bahan kimia utama badan

36
Bahan Kimia Utama Badan Unsur kimia di dalam sel Sel merupakan unit asas kehidupan. Oleh itu, sel mengandungi bahan kimia di dalam protoplasmanya. Pelbagai unsur terdapat di dalam sel. Unsur-unsur ini hadir dalam kuantiti yang berbeza dan dikelaskan ke dalam tiga kategori mengikut kepekatan relatifnya di dalam sel.

Upload: bieyah

Post on 11-Aug-2015

206 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PJM 3106 ANATOMI TUBUH BADAN MANUSIA

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Kimia Utama Badan

Bahan Kimia Utama Badan

Unsur kimia di dalam selSel merupakan unit asas kehidupan. Oleh itu, sel mengandungi bahan kimia di dalam protoplasmanya.Pelbagai unsur terdapat di dalam sel. Unsur-unsur ini hadir dalam kuantiti yang berbeza dan dikelaskan ke dalam tiga kategori mengikut kepekatan relatifnya di dalam sel.

Page 2: Bahan Kimia Utama Badan

Kelas Unsur Simbol

Unsur utamaHidrogen HKarbon COksigen ONitrogen N

Unsur surihNatrium NaKalium K

Magnesium Mg

Kalsium CaFosforus PSulfur SKlorin Cl

Unsur ultrasurihZink Zn

Ferum FeKuprum CuMangan MnKobalt Co

Unsu

r-un

sur

di d

ala

m s

el

Page 3: Bahan Kimia Utama Badan

• Unsur karbon, hydrogen dan oksigen terdapat dengan banyak di dalam sel kerana sel mengandungi kuantiti air yang besar dan kebanyakan sebatian yang terdapat di dalam sel terdiri daripada karbon, hydrogen dan oksigen.

• Sebatian yang terdapat dalam organisma hidup dibahagi kepada sebatian organik dan sebatian tak organik.

A.Sebatian organik ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon dan berasal daripada organisma hidup

B.Sebatian tak organik tidak mengandungi unsur karbon kecuali sebatian yang mengandungi ion karbonat, oksida atau sulfida karbon.

Page 4: Bahan Kimia Utama Badan

• Antara sebatian organik yang terdapat dalam sel ialah karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik. Sebatian organik disintesis oleh sel sendiri.

• Sebatian tak organik yang terdapat dalam sel ialah air, asid, bes dan garam mineral. Sebatian ini tidak boleh disintesis oleh sel sendiri tetapi diperoleh daripada persekitaran luar.

Sebatian kimia Unsur yang terdapat dalam sebatian kimiaKarbohidrat Karbon, hidrogen, oksigenProtein Karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur, fosforusLipid Karbon, hidrogen, oksigenAsid nukleik Karbon, hidrogen, oksigen, fosforus, nitrogenAir Hidrogen, oksigen

Page 5: Bahan Kimia Utama Badan

• Kebanyakkan unsur di dalam sel wujud sebagai ion. Misalnya, ion natrium, ion magnesium, ion klorida, ion kalium dan ion kalsium.

• Fungsi unsur-unsur bagi sel haiwan dan sel tumbuhan:

Page 6: Bahan Kimia Utama Badan

Unsur Fungsi

HidrogenKarbonOksigenNitrogen

Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhanPembentukan sebatian organik seperti karbohidrat,

protein, lipid dan asid nukleik

Sulfur Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhanKomponen bagi sesetengah protein

Natrium Sel haiwanMengekalkan tekanan osmosis dalam selMembantu dalam penghantaran impuls saraf

Sel tumbuhanTidak diperlukan

Magnesium Sel haiwanTerlibat dalam pembinaan proteinBertindak sebagai pengaktif (kofaktor) bagi sesetengah

enzimSel tumbuhan

Diperlukan dalam sintesis klorofilMengaktifkan enzim dalam sel

Page 7: Bahan Kimia Utama Badan

Unsur Fungsi

Kalsium Sel haiwanMembantu pembentukan tulang dan gigiMembantu pengecutan sel otot

Sel tumbuhanDiperlukan dalam pembentukan dinding sel berselulosaMengekalkan sifat separa telap pada membrane

plasma

Ferum Sel haiwanMembina hemoglobin dalam sel darah merah untuk

mengangkut oksigenDiperlukan untuk pembentukan enzim respirasi

Sel tumbuhanDiperlukan untuk sintesis klorofilBertindak sebagai pembawa electron dalam

mekanisme fotosintesis dan respirasi

Page 8: Bahan Kimia Utama Badan

Unsur FungsiFosforus Sel haiwan

Membantu pembentukan tulang dan gigiMembantu pengecutan sel ototDiperlukan dalam pembentukan molekul

adenosine trifosfat (ATP) yang kaya dengan simpanan tenaga

Komponen penting asid nukleik (DNA dan RNA)Sel tumbuhan

Membentuk biji benih dan bungaMempercapatkan pembahagian selDiperlukan dalam pembentukan ATPMensintesiskan asid nukleik

Page 9: Bahan Kimia Utama Badan

Unsur Fungsi

Kalium Sel haiwanMempengaruhi tindakan otot dan saraf

Sel tumbuhanMenghasilkan karbohidrat dan buahMengaktifkan enzim

Klorin Sel haiwanDiperlukan oleh sel perut untuk sintesis asid

hidroklorik dalam menetapkan pH perut dan memusnahkan patogen yang Berjaya masuk ke dalam perut

Sel tumbuhanPembebasan oksigen dalam proses fotosintesis

Page 10: Bahan Kimia Utama Badan

• Protein membentuk kira-kira 15% protoplasma dan merupakan komponen yang penting bagi struktur sel. Protein dibina daripada unit kecil yang disebut asid amino.

• Lipid boleh membentuk sehingga kira-kira 15% protoplasma dan tidak larut dalam air

• Karbohidrat dihasilkan semasa fotosintesis dan wujud dalam beberapa bentuk.

Page 11: Bahan Kimia Utama Badan

Konsep Keadaan Keseimbangan

Proses Pengosmokawalaturan oleh GinjalPengawalaturan Suhu BadanPengawalaturan Aras Gula Darah

Page 12: Bahan Kimia Utama Badan

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal

Page 13: Bahan Kimia Utama Badan

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal

• Proses Pengosmokawalaturan merupakan proses keseimbangan kandungan air dan garam mineral, iaitu tekanan osmosis persekitaran dalam yang dibantu oleh hormone

• Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh isi padu air kencing yang disingkirkan oleh ginjal berbanding dengan kuantiti isi padu air yang diambil oleh badan.

• Hormon yang terlibat dalam pengosmokawalaturan ialah:a. hormon antidiuresis (ADH) yang dirembeskan oleh cuping

posterior kelenjar pituitaryb. hormon aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian

korteks kelenjar adrenal. Perembesan hormone aldosteron juga dikawal oleh kelenjar pituitary.

Page 14: Bahan Kimia Utama Badan

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal• Hormon ADH mengawal ketelapan membran tubul berlingkar

distal dan duktus pengumpul terhadap air. Hormon ADH menyebabkan kedua-dua tubul menjadi lebih telap kepada air. Akibatnya, lebih banyak air diserap semula ke dalam aliran darah.

• Hormon aldosteron mengawal atur penyerapan semula ion natrium di liku Henle

• Dalam proses pengosmokawalaturan, penyerapan semula air adalah lebih penting daripada penyerapan semula ion natrium.

• Apabila seseorang meminum terlalu banyak air, tekanan osmosis darah akan menurun.

• Sebaliknya apabila dia meminum air yang sedikit dan tidak mencukupi atau mengambil makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, tekanan osmosis darah akan meningkat.

Page 15: Bahan Kimia Utama Badan

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal• Perubahan tekanan osmosis dikesan oleh osmoreseptor

di dalam hipotalamus. Maklumat rangsangan dihantar ke kelenjar pituitary.

a. Jika tekanan osmosis darah meningkat, rembesan ADH ditingkatkan

b. Jika tekanan osmosis darah menurun, ADH kurang dirembeskan. Sebaliknya, kekurangan garam di dalam darah merangsang rembesan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula garam di tubul distal dan duktus pengumpul.

Page 16: Bahan Kimia Utama Badan

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal

• Pengawalaturan kandungan garam dalam darah dibantu oleh hormon aldosteron. Apabila kandungan garam di dalam darah berkurangan, kelenjar adrenal akan dirangsang untuk merembes hormon aldosteron. Hormon ini akan bertindak ke atas tubul berlingkar distal supaya lebih banyak garam diserap untuk meningkatkan semula kandungan garam dalam darah. Sekiranya kandungan garam dalam darah bertambah, kelenjar adrenal tidak dirangsang. Oleh itu, hormon aldosteron tidak dirembeskan dan kurang garam diserap semula. Kandungan garam di dalam darah menurun ke julat normal semula.

Page 17: Bahan Kimia Utama Badan

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal

• Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal adalah berasaskan kepada mekanisme suap balik negatif.

• Apabila tekanan osmosis darah kembali ke aras normal, osmoreseptor dalam hipotalamus tidak akan dirangsang, maka kelenjar pituitary juga tidak akan dirangsang. Kelenjar adrenal juga tidak dirangsang. Seterusnya hormon ADH dan hormon aldosteron tidak akan dirembeskan.

Page 18: Bahan Kimia Utama Badan
Page 19: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Suhu Badan

Page 20: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Suhu Badan• Manusia perlu mengawal atur suhu badan supaya suhu

badan sentiasa kekal pada satu nilai yang tetap, iaitu pada sekitar 37 Celsius walaupun suhu sekeliling berubah.

• Pengekalan suhu pada satu nilai tetap adalah penting supaya tindak balas metabolism sel yang dimangkinkan oleh enzim dapat berlaku pada tahap optimum. Suhu yang terlalu tinggi akan menyahaslikan enzim manakala suhu yang terlalu rendah akan melambatkan aktiviti metabolism sel sehingga tidak dapat menampung kemandirian sel.

• Pengawalaturan suhu badan dilakukan dengan mengimbangkan haba yang hilang daripada badan dengan haba yang dihasilkan oleh badan

Page 21: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Suhu Badan• Haba dihilangkan dari badan melalui kulit, air kencing,

tinja, hembusan nafas dan penyejatan peluh.• Haba dihasilkan dalam badan melalui respirasi sel dan

penyerapan haba dari persekitaran.• Kulit memainkan peranan yang penting dalam mengawal

atur suhu badan.• Pada kulit terdapat reseptor yang peka terhadap

perubahan suhu persekitaran luar. Reseptor ini disebut termoreseptor.

• Termoreseptor menerima rangsangan dan menghantar impuls saraf ke hipotalamus otak melalui saraf aferen. Pusat kawalan suhu dalam hipotalamus dapat mengesan sebarang perubahan suhu badan.

Page 22: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Suhu Badan• Selain daripada menerima utusan daripada impuls

saraf yang dihantar oleh termoreseptor, hipotalamus juga menerima utusan mengenai perubahan suhu badan daripada darah yang mengalir melalui otak.

• Selepas ditafsirkan, maklumat akan dihantar ke efektor seperti otot rangka, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin melalui saraf eferen

• Pengawalaturan suhu badan dijalankan melalui beberapa cara fizikal dan cara metabolik.

Page 23: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Suhu Badan• Mekanisme suap balik negatif dalam pengawalaturan

suhu badan manusia diringkaskan seperti berikut:

Page 24: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Aras Gula Darah

Page 25: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Aras Gula Darah• Kepekatan glukosa dalam darah seseorang yang normal

ialah 90 mg dalam setiap 100 cm darah• Sekiranya glukosa terdapat secara berlebihan dalam

darah, air akan hilang dari sel secara osmosis. Kehilangan sir menyebabkan sel mengalami krenasi. Sebaliknya, kekurangan glukosa dalam darah akan menyebabkan sel mengembang, tekanan darah rendah, keletihan dan koma.

• Aras glukosa dikawal oleh organ hati dan pankreas• Perubahan aras glukosa dalam darah dikesan oleh

pankreas. Pankreas akan merembeskan hormon insulin atau hormon glucagon unutk membetulkan aras gula dalam darah kepada nilai normal.

• Terdapat dua jenis sel dalam kelompok sel Langerhans, iaitu sel alfa dan sel beta. Sel alfa () merembeskan hormon insulin manakala sel beta () merembeskan hormon glukagon.

Page 26: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Aras Gula DarahAras glukosa dalam darah menigkat• Apabila aras glukosa darah meningkat, sel alfa akan dirangsang untuk

merembeskan hormon insulin ke dalam darah.• Insulin diangkut ke hati melalui aliran darah.• Di hati, hormon insulin merangsang sel hati melakukan gerak balas

berikut:a. Menukar glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hatib. Mempercepatkan kadar respirasi glukosac. Menukar glukosa kepada lemakd. Menghalang pembentukan glukosa daripada glikogene. Menghalang penukaran asid amino dan lemak kepada glukosa• Hormon insulin juga merangsang sel badan yang lain (kecuali sel otak)

untuk menggunakan glukosa dalam darah• Gerak balas ini menurunkan aras glukosa ke aras normal semula

Page 27: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Aras Gula DarahAras glukosa dalam darah berkurang• Apabila aras glukosa berkurang, sel beta dirangsang untuk

merembeskan hormon glucagon ke dalam darah dan diangkut ke hati

• Di hati, hormon glukogen merangsang sel hati melakukan gerak balas berikut:

a) Menukar glikogen kepada glukosab) Melambatkan kadar respirasi glukosac) Menghalang penukaran glukosa kepada glikogen• Hormon glukagon merangsang sel badan yang lain untuk

menggunakan lemak• Gerak balas ini meningkatkan aras glukosa ke aras normal

semula.

Page 28: Bahan Kimia Utama Badan

Pengawalaturan Aras Gula Darah• Adakalanya seseorang tidak dapat menghasilkan hormon

insulin yang mencukupi. Aras glukosa dalam darahnya akan meningkat (hiperglisemia) dan glukosa akan dikumuhkan dalam air kencingnya (glikosuria). Dalam keadaan sedemikian, orang tersebut dikatakan telah menghidap penyakit diabetes mellitus. Seorang pesakit diabetes mellitus akan sentiasa berasa haus, penat, letih dan mengalami penurunan berat badan. Pesakit akan mati sekiranya tidak dirawat.

• Pesakit boleh dirawat dengan menyuntik hormon insulin untuk mengurangkan aras glukosa dalam darah dengan menukarkan glukosa kepada glikogen.

• Akan tetapi sekiranya terlalu banyak insulin diberikan, pesakit akan mengalami hipoglisemia yang menyebabkannya merasa gelisah, menggeletar dan hilang kesedaran.

• Pengawalaturan aras glukosa dalam darah menunjukkan mekanisme suap balik negatif dalam kawalan homeostasis.

Page 29: Bahan Kimia Utama Badan

Jenis dan fungsi tisu utama

Sifat dan fungsi tisu haiwan

Page 30: Bahan Kimia Utama Badan

• Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusus.

Page 31: Bahan Kimia Utama Badan

• Terdapat empat jenis tisu yang berlainan pada haiwan, iaitu tisu epithelium, tisu otot, tisu penghubung dan tisu saraf.

Page 32: Bahan Kimia Utama Badan

Sifat dan fungsi tisu haiwanTisu Fungsi

Tisu epiteliumTerdiri daripada satu atau lebih daripada

satu lapisan selTersusun rapat di antara satu sama lain

tanpa kehadiran ruang antara selTerdapat di permukaaan luar(kulit dan

ruang mulut) dan permukaan berongga di dalam badan (rongga salur pencernaan dan peparu)

Membentuk halangan yang bersifat pelindung daripada jangkitan, kecederaan, bahan kimia, pendehidratan dan mengawal atur suhu badan

Mengasingkan sel-sel di bawahnya daripada medium di luar

Tisu epitelium mungkin mengalami pengubahsuaian dari segi struktur dan fungsi untuk membentuk kelenjar yang merembeskan jus pencernaan di dalam salur pencernaan, misalnya mukus dan enzim.

Menyerap bahan seperti makanan tercerna dan membenarkan pergerakan bahan merentasnya(misalnya penyerapan gas oksigen dan gas karbon dioksida di peparu)

Melapik sesuatu permukaan atau rongga epitelium pada kulit

Sesetengah tisu mengalami pengubahsuaian untuk membentuk kelenjar pada kulit, misalnya kelenjar peluh dan kelenjar sebum.

Page 33: Bahan Kimia Utama Badan

Sifat dan fungsi tisu haiwanTisu Fungsi

Tisu ototTisu yang paling banyak di dalam badanTerdiri daripada sel otot dan gentian otot

(a)Otot licin yang membentuk dinding organ dan salur-salur di dalam badan

(b)Otot rangka yang menyambungkan tulang dengan tulang

(c)Otot kardium (otot utamabagi jantung )

Otot licin: membolehkan tindakan peristalsis melalui pengecutan dan pengenduran otot-otot di sepanjang lumen salur pencernaan

Otot rangka: mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang dan anggota badan

Otot kardium: menyebabkan denyutan jantung untuk mengepamkan darah ke seluruh badan

Page 34: Bahan Kimia Utama Badan

Sifat dan fungsi tisu haiwanTisu Fungsi

Tisu saraf Sel asas disebut neuronTerdiri daripada jasad sel dan

gentian saraf

Menghantar impuls saraf Menyelaras dan mengawal

aktiviti badan

Page 35: Bahan Kimia Utama Badan

Sifat dan fungsi tisu haiwanTisu FungsiTisu penghubung Terdiri daripada beberapa jenis sel

yang terpisah antara satu sama lain tetapi terbenam dalam matriks bersama-sama dengan gentian

Contoh: darah, tulang rawan, tedon, ligamen

(a)Tisu darah

(b)Tisu tulang

(c)Tisu rawan

Bergantung pada jenis tisu, setiapnya mempunyai fungsi tertentu

Misalnya, tisu penghubung bergentian, iaitu ligamen menyambung tulang dengan tulang lain, tendon menghubungkan otot dengan tulang. Rawan tulang menutupi hujung tulang

Rawan juga didapati sebagai ceper antara vertebra.

Tulang pula terlibat dalam pembentukan rangka badan dan melindungi organ badan. Tisu ini juga membentuk sel darah merah di dalam sumsum tulang

Tisu darah seperti sel darah merah mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida manakala sel darah putih berfungsi dalam sistem pertahanan badan.

Page 36: Bahan Kimia Utama Badan

TAMAT