas dan mudah difahami.

Selain itu, pelajar haruslah menggunakan cara yang sesuai untuk membuat nota. Hal ini

demikian kerana terdapat beberapa cara dalam membuat nota, antaranya ialah kaedah

annotation dan column note. Kepentingan menggunakan kaedah membuat nota yang betul

adalah perlu untuk menghasilkan nota yang efektif. Contohnya, kaedah annotation digunakan

untuk menulis nota dalam bentuk kerangka isi penting, manakala kaedah column note pula

menggunakan bentuk kolum. Oleh itu, para pelajar perlulah mahir dalam memilih cara membuat

nota yang sesuai agar nota yang terhasil dapat memberi impak kepada pelajar itu sendiri.

Page 2: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

Di samping itu, kaedah menulis nota secara grafik juga merupakan salah satu langkah

dalam penulisan nota yang efektif. Kaedah-kaedah seperti peta minda dan pemetaan i-THINK

akan menjadikan nota yang ditulis lebih menarik dan tidak bosan untuk dibaca. Peta minda

misalnya ditulis secara ringkas, berasaskan imej dan menggunakan pelbagai warna. Hal ini

dapat menarik minat para pelajar untuk membaca nota dan seterusnya mengingati fakta-fakta

yang terdapat dalam nota tersebut dengan lebih mudah.

Seterusnya, penulisan nota hendaklah dibuat dengan menggunakan perkataan sendiri.

Nota merupakan suatu ringkasan yang ditulis berdasarkan apa yang telah dipelajari dan dibaca.

Oleh itu, penggunaan perkataan sendiri dalam nota dapat meningkatkan kefahaman pelajar

kerana kadangkala bahasa yang digunakan di dalam buku-buku agak tinggi dan sukar untuk

difahami. Sehubungan dengan itu, para pelajar digalakkan untuk menggunakan perkataan

sendiri dalam membuat nota agar nota tersebut lebih mudah difahami.

Perkara penting yang terakhir dalam mencatat nota yang efektif ialah mencatat sumber

maklumat diperoleh. Hal ini demikian kerana nota ditulis berdasarkan sesuatu sumber. Tanpa

sumber yang asal, palajar tidak mungkin dapat membuat nota. Jadi, pelajar perlu mencatat dari

manakah sumber maklumat tersebut diperoleh untuk memudahkan kerja-kerja merujuk kembali

dilakukan. Nota yang sememangnya suatu ringkasan amat memerlukan rujukan asal untuk

menambahkan kefahaman pelajar tentang satu-satu topik yang dipelajari.

1.2 CARA-CARA MEMBUAT NOTA

Membuat nota adalah salah satu daripada cara belajar yang telah diakui

keberkesanannya oleh para pelajar mahupun guru-guru. Justeru itu nota yang hendak dibuat

perlulah mengikut langkah-langkah yang betul agar ianya kemas dan mudah untuk dibaca.

Terdapat beberapa cara membuat nota yang biasa digunakan iaitu kaedah annotation, outline

notes, column notes dan nota rumusan.

Page 3: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

1.2.1 ANNOTATION

Kaedah membuat nota secara annotation ini adalah kaedah penulisan nota

dalam bentuk kerangka isi penting. Kaedah ini bertujuan untuk mengenal pasti

kandungan atau fokus utama tajuk yang dibincangkan. Penggunaan pen highlighter

digunakan untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan.

Contohnya : (kiv)

1.2.2 OUTLINE NOTES

Kaedah yang seterusnya ialah kaedah outline notes iaitu nota ditulis secara mata

(points) dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Nota ini juga

menyenaraikan point dan subpoint.

Contonhya : (kiv)

1.2.3 COLUMN NOTES

Kaedah column notes pula ialah nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam

satu kolum. Kolum tersebut terbahagi kepada dua. Kolum pertama di sebelah kiri terdiri

daripada idea utama/tajuk atau subtajuk manakala kolum kedua di sebelah kanan terdiri

daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk tersebut.

Contohnya : (KIV)

Page 4: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

1.2.4 NOTA RUMUSAN

Selain itu, kaedah membuat nota mengikut kaedah nota rumusan ialah mencatat

kembali apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau yang didengari. Kaedah ini

berlainan sama sekali dengan membuat ringkasan.

1.3 ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MENGAMBIL NOTA

1.2.1 PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan grafik merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang

digunakan untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau

fokus. Ia membantu guru dan pelajar untuk memvisualkan apa yang difikirkan berkaitan

dengan konten dan isi kandungan sesuatu teks atau bahan pembelajaran. Terdapat

beberapa jenis pengurusan grafik yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran.

Antaranya ialah kaedah membanding dan membeza, rajah jaringan, meneliti

perhubungan bahagian-keseluruhan, membuat urutan mengikut pangkat, sebab dan

kesimpulan, rangkaian sebab, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

1. MEMBANDING DAN MEMBEZA

PERSAMAAN

PISANG LEMON

Berwarna kuning Berwarna kuning

Sejenis buah-buahan Sejenis buah-buahan

Tekstur kulit licin Tekstur kulit kasar

Rajah 1 : Persamaan

PERBEZAAN

PISANG LEMON

Rasa yang manis Rasa yang masam

Buah tempatan Buah import

Berbentuk memanjang Berbentuk bujur atau bulat

Rajah 2 : Perbezaan

Page 5: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

2. RAJAH JARINGAN

Page 6: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

3. MENELITI BAHAGIAN-BAHAGIAN KECIL DAN KESELURUHAN

Bahagian- bahagian objek/perkara?

Apakah peranan/fungsi bahagian-bahagian tersebut?

Apakah yang akan terjadi seandainya bahagian ini tiada?

Objek/Perkara

Apakah hubungan di antara bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan itu?

Page 7: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

4. MEMBUAT URUTAN MENGIKUT PANGKAT

PALING SESUAI

KURANG SESUAI

ITEM :

MENGAPA :

ITEM :

MENGAPA :

ITEM :

MENGAPA :

ITEM :

MENGAPA :

BENDA YANG DIPANGKATKAN :

TUJUAN :

CIRI-CIRI PENTING :

Page 8: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

5. SEBAB DAN KESIMPULAN

KESIMPULAN

SEBAB SEBAB SEBAB

Page 9: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

6. RANGKAIAN SEBAB

SEBAB KESAN

7. MEMBUAT KEPUTUSAN

MEMBUAT KEPUTUSANPILIHAN

Apakah yang boleh saya lakukan?1.2.3.

AKIBATApa yang akan terjadi?

PRO (+) CON (-)1.2.3.

PILIHAN SAYA

FIKIRKAN TENTANG PRO DAN CON

KEPUTUSAN

Adakah ini pilihan terbaik?

MENGAPA?

Page 10: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

8. MENYELESAIKAN MASALAH

MENYELESAIKAN MASALAHMASALAH YANG DIHADAPI

PENYELESAIAN YANG MUNGKIN1.2.3.4.

AKIBATApakah akan terjadi kalau saya memilih

penyelesaian ini?

PRO ATAU CON?

NILAIBetapa pentingkah akibat ini?

Mengapa?

PENYELESAIAN YANG DIPERTIMBANGKAN

PENYELESAIAN BAHARU

Bagaimana mengubah suai penyelesaian ini

Untuk membaikinya?

Page 11: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

1.2.2 PETA MINDA

Pada tahun 1984, Tony Buzan telah mengasaskan salah satu cara mencatat nota dengan

ringkas dan berkesan iaitu peta minda. Melalui peta minda ini, nota yang dicatat bukan sahaja

ringkas, malah mampu meningkatkan daya ingatan semasa belajar. Hal ini demikian kerana

peta minda menggunakan anak panah, pelbagai warna dan kod-kod yang istimewa. Peta minda

ini menghubungkaitkan suatu perkara/ konsep/ perkataan/ kata kunci dengan suatu perkara/

konsep/ perkataan/ kata kunci yang mempunyai perkaitan dan hubungkait antara satu sama

lain. Selain itu, ia juga membantu menonjolkan hubungkait antara idea-idea yang

penting.Seterusnya, sesorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar/ kata

kunci melalui lakaran peta minda.

Di samping itu, peta minda juga dapat membantu menjimatkan masa mengulang kaji subjek

yang dipelajari serta memberi kefahaman yang lebih cepat melalui gambar rajah konsep

berbentuk grafik, Seperti yang kita maklum, penggunaan gambar rajah tersebut turut membantu

dalam meningkatkan daya ingatan.

Untuk membuat peta minda ini, terdapat beberapa ciri yang perlu dimasukkan iaitu

menggunakan kata kunci, berasaskan imej, menggunakan warna yang pelbagai, lukisan

gambar rajah hendaklah dilukis dalam 3 dimensi serta dalam saiz yang berbeza-beza. Ciri-ciri

yang disebutkan ini bertujuan untuk menjadikan peta minda sebagai satu bentuk nota yang

menarik dan tidak bosan untuk dibaca.

Berikut adalah contoh peta minda yang berkisar tentang rancangan aktiviti kekeluargaan untuk

seminggu.

Page 12: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

1.2.3 PEMETAAN i-THINK

Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid dengan tujuan menghasilkan murid

berinovasi. Sehubungan dengan itu, para guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di

dalam pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan aktiviti kemahiran tinggi.

Seterusnya, program ini memperkenalkan lapan peta pemikiran yang dapat digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran

yang disesuaikan mengikut topik atau unit pelajaran. Peta-peta pemikiran tersebut ialah peta

circle map, bubble map, double-bubble map, tree map, flow map, brace map, multiflow map,

dan bridge map.

1. CIRCLE MAP/ PETA BULATAN

Peta bulatan atau circle map ini digunakan untuk menyenaraikan semua maklumat atau idea

berkaitan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan.Bulatan tersebut terdiri daripada dua

bulatan yang kecil dan bulatan yang besar. Bahagian kecil digunakan untuk mencatat tajuk atau

konsep yang ingin dibincangkan.Bahagian luarnya pula digunakan untuk mencatat segala

maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

Seterusnya, bahagian luar bulatan besar digunakan untuk menyatakan sumber rujukan atau

sudut pandangan daripada pelbagai pihak. Sehubungan dengan itu, proses berfikir yang boleh

digunakan dalam peta ini adalah mendefinisikan sesuatu konsep.

Bahan sumbangsaran

Tajuk / konsep

Sumber rujukan

Page 13: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

2. BUBBLE MAP/ PETA BUIH

Peta ini digunakan untukmenyenaraikan kata sifat/ adjektif berkaitan sesuatu konsep atau tajuk

yang dibincangkan. Peta buih ini terdiri daripada satu bulatan di tengah dengan beberapa

bulatan yang dihubungkan dengan menggunakan garis lurus. Bulatan di tengah digunakan

untuk mencatat tajuk/ konsep yang diingini. Manakala bulatan-bulatan yang lian digunakan

untuk mencatat kata sifat / adjektif bagi menerangkan tajuk/ konsep berkenaan.

3. DOUBLE BUBBLE MAP/ PETA BUIH BERGANDA

Double bubble map atau peta buih berganda ini digunakan untuk menyenaraikan persamaan

dan perbezaan berkaitan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan. Peta ini terdiri daripada

dua bulatan ditengah dan beberapa bulatan yang dihubungkan dengan menggunakan garis

lurus. Walau bagaimanapun, terdapat bulatan ditengah antara dua bulatan yang digunakan

untuk mencatat persamaan antara kedua-dua konsep/ tajuk yang dibincangkan.

Kata adjektif / sifat

Tajuk/ konsep

Page 14: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

4. TREE MAP/ PETA POKOK

Peta pokok digunakan untuk mengkelaskan atau mengkategorikan sesuatu konsep atau tajuk

taang dibincangkan .Sebagai contoh, salasilah keluarga, pembahagian jenis-jenis logam dan

jenis haiwan. Membuat pengkelasan merupakan proses berfikir yang digunakan di dalam peta

pokok ini.

5. BRACE MAP/ PETA DAKAP

Peta dakap digunakan untuk menilai dan menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara

mendalam dan menghubungkaitkan dengan bahagian-bahagian berkenaan. Proses berfikir

yang digunakan ialah membuat pengkelasan.

6. FLOW MAP/ PETA ALIR

Peta alir digunakan untuk menunjukkan langkah atau urutan suaru proses, perkaitan, kitaran

dan urutan sesuatu konsep atau tajuk. Peta ini menggunakan proses berfikir membuat urutan

sesuatu konsep.

Page 15: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

7. MULTIFLOW MAP/ PETA PELABAGAI ALIR

Multiflow map atau peta pelbagai alir ini digunakan untuk menilai serta menganalisis sesuatu

konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubungkaitkan dengan bahagian-bahagian

berkenaan. Peta ini terdiri daripada peristiwa yang berlaku, sebab peristiwa berkenaan berlaku

dan akibat daripada peristiwa berkenaan. Sehubungan dengan itu, proses berfikir yang

digunakan dalam kpeta pelbagai alir ini ialah menunjukkan sebab dan akibat.

Sebab Peristiwa Akibat

8.BRIDGE MAP/ PETA TITI

Peta i-THINK yang terakhir ialah peta titi atau bridge map. Peta ini digunakan untuk membuat

dan mencari perhubungan antara sesuatu konsep dengan konsep yang lain. Peta Titi terdiri

daripada garisan (faktor berkaitan/ relating factor = RF adalah frasa yang setara yang

mengaitkan analogi), garisan lagi dengan catatan dibahagian atas dan bawahnya pasangan

yang berkaitan dan begitulah seterusnya. Kedua-dua pasangan berkaitan tersebut

disambungkan oleh titi. Proses berikir yang digunakan dalam peta ini adalah mebuat analogi

iaitu hubungan yang sama, atau mencari faktor perhubungan.

As

Relating factor

Page 16: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

1.2.4 TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) telah

diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk menggalakkan pelajar mempunyai kemahiran untuk

berfikir secara aras tinggi. Sehubungan dengan itu, teknik menyoal aras tinggi digunakan.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini melibatkan Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan

Masalah. Pada ketika ini, KBAT berasaskan domain kognitif dalam Taksonomi Bloom iaitu

mengingat (pengetahuan), memahami (kefahaman), mengaplikasi (Aplikasi), menganalisis

(Analisis), mencipta (Sintesis) dan menilai (Penilaian).

Menurut Dr. William Wilen dari Kent Safe University, USA menyatakan bahawa seseorang

pelajar yang menyoal adalah merupakan seorang yang sedangt berfikir. Penyoalan dalam bilik

darjah juga meransang pelajar untuk berfikir. Sehubungan dengan itu, jika guru menyoal pada

aras tinggi, maka pelajar akan berfikir pada aras tinggi juga. Sebagai contoh:

1. Adakah air penting untuk manusia dan tumbuh- tumbuhan?

2. Bagaimana air penting kepada manusia dan tumbuh- tumbuhan?

Soalan 1 adalah soalan aras rendah. Soalan 1 hanya berasaskan domain kognitif aras rendah

iaitu memahami, para pelajar akan member jawapan sama ada ya atau tidak. Selain itu, pelajar

hanya perlu memahami bahawa air penting kepada manusia dan haiwan tetapi tidak

menerangkan bagaimana dan mengapa air amat diperlukan oleh manusia dan tumbuh-

tumbuhan.

Soalan 2 pula adalah merupakan soalan aras tinggi. Soalan 2 berasaskan domain kognitif aras

tinggi iaitu menganalisis di mana pelajar perlu menerangkan bagaimana air penting kepada

manusia tumbuh-tumbuhan. Pelajar secara tidak langsung akan berfikir supaya dapat

menerangkan kepada gurunya bagaimana air penting untuk manusia dan tumbuh-tumbuhan.

Kepentingan air kepada manusia adalah manusia memerlukan air untuk meneruskan

kehidupan. Air penting dan amat diperlukan oleh tubuh manusia untuk menjalankan proses-

proses seperti perkumuhan dan penyahtinjaan. Selain itu, air amat penting kepada tumbuh-

tumbuhan kerana air merupakan salah satu daripada keperluan asas tumbuhan untuk

menjalankan proses membuat makanan iaitu proses fotosintesis. Tanpa air, tumbuh-tumbuhan

tidak dapat menjalankan proses fotosintesis dan akhirnya layu dan seterusnya mati.

Sehubungan dengan itu, guru mestilah sentiasa menyoal para pelajar dengan soalan-soalan

aras tinggi untuk menggalakkan mereka sentiasa berfikir secara kritis dan kreatif pada aras

Page 17: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

tinggi. Hal ini bertujuan supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan

lebih baik.

Terdapat beberapa jenis soalan pada aras tinggi iaitu penyoalan sokratik, soalan bertumpu dan

mencapah dan lingkaran soalan.

Penyoalan Sokratik diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah Greek iaitu Socrates. Beliau

merupakan seorang ahli falsafah yang berasal dari Greek dan dilahirkan di Athens pada tahun

470 BC. Penulisannya banyak diguna pakai oleh anak muridnya, Plato.

Penyoalan Sokratik ini boleh merangsang pelbagai bentuk pemikiran seperti membuat

penerokaan, mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam, menganalisis sesuatu konsep,

membanding dan membeza konsep-konsep dalam pembelajaran. Soalan Sokratik lebih

sistematik, teratur, mendalam serta bertumpu kepada konsep asas, prinsip, teori isu, atau

masalah yang dibincangkan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merangsang pemikiran

secara mendalam berkaitan sesuatu konsep.

R.W. Paul telah memperkenalkan 6 jenis soalan Sokratik iaitu soalan penjelasan, soalan

merangsang andaian, soalan merangsang sebab dan bukti, soalan berkaitan pandangan dan

idea, soalan merangsang kesan dan akibat, dan yang terakhir ialah soalan berkaitan soalan.

JENIS SOALAN CONTOH SOALAN

1. Soalan penjelasan Bagaimanakah hal ini berkait dengan perkara

yang dibincangkan?

2. Soalan merangsang andaian Apakah andaian tuan?

3. Soalan merangsang sebab dan bukti Apakah bukti kenyataan yang diberikan?

Apakah yang akan berlaku jika tindakan ini

diambil?

4. Soalan berkaitan pandangan dan idea Apakah kelemahan dan kekuatannya

cadangan ini?

Page 18: Bahasa Melayu

Evaluasi

Sintesis

Analisis

Penerapan

Pemahaman

GKB1053 [ ]

5. Soalan merangsang sebab dan akibat Apakah akan berlaku hasil daripada tindakan

berkenaan?

6. Soalan berkaitan soalan Apakah kepentingan soalan ini?

Seterusnya, terdapat dua jenis soalan iatu Soalan Bertumpu dan Soalan Mencapah

(Theijsmeijer, H., R. 2013). Soalan bertumpu dan mencapah ialah dua jenis soalan yang

dihasilkan dan dibina berasaskan Domain Kognitif Taksonomi Bloom (1956).

Taksonomi Bloom

Berdasarkan Taksonomi Bloom, soalan aras rendah digunakan untuk mengetahui

pengetahuan, kefahaman dan aplikasi ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada para

pelajar. Manakala soalan aras tinggi iaitu soalan berbentuk analisis, sintesis dan penilaian pula

digunakan untuk mengetahui sama ada ilmu pengetahuan yang telah disampaikan kepada

pelajar boleh digunakan semula dan dikembangkan serta member manfaat kepada pelajar.

Soalan bertumpu atau convergent question adalah soalan berbentuk aras rendah. Ia adalah

soalan yang memerlukan jawapan terhad dan tepat contohnya ya atau tidak; betul atau salah,

pelbagai pilihan dan definisi. Kebanyakan soalan ini berbentuk kefahaman dan pengetahuan.

Selain itu, ia juga merupakan soalan tertutup dan lebih bersifat objektif.

Contoh Soalan Bertumpu: Adakah air penting untuk kesihatan tubuh badan?

Page 19: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

Soalan mencapah atau divergent question pula adalah soalan aras tinggi yang kebanyakannya

berbentuk analisis, sintesis dan penilaian. Soalan sebegini mempunyai pelbagai jawapan, lebih

analitik serta berbentuk sintesis. Selain itu, ia juga merupakan soalan terbuka dan lebih bersifat

subjektif.

Contoh Soalan Mencapah : Mengapakah air penting untuk kesihatan tubuh badan?

Selain itu, Lingkaran Soalan atau question circle adalah salah satu bentuk soalan aras tinggi.

Pada tahun 1983, Christenbury dan Kelly telah memperkenalkan Lingkaran Soalan. Di

Malaysia, Wilian Wilen (1994) ialah orang yang telah memperkenalkan Teknik Lingkaran Soalan

di negara kita. Teknik ini mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu untuk mendapatkan idea

serta pandangan ahli panel yang pakar dari pelbagai perspektif dan meninggalkan perasaan

kekitaan dalam sesuatu komuniti untuk membincangkan sertta menyelesaikan isu yang

berkaitan. Bilangan ahli panel yang terlibat ialah 4 hingga 7 orang. Seorang moderator dilantik

untuk menguruskan perbincangan. Peserta konferen dalam perbincangan tersebut ialah 10

hingga 1000 orang. Ahli panel dan moderator akan berada di atas pentas agar semua peserta

memberi penumpuan sepenuhnya kepada ahli panel.

1.2.5 ALAT-ALAT CORT

Professor Dr. Edward de Bono telah memperkenalkan alat berfikir CoRT (Cognitive Research

Trust) atau Amanah Penyelidikan Kognitif pada tahun 1972. Alat berfikir CoRT ini mempunyai

enam jenis alat iaitu CoRT 1, CoRT 2, CoRT 3, CoRT 4, CoRT 5, dan CoRT 6. Pada tahun

1972, kesemua Alat CoRT tersebut telah diperkenalkan di sekolah-sekolah USA, United

Kingdom, Australia, New Zealand dan Malaysia. Pelaksanaan penggunaan alat ini telah

diperkenalkan bagi meningkatkan keupayaan berfikir dalam kalangan pelajar di sekolah.

Program ini dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

ALAT-ALAT CoRT 1

Menurut Mohd Azhar (2001), CoRT1 merupakan salah satu daripada enam alat berfikir secara

kreatif dan literal. CoRT 1 bertujuan untuk menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang

sedang difikirkan supaya apa jua yang dibuat akan menjadi lebih berkesan. Terdapat tujuh alat

berfikir dalam CoRT 1 iaitu PMI (Plus, Minus, Interesting), CAF (Consider All Factors), C& S

(Consequence and Sequal), AGO (Aims, Goals, Objectives), FIP (First Important Priorities),

APC (Alternatives, Possibilities, Choices) dan yang terakhir ialah OPV (Other Point of View).

Page 20: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

a. PMI (Plus, Minus, Interesting) – Baik, Buruk, Menarik

Alat berfikir PMI ini digunakan untuk mempertimbangkan baik, buruk dan menarik sesuatu

pemilihan. Ketiga-tiga aspek penting di atas perlu diambil kira untuk setiap perkara yang

difikirkan agar suatu keputusan dapat dibuat dengan lebih menyeluruh tanpa meninggalkan

sebrang perkara yang berkaitan. Seseorang itu dapat membuat keputusan yang terbaik dan

lebih kritis dengan menggunakan alat berfikir ini kerana ia membantu seseorang itu memikirkan

kebaikan, keburukan dan perkara yang menarik tentang seuatu. Semua kebaikan, keburukan

dan perkara yang menarik akan disenaraikan. Kemudian, buatlah pertimbangan yang

sewajarnya.

b. CAF (Consider All Factors) – Mempertimbangkan Faktor-faktor Lain

Alat berfikir CAF mempertimbangkan faktor-faktor lain yang berkaitan. Sebagai contoh, aspek

nilai pegangan agama, kepercayaan, etika dan nilai individu serta keluarga, aspek ekonomi dan

politik berkaitan, sosiobudaya dan sains teknologi. Di samping itu, pandangan keluarga dan

masyarakat juga perlu diambil kira dalam membuat satu-satu keputusan.

c. C & S (Consequence and Sequal) – Kesan dan Akibat

Alat berfikir C & S ini memberi peluang untuk memikirkan kesan dan akibat mengikut tempah

masa. Jangka masa pendek ialah antara 1 hari hingga 12 bulan, manakala jangka masa

panjang pula ialah antara 1 tahun hingga 100 tahun.

d. AGO (Aims, Goals, Objectives) – Tujuan, Matlamat dan Objektif

AGO merupakan alat berfikir yang membantu individu menyatakan tujuan, matlamatdan objektif

sesuatu perkara. Tujuan, matlamat dan objektif sesuatu itu mestilah jelas dan konkrit. Selain itu,

faktor- faktor dalaman seperti psikologi dan fizikal serta faktor luaran perlu diambil kira sebelum

membuat keputusan yang tepat dan sepatutnya. Tujuan, matlamat dan objektif mestilah yang

boleh memberikan kebaikan dan manafaat kepada individu yang membuat keputusan. AGO

juga turut memberi faedah kepada persekitaran seperti ahli keluarga, masyarakat, rakan-rakan

dan yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, ciri-ciri seperti jelas, bersifat khusus dan umum,

realistik dan boleh diukur, tindakan dan pelan bertindak yang komprehensif perlu ada dalam

tujuan, matlamat dan objektif yang berkenaan.

Page 21: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

e. FIP (First Important Priorities)- Keutamaan Yang Paling Penting

FIP merupakan Alat Berfikir yang membantu individu megenal pasti keutamaan yang paling

penting dalam membuat sesuatu sama ada keputusan, rancangan mahupun peraturan. Hal ini

bertujuan untuk memberi keutamaan dan mengurangkan tumpuan kepada perkara yang kurang

penting. FIP turut membantu sesuatu keputusan, rancangan dan peraturan dilaksanakan

dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, FIP juga digunakan bersama-sama dengan AGO,

CAF dan C & S.

f. APC (Alternatives, Possibilities, Choices) – Alternatif, Kemungkinan, Pilihan

Alat Berfikir yang seterusnya ialah APC. Individu diberi peluang untuk menyenaraikan atau

mencadangkan beberapa alternatif, kemungkinan dan pilihan yang ada, jika memilih sesuatu

keputusan, peraturan dan rancangan. Alternatif bermaksud mempunyai pilihan lain jika pilhan

pertama tidak berjaya. Kemungkinan pula bermaksud kebarangkalian perkara berkenaan

berlalu. Setelah mengambil kira semua perkara yang berkaitan, barulah pemilihan yang terbaik

akan dibuat. Justeru itu, sebelum membuat keputusan, peraturan atau rancangan, idea uang

dinyatakan perlu difikirkan dari pelbagai sudut dan perspektif agar pelbagai faktor dapat

dipertimbangkan.

g. OPV (Other Point of View) – Pandangan Pihak Lain

OPV atau other point of view, merupakan Alat Berfikir yang membantu individu untuk mendapat

banyak pandangan daripada pelbagai pihak yang berkenaan dan yang pernah melalui situasi

berkenaan. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai pandangan dan idea yang

berbezaatas perkara yang sama kerana mereka mempunyai cara berfikir yang berbeza.

Pandangan pihak lain adalah mengambil kira pandangan , pendapat umum daripada pelbagai

peringkat umur dan semua ahli organisasi yang berkenaan supaya dapat membuat keputusan,

peraturan dan rancangan yang terbaik untuk semua. Idea dan pandangan yang dikemukakan

dipengaruhi perbezaan pendidikan, lokasi, taraf, kehidupan, jenis pekerjaan, rakan-rakan, nilai

dan minat. Selain itu, agama dan kepercayaan juga penting dalam menilai pandangan yang

diberikan.

Page 22: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

ALAT-ALAT CoRT 4

Kebolehan berfikir secara kreatif dapat membantu seseorang individu itu untuk meningkatkan

kualiti kehidupannya. Menurut De Bono, E. (2013) kreativiti melibatkan proses yang boleh

dipelajari , dilatih juga diaplikasikan mengikut keperluan. Ia juga merupakan keupayaan berfikir

secara normal dalam diri seseorang. Sehubungan dengan itu, CoRT 4 dicipta untuk

meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif. Terdapat 10 alat CoRT 4 iaitu Yes, No & Po,

Stepping Stone (Batu loncatan), Random Input (Input Rawak). Concept Challenge (Mencabar

Konsep), Dominant Idea (Idea Dominan), Define The Problem (Mendefinisikan Masalah),

Remove Faults (Mengasingkan Kelemahan), Combination (Kombinasi), Requirements

(Keperluan), dan yang terakhir ialah Evaluation atau Penilaian. Alat-alat ini mempunyai

kegunaan yang berbeza-beza mengikut kesesuaian sesuatu perkara.

a. YES, NO & PO

Perkataan ‘Yes’ membawa maksud ‘betul’,manakala perkataan ‘No’ pula membawa maksud

‘tidak betul’. PO pula membawa maksud ‘tidak pasti’. Kedua-dua perkataan ‘Yes’ dan ‘No’ ini

merupakan kata muktamad, ataupun fakta yang tidak dapat disangkal lagi. Sebagai contoh,

mesin basuh digunakan untuk membasuh pakaian, adalah dalam kategori ‘Yes’ atau ‘betul’.

Perkara ini merupakan fakta yang benar kerana mesin basuh hanya digunakan untuk

membasuh pakaian. Contoh bagi ‘No’ atau ‘tidak betul’ pula ialah seperti penyapu digunakan

untuk memberus lantai. Ini merupakan fakta yang tidak betul kerana penyapu digunakan untuk

menyapu sampah, bukan untuk memberus lantai. Namun begitu, ‘PO’ pula adalah satu

perkataan yang boleh menggerakkan pemikiran kreatif untuk meneroka pelbagai kemungkinan

yang boleh dilakukan. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu perkara itu berada di dalam

konteks “tidak pasti”, pelbagai kemungkinan dapat dibuat untuk mendapatkan suatu jawapan.

Sebagai contoh, adakah telefon boleh digunakan sebagai kamera untuk mengambil gambar

dan juga membuat panggilan? Apabila jawapannya tidak pasti, maka satu pemikiran kreatif dan

kritis akan terbentuk untuk menjawab persoalan ini. Seterusnya, terhasillah sebuah telefon

pintar yang dilengkapi dengan kamera untuk mengambil gambar.

b. STEPPING STONE – BATU LONCATAN

Stepping stone atau batu loncatan merupakan salah satu kaedah CoRT 4 yang memupuk

pemikiran kreatif. Kaedah ini lebih menggunakan pendekatan PO untuk menghasilkan idea

baharu dengan tujuan membuat suatu penampilan yang lebih kreatif dan menarik daripada idea

Page 23: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

asal atau asli. Pelbagai kemungkinan dan alternatif berkaitan sesuatu misalnya perkara,

konsep, benda dan peraturan dapat diterbitkan dengan menggunakan PO. Selain itu, PO turut

menjadi batu loncatan untuk menyahut cabaran untuk berfikir dengan lebih kreatif serta terbuka.

Pelbagai idea yang provokatif dapat dikeluarkan menggunakan PO kerana PO lebih terbuka

berbanding YES dan NO. Selain itu, idea-idea yang hadir merupakan idea yang diterbalikkan,

diperbesarkan, dipindahkan, serta idea khayalan yang tidak logik dan masuk akal. Sebagai

contoh, pada masa dahulu, mustahil untuk kita bayangkan sebuah rumah yang boleh bergerak

dan dibawa kemana-mana. Namun demikian, dengan tercetusnya idea yang dianggap mustahil

dan tidak masuk akal ini, maka lahirlah motor-home iaitu sebuah rumah yang dibina di atas

sebuah lori atau bas yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti sebuah rumah.

c. RANDOM INPUT – INPUT RAWAK

Input rawak bermaksud mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan sama sekali secara rawak

atau sewenang-wenangnya untuk menghasilkan idea yang baharu dan bernas. Alat ini

menggunakan sama ada kata nama, kata sifat atau kata kerja untuk menerbitkan idea yang

kreatif. Perkara ini pada asalnya memang pelik atau menghairankan untuk dibayangkan,

misalnya buku PO durian. Idea untuk menggabungkan buku serta durian pada asalnya dilhat

seperti tidak masuk akal kerana kedua-dua benda tersebut tidak menunjukkan apa-apa kaitan

sama sekali. Namun begitu, idea kreatif dari Penguin Books ini telah melahirkan satu inovasi

baru iaitu sebuah buku yang boleh dicerai-ceraikan mengikut bab dan boleh disimpan dalam

satu bekas. Perkara ini mendapat ilham daripada buah durian yang boleh dicerai-ceraikan.

Contoh yang lain pula adalah seperti menggabungkan televisyen serta keju. Penggabungan

dua kata nama ini telah menghasilkan satu set televisyen yang mengandungi beberapa set

skrin kecil yang boleh ditonton serentak dalam satu-satu masa. Idea yang datangnya dari

Grundig, Jerman ini mendapat ilham daripada keju yang mempunyai banyak lubang, seterusnya

terhasillah satu set televisyen yang unik.

d. CONCEPT CHALLENGE – MENCABAR KONSEP

Konsep yang diketengahkan oleh concept challenge ini adalah mengubah konsep tentang

sesuatu perkara yang telah dianggap klasik, tradisi atau lama kepada sesuatu yang baharu

mengikut perubahan persekitaran agar lebih bersesuaian dan praktikal mengikut etika, norma

masyarakat, dan sosiobudaya semasa. Dalam kata lain, konsep ini digunakan untuk memberi

nafas baru kepada sesuatu seperti benda, perkara, atau peraturan yang telah dianggap lapuk

dan ketinggalan zaman. Salah satu contoh konsep yang dicabar dan telah menunjukkan

Page 24: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

kejayaan ialah membina pasar raya besar seperti Aeon dan Giant yang mempunyai pelbagai

kiosk seperti bank, telefon, surau dan alat elektrik. Kewujudan kiosk tersebut telah

memudahkan orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan dengan mudah di dalam satu

bangunan sahaja. Hal ini demikian kerana, mereka tidak lagi perlu pergi pelbagai tempat yang

berbeza untuk menyelesaikan pelbagai urusan tetapi cukup hanya dengan pergi ke pasar raya

besar tersebut.

e. DOMINANT IDEA – IDEA DOMINAN

Alat CoRT 4 yang seterusnya ialah Dominant Idea atau idea dominan. Alat ini digunakan untuk

mengenal pasti idea dominan sesuatu perkara, isu, peristiwa dan rancangan. Dominan

membawa maksud lebih penting, lebih berkuasa atau lebih dikenal pasti berbanding perkara

lain atau dalam kata mudah adalah perkara yang utama. Alat idea dominan ini merupakan

tulang belakang atau tunjang kepada sesuatu perkara, isu, peristiwa dan rancangan. Ia

membolehkan kita untuk meluaskan persepsi kita tentang sesuatu dan dalam masa yang sama

kita boleh menokok tambah atau memperbaiki kelemahan dan kelebihan idea dominan

tersebut. Sebagai contoh,

f. DEFINE THE PROBLEM – MENDEFINISIKAN MASALAH

Di dalam kehidupan seharian kita, agak normal untuk mengatakan wujudnya pelbagai masalah.

Namun begitu, masalah tersebut boleh diselesaikan jika kita telah mengetahui punca sebenar

masalah tersebut. Oleh yang demikian, alat mendefinisikan masalah ini digunakan untuk

memahami serta mengenal pasti permasalahan yang sebenar. Sebagai contoh, masalah

kesesakan jalan raya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur khususnya pada waktu

kemuncak iaitu waktu pulang dari pejabat. Definisi masalah ini ialah kebanyakan pejabat

mempunyai waktu bekerja yang sama iaitu bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.

Oleh yang demikian, kesesakan berlaku apabila ramai pekerja pejabat pulang pada waktu yang

sama. Selain itu, kebanyakan mereka menggunakan kenderaan sendiri yang menyebabkan

bilangan kenderaan banyak dan jalan menjadi sesak. Justeru itu, sewajarnya untuk

memberikan waktu pejabat yang fleksibel serta mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri,

sebaliknya menggunakan kenderaan awam seperti bas dan LRT.

Page 25: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

g. REMOVE FAULTS – MENGASINGKAN KELEMAHAN

Alat yang seterusnya ialah mengasingkan kelemahan yang membawa erti untuk melihat dan

mengenal pasti kelemahan tentang sesuatu perkara. Apbila sesuatu kelemahan telah dapat

dikenal pasti, maka mudahlah kerja-kerja pembaikan dibuat untuk meminimumkan kelemahan

tersebut. Segala kekurangan dan kelemahan ini akan diperbaiki dari masa ke semasa dengan

tujuan untuk menghasilka produk atau sesuatu yang lebih baik dan berkualiti mengikut

keperluan semasa. Sebagai contoh, kad debit. Kad debit ini dicipta untuk memudahkan proses

jual beli yang melibatkan jumlah wang yang besar tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.

Sebaliknya, hanya menggunakan sekeping kad yang membolehkan wang tersebut terus ditolak

dari akaun pemegang kad itu sendiri. Penggunaan kad debit ini lebih praktikal dan selamat

berbanding menggunakan wang tunai. Hal ini demikian kerana penggunaan wang tunai dalam

jumlah yang besar adalah amat mudah untuk menarik perhatian penjenayah untuk merompak.

h. COMBINATION - KOMBINASI

Kombinasi bererti menggabungkan dua atau lebih benda atau perkara menjadi satu. Alat

kombinasi ini pula merupakan satu alat yang berguna untuk menggabungkan beberapa elemen

dan struktur yang berbeza-beza fungsinya dalam satu kombinasi yang lebih baik serta dinamik.

Suatu produk atau idea yang konstruktif dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik

seperti menampal, menggabung, mencantum dan menambah. Usaha yang dibuat untuk

menghasilkan idea yang baharu serta inovatif ini amat penting untuk memperbaiki produk yang

sedia ada. Produk baharu yang tercipta hasil daripada kombinasi pelbagai idea, benda atau

konsep mempunyai pelbagai fungsi serta dimensi yang memenuhi keperluan kehidupan

seharian. Misalnya, kombinasi antara motor dan basikal, terhasillah motosikal yang

menggabungkan konsep basikal yang mempunyai dua roda serta konsep motor yang

membolehkan motosikal ditunggang tanpa perlu dikayuh. Sebaliknya, hanya memulakan enjin

dan motor boleh terus bergerak dengan mudah. Contoh kombinasi yang seterusnya adalah

seperti menggabungkan gam dan kain telah menghasilkan ‘plaster’ atau pita pelekat yang

digunakan untuk membalut luka kecil. Penggabungan tersebut telah memudahkan kita untuk

membalut luka kerana ‘plaster’ tersebut mempunyai kain serta gam yang menjadikan ia sangat

praktikal dan mudah untuk digunakan.

Page 26: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]

i. REQUIREMENTS – KEPERLUAN

Pemikiran yang kreatif amat diperlukan dalam mengenal pasti keperluan-keperluan dalam

sesuatu perkara seperti program, benda, produk atau peraturan. Justeru itu requirements atau

keperluan merupakan alat yanf amat penting dan berguna dalam keadaan dan konteks sesuatu.

Keperluan perlu dititikberatkan dalam soal membuat pilihan atau keputusan tentang sesuatu.

Misalnya, keperluan dalam membeli sebuah rumah. Keperluan yang sepatutnya adalah

peruntukan kewangan, sama ada pinjaman perumahan atau wang simpanan. Bayaran ansuran

perumahan bulanan, jangka masa bayaran hutang tersebut. Selain itu, jenis rumah, reka bentuk

serta ciri-ciri keselamatan rumah turut diambil kira.Syarikat hartanah apa dan di mana yang

menjadi pilhan merupakan satu keperluan juga. Jika semua keperluan ini telah dipenuhi, maka

seseorang itu dapat membeli sebuah rumah pada masa yang sesuai.

j. EVALUATION - PENILAIAN

Alat CoRT 4 yang terakhir ini adalah satu alat yang penting untuk memastikan sesuatu perkara

itu boleh berfungsi dan berkesan. Penilaian yang digunakan adalah untuk membuat

penganalisisan terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh adakah ia dapat berfungsi dengan

baik, mempunyai keberkesanan yang tinggi, produk yang dikeluarkan meyakinkan dan berkualiti

serta tahan lama. Selain itu, penilaian juga membantu untuk mengenal pasti atau mengecam

apa-apa kelebihan mahupun kekurangan. Apabila kita dapat mengenal pasti unsur-unsur yang

boleh mendatangkan kebaikan serta meningkatkan nilai sesuatu itu, secara tidak langsung kita

dapat memperbaiki kelemahan yang ada dalam sesuatu idea yang dilontarkan. Sebagai contoh,

masalah pelajar sekolah untuk melintas ke seberang jalan raya untuk ke sekolah. Penyelesaian

bagi masalah ini ialah dengan meletakkan lampu isyarat beserta laluan zebra agar pemandu

kenderaan dapat berhenti seketika dan memberi laluan untuk pelajar melintas jalan. Namun

begitu, jika dinilaikan perkara ini, berkemungkinan terdapat pemandu yang tidak mengambil

endah dan terus memecut laju kenderaannya. Maka seeloknya mewujudkan jejantas yang lebih

selamat untuk para pelajar melintas jalan. Pada masa yang sama, pemandu kenderaan dapat

menjimatkan masa untuk ke destinasi yang dituju tanpa perlu berhenti di lampu isyarat terbabit.

Page 27: Bahasa Melayu

GKB1053 [ ]