bab 9 perkembangan di eropah

22
BAB 9 (TING 4) hlm/ 1 Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat; Mengiktisarkan perkembangan di Eropah Aras 1 Menyatakan keadaan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap Menyatakan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Eropah selepas Zaman Gelap Menyatakan maksud Renaissance dan Reformation Menyatakan kesan-kesan Renaissance dan Reformation Aras 2 Menghuraikan perubahan-perubahan yang berlaku selepas zaman Menjelaskan kesan-kesan Renaissance dan Reformation Aras 3 Merumus sikap sanggup menerima perubahan ke arah kemajuan Menghubungkait unsur-unsur Renaissance dengan perkembangan ilmu masa kini Membandingkan sistem Feudal di Eropah dengan cara hidup masyarakat Melayu tradisional Pengenalan Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah mengalami zaman mundur yang dikenali sebagai Zaman Gelap. Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan. Zaman Pertengahan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat awal (476 -1050 M.), peringkat kemuncak (1050-1300 M.) dan peringkat akhir (1300 -1450 M.). Pada peringkat akhir Zaman Pertengahan muncul Zaman Renaissance (1350- 1600 M.). Pada zaman ini berlaku kegiatan penjelajahan dan penerokaan serta perkembangan ilmu. Orang Eropah menyebarkan pengaruh mereka kepada dunia di luar Eropah. Pengaruh Barat ini diteruskan semasa zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme. 1. a. Apakah yang dimaksudkan “Zaman Gelap”? (Rujuk Buku Teks m.s: 215-216) Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran, juga tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan. Sebaliknya, pada masa yang sama dunia Islam telah tegak dengan kegemilangannya. Dunia Islam (zaman Khulafa alRasyidin, Bani Umaiyah, dan Bani Abbasiyah) mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul.

Upload: 732456

Post on 25-Nov-2015

645 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 1

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

    Mengiktisarkan perkembangan di Eropah

    Aras 1

    Menyatakan keadaan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap

    Menyatakan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Eropah selepas Zaman Gelap

    Menyatakan maksud Renaissance dan Reformation

    Menyatakan kesan-kesan Renaissance dan Reformation Aras 2

    Menghuraikan perubahan-perubahan yang berlaku selepas zaman

    Menjelaskan kesan-kesan Renaissance dan Reformation Aras 3

    Merumus sikap sanggup menerima perubahan ke arah kemajuan

    Menghubungkait unsur-unsur Renaissance dengan perkembangan ilmu masa kini

    Membandingkan sistem Feudal di Eropah dengan cara hidup masyarakat Melayu tradisional

    Pengenalan

    Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah mengalami zaman mundur yang

    dikenali sebagai Zaman Gelap. Zaman Gelap merupakan peringkat awal

    Zaman Pertengahan.

    Zaman Pertengahan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat awal

    (476 -1050 M.), peringkat kemuncak (1050-1300 M.) dan peringkat akhir

    (1300 -1450 M.).

    Pada peringkat akhir Zaman Pertengahan muncul Zaman Renaissance (1350-

    1600 M.). Pada zaman ini berlaku kegiatan penjelajahan dan penerokaan serta

    perkembangan ilmu. Orang Eropah menyebarkan pengaruh mereka kepada

    dunia di luar Eropah. Pengaruh Barat ini diteruskan semasa zaman Revolusi

    Perindustrian dan Imperialisme.

    1. a. Apakah yang dimaksudkan Zaman Gelap? (Rujuk Buku Teks m.s: 215-216)

    Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan

    dan kehidupan perbandaran, juga tidak terdapat pentadbiran pusat yang

    berkesan.

    Sebaliknya, pada masa yang sama dunia Islam telah tegak dengan

    kegemilangannya. Dunia Islam (zaman Khulafa alRasyidin, Bani Umaiyah,

    dan Bani Abbasiyah) mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem

    ilmu pengetahuan yang unggul.

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 2

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    Eropah mencedok banyak ilmu daripada dunia Islam demi meningkatkan

    pencapaian masyarakat mereka.

    b. Jelaskan cirri-ciri Zaman Gelap.

    Apabila empayar Rom Barat runtuh, maka, kuasa pusat yang mentadbir

    wilayah-wilayah juga musnah. Keadaan ini membawa kepada kemunculan

    golongan baron (tuan tanah).

    Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah. Sebagai

    tukaran kepada perlindungan itu, para petani terpaksa membayar cukai yang

    tinggi kepada pihak tuan tanah. Terdapat petani yang tidak berkemampuan

    untuk berbuat begitu, lantas mereka menyerahkan tanah mereka kepada

    golongan tuan tanah. Jadi, mereka terpaksa menjadi hamba.

    Sekiranya para petani mendapatkan perlindungan daripada golongan tuan

    tanah, tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada golongan raja.

    Sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau

    membayar cukai kepada raja.

    Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan

    seterusnya raja merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal di Eropah.

    Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara.

    Golongan raja memiliki tanah secara mutlak. Raja juga mempunyai golongan

    pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak istana. Oleh itu,

    golongan pembesar juga memberikan khidmat kepada pihak raja. Rakyat biasa

    turut memberikan khidmat kepada golongan tuan tanah. Terdapat juga rakyat

    yang tergolong kepada golongan hamba.

    Pada Zaman Pertengahan di Eropah, Gereja Katolik merupakan institusi yang

    amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak Walau bagaimanapun,

    institusi ini terlalu memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan

    pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja. Hal ini menimbulkan tanggapan yang

    gereja telah mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.

    Pada Zaman Pertengahan juga, kegiatan perdagangan tidak meluas.

    Perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh serangan

    orang gasar seperti Viking dan Magyar. Orang Eropah juga tidak dapat

    berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang

    Islam.

    Orang Eropah tidak berupaya menyaingi penguasaan ini. Oleh itu, mereka

    terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi kepada sektor pertanian. Perniagaan

    barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana mata

    wang yang terdapat dalam pasaran amat terhad.

    Kesimpulannya, ciri-ciri zaman Gelap ialah pusat pemerintahan yang lemah,

    kegiatan ekonomi yang terhad, kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan,

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 3

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    serta sifat Gereja yang mengongkong.

    Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance dikenali sebagai

    Zaman Kemuncak Pertengahan. Gereja mula memainkan peranan sebagai

    institusi yang universal serta menjadi ejen penyatuan. Pada masa ini juga

    berlaku perubahan ekonomi yang ketara hasil pertambahan penduduk,

    peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan. Ini membawa

    kepada kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence.

    Perkembangan bandar membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yang

    terdiri daripada artisan, pedagang, dan ahli perbankan. Dengan wujudnya

    keadaan baru ini, status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan

    tanah tetapi kekayaan.

    Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan atau

    urusan politik. Penglibatan ini berlaku menerusi institusi seperti parlimen yang

    diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat. Hal ini telah memberikan hak

    politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan

    pemerintah.

    2. a. Apakah Zaman Renaissance? (Rujuk Buku Teks m.s: 217-220)

    Istilah Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang

    bermaksud "kelahiran semula" dan merujuk kepada penghargaan semula ilmu

    yang dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani

    dan Rom.

    Kegemilangan tamadun Yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap

    telah dimunculkan dan dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.

    Asas Zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia

    berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya.

    Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme. Bapa Humanisme ialah

    Francesco Petrarch. Tokoh Renaissance lain ialah Niccolo Machiavelli dan

    Giovanni Bocaccio (1313-1375).

    b. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Zaman Renaissance.

    1. Semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat. Kesungguhan manusia

    mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk

    meneroka bidang dan kawasan baru. Zaman Renaissance bermula di Itali pada

    abad ke14 dan kemudiannya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira-kira

    abad ke-17. Di Itali, muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa,

    Florence, Rom, dan Milan yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

    2. Dari segi geografi, kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi oleh

    Laut Mediterranean. Kedudukan ini menjadikan Itali sebagai persimpangan

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 4

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    utama dan pusat perdagangan antarabangsa. Bandar pelabuhannya yang paling

    terkenal ialah Venice dan Genoa. Di sinilah pertembungan budaya, bahasa, dan

    agama berlaku yang terus menjadikan Itali pusat perkembangan idea baru.

    3. Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan para

    pedagang kaya. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan

    bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.

    4. Golongan pedagang kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung

    kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang

    terkenal termasuklah keluarga Medici di Florence. Golongan patron berusaha

    menarik seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke

    bandar masing-masing. Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di

    Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance.

    5. Pada masa yang sama, bagi tujuan menyiapkan tugasan atau kerja masing-

    masing, para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke

    bandar. Jadi, kegiatan ini secara tidak langsung membantu menyebarkan idea

    Renaissance ke merata tempat di Itali.

    6. Selain golongan kaya, Paus di Rom juga menjadi penaung kepada para

    seniman dan cendekiawan. Golongan penguasa Gereja di Rom mula

    mencemburui pencapaian bandar seperti Florence serta kuasa yang dipegang

    oleh keluarga Medici. Oleh itu, mereka juga berhasrat untuk menjadikan Rom

    cantik dan menarik seperti Florence. Namun begitu, pihak berkuasa Gereja

    menghadapi masalah dalam hal ini. Mereka tidak bersedia menaungi ahli sains

    dan ahli matematik kerana khuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar

    pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katolik. Para saintis menekankan kaedah

    pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logik dalam

    menerangkan sesuatu fenomena alam. Sebaliknya, pihak Gereja terus

    menekankan penjelasan tradisional. Lantas konflik atau perselisihan pendapat

    berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei. Oleh sebab pihak Gereja mencurigai

    para saintis, maka, mereka memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis

    dan seni ukir sahaja. Contohnya, Paus Julius II telah mengupah pelukis dan

    pengukir terkenal pada masa itu seperti Leonardo da Vinci, Raphael, dan

    Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom

    dengan ukiran dan lukisan. Pada masa inilah Katedral St. Peter yang terkenal

    itu dibina. Dengan usaha golongan Paus ini, pusat seni Renaissance telah

    berpindah dari Florence ke Rom.

    7. Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu daripada golongan pelukis dan

    pengukir tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan. Keadaan

    ini berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian. Bakat masing-

    masing dapat dilihat secara jelas. Lagipun kemahiran mereka dihargai dari segi

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 5

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    nilai kesenian. Suasana sosial ini juga mempengaruhi para pelukis sendiri.

    Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael, dan Michelangelo ingin dikenali

    secara individu.. Semangat dan amalan sebegini dikenali sebagai

    individualisme.

    8. Keupayaan individu telah membawa perubahan kepada konsep pendidikan.

    Sekiranya pada Zaman Gelap penekanan diberikan kepada pengkhususan

    terhadap kemahiran dan ilmu tertentu, pada Zaman Renaissance pula

    pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal digalakkan

    di kalangan individu. Misalnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo, selain

    dikenali sebagai pelukis dan pengukir agung, juga disanjung kerana kemahiran

    mereka dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.

    9. Biarpun Itali merupakan pusat Renaissance, namun, tokoh Renaissance juga

    muncul di beberapa buah negara Eropah lain. Di England, contohnya, muncul

    tokoh pemikir seperti Thomas More (1478-1535), Francis Bacon (1561-1626)

    dan William Shakespeare (1564-1616).

    d. Huraikan kesan-kesan Zaman Renaissance.

    Semangat inkuiri meninggalkan kesan dalam pelbagai bidang seperti seni

    lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi dan sosial.

    Dari segi politik, ialah kemunculan monarki baru. Kekuatan dan kekuasaan

    monarki baru ini diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan

    kebangsaan. Yang diperkukuh lagi dengan amalan pembayaran cukai secara

    langsung kepada kerajaan pusat. Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka,

    dengan sendirinya kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah

    kurang. Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol),

    England, Perancis dan Belanda.

    Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus. Sebaliknya, sistem perdagangan

    tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas. Keadaan ini

    menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring

    dengan kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik

    melukis peta) dan astronomi. Dalam hal ini, semangat Renaissance yang

    menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen jelas

    bertanggungjawab merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan

    pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.

    Dari sudut sosial, menampakkan unsur-unsur perubahan dalam pemikiran dan

    gaya hidup manusia. Manusia pada Zaman Renaissance lebih bersedia

    menzahirkan emosi mereka. Penzahiran emosi atau perasaan ini dicerminkan

    dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan. Dari segi psikologinya,

    unsur begini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 6

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    keyakinan diri.

    Satu lagi kesan sosial ialah perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan

    yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik.

    Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam

    masyarakat. Oleh itu, Zaman Renaissance telah melahirkan "manusia

    Renaissance" yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka

    dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.

    3. a. Apakah Gerakan Reformation? (Rujuk Buku Teks m.s: 220-222)

    Reformation merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada

    abad ke-16. Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud

    melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk

    menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang

    baru.

    Gerakan Reformation mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

    b. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Gerakan

    Reformation.

    Kritikan terhadap Gereja Katolik. Kritikan atau penentangan timbul apabila

    pihak Gereja telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan untuk

    menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah

    Itali. Walaupun usaha pihak Gereja ini semakin menghasilkan kejayaan,

    namun, dalam proses tersebut banyak kepincangan, rasuah, dan

    penyelewengan berlaku. Lantas, ahli masyarakat mula mempersoalkan

    kedudukan dan amalan Gereja Katolik. Mereka berpendapat cara hidup yang

    menjadi amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan apa

    yang dianjurkan dalam kitab Bible. Golongan penguasa Gereja dikatakan lebih

    cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan,

    bukannya gaya hidup yang mencerminkan kehidupan keagamaan.

    Terdapat unsur penyelewengan. Antara penyelewengan itu termasuklah

    penjualan sijil Indulgences, iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian

    yang melakukan dosa. Kegiatan penjualan sijil ini merebak ke seluruh Eropah.

    Reformation bermula di Jerman kerana gerakan Renaissance di sini bersifat

    keagamaan walhal gerakan di Itali bersifat keduniaan.

    Kejayaan gerakan Reformation di Jerman dibantu oleh mesin cetak ciptaan

    Johann Gutenberg. Dengan adanya mesin cetak, Bible dapat dihasilkan dalam

    masa yang singkat dan berharga murah.

    Pada tahun 1517, Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman, mula

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 7

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    mengambil langkah menentang amalan Indulgences. Luther percaya yang

    manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya. Pendirian Luther

    ini mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi.

    Pendirian dan ajaran Luther dikenali sebagai mazhab Protestan yang berasal

    daripada perkataan protesting yang bermaksud "membantah". Tindakan Luther

    mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman Katolik dan golongan paderi dan

    kewujudan mazhab Protestan menandakan bermulanya Zaman Reformation

    hingga ke pertengahan abad ke-16.

    Mazhab Protestan pimpinan Luther (juga dikenali mazhab Lutheran) telah

    berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England. Di Switzerland

    gerakan ini dipimpin oleh Huldreich Zwingli (1484-1531). Tetapi setelah

    beliau meninggal dunia, gerakan itu dipimpin pula oleh John Calvin (1509-

    1564).

    Namun begitu, dalam arus perkembangan aliran Protestan, masih ada yang

    mahu mempertahankan kewibawaan Gereja Katolik. Golongan ini

    mengendalikan Counter Reformation sebagai jawapan kepada persoalan yang

    ditimbulkan oleh gerakan Protestan. Counter Reformation di sini bermaksud

    "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru".

    c. Huraikan kesan-kesan Gerakan Reformation.

    Zaman Reformation menimbulkan beberapa kesan terhadap Eropah.

    Dari segi agama, zaman ini menyebabkan negara Eropah berpecah dan

    berperang mengikut mazhab masing-masing, contohnya, perang keagamaan di

    Perancis antara tahun 1562-1598 dan perang 30 tahun (1618-1648) yang

    melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden. Perbalahan

    agama telah mengakibatkan kemusnahan dan peperangan. Masyarakat Eropah

    pada masa itu tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja.

    Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang peristiwa ini ialah timbul sikap

    toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian, iaitu dari segi

    mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka.

    Kesan terhadap kuasa golongan Gereja. Kuasa Gereja dicabar secara terbuka.

    Kuasa Gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang disebabkan monarki

    ingin membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus di Rom. Contohnya,

    semasa pemerintahan Raja Henry VIII, raja menjadi ketua kerohanian Gereja

    Protestan Anglican.

    .

    Penjelajahan dan penerokaan merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari

    laluan baru di lautan luas bagi membolehkan mereka menuju ke Timur. Pada

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 8

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    abad ke-16, mereka telah aktif menjelajah ke beberapa buah kawasan di luar

    Eropah.

    Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance turut membantu

    kegiatan penerokaan dan penjelajahan Eropah. Sebelum orang Eropah sendiri

    berjaya sampai ke Timur, barangan dari Timur hanya diperoleh dari Istanbul.

    Namun, penguasaan Istanbul oleh Turki pada tahun 1453 menyebabkan orang

    Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan.

    Lantas, orang Eropah berikhtiar mencari laluan alternatif ke Timur. Ini

    mendorong mereka untuk meneroka Lautan Atlantik dan akhirnya mereka

    berjaya menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

    Memahami perkembangan penjelajahan dan penerokaan

    Aras 1

    Menyenaraikan kuasa-kuasa Barat yang terlibat dalam penjelajahan

    Melakarkan laluan penjelajahan kuasa-kuasa Barat

    Menyatakan sebab-sebab penjelajahan kuasa-kuasa Barat

    Menyatakan kesan-kesan penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke atas masyarakat setempat

    Aras 2

    Menjelaskan sebab-sebab penjelajahan kuasa-kuasa Barat

    Mengklasifikasi kesan-kesan penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke atas masyarakat setempat dari segi politik, ekonomi dan sosial

    Aras 3

    Menghubungkait semangat kental penjelajahan dan penerokaan kuasa barat

    dengan slogan Malaysia Boleh

    4. a. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan

    penjelajahan orang Eropah ke timur. (Rujuk Buku Teks m.s: 223-226)

    Desakan ekonomi dan semangat keagamaan. Orang Eropah pada masa itu

    ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah ratus dari

    Timur. Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang

    bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha ini.

    Sepanyol telah menumpukan penerokaannya ke Amerika Latin walaupun

    kuasa ini juga menjelajah ke Timur.

    Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut Sepanyol. Dalam

    pada itu, kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin.

    Oleh itu, kedua-dua kuasa tersebut saling bersaing antara satu sama lain untuk

    mendapatkan tanah jajahan. Persaingan ini, akhirnya, menyebabkan pihak Paus

    di Rom menggesa kedua-dua kuasa tersebut menetapkan kawasan pengaruh

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 9

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    masing-masing. Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani.

    Dengan perjanjian tersebut kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde

    dan Hindia Barat di Lautan Atlantik dianggap sebagai kawasan Portugal dan

    kawasan ke baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol.

    Antara pelaut unggul termasuklah Christopher Columbus. Beliau merupakan

    orang Eropah pertama sampai ke Amerika. Dalam pelayaran ke Timur pula,

    salah seorang pelayar terkenal ialah Ferdinand Magellan. Beliau telah terbunuh

    di salah sebuah pulau di Filipina dalam perjalanannya menuju ke Kepulauan

    Maluku.

    Pada masa ini, perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan

    keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah dan raja mereka.

    Faktor keagamaan. Sepanyol dan Portugal merupakan dua buah negara Katolik

    yang mempunyai pengaruh Gereja yang kuat. Pihak penguasa Gereja amat

    menekankan usaha untuk menyebarkan ajaran Kristian ke seberang laut.

    Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam pada satu masa dulu, begitu

    bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian.

    Monarki baru di England, Perancis, dan Belanda turut menggalakkan

    penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.

    Semangat kebanggaan bangsa juga telah mendorong orang Eropah untuk

    menjelajah dunia di luar Eropah. Oleh sebab itulah penjelajahan orang Eropah

    sering dirumuskan dengan kata-kata, gold, glory and gospel.

    b. Nyatakan kesan-kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat

    setempat.

    Dari segi politik, banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian

    dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini, secara langsung atau tidak telah

    mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.

    Wakil kuasa Eropah terdiri daripada syarikat berpiagam yang diwujudkan di

    Belanda, Great Britain, Perancis, dan Denmark. Antara syarikat-syarikat

    berpiagam tersebut ialah Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat

    Hindia Barat Belanda (WIC), dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC).

    Syarikat-syarikat berpiagam ini berdagang dari Eropah hingga ke Carribean,

    Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur. Namun, peranan

    syarikat berpiagam Perancis dan Denmark tidak terserlah seperti peranan VOC

    dan EIC.

    Dari segi ekonomi, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada

    keperluan masyarakat Eropah. Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka

    telah dikuasai oleh Portugal. Barangan yang dibawa dari Timur telah

    memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah. Jalan pelayaran

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 10

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dahulunya dikuasai oleh

    pedagang Islam Arab, kini, dikuasai oleh Portugal. Pedagang Eropah

    menguasai jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan Hindi serta Laut

    China Selatan, iaitu di China dan Jepun.

    Dari segi sosial, masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan gaya hidup

    orang Eropah. Masyarakat peribumi telah menerima agama Kristian yang

    dibawa oleh mubaligh Kristian.

    Penjelajahan Sepanyol juga banyak mengubah keadaan serta kehidupan di

    Dunia Baru dan Asia. Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol berperang

    dan menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec, dan menakluk

    Peru dengan menghapuskan tamadun Inca. Penghijrahan beramai-ramai orang

    Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di

    wilayah tersebut. Kerajaan Sepanyol melihat daerah Amerika Latin (Dunia

    Baru) sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan perak.

    Bagi golongan gereja pula, kawasan Dunia Baru dianggap sebagai tempat

    untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan masyarakat peribumi.

    Para pemodal Sepanyol juga telah mengeksploitasi buruh peribumi untuk

    bekerja di lombong dan di ladang mereka.

    Dalam bahasa Sepanyol penjelajahan dan penaklukan Sepanyol ini dikenali

    sebagai conquista dan para penakluknya sebagai conquistadores. Brazil dijajah

    dan dipengaruhi oleh kuasa Portugal.

    Di Timur, tidak terdapat petempatan orang Sepanyol atau orang Portugis

    secara besar-besaran. Namun, Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol.

    Melaka dan Goa telah diduduki oleh kuasa Portugal.

    Perkembangan di Eropah dari Zaman Renaissance hingga ke Zaman

    Penjelajahan dan Penerokaan telah menunjukkan betapa pentingnya

    penerokaan ilmu pengetahuan, semangat inkuiri, kegigihan usaha dan

    keberanian meneroka lautan serta daratan. Semua ini dikendalikan tanpa

    mengira risiko yang bakal dihadapi. Sifat dan semangat inilah yang

    menyebabkan masyarakat Eropah terutamanya Sepanyol dan Portugal, telah

    dapat mengembangkan pengaruh mereka ke Amerika Latin dan Asia.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

    Memahami perkembangan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

    dan Kesannya ke atas Asia

    Aras 1

    Menyenaraikan faktor yang mencetuskan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

    Menyatakan kesan-kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 11

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    Aras 2

    Menghuraikan faktor yang mencetuskan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

    Mengklasifikasikan kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

    Aras 3

    Membahaskan perkembangan ciptaan baru membawa kepada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

    5. Nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku semasa Revolusi Pertanian

    dalam aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s: 226-229)

    Revolusi merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan

    menyeluruh. Hal ini berlaku dalam bidang politik, sosial atau ekonomi. Sering

    kali revolusi dalam sesuatu bidang akan turut memberikan kesan kepada

    bidang lain atau kehidupan manusia secara keseluruhannya.

    Revolusi yang berlaku boleh juga memakan masa yang agak lama dan secara

    berterusan misalnya, dalam kes Revolusi Perindustrian. Revolusi ini tidak

    berlaku secara mendadak dalam sehari dua atau sebulan. Negara pertama di

    dunia yang mengalami Revolusi Perindustrian ini ialah Britain. Sebelum

    Revolusi Perindustrian berlaku telah terdapat Revolusi Pertanian. Revolusi

    Pertanian bolehlah dianggap sebagai satu revolusi yang menyediakan asas bagi

    Revolusi Perindustrian.

    Sebelum Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan dikendalikan secara kecil-

    kecilan. Pengeluaran makanan secara besar-besaran semasa Revolusi Pertanian

    berlaku kerana;

    Yang pertama, perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah.

    Yang kedua, penggunaan kaedah atau teknik saintifik yang merangkumi

    penanaman yang efisien, penggunaan peralatan baru, dan penggunaan baja.

    Yang ketiga, kaedah pemasaran produk pertanian secara meluas dan berkesan.

    a. Pemilikan tanah persendirian.

    Sebelum Revolusi Pertanian terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem

    pemilikan tanah persendirian, dan sistem pemilikan tanah awam. Tanah milik

    persendirian dipunyai oleh golongan kaya. Tanah awam pula sebenarnya,

    adalah juga tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan. Namun, rakyat biasa

    di Britain, diizinkan mengikut adat kebiasaan menggunakan tanah awam ini.

    Tanah tersebut mungkin digunakan untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan,

    memelihara ternakan, serta memburu binatang atau memancing di tempat

    terdapatnya sungai ataupun tasik. Dalam masyarakat lama, penggunaan tanah

    awam secara beramai-ramai tidaklah merupakan satu masalah. Malah amalan

    tersebut juga mempunyai fungsi sosial kerana amalan ini memberi peluang

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 12

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    kepada orang biasa untuk menampung kehidupan harian mereka.

    Walau bagaimanapun, dalam keadaan negara Britain menghadapi pertambahan

    penduduk, hasil pertanian perlulah dipertingkatkan. Oleh sebab itu, tuan-tuan

    tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat,

    kini, mahu memanfaatkan tanah awam tersebut bagi tujuan pengeluaran

    pertanian secara besar-besaran. Lagipun, pada masa ini, iaitu pada abad ke-18,

    harga gandum kian meningkat. Ekoran itu, terdapat usaha daripada pihak tuan

    tanah untuk memagari tanah awam tersebut. Tuan-tuan tanah telah

    mendapatkan kelulusan daripada Parlimen bagi menguatkuasakan proses

    tersebut. Antara tahun 1761 hingga 1792 hampir 500,000 ekar tanah telah

    dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah.

    Terdapat beberapa implikasi penting daripada peristiwa ini. Pertama, kini

    tersedia kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara

    besar-besaran. Kawasan pertanian ini dinamakan ladang. Kedua, rakyat biasa

    yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan

    mereka, telah kehilangan punca rezeki.

    Ini menunjukkan yang sesuatu perubahan itu tentu ada kos sosialnya. Walau

    bagaimanapun, permasalahan yang timbul juga ada penyelesaiannya iaitu,

    golongan petani kecil-kecilan ini menjadi sebahagian daripada buruh ladang.

    Kemudian, apabila Revolusi Perindustrian di Britain, mereka berhijrah ke

    kawasan bandar dan menjadi buruh kilang.

    Revolusi Pertanian di Britain tersebut dapat memberikan beberapa pengajaran

    kepada masyarakat hari ini. Pertama, kegiatan pertanian sepatutnya

    dikendalikan secara besar-besaran bagi memaksimumkan keuntungan. Kedua,

    sesuatu kemajuan itu pasti akan mengakibatkan perubahan sosial. Perubahan

    sosial tersebut haruslah diterima dan ditangani dengan saksama serta dicari

    penyelesaiannya.

    b. Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian.

    Kaedah dan ciptaan baru pertanian juga membolehkan Revolusi Pertanian

    berlaku. Kaedah dan ciptaan peralatan baru membolehkan penanaman

    dilakukan secara lebih efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan.

    Satu kaedah baru yang digunakan ialah penanaman secara bergilir. Mengikut

    kaedah ini, sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun

    dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. Oleh sebab

    tanaman yang berbeza itu, menggunakan nutrien tanah yang berbeza juga,

    maka, semua tanaman dapat tumbuh dengan subur. Dengan ini, tidak ada tanah

    yang perlu ditinggalkan kosong seperti sebelumnya.

    Selain itu, tanaman baru turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 13

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    Dari segi peralatan, terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan

    menggali dan menugal. Alat ini telah membolehkan banyak lubang digali

    secara serentak. Hal ini membolehkan penugalan dan penanaman biji benih

    dilakukan dengan lebih pantas.

    c. Pertanian komersial.

    Baja asli juga mula digunakan secara meluas dan ini menjadikan tanaman lebih

    subur dan hasil pertanian bertambah. Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil

    pertanian telah membawa kepada lebihan produk.

    Maksudnya, setelah para peladang menggunakan produk yang dihasilkan itu

    untuk keperluan harian mereka, masih terdapat bakinya. Oleh itu, baki atau

    lebihan tersebut telah diperdagangkan.

    6. Nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku semasa Revolusi Perindustrian

    dalam aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s:230-233)

    Salah satu sumbangan Revolusi Pertanian terhadap pertumbuhan dan

    perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain adalah dari segi penyediaan

    modal. Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian

    telah melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian.

    Kesediaan mereka untuk melabur ini menggambarkan perubahan sikap iaitu,

    sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang baru yang

    belum pasti menjanjikan pulangan.

    Revolusi Pertanian juga menyediakan bahan makanan untuk menampung

    permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Dengan

    bekalan makanan ini Britain tidak perlu terlalu bergantung pada pengimportan

    bahan tersebut. Dana yang diselamatkan itu dapat dilaburkan bagi membantu

    pertumbuhan dan perkembangan industri di dalam negara. Inilah sebabnya

    mengapa Revolusi Pertanian dikatakan telah menyediakan asas bagi

    pencetusan Revolusi Perindustrian di Britain.

    Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang memainkan peranan

    masing-masing dalam percetusan dan perkembangan Revolusi Perindustrian di

    Britain. Antara faktor tersebut ialah rekaan dalam bidang sains dan teknologi

    serta semangat dan kegiatan keusahawanan. Gabungan antara kedua-dua faktor

    ini, dapat dikesan daripada kegiatan James Watt dan Boulton.

    a. Peralihan daripada industri desa kepada perkilangan.

    Kegiatan pertanian banyak berubah setelah terdapatnya kaedah dan ciptaan

    baru. Hal yang sedemikian juga berlaku dalam bidang perindustrian.

    Sebelum Revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 14

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah

    dan ciptaan baru atau mesin, maka, pengeluaran barangan telah dihasilkan

    secara besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu sendiri. Lebihan

    produk yang dihasilkan dengan perantaraan penggunaan mesin telah

    diperdagangkan atau dikomersialkan.

    Revolusi Perindustrian merangkumi perubahan dalam teknik pengeluaran,

    skala pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan

    barangan yang dihasilkan.

    b. Pengkhususan pengeluaran.

    Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Oleh itu, untuk

    mengawal kos, para pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industri mereka

    dalam banyak bidang. Ini mendorong mereka untuk menjurus atau

    mengkhusus dalam satu bidang sahaja, misalnya, bidang tekstil.

    Pengkhususan kerja ini juga mendatangkan faedah yang tersendiri kerana para

    majikan dan pekerja menjadi kian mahir dan dapat menimba pengalaman

    untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang yang dipilih. Impaknya,

    kuantiti dan kualiti barang dapat dipertingkatkan. Apabila kuantiti produk

    industri dipertingkatkan, maka, produk tersebut dapat dipasarkan secara

    meluas bukan hanya di dalam negeri tetapi juga di luar negara.

    c. Penggunaan teknologi.

    Sebelum teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran

    dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang atau air.

    Misalnya, sebelum enjin berkuasa wap digunakan untuk memacu bot, tenaga

    manusia digunakan untuk mendayungnya. Di darat, tenaga kuda digunakan

    untuk menarik gerabak. Manusia dan binatang mengalami kepenatan yang

    mengakibatkan kerja atau tugasnya tidak boleh dikendalikan secara berterusan.

    Apabila mesin berkuasa wap digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di

    perairan atau di daratan, masalah keletihan dapat diatasi.

    Ini bermakna apabila para pengusaha menggunakan mesin, barangan dapat

    dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak. Dengan itu, kos pengeluaran setiap

    barangan menjadi murah. Apabila harga barangan menjadi murah, barangan

    tersebut mudah dipasarkan kepada masyarakat umum termasuklah golongan

    masyarakat yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi. Selain itu, ia juga

    boleh dikomersialkan pada peringkat antarabangsa.

    Apabila sesuatu barangan dapat menembusi pasaran antarabangsa, para

    usahawan boleh mendapatkan keuntungan yang lumayan. Dengan keuntungan

    tersebut, para usahawan bukan sahaja dapat menampung segala kos

    pelaburannya, tetapi juga boleh menggunakan sebahagian daripada keuntungan

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 15

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    itu untuk mempertingkatkan lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan mereka.

    Pelbagai mesin yang direka pada zaman Revolusi Perindustrian untuk

    mempertingkatkan pengeluaran dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para

    ahli teknologi dan saintis.

    Salah satu sumber tenaga awal ialah tenaga wap. Penghasilan tenaga wap ini

    telah dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu. Dalam aspek ini,

    Britain beruntung kerana mempunyai sumber atau bekalan arang batu yang

    banyak. Kepentingan arang batu pada peringkat permulaan Revolusi

    Perindustrian bolehlah dibandingkan dengan kepentingan minyak pada zaman

    sekarang.

    Namun begitu, arang batu hanya dapat dilombong atau digali dengan mudah

    dan efisien apabila terdapat rekaan peralatan yang lebih moden dan sesuai.

    Mesin tersebut direka oleh John Newcomen yang juga memanfaatkan tenaga

    wap hasil pembakaran arang batu. Maksudnya satu perubahan boleh

    mendatangkan atau mengakibatkan beberapa perubahan lain.

    Penggunaan kuasa wap amat membantu perkembangan sistem pengangkutan.

    Sistem pengangkutan yang penting dan berkesan semasa permulaan industri

    ialah kereta api dan kapal laut. Jentera atau enjin yang mengendalikan kereta

    api dan kapal laut menggunakan tenaga wap yang dihasilkan daripada

    pembakaran arang batu. Hari ini, jentera yang mengendalikan kereta api dan

    kapal laut menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada pembakaran petrol.

    7. Jelaskan kesan-kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian dalam

    aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s: 234-236)

    Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan

    yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya di Britain.

    Kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian membolehkan bidang ini

    menjadi punca ekonomi negara.

    Kemajuan dalam bidang perindustrian pula memperlihatkan peningkatan

    perdagangan antarabangsa, kemajuan, dan perubahan besar dalam bidang

    pengangkutan, di samping memperlihatkan kemunculan golongan buruh dan

    majikan serta perkembangan Eropah menjadi kuasa yang kuat dan kaya.

    a. Pertanian sebagai punca ekonomi.

    Kegiatan pertanian telah dikomersialkan dengan menumpu kepada penanaman

    bijirin seperti gandum, rye, jagung, dan sebagainya. Lebihan produk pertanian

    telah dieksport dan ini membolehkan para peladang besar menjadi pedagang

    antarabangsa.

    Revolusi Pertanian juga menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 16

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    yang banyak untuk perkembangan perindustrian. Jelaslah, pertanian

    merupakan punca ekonomi bagi masyarakat Britain pada masa itu.

    Apabila Revolusi Perindustrian tercetus, beberapa kesan atau perubahan lain

    berlaku dalam bidang sosial dan ekonomi.

    Kegiatan pembuatan dan pengilangan mula menggantikan kegiatan pertanian

    sebagai bidang utama ekonomi negara. Semakin ramai rakyat Britain terlibat

    sebagai pekerja atau buruh industri berbanding buruh pertanian. Jadi,

    perindustrian menjadi punca ekonomi baru dan penting kepada pelbagai

    lapisan rakyat Britain.

    Seiring dengan perubahan ekonomi ini, terdapat juga perubahan sosial.

    Misalnya, kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat

    telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.

    b. Peningkatan perdagangan antarabangsa.

    Lebihan produk hasil daripada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

    tidak dapat dipasarkan semuanya di dalam negara. Oleh itu, produk tersebut

    terpaksalah diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan

    dapat dimaksimumkan.

    Britain dapat mengendalikan aktiviti perdagangan antarabangsa ini dengan

    agak mudah kerana ia merupakan negara penjajah yang utama serta kuasa

    maritim yang ulung pada abad ke-18 dan ke-19.

    Perdagangan antarabangsa mempunyai dua komponen yang penting dan saling

    melengkapi, iaitu eksport dan import.

    Dalam pada itu, bagi membolehkan industri Britain berkembang maju, negara

    ini memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan. Bagi menampung

    keperluan perdagangan import-eksport ini, sistem pengangkutan dalam negara

    dan antarabangsa perlulah dipertingkatkan dan diperkembangkan.

    Selain itu, Britain juga mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan

    ekonomi. Pada masa yang sama sumbangan sektor pertanian berkurangan.

    c. Kemajuan bidang pengangkutan.

    Pada peringkat awal, pengangkutan domestik di Britain bergantung pada kereta

    kuda dan baj. Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem pembikinan jalan

    raya telah dibaiki dari masa ke masa. Oleh sebab baj digunakan, maka, kilang-

    kilang awal di Britain berhampiran dengan sungai dan sistem perairan atau

    terusan.

    Walau bagaimanapun, perubahan besar dalam sistem pengangkutan domestik

    berlaku dengan rekaan dan penggunaan kereta api. Dengan rekaan enjin

    berkuasa wap, gerabak boleh dipacu dengan lebih laju dan enjin juga boleh

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 17

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerja kilang.

    Pada mulanya, rel kereta api diperbuat daripada kayu, kemudian daripada besi

    dan selepas itu daripada keluli. Para pemodal yang berwawasan telah melabur

    dalam sektor ini dan akhirnya mendapat keuntungan yang besar.

    Kejayaan sektor ini mencerminkan kepada kita peri perlunya kombinasi antara

    ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalan dalam bidang

    pelaburan modal.

    Sekiranya sistem pengangkutan darat direvolusikan oleh kemunculan kereta

    api, sistem pengangkutan laut pula direvolusikan oleh kemunculan dan

    penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap. Revolusi

    pengangkutan yang dicerminkan oleh kereta api dan kapal berkuasa wap ini

    membuktikan betapa luas dan dinamiknya kesan rekaan enjin berkuasa wap.

    d. Kemunculan golongan buruh dan majikan.

    Setelah munculnya sistem ekonomi skala besar atau komersial dalam bidang

    pertanian dan perindustrian, golongan rakyat yang bekerja sendiri kian

    berkurangan. Sebaliknya, muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh

    ladang untuk tuan tanah dan buruh kilang untuk mengendalikan mesin-mesin.

    Penggunaan mesin memerlukan pembinaan kilang. Jadi, Revolusi

    Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan. Pada peringkat awal,

    kilang yang paling banyak ialah kilang tekstil.

    Pada peringkat awal Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, golongan

    buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.

    Di samping itu, golongan pekerja atau golongan bawahan ini tidak dapat

    menyesuaikan diri mereka secara mudah dengan perubahan sosial dan ekonomi

    yang berlaku. Misalnya, selepas mesin membuat stoking, renda dan bahan

    pakaian lain tercipta, kemahiran para penenun dan tukang jahit tradisional

    tidak lagi diperlukan. Apabila berdepan dengan keadaan yang mencabar

    sebegitu, sebahagian daripada para pekerja mahir ini telah memprotes dan

    memusnahkan mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam pembuatan

    stoking dan renda. Salah satu kegiatan memprotes begini pada awal abad ke-19

    dikenali sebagai Pergerakan Luddite.

    Namun, lama-kelamaan semua pihak mula sedar bahawa penggunaan mesin

    dalam industri pembuatan tidak lagi dapat disekat. Seterusnya, dari masa ke

    masa mesin yg lebih besar dan kompleks kian bertambah hinggalah ke hari ini.

    Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian terdapat Akta Anti-

    penggabungan (Anti-Combination Act) yang melarang para pekerja daripada

    bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi

    mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 18

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh

    dikenakan hukuman berat oleh pemerintah. Larangan ini menyulitkan para

    pekerja kerana tidak semua majikan bersikap timbang rasa kepada para pekerja

    mereka. Pada masa ini kanak-kanak di bawah umur 10 tahun sering dieksploit

    di kilang tekstil dan di lombong arang batu. Masa bekerja sering melebihi 10

    jam sehari.

    Pada zaman itu, majikan yang terpengaruh dengan falsafah dan sistem

    ekonomi bebas, berkeras agar campur tangan kerajaan dihindarkan daripada

    kegiatan ekonomi. Bagi mereka paras gaji serta amalan perburuhan harus

    ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata-mata.

    W.b.p, keadaan perburuhan kian bertambah baik apabila terdapatnya

    peningkatan kesedaran tentang hal ini di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

    Pada tahun 1824, Akta Anti-penggabungan dimansuhkan dan penubuhan

    Kesatuan Sekerja telah diizinkan. Kemudian, pada dekad-dekad yang

    berikutnya, pelbagai akta telah diluluskan oleh parlimen demi memastikan

    kesejahteraan pekerja turut terbela. Dengan itu, para majikan tidak boleh lagi

    bertindak sewenang-wenangnya demi memburu keuntungan semata-mata.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

    Memahami perkembangan imperialisme Barat di Asia

    Aras 1

    Menyatakan maksud imperialisme

    Menyatakan faktor-faktor imperialisme Barat ke Asia

    Menyenaraikan kesan-kesan imperialisme Barat ke Asia Tenggara Aras 2

    Menjelaskan dengan contoh faktor imperialisme Barat ke Asia

    Mengklasifikasikan kesan-kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara Aras 3

    Merasionalkan keistimewaan Asia yang menjadi tarikan imperialis Barat

    Menjustifikasi pendapat Barat yang menyatakan bahawa imperialisme sebagai

    beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 19

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    .

    Secara ringkas imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah

    negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah. Penguasaan ini

    bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.

    Fenomena sebegini berlaku dari zaman awal Eropah, semenjak zaman Rom.

    Pada abad ke-15 dan ke-16, kuasa seperti Sepanyol dan Portugal telah

    menakluk daerah di Asia dan Amerika Latin.

    Kegiatan ini berlaku dengan lebih rancak lagi selepas Revolusi Perindustrian di

    Eropah. Pengeksploitan ini w.b.p turut membawa suatu unsur yang baru.

    Sebelum zaman Revolusi Perindustrian, ekonomi negara di luar Eropah yang

    dijajah tidak distrukturkan untuk memenuhi kehendak ekonomi negara

    penjajah. Umumnya, kuasa-kuasa Barat berminat untuk mendapatkan bahan

    seperti rempah ratus, emas dan perak sahaja. Sebaliknya, pada zaman Revolusi

    Perindustrian negara seperti Britain, kemudian Belanda dan negara Eropah lain

    mempunyai matlamat atau dasar untuk mengubah ekonomi negara yang dijajah

    supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka.

    Sebenarnya negara penjajah mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dan

    dalam kuantiti yang banyak serta secara berterusan daripada tanah jajahan.

    Oleh itu, struktur ekonomi di daerah yang dijajah diubah bagi menghasilkan

    bahan mentah secara komersial.

    Oleh itu, penjajahan pada Zaman Revolusi Perindustrian juga diistilahkan

    sebagai Imperialisme Baru.

    8. a. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kedatangan kuasa-kuasa Barat ke

    Asia. (Rujuk Buku Teks m.s: 237-239)

    Selain matlamat untuk mendapatkan bahan mentah negara perindustrian Barat

    menjelajah Afrika dan Asia untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran

    industri masing-masing. Oleh sebab Britain merupakan negara perindustrian

    dan kuasa maritim yang terulung pada masa itu, Britain telah mendahului

    negara-negara Eropah yang lain.

    W.b.p, setelah Revolusi Perindustrian merebak ke benua Eropah, negara spt

    Jerman, Belanda, Perancis, dan Itali juga telah menjadi kuasa imperialis.

    Revolusi pengangkutan yg berlaku dengan kewujudan sistem jalan kereta api

    dan ciptaan kapal wap telah memudahkan perhubungan dan mempercepat

    perjalanan. Hasil drp revolusi ini, negara Eropah yg mempunyai teknologi yg

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 20

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    jauh melebihi negara di Asia dan Afrika, telah saling berlumba antara satu

    sama lain utk mendapatkan daerah masing-masing di Asia dan Afrika.

    Lagi pun dlm kes Britain, misalnya, menjelang tahun 1830 saingan drp negara

    Eropah dan Amerika Syarikat kian kritikal kerana negara-negara tersebut

    melindungi industri mereka dgn peraturan tarif masing-masing. Jadi, Britain

    terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika memandangkan barangan Britain

    tidak lagi dapat dieksport ke Amerika dan Eropah secara mudah spt dahulu.

    Selain faktor ekonomi terdapat juga beberapa faktor lain antaranya;

    terdapat di kalangan ahli masyarakat Barat yang berhasrat untuk

    menyebarkan pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut.

    Di samping itu, wujud semangat perlumbaan di kalangan negara Barat

    untuk saling mengatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk

    kawasan atau daerah di luar Eropah. Malah, menurut sesetengah

    pandangan, kuasa Barat seolah-olah menganggap pemilikan tanah

    jajahan sebagai satu status atau simbol yang menandakan bahawa

    mereka sudah menjadi sebuah kuasa yang kuat.

    Orang-orang Eropah juga menganggap usaha mengembangkan

    tamadun mereka di luar Eropah sebagai tanggungjawab mereka. Inilah

    yang disebut oleh orang Inggeris sebagai the white man's burden, oleh

    orang Perancis sebagai mission civilisatrice, oleh orang Jerman sebagai

    tugas menyebarkan budaya dan oleh orang Amerika sebagai the

    blessings of the Anglo-Saxon protection.

    b. Jelaskan kesan-kesan imperialisme terhadap Asia Tenggara.

    Kesan kedatangan Barat ke Asia Tenggara boleh dikategorikan kepada kesan

    politik, ekonomi, sosial dan tamadun.

    Dari segi politik, sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara

    mengalami perubahan yang drastik. Dalam banyak kes, para pemerintah

    tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat.

    Sistem politik termasuk perundangan peribumi telah diubahsuai atau ditukar

    agar menyerupai sistem Barat.

    Persaingan kuasa-kuasa Barat berlaku di Asia. Oleh itu, kuasa Inggeris telah

    campur tangan di Tanah Melayu, Burma, India dan China.

    Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat, iaitu

    Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.

    Selain itu, Perancis yang menjadi saingan Britain telah menjajah Indo China

    (Laos, Vietnam dan Kemboja) dan Amerika pula menduduki Filipina.

    Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dpt memberi manfaat kpd

    ekonomi negara metropolitan. Misalnya, di Tanah Melayu, kegiatan

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 21

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    penanaman getah dan pelombongan bijih tlh dikomersialkan bagi memastikan

    bahan tersebut dpt dibekalkan utk memenuhi keperluan industri di Britain.

    Dengan pertapakan Barat terhadap Tanah Melayu, sistem pendidikan Inggeris

    telah diperkenalkan. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan tersebut tidaklah

    disebarkan secara meluas dan berkesan. Sistem tersebut hanya terhad di

    kawasan bandar dan dikhususkan untuk memberikan pendidikan asas dan

    melatih golongan pentadbir rendahan bagi keperluan pentadbiran British.

    Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pendidikan ini kemudiannya

    terpaksa dibaiki oleh kerajaan peribumi yang berkuasa selepas merdeka.

    Kuasa Barat juga bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk

    menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.

    Dasar ini telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di

    banyak negara yang dijajah oleh kuasa Barat.

    Walau bagaimanapun, kuasa penjajah tidak mengendalikan sesuatu dasar yang

    ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa

    pemerintahan mereka. Sekali lagi tugas untuk merangsang dan menjalin

    hubungan baik di kalangan pelbagai kaum telah terpaksa dipikul oleh

    pemerintah peribumi selepas merdeka.

    Kesan dan permasalahan yang telah ditinggalkan oleh kuasa penjajah inilah

    yang perlu disedari sepenuhnya oleh generasi kini dan akan datang. Kesedaran

    ini tentunya akan mendorong seseorang itu untuk memahami situasi negara

    selepas penjajahan secara lebih menyeluruh. Kita dengan sendirinya akan

    dapat menyanjung tinggi pelbagai tindakan dalam pelbagai bidang yang

    terpaksa dilakukan oleh pemerintah peribumi selepas merdeka. Dengan itu,

    agenda kerajaan untuk membaiki keadaan rakyat dan masyarakat akan dapat

    difahami dan dihayati dengan lebih baik lagi. Sekiranya ini dilakukan, tentulah

    mudah bagi generasi kini dan akan datang untuk turut memberikan sumbangan

    positif demi kebaikan dan kemajuan bangsa dan negara. Sumbangan

    sedemikian seharusnya dilakukan secara bertungkus-lumus dan berterusan

    dalam apa-apa jua lapangan kehidupan.

    9. Apakah nilai yang dapat kita pelajari daripada semangat penjelajahan kuasa

    Barat? (Rujuk Buku Teks m.s: 240)

    Bab ini dengan jelas menunjukkan bagaimana orang dan kuasa Barat dengan

    semangat inkuiri, sifat kepercayaan diri, keghairahan menjelajah, idea yang

    imaginatif, kegiatan yang inovatif, kegigihan dalam keusahawanan, serta

    komitmen yang tinggi telah berjaya membawa Eropah keluar daripada Zaman

    Gelap.

    Pihak berkuasa negara dan rakyat secara bersama dan berterusan melanjutkan

    agenda mereka demi mencapai objektif masyarakat dan negara. Golongan

  • BAB 9 (TING 4) hlm/ 22

    Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

    rakyat termasuklah para pelaut, pengembara, intelektual, seniman, saintis,

    pereka, pemodal, usahawan, petani dan pekerja.

    Setelah bersama-sama mengatasi Zaman Gelap, merentasi dekad Renaissance,

    melalui era penjelajahan, mencapai kemajuan ilmu, mengendalikan

    perkembangan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, mereka telah

    melonjakkan negara-negara Eropah menjadi kuasa imperialis. Berabad

    lamanya dunia Barat mendominasi sebahagian besar dunia moden. Dengan itu,

    mereka bukan hanya telah membawa perubahan besar kepada masyarakat

    mereka sendiri, tetapi juga mengeksport perubahan tersebut ke kawasan di

    seberang laut.

    Pada suatu masa dahulu Lautan Atlantik yang luas dan tidak diteroka

    merupakan halangan kepada kegiatan pelayaran dan pengembaraan orang

    Eropah. Namun, setelah diterokai, lautan tersebut telah bertukar menjadi laluan

    atau jambatan bagi jalan pelayaran mereka ke dunia luar.

    Pada satu masa dahulu mereka meminjam ilmu daripada dunia Islam dan

    tertinggal dalam beraneka lapangan, tetapi setelah menguasai pelbagai ilmu,

    mereka pula meninggalkan golongan lain.

    Ya Allah,

    aku berlindung kepadaMu

    daripada ilmu yang tidak bermanfaat,

    hati yang tidak khusyuk,

    hawa nafsu yang tidak merasa kenyang

    dan daripada doa yang tidak dimakbulkan.