badan pertolongan cemas sem 2

43
PERLIS BADAN PERTOLONGAN CEMAS NAMA:MUHAMAD ISKANDAR BIN IZHAR NO.MATRIK ID :2014876982 KUMPULAN : DHBU124/B2 NAMA JURULATIH : EN. MANSOR BIN ABDULLAH

Upload: izharsaidin

Post on 24-Dec-2015

109 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kokurikulum UiTM

TRANSCRIPT

Page 1: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

PERLIS

BADAN PERTOLONGAN

CEMAS

NAMA:MUHAMAD ISKANDAR BIN IZHAR

NO.MATRIK ID :2014876982

KUMPULAN : DHBU124/B2

NAMA JURULATIH : EN. MANSOR BIN ABDULLAH

Page 2: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

PENGENALANDefinisiPertolongan Cemas diklasifikasikan sebagai bantuan-bantuan permulaan atau rawatan sulung yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang apa jua jenis kemalangan sebelum bantuan selanjutnya daripada perkhidmatan perubatan(EMS) atau doktor tiba.

Page 3: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

LUKA DAN PENDARAHANDEFINISISebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau pada permukaan badan dikatakan luka. Kebanyakan luka adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan darah dan cecair mengalir keluar dari badan. Luka yang tertutup pula membenarkan darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak mengalir keluar.

JENIS-JENIS LUKAa)LUKA TERHIRIS

Luka yang lurus dan bersih daripada sesuatu yang tajam seperti pisau cukur atau kaca yang terpecah.

b)LUKA MELECETLuka yang kesat dan kasar disebabkan daya kasar dan tekanan yang remuk seperti jentera.

c)LUKA CALAR-BALAR

Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan atas kulit tergesel dan terkikis.

Page 4: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

d)LUKA KONTUSI(LEBAM)

Sebarang tamparan yang kasar (seperti tumbukan) memecahkan kapilari (rerambut) di bawah lapisan kulit.

e)LUKA TERCUCUK

Terpijak paku, tercucuk jarum atau tertikam mengakibatkan luka tercucuk, iaitu luka pada titik kemasukan yang kecil tetapi dalam dan menyebabkan kerosakan dalaman.

f)LUKA TEMBAKAN

Peluru tembakan atau lain-lain pelontar mungkin termasuk ke dalam badan dan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius.

Page 5: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

JENIS-JENIS PENDARAHAN

a)PENDARAHAN ARTERI

Darah yang telah dioksigenkan berwarna merah cerah. Dibawah tekanan jantung yang berdenyut, ia memancut dari luka sama waktu dengan denyutan jantung.

b)PENDARAHAN VENA

Setelah melepaskan oksigen warna merah vena menjadi merah tua. Ia mempunyai tekanan kurang dari darah arteri.

c)PENDARAHAN KAPILARI

Pendarahan jenis ini dicirikan sebagai lelehan dan berlaku di kawasan semua jenis luka.

KLASSIFIKASI PEDARAHAN

-PENDARAHAN LUARAN(EXTERNAL)

Luka terhiris-disebabkan benda tajam seperti pisau Luka terkoyak-disebabkan cakaran binatang atau dawai Luka berdarah-kena pukulan tepat benda tidak tajam Luka tembus-seperti kena tikaman pisau atau jarum

-PENDARAHAN DALAMAN(INTERNAL)

perut-muntah darah paru-paru/salur pernafasan –batuk berdarah

Page 6: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

tali usus – darah pada dubur rahim- tumpah darah buah pinggang – kencing berdarah tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung pendarahan internal tanpa kesan limpa dan hati pecah pendarahan dalam otak

-KAEDAH RAWATAN

Berikan tekanan atau tuaman pada bahagian luka dengan menggunakan pembalut yang bersih dan steril atau pad yang bersih.

Jika mangsa sedarkan diri, baringkan mangsa dalam posisi pemulihan. Tutup lubang luka dengan tangan sekiranya darah mengalir keluar dengan

banyak. Memanggil ambulans dan mendapatkan rawatan di hospital secepat mungkin

sekiranya luka teruk.

KAEDAH RAWATAN LUKA

>LUKA KECIL(tapak tangan)

Menekap pembalut sterilatau pad yang bersih di tapak tangan. Minta mangsa menggenggamnya, jika sukar ,tekap bahagian yang luka dengan tangan yang tidak cedera. Balut jari supaya ia tergenggam dalam balutan.

>LUKA PADA KULIT KEPALA

Berikan tekanan atau tuaman pada bahagian luka dengan menggunakan pembalut steril atau pad yang bersih.

Gunakan 1 pembalut tiga segi untuk meneguhkan pembalut, jika pendarahan masih berlaku ,teruskan memberikan tekanan kepada pad.

Baringkan mangsa dengan kedududkan bahu dan kepala tinggi sedikit. Baringkan mangsa dalam posisi pemulihan jika mangsa tidak sedarkan diri dan hantar mangsa ke hospital dengan segera.

>LUKA PADA LIPATAN SENDI

Page 7: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Tekapkan pad yang bersih atas luka dan bengkokkan sendi dengan teguh. Angkat anggota dengan mengekalkan sendi dalam keadaan terbengkok dan

baringkan mangsa. Tekanan dilepaskan setiap 10 minit untuk mengembalikan perederan darah,

mangsa hendaklah dihantar ke hospital.

>LUKA YANG TEMBUS DADA

Tutup lubang luka dengan serta merta menggunakan tapak tangan. Kemudian, tutup lubang dengan penutup steril atau pad bersih. Tutup pad tersebut dengan beg plastic atau lapisan yang mempunyai pelekat

atau pembebat yang ketat bagi membentuk kalis udara. Sokong dan ampu kedudukan mangsa yang sedar dalam keadaan selesa. Pastikan mangsa diserang renjatan dan hangtar mangsa ke hospital.

>LUKA DI PERUT

Mangsa di baringkan dan lututkan di ampu. Letakkan pembalut yang besar dan diikuti dengan pembalut yang berpelekat.

Jika usus terkeluar, jangan sentuh usus berkenaan tetapi tutup usus tersebut dengan plastik nipis untuk mengelakkan daripada kering.

Tekan dengan teguh ke atas pembalut ketika mangsa terbatuk atau termuntah bagi mengelakkan isi perut terkeluar.

Berikan mangsa bantuan pernafasan jika mangsa tidak sedarkan diri serta letak mangsa dalam kedudukan pemulihan dan perutnya disokong.

>LUKA DI MATA

Mangsa dibaringkan dan kepalanya dipegang supaya tidak bergerak. Minta mangsa agar tidak menggerakkan kedua-dua bebola mata pergerakan mata boleh menambah kerosakkan pada mata yang tercedera.

Page 8: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Gunakan pad atau steril menutup mata. Tenangkan mangsa dan berikan keyakinan. Seterusnya balut kedua-dua mata bagi mengelakkan mata bergerak.

>LUKA YANG KECIL

Tangan yang luka dicuci dengan air panas dan sabun. Bersihkan luka dengan air yang mengalir jika terdapat kekotoran pada luka

tersebut. Keringkan dengan menggunakan tuala yang telah disteril ,tutup luka dengan

menggukan pembalut kasa dan steril. Lap luka dengan kering kemudian balut dengan pembalut berpelekat.

BENDA ASING DALAM MUKA

Pendarahan hendaklah dikawal menggunakan tekanan yang teguh pada kedua-dua tepi objek dan angkat bahagian anggota yang tercedera.

Page 9: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

CPR Satu cubaan untuk memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan kaedah tekanan di atas dada(tekanan dari luar) dan bantuan pernafasan.

Jantung

Salah satu daripada organ penting Dibahagikan kepada 2 bahagian kiri dan kanan Dibahagikan oleh septum. Kedua-dua bahagian ini tidak boleh berhubung. Dibahagikan oleh injap iaitu di atas dan bawah. Atas ialah atria. Bawah ialah ventrikal. Saiz sebesar genggaman tangan. Beratnya diantara 200 hingga 280 gram. Posisinya di tengah-tengah dada antara tulang sternum dan tulang belakang

dan sedikit ke kiri. Fungsinya adalah untuk mengepam darah ke peparu. Dan dihantar ke seluruh badan. Mengepam darah dewasa normal lebih kurang 5 liter seminit. Mengepam darah sehingga 25 liter seminit apabila bersenam. Kandungan udara di persekitaran 25% oksigen,tapi hanya 5% oksigen diserap

oleh darah.

Page 10: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

PEREDARAN DARAH DALAM JANTUNG

1.Darah yang dibawa dari badan oleh vena cava masuk ke arterium kanan.

2.Apabila darah masuk,arterium akan mengepam darah ke vertical kanan.

3.Darah seterusnya dipam ke peparu untuk mendapatkan oksigen.

4. Darah yang dibawa oleh peparu oleh vena pulmunori masuk semula ke arterium kiri.

5.Apabila darah masuk,arterium akan mengepam darah ke vertical kiri.

6.Darah yang mempunyai banyak oksigen akan dipam ke seluruh badan melalui aorta.

Page 11: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

PERINGKAT KEMATIAN

terhenti pernafasan dan denyutan jantung seketika harapan puluh dalam 4 minit 25-30%

=kematiansebenar kerana kekurangan oksigen

ke otak dan sel-sel otak mati dan mangsa akan

mengalami proses kematian yang sebenar

=harapan pulih dalam 4 minit 5-10%

INDIKASI C.P.R

Sistem pernafasan terhenti Denyutan jantung terhenti

PUNCA PERNAFASAN TERHENTI

Keracunan ubat Terhidu asap beracun Renjatan elektrik Tercekik Lemas Strok

PUNCA JANTUNG BERHENTI

BIOLOGICAL DEATH(KEMATIAN

BIOLOGI)

CLINICAL DEATH(KEMATIAN

KLINIKAL)

Page 12: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Denyutan dan rentak jantung tidak normal Sakit jantung Jantung bengkak

CARA MENGENAL PASTI PERNAFASAN NORMAL(3M)

MELIHAT=>turun naik dada

MENDENGAR=> udara keluar masuk

MERASA=>udara yang dihembus keluar

PERNAFASAN

21% oksigen di sedut 16% oksigen dihembus keluar 5% oksigen yang tinggal untuk keperluan tubuh

PROTOKOL DAN KAEDAH MENYELAMAT TERHENTI PERNAFASAN

D DANGER(BAHAYA)

Penyelamat Persekitaran Mangsa

R RESPOND(TINDAK BALAS)

HELLO…HELLO.. Tiada tindakbalas Aktifkan EMS(emergency medical service)

A AIRWAYS(SALUR PERNAFASAN)

Dongakkan kepala ke atas atau angkat dagu ke atas Buang benda asing 3M(melihat,mendengar,merasa)

Page 13: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

b BREATHING(PERNAFASAN)

2 hembusan penyelamat atau awalan Periksa nadi carotid atau brakial

C CIRCULATION(PEREDARAN DARAH)

Tekanan atas dada

Bil. PERINGKAT TEKANAN DANHEMBUSAN

KEDALAMANTEKANAN

KITARAN

1. Bayi 5:1 ½ -1 inci 20 100 tekanan20 hembusan

2. Kanak-kanak 5:1 1-1 ½ inci 20 100 tekanan20 hembusan

3. Dewasa 15:1 1 ½ - 2 inci 4 60 tekanan8 hembusan

SEBAB-SEBAB C.P.R TIDAK BERJAYA Saluran pernafasan tidak terbuka dengan sempurna Mulut tidak terbuka luas

Page 14: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Mulut dan hidung tidak ditutup rapat Semasa hembusan hidung tidak dipicit Mangsa tidak dibaringkan di tempat yang stabil “Hard Surface” Kedudukan tangan penyelamat tidak tepat ketika tekanan dilakukan Kadar tekanan terlalu cepat atau lambat Tekanan jantung tidak sempurna

SITUASI YANG TIDAK BOLEH MELAKUKAN C.P.R Mangsa yang kaku dan kejang Mangsa yang cedera teruk di bahagian dada Tiada kebenaran waris mangsa Mangsa disahkan mati Bayi yang kurang 200g atau 3 bulan

MASALAH YANG TIMBUL Kemungkinan akan berlaku kecederaan pada tulang rusuk Kecederaan serius akan berlaku pada organ dalaman dada jika tulang

rusuk patah Berlaku pendarahan dalam “LEBIH BAIK MANGSA CEDERA DARIPADA MATI TANPA

BANTUAN”

NADIKarotip – di leherRadial – di pergelangan tanganBrakial – di lenganFemoral – di pengkal paha

Page 15: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

KADAR DENYUTAN NADI SEMINITDEWASA 60-80

Lebih 100Kurang 60

NormalTerlalu cepatTerlalu perlahan

Kanak-kanak(1-5 tahun)

80-150Lebih 150Kurang 60

NormalTerlalu cepatTerlalu perlahan

Kanak-kanak(5-12 tahun)

60-120Lebih 150Kurang 60

NormalTerlalu cepatTerlalu perlahan

Bayi(1-12 bulan)

120-140Lebih 150Kurang 110

NormalTerlalu cepatTerlalu perlahan

Page 16: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

KADAR PERNAFASAN SEMINITDEWASA 12-20

Lebih 30Kurang 10

NormalSeriusSerius

Kanak-kanak(1-5 tahun)

25-28Lebih 44Kurang 20

NormalSeriusSerius

Kanak-kanak(5-12 tahun)

20-24Lebih 36Kurang 16

NormalSeriusSerius

Bayi(1-12 bulan)

30-70Kurang 30

NormalSerius

Page 17: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

KELAHIRAN KECEMASANApakah yang di maksudkan dengan kelahiran kecemasan?Kelahiran kecemasan ialah proses bayi keluar dari rahim ibu selepas beberapa tanda seperti sakit dibahagian belakang,abdomen serta pelbagai lagi tanda-tanda. Setiap ibumengandung akan merasai proses kelahiran. Kelahiran pulaterbahagi kepada dua bahagian iaitu bersalin (normaldelivery) dan keguguran.Bersalin terdiri daripada 3 peringkat iaitu pertama,keduadan ketiga. Keguguran pula terdiri daripada 6 jeniskeguguran seperti keguguran terancam,keguguran yang tidakdapat dielakkan, keguguran tidak lengkap,keguguran akibatkuman, keguguran lengkap dan keguguran tertinggal.

MAKSUD KELAHIRAN KECEMASAN

Bersalin atau kelahiran merupakan suatu proses biasa bagi wanita yang mengandung. Oleh itu, sebelum tiba kelahiran terdapat tanda- tanda dan gejala awal ditunjukkan sebelum lahirnya bayi.

Tanda- tandaSakit di bahagian belakang terutama bahagian pinggang.Sakit di bahagian abdomen iaitu di sekitar pusat.Sakit berselang seli dengan keredaan. Ini diikuti dengan sakit yang lebih memanjang berbanding masa keredaannya.Ibu berkeadaan gelisah, cemas dan berpeluh.Peringkat awal keluar lendir berserta dengan sedikit darah dari kemaluan ibu. Ini diikuti dengan keluar air tuban dengan banyak akibat pecahnya tuban kandungan.Kelihatan kepala bayi menonjol pada bahagian faraj ibu.

Page 18: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

KEDUDUKAN BAYI DI DALAM PERUT IBU

JENIS KELAHIRAN KECEMASANBersalinKeguguran

BERSALIN BERSALIN

Bermaksud proses kelahiran bayi melalui saluran peranakan berlaku secara spontan. Ianya bermula dari sakit bersalin sehingga uri dikeluarkan. Masa adalah 2 minggu sebelum atau 2 minggu selepas masa yang ditetapkan tarikh untuk bersalin. Sakit untuk bersalin mengambil

Page 19: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

masa 12 hingga 18 jam bagi anak pertama dan anak seterusnya 6 hingga 8 jam. Biasanya usia kandungan antara 38 hingga 40 minggu.

PERINGKAT KELAHIRAN

Peringkat pertama (1st stage).

Semasa ini uterus akan mengembang dan menguncup dan dalam masa yang sama servik akan menipis dan terbuka secara perlahan lahan. Ibu akan mengalami rasa sakit.Contraction semakin kerap dan kuat serta mengambil masa yang lama sehingga servix habis terbuka.Biasanya masa yang diambil 8 jam sehingga servik terbuka hingga 4 cm . Servik akan terus membuka sehingga 10 cm dimana masanya 5 hingga 7 jam dan contraction akan terus terjadi.Masa sakit ini tidak boleh melebihi 20 jam bagi anak pertama dan 12 jam bagi mutipara

Peringkat pertama (1st stage) bermula dari mula rasa sakit

untuk bersalin sehingga cervix habis terbuka.( 10 cm ).

Peringkat kedua ( 2nd stage ) bermula dari masa cervix habis terbuka sehingga bayi dilahirkan

Peringkat ke tiga (3rd stage)bermula dari masa bayi

dilahirkan sehingga uri (Placenta) dikeluarkan

Page 20: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Apa perlu dilakukan?Beri sokongan emosi agar ibu tenang dan bersedia menghadapi sakit untuk bersalin. Beri bantuan bagi menyediakan kelengkapan untuk bersalin seperti barang keperluan bayi, kad ante natal dan keperluan ibu. Pakaian ibu perlu longgar dan selesa mudah untuk penyerapan peluh. Tanya ibu ada apa yang keluar dari farajnya samada lendir , darah atau air dan apa warnanya. Tanya ibu kekerapan sakitnya dalam 10 minit berapa kerap sakitnya. Panggil bantuan untuk membawa ibu ke hospital. Ibu boleh diberi makan pada peringkat awal untuk memberi tenaga. Galakan ibu mandi dan menjaga kebersihan. Pakaikan pad. Ibu digalakan menarik nafas seperti biasa dan bernafas melalui mulut dengan menarik dan menghembus secara perlahan untuk mengurangkan rasa kesakitan. Ibu tidak dibenarkan untuk meneran bayi keluar diwaktu ini untuk mengelakan dari servik terkoyak dan akan membuang tenaga yang banyak.JIKA pundi ibu itu telah pecah,jangan benarkan dia mandi kerana terdapat risiko infeksi.

Page 21: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Peringkat kedua ( 2nd stage )

• Masa bayi dikeluarkan ( 1 jam )Contraction akan terus berlaku dan masa ini ibu akan rasa untuk meneran seperti membuang air besar. Proses bermula dengan kepala bayi. Masa ini ibu digalakkan untuk meneran sehingga kepala bayi keluar. di ikuti dengan bahu dan seterusnya badan dan kaki.

Apa yang boleh anda lakukan ? Sediakan tempat tidur dengan selesa. Lapikkan tilam dengan plastik atau

kain getah bagi mengelakan darah dan air tuban membasahi tilam. Sediakan alatan kelahiran seperti besin berisi air, sabun, pisau atau

gunting bersih, tali pengikat atau benang, lampin dan tuala. Baringkan ibu melentang, bengkokkan kedua-dua kakinya. Buka

kelengkapannya. Cuci tangan dan basuh kemaluan ibu bagi tujuan menjaga kebersihan. Setelah saat kelahiran tiba, galakkan ibu meneran sewaktu berlaku

pengecutan otot rahim. Tarik nafas secara dalam dan melepaskannya melalui mulut berulang-ulang kali.

Persediaan bagi kelahiran1. Lapik katil,sofa atau lantai dengan lapisan plastic,tuala atau suratkhabar supaya wanita itu berasa selesa

Page 22: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

2. Mintalah wanita itu supaya menanggalkan sebarang pakaian yang akan mengganggu proses elahirkan bayi. Pada permulaan peringkat kedua,wanita hamil hendaklah diselimutkan sepanjang masa.3. Letakkan lapisan kain kapas di bawah punggungnya untuk memanaskan dan menyerap cecair yang mengalir. Letakkan tuala yang bersih pada dubur kerana pergerakan usus di luar kawal mungkin berlaku.

Apa yang harus anda lakukan1. Pastikan bahawa ambulans sedang dalam perjalanan. Dengan member lokasi yang tepat,anda hendaklah memberitahu pihak hospital akan tarikh bersalin yang ditentukan oleh doktor dan juga nama hospital yang telah ditempah oleh wanita hamil tersebut jika ada.2. Beritahu ibu hamil supaya mencengkam lutut atau bahagian belakang pahanya. Ini akan membantu wanita itu untuk meneran pengecutan yang mungkin akan berlaku setiap 2-3 minit.

JIKA terdapat kelembapan,bersihkan tempat itu dari depan ke belakang untuk mencegah infeksi.3. Periksa kawasan faraj .Apabila “perineum”(bahagian antara faraj dan dubur membonjol,kepala bayi akan kelihatan. Sokonglah kepala bayi sebaik sahaja ia keluar dari faraj.4. Apabila “crown” menjadi lebih lebar dan kepala bayi telah lepas keluar,beritahu ibu tersebut supaya berhenti meneran ketika pengecutan. Ini akan membolehkan anda untuk memeriksa kepala bayi dengan cepat.5. Priksa dengan teliti bahawa tidak ada membrane menutupi muka bayi. Jika terdapat lapisan membrane,buangkan lapisan itu dengan segera.

Mencegah InfeksiApabila membuat persedian ketika bersalin,adalah amat penting untuk member perhatian yang teliti terhadap kesihatanJauhi seseorang yang mengidap selesema,sakit tekak atau ruam gatal pada tangan daripada wanita yang baru bersalin.Pakailah penutup muka.Anda boleh menggunakan sehelai tuala yang bersih atau pembalut tiga segi yang telah dilipat.Tanggalkan pakaian luar dan gulung lengan baju anda. Jika boleh pakai apron plastik. Cucilah tangan anda dan bersihkan kuku selama lebih kurang 5 minit. Guna sarung boleh-buang jika anda mempunyainya.Selepas kelahiran,cucilah tangan anda dengan sebersih-bersihnya.

JANGAN beri wanita hamil sebarang makanan dan minuman. Jika dia dahaga,lembapkan bibirnya dengan air.

JANGAN tarik kepala bayi

Page 23: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

6. Periksa bahawa tali pusat tidak terbelit pada leher bayi. Jika ini berlaku,tarik tali pusat itu dari atas kepala bayi.7. Kepala bayi akan berpusing menghala ke sebelah tepi. Biarkan ini berlaku secara biasa(natural) manakala anda hendaklah menyokongnya.8. Teruskan menyokong kepala bayi.Rendahkan kepala bayi sehingga bahu kelihatan pada saluran kelahiran.9. Sebaik sahaja bahu pertama bayi lepas keluar,angkat kepala bayi ke atas menghala ke perut ibunya supaya bahu kedua lepas dari salur kelahiran. Keseluruhan tubuh bayi akan tertolak keluar dengan dengan pantas.

10. Angkat bayi dari salur kelahiran. Bayi yang baru dilahirkan adalah licin dan anda hendaklah memegangnya dengan berhati-hati sekali. Letakkan bayi di pangkuan ibunya.

11. Bersihkan mulut bayi dengan kapas kesat. Bayi akan mula menangis. Jika bayi tidak respons,lakukan pemulihan pernafasa ABC.12. Selimutkan bayi dan letakkan di dakapan ibunyi . Sementara itu anda hendaklah merawatg uri atau tembuni. Pastikan bayi tidur mengiring dengan kepalanya rendah supaya cecair atau lender mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.

Peringkat ketiga ( 3rd stage )

Ketika dalam peringkat ketiga sakit kelahiran,pengecutan akan terus berlaku untuk menolak tali pusat dan uri. Proses ini lazimnya mengambil masa antara 10-30 minit dan terdapat sedikit pendarahan. Rahim akan mengecut,menutup kawasan penempatan tembuni dan menghentikan perdarahan. Jika mekanisme ini gagal,suatu perdarahan ”post-partum”(selepas kelahiran) akan berlaku.Tali pusat boleh dibiarkan tanpa dipotong sehingga bantuan perubatan tiba dan ibu serta bayi selamat tiba di hospital. Ia mungkin akan berdenyut dalam beberapa minit.

JANGAN tarik bahu bayi

JANGAN tarik atau memotong tali pusat

Page 24: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Apa yang anda harus lakukan1. Tunggu dan lihat sehingga uri dan tali pusat lahir secara natural. Berikan keyakinan dan ketenangan pada ibu ketika meneran.

2. Simpan uri dan tali pusat dalam sebuah beg polythene kerana ia akan diperiksa apabila ibu dan bayi tiba di hospital. Sesuatu yang tertinggal dalam rahim mungkin mengakibatkan komplikasi.

3. Bersihkan ibu yang telah bersalin dan lapik faraj dengan tuala yang bersih.

4. Perdarahan yang sedikit adalah merupakan satu proses yang normal. Perdarahan yang banyak jarang berlaku tetapi gejala ini dapat dicegah. Tenangkan keadaan dan urut dengan perlahan-lahan perut ibu pada bahagian bawah pusat. Urutlah sehingga bantuan tiba.

JIKA perdarahan menjadi teruk, rawatlah ibu dari serangan renjatan. Pastikan ambulans sedang dalam perjalanan.

JANGAN tarik tali pusat.

JANGAN potong tali pusat.

Page 25: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

KEGUGURAN

KEGUGURAN

Keguguran adalah kehilangan kandungan pada saat janin berusia di bawah 28 minggu. (Bila lebih maka dianggap sebagai kelahiran prematur). Lebih kurang 20% kehamilan berakhir dengan keguguran. Ramai wanita mengalami keguguran tanpa menyedari bahawa mereka telah mengandung.

PengecamanTerdapat tanda –tanda:

Sakit yang kejang pada bahagian bawah perut atau pelvic. Perdarahan yang banyak dan tiba-tiba pada faraj. Tanda-tanda renjatan Salur janin dan lain-lain isi kandungan.

Keputihan atau pendarahan yang berbau busuk

Demam yang teruk

Menggigil

Tekanan darah dan suhu badan rendah

Masalah pernafasan

Penghasilan air kencing yang sedikit atau tiada langsung

Bagaimanapun, gejalanya selalunya tidak teruk ;

Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan

berwarna coklat yang sedikit sahaja tetapi berterusan.

Page 26: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Keguguran spontan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :

Keguguran terancam

(Threatened Abortion)

Keguguran yang tidak dapat dielakkan 

(Inevitable Abortion)

Keguguran tidak lengkap  

(Incomplete Abortion)

Pendarahan yang berlaku pada peringkat awal kehamilan dianggap sebagai keguguran terancam.Dianggarkan 1/4 daripada wanita hamil mengalami pendarahan semasa dua trimester yang pertama.Bagaimanapun, hanya separuh daripada mereka yang mengalami keguguran

IEA diertikan sebagai pendarahan yang disertai dengan pengembangan laluan pangkal rahim.Pada peringkat lanjut, pintu rahim telah mula terbuka. Pendarahanyang berlaku lebih teruk dari TA dan disertai sakit perut di bahagianari-ari.

Keguguran jenis ini berlaku ekoran daripada TA.Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius disertai rasa sakit perut.Biasanya, ICA menyebabkan pintu rahim terbuka dan sebahagian produk kehamilan terkeluar.Janin yang gugur ini berumur dalam lingkungan kurang dari 16 minggu.

Page 27: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Keguguran akibat jangkitan kuman (Septic Abortion)

Keguguran lengkap

(Complete Abortion)

Keguguran tertinggal 

(Missed Abortion)merupakan keguguran yang dikaitkan akibat berlakunya jangkitan dalam rahim ekoran pereputan tisu.Jangkitan ini boleh merebak pada tisu-tisu janin dan dinding rahim, otot-otot rahim atau organ berhampiran.

Wanita yang mengalami CA biasanya mengalami gejala-gejala seperti pendarahan, sakit perut dan pengeluaran tisu-tisu.Selalunya, keguguran yang berlaku selepas 16 minggu adalah lengkap kerana semua janin terkeluar dari rahim.

MA diertikan sebagai janin yang mati tetapi masih berada dalam rahim. Biasanya, janin berusia kurang daripada 28 minggu dan rahim tidak membesar seperti biasa.

KOMPLIKASI SEMASA KELAHIRAN

Keguguran selalunya disebabkan oleh

Penyakit-penyakit seperti SLE, Masalah auto imun. antifosfofolipid (5 peratus) Pintu rahim yang tidak kuat , servik longgar, Struktur rahim yang abnormal –kejadian rahim kelainan pada rahim – fibroid dsb 11 peratus) Kecacatan dari segi genetic ibu Kecacatan kromosom atau genetik (15 peratus) Jangkitan kuman pada organ pelvik akibat dari STD ( jangkitan penyakit

seksual e.g.sifilis atau torches) (1-4 peratus)

Page 28: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Masalah ketidakseimbangan hormon yang dikaitkan dengan corpus luteum.

Genetik kedua-dua ibu bapa memiliki banyak persamaan yang dikenali sebagai alli imune disorder

Page 29: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

KEMALANGAN INDUSTRI

Suasana Kerja yang Selamat

• Susun atur yang kemas.• Ruang kerja yang selesa.

• Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.

Industri

KEMALANGAN

Kejadian yang berlaku tanpa sebabyang boleh

diduga( Dewan Bahasa & Pustaka)

perusahaan ( yang biasanyasecara besar- besaran) untukmembuat,

menghasilkan,mengeluarkan barangan ( DewanBahasa & Pustaka)

Page 30: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

• Pengalihan udara yang baik.• Bunyi bising yang terkawal.• Peralatan yang berfungsi dengan baik dan sesuai. • Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai.• Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yangselamat.

• Sistem pencegah kebakaran yang lengkap danberfungsi.• Tanda-tanda amaran bahaya yang jelas dan mencukupi.• Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi.

Page 31: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Kategori kemalangan dalam Industri Kecil Dan Sederhana

KATEGORI KEMALANGAN KETERANGAN

KEMALANGANKECILTIDAK HILANGUPAYA KEKAL

Sebarang kemalangan industri yang tidak menjejaskan keaslian tubuh badan anggota manusia atau tiada kehilangan anggota badan.

KEMALANGANBESAR HILANG UPAYAKEKAL

MAUT

Sebarang kemalangan yang melibatkan tubuh anggota manusia sehingga menjejaskan carakerja atau kehilangan tubuh anggota manusia

Sebarang kemalangan yang menyebabkankematian

Sumber : Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Johor (1998)

Jenis-jenis kemalangan yang melibatkan pelbagai aspek@ Melibatkan putaran atau pusingan sesuatu peralatan jentera. (Contoh : Tali kipas, gergaji pemotong kayu)@ Melibatkan arus elektrik. (Contoh : Litar pintas)@ Melibatkan haba yang panas. (Contoh : Air panas,pemeluwapan)@ Melibatkan bahan buangan atau bahan lebihan. (Contoh: Pembuatan plastik)@ Melibatkan penggunaan peralatan tangan. (Contoh :Pemotong (cutter), grinder) @ Melibatkan penggunaan kenderaan beroda. (Contoh :Trak angsun, jentolak) 25@ Disebabkan terhempap oleh objek yang jatuh. (Contoh: Bum kerin terjatuh)@ Melibatkan kebakaran. (Contoh : Percikan api ke atas bahan mudah terbakar)@ Disebabkan oleh terhiris pisau atau tercocok jarum.(Contoh : Kilang pakaian, makanan)@ Disebabkan tersepit hingga remuk atau patah anggota badan. (Contoh : Industri kejuruteraan iaitu pencetakbahan)@ Melibatkan jentera-jentera atau mesin bertekanan tinggi. (Contoh : Dandang, kompresor)

Sumber : Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Johor (2000)

Page 32: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Perkara yang Mempengaruhi Kemalangan Industri•Latihan di tempat kerja–(pekerja tidak diberi latihan dan keterangan yang cukup)•Umur pekerja–( pekerja yang lebih berumur mudah mengalami kecederaan )•Penyelenggaraan jentera–( jentera tidak dikendalikan dengan berhati-hati )•Alat perlindungan diri–( tidak mempraktikkan penggunaan alat perlindungan diri sehingga menyebabkan masalah seperti masalah pernafasan )

LANGKAH BERJAGA-JAGA•Sentiasa mengikut protokol kerja selamat.•Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja.•Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.•Tidak makan, minum atau merokok semasa bekerja.•Tidak dipengaruhi alkohol atau dadah semasa bekerja.•Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan ditempat kerja dari masa ke semasa.• Menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindunganperibadi yang sesuai dengan betul.•Menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik.

Page 33: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

Pengurusan Kemalangan Industri

•Memastikan arahan lengkap.

•Memastikan peraturan dikuatkuasakan.

•Menjadikan keselamat anmerupakan sebahagian dari tatacara kerja.

•Memastikan hazard yang ada dikawal dengan baik.

•Meningkatkan interaksi antarapihak pengurusan keselamatan dan kesihatan dengan pekerja.

•Membekalkan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi yang sesuai.

Kecuaian seperti mengelamunsemasa kerja, reaksi psiko-motor yang

lambat, kurang koordinasi serta kelesuan

Kurang pengetahuan mengenai kerja yang dilakukan . mengenai langkah- langkah keselamatan

Tidak berdisiplin seperti bergurau, tidak mematuhi peraturan dan mengambil jalan pintas

Persekitaran sepertipermukaan licin,berselerak, sertapencahayaan yang kurang

Peralatan dan mesinspt yang tidakdiselenggara dan susunatur yang tidak sesuai

Sistem pendawaian.Cthnya berlaku kecacatan yang menyebabkan kebocoran arus elekktrik , overload, dan pendawaian yang salah

Penguatkuasaan peraturankeselamataan yang longgar

Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan kerja

Tiada prosedur kerja yangditetapkan

PENTADBIRANFIZIKAL

PUNCA – PUNCA KEMALANGAN INDUSTRI

KEMANUSIAAN

TINDAKAN PENGURUSAN KESELAMATAN

Page 34: Badan Pertolongan Cemas Sem 2

•Tingkatkan kecergasan.•Mengenalpasti pekerja yang kurang upaya.

•Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.•Meningkatkan koordinasi dan reaksipsiko-motor.•Menanamkan sikap yang baik.•Meningkatkan daya tumpuan.•Memastikan emosi stabil.•Jangan mudah panik dan mengawal kemarahan.

Langkah- Langkah Kawalan

KEADAAN FIZIKAL PEKERJA

KEADAAN MENTAL PEKERJA

Melakukan Kawalan Melalui Hirarki

Melakukan HIRA ( Hazard Identification and Risk Assesment

Semakan Semula

•mengenal pasti hazard dan menaksir risiko.•proses:•Mengenal pasti hazard-hazard yang terdapat ditempat kerja.•Menaksir risiko setiaphazard.•Menentu dan menyusun risiko hazard tersebut mengikut arasnya (riskacceptable, acceptable withcontrol, not acceptable)

•Penghapusan (elimination•Penggantian•Kejuruteraan•Pentadbiran•Kelengkapan/ PakaianPerlindungan Peribadi

•Untuk memastikan risiko hazard sentiasa berada ditahap yang boleh diterima,maka semakan semula perancangan dan langkah keselamatan dan kesihatan hendaklah dilakukan.Semakan semula didorongoleh sikap pengaturan kendiri(self regulation) dan penambahbaikan secara berperingkat