bahagian1-imbuhan-awalan

23
Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF

Upload: puspa-latha

Post on 24-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF

  • Digabungkan di hadapan kata dasar.Diwujudkan melalui TIGA bentuk

    Awalan kata NAMAAwalan kata KERJAAwalan kata ADJEKTIFpe-, pem-,pen-, peng-,penge-,per-,ke-me-, mem-, men-meng-, menge-, ber-, ter-, di-ter-&se-

  • pe-Dicantumkan pada kata dasar tanpa mengubah bunyi pada awal kata dasar.

    Orang yang mengalami perbuatan kata dasar.

    CONTOH 1: sakit pesakit (orang yang sakit)

    CONTOH 2: tugaspetugas (orang yang ditugaskan)Orang yang melakukan sesuatu yang dimaksudkan kata dasar.

    CONTOH 1: kebunpekebun (orang yang mengusahakan kebun)

    CONTOH 2: niagapeniaga(orang yang berniaga)

  • peN-Boleh berubah menjadi pe-, pen-, pem-, peng- dan penge- berdasarkan huruf awal kata dasar yang mengikutinya.

  • MAKNA 1 :Orang yang melakukan sesuatu

    Contoh :Pengail itu amat gembira kerana mendapat seekor ikan haruan yang amat besar dan berat.

    _____________ itu telah ditangkap kerana menceroboh kawasan Hutan Simpanan pemerintah dan mengugat kehidupan haiwan di sana.MAKNA 2 :Orang yang memegang jawatan atau tugas

    Contoh :Encik Malik pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Nanyang selama enam tahun.

    _______________ sekolah kami merotan sekumpulan pelajar yang ditangkap merokok di kolong blok yang berhampiran.PemburuPengetua

  • Makna 3 :Orang yang mempunyai sifat sebagaimana kata dasarnya.

    Contoh :Mak Tijah seorang yang penyabar walaupun sering difitnah jiran jirannya.

    Guru sering mengingatkan para pelajar yang ____________ agar mengubah sikap mereka sekiranya mereka ingin berjaya.

    pemalasMakna 4 :Alat atau objek untuk melakukan sesuatu

    Contoh :Siti menggunakan penjemur untuk menyidai pakaiannya yang baru dicuci.

    Mesin _____________ baju itu telah rosak dan harus diperbaiki.pencuci

  • per-Bergabung dengan kata nama atau kata kerja tanpa mengubah bunyi atau huruf awal kata dasar tersebut.

    A)Tempat atau alatperbara : Tempat bara api untuk membakar kemenyan.

    B)Orang yang melakukan perbuatan atau kerja

    pertapa : Orang yang bertapa untuk mencari ilmu dan sebagainya.

  • ke-Penggunaannya agak terhad. Bergabung dengan kata dasar tanpa mengubah huruf awal kata dasar tersebut.

    A)Orang atau perkara yang diwujudkan daripada kata dasar.kehendak : Jambatan itu dibina mengikut kehendak penduduk kampung itu.

    B)Membentuk kata bilangan

    kedua :Anak Puan Salimah mendapat tempat kedua dalam pertandingan berpidato itu.

  • beR-Bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja tak transitif.

    Terdapat 3 bentuk

  • Awalan beR- bergabung dengan kata dasar boleh menghasilkan beberapa makna

  • ter-Bergabung dengan kata dasar tanpa mengubah huruf awal kata dasar kecuali hurufr akan digugurkan pada kata dasar tertentu.Contoh : ter + rasa terasa Boleh membawa beberapa maksud .

  • Boleh berubah menjadi me-, men-, mem-, meng- dan menge- berdasarkan huruf awal kata dasar yang mengikutinya.

    meN-

  • MAKNA 1 :Melakukan perbuatan

    Contoh :Emak memasak bubur nasi untuk kami hari ini.

    Polis telah ___________ perompak yang telah memecah masuk beberapa buah rumah di kawasan itu.MAKNA 2 :Melakukan kerja menggunakan sesuatu

    Contoh :Orang itu mengambil upah mencangkul tanah di kebun sayur.

    Abang membantu ayah _____________ rumah agar kelihatan baru pada hari raya nanti.

    menggarimengecat

  • MAKNA 3 :Menuju ke arah

    Contoh :Pesawat yang berlepas dari Australia malam tadi akan mendarat di Singapura jam enam pagi.

    Ibu sentiasa mengingatkan adik agar berhati hati ketika hendak________________ jalan raya.

    MAKNA 4 :Berlaku seperti atau menyerupai

    Contoh :Abu membatu kerana tidak dapat menjawab soalan yang diajukan Cikgu Salim.

    Cikgu Dahlan ___________ apabila salah seorang pelajar tidur semasa dia mengajar.

    menyeberangmenyinga

  • Bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja pasif yang merujuk kepada orang ketiga.

    CONTOH :

    1.Si Belang terlompat apabila ekornya ____________ Salimah.

    2.Kambing peliharaan Pak Amat itu ______________ pada sebatang pokok.

    3.Kawasan paya itu telah ______________ sebuah syarikat pembinaan yang ingin menjadikan kawasan itu pusat rekreasi.ditarikditambatdibeli

  • ter-Bergabung dengan kata adjektif. Tidak mengubah huruf awal kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf r akan digugurkan.

  • se-Bergabung dengan kata adjektif. Membawa maksud sama.1. Rumah orang kaya yang dibina di atas bukit itu seindah istana.

    2. Alif mampu membeli sebuah kereta mewah sebesar kereta pengurusnya.