bab 8 teori hibrid

56
BAB 8 TEORI HIBRID

Upload: hanna-hj-ibrahim

Post on 16-Jan-2016

153 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

semantik

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 8 Teori Hibrid

BAB 8

TEORI HIBRID

Page 2: Bab 8 Teori Hibrid

PENDAHULUAN

• Kepentingan pragmatik dalam menganalisis makna - membantu berkembangnya penerokaan bidang pentafsiran makna dengan menggabungkan disiplin semantik dan pragmatik.

• Leech (1983) - kajian gabungan semantik dan pragmatik sebagai sebuah kajian berbentuk komplimentarisme iaitu kajian dua bidang yang saling melengkapi.

• Levinson (1985) - mengaitkan kepentingan konteks dalam ilmu pragmatik yang dapat menyelesaikan masalah kekaburan dan pemahaman makna.

Page 3: Bab 8 Teori Hibrid

• Kejayaan kajian-kajian berterusan dalam menggabungkan kedua-dua bidang telah menambahkan lagi keyakinan bahawa makna sewajarnya diinterpretasi dengan menggunakan analisis semantik dan pragmatik, sehingga akhirnya menimbulkan cadangan untuk penggabungan kedua-dua bidang tersebut.

• Antara ahli semantik yang telah mencadangkan penggabungan ini ialah seperti Kempson (1986) dan Sperber dan Wilson (1986).

• Sperber dan Wilson (1986) - mencadangkan agar peranan semantik dan pragmatik diberi perhatian serius (khususnya dari segi perbezaan penelitian) dalam menangani permasalahan pentafsiran makna agar tidak berlaku pertindihan tugas antara kedua-dua bidang tersebut.

Page 4: Bab 8 Teori Hibrid

• Tugas:1. Semantik - menjelaskan apakah maksud bagi X 2. Pragmatik - menjelaskan apa yang anda (sebagai pengguna) faham berkenaan maksud X

• Hal ini menunjukkan, peranan semantik dikaitkan dengan sistem atau ciri khas ungkapan sesuatu bahasa, sementara pragmatik pula mengambil kira pengguna (sebagai konteks) untuk memahami makna.

• Penentuan secara objektif dan emperis berkenaan perbezaan tugas dan kepentingan penggabungan kedua-dua bidang tersebut telah berjaya melahirkan tahap dan dapatan bagi analisis semantik dan pragmatik dengan jelas dan berkredibiliti.

Page 5: Bab 8 Teori Hibrid

• Kemuncak kepada penggabungan - lahirnya disiplin pragmatik kognitif yang menggabungkan keupayaan kognisi dan unsur kerelevanan dalam menyelesaikan masalah pemahaman dalam bidang semantik dan pragmatik.

• Unger (2002:1) melihat bidang ini sebagai “the study of how the inferential processes in comprehension work”.

• Disiplin pragmatik kognitif dilihat mampu menampung keperluan terhadap kajian-kajian yang memerlukan kedua-dua pendekatan.

• Contohnya: meneliti fenomena sosio budaya dalam sesebuah masyarakat bahasa – misalnya berkaitan dengan makna yang terkod dalam masyarakat.

Page 6: Bab 8 Teori Hibrid

Hibrid – Gabungan Dua Teori Kukuh

• Tendahl (2006): gagasan penggabungan semantik dan pragmatik tidak seharusnya berlaku pada peringkat permukaan sahaja.

• Diaplikasikan dengan menggabungkan teori-teori yang terdapat dalam kedua-dua bidang – dapat melahirkan suatu teori baru yang lebih kukuh dan mantap.

• Hasilnya - menyelesaikan pemahaman makna bagi sesuatu leksikal, frasa, atau ayat.

• Tendahl (2006) telah memperkenalkan Teori Hibrid dengan menggabungkan pendekatan: 1. semantik kognitif2. teori relevan

Page 7: Bab 8 Teori Hibrid

• Gagasan teori: sesuatu proses dalaman kognisi, seharusnya melibatkan dua proses yang besar iaitu proses:1. pemetaan domain (semantik kognitif) untuk memahami konsep sesuatu leksikal, frasa, atau ayat. 2. membuat kesimpulan secara pragmatik (teori relevan) untuk menjawab persoalan-persoalan berkaitan konteks, kesan konteks, dan kos memproses, bagi menentukan unsur kerelevanan.

• Kacukan kedua-dua proses ini akan menghasilkan pemahaman yang lebih unik dan mantap berkenaan makna sesuatu leksikal, frasa, atau ayat yang didasari oleh pemahaman kognisi.

• Pemerhatian, penghuraian dan penjelasan sesuatu fenomena mengenai pemahaman makna dan konsep sesuatu leksikal, frasa, atau ayat dapat difahami melalui konsep leksikal, konsep ad hoc, dan kesimpulan yang dihasilkan.

Page 8: Bab 8 Teori Hibrid

Faktor Kewujudan Teori Hibrid

• Kegagalan blending theory dalam menghurai dan menjelaskan fenomena pemahaman makna sesuatu kata.

• Kajian oleh Coulson (2001) dalam mengukur potensi otak.

• Kacukan pendekatan semantik kognitif dan teori relevan menghasilkan dapatan yang lebih mantap dan unik.

Page 9: Bab 8 Teori Hibrid

• Kegagalan blending theory dalam menghurai dan menjelaskan fenomena pemahaman makna sesuatu kata.– Dalam blending theory, unsur-unsur dan perhubungan penting

daripada senario yang pelbagai, sering bercampur dalam satu proses secara separa sedar yang dikenali sebagai conceptual blending.

– Proses ini boleh dianggap bersifat ‘sentiasa ada’ dalam setiap pemikiran dan bahasa, yang berlaku setiap hari.

– Konsep blending theory diperolehi daripada proses campuran membentuk produk pemikiran kreatif, hingga berjaya menghasilkan kepelbagaian istilah untuk menggambarkan produk-produk pemikiran kreatif tersebut.

– Walau bagaimanapun, banyak persoalan yang ditinggalkan oleh pengkaji blending theory, masih belum terjawab, misalnya persoalan utama seperti bagaimana sesuatu ruang input untuk proses blending dapat dipastikan?

– Hal ini adalah sesuatu yang sukar untuk dijawab kerana ia merupakan satu mekanisme ramalan semata-mata.

Page 10: Bab 8 Teori Hibrid

• Kajian oleh Coulson (2001) dalam mengukur potensi otak.– Kajian tersebut telah membuktikan bahawa otak

mampu merangsang keupayaan mental untuk menjalankan operasi paduan.

– Oleh itu, pemahaman mengenai sesuatu konsep kata seharusnya berjalan seiring (dalam masa yang sama) kerana otak manusia bukan sahaja mampu mentafsir makna dalam pemetaan domain, malah dalam masa yang sama mampu menghurai dan membuat kesimpulan secara pragmatik.

Page 11: Bab 8 Teori Hibrid

• Kacukan pendekatan semantik kognitif dan teori relevan menghasilkan dapatan yang lebih mantap dan unik.– Persoalan dalam pendekatan semantik kognitif yang sering

ditimbulkan: Cukupkah sekadar meneliti perkataan untuk membentuk makna dan konsep? Bagaimana dengan konteks ayat?

– Persoalan dalam teori relevan yang sering ditimbulkan: Perbincangan mengenai kos memproses yang dianggap tidak jelas.

– Kekurangan dan kelemahan kedua-dua pendekatan, baik pendekatan semantik kognitif mahupun teori relevan, dapat diatasi dengan terhasilnya teori ini.

Page 12: Bab 8 Teori Hibrid

Konsep Asas dalam Teori Hibrid

Page 13: Bab 8 Teori Hibrid

• Empat konsep penting dalam Teori Hibrid ialah:1. Rantau konsepsi2. Konsep leksikal3. Konsep ad-hoc4. Slot kosong

Page 14: Bab 8 Teori Hibrid

1. Rantau Konsepsi– Pemahaman sesuatu perkataan dikacukkan dalam satu

kawasan yang dinamakan rantau konsepsi yang mengandungi konsep leksikal dan konsep ad hoc.

– Terikat kepada individu dan situasi. – Hal ini kerana rantau konsepsi bagi seseorang individu

mungkin berbeza dengan seseorang individu yang lain. – Keadaan ini juga sangat bergantung kepada situasi.– Situasi yang berbeza akan melahirkan makna yang

berbeza. – Walau bagaimanapun, keadaan ini dianggap sesuatu yang

memadai untuk menunjukkan bahawa proses pemahaman sesuatu kata dapat dijelaskan dengan lebih emperikal.

Page 15: Bab 8 Teori Hibrid

– Keupayaan pemahaman rantau konsepsi bergantung kepada: • elemen-elemen yang sudah stabil (berakar umbi dalam bahasa dan

komuniti budaya) yang merentasi konteks (bebas konteks). Contohnya apabila memperkatakan perihal pokok, antara elemen yang dapat mempermudah pemahaman tentang pokok ialah seperti batang, daun, ranting dll.

• slot-slot kosong yang menjadi penghubung (connectors) kepada struktur pengetahuan luar yang lain. Penyambung-penyambung ini sebahagiannya merupakan sesuatu yang telah berakar umbi (entrenched) dalam bahasa dan komuniti budaya, dan sebahagiannya lagi merupakan sesuatu yang bersifat kebiasaan / peribadi (idiosyncratic). Oleh itu andaian yang dilakukan bergantung kepada situasi dan pengetahuan individu. Contohnya, jika memperkatakan tentang pokok, sesuatu yang boleh diperkatakan ialah berkaitan dengan sistem ekologi, tumbuh-tumbuhan dll.

• penyambung kepada metafora konsepsi dan metonimi, yang mungkin juga dapat menunjukkan skema imej. Ketiga-tiganya sangat bergantung kepada konteks.

Page 16: Bab 8 Teori Hibrid

2. Konsep Leksikal– Pemahaman sedia ada pada akal yang dapat membentuk

andaian dan imej berkaitan pemahaman makna sesuatu perkataan.

– Pemahaman konsep leksikal boleh dibantu dengan meneliti makna kamus, atau makna literal yang telah kukuh dalam pemahaman seseorang penutur.

– Menurut Tendahl (2006:223) konsep leksikal ialah andaian yang tipikal yang dibuat mengikut kelaziman masyarakat dan bahasa.

– Ia bersifat konsisten dan stabil. – Boleh terbentuk daripada konsep ad-hoc yang telah stabil dan

menjadi conventionalised. – Sebagai contoh, konsep leksikal bagi pokok ialah gambaran

tipikal bagi ‘pokok’. ‘Pokok’ diandaikan sebagai suatu benda hijau, mempunyai batang, dahan dan cabang, berdaun mengikut perubahan musim, serta batangnya adalah kayu.

Page 17: Bab 8 Teori Hibrid

3. Konsep Ad Hoc– Andaian-andaian yang dibina berasaskan pengisian slot-slot kosong. – Konsep ad hoc akan dapat membantu mengukuhkan pemahaman

makna bagi sesuatu leksikal yang mungkin tidak dapat dijelaskan sepenuhnya dengan menggunakan konsep leksikal.

– Misalnya untuk dua (2) frasa di bawah, leksikal pokok tidak lagi menggambarkan pokok yang didukung oleh makna konsep leksikal.• ... dalam menyelesaikan perkara ini, pokok pangkalnya ialah ... • Perkara pokok yang menjadi isu besar dalam hal ini ialah ...

– Konsep ad hoc mempunyai slot kosong yang kekal atau sementara yang dapat menghubungkannya dengan connectors (jaringan) seperti domain, skema imej, konsepsi metafora dan konsepsi metonimi.

– Melalui jaringan inilah, konsep ad hoc bagi pokok dalam dua (2) frasa di atas membawa maksud asas dan bukannya makna tipikal bagi pokok seperti yang digambarkan dalam konsep leksikal.

Page 18: Bab 8 Teori Hibrid

4. Slot Kosong– Slot-slot yang perlu diisi untuk membantu membentuk konsep ad

hoc. Menurut Tendahl (2006) slot kosong ialah elemen penting yang wujud di peringkat konsep ad-hoc.

– Slot kosong dipenuhkan dengan pelbagai cara, misalnya melalui pengisian pelbagai domain konsepsi seperti skema imej, metafora konsepsi, dan metonimi.

– Slot kosong yang telah terisi dengan pelbagai domain, membentuk ruang untuk membuat pengayaan maklumat dengan membina jaringan melalui maklumat yang tidak dianggap leksikal yang tipikal.

– Jaringan hendaklah diaktifkan dengan struktur maklumat luaran memberikan maklumat konteks.

– Darjah pengaktifan terdahulu akan memudahkan proses pengaktifan semula jaringan maklumat ini.

– Secara amnya, ko-teks dan konteks memberi sumber maklumat yang banyak dan struktur maklumat yang berkaitan.

Page 19: Bab 8 Teori Hibrid

– Lebih banyak struktur yang terbina, lebih mudah untuk membentuk jaringan maklumat kepada rantau konsepsi.

– Slot kosong terbahagi kepada dua jenis, iaitu: a. Slot kosong kekal

Slot kosong kekal adalah maklumat yang telah wujud yang dikaitkan dengan sesuatu leksikal. Ianya bukan konsep leksikal kerana pengayaan slot kekal adalah melalui hubungan dengan struktur maklumat luaran, contohnya pemahaman metafora konsepsi yang kekal tanpa mengira konteks di mana ia wujud.

b. Slot kosong sementaraSlot kosong sementara atau slot kosong ad-hoc dipengaruhi ko-teks dan konteks. Ia boleh dipengaruhi oleh maklumat yang baru terbina hingga melahirkan satu domain konsepsi yang biasanya tidak mempunyai hubungan dengan sesuatu leksikal itu. Pembinaan slot begini dipengaruhi oleh maklumat luaran, dan selalunya ia menyumbang kepada pembentukan metafora.

Page 20: Bab 8 Teori Hibrid

Penjelasan Hibrid Dalam Pemahaman Makna

• Bagaimana sesuatu makna memperoleh makna merupakan persoalan evergreen berhubung bidang semantik dan pragmatik yang masih lagi mendapat perhatian oleh ramai pengkaji.

• Tendahl (2006) - makna diperoleh melalui kegiatan aktiviti kognitif dalam menginterpretasi maklumat.

• Hal ini kerana, aktiviti kognitif memainkan peranan utama dalam proses penginterpretasian maklumat.

• Kemahiran berbahasa dan komunikasi berlaku disebabkan oleh tindakan atau kemahiran kognitif yang telah dibangunkan oleh kewujudan maklumat atau pengalaman yang didapati melalui pancaindera, ingatan dan tubuh badan seseorang individu.

• Secara amnya, persekitaran kognitif penutur itu dipenuhi maklumat yang penting dalam membantu penutur menginterpretasi maklumat.

Page 21: Bab 8 Teori Hibrid

• Kepentingan semantik leksikal dan semantik ayat dalam mengintepretasi sesuatu maklumat:... lexical semantics without context cannot say a lot about concrete meanings of lexical items. It can only give instructions how to construe lexical meaning in a discourse situation. The meaning of a sentence is not just the composite meaning of its constituents. The semantics of a sentence together with the syntax of a sentence only give clues about how to construe the meaning of a sentence in a given context. ... Sentences do not have any concrete meaning at all without a context. (Tendahl, 2006: 217)

• Kewajaran membincangkan isu semantik dari sudut pragmatik dengan melihat keupayaan konteks dalam membina kefahaman makna.

• Ini kerana, tanpa adanya konteks, semantik leksikal sekadar memberi cara untuk membina maksud berdasarkan leksikal yang ada di dalam ayat tersebut, sementara semantik ayat pula bukan sekadar gabungan maksud leksikal yang wujud di dalam sesuatu ayat.

Page 22: Bab 8 Teori Hibrid

• Berhubung keperluan memberikan maksud yang tepat bagi sebaris ayat, kebiasaannya wujud:1. andaian yang lemah (weakly manifest assumptions)2. andaian yang kuat (strongly manifest assumptions)

• Contoh: untuk perkara yang diingati dalam tempoh yang lama– andaian yang lemah - membolehkan seseorang cuba

mengingati perkara tersebut secara berulang-ulang untuk membantu proses mengingati semula perkara tersebut

– andaian yang kuat - dizahirkan untuk perkara-perkara baru atau perkara yang biasa kita hadapi dan alami setiap hari.

• Walaupun ia cuma andaian yang dibuat oleh penutur, ia mungkin andaian yang tersimpan di dalam ingatan atau yang terbina daripada andaian yang telah wujud sebelumnya.

• Kesahihan andaian yang dibuat tidaklah penting kerana apa yang lebih penting ialah andaian dibuat diyakini betul oleh penutur itu sendiri.

Page 23: Bab 8 Teori Hibrid

• Untuk memastikan proses menghasilkan andaian menjadi berkesan, kesemua bahagian dalam persekitaran kognitif hendaklah saling menjelaskan.

• Keadaan ini bermakna, aktiviti kognitif dalam menginterpretasi maklumat akan meneliti konteks untuk mencipta andaian-andaian bagi menghasilkan makna.

• Selain konsep leksikal yang sudah sedia wujud dan terbina dalam minda, satu lagi andaian yang akan dihasilkan ialah berkenaan konsep ad hoc.

• Dalam teori hibrid, perkara yang utama ialah mengenai kefahaman tentang proses membina konsep ad hoc, walaupun proses tersebut bukan menjamin sepenuhnya pemahaman makna yang cuba disampaikan

• Namun, hakikatnya, apa yang selalu terjadi ialah proses pembentukan konsep ad hoc akan berlaku secara semula jadi semasa kita cuba memahami makna sesuatu ayat atau leksikal walaupun ia melibatkan leksikal yang sememangnya mempunyai maksud yang sudah agak jelas.

Page 24: Bab 8 Teori Hibrid

• Contoh konsep andaian dalam konteks yang terhasil dari aktiviti kognitif semasa menginterpretasi maklumat hingga terhasilnya konsep leksikal dan konsep ad hoc:

Peguam saya adalah seekor jerung.

• Untuk memahami maksud ayat di atas, kita perlu memahami konteks penggunaan ayat tersebut.

• Melalui teori hibrid, analisis pengintrepretasian ungkapan melibatkan proses yang dinamik dan incremental (tokok tambah) iaitu setiap unit kecil maksud diproses satu persatu dengan melibatkan proses modifikasi ke hadapan dan ke belakang sehinggalah tercapai suatu maksud yang relevan.

• Andaian yang kuat berkenaan konsep leksikal membantu kita untuk mengenal pasti setiap satu makna leksikal penting dalam ayat tersebut.

Peguam - merujuk kepada orang, pekerjaanJerung - merujuk kepada haiwan

Page 25: Bab 8 Teori Hibrid

• Analisis semantik leksikal semata-mata akan menghasilkan makna yang sungguh mengelirukan bagi ayat tersebut, iaitu peguam ialah seekor jerung (orang ialah haiwan).

• Di sinilah pentingnya peranan konteks. • Konteks berkaitan aktiviti kognitif dalam menginterpretasi maklumat

membawa kita kepada andaian berkenaan konsep ad hoc bagi item leksikal yang ingin difahami maksudnya.

Jerung:Bagaimana aktiviti kognitif melihat, menaakul, mengimbas dan mengingati makna jerung yang bukan sekadar rupa fizikal semata-mata. Misalnya membayangkan aktiviti jerung, kelakuan jerung menyerang mangsa, mangsa jerung, habitat jerung, dan kedudukan jerung dalam budaya sesuatu masyarakat. Hasil dari penaakulan ini, membolehkan kita membayangkan bahawa jerung berkelakuan ganas, tidak mengira mangsa, menyerang mangsa pada bila-bila masa semasa kelaparan dan sebagainya.

Page 26: Bab 8 Teori Hibrid

• Penemuan ini telah membentuk satu rantaian makna baru yang boleh dianggap sebagai andaian yang kuat untuk membina makna.

• Andaian inilah yang dinamakan sebagai konsep ad hoc, iaitu konsep tambahan untuk mengukuhkan lagi konsep leksikal.

• Melalui konsep ad hoc yang diperkenalkan dalam teori hibrid, ayat di atas boleh difahami sebagai:– suatu metafora– menyamakan orang (peguam) dengan keganasan seekor jerung

yang tidak pernah mengenal mangsa untuk dijadikan makanan, demi kepentingan peribadi

– keganasan jerung digambarkan dengan tenaga, gigi taring, taktik serangan dan tidak mengenal belas kasihan

– keganasan peguam yang disamakan seperti keganasan jerung digambarkan seperti mengenakan caj berlebihan kepada anak guaman (walaupun sedar anak guaman sedang dalam kesusahan).

Page 27: Bab 8 Teori Hibrid

• Konsep ad hoc boleh dicerna dalam pelbagai bentuk. • Pendekatan semantik kognitif melalui struktur konseptual

(domain konsepsi atau mandala) mencadangkan pembentukan sesuatu konsep ad hoc boleh terhasil berdasarkan:1. metafora2. skema imej atau3. metonimi

• Sementara melalui teori relevan, ungkapan sama ada berbentuk implikatur atau eksplikatur boleh difahami melalui konsep ad hoc yang dapat mengutuhkan kefahaman konsep leksikal.

• Persoalan menarik yang mungkin timbul ialah, di mana dan bagaimana semua proses ini berlaku?

• Tendahl (2006) - kesemua proses ini berlaku dalam satu ruang yang dinamakan sebagai conceptual region (rantau konsepsi).

Page 28: Bab 8 Teori Hibrid

• conceptual region (rantau konsepsi):... a conceptual region is to be understood as a blue print for an ad hoc concept. Therefore, accessing a conceptual region is what I take to constitute lexical semantics, not just in the hybrid theory of metaphor, but in any cognitively oriented theory of lexical meaning. However, a conceptual region is usually much too unspecified in order to call it “the meaning” of a word. (Tendahl, 2006:223)

• Rantau konsepsi ialah satu ruang yang bersifat ekslusif yang dijadikan tempat berkumpul segala maklumat tambahan yang banyak dan pelbagai.

• Proses ini berlaku apabila rantau konsepsi yang menempatkan empty slot (slot kosong) perlu diisi oleh domain-domain konsepsi yang dianggap sebagai saluran untuk membentuk konsep ad hoc.

Page 29: Bab 8 Teori Hibrid

• Semakin banyak slot kosong terisi dengan pelbagai sumber melalui domain-domain pilihan, maka gambaran konsep ad hoc akan semakin menyerlah dan jelas.

• Kejelasan konsep ad hoc akan menyuburkan lagi kefahaman konsep makna sesuatu leksikal.

• Gabungan kefahaman konsep leksikal dan kejelasan makna konsep ad hoc akan melahirkan kefahaman makna konsep sesuatu leksikal yang semakin jelas.

Page 30: Bab 8 Teori Hibrid

• Rajah di atas menunjukkan rantau konsepsi bagi pemahaman makna sesuatu leksikal semasa proses hibrid berlangsung.

• Sesuatu leksikal difahami melalui gabungan proses pemetaan domain dan proses membuat kesimpulan secara pragmatik.

• Melalui kedua-dua proses tersebut, pelbagai saluran makna hasil dari kepelbagaian domain konsepsi telah dapat mengisi slot-slot kosong yang dapat membantu membentuk suatu konsep ad hoc bagi sesuatu leksikal dengan lebih jelas.

Page 31: Bab 8 Teori Hibrid

• Semakin banyak slot kosong terisi, maka semakin kukuh makna konsep ad hoc difahami.

• Hasilnya, pemahaman konsep leksikal, dan dibantu dengan pengukuhan konsep ad hoc akan melahirkan pemahaman makna bagi sesuatu leksikal dengan lebih jelas.

• Gabungan proses pemetaan domain dan proses membuat kesimpulan secara pragmatik hingga melahirkan teori hibrid ini bukan sahaja dapat melahirkan pemahaman makna yang lebih jelas bagi sesuatu leksikal, malah dapat menunjukkan bukti bahawa sebagai manusia biasa, setiap orang mempunyai had dan sempadan berkenaan pengetahuan makna sesuatu leksikal.

• Sebab itulah, pemahaman rantau konsepsi bergantung kepada faktor individu dan situasi.

• Individu dan situasi yang berbeza akan menyumbang kepada pengisian slot-slot kosong dengan domain yang berbeza-beza hingga melahirkan konsep ad hoc yang berbeza.

Page 32: Bab 8 Teori Hibrid

Contoh Analisis Teori HibridAnalisis leksikal tree• Analisis makna leksikal tree dimulakan dengan mengenal pasti

konsep leksikal bagi leksikal tersebut. • Melalui pengetahuan sedia ada, makna konsep telah

membentuk suatu rantaian makna tree sebagai makna konsep leksikal.

• Makna-makna ini merupakan makna sedia ada dalam simpanan pengetahuan kita (bergantung kepada situasi dan budaya).

• Antara rantaian makna yang terbentuk dalam konsep leksikal untuk memahami tree ialah seperti:

tree - trunk (consist of wood)- branches (depending of the time of the year)- leaves

Page 33: Bab 8 Teori Hibrid

• Untuk menambah maklumat berkenaan makna tree dengan lebih jelas, andaian-andaian yang ditimbulkan melalui pengetahuan luar akan memperoleh makna baru sebagai makna tambahan.

• Andaian-andaian ini akan dihubungkan melalui penghubung dan seterusnya mengisi slot-slot kosong (yang dianggap sebagai slot kosong kekal) yang terdapat dalam konsep ad hoc bagi menambah pemahaman makna tree dalam rantau konsepsi.

• Antara slot kosong yang telah diisi oleh pengetahuan luar yang diandaikan berdasarkan pemahaman dalam sesebuah masyarakat berkenaan makna tree ialah seperti:

tree - the tree gives shade - the tree are important for our ecology- plant- sun

Page 34: Bab 8 Teori Hibrid

• Pemahaman makna tree akan lebih bertambah apabila slot kosong sementara berjaya dipenuhkan melalui jaringan input baru yang dianalisis oleh kognitif berdasarkan ko-teks dan konteks.

• Semantik kognitif melalui struktur konseptual asas (ICM, atau juga dikenali sebagai domain / mandala) menganalisis domain metafora yang melibatkan penggunaan leksikal tree, sementara melalui teori relevan, kesan kognitif yang tinggi dalam menganalisis makna tree akan menyebabkan usaha memproses maklumat menjadi rendah, sehingga hasilnya berjaya mengesahkan bahawa sesuatu maklumat yang dianalisis adalah relevan.

• Sebagai contoh, domain metafora berjaya melahirkan andaian bahawa:

ABSTRACT COMPLEX SYSTEMS ARE PLANTS Contoh: The local branch of Barclays is on High Streets

PEOPLE ARE PLANTS Contoh: He’s a rotten person

Page 35: Bab 8 Teori Hibrid

• Pertambahan makna dari konsep leksikal tree kepada makna tree berdasarkan andaian-andaian yang distruktur dalam konsep ad hoc membolehkan pemahaman makna leksikal tree menjadi semakin meluas, tanpa terikat kepada makna konsep leksikal semata-mata.

• Gambaran jelas ini menunjukkan bahawa makna boleh dihurai dengan lebih emperikal dan bersistem melalui penjelasan dalam rantau konsepsi yang digagaskan dalam teori hibrid.

• Melalui rajah yang disertakan, dapat disimpulkan bahawa, penjelasan yang emperikal dan bersistem dalam menerangkan proses memberi dan memahami makna kepada sesuatu leksikal dapat dihasilkan.

• tree bukan sekadar gambaran fizikal yang melibatkan trunk (consist of wood), branches (depending of the time of the year) atau leaves semata-mata, tetapi melalui teori hibrid, tree juga dapat difahami melalui konsep ad hoc yang memperkenalkan domain metafora bagi tree.

Page 36: Bab 8 Teori Hibrid
Page 37: Bab 8 Teori Hibrid

MAKLUMAT TAMBAHAN – Model Proses Tiga Serangkai (MPTS)

• Stover (2010) telah menambahbaik teori ini dengan memperkenalkan Model Proses Tiga Serangkai (Triple Processing)

• Model ini digunakan untuk memudahkan proses menganalisis metafora dengan memperlihatkan kedua-dua sisi, analisis pragmatik dan linguistik kognitif

• Melalui model ini, kesemua cara yang dianjurkan oleh Tendahl (2008) akan disusun bersama dengan dua jenis representasi

Page 38: Bab 8 Teori Hibrid

• Dua jenis representasi tersebut ialah– representasi proposisi - melalui proses

pembuktian (inferential processes) – representasi pengalaman imagistik (imagistic-

experiential) - melalui proses simulasi• Menurut Stöver (2010): …This model has the

advantage that it provides the logical precision of Relevance Theory, catering for psychologically plausible communication processes, while at the same time benefiting from cognitive-linguistic insights concerning a holistic understanding of the world and how things relate to each other,…

Page 39: Bab 8 Teori Hibrid
Page 40: Bab 8 Teori Hibrid

3 Proses dalam

• Berdasarkan Rajah 1, Proses Tiga Serangkai melibatkan tiga proses yang saling melengkapi iaitu – proses simulasi (simulation) – proses perubahan penyampaian

(metarepresentational) – proses pembuktian (inferential)

Page 41: Bab 8 Teori Hibrid

Proses Simulasi (simulation)

• Melibatkan penginterpretasian makna secara literal atau harfiah.

• Ujaran yang difahami pada peringkat ini adalah bersifat eksplikatur (tersurat)

Page 42: Bab 8 Teori Hibrid

Proses Perubahan Penyampaian (metarepresentational)

• Berperanan untuk memberi input dan pengantara maklumat kepada proses pembuktian yang mengandungi pengalaman imagistik pendengar atau pembaca untuk mendapatkan makna yang hendak dikomunikasikan yakni makna yang difahami.

• Makna yang dikomunikasikan ini pula akan tersimpan dalam rantau konsepsi seseorang pendengar atau penutur dan akan digunakan secara berulang-ulang kerana ia adalah sebahagian daripada pengalaman, maklumat atau catatan ensiklopedia serta pengalaman badaniah yang telah dialami.

Page 43: Bab 8 Teori Hibrid

Proses Pembuktian (inferential)

• Melibatkan ujaran yang bersifat implikatur atau tersirat.

• Untuk memahami makna frasa atau leksikal yang bersifat metafora, proses simulasi dan proses pembuktian berlaku secara serentak serta melibatkan penerapan konsep ad-hoc dalam gagasan Teori Relevans dan proses pemetaan domain berdasarkan pendekatan linguistik kognitif.

Page 44: Bab 8 Teori Hibrid

Rantau Konsepsi berdasarkan MPTS

• Rantau konsepsi ialah satu kawasan tempat terkumpulnya pemahaman makna kata yang dihubungkan daripada pelbagai elemen seperti domain, skema imej dan metafora konsepsi.

• Tendahl (2008) menyatakan rantau konsepsi “…is usually much too unspecified in oder to call it the meaning of a word”.

• Hanna Stöver (2010), rantau konsepsi melibatkan beberapa jenis representasi yang terhasil melalui penggabungan dua kategori struktur pengetahuan (knowledge structure) iaitu imagistic-experiential representations dan propositional representations

Page 45: Bab 8 Teori Hibrid
Page 46: Bab 8 Teori Hibrid

Contoh Analisis

Page 47: Bab 8 Teori Hibrid
Page 48: Bab 8 Teori Hibrid

• Pemaparan proses penerapan konsep ad hoc penyempitan dan peluasan di atas dapat memudahkan proses penginterpretasian makna dilakukan.

• Ad hoc penyempitan biasanya diaplikasikan apabila leksikal atau ungkapan yang digunakan kabur atau mempunyai pelbagai inferens dan pembaca/pendengar akan melakukan pemilihan dan pengguguran andaian yang tidak relevan dengan konteks seterusnya menyempitkan makna yang diingini.

• Contoh dalam data (ai) di atas, leksikal naik dianggap kabur kerana mempunyai pelbagai makna rujukan seperti perbuatan bergerak ke atas, bergerak ke tempat yang lebih tinggi, berubah, bertambah, meningkat atau mengenderai (menaiki kenderaan).

Page 49: Bab 8 Teori Hibrid

• Jelas di sini menunjukkan bahawa leksikal naik mempunyai banyak inferens.

• Namun begitu, dalam konteks di atas, leksikal naik merujuk kepada perubahan perasaan dan emosi secara abstrak atau berlaku perubahan perasaan apabila sesuatu perkara yang diketahui tidak memuaskan hati atau mengancam diri.

• Berdasarkan ad hoc penyempitan, pembaca / pendengar akan memilih inferens yang paling relevan dalam lingkungan C bagi leksikal naik*.

• Maka terhasil makna yang diingini iaitu Raja Kelana Hitam berasa terlalu marah apabila mengetahui bahawa menteri Kelahum cuba menghalang baginda menjadi raja di negeri Kedah.

Page 50: Bab 8 Teori Hibrid
Page 51: Bab 8 Teori Hibrid

• Proses peluasan dan penyempitan ad-hoc ini merupakan proses simulasi mental (mental simulation) yang berlaku secara serentak pada tahap representasi pengalaman imagistik (imagistic-experiential representations) atau pada peringkat proses perubahan penyampaian (metarepresentational process)

• Pada tahap ini jugalah metafora konsepsi terhasil, yang melibatkan proses pemetaan domain dan penghasilan skema imej.

• Berdasarkan data (ai), proses perubahan penyampaian bagi frasa naik marahlah dapat diringkaskan seperti berikut:

Page 52: Bab 8 Teori Hibrid
Page 53: Bab 8 Teori Hibrid

• Frasa mukanya merah seperti bunga raya dalam data (aii) diinterpretasikan melalui konsep ad hoc peluasan.

• Ungkapan ini merupakan ungkapan metafora yang mempunyai makna yang sukar ditafsirkan sekiranya konteksnya tidak difahami.

• Melalui ad hoc peluasan, andaian dan kesimpulan implikatur boleh dibina untuk memahami metafora.

• Daripada andaian yang banyak terhasil itu, satu sahaja yang akan dipilih sebagai kesimpulan yang paling relevan.

Page 54: Bab 8 Teori Hibrid

• Frasa mukanya merah seperti bunga raya boleh menghasilkan interpretasi atau andaian implikatur seperti berikut: – Muka berbentuk seperti bunga raya – Muka menyerupai warna seperti bunga raya* – Muka menyerupai fizikal bunga raya – Muka seperti tekstur bunga raya

• Andaian yang terhasil perlulah dikaitkan dengan sifat bunga raya. Dalam konteks ini, sifat bunga raya yang berwarna merah dikaitkan dengan keadaan fizikal atau muka seseorang yang sedang marah.

• Berdasarkan konteks ungkapan dan persekitaran kognitif, muka seseorang akan bertukar menjadi kemerah-merahan apabila sedang marah maka interpretasi (ii) dipilih sebagai kesimpulan implikatur iaitu muka Raja Kelana Hitam menjadi warna kemerah-merahan kerana berasa terlalu marah apabila mendengar orang suruhan menteri Kelahum menyampaikan berita bahawa menteri Kelahum cuba menghalang baginda menjadi raja di negeri Kedah.

Page 55: Bab 8 Teori Hibrid
Page 56: Bab 8 Teori Hibrid