bab6 pembangunanpolitikdlmkontekshubunganetnikdimsia 121209020420 phpapp01

Download Bab6 Pembangunanpolitikdlmkontekshubunganetnikdimsia 121209020420 Phpapp01

Post on 27-Dec-2015

30 views

Category:

Documents

11 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

  • BAB 6 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  • OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami integrasi politik yang wujud antara pelbagai etnik di Malaysia melalui penubuhan Parti Perikatan. 2.Membincangkan peristiwa kerusuhan etnik Mei 1969 dan kerajaan darurat. 3.Mengenalpasti penyusunan semula politik di Malaysia untuk menyatupadukan rakyat pelbagai etnik dan konsep Rakyat Malaysia Baru. 4.Mengenalpasti dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

  • 6.1 PENGENALAN Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik yang turut berbeza dari aspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan-kepentingan lain. Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni. Kesan dari zaman penjajahan menyulitkan integrasi antara etnik yang berbeza.

  • 6.2 INTEGRASI POLITIK

    Bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah negara (Rabushka, 1968). Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan proses dan keadaan. Sebagai satu keadaan, negara yang mengamalkan integrasi politik tidak lagi berhadapan dengan masalah pertelingkahan antara kaum. Sebagai satu proses pula, integrasi politik akan menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah negara (Rabushka, 1968). Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik ialah mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka.

  • 6.3 PARTI PERIKATAN Parti-parti politik yang penting di Tanah Melayu biasanya terdiri daripada pertubuhan perkauman yang mewakili kepentingan kelompok etnik masing-masing. Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA. Kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep perikatan antara parti-parti etnik yang utama, Kumpulan yang besar pengaruhnya dalam Perikatan ialah UMNO.Dato Onn Jaafar sejak diasaskan pada tahun 1946 hingga tahun 1951. Tunku Abdul Rahman dari tahun 1951 hingga tahun 1970.

  • UMNO berjaya menarik minat masyarakat Melayu dalam perjuangan menentang Malayan Union. Mengguna orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan di setiap negeri bagi mobilisasi politik. Pegawai-pegawai kanan Melayu dalam kerajaan menyusun tenaga pegawai Melayu di peringkat daerah, yang kemudian mendapat bantuan dari para penghulu, untuk membangkitkan orang-orang kampung supaya bertindak. Menerusi pentadbiran kolonial itu, UMNO berjaya menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu tradisional di peringkat bawahan supaya muncul sebagai sebuah parti politik semasa (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

  • Parti yang kedua terbesar dalam Perikatan ialah MCA. Prinsip utamanya ialah mengekalkan keharmonian kaum etnik melalui penyesuaian antara satu sama lain.Dianggap sebagai pelindung kepentingan masyarakat Cina. Hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan dalam kerajaan membolehkan keperluan orang-orang Cina disuarakan. Presidennya Tun Tan Cheng Lock, berjaya melaksanakan hubungan kerja dengan tokoh-tokoh UMNO (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

  • Pada 1957 muncul golongan di bawah pimpinan Dr Lim Chong Eu yang disokong oleh golongan kiri kaum intelek berpendidikan Barat yang tinggal di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh. Walaupun bilangannya kecil, golongan ini sangat efektif dan mempunyai motivasi yang tinggi (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).Pada tahun 1958, Dr Lim telah terpilih sebagai Presiden MCA menggantikan Tun Tan Cheng Lock. Dr Lim memberi jaminan kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengekalkan kerjasama antara MCA dan UMNO. Walau bagaimanapun, tidak dapat dijalinkankan hubungan persahabatan peribadi seperti yang wujud sebelum ini antara Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock (Means, 1976).

  • Pilihanraya 1959 merupakan pilihanraya pertama bagi pelantikan sepenuhnya wakil-wakil ke Parlimen. MCA diperuntukkan hampir separuh bilangan kerusi yang dipertandingkan oleh Perikatan walaupun orang-orang Cina pada masa itu hanya merupakan 11.2 % dari keseluruhan pengundi. Pada tahun 1959, para pengundi Cina meningkat kepada 35.6% disebabkan oleh undang-undang kewarganegaraan yang baru.Namun Majlis Kebangsaan Perikatan secara tidak rasmi hanya memperuntukkan 28 kerusi kepada MCA. Dr. Lim mendesak secara terbuka supaya MCA diberi 40 daripada 104 kerusi.

  • Tunku tidak dapat melayan permintaan MCA lalu UMNO akan bertanding tanpa MCA. Kerana bimbang risiko bertanding seorang diri, pucuk pimpinan MCA menimbang semula kedudukan mereka dan berjaya mengekalkan kedudukan dalam Perikatan. Krisis dalaman MCA menyebabkan Presiden MCA telah menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli parti itu sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan. Orang-orang Cina mula mencari pemimpin yang berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka supaya tidak ditenggelamkan oleh orang-orang Melayu (Tunku Abdul Rahman, 1987, Malaysia Kita, 2002).

  • MIC merupakan parti ketiga terbesar dalam Perikatan. Bilangan pengundi India hanya 7.4% daripada jumlah pengundi pada tahun 1959.Pada awal penubuhannya, MIC kurang mendapat sokongan kerana kebanyakan orang-orang India merupakan buruh dari kelas bawahan yang merupakan golongan majoriti kaum India di Tanah Melayu dan pemimpin-pemimpin MIC terdiri daripada golongan professional.

  • 1951-1953, MIC bekerjasama dengan Parti IMP di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar dan juga menyertai Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bagi menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. MIC mula mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum India setelah menyertai Perikatan pada tahun 1955 (Malaysia Kita, 2002). MIC berusaha untuk kekal dalam Perikatan supaya dapat menjalinkan hubungan dengan UMNO. Kebanyakan orang-orang India sendiri tidak berpuashati dengan prestasi MIC kerana kurang berjaya menyuarakan kepentingan orang-orang India dalam Perikatan (Means, 1976).

  • Menurut Means (1976), kejayaan MIC dalam Perikatan pada peringkat awal adalah disebabkan hubungan peribadi yang erat antara Tunku dan (Tun) V.T. Sambathan, Presiden MIC. Tun V.T. Sambathan merupakan seorang tuan punya ladang getah dan terdidik dalam kedua-dua bahasa Tamil dan Inggeris. Apabila sesetengah ahli radikal yang bersifat perkauman dalam MIC cuba merosakkan hubungan dengan UMNO, mereka telah dipecat dari parti itu. Setelah tahun 1958, pimpinan golongan lama mengekalkan pengawasan yang tegas ke atas MIC dan bergerak dengan penuh harmoni dengan Majlis Kebangsaan Perikatan

  • Parti Perikatan yang didaftarkan pada tahun 1958 sebagai sebuah parti politik yang tidak terikat kepada parti-parti anggotanya, telah dipusatkan dan bergerak sebagai satu entiti di bawah arahan Tunku Abdul Rahman. Perikatan hanya dapat menjadi jentera politik yang viabel disebabkan tolak ansur yang telah dicapai oleh ketiga-tiga parti komponen berhubung isu-isu sensitif seperti kewarganegaraan, pendidikan dan hak-hak istimewa orang Melayu. MCA meminta agar asas mendapat kewarganegaraan ialah prinsip jus soli yang membolehkan semua yang lahir di Tanah Melayu secara automatik menjadi warganegara.

  • UMNO bersetuju dengan saranan tersebut dan meminta persetujuan MCA mengenai dasar pelajaran, iaitu mewajibkan bahasa Melayu di semua sekolah dan mewujudkan satu kurikulum Malaya yang sama bagi semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar. MCA dan MIC juga bersetuju nisbah 4:1 yang wujud, Melayu/bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam Malaya serta penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. UMNO telah meyakinkan kedua parti lain bahawa dasar ekonomi yang liberal akan diterapkan untuk membolehkan orang-orang bukan Melayu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi tanpa bimbang usaha mereka akan dirampas atau dikenakan cukai yang berat sebelah.

  • Perikatan mengambilalih peranan mewakili kepentingan ketiga-tiga kumpulan etnik utama di Tanah Melayu. Tiada kumpulan politik lawan yang lain boleh mendapat kerusi begitu banyak untuk mencabar Parti Perikatan kerana parti ini mendapat mandat untuk membina satu masyarakat baru dari pelbagai kumpulan yang bersaingan serta bermusuhan.

  • 6.4 RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN DARURAT Pilihanraya Persekutuan pada tahun 1969 dipenuhi isu-isu sensitif mengenai pendidikan dan bahasa. Pilihanraya 1969 itu sebagai peluang untuk mengekalkan kepentingan sendiri terhadap pencerobohan kelompok lain. Keputusan pilihanraya merupakan satu pukulan teruk kepada Parti Perikatan. kerusi dalam Dewan Rakyat, merosot daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66, jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964 kepada 48.5%.Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi, dan PAS memenangi 12 kerusi.

  • Kerajaan Perikatan telah hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan tidak boleh lagi meminda Perlembagaan menurut sesuka hati (Leonard dan Barbara Andaya, 1983). Pada 13 Mei, tiga hari sesudah pilihanraya, parti-parti pembangkang iaitu Gerakan dan DAP serta penyokong-penyokong mereka telah merayakan kemenangan mereka dengan bersorak di sepanjang jalanraya di Kuala Lumpur dan perkara ini membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu (Malaysia Kita, 2002).

  • Perarakan balas oleh para penyokong UMNO pada 13 Mei bertukar, menjadi keganasan yang sukar dikawal di seluruh Kuala Lumpur (Means, 1967). Keadaan darurat telah diisytiharkan di bawah artikel 150 dari Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah dibubarkan dan Malaysia diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, selama 18 bulan.

  • Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai