bahagian pemulihan & rawatan.pdf

25
1 BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN 1. PENGENALAN Bahagian Pemulihan dan Rawatan merupakan salah satu bahagian yang terdapat di Jabatan Penjara Malaysia. Salah satu peranan Jabatan Penjara Malaysia adalah memberi latihan pemulihan kepada penghuni semasa mereka menjalani hukuman supaya menjadi rakyat yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali kepangkuan masyarakat. Bagi mencapai hasrat tersebut, bahagian ini bertanggungjawab untuk merangka , membina dan melaksanakan program dan modul pemulihan ke atas penghuni yang menjalani hukuman pemenjaraan. Bagi melicinkan perlaksanaan program yang telah dibangunkan untuk pemulihan penghuni , bahagian ini dibahagikan kepada 3 seksyen utama yang terdiri daripada Seksyen Pemulihan, Seksyen Rawatan dan Seksyen Pendidikan. 2. VISI BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN Melahirkan penghuni yang berketerampilan dari segi sikap, akhlak, pengetahuan dan kemahiran. 3. MISI BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN Melaksanakan Pelan Pembangunan Insan menerusi Pendekatan pemulihan dinamik yang berteraskan pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran. 4. OBJEKTIF BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

Upload: nor-zalianah-mohamed-razali

Post on 25-Oct-2015

149 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

r

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

1

BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

1. PENGENALAN

Bahagian Pemulihan dan Rawatan merupakan salah satu bahagian yang terdapat di

Jabatan Penjara Malaysia. Salah satu peranan Jabatan Penjara Malaysia adalah

memberi latihan pemulihan kepada penghuni semasa mereka menjalani hukuman

supaya menjadi rakyat yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali

kepangkuan masyarakat. Bagi mencapai hasrat tersebut, bahagian ini

bertanggungjawab untuk merangka , membina dan melaksanakan program dan modul

pemulihan ke atas penghuni yang menjalani hukuman pemenjaraan. Bagi melicinkan

perlaksanaan program yang telah dibangunkan untuk pemulihan penghuni , bahagian

ini dibahagikan kepada 3 seksyen utama yang terdiri daripada Seksyen Pemulihan,

Seksyen Rawatan dan Seksyen Pendidikan.

2. VISI BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

Melahirkan penghuni yang berketerampilan dari segi sikap, akhlak, pengetahuan dan

kemahiran.

3. MISI BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

Melaksanakan Pelan Pembangunan Insan menerusi Pendekatan pemulihan dinamik

yang berteraskan pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran.

4. OBJEKTIF BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

Page 2: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

2

i) Memastikan banduan mengikuti sistem pemulihan (PPI) secara berkesan

agar kadar residivis dapat dikurangkan sehingga tidak melebihi 17 %.

ii) Mengurangkan aduan terhadap sistem layanan agar ia tidak melebihi 3 %.

iii) Memastikan penghuni menerima kemudahan kesihatan yang sewajarnya.

Dalam hal ini, bahagian ini menyasarkan sekurang-kurangnya 80 %

banduan di penjara menerima rawatan kesihatan.

5. FALSAFAH BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

Setiap penghuni merupakan individu yang mempunyai potensi untuk dipulihkan.

Melaui Program Pemulihan, Jabatan Penjara akan menentukan halatuju

program, proses, modul dan aktiviti pemulihan yang akan dilalui oleh penghuni.

6. MOTO BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

Dalam melaksanakan Program Pemulihan ke atas penghuni, moto KASIH telah

dijadikan sebagai konsep dalam merealisasikan program pemulihan yang akan

dilaksanakan. Setiap huruf dalam perkataan KASIH member maksud yang

tersendiri iaitu;

K : Knowledge (Pengetahuan)

A : Attitude ( Sikap )

S : Skill ( Kemahiran )

I : Intelligence ( Kecerdasan )

H : Humanity (Kemanusiaan )

7. FUNGSI BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

Page 3: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

3

i) Pemulihan Akhlak Penghuni

- Melaksanakan program pemulihan ke atas banduan bagi

memperbaiki fizikal, mental dan akhlak berteraskan nilai murni

masyarakat.

ii) Layanan ke atas Penghuni

– Memastikan banduan diberi layanan berlandaskan nilai

kemanusiaan dari segi kesihatan, keperluan asas, perhubungan

dengan keluarga dan masyarakatselaras dengan garispanduan

yang termaktub dalam United Nation Standard Minimum Rules

(UNSMR).

iii) Rawatan Kesihatan Penghuni

– Memastikan banduan yang memerlukan rawatan kesihatan diberi

peluang yang sewajarnya untuk mendapatkan rawatan di klinik

penjara atau hospital yang berhampiran dengan penjara.

8. STRATEGI BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN

Bagi memastikan agar objektif yang ditetapkan dapat dicapai, bahagian ini telah

merangka beberapa strategi berasaskan objektif yang telah ditetapkan. Diantara

strategi tersebut ialah;

8.1 Mengurangkan kadar residivis

i) Mewujudkan program pemulihan yang berkesan melalui PPI.

ii) Pengasingan dan Pengkategorian banduan.

iii) Mengklasifikasi tempoh jaminan keatas banduan residivis.

iv) Meningkatkan kemudahan dan peralatan untuk perlaksanaan program.

Page 4: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

4

8.2 Mengurangkan Aduan Dikalangan Orang Awam Terhadap Jabatan

Penjara

i) Memperkenalkan kaedah perhubungan kekelurgaan di kalangan

penghuni dan keluarga mengikut keperluan semasa.

ii) Mengurangkan karenah birokrasi dalam member layanan.

iii) Meningkatkan kefahaman berkaitan system layanan.

iv) Menyediakan kemudahan untuk penyaluran dan penerimaan

maklumat.

v) Menyeragamkan dan menstruktur pengurusan layanan di peringkat

institusi penjara.

vi) Menguruskan keperluan banduan mengikut ketetapan yang

termaktub dalam peraturan-peraturan penjara 2000.

8.3 Memberi Kemudahan Kesihatan Dan Rawatan Kepada Penghuni

i) Menstrukturkan semula carta organisasi unit perubatan di bahagian

pemulihan dan Rawatan.

ii) Menyediakan kelengkapan perubatan di klinik penjara dri semasa ke

semasa.

iii) Mangadakan sistem rawatan berjadual.

iv) Merekod pengurusan kesihatan banduan.

v) Menyediakan Pegawai perubatan yang terlatih (doktor panel).

vi) Melatih penghuni mengamalkan cara hidup sihat.

Page 5: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

5

CARTA ORGANISASI

BAHAGIAN PEMULIHAN DAN RAWATAN, IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA 2010

N17

KX32

KX27 (Penj. Taiping)

KX20 KX17

N17 N17

KX27

LAYANAN

KX41

TPP Shahrul Nizam bin

Hussain

AUDITAN

KX41

TPP Mohd Zaidi

bin Alias

PERUBATAN UD41- Dr Abdul

ANTI DADAH

KX41

KX32

KX41

KX32

KX27

KX20

KX17

N17

KX17

KX20

KX27

U29

UNIT RAWATAN (KX44)

N17

N17

KX32

KX20

S32 (Perj. Bentong)

KAUNSELING

KX41

TPP Mohamed bin Ali

KX17

TIMBALAN PENGARAH PEMULIHAN DAN

RAWATAN (KX 52)

PKK Ibrisam bin Abdul Rahman

PENGARAH PEMULIHAN DAN RAWATAN (KX

54)

TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin

PEMBANTU KHAS

Puan Zuridah bt. Johari (N27)

KETUA SEKSYEN PEMULIHAN

PKP Rosdi bin Ahmad (KX48)

UNIT

KEBAJIKAN

(S41)

Md

UNIT LAYANAN (KX44)

PP Zamiah @ Zaimiah bt.

UNIT AGAMA (S44)

Ustaz Ainuddin bin

Haji Dolhakim

S27

S27

S27

S27

S27

S27

N17

S32

S32

UNIT PEMBANGUN

PERLAKSANAAN

KX41

Wan Abdul

Rahman bin Wan

PERANCANGAN

KX41

TPP Usman bin

Mala

KX32

KX27

KX20

KX17

N17 N17

KX17

KX20

KX27

KX32 KX32

S27

S27

KX20

KX 17

N17

KX32

UNIT

KO-KURIKULUM (DG44)

Ahmad Latfi bin Ahmad Nordin

KX17

N17

KX17

KX17

UNIT AKADEMIK (DG44)

KX17

N17

UNIT VOKASIONAL

DG44 Kamarazaman bin Isnin

KETUA SEKSYEN PENDIDIKAN

Shamsudin bin Mustapha KETUA SEKSYEN RAWATAN

N17

Page 6: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

6

N17

Page 7: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

7

9. SEKSYEN DAN UNIT YANG TERDAPAT DI BAHAGIAN PEMULIHAN DAN

RAWATAN

9.1 SEKSYEN PEMULIHAN

Seksyen pemulihan terbahagi beberapa 3 unit utama iaitu, Unit Pembangunan

Sahsiah, Unit Layanan, Unit Agama dan Unit Kebajikan.

9.1.1 Unit Pembangunan Sahsiah

Antara peranan utama Unit Pembangunan Sahsiah ialah

merangka, membina dan seterusnya melaksanakan modul

pemulihan ke atas penghuni. dengan pembangunan sahsiah

penghuni, beberapa kaedah telah dirangka dan seterusnya

dilaksanakan terhadap penghuni. Diantaranya ialah Pelan

Pembangunan Insan (PPI) yang telah diperkenalkan pada tahun

2002. PPI dibahagikan kepada 4 Fasa utama iaitu

i. Fasa Orientasi ( 2 bulan ),

ii. Fasa Pengukuhan Sahsiah ( 6 bulan ),

iii. Fasa Kemahiran (tiada had masa) dan

iv. Fasa Pra-Bebas ( penghuni yang mempunyai baki hukuman

tidak melebihi 1 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang

telah ditentukan).

Unit ini juga bertanggungjawab mengurus dan memastikan

penghuni diagihkan dan diberi program pemulihan mengikut

kecenderungan, masalah dan latarbelakang penghuni. Sebagai

contoh banduan yang bermasalah dari segi agama (Islam ) akan

mengikuti Modul Halaqah, pesalah berkaitan dadah akan

mengikuti Modul Terapi Komuniti (TC), Penghuni yang berulangkali

Page 8: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

8

masuk penjara (residivis) akan mengikuti Modul Residivis dan lain-

lain lagi.

Secara umumnya, setiap penghuni akan melalui setiap fasa yang

dinyatakan di atas untuk membolehkan mereka menjalani proses

pemulihan sepanjang tempoh mereka menjalani hukuman.

9.1.2 Unit Layanan

Bertanggungjawab memastikan layanan yang profesional

berlandaskan nilia-nilai kemanusiaan secara adil dan saksama

sebagai salah satu ‘core bussiness’ jabatan. Bahagian ini akan

sentiasa memastikan pemerlakuan ke atas setiap penghuni yang

menjalani tempoh penahanan sehingga dibebaskan menepati

keperluan yang digariskan dalam prinsip layanan UNSMR dan

seperti yang termaktub dalam Akta Penjara dan Peraturan-

Peraturan Penjara.

Selain itu, unit ini juga akan sentiasa memastikan tiada diskriminasi

dilakukan terhadap penghuni dari segi perbezaan bangsa, warna

kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik dan lain-lain.

Di samping itu, unit ini juga bertanggungjawab menyelaraskan

perlaksanaan program oleh semua institusi penjara bagi tujuan

mengeratkan semula jalinan kekeluargaan dan masyarakat. Ia juga

menyelaras program-program kemasyarakatan dalam usaha

mewujudkan peluang kepada penghuni untuk meyumbang dan

berbakti kepada masyarakat melalui program ‘We Care’.

Page 9: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

9

9.1.3 Unit Agama

Kebanyakan banduan melakukan kesalahan kerana mempunyai

didikan akhlak dan pengetahuan agama yang rendah. Ketiadaan

didikan khlak dan pendidikan agama yang teguh menyebabkan

mereka tidak mempunyai pedoman dalam menjalani kehidupan.

Ekoran daripada itu, mereka tidak akan teragak-agak untuk

melakukan kesalahan.

Menyedari hakikat bahawa pendidikan agama adalah merupakan

unsur penting dalam pemulihan banduan, maka setiap institusi

penjara diperuntukan sekurang-kurangnya seorang penolong Hal-

Ehwal Agama Islam sebagai langkah untuk memberi pendidikan

agama penghuni beragama Islam. Manakala bagi penghuni di

kalangan bukan Islam pula, penceramah-penceramah daripada

pertubuhan-pertubuhan agama masing-masing akan dijemput

untuk memberi didikana agama kepada mereka.

Di antara peranan Unit Agama di Bahagian Pemulihan ialah;

i. Memastikan program bimbingan fardhu ain berjalan lancar

mengikut kurIkilum pendidikan Islam Jabatan Penjara.

ii. Menilai kesesuaian program dan aktiviti yang dijalankan

serta mengemukakan cadangan penambahbaikan dari masa

ke semasa untuk memastikan keberkesanan

perlaksanaannya.

iii. Merancang keperluan latihan dalam perkhidmatan bagi

kakitangan.

iv. Menyediakan modul dan aktiviti sokongan kepada banduan

agar mereka insaf dan taubat untuk tidak mengulangi

kesilapan lalu.

Page 10: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

10

v. Memantau tugas guru agama dan pembantu agama.

vi. Menyuburkan syiar Islam di kalangan kakitangan Islam di

Jabatan Penjara Malaysia.

vii. Bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat dan

Hari Raya Aidil Fitri serta Aidil Adha ke seluruh Institrusi

penjara.

viii. Menggiatkan aktiviti dakwah dan kerohanian di kalangan

kakitangan di seluruh institusi penjara.

ix. Merancang dan menyelaras program dakwah terhadap

kakitangan.

x. Menjadi urusetia pemilihan ahli jawatankuasa masjid dan

surau di seluruh institusi penjara.

9.1.4 Unit Kebajikan

Kehidupan manusia tidak pernah terlepas dari belenggu masalah.

Demikian juga penghuni yang tinggal di dalam penjara. Mereka

juga sering menghadapi maslah sebagaimana yang dihadapi oleh

mereka yang berada di luar penjara. Di antara masalah yang

sering dihadapi oleh penghuni termasuklah masalah peribadi,

keluarga dan majikan. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab

jabatan Penjara Malaysia bagi menangani hal-hal tersebut dengan

sebaik mungkin. Di dalam hal ini, pegawai-pegawai kebajikan

Jabatan Penjara Malaysia sama ada diperingkat ibu pejabat

mahupun institusi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan

masalah yang dihadapi penghuni dengan harapan akan memberi

kesan positif terhadap penghuni. Ini kerana ia sedikit sebanyak

akan mengurangkan tekanan jiwa di kalangan penghuni demi

memastikan pengurusan dan pentadbiran penjara berjalan dengan

baik dan terkawal.

Page 11: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

11

Di antara peranan Unit Kebajikan di Bahagian Pemulihan ialah;

i. Bertanggungjawab merancang dasar dan menyelaras

keperluan aktiviti kebajikan bagi penghuni di institusi-institusi

penjara.

ii. Bertanggungjawab merancang dan menyelaras aktiviti

kebajikan terhadap penghuni di institusi penjara.

iii. Bertanggungjawab menjadi penghubung di antara jabatan

dengan agensi kerajaan yang lain dalam menguruskan hal-

ehwal kebajikan penghuni.

iv. Bertanggungjawab merancang strategi untuk membantu

penghuni yang akan dibebaskan.

v. Bertanggungjawab merancang dan mengatur strategi untuk

mendapatkan peluang pekerjaan kepada banduan yang

akan dibebaskan.

vi. Bertanggungjawab dalam mendapatkan maklumbalas

daripada syarikat-syarikat swasta yang berminat untuk

mengambil bekas-bekas banduan bekerja.

vii. Memastikan hubungan yang baik dijalankan diantara pihak

penjara dengan masyarakat luar dengan memastikan majlis

perjumpaan dan dialog antara Jabatan Penjara dan

masyarakat

viii. Bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan

aktiviti-aktiviti yang melibatkan agensi-agensi luar bagi

meningkatkan kerjasama dengan pihak luar.

ix. Memantau perlaksanaan aktiviti di seluruh institusi penjara.

x. Mengumpul data dan statistik yang berkaitan dengan

maklumat bekas-bekas banduan dan penghuni yang telah

dibebaskan.

xi. Mengenalpasti keperluan kebajikan banduan setelah

dibebaskan.

Page 12: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

12

9.2 SEKSYEN RAWATAN

Merawat, memulihkan kecergasan jasmani, rohani dan psikologi penghuni

supaya mereka kembali menjadi warganegara yang produktif Adalah

fungsi yang dimainkan oleh Seksyen Rawatan, Ia penting bagi

mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas agar penghuni dapat

menjalani kehidupan yang normal. Untuk memastikan perkara-perkara

yang dinyatakan di atas dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, maka

Sekyen Rawatan dibahagikan kepada tiga unit iaitu Unit Perubatan, Unit

Kaunseling dan Unit Anti Dadah.

9.2.1 Unit Perubatan

Pengurusan kesihatan merupakan aspek yang diberi keutamaan di

semua institusi Penjara Malaysia. Ini kerana keadaan fizikal

penghuni yang sihat dan persekitaran yang bebas dari wabak

penyakit turut menyumbang kearah mengekalkan ketenteraman

dan keselamatan di dalam sesebuah penjara. Sehubungan dengan

itu maka kemudahan Doktor Panel dan Pembantu Perubatan telah

diwujudkan di ibu pejabat dan institusi penjara bagi memberi

perkhidmatan kesihatan dan rawatan kepada penghuni di dalam

penjara penjara.

Di antara peranan yang dilaksanakan oleh Unit Perubatan ialah;

i. Bertanggungjawab merangka dan merancang dasar dan

keperluan kesihatan bagi penghuni.

ii. Bertanggungjawab menyelaras penempatan penghuni

pembawa virus HIV/Aids.

Page 13: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

13

iii. Bertanggungjawab merancang dan menyelaras keperluan

ubat-ubatan dan keperluan peralatan perubatan bagi klinik-

klinik penjara.

iv. Bertanggungjawab menyelaras dan memantau pengurusan

klinik-klinik penjara.

v. Bertanggungjawab menyelaras dan memantau aktiviti

pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit serta HIV/Aids

dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

vi. Bertanggungjawab menyediakan statistik mingguan

penghuni yang menghidap HIV/Aids.

vii. Bertanggungjawab merancang dan menyelaras

perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada penghuni di

seluruh institusi penjara.

viii. Bertanggungjawab merancang keperluan pegawai

perubatan dan pembantu perubatan di institusi penjara.

ix. Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pengurusan

dan keperluan dapur di institusi penjara.

9.2.2 Unit Kaunseling

Jabatan Penjara Malaysia, telah mula melatih pegawai –

pegawai kanannya sebagai Pegawai Kaunseling sejak tahun

1980 lagi. Pada pengambilan pertama Pegawai Kaunseling

terdiri daripada 69 orang Pegawai Kanan Jabatan Penjara

Malaysia dilatih oleh dua (2) orang pakar Kaunseling daripada

Amerika Syarikat pada tahun 1980. Pada peringkat kursus

pertama , kedua dan ketiga seramai 169 orang Pegawai

Kaunseling telah tamat dengan jayanya. Mereka telah

ditempatkan di beberapa institusi dalam Jabatan Penjara

Malaysia mulai 16 Mei 1981 untuk menjalankan program

Rawatan dan Pemulihan melalui kaedah Kaunseling. Sehingga

Page 14: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

14

kini, terdapat lebih kurang dua ratus tiga puluh dua (232)

Pegawai Kaunseling di seluruh institusi Jabatan Penjara

Malaysia.

Matlamat Kaunseling di Jabatan Penjara boleh dibahagikan

kepada ;

i. Perubahan perlakuan penghuni kepada yang lebih positif.

ii. Pengekalan atau peningkatan tahap kesihatan mental

penghuni.

iii. Penyelesaian masalah atau pencarian altenatif terhadap

permasalahan yang dihadapi.

iv. Bimbingan teknik buat keputusan .

v. Pencegahan daripada terlibat dengan unsur negatif.

vi. Peningkatan kefahaman kendiri di kalangan penghuni.

vii. Peningkatan kemahiran sosial di kalangan penghuni.

viii. Pergerakan sistem sokongan supaya membantu individu

atau “mobilization of support systems to help

individuals”

9.2.3 Unit Anti Dadah

Pada dasarnya, Jabatan Penjara Malaysia sangat memandang

serius terhadap masalah penyeludupan dan penagihan dadah di

dalam penjara. Antara strategi untuk menangani masalah ini ialah

melalui operasi ujian mengesan kandungan dadah dalam air

kencing. Hasil pengesanan kandungan dadah dalam air kencing

dijadikan sebagai petunjuk sama ada berlaku kegiatan

penyeludupan dan penagihan dadah di dalam penjara. Maklumat

ini juga akan digunapakai untuk tujuan tindakan pemulihan kepada

penghuni yang terlibat. Tindakan disiplin akan dikenakan ke atas

Page 15: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

15

penghuni atau mana-mana kakitangan yang terlibat dengan

penyalahgunaan dadah.

Di antara peranan yang dilaksanakan oleh Unit Perubatan ialah;

i. Merancang modul pemulihan yang khusus kepada

banduan/tahanan/penghuni yang terlibat dengan

penyalahgunaan dadah.

ii. Merangka dan mengkaji borang penilaian

banduan/tahanan/penghuni untuk diselaraskan dengan

modul yang dirancang.

iii. Menjalankan kajian dan penyelidikan bagi penambahbaikan

aktiviti pemulihan dadah.

iv. Mengemaskinikan data dan statistik berkaitan dengan

perlaksanaan program pemulihan dadah diinstitusi penjara.

v. Mengenalpasti pakar-pakar dan tenaga pengajar yang

bersesuaian dalam memperkukuhkan lagi aktiviti pemulihan

dadah.

9.3 SEKSYEN PENDIDIKAN

Jabatan Penjara telah berusaha memberi pendidikan kepada penghuni

yang memerlukannya. Sehingga Jun Tahun 2010, sebanyak 6 buah

sekolah Integriti telah diwujudkan di Jabatan Penjara Malaysia bagi

menyediakan peluang pendidikan formal kepada penghuni. Selain di

Sekolah Integriti, penghuni di Sekolah Henry Gurney juga akan mengikuti

pendidikan formal sebagaimana yang dilaksanakan di Sekolah-sekolah

Integriti. Guru-guru yang terlibat dalam sesi pengajaran dana

pembelajaran di sekolah-sekolah yang dinyatakan di atas merupakan guru

terlatih sebagaimana yang terdapat di sekolah – sekolah awam di luar

penjara. Untuk memebolehkan para penghuni mengikuti pendidikan yang

sewajarnya, maka Seksyen Pendidikan di Bahagian Pemulihan dan

Page 16: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

16

Rawatan telah di bahagikan kepada 3 unit iaitu, Unit Akademik, Unit Ko-

Kurikulum dan Unit Vokasional dan Kemahiran.

9.3.1 Unit Akademik

Unit akademik bertanggungjawab untuk;

i. Merancang dasar dan keperluan pendidikan terhadap

penghuni.

ii. Merancang dan menyelaras aktiviti pendidikan peringkat

asas dan menengah terhadap penghuni sejajar dengan

matlamat Dasar Pendidikan Negara.

iii. Merancang keperluan peralatan kelas-kelas pendidikan

iv. Merancang keperluan guru-guru di Sekolah Henry Gurney

dan dan sekolah integrity.

v. Menilai keberkesanan aktiviti pendidikan akademik terhadap

penghuni.

9.3.2 Unit Ko-Kurikulum

Unit Ko-kurikulum bertanggungjawab untuk;

i. Merancang dasar dan keperluan aktiviti ko-kurikulum

terhadap penghuni di sekolah – sekolah integriti dan sekolah

Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia

ii. Merancang dan meneyelaras aktiviti Ko-Kurikulum penghuni

di sekolah-sekolah integriti dan Sekolah Henry Gurney

Jabatan Penjara Malaysia.

Page 17: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

17

9.3.3 Unit Vokasional dan Kemahiran

Unit Vokasional Dan Kemahiran bertanggungjawab untuk;

i) Mengkaji keperluan pendidikan kemahiran yang diperlukan

oleh penghuni selaras dengan keperluan dan perkembangan

semasa.

ii) Bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Malaysia dalam

meyediakan kurikulum subjek kemahiran dan vokasional

untuk dilaksanakan di Sekolah-Sekolah Integriti dan

Sekolah-Sekolah Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia.

Page 18: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

18

10. PROGRAM PEMULIHAN DI JABATAN PENJARA MALAYSIA

Jabatan Penjara Malaysia merupakan institusi terakhir dalam sistem keadilan

jenayah negara yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan jagaan

selamat. Peredaran masa dan arus globalisasi menyebabkan berlakunya pola

jenayah yang lebih kompleks. Justeru itu, jabatan telah mengambil pelbagai

inisiatif untuk memulih banduan supaya kembali semula kepada masyarakat

sebagai warganegara yang produktif melalui program-program pemulihan yang

lebih bersistematik.

11. SEJARAH PEMULIHAN DI JABATAN PENJARA MALAYSIA

Program Khidmat Bakti merupakan program yang pertama diperkenalkan bagi

tujuan pemulihan. Program ini kenali sebagai “ Sistem Ibrahim”. Kemudianya,

program pemulihan dikembangkan dengan menggunakan kaedah pendekatan

bersepadu melalui aktiviti pemulihan, vokasional, keagamaan dan latihan fizikal.

Pada Julai 1980 Program Rundingcara diperkenalkan dengan tujuan

mewujudkan satu unit sokongan terhadap sistem pemulihan dan rawatan. Diikuti

pada September 1992 Program Therapeutic Community diwujudkan sebagai

alternatif terhadap modaliti pemulihan yang dikhusus kepada penagih dadah.

Seterusnya Program Halaqah diwujudkan pada Februari 1996 sebagai program

alternatif untuk memulih penghuni yang beragama islam berteraskan konsep

pengajian dan pengamalan dalam kehidupan seharian.

Bagi pemantapan keseluruhan program pemulihan yang sedia ada, pada

Februari 2002 sistem pemulihan dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan

Insan (PPI). Pada November 2008, Program Pendidikan Dan Bimbingan

diwujudkan bagi menangani kesalahan-kesalahan kecil telah dilancarkan.

Page 19: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

19

Program ini masih dilaksanakan dibawah PPI

.

12. PELAN PEMBANGUNAN INSAN

Pelan Pembangunan Insan (PPI) merupakan satu pelan yang dirangka bagi

tujuan aktiviti pemulihan penghuni dan dibina berasaskan sistem fasa yang

mengandungi 4 program utama iaitu Therapeutic Community, Halaqah, Program

Pendidikan Dan Bimbingan serta Akademik.

12.1 OBJEKTIF PPI

i) Mewujudkan satu sistem pemulihan yang sistematik dan mampu

mencapai matlamatnya

ii) Membina jatidiri serta melahirkan penghuni yang berakhlak dan

berkemahiran.

iii) Mengembalikan penghuni kepada masyarakat sebagai manusia

yang insaf dan mampu berbakti kepada masyarakat

12.2 FASA ORIENTASI

Merupakan fasa yang mesti dilalui oleh setiap penghuni. Tempoh berada

dalam fasa ini ialah 2 bulan. Program yang dilaksanakan dalam fasa ini

ialah Program Orientasi yang memberi penekanan kepada latihan fizikal

Objektif fasa ini ialah.

i) Membentuk disiplin penghuni agar patuh kepada peraturan dan

arahan.

ii) Mewujudkan keseimbanagan aktiviti pemulihan mental dan fizikal

iii) Menanamkan sikap positif dan yakin diri.

Page 20: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

20

12.3 FASA PENGUKUHAN SAHSIAH

Pada fasa ini, program yang diwujudkan adalah sebagai core treatment

dalam PPI yang dilaksana selama 6 bulan, yang mana penekanan adalah

diberi kepada aspek pembentukan jati diri dan perubahan tingkahlaku.

Penghuni akan disalurkan kepada program yang bersesuaian mengikut

kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu Program Therapeutic

Community, Program Halaqah, Program Pendidikan Dan Bimbingan serta

Program Akademik.

12.3.1 Pogram Therapeutic Community

Merupakan core treatment bagi banduan yang terlibat dengan

penagihan dadah dan berulang kali masuk penjara yang

dilaksanakan selama 6 hingga 12 bulan.

Tujuan adalah untuk melahirkan penghuni yang bebas daripada

ketagihan dadah dan memiliki tahap keyakinan diri yang teguh.

12.3.2 Program Halaqah

Merupakan ‘core treatment’ bagi penghuni beragama Islam yang

mempunyai tahap pengetahuan agama yang cetek. Dilaksanakan

selama 6 bulan dan berkonsepkan sistem pondok.

Tujuan program ini adalah untuk melahirkan penghuni beragama

Islam yang dapat menghayati dan melaksanakan ajaran agama

Islam sebagai cara hidup.

Page 21: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

21

12.3.3 Program Pendidikan Dan Bimbingan

Program ini merupakan program umum yang ketiga dibina bagi

memulih penghuni yang terlibat dengan pelbagai jenayah . Modul

yang terdapat dalam program ini adalah lanjutan daripada Program

Orientasi.

12.3.4 Program Akademik

Program ini dikhususkan kepada banduan muda. Aktiviti dalam

program akademik ialah Kelas Membaca, Menulis dan Mengira

(3M). Selain itu, turut disediakan kelas-kelas persediaan untuk

menghadapi peperiksaan Sijil Penilaian Rendah (PMR), Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). Ia

bertujuan untuk membimbing penghuni-penghuni di dalam penjara

untuk mencapai keputusan terbaik di dalam peperiksaan dan

mengubah tingkahlaku.

12.4 FASA KEMAHIRAN

Merupakan fasa lanjutan daripada fasa pengukuhan sahsiah. Penghuni

yang memperolehi PNGK 3.0 dan ke atas adalah layak dipertimbangkan

mengikuti fasa ini. Objektif utama fasa ini adalah untuk melahirkan

penghuni mahir dan bersijil dalam bidang kemahiran. Walau

bagaimanapun, aktiviti pemulihan masih diteruskan. Penghuni yang

berada pada fasa ini perlu mengikuti aktiviti pemulihan yang ditetapkan,

iaitu 2 jam seminggu.

Page 22: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

22

12.5 FASA PRA BEBAS

Fasa ini merupakan fasa penghayatan, yang mana pada fasa ini,

penghuni dikehendaki menghayati apa yang telah dipelajari dan

menterjemahkannya semasa menjalani fasa ini. Objektif utama fasa ini

adalah untuk menyediakan penghuni dalam menghadapi stigma sosial

apabila mereka dibebaskan dan menggalakkan penyertaan awam dalam

membantu proses asimilasi penghuni ke dalam masyarakat

Disamping aktiviti utama, iaitu pra-bebas, kerja luar dan usahasama luar,

banduan juga didedahkan dengan program sampingan, iaitu ‘we care’ dan

‘community care’.

Program pemulihan yang dilaksanakan di Jabatan Penjara Malaysia merupakan satu

program yang diwujudkan bagi menulihkan banduan yang ditahan di penjara. Ia

mengambil kira keperluan pemulihan fizikal, psikologikal, sosial serta spiritual mereka.

Walaupun satu pelan pemulihan dan rawatan telah diwujudkan oleh Jabatan Penjara

Malaysia untuk memulih dan merawat banduan-banduan tersebut, namun dari semasa

ke semasa ia sentiasa dinilai bagi tujuan penambahbaikan serta keberkesanannya.

13. PROGRAM RAWATAN DAN KESIHATAN BANDUAN

13.1 PROGRAM METHADONE MANTAINANCE TREATMENT (MMT)

Program ini merupakan salah satu komponen Pengurangan Kemudaratan

(Harm Reduction). Terapi gantian bermaksud menggantikan dadah heroin

dan morfin dengan ubatan dari kumpulan yang sama tetapi mempunyai

tahap ketagihan dan gian yang lebih rendah. Methadone merupakan

dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau

morfin tetapi diambil secara oral (melalui mulut).

Page 23: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

23

13.1.1 OBJEKTIF MMT

i) Menghalang transmisi penyakit seperti HIV, Hepatitis ( B & C ) di

kalangan IDUs ( intravenous drug use) dan pasangannya.

ii) Membantu dan merawat banduan yang menderita daripada penagihan

opiate dan meningkatkan kualiti hidup apabila dibebaskan.

13.2 PROGRAM ANTI RETRO VIRAL TREATMENT (ARV)

ARV adalah singkatan daripada Antiretroviral iaitu cara pengubatan yang

dapat menghentikan reproduksi HIV didalam tubuh. Rawatan ARV akan

diberi kepada banduan yang didapati positif HIV dan yang memenuhi

kriteria CD4<350 sel/ml3 mengikut satandard WHO.

13.2.1 OBJEKTIF ARV

i) Meningkatkan kualiti hidup serta tahap kesihatan penghidap HIV /

AIDS

ii) Mengurangkan morbidity jangkitan penyakit opportunistic di kalangan

pesakit.

iii) Mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain di dalam dan di luar

institusi penjara.

Page 24: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

24

14. NATIONAL KEY RESULT AREA (NKRA) DAN JABATAN PENJARA

MALAYSIA

Jabatan Penjara Malaysia turut terlibat di dalam inisiatif perlaksanaan NKRA.

Antara perkara yang menjadi inisiatif jabatan yang berkaitan dengan peranan

Bahagian Pemulihan dan Rawatan adalah Inisiatif 1.2.2 iaitu;

i) Penilaian semula dan penambahbaikan program pemulihan banduan -

Bahagian Pemulihan & Rawatan.

ii) Program penempatan banduan selepas bebas - Parol.

Strategi Perlaksanaan

i) Pengasingan banduan berdasarkan kategori residivis (banduan

berulang) dan non residivis (banduan pertama kali).

ii) Kajian semula terhadap program pemulihan yang dilaksanakan di

penjara seterusnya penambahbaikan terhadap program pemulihan

yang sedia ada.

Kesan atau Impak

i) Menyekat proses pembelajaran jenayah di kalangan banduan;

'criminal learning process' di kalangan banduan yang baru masuk

dengan banduan yang berulang kali masuk ke penjara.

ii) Memantapkan perlaksanaan program pemulihan di penjara;

memastikan tahap peratusan perlaksanaan program / aktiviti PPI di

Jabatan Penjara Malaysia berada pada tahap 90%.

iii) Mengurangkan kadar residivis; mencapai tahap kadar kemasukan

banduan berulang kali ke penjara berada di bawah 17%. Peratusan

terkini adalah pada kadar 16.8%.

Page 25: Bahagian Pemulihan & Rawatan.pdf

25

iv) Memudahkan proses pengurusan banduan; pengurusan banduan

dilihat lebih mudah dilaksanakan apabila penempatan banduan di

institusi penjara disusun mengikut kategori kesalahan tertentu.

v) Mengoptimakan penggunaan tenaga pengajar pakar;

pengkhususan perlaksanaan program PPI di institusi penjara dapat

dilaksanakan mengikut kategori banduan tertentu dengan tenaga

pengajar yang terlatih serta pakar dalam bidang masing-masing.