bahagian pendidikan kesihatan kandungan · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. objektif kempen...

57

Upload: others

Post on 06-Aug-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup
Page 2: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

KANDUNGAN

Perkara Mukasurat

1. Pengenalan 1

2. Penggunaan Manual Mesej Utama dan Sokongan 4

3. Dimensi Fizikal

a. Komponen Pemakanan Sihat 8

b. Komponen Senaman 23

c. Komponen Merokok 31

d. Komponen Kesihatan Pergigian 38

e. Komponen Rumah Selamat 48

f. Komponen Kesihatan Reproduktif 57

4. Dimensi Mental 74

5. Dimensi Kerohanan dan Sosial

a. Komponen Kerohanian 100

b. Komponen Sosial 122

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 2

Page 3: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

PENGENALAN

Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah bermula pada tahun 1991

bertujuan untuk mempromosikan kesihatan serta meningkatkan usaha untuk mencegah

penyakit-penyakit berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat. Kempen mi

merupakan pendekatan baru oleh kerajaan ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat yang

akan membawa kepada peningkatan produktiviti dan kualiti kehidupan. Secara tidak

langsung kempen mi boleh menyumbang kepada pengurangan kejadian penyakit-penyakit

dan seterusnya menjimatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan.

Kempen Cara Hidup Sihat dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama bermula dan 1991

hingga 1996 dengan objektif untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia

mengenai penyakit-penyakit dan isu-isu tertentu seperti sakit jantung, penyakit AIDS,

kebersihan makanan, kesihatan kanak-kanak, kanser dan diabetes. Fasa kedua bermula pada

1997 Iebih menumpukan kepada promosi amalan-amalan tertentu yang boleh memperbaiki

taraf kesihatan masyarakat serta membawa kepada perubahan cara hidup. Tema-tema fasa

kedua adalah Makan untuk Kesihatan (1997), Senaman dan Kecergasan Fizikal (1998),

Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan (1999) dan Promosi Kesihatan Mental

(2000). Tahun 2001 dan tahun 2002 memberi fokus kepada promosi keluarga sihat dan

kesihatan alam sekitar.

Pelbagai strategi digunakan untuk melaksanakan kempen mi. Strategi komunikasi melalui

media massa merupakan strategi utama untuk menyebarkan makiumat secara meluas dan

berkesan. Penglibatan berbagai organisasi yang berkaitan seperti kementeriankementerian

lain, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan badan sukarela adalah kritikal untuk

menjayakan kempen mi terutama diperingkat perancangan dan pelaksanaan. Latihan kepada

anggota kesihatan di semua peringkat perkhidmatan akan meningkatkan tahap pengetahuan

serta memberi kemahiran kepada kumpulan sasaran. Penghayatan individu ke arah perubahan

tingkah laku dalam menangani isu-isu kesihatan dapat diperkukuhkan melalui tindakan

masyarakat.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 3

Page 4: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

KEMPEN PROMOSI KELUARGA S1HAT

Definisi Keluarga Sihat

Keluarga sihat adalah keluarga yang mernemihi keperluan JIzikal, psikologi, sosial dan

kerohanian ahli-ahlinya.

Definisi mi menjelaskan bahawa bagi membentuk keluarga sihat, aspek fizikal, mental, sosial

dan kerohanian perlu diberi perhatian. Berikut adalah elemen-elemen yang terdapat pada

keluarga sihat

• menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna

• mempunyai pendidikan yang sewajarnya serta mencukupi

• mengamalkan cara hidup sihat

• mempunyai keselarnatan emosi

• menyediakan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima bagi memastikan

kestabilan dan pengekalan keluarga

• berkomunikasi dan berinteraksi secara positif

• menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing

• mengamalkan nilai-nilai agama dan moral

• beriadah bersama

• mempunyai pendapatan yang mencukupi

• memupuk sokongan sosial

Rasional kempen

Promosi Keluarga Sihat met upakan tema yang sesuai oleh kerana ia memberi tumpuan

kepada keluarga sebagai ‘setting’ untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. Oleh kerana

makiumat mengenai cara hidup sihat untuk individu telah banyak di perkatakan dalam

kempen-kempen yang lalu, kempen mi akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk

mengimbas kembali mesej-mesej yang pernah dikenali dan mengamalkannya

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 4

Page 5: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

melalui pendekatan berkeluarga. Promosi Keluarga Sihat juga merupakan satu langkah yang

tepat dan wajar bagi memantapkan lagi usaha kemjien untuk mempromosi cara hidup sihat

dan peringkat individu, keluarga dan masyarakat.

Keluarga sebagai institusi asas perlu diperkasakan sebagai langkah pertama ke arah

merealisasikan Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, penyayang dan

berbudaya. Dalam menghadapi cabaran alaf barn, Malaysia mengorak langkah ke arah

kemajuan dalam erti kata yang sebenar dan mengikut acuan tersendiri - kemajuan yang

berdasarkan kepada industri dan teknologi moden, kemajuan yang tetap mengekal,

menyanjung dan mengamalkan sistem nilai, moral, kebudayaan, kemasyarakatan dan

kekeluargaan yang murni.

Objektif Kempen

Objektif umum adalah:

• untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup dalam keluarga.

Objektif khusus adalah:

• untuk mempromosikan amalan cara hidup sihat kearah keluarga yang sihat,

• untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli keluarga bagi

memenuhi keperluan untuk mencapai kesejahteraan keluarga dan

• untuk mempromosikan sokongan dan tindakan kemasyarakatan bagi

pembentukan keluarga yang sihat.

Sasaran

Sasaran bagi kempen mi adalah keluarga sebagai satu unit. Walau bagaimanapun, untuk

pelaksanaan, kumpulan yang akan diberi tumpuan adalah kanak-kanak, remaja, ibubapa dan

datuk/nenek.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 5

Page 6: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

PENGGUNAAN MANUAL MESEJ UTAMA DAN SOKONGAN

Manual mi merupakan bahan rujukan untuk perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti

kempen. Ia mengandungi mesej utama dan sokongan serta makiumat sokongan yang dapat

digunakan sebagai panduan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi

lain yang terlibat dalam menjalankan aktiviti pembangunan keluarga.

Manual mi di bahagikan kepada 3 dimensi:

1. Dimensi kesihatan fizikal yang menekankan kepada 4 komponen iaitu:

• amalan-amalan sihat iaitu pemakanan sihat, senaman, menjauhi rokok dan

keselamatan di rumah,

• kesihatan pergigian,

• kesihatan reproduktif,

2. Dimensi mental

3. Dimensi kerohanian dan sosial

Setiap dimensi dan komponen mempunyai 2 bahagian iaitu mesej dan makiumat sokongan.

Bahagian mesej mengandungi mesej utama dan mesej sokongan yang berkaitan dengan

bidang berkenaan dan perlu di sampaikan kepada kumpulan sasaran. Terdapat sebanyak 31

mesej utama dan 133 mesej sokongan. Bahagian makiumat sokongan menerangkan maksud

mesej utama dan sokongan dengan lebih jelas dan mendalam dan bertujuan untuk membantu

petugas kesihatan atau penceramah dalam penyampaian mesej kesihatan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 6

Page 7: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

DIMENSI FIZIKAL

A: KOMPONEN PEMAKANAN SIHAT

MESEJ UTAMA

1. Jadikan waktu rnakan sebagai masa yang berfaedah dan menyihatkan untuk seisi

keluarga.

2. Amalan pemakanan sihat boleh dipupuk di rumah.

JADIKAN WAKTU MAKAN SEBAGAI MASA YANG BERFAEDAH DAN

MENYIHATKAN UNTUK SEISI KELUARGA.

1.1 Makan bersarna sebagai sebuah keluarga mendatangkan banyak faedah.

1.2 Waktu makan bersama keluarga yang dirancang dengan baik boleb

menggembirakan semua ahli.

2. AMALAN PEMAKANAN SIHAT BOLEH DIPUPUK DI RUMAH.

2.1 Pupuklah amalan pemakanan sihat di rumah.

2.2 Guna dan amalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat semasa merancang

dan rnenyediakan makanan untuk keluarga.

2.3 Setiap ahli keluarga memerlukan makanan yang berkhasiat dan

seimbang setiap hari

2.4 Utamakan kebersihan dan keselamatan makanan bagi menjaga

kesejahteraan keluarga.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 7

Page 8: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

MAKLUMAT SOKONGAN

JADIKAN WAKTU MAKAN SEBAGAI MASA YANG BERFAEDAH DAN

MENYIHATKAN UNTUK SEISI KELUARGA.

Makan merupakan salah satu aktiviti keluarga yang penting yang perlu dikongsi bersama.

Keluarga sepatutnya menjadikan setiap aktiviti yang berkaitan dengan makanan seperti

pembelian, pemilihan dan penyediaan makanan sebagai aktiviti bersama.

Bayangkan betapa seronoknya anda menikmati makanan bersama-sama keluarga dan betapa

pentingnya makanan dalam majlis-majlis sosial dan keramaian.

1.1 Makan bersama sebagal sebuab keluarga mendatangkan banyak faedah.

• Waktu makan boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan

mendidik ahli keluarga tentang amalan pengambilan makanan yang baik.

• Pakar-pakar berpendapat bahawa sekiranya ahli-ahli keluarga dapat berkumpul

bersama di meja makan dengan lebih kerap, anak-anak akan mendapat faedah

dan segi peningkatan prestasi akademik dan harga din. Penyelidikan juga

mendapati bahawa perbualan di waktu makan dapat mengkayakan

perbendaharaan kata anak-anak.

• Masa yang dihabiskan bersama-sama keluarga semasa makan dapat

mengukuhkan hubungan diantara ahli keluarga. Tanya boleh menyatupadu dan

mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Komunikasi yang positif semasa makan

membolehkan ahli-ahli keluarga bertukar

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 8

Page 9: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

tukar fikiran, menyelesai masalah dan memahami antara satu sama lain. Ibu bapa

juga boleh mengambil pel.uang semasa waktu makan untuk mengetahui

perkembangan dan menyusuli aktiviti harian anakanak mereka.

• Makan bersama juga memberi faedah dan segi pengambilan makanan yang

berkhasiat dan mencukupi. Ketika makan bersama, ibu bapa boleh menunjukkan

teladan yang baik kepada anak-anak. Anak-anak yang memerhatikan tingkahlaku

ibubapa yang mengamalkan pengambilan makanan yang baik akan meniru

tingkahlaku ibubapa mereka dan seterusnya amalan mi akan diteruskan sehingga

meraka dewasa. Dengan membantu ibubapa menyediakan makanan yang

pelbagai, anak-anak boleh didedahkan dengan makanan-makanan barn yang

berkhasiat.

1.2 Waktu makaii bersama keluarga yang dirancang dengan baik boleh

menggembirakan semua ahli.

• Setiap keluarga digalakkan menikmati makanan bersama-sama pada setiap waktu

makan. Walau bagaimanapun, jika mi tidak dapat dilakukan, berusahalah untuk

makan bersama sekerap yang mungkin.

• Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merancang waktu makan

bersarna keluarga:

• Cuba tetapkan matlamat yang realistik bersesuaian dengan cara hidup keluarga

anda untuk makan bersama, seperti sekali sehari atau beberapa kali dalam

seminggu.

• Anda sepatutnya berusaha untuk mengumpulkan semua ahli keluarga pada setiap

waktu makan. Waläu bagaimanapun, jika mi tidak dapat dilakukan, galakkan

sesiapa sahaja ahli keluarga yang berada di rumah pada waktu tersebut untuk

sama-sama menyediakan makanan dan seterusnya makan bersama-sama.

• Galakkan ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan warga tua supaya makan

bersama-sama. Didik dan biasakanlah anak-anak kecil anda untuk makan bersama

keluarga. Contohnya anda boleh duduk bersama-sama mereka pada waktu mereka

makan, dan berilah mereka makanan yang utama dahulu. Mereka boleh diberi

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 9

Page 10: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

makan snek yang berkhasiat atau sebahagian daripada makanan utama tadi ketika

makan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Layanlah kerenah anak-anak

dengan sabar semasa makan. Untuk menggalakkan warga tua makan bersama,

sediakan makanan yang bersesuaian dengan mereka sebagai sebahagian daripada

makanan yang dihidangkan kepada ahli keluarga yang lain.

• Ubahlah menu atau pelbagaikan makanan yang diambil dalam seminggu untuk

menggalakkan ahli keluarga makan bersama di rumah. Walau bagaimanapun,

sekali sekala makanlah di luar bersama-sama untuk mengubah selera. Aktiviti

makan di luar seperti berkelah atau ketika menziarahi ahli keluarga yang lain juga

boleh dirancang untuk mengubah suasana ketika makan. Sambutan ulang tahun

seperti ulang tahun kelahiran atau perkahwinan boleh juga dijadikan aktiviti

makan bersama sekeluarga.

• Untuk mendapat faedah daripada aktiviti makan bersama, elakkan daripada makan

di tempat yang boleh mengganggu komunikasi keluarga, contohnya di ruang tamu

atau di depan televisyen, sebaliknya makanlah bersama di meja makan.

2. AMALAN PEMAKANAN SIHAT BOLEH DIPUPUK DI RUMAH

Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan

seharusnya dipupuk dan rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan

yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.

2.1 Pupuklah amalan pemakanan sihat di rumah.

• Amalan pemakanan sihat dapat membantu keluarga memperolehi semua khasiat

makanan yang penting untuk pertumbuhan badan, perkembangan minda, mencegah

kekurangan zat makanan dan melindungi keluarga anda daripada risiko penyakit-

penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, strok, diabetes dan beberapa

jenis kanser. Pemakanan sihat merupakan asas kepada keluarga yang bahagia dan

sihat.

• Rumah rneiupakan tempat terbaik untuk memupuk amalan pemakanan sihat. Setiap

ahli keluarga perlu saling bantu-membantu dalam memberi kesedaran tentang

kebaikan amalan pemakanan sihat. Ibu bapa perlulah bersikap positif terhadap amalan

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 10

Page 11: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

pemakanan sihat kerana mi dapat mempengaruhi tabiat dan pilihan makanan anak-

anak.

• Sebagai ibu atau bapa, ada beberapa perkara yang dapat anda lakukan untuk

menyemai amalan pemakanan sihat kepada ahli keluarga anda. Amalan yang

disenaraikan dibawah bolehlah dijadikan panduan

o Mulakan han anda sekeluarga dengan bersarapan pegi. Ia membekalkan tenaga

dan khasiat untuk waktu pagi yang produktif samada di tempat kerja, di

sekolah atau di tempat bermain

o Galakkan ahli keluarga makan pada waktu yang tetap. Jika anda tidak

mengambil makanan pada satu-satu waktu makan, berkemungkinan besar

anda akan mengambil makanan secara berlebihan pada waktu makan yang

seterusnya, disebabkan anda terlalu lapar.

o Amalkan makan di meja makan atau di tempat yang telah ditetapkan untuk

makan. Anda berkemungkinan akan lupa berapa banyak makanan yang telah

diambil jika membeni tumpuan kepada perkara yang lain semasa makan.

o Bantulah anak-anak yang kecil memilih makanan yang berkhasiat contohnya

memberi mereka susu, jus buah-buahan atau air kosong bagi menggantikan

minuman manis yang berperisa. Didiklah anakanak sedan kecil supaya mereka

membiasakan mengambil makanan berkhasiat yang lazimnya tidak digemari

oleh kanakkanak contohnya sayur-sayuran. Jika suka, mereka juga boleh

digalakkan memakan ulam-ulaman.

o Beri juga anak-anak buah-buahan sebagai pencuci mulut dan snek, kerana

ianya kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Selain daripada buah-buahan,

berikan roti, biskut, keropok ikan yang segar, kekacang, dadih dan susu rendah

lernak kepada anak-anak bagi menggantikan makanan ringan yang tidak

berkhasiat.

o Makan makanan segera sekali sekala sahaja. Makanan mi tidak dapat

menggantikan makanan yang lebih berkhasiat dan dimasak dirumah.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 11

Page 12: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

o Berilah peluang kepada anak anda untuk membantu di dapur, kerana mi

merupakan cara yang terbaik untuk mereka belajar.

o Lakukan senaman atau sebarang aktiviti sukan secara tetap dan berkala

bersama-sama ahli keluarga. Lakukannya selama sekurang-kurangnya 20 - 30

minit sebanyak tiga kali seminggu. Galakkan juga ahli keluarga menimbang

berat badan mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

2.2 Guna dan amalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat

Cara terbaik untuk memastikan keperluan pemakanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan

mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat, iaitu:

• Makan pelbagal jenis makanan

Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua

khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk

memilih makanan sekeluarga. Makanlah sedikit jenis-jenis makanan dan semua

kumpulan makanan, tetapi tidak terlalu banyak daripada satu-satu jenis makanan.

• Makan bijiran dan kekacang secukupnya.

Bijirin rnerupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat

terutamanya bijirin atau hasil bijirin mu penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah

nasi, roti, mi dan mihun.

Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Tanya juga kaya dengan protein dan

mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya,

kacang pis dan kacang dhal.

• Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan

membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan

kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan

juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah

penting untuk melawaskan pembuangan najis, dan dapat membantu mencegah

penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular diseases). Serat

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 12

Page 13: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa

jenis kanser.

• Irnbangkan pengambilan makanan dengan aktivitifizikal.

Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan

daripada makanan. Tanya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan

berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.

• Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol

Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap

vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan

makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada

makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan

mi akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan

meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah

kesihatan yang lain.

• Kurangkan pengambilan garani dan gula.

Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan

gula yang tinggi. Pilihlah resipi dan hidangan yang kurang garam dan gula, dan

lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak

perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum

menambah garam. Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan

kuih muih.

• Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari.

Air adalah penting untuk fI.ingsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan

mengeluarkan bahan sisa dan badan. Air diperlukan untuk menggantIkan cecair tubuh

yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan din dalam aktiviti fizikal. Minumlah air

sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Dan dalam keadaan-keadaan tertentu

seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin, minumlah air dengan banyak walaupun

tidak merasa dahaga.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 13

Page 14: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

2.3 Setiap ahli keluarga memerlukan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap

hari.

• Lapangkan sedikit masa anda untuk merancang hidangan yang bersesuaian untuk seisi

keluarga samada dan segi jehis makanan dan cara memasak. Adalah lebih baik jika

hidangan harian sekeluarga dirancang bersama-sama untuk memastikan makanan yang

dihidangkan merupakan makanan kegemaran semua. Yang penting, hidangan hendaklah

lazat, berkhasiat dan menyihatkan.

• Setiap kali menyediakan hidangan untuk keluarga, keperluan setiap ahli keluarga mestilah

diambil kira. Utamakan keperluan pemakanan ahli-ahli keluarga tertentu seperti bayi,

kanak-kanak, ibu mengandung, ibu yang menyusukan dan wargatua. Ambil kira juga

keperluan ahliahli keluarga yang kurang sihat atau yang memer1ukan penjagaan dan

pengawalan makanan.

• Makanan yang berkhasiat tidak semestinya memerlukan masa yang lama atau rumit untuk

disediakan. Masakan berkhasiat yang ringkas boleh merupakan makanan kegemaran

sekeluarga jika dihidangkan dengan cara yang menyelerakan. Makanan yang dihidangkan

panas dan dengan kombinasi warna yang menarik berkemungkinan besar dapat menarik

minat ahli keluarga untuk makan.

• Jika anda mempunyai waktu yang terhad, pastikan bahan-bahan makanan kering dan yang

mudah disediakan seperti roti, mi, mihun, telur, ikan bilis, buah-buahan segar dan sayur-

sayuran sentiasa disimpan di rumah.

• Untuk menjimatkan masa, sediakan hidangan yang utama lebih awal. Sebagai contoh,

hidangan berkuah seperti kari atau bubur (sekiranya anda mempunyai anak kecil) boleh

disediakan untuk dua atau tiga han, disimpan di dalam bekas-bekas makanan yang

berasingan untuk sekali makan, dan kemudian disejukbekukan. Makanan mi bolehlah

dipanaskan sejurus sebelum makan.

• Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga:

o Sarapan pagi:

- Hidangkan sarapan yang berkhasiat.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 14

Page 15: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

- Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. mi

merupakan pembuka selera dan pembekal serat.

- Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin

sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mu penuh. Hidangkan

makanan mi dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh

dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.

- Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.

• Makan tengahari

- Sediakan hidangan yang ringkas.

- Jika makan di luar, pelbagaikan pilihan anda setiap ban. Dapatkan pilihan

yang lebih sihat dan berkhasiat.

- Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan dan kesemua kumpulan

makanan mengikut Piramid Makanan.

- Jangan lupa buah-buahan dan air kosong.

• Makan malam

- Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan

pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat

kekurangan jenis-j enis makanan yang diambil pada siang han, makanan

tersebut boleh diambil pada waktu mi.

- Sebaik-baiknya sediakan dua hidangan sayur-sayuran, dan salah satu

daripadanya ialah sayur-sayuran berdaun hijau.

- Elakkan daripada makan terlalu hampir dengan waktu tidur. Makanlah

sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 15

Page 16: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

• Snek

- Jika perlu makanlah dengan sedikit. Pilihlah snek yang benkhasiat dan yang

kurang kandungan lemak dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, kacang

rebus, jagung rebus dan biskut.

• Penyediaan dan cara memasak makanan yang betul boleh menjadikan sesuatu

hidangan lebih berkhasiat. Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah

dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut

ketika memilih dan menyediakan makanan:

- Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.

- Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga

seperti nasi, roti, mi dan ubi.

- Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat

seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

- Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran

berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.

- Pilih makanan yang membekalkan protein seperti ikan, ayam, daging, telur

dan kekacang.

- Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih.

Makanan lain seperti ikan bilis, ikan tamban dan ikan sardin juga kaya dengan

kalsium.

- Kurangkan menggoreng makanan terutamanya makanan yang disaluti tepung

dan kurangkan masakan yang bersantan.

- Guna susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan santan kelapa

dalam masakan anda. Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar

untuk memekatkan kuah.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 16

Page 17: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula

dan garam seperti snek dan makanan segera. Hadkan memakan makanan

segera tidak lebih daripada dua kali sebulan.

- Guna kaedah memasak yang dapat mengekalkan warna dan rasa asal

makanan.

- Selalulah menghidangkan makanan yang barn dimasak.

- Apabila membeli makanan bertin atau berbungkus, baealah label bagi

membantu anda memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.

• Sebaik-baiknya libatkan ahli keluarga yang lain dalam pemilihan dan penyediaan

makanan harian. Bawa ahli-ahli keluarga bersama semasa membeli makanan dan ajar

mereka cara-cara memilih makanan, serta bagaimana membaca label makanan.

Tunjukkan juga kepada mereka cara-cara yang betul untuk membersih dan

menyediakan makanan untuk dimasak. Ajar anak-anak yang lebih tua cara-cara

memasak untuk mengekalkan khasiat dan kelazatan makanan, Tunjuk ajar cara-cara

menyediakan makanan mudah seperti sandwic, masakan yang mudah atau cara

memanaskan makanan sejuk beku kepada anak-anak yang terpaksa ditinggalkan di

rumah.

2.4 Utamakan kebersihan dan keselamatan makanan bagi menjamin kesejahteraan

keluarga.

• Kuman hidup di merata-rata tempat dan boleh mencemari makanan jika tidak

disediakan secara bersih. Persekitaran yang kotor, terutamanya di dapur mengundang

makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut yang juga boleh mencemar makanan

dan menyebabkan keracunan. Bahan makanan yang mentah, separuh masak dan

makanan yang telah sedia dimasak boleh terdedah kepada risiko pencernaran

sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.

• Panduan berikut boleh digunakan untuk menyedia dan menghidangkan makanan

secara bersih.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 17

Page 18: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

o Basuh tangan dengan sabun setiap kali sebelum menyediakan makanan

dan selepas ke tandas, Tangan merupakan tempat yang sering mengumpul

kotoran dan habuk, termasuk kuman (bakteria dan virus), yis dan kulat.

o Amalkan kebersihan din yang baik. Rambut, hidung atau mulut janganlah

disentuh semasa menyediakan makanan. Luka-luka kecil dan kudis di

muka, tangan dan lengan perlulah dibalut dengan plaster. Tanggalkan

cincin, gelang dan jam sebelum menyediakan makanan kerana barang-

barang tersebut mudah dilekati kotoran yang membolehkan bakteria

mencemari makanan.

o Jangan bersin atau batuk ke arah makanan.

o Sentiasa gunakan tuala yang bersih. Gunakan tuala yang berasingan untuk

mengelap pinggan mangkuk, mengelap tangan atau mengelap meja bagi

mengelakkan pencemaran silang.

o Cuci pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan peralatan dapur

yang lain, terutamanya papan landas dan pisau dengan sabun dan bilas

dengan air yang bersih. Sekiranya boleh, gunakan air panas. Pastikan

peralatan menghidang makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu, garpu

dan gelas bersih sebelum digunakan.

o Gunakan papan landas dan pisau yang berasingan bagi memotong bahan-

bahan makanan yang dimakan mentah seperti sayursayuran, buah-buahan

dan roti dan yang digunakan untuk memotong ayam, daging dan ikan.

o Bersihkan dapur, bahagian atas kabinet dan meja serta lantai dengan

menggunakan air bersih dan sabun pencuci bagi mengurangkan masalah

lalat, tikus dan lipas. Gunakan air panas di mana boleh. Pastikan agar

dapur dan sinki sentiasa bersih dan kering.

o Basuh semua makanan dengan air yang bersih dan mengalir.

o Tudung dan simpan semua makanan yang dimasak dengan sempurna.

Simpanlah makanan di dalam bekas yang bersih dan bertutup untuk

mengelak kerosakan dan pencemaran. Jangan sekali-kali menggunakan

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 18

Page 19: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

bekas racun untuk menyimpan makanan atau minuman dan elakkan

daripada menggunakan surat khabar bagi menutup makanan.

o Jangan biarkan makanan yang telah dimasak pada suhu bilik selama lebih

dan empat jam.

o Ahli keluarga yang demam, batuk, selsema atau cirit birit tidak digalakkan

menyediakan makanan kerana mereka boleh menyebarkan kuman ke

dalam makanan.

• Kebersihan tempat menyimpan makanan adalah sangat penting. Almari tempat

menyimpan makanan hendaklah sentiasa ditutup dengan rapat bagi mengelakkan

daripada dimasuki tikus dan serangga seperti lalat dan lipas. Almari tersebut juga

perlulah mempunyai pengudaraan yang cukup untuk mengeluarkan bau dan haba

yang berlebihan. Cara penyimpanan makanan yang betul dapat mengurangkan

kerosakan, pencemaran dan pembaziran bahan-bahan makanan. Didik anak-anak

cara menyimpan makanan mudah rosak yang tidak digunakan serta merta.

• Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul bagi menjaga mutu dan khasiatnya.

Makanan yang telah dimasak hendaklah dimakan secepat mungkin, sebaik-

baiknya ketika masih lagi panas. Jika makanan hendak disejukbekukan, bahagikan

makanan yang hendak disejukbeku kepada saiz hidangan yang kecil. Gunakan

bekas yang leper dan bertutup atau masukkañnya ke dalam plastik makanan dan

tandakan dengan tarikh makanan disimpan. Elakkan dan menggunakan semula

bekas styrofoam untuk menyimpan makanan. Cairkan makanan beku di bahagian

bawah dalam peti sejuk atau di dalam ketuhar gelombang mikro. Elak dan

mencairkan makanan beku pada suhu bilik. Makanan yang telah dicairkan tidak

boleh dibekukan semula.

• Bahagian bawah dalam peti sejuk (refrigerator) sangat sesuai untuk menyimpan

makanan yang mudah rosak yang tidak perlu dibekukan. Suhunya perlu

dikekalkan pada 4°C atau kurang. Panduan berikut perlu diikuti untuk menyimpan

makanan di bahagian bawah dalam peti sejuk:

o Biarkan makanan yang barn dimasak sejuk sebentar sebelum dimasukkan

ke dalam peti sejuk untuk disimpan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 19

Page 20: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

o Letakkan makanan yang disediakan di dalam bekas yang cetek untuk

menyejukkannya dengan cepat.

o Jarakkan bekas-bekas di dalam peti sejuk supaya peredaran udara sejuk

lebih sempurna.

o Tutup semua makanan untuk mengelakkan pencemaran.

o Amalkan peraturan “mula-masuk, mula-keluar” untuk memastikan

makanan yang disimpan dahulu digunakan dahulu, mengikut giliran.

o Daging, ikan, susu, hasil tenusu, krim dan lauk-lauk perlu ditutup dan

disimpan pada suhu yang tersejuk.

o Pastikan sebarang tumpahan terutamanya susu atau krim dilapkan dengan

kain bersih seberapa segera.

o Makanan yang dimasak dan makanan mentah mesti disimpan berasingan

bagi mengelakkan pencemaran silang.

o Periksa dan bersihkan peti sejuk dan tempat menyimpan makanan

sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Buang makanan yang telah

berbau, bertukar warna atau berlendir.

• Elakkan daripada membiarkan sisa makanan mengotorkan persekitaran rumah

anda. Buang sisa makanan ke dalam beg plastik dan masukkan ke dalam tong

sampah yang bertutup supaya tidak diganggu binatang atau menjadi tempat

pembiakan lalat, tikus dan lipas. Tapis air basuhan pinggan mangkuk supaya sisa

yang tinggal tidak mencemar longkang dan persekitaran rumah.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 20

Page 21: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

B: KOMPONEN SENAMAN

MESEJ UTAMA

1. Senaman menibentuk keluarga yang sihat

2. Senaman niemberi banyakfaedah terhadap kesihatan keluarga

3. Senanian rneningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup sesebuah keluarga.

1. SENAMAN MEMBENTUK KELUARGA YANG SIHAT

1.1. Senaman meniiigkatkan tarafkesihatan.

1.2. Amalan bersenam menyumbang ke arah kecergasan fizikal dan mental.

1.3. Senaman hendaklah dijadikan budaya hidup sekeluarga.

2. SENAMAN MEMBERI BANYAK FAEDAH TERRADAP KESIIIATAN KELUARGA.

2.1. Ketahuilah faedah senaman dan segi fizikal.

2.2 Ketahuilah faedah senaman dan segi psikososiaJ

3. SENAMAN MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP SESEBUAR KELUARGA

3.1. Beriadahlab seisi keluarga untuk mengisi masa lapang.

3.2. Senaman meningkatkan produktiviti kelnarga.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 21

Page 22: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

MAKLUMAT SOKONGAN

1. SENAMAN MEMBENTUK KELUARGA YANG SIHAT.

Senaman adalah salah satu komponen cara hidup sihat yang penting. Senaman merupakan

aktiviti kecergasan fizikal yang dapat dilakukan secara individu mahupun bersama keluarga.

Di antara aktiviti-aktiviti senaman yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga adalah seperti

berjalan pantas, berlari, berbasikal, berenang dan bermain badminton.

1.1 Senaman men ingkatkan taraf kesihatan.

• Senaman yang dilakukan secara tetap dan teratur dapat mengurangkan risiko

seseorang terhadap pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi

dan diabetes.

• Kualiti hidup akan menjadi lebih baik, taraf kesihatan meningkat, seterusnya

kehidupan akan lebih ceria dan bermakna. Kehidupan mereka yang bersenam

secara tetap dan teratur akan masih berkualiti walaupun di peringkat usia lanjut.

1.2 Amalan bersenam menyumbang ke arah kecergasan fizikal dan mental.

• AhIi keluarga yang bersenam secara tetap adalah lebih cergas dan segi fizikal dan

mental. Mereka lebih bertenaga dalam melakukan kerjakerja harian, samada di

rumah, di sekolah atau di tempat kerja.

1.3 Senaman hendaklah dijadikan budaya hidup sekeluarga.

• Senaman perlu diserapkan dalam aktiviti-aktiviti harian keluarga dan dijadikan

satu budaya hidup sekeluarga.

• Senaman adalah sangat penting terutama di zaman moden yang serba canggih mi

di mana kebanyakan aktiviti harian kita kurang melibatkan pergerakan fizikal dan

tidak menggunakan tenaga yang banyak.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 22

Page 23: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

2. SENAMAN MEMEERI BANYAK FAEDAH TERHADAP KESIHATAN KELUARGA.

Terdapat banyak faedah yang akan diperolehi oleh keluarga yang bersenam. Faedah

senaman mi dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu faedah fizikal dan faedah

psikososial

2.1 Ketahuilah faedah senaman dan segi fizikal.

• Senaman dapat meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki

sistem edaran darah dengan:

o Menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya.

o Membantu mengawal tekanan darah yang tinggi.

o Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

o Meningkatkan peredaran darah di seluruh tubuh.

o Meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen.

• Meningkatkan kecekapan pergerakan dan kelenturan badan

o Mengurangkan kecederaan otot dan sendi dan masalah sakit

belakang/pinggang.

o Meningkatkan prestasi dalam sukan.

• Memperbaiki tonus dan postur:

o Menambahkan ketrampilan din dan segi fizikal.

o Mengurangkan risiko sakit belakanglpinggang.

o Mewujudkan kesejahteraan din dengan kelihatan lebih ceria dan merasa

hebat.

• Menambah kekuatan dan daya tahan otot

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 23

Page 24: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

o Otot kita menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu pergerakan

dengan lebih baik dan lebih lama, seperti mengangkat barang yang berat,

dapat bangun dan duduk tanpa masalah terutama dikalangan wargatua.

• Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan.

o Senaman dengan tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang

sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan.

o Senaman membantu membakar lemak badan dan menjadikan otot lebih

kuat.

• Senaman juga dapat membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa darah

agar berada di paras yang optima.

• Melewatkan proses penuaan

o Membantu seseorang itu awet muda.

o Melewatkan proses perubahan fisiologi dan mi menghindarkan kejadian

osteoporosis dikalangan wanita yang putus haid.

2.2 Faedah senaman dan segi psikososial

Senaman dapat meningkatkan interaksi dan persefahaman di antara ahli keluarga

• Dengan bersenam bersama keluarga, setiap ahli keluarga berpeluang untuk lebih

mengenali ahli keluarga yang lain secara lebih dekat. Oleh itu, hubungan

kekeluargaan dapat dipereratkan lagi. mi secara tidak langsung akan mewujudkan

suasana yang lebih harmoni dan ceria di kalangan keluarga.

• Senaman dapat mengurangkan tekanan perasaan dan meningkatkan ketenangan

jiwa. Amalan senaman merupakan salah satu cara yang patut diamalkan oleh seisi

keluarga untuk mengatasi ketegangan.

• Ketenangan dan kegembiraan yang didapati semasa melakukan senaman bersama-

sama akan mewujudkan suasana ceria dan saling memahami di antara satu sama

lain. mi akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan suasana sebegini

dapat membantu menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 24

Page 25: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

• Ketenangan, kegembiraan dan hubungan yang baik sesama ahli keluarga

merupakan aspek penting dalam mengelakkan tekanan dan mi penting untuk

kesihatan mental.

3. SENAMAN MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP SESEBUAH KELUARGA.

Amalan bersenam secara tetap dan berkala bersama keluarga mudah dilakukan dan

harus digalakkan.

3.1 Beriadahlah seisi keluarga untuk mengisi masa Japang.

• Masa yang terluang yang selalunya diisi dengan menonton tv atau aktiviti-aktiviti

yang kurang memerlukan pergerakan fizikal, adalah lebih baik digunakan untuk

bersenam bersama keluarga.

• Anda boleh menjadi pemula dan pendorong kepada ahli keluarga anda supaya

mengamalkan aktiviti bersenam.

• Pilih perrnainan atau sukan yang digemari oleh kebanyakan ahli keluarga anda

agar mendatangkan minat untuk terus dilakukan.

• Mulakan secara perlahan-lahan, jangan keterlaluan atau kurang sabar kerana ia

boleh mendatangkan kecederaan dan mematahkan semangat.

• Walau bagaimanapun, ahli keluarga yang berumur lebih 35 tahun, mempunyai

masalah kesihatan, gemuk atau tidak pernah bersenam dengan tetap perlulah

melakukan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti

senaman.

Amalan bersenam seisi keluarga boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa.

Contohnya:

• Bermain di tamarl permainan dengan ahli keluarga

• Bersiar-siar bersama keluarga pada waktu petang

• Meluangkan masa dalam aktiviti riadah bersama keluarga seperti berjoging,

berbasikal, dan senamrobik,

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 25

Page 26: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

Berapa kerap dan berapa lama aktiviti senaman patut dilakukan?

Untuk mendapatkan manfaat yang maksima dan aktiviti-aktiviti senaman, panduan FITT

berikut boleh dijadikan panduan:

Kekerapan (Frequency) : 3 hingga 5 kali seminggu

Kehebatan (Intensity) : hingga anda berpeluh dan dapat

menarik nafas panjang dengan selesa

Masa (Time) : sekurang-kurangnya 20 minit setiap

kali (tidak termasuk 3 hingga 5

mmii waktu memanas dan

menyejukkan tubuh sebelum dan

sesudah bersenam)

Jenis senaman (Type) : gabungan senaman-senaman

yang meregangkan otot-otot. dan

aerobik.

Beberapa panduan untuk anda sekeluarga:

• Pakai pakaian yang ringan dan longgar

• Pakai sepatu yang bersesuaian dan selesa

• Panaskan dan sejukkan badan sebelum dan selepas bersenam

• Banyakkan meminum air sebelum, semasa dan selepas bersenam

Jangan bersenam:

• Jika anda kurang sihat atau barn sahaja sembuh dan sakit

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 26

Page 27: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

• Kurang daripada dua jam selepas makan

• Di luar rumah semasa cuaca panas

3.2 Senaman meniiagkatkan produktiviti keluarga

• Keluarga yang mengamalkan senaman akan menikmati hidup yang lebih sihat dan

cergas seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti keluarga.

• Ahli keluarga yang meinpunyai tahap kecergasan yang tinggi serta sihat dan segi

mental dan fizikal akan terhindar daripada pelbagai jenis penyakit yang boleh

menghalang mereka daripada melakukan pekerjaan dengan sempurna.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 27

Page 28: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

C: KOMPONEN MEROKOK

MESEJ UTAMA

1. Keluarga yang lidak merokok adalah keluarga yang sihat dan sejahiera.

2. Rokok niernbahayakan dan mengancam kesihatan keluarga

1. KELUARGA YANG TIDAK MEROKOK ADALAH KELUARGA YANG SIHAT DAN SEJAHTERA.

1.1 Keluarga berhak menikmati udara yang bersih tanpa asap rokok.

1.2 Keluarga berperanan dalam membantu menghentikan atau menjauhi tabiat

merokok.

1.3 Merokok adalah tabiat yang membazir.

1.4 Ketahuilah nikmat hidup tanpa merokok.

1.5 Merokok tidak digalakkan oleh kebanyakan agama.

2. ROKOK MEMBAHAYAKAN DAN MENGANCAM KESIHATAN KELUARGA.

2.1 Ketahuilah bahawa rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia dan racun.

2.2 Rokok membawa pelbagai jenis penyakit kepada din anda.

2.3 Asap rokok memudaratkan kesihatan ahli keluarga anda.

2.4 Rokok boleh nienjadi punca kebakaran dan kemusnahan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 28

Page 29: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

MAKLUMAT SOKONGAN

1. KELUARGA YANG TIDAK MEROKOK ADALAH KELUARGA YANG SIHAT DAN SEJAHTERA

Keluarga yang tidak mempunyai ahli yang merokok akan menikmati hidup yang lebih

sihat dan sempurna. mi termasuk udara yang bebas daripada asap rokok. Di samping

itu, mereka akan terhindar daripada pelbagai jenis penyakit utama.

1.1 Keluarga berhak menikmati udara yang bersih tanpa asap rokok.

o Setiap ahli keluarga mempunyai hak untuk menikmati udara yang bersih dan

segar. Sekiranya terdapat ahli keluarga anda yang merokok, adalah lebih baik

melakukannya di luar rumah.

1.2 Keluarga berperanan dalam membantu ahil keluarga menghentikan atau menjauhi

tabiat merokok.

o Setiap ahli keluarga menapunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang

merokok supaya berhenti merokok. Antara peranan yang boleh mereka

lakukan adalah dengan mengingatkan perokok akan bahaya merokok,

mernujuknya supaya berhenti merokok dan memberi galakan kepadanya

berbuat demikian.

o Di samping itu juga, setiap ahli keluarga bertanggungjawab mengingatkan si

perokok beberapa perkara apabila beliau ingin merokok iaitu petua 4 M:

Merninum air atau mengunyah makanan

Melengahkan nyalaan api rokok

Menarik nafas panjang

Melakukan aktiviti lain seperti beriadah, berkebun, beribadat dan lain-

lain

o Ahli keluarga berperanan memastikan setiap orang didalam keluarga tersebut

tidak memulakan tabiat buruk merokok.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 29

Page 30: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

o Selain daripada itu, ahli keluarga juga perlu menolak pelawaan untuk merokok

secara sopan dan baik.

1.3 Merokok adalah tabiat yang membazir.

o Selain daripada kesan buruk akibat merokok, tabiat mi juga merupakan satu

pembaziran, kerana wang yang dibelanjakan untuk merokok, adalah lebih baik

jika dapat digunakan untuk perkaraperkara yang berfaedah.

1.4 Ketahuilah nikmat hidup tanpa merokok.

o Setiap ahli keluarga yang tidak merokok, akan merasa kehidupan yang lebih

nikmat daripada mereka yang merokok. mi adalah kerana:

Nafas menjadi lebih segar

Badan bertambah sihat dan cergas

Lebih bertenaga

Deria rasa dan hidu lebih sempurna

Jantung yang lebih kuat

Batuk akan berkurangan

Menjauhi daripada penyakit merbahaya

Badan dan pakaian tidak berbau asap rokok

Mempunyai lebihan wang

1.5 Merokok tidak digalakkan oleh kebanyakan agama.

o Memandangkan kemudaratan merokok yang jelas secara saintifik, maka tidak

hairanlah sekiranya tabiat merokok tidak digalakkan oleh kebanyakan agama,

malahan terdapat agama yang mengharamkan amalan merokok di kalangan

penganutnya.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 30

Page 31: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

2. ROKOK MEMEAEIAYAKAN DAN MENGANCAM KESIIIATAN KELUARGA.

Telah terbukti bahawa rokok sangat merbahaya dan mengancam kesihatan seisi

keluarga.

2.1 Ketahuilah bahawa rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia dan racun.

• Ahli keluarga perlu mengetahui bahawa terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia

dan racun yang terdapat dalam asap rokok.

Antaranya:

Ammonia (yang tedapat dalam pencuci lantai) Arsenic (terdapat dalam

racun semut)

Cadmium (terdapat dalam bateri kereta)

Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas)

Naftalena (terdapat dalam ubat gegat)

Vinil klorida (untuk membuat PVC)

DDT (racun makhluk perosak)

o Selain daripada itu terdapat bahan nikotina yang boleh menyebabkan

ketagihan dan peningkatan tekanan darah dan degupan jantung.

o Di samping itu, rokok juga mengandungi karbon monoksida yang merupakan

gas yang terdapat daripada ekzos kereta yang boleh membawa maut. Gas mi

memberi kesan terhadap otak, penglihatan dan otot-otot. Ta menyebabkan

organ-organ tersebut kekurangan oksigen untuk berfungsi dengan baik. Selain

daripada itu ia juga akan mengurangkan fungsi pembersihan oleh paru-paru

dan menyebabkan bahan kimia daripada asap rokok melekat di sepanjang

saluran pernafasan. mi boleh menyebabkan infeksi di paru-paru. Untuk

jangkamasa panjang, saluran pernafasan akan menjadi bengkak dan jumlah

udara yang boleh disedut akan berkurangan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 31

Page 32: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

o Satu lagi bahan kimia yang berbahaya adalah tar. Bahan mi akan melekat di

sepanjang saluran pernafasan seperti terdapatnya bahan asap (jelaga) di

sepanjang terowong asap (chimney). Tar adalah bahan karsinogenik yang

boleh menyebabkan kanser. Perokok yang menghisap 20 batang rokok sehari

akan mengumpul 2 10gm tar dalam setahun. Mereka yang menghisap rokok

yang rendah tar, akan mengambil lebih bnyak rokok dan juga menyedut asap

rokok sedalam yang mungkin untuk kepuasan.

2.2 Rokok membawa pelbagai jenis penyakit kepada din anda.

• Merokok boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti berikut:

• Penyakit jantung koronari

• Barah paru-paru, barah perut, barab tekak, barah pundi kencing dan lain-lain

• Darah tinggi

• Strok atau kelumpuhan

• Saluran darah menjadi sempit

• Penyakit gastrik (sakit perut yang teruk)

• Penyakit paru-paru

• Selain daripad mendatangkan penyakit, merokok juga menyebabkan nafas berbau,

batuk berkahak, gigi kuning berkarat, kurang bertenaga dan menurunnya nafsu

seks.

2.3 Asap rokok memudaratkan kesihatan ahil keluarga anda.

• Merokok bukan sahaja memudaratkan din perokok, bahkan asap rokok tersebut

turut membahayakan kesihatan ahli keluarga yang lain.

• Kesan asap rokok terhadap isteri perokok adalah:

o Melahirkan bayi yang kurang berat badan

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 32

Page 33: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

o Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

o Lebih terdedah kepada kanser

o Mengurangkan ksuburan dan putus haid awal

• Kesan asap rokok terhadap anak perokok:

o Lebih mudah mendapat lelah

o Mendapat jangkitan paru-paru

o Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu

o Mudah menjadi perokok apabila dewasa

2.4 Rokok boleh menjadi punca kebakaran dan kemusnahan.

• Puntung rokok yang dibuang di merata-rata tempat boleh menyebabkan kebakaran

yang besar dan kemusnahan harta benda termasuk rumah anda.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 33

Page 34: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

D: KOMPONEN KESIHATAN PERGIGIAN

MESEJ UTAMA

1. Gigi perlu dan boleh dikekalkan oleh setiap ahli keluarga sepanjang hayat.

2. Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kesihatan pergigian.

3. Ketahuilah bahawa kanser mulut boleh dicegah dengan amalan hidup sihat seisi

keluarga.

1. GIGI PERLU DAN BOLEH DIKEKALKAN OLER SETIAP ARLI KELUARGA

SEPANJANG HAYAT

1.1 Kesihatan pergigian yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti.

1.2 Masalah pergigian yang sering berlaku boleh dicegah.

1.3 Pemeliharaan kesihatan pergigian berada di tangan anda.

1.4 Ibubapa perlii sedar bahawa pembinaan gigi bermula dan awal kandungan.

2. SETIAP AHLI KELUARGA BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESHIATAN

PERGIGTAN

2.1 Ibubapa perlu menjaga kebersihan gigi dan mulut anak-anak dan peringkat

awal.

2.2 Ibubapa bertaiiggungjawab mengurangkan kandungan gula dalam

peiiyediaan makanan/ininuman seisi keluarga.

2.3 Ibubapa patut memilih ubat gigi berfluorida untuk kegunaan keluarga.

2.4 Setiap ahil keluarga mesti memastikan pemeriksaan mulut dilakukan sekurang-

kurangnya sekali setahun.

2.5 Lindungilah gigi ahli keluarga anda semasa bersukan lasak.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 34

Page 35: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

3. KETAHUILAR BAHAWA KANSER MULUT BOLEH IMCEGAH DENGAN

AMALAN CARA HIDUP SIHAT SEISI KELUARGA

3.1 Kanser mulut berpunca dan tabiat seperti makan sireh, sogel tembakau, minum

alkohol dan merokok.

3.2 Kanser mulut boleh dicegah dengan amalan cara hidup sihat dan keprihatinan

setiap ahli keluarga.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 35

Page 36: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

MAKLUMAT SOKONGAN

1. GIG1 PERLU DAN BOLEH DIKEKALKAN OLEH SETIAP AHLI KELUARGA

SEPANJANG HAYAT

1.1 Kesihatan pergigian yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti.

1.1.1 Set gigi yang berfungsi adalah penting untuk:

o Mengunyah makanan dengan sempurna supaya memudahkan

penghadaman untuk kesihatan yang baik.

o Pertuturan yang jelas

o Menyerikan senyuman dan paras rupa untuk keyakinan din

1.1.2 Gigi susu yang dipelihara dengan baik menjadi panduan untuk gigi kekal

tumbuh dengan teratur. Gigi susu yang dicabut lebih awal dan masa ia

digantikan akan menimbulkan masalah ketumbuhan gigi kekal yang tidak

teratur.

1.2 Masalah pergigian yang sering berlaku boleh dicegah.

1.2. 1 Masalah pergigian yang sering berlaku ialah karies (kerosakan gigi) dan

penyakit gusi. Punca utama masalah pergigian mi ialah plak. Plak adalah

lapisan nipis yang sentiasa terjadi di permukaan gigi. Ta tidak dapat dilihat

dengan mata kasar. Plak mengandungi bakteria, air liur, protin dan gula.

1.2.2 Tindakbalas bakteria di dalarn plak terhadap gula menghasilkan asid. Asid mi

akan melarutkan lapisan luar gigi dan mengakibatkan karies.

1.2.3 Penyakit gusi pula disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh bakteria di

dalarn plak yang menyerang gusi. Akibatnya gusi menjadi bengkak, merah

dan mudah berdarah.

1.2.4 Gigi yang tidak teratur merupakan satu lagi masalah pergigian yang sering

berlaku. Keadaan mi boleh terjadi akibat dan tabiat seperti menghisap jan dan

menjelir lidah, kehilangan gigi susu sebelum waktunya dan faktor keturunan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 36

Page 37: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

1.3 Pemeliharaan kesihatan pergigian berada di tangan anda.

1.3.1 Kebersihan gigi dan mulut perlu diberi perhatian semenjak bayi dilahirkan.

1.3.2 Menjaga kebersihan gigi dan mulut dapat memastikan plak dibersihkan

dengan cara berkesan. mi boleh dilakukan dengan:

o Memberus gigi dengan berkesan

o Menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi berfluorida

o Memflos gigi

o Berkumur-kumur setiap kali selepas makan

1.3.3 Mengurangkan makanan dan minuman bergula. Biasanya gula ditambah pada

makanan semasa pemprosesan. Gula yang dicampur dalam makanan tersebut

dikenali sebagai gula tersembunyl. Kandungan gula perlu dikurangkan

seberapa yang boleh dalam penyediaan makanan atau minuman keluarga anda.

1.3.4 Pemeniksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

inempunyai banyak kelebihan seperti berikut:

o Mendapatkan khidmat nasihat

o Mendapatkan rawatan pencegahan seperti selan fisur dan penyapuan

fluorida

o Mengesan penyakit pergigian dan mendapat rawatan dan peringkat awal

1.4 Ibubapa perlu sedar bahawa pembinaan gigi bermula dan awal kandungan.

1.4.1 Pembinaan gigi bermula sejak kandungan berusia 6 minggu.

1.4.2 Makanan seimbang memberi manfaat kepada gigi dan tulang rahang ibu dan

kandungannya.

1.4.3 Zat galian seperti kalsium, fosferos dan fluonida sangat penting untuk

pembinaan gigi dan tulang yang kuat, Sumber mi boleh didapati dalam

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 37

Page 38: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

makanan seperti ikan bilis, keju, susu, kekacang, sayur-sayuran dan buah-

buahan.

1.4.4 Pengambilan ubat-ubatan seperti tetracyline dalam jangkamasa yang panjang

semasa mengandung boleh menjejaskan warna gigi.

2. SETIAP ARLI KELUARGA BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESIIIATAN

PERGIGIAN

2.1 Ibubapa perlu menjaga kebersihan gigi dan mulut anak-anak dan peringkat awal.

2.1.1 Amalan membersih mulut penlulah dipupuk di kalangan ahli keluarga

sebagai sebahagian dan ibadah.

2.1.2 Biasanya gigi susu pertama akan tumbuh dalam Iingkungan umur bayi 6 — 7

bulan.

2.1.3 Pembersihan gigi boleh dilakukan sebaik sahaja gigi susu pertama tumbuh.

Di peringkat permulaan, ibu-ibu boleh membersihkan gigi bayi dengan

menggunakan kain tuala basah yang lembut semasa memandikan bayi

2.1.4 Plak adalah punca utama kejadian karies dan penyakit gusi. Plak sentiasa

terjadi di permukaan gigi. Ia boleh dibersihkan dengan memberus gigi secara

berkesan.

2.1.5 Apabila bayi telah mempunyai beberapa batang gigi, ibubapa bolehlah

mernbersihkan giginya dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

2.1.6 Ibubapa berperanan membantu membersihkan gigi anak sehingga mereka

mampu membersihkan gigi sendiri.

2.1.7 Ubat gigi berfluorida yang digunakan tidak perlu lebih dan sebesar sebiji

kacang pis.

2.1.8 Gigi yang bersih boleh menjamin tahap kesihatan pergigian yang bebas dan

karies dan penyakit gusi.

2.1.9 Ibu-ibu mengandung hendaklah meningkatkan penjagaan gigi dan mulut

untuk mengelakkan keradangan gusi akibat perubahan hormon.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 38

Page 39: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

2.2 Ibubapa bertanggungjawab rnengurangkan kandungan gula dalam penyediaan

makanan/minuman seisi keluarga.

2.2.1 Gula adalah punca karies. Kandungan gula yang tinggi dalam makanan boleh

menyebabkan karies dan kegemukan.

2.2.2 Ia tidak sepatutnya dicampurkan ke dalam sebarang penyediaan susu atau

makanan bayi.

2.2.3 Untuk rnencegah kejadian karies dalam keluarga, ibubapa perlulah mengikut

nasihat berikut:

o Elakkan mencampur gula semasa penyediaan susu bayi

o Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol susu dimulut

o Jangan mencampur gula semasa penyediaan makanan anak

o Kurangkan memberi makanan bergula kepada anak

o Pilih buah-buahan dan makanan berkhasiat sebagai snek jika perlu

o Amalkan penggunaan susu segar atau susu rendah lemak bagi

menggantikan susu pekat manis

2.3 Ibubapa patut meinilih ubat gigi berfluorida untuk kegunaan keluarga.

2.3.1 Ubat gigi berfluorida dapat menguatkan permukaan gigi bagi mencegah

karies.

2.3.2 Dalam pemilihan ubat gigi berfluorida, dapatkanlah ubat gigi yang sesuai

untuk kanak-kanak atau orang dewasa bergantung kepada peringkat umur.

2.3.3 Ubat gigi berfluorida khas untuk kanak-kanak disyorkan untuk kegunaan kanak-

kanak yang berumur enam tahun ke bawah.

2.3.4 Ibubapa hendaklah membantu anak-anak memberus gigi sehingga mereka boleh

memberus sendiri untuk memastikan kebersihan dan mengelakkan anak-anak

dan menelan ubat gigi berlebihan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 39

Page 40: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

2.3.5 Walaupun kanak-kanak boleh memberus gigi sendiri ibubapa perlu terus

mengawasi cara mereka memberus gigi.

2.4 Setiap ahli dalani keluarga mesti memastikan pemeriksaan mulut dilakukan

sekurang-kurangnya sekali setahun.

2.4.1 Lawatan awal ke klinik pergigian dapat mencegah sebarang masalah

pergigian.

2.4.2 Khidmat nasihat dan tunjukajar tentang penjagaan kesihatan pergigian yang

diberi dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pemeliharaan

kesihatan pergigian.

2.4.3 Lawatan pergigian perlu dilakukan semasa mengandung untuk mengekalkan

kesihatan pergigian serta kesihatan ibu secara keseluruhan.

2.4.4 Disyorkan lawatan sekeluarga ke klinik pergigian dijadikan satu aktiviti

tahunan.

2.5 Lindungilah gigi ahli keluarga anda semasa bersukan lasak.

2.5.1 Pelindung mulut adalah salah satu alat sukan yang digunakan untuk

melindungi gigi dan bahagian mulut dan kecederaan semasa bersukan.

2.5.2 Semasa memakai pelindung mulut, pastikan semua gigi rahang atas ditutup

sepenuhnya.

2.5.3 Disyorkan memakai pelindung mulut bagi sukan lasak dan rekreasi seperti:

• Kasut beroda (roller-blades)

• Taekwando

• Lumba basikal

• Hoki

• Ragbi

• Tinju

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 40

Page 41: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

2.5.4 Pelindung mulut boleh didapati di klinik pergigian atau farmasi.

3. KETAHUITJAH BAHAWA KANSER MULUT BOLEH DICEGAR DENGAN

AMALAN CARA HIDUP SIHAT SEISI KELUARGA

3.1 Kanser mulut berpunca dan tabiat seperti makan sireh, sogel tembakau, minum

alkohol dan merokok.

3.1.1 Kanser mulut dikaitkan dengan amalan dan tabiat yang boleh dielakkan bagi

mencegahnya dan peringkat sebelum ia bermula.

3.1.2 Hentikan tabiat yang menyebabkan kanser mulut bagi memulihkan keadaan di

peringkat pra-kanser.

3.1.3 Kenali gejala kanser mulut pada peringkat awal seperti ulser mulut yang tidak

sembuh lebih dan 2 minggu, tompok-tompok putihl merah pada bahagian

lelangit, lidah dan mukosa mulut.

3.2 Kanser mulut boleh dicegah dengan amalan cara hidup sihat dan keprihatinan setiap

ahli keluarga.

3.2.1 Pemeriksaan mulut secara berkala dapat mengesan segala gejala kanser

mulut pada peringkat awal bagi rnemudahkan rawatan dan mengelakkan

komplikasi.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 41

Page 42: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

E: KOMPONEN RUMAH SELAMAT

MESEJ UTAMA

1. Bahaya kecederaan mungkin lerdapat di dalarn dan di persekitaran runiah dan boleh

mengancam ahli keluarga anda.

2. Kesan kecederaan di rumah boleh dikurangkan dengan memberi pertolongan cernas

1. BAHAYA KECEDERAAN MUNGK1N TERDAPAT DI DALAM DAN DI PERSEKITARAN RUMAR DAN BOLEH MENGANCAM AHLI KELUARGA ANDA

1.1 Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja termasuk di rumah tanpa memilih

waktu dan siapa

1.2 Ketahuilah dan amalkan aspek keselamatan di rumab bagi memastikan

keluarga anda bebas dan kecederaan

2. KESAN KECEDERAAN DI RUMAH BOLEH D1KURANGKAN DENGAN MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS

2.1 Kecederaan ringan boleb dirawat di rumah

2.2 Kecederaan yang serius boleh membawa maut dan mesti dirujuk segera ke

hospital

2.3 Ahli keluarga adalah digalakkan mempelajari pertolongan cemas supaya

dapat mengendalikan kes-kes kecernasan di rumah

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 42

Page 43: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

MAKLUMAT SOKONGAN

1. BAHAYA KECEDERAAN MUNGK1N TERDAPAT DI DALAM DAN DI PERSEKITARAN RUMAH DAN BOLER MENGANCAM AIILI KELUARGA ANDA

1.1 Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja termasuk di rumah tanpa memilih

waktu dan siapa.

1.1.1 Dianggarkan 30% daripada kes-kes kecederaan yang dirawat di hospital-

hospital kerajaan terdiri daripada kes-kes kemalangan di rumah.

1.1.2 Kemalangan di rumah boleh berlaku kepada semua ahli keluarga.

Golongan yang sering mendapat kemalangan di rumah adalah kanak-

kanak di bawah umur 10 tahun dan wargatua.

1.1.3 Lokasi di mana kemalangan kerap berlaku adalah di halaman rumah,

dapur, bilik air dan ruang rehat.

1.1.4 Punca utama kecederaan adalah terjatuh, terhiris dan tertusuk.

1.1.5 Faktor-faktor yang sering dikaitkan sebagai penyebab kecederaan di

rumah adalah permukaan lantai yang tidak rata, susunatur dan keadaan

perabut yang tidak terurus, dan permainan yang berselerak.

1.1.6 Penggunaan alat tatih boleh menyebabkan kecederaan di kalangan kanak-

kanak jika tidak diselia.

1.1.7 Keadaan dalam rumah yang boleh membahayakan keselamatan ahli

keluarga termasuklah:

Lantai — reput, basah, licin dan keadaan tikar dan permaidani yang

tidak sempurna.

Tangga — terlalu curam, tiada penghadang, licin, berbucu tajam

dan mempunyai anak tangga terlalu kecil dan tidak rata

Perabut — berbucu tajam, tidak stabil, diperbuat daripada kaca dan

diletakkari berhampiran tingkap

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 43

Page 44: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

Ruang rehat — terlalu sempit akibat susunatur perabut yang tidak

baik

Ruang dapur

• alas meja yang labuh yang boleh ditarik oleh kanak-kanak

• peralatan yang tajam dan berbahaya yang tidak disimpan

dengan selamat

• cerek/periuk yang panas

Bilik air - takungan yang tidak ditutup

Pencahayaan yang tidak mencukupi

Ubat-ubatan dan bahan kimia tidak disimpan di tempat yang

selamat dan berkunci

Permainan yang berselerak

Soket elektrik yang terdedah dan terlalu rendah

Jeriji besi yang tidak boleh dibuka

Halaman — perigi yang tidak ditutup, tumbuhan berduri atau

beracun, peralatan kebun tidak disimpan di tempat selamat.

1.2 Ketahuilah dan amalkan aspek keselamatan di rumah bagi memastikan keluarga anda

bebas dan kecederaan

1.2.1 Kanak-kanak sememangnya aktif dan gemar bermain. Sikap ingin mencuba

merupakan tabiat semulajadi mereka. mi boleh mendedahkan mereka kepada

kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, awasilah mereka ketika bermain

terutamanya golongan kanakkanak dengan keperluan khas.

1.2.2 Warga tua juga memerlukan pengawasan. Peningkatan usia berkaitrapat

dengan masalah kekaburan penglihatan, ketidakstabllan fizikal (instability)

dan kurang pendengaran. Faktor-faktor mi mendedahkan mereka kepada

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 44

Page 45: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

bahaya kecederaan di rumah. Oleh yang demikian, mereka tidak hams

ditinggalkan bersendirian.

1.2.3 Selain dan memberi pengawasan terutamanya pada golongan tertentu, setiap

keluarga juga mestilah menitikberatkan aspek keselamatan di rumah masing-

masing. Rumah yang selamat dapat mengelakkan berlaku kemalangan dan

seterusnya mencegah kecederaan di rumah.

1.2.4 Anda boleh mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan di rumah

anda.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjaga keselamatan di rumah anda:

Halaman Rumah

• Pintu pagar sentiasa tertutup

• Longkang ditutup

• Telaga mempunyai penghadang (kerek atau pagar) dengan ketinggian

melebihi 3 kaki dan ditutup

• Sampah sarap dibuang di tempat khas

• Peralatan berkebun, bertukang dan membaiki kenderaan disimpan di

tempat khas

• Tiada pokok beracun dan berduri

• Tiada lubang

• Tiada kaca atau benda tajam

Ruang Tamu

• Permaidani dan tikar tidak mudah bergerak

• Permukaan permaidani dan tikar yang rata

• Ada alat pengesan asap

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 45

Page 46: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

• Susunatur perabot tidak menghalang pergerakan

• Perabot yang tinggi mestilah stabil

• Tiada perabot atau peralatan yang berkaca

• Tiada perabot berbucu tajam

• Permainan disimpan di dalam bekas khas dan diletakkan di tempat yang

rendah

• Peralatan berbahaya atau tajam (rokok, pemetik api, gunting) diletak di

tempat bertutup dan tidak boleh dicapai oleh kanakkanak

• Wayar yang rendah tidak dibiarkan atas lantai atau di bawah permaidani

• Soket yang rendah mempunyai penutup

Ruang Dapur

• Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat berasingan dan makanan

• Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh

kanak-kanak

• Bahan-bahan pencuci disimpan di dalam bekas asal atau berlabel

• Bekas menyimpan minyak tanah dilabel dan disimpan di tempat yang tidak

oleh dicapai oleh kanak-kanak

• Ubat-ubatan disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak

• Peralatan berbahaya atau tajam seperti mancis dan pisau disimpan di

tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak

• Makanan dan minuman panas disimpan atau diletakkan di tempat yang

tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak

• Beg plastik dan tall disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh

kanak-kanak

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 46

Page 47: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

• Tiada dawai/wayar peralatan elektrik yang terjuntai

• Pemegang periuk dan kuali sentiasa dihalakan ke arah dinding

• Muncung cerek sentiasa dihalakan ke arah dinding

• Alas meja atau lapik tidak terjuntai dan tidak boleh ditarik

• Lantai tidak licin

• Ada penghadang kanak-kanak di pintu masuk ke dapur

• Soket yang rendah mempunyai penutup

Bilik Air

• Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat khas yang tidak boleh dicapai

oleh kanak-kanak

• Bahan pencuci disimpan dalam bekas asal/bekas yang berlabel

• Lantai tidak licin

• Alas lantai tidak bergerak

• Suhu alat pemanas air boleh dikawal

• Semua bekas takungan air sentiasa ditutup

Bilik Tidur

• Katil kanak-kanak mempunyai penghadang

• Jarak antarajeriji kayulbesi penghadang tidak melebihi 3.5 mci

• Ketinggian penghadang tidak kurang dan 2 kaki

• Katil jauh dan tingkap

• Katil jauh dan punca elektrik

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 47

Page 48: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

• Almani dan laci berkunci

• Bucu perabot di dalam bilik tidak tajam

• Alat solek disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai/ambil oleh kanak-

kanak

• Ubat nyamuk (lingkaran/kepinganlerosol) disimpan di tempat yang tidak

boleh dicapai/ambil oleh kanak-kanak

• Soket yang rendah mempunyai penutup

12.5 Sikap semua ahli keluarga adalah merupakan salah satu aspek penting dalam

memastikan persekitaran rumah adalah selamat dan bahaya kemalangan. Ketika

membuat pengubahsuaian rumah, utamakan ciri-ciri keselamatan di samping ciri-cini

kecantikan dan keselesaan. Sikap mementingkan ciri keselamatan mi patut disemai di

kalangan semua ahli keluarga.

2. KESAN KECEDERAAN DI RUMAH BOLER DIKURANGKAN DENGAN MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS

2.1 Kecederaan ringan boleh dirawat di rumah

2.1.1 Kebanyakan kes-kes kecederaan yang benlaku di rumah merupakan

kecederaan ringan. Jenis kecederaan yang kerap berlaku adalah luka, lebam-

lebam, patah dan kecederaan akibat kebakaran (seperti melecur).

2.1.2 Kes-kes ringan seperti berikut boleh dirawat di rumah:

• Luka ringan atau calar yang tidak memerlukan jahitan

• Lebam

• Melecur

2.2 Kecederaan yang serius boleh membawa maut dan mesti dirujuk segera ke

hospital

Kes-kes seperti ini perlu dirujuk segera ke hospital termasuklah:

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 48

Page 49: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

• Luka dalarn yang memerlukan jahitan

• Lebam yang diiringi kesakitan yang kuat

• Luka tertusuk

• Kebakaran yang teruk

• Patah tulang

• Kecederaan kepala

• Keracunan

• Lemas

• Pendarahan yang tidak dapat dihentikan

2.3 Ahli keluarga digalakkan mempelajari pertolongan cemas supaya dapat

mengendalikan kes-kes kecemasan di runiah

2.3.1 Pertolongan cemas boleh menyelamatkan nyawa. mi termasuklah

perawatan kecemasan dan kaedah bantu-pulih kardiopulmonari

(Cardiopulmonary Resuscitation atau CPR).

2.3.2 Ibubapa disyorkan mengetahui teknik-teknik rawatan kecemasan dan

kaedah CPR untuk mengurangkan impak atau kesan kecederaan yang

dialami.

2.3.3 Teknik dan kaedah CPR harus dipelajari dan badan-badan yang

bertauliah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah.

2.3.4 CPR yang tidak dilakukan dengan betul boleh membawa maut.

2.3.5 Di samping itu, setiap rumah harus mempunyai kotak bantu kecemasan

(First Aid Box).

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 49

Page 50: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

F: KOMPONEN KESIHATAN REPRODUKTIF

MESEJ UTAMA

1. Kesihatan Reprodukt f adalah penting bagi kesejahteraan keluarga.

2. Kesihatan seksual ada/a/i koniponen penting dalani kesihatan reproduktf

3. Setiap tindakan seks per/u bebas daripadajangkitan.

4. Setiap kehamilan rnestilah dirancang dan selamat.

1. KESIHATAN REPRODUKTIF ADALAH PENTING BAGI KESEJAHTERAAN KELUARGA.

1.1 Keluarga perlu menyedari bahawa remaja dan belia mempunyai keperluan

kesihatan reproduktif yang khusus.

1.2 Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak

yang mempunyal status kesihatan reproduktif yang Iebih balk.

1.3 Suami mestilah menyokong dan secara aktif mendorong peningkatan status

kesihatan wanita.

1.4 Semua wanita perlu mengetahul bahawa menopos adalah proses semulajadi.

Ia bukan satu halangan untuk meneruskan kehidupan yang sihat dan bahagia.

2. KESIHATAN SEKSUAL ADALAH KOMPONEN VENTING DALAM KESIHATAN REPRODUKTIF

2.1 Ibubapa seharusnya membimbing dan memupuk harga din anak dan

menanam nilai-nhlai murni anak-anak, khususnya berhubung dengan

tanggungjawab perilaku seks.

2.2 Ibubapa seharusnya melindungi anak-anak daripada penderaan seks.

2.3 Pasangan suami-isteri sepatutnya merasal kepuasan hubungan seksual

berdasarkan rasa hormat menghormati, persefahaman dan persetuj uan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 50

Page 51: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

3. SETIAP TINDAKAN SEKS PERLU BEBAS DARIPADA JANGKITAN

3.1 Setiap ahli keluarga seharusnya tahu bahawa tingkahlaku seks yang berisiko

boleh menyebabkan penyakit jangkitan kelamin.

3.2 Jangkitan penyakit kelamin mempunyai iniplikasi kesihatan yang buruk.

3.3 Pendidikan dan perubahan tingkahlaku boleh menghindari penyakit jangkitan

kelamin dan adalah tanggungjawab keluarga untuk menjayakan perubahan

mi.

4. SETIAP KEHAMILAN MESTILAH DIRANCANG DAN SELAMAT

4.1 Kehamilan yang tidak dikehendaki boleh dihindari melalui pendidikan dan

pencegahan kehamilan.

4.2 Kehamilan yang dirancang menyumbang kepada kebahagiaan keluarga.

4.3 Perancangan jarak kehaniilan yang sesual boleh mengurangkan risiko kepada

ibu dan bayl.

4.4 Setiap kehamilan membawa risiko. Oleb itu ibu sepatutnya membuat

pemeriksaan awal dan mendapatkan pemeriksaan berkala daripada anggota

kesihatan yang terlatih.

4.5 Setiap kelahiran perlu dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih.

4.6 Ahli keluarga seharusnya memastikan ibu menerima penjagaan yang

sempurna sewaktu kehamilan dan melahirkan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 51

Page 52: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

MAKLUMAT SOKONGAN

Keluarga merupakan hubungan antara individu dan masyarakat. Keluarga juga adalah unit

asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat. Keluarga memainkan peranan utama dalam

mempromosikan kesihatan reproduktif. Kesihatan reproduktif bukan hanya menjurus kepada

sudut kesihatan ibu dan anak tetapi mestilah merangkumi kesihatan ahli keluarga lain

termasuklah anak yang sedang membesar, anak remaja, ibubapa dan ahli keluarga lain yang

terkandung di dalam unit keluarga tersebut.

Kesihatan Reproduktifboleh didefinisikan sebagai:

Kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit

berkaitan dengan proses, fungsi dan sisteni reproduktf Ia merangkumi keupayaan

untuk menjalin kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas

menthuatpilihan yang bertanggungjawab.

1. KESIHATAN REPRODUKTIF ADALAH PENTING BAGI KESEJAIITERAAN

KELUARGA

1.1 Keluarga perlu menyedari bahawa remaja dan belia mempunyai keperluan kesihatan

reproduktif yang khusus

1.1.1 Peningkatan kes-kes kehamilan di kalangan remaja dewasa mi merupakan

masalah yang perlu diberi perhatian.

1.1.2 Kajian rnenunjukkan hampir 1.8 peratus remaja yang masih bersekolah terlibat

dengan aktiviti seks.

1. 1.3 Tekanan rakan sebaya dan makiumat seksual yang tidak tepat merupakan

antara faktor-faktor yang menyebabkan rernaja kini terjebak dalam aktiviti

seks.

1.1.4 Aktiviti seks rambang di kalangan remaja dan belia adalah tidak selamat dan

boleh mendedahkan mereka kepada risiko penyakit jangkitan kelamin dan

kanser pangkal rahim.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 52

Page 53: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

1.1.5 Kajian menunjukkan golongan remaja dan belia kurang terdedah kepada

makiumat dan kemahiran untuk melindungi din daripada tingkahlaku seks

yang berisiko.

1.1.6 Pendidikan kesihatan reproduktif merupakan satu kaedah mendidik remaja dan

belia supaya tidak terjebak di dalam aktiviti seks.

1.1.7 Ibubapa perlu mendedahkan remaja dan belia dengan makiumat yang tepat

dengan menyemai nilai-nilai positif yang berhubung dengan tingkahlaku seks.

Seks hanya boleh berlaku di kalangan pasangan lelaki dan perempuan yang

berkahwin. Remaja patut digalakkan mengatakan TIDAK kepada seks.

1.2 Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang

mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik.

1.2.1 Ibubapa perlu mendidik anak mereka dan generasi muda tentang amalan cara

hidup sihat yang merangkumi:

• Amalan seks yang selamat

• Menghindari sebarang penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol

• Bahaya merokok

• Amalan pemakanan sihat

Ini akan melindungi anak-anak mereka daripada penyakit yang boleh memberi kesan

kepada keupayaan reproduktif kehamilan yang tidak dirancang dan penyakit jangkitan

kelamin.

1.2.2 Ibubapa dan ahli keluarga dewasa yang mengamalkan cara hidup sihat akan

menyalurkan nilai-nilai positif kepada anak-anak mereka.

1.3 Suami mestilah menyokong dan secara aktif mendorong peningkatan status

kesihatan wanita

1.3.1 Di Malaysia, rumahtangga selalunya diketuai oleh lelaki yang akan

membuat keputusan mengenai perilaku penjagaan kesihatan.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 53

Page 54: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

1.3.2 Suami perlu berkongsi tanggungjawab dan memainkan peranan

penting dalam memastikan isteri mendapat penjagaan kesihatan yang

sempurna.

Bagi tujuan itu, suami perlu:

• Berpengetahuan dan memahami tentang kesihatan reproduktif

• Mengambil langkah-langkah wajar dalam melindungi kesihatan reproduktif setiap

ahli keluarganya

• Menyokong pilihan pen] agaan kesihatan reproduktif pasangan mereka

• Berkomunikasi dengan ahli keluarganya mengenai isu-isu seks

• Menggalakkan isteri menjalani pemeriksaan terhadap penyakit kanser secara

berkala seperti pemeriksaan payudara dan pap smear.

1.4 Semua wanita perlu mengetahui bahawa menopos adalah proses semulajadi. Ia

bukan satu halangan untuk meneruskan kehidupan yang sihat dan bahagia.

1.4.1 Menopos adalah proses semulajadi dalam kesihatan reproduktif wanita.

Menopos sering berlaku apabila seseorang wanita menjangkau usia 48

hingga 52 tahun. OIeh itu wanita akan menghabiskan suku hayat mereka

dalam masa selepas menopos.

1.4.2 Persediaan awal menghadapi menopos dapat membantu wanita dan keluarga

mengenalpasti tanda-tanda pra-menopos. mi dapat melambatkan atau

menghindari masalah-masalah yang berkaitan dengan menopos. Antara

tanda-tanda awal menopos ialah:

• ‘hot flushes’ — rasa panas pada bahagian muka tanpa sebab

• Berpeluh malam

• Keletihan dan kelesuan

• Cepat marah dan kerisauan

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 54

Page 55: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

• Insomnia atau kesukaran tidur

• Jangkitan dan kekeringan di bahagian faraj

• Gejala saluran kencing

Wanita sepatutnya mendapatkan khidmat nasihat anggota kesihatan sekiranya tanda-tanda di

atas mengganggu kehidupan mereka.

1.4.3 Risiko penyakit osteoporosis dan penyakit jantung koronari yang meningkat

selepas menopos boleh dikurangkan dengan:

• Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang

• Amalan bersenam

• Mengambil terapi gantian hormon sekiranya perlu

1.4.4 Pasangan suami-isteri masih boleh meneruskan hubungan seksual yang baik

selepas ménopos. Anggota kesihatan boleh memberikan khidmat nasihat dan

rawatan kepada masalah seksual yang timbul akibat menopos.

1.4.5 Kehidupan yang ceria boleh diteruskan selepas menopos. Sediakan din anda

dengan:

• Memahami dan menerima menopos sebagai proses semulajadi.

• Mengetahui bila, bagaimana dan daripada siapa untuk mendapatkan khidmat

rawatan dan kaunseling.

• Mempunyai sikap positif terhadap menopos. Inilah masanya untuk meneroka minat

barn, aktiviti barn, mencari rakan barn dan bahagia menerima kehadiran anak

cucu.

2. KESIHATAN SEKSUAL ADALAR KOMPONEN PENTING KESIHATAN

REPRODUKTIF

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 55

Page 56: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

2.1 Ibubapa seharusnya membimbing dan mernupuk harga din anak dan menanam

nilai-nilai murni anak-anak, khususnya berhubung dengan tanggungjawab

perilaku seks.

2.1.1 Keluarga adalah tempat asas untuk membina kestabilan dan ketahanan emosi

ahli-ahlinya.

64

2.1.2 Perhubungan kekeluargaan yang sihat akan mengeratkan jalinan kemesraan ahli-

ahli keluarga, meningkatkan rasa hormat menghormati perbezaan perilaku

dan perubahan jantina. Keadaan sedemikian akan menambah keyakinan dan

harga din setiap ahli keluarganya.

2.1.3 Ibubapa patut menggalak dan mendidik anak-anak yang meningkat remaja agar

tidak tunduk kepada tekanan sosial dan rakan sebaya dalam kemahuan

mengadakan seks luar nikah. Mereka perlu dididik untuk mengatakan

“TIDAK” kepada sebarang paksaan dan godaan untuk mengadakan seks dan

menangguhkannya sehingga selepas berkahwin.

2.2 Ibubapa seharusnya melindungi anak-anak daripada penderaan seks

2.2.1 Ibubapa bertanggungajwab melindungi anak-anak mereka daripada semua jenis

penderaan terutama penderaan seks.

2.2.2 Kajian menunjukkan bahawa dalam kebanyakan kes, pesalah yang

bertanggungjawab terhadap penderaan fizikal dan seksual di kalangan kanak-

kanak adalah mereka yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan

mangsa.

2.2.3 Kanak-kanak perlu dididik untuk menghargai tubuh mereka agar mereka tidak

mudah diperdaya oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan. Oleh itu

mereka mesti melaporkan sebarang pencabulan seks kepada orang yang

boleh dipercayai.

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 56

Page 57: Bahagian Pendidikan Kesihatan KANDUNGAN · 2011-10-18 · kekeluargaan yang murni. Objektif Kempen Objektif umum adalah: • untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup

2.2.4 Penganiayaan dan pemaksaan seks pada zaman kanak-kanak adalah satu

peristiwa yang tragis dan akan meninggalkan kesan sepanjang hidup. mi

boleh mendorong kepada masalah seksual.

65

Bahagian Pendidikan Kesihatan

KCHS 2001 : Promosi Keluarga Sihat 57