bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Click here to load reader

Download Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Post on 20-Feb-2017

400 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • CABARAN TERHADAPHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL

  • KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik atau masyarakat majmuk.Wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Berdepan dengan u persoalan hubungan etnik dan cabarannya. Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami.

  • Masyarakat Sebelum PenjajahanSejarah awal Tanah Melayu memperlihatkan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Nusantara. Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah lambang kemunculan Tamadun Melayu. Kegemerlapan Kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara.

    - sebagai pusat perdagangan, bahasa Melayu sebagai lingua franca, penggunaaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Melayu.

  • Masyarakat Semasa PenjajahanMenjelang tahun 1875, British menjajah Tanah Melayu melalui dasar campurtangan. mula menguasai kawasan yang mewah dengan sumber bijih timah. Kaum Cina telah mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan. menggalakkan penghijrahan orang-orang India sebagai tenaga buruh dalam sektor perladangan, getah, sektor pembinaan seperti pembinaan jalanraya dan keretapi. Orang-orang India yang berpendidikan juga dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang perkeranian.

  • Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharan James Brooke sebagai Raja Sarawak. Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan, penanaman lada hitam, sagu, gambir dan getah. Di Sabah pula orang Cina juga dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor peladangan seperti tembakau, getah, kayu balak dan perlombongan. Kesimpulannya kesan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sabah telah menjadi titik permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam.

  • Masyarakat Majmuk di MalaysiaKemasukan orang Cina dan India telah melahirkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti, kebudayaan dan adat resam masing-masing.

  • Pemisahan penempatan Melalui dasar-dasar British yang bersifat pecah dan Perintah (divide and rule) orang Melayu kekal mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam bidang pertanian dan tinggal di kawasan luar bandar. Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar.Orang India bekerja di estet-estet dan mereka juga menetap di situ.

    Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan ketiga-tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai hubungan yang agak minimum.

  • Politikkelahiran pelbagai parti politik untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing. Malahan pada peringkat awal kemasukan orang-orang Cina dan India menumpukan taat setia kepada negara asal mereka. Kepelbagaian politik di Malaysia digambarkan dengan kewujudan parti-parti politik yang mewakili kaum, UMNO dan PAS (mewakili orang Melayu), MCA, DAP, Gerakan (mewakili kaum Cina), dan MIC (mewakili kaum India).

  • Pendidikansetiap kaum di peringkat awalnya mempunyai sekolah aliran tersendiri sukatan pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara asal mereka.

  • Kesan daripada dasar British dalam bidang ekonomi, sosial dan politikmelahirkan satu interaksi yang tidak sihat antara kaum. Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan secara seimbang telah mewujudkan jurang pemisah antara satu kaum dengan kaum yang lain. konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara berikut:

    i.perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam.ii.Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza.iii.prasangka dan prejudis yang menebal.iv.Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing.v. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.

  • PEMBINAAN JATI DIRIPembinaan jati diri sepatutnya mengambil kira semua elemen asas yang telah pun wujud dan bertapak di Malaysia

    i. kedudukan agama Islam ii. pluraliti masyarakat iii.kekuatan ekonomi kaum Cina iv.kedudukan kaum-kaum minoriti yang lain.

  • Kedudukan Agama IslamKedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1). Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah dihormati kerasmiannya. Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan diamalkan. Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10 juta orang dan ini menjadikan agama Islam sebagai agama yang mempunyai penganut yang terbesar dan agama Islam telah wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi.Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan adalah diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-Nilai Islam. Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain.

  • Al-Quran menegaskan:Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (2:256)Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya yang termulia antara kamu ialah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (49:13)

  • Ketuanan Melayu

    Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153. Walau bagaimanapun setiap rakyat adalah sama disisi undang-undang dengan setiap rakyat berhak untuk mengundi dalam pilihanraya. pembinaan jatidiri juga harus mengambil kira faktor ketuanan Melayu ini. kewujudan kaum-kaum besar yang lain seperti kaum Cina dan India harus juga diberikan perhatian dalam membina perhubungan yang sejahtera dalam negara Malaysia.Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun, Iban dan lain juga tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk jatidiri rakyat Malaysia.

  • Ekonomi

    Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding dengan kaum yang lain. Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan ekonominya. Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan. Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju malahan berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain. Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah mengambil kira faktor ini supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.

  • Kedudukan Bahasa Melayu

    bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi MalaysiaOleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat yang amat penting untuk memupuk perpaduan. Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar bahasa ibunda mereka.Kesimpulannya pembinaan jatidiri perlu mengambil kira perkara-perkara diatas supaya tidak timbul perbalahan dan rasa tidak puashati antara etnik.

  • CABARAN HUBUNGAN ETNIK Pemisahan penempatanDasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh Kerajaan British.orang Melayu tinggal di luar bandar. kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur.Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan menjalankan aktiviti perladangan. pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di pejabat sahaja. melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara kaum. Proses kenal mengenali antara satu sama lain susah untuk berlaku. Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja

  • Sistem pendidikan yang berasingan

    Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. British membiarkan sistem pendidikan wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru. Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan. Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar. Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar.

  • Politik

    Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik