bab 8 agama dan hubungan etnik

36
AGAMA DAN HUBUNGAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK ETNIK

Upload: jiljungjug

Post on 11-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

he

TRANSCRIPT

  • AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

  • PengenalanPrinsip rukun negara yang pertama Kepercayaan kepada Tuhan.Penanda jati diri rakyat Malaysia ialah agama.Isu agama perlu ditangani dengan penuh hikmah agar ia bukan menjadi isu yang meruntuhkan keamanan dan kedamaian yang dinimati.

  • Pengenalan.Perlembagaan negara: Perkara 3 ceraian (1) menegaskan bahawa Islam sebagai agama persekutuan.Agama-agama lain bebas diamalkan.Tidak boleh menyebarkan agama lain di kalangan orang Islam.

  • Agama Islam dan agama-agama lain.Islam bermaksud: Selamat, sejahtera, aman damai.Asas kepada agama Islam ialah Tiada paksaan dalam Islam, sesungguhnya telah jelas petunjuk daripada kesesatan Al-Baqarah, ayat 256.Huraian ayat:i) Islam tidak memaksa dan tidak menerima orang bukan Islam masuk Islam kerana paksaan.ii)Orang yang sudah Islam perlu patuh kepada ketetapan-ketetapan yang telah ditentukan.iii)Setiap individu perlu memahami dan mengetahui (berilmu) dalam memilih/menganut agama.

  • Asas kepada hubungan etnik dalam Islam.Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra,kenal mengenali antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).Al-Hujurat, ayat 13.

  • Prof. Keith L. MooreProf. Keith L. Moore adalah profesor bidang Anatomi Universiti Toronto dan pernah dianugerahkan J.C.B. Grand Award tahun1984 (The Developing Human: Clinically Oriented Embryology (Third Edition): Selama 3 tahun saya bekerjasama dengan Jawatankuasa Embriologi di Universiti Abdul Aziz, Jeddah bagi membantu mereka menginterpretasikan ayat-ayat Quran dan Hadis yang berkaitan dengan kejadian manusia dan embrio di dalam rahim. Saya amat kagum dengan ketepatan ayat-ayat (Quran) yang diturunkan pada abad ke 7 masihi ini dibandingkan dengan penemuan-penemuan semasa, sedangkan ketika itu bidang sains embriologi masih belum wujud...selama ini saya tidak pernah tahu isi-isi yang terdapat dalam Quran dan Sunnah.

  • Agama-agama lain di Malaysia : Buddhabahasa Sanskrit bermaksud yang bebas dari kejahilan (awaken one). Pengasas : Siddharta Gautama Buddha.Ajaran Empat Kebenaran Mulia mengenai alam : Penderitaan Penyebab Kepada Penderitaan Penamatan Nafsu Jalan Menuju KebenaranLapan Jalan Murni.

  • Agama-agama lain di Malaysia : HinduAgama Hindu dikenali: Sanathana Dharma yang bermaksud agama abadi.Agama Hindu awal yang dirujuk sebagai budaya Vedik dipercayai telah diamalkan sejak tahun 3500 Sebelum Masihi. Ajaran Hindu dirujuk kepada kitab Veda yang empat iaitu, Rig, Sama, Yajur and Atharva.Tiga dewa utama: Brahma, Vishnu dan Siva.Konsep utama: Dharma, Samsara, Karma, Mokhsa.

  • Agama-agama lain di Malaysia : KristianPengasas agama kristian dikatakan Jesus Christ.Kitab suci: Bible (old testament dan new testament).Empat prinsip utama:Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam.Berpegang kepada konsep triniti.Ajaran Jesus hendaklah diikuti.Setiap orang akan diadili oleh Tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia.

  • Islam dan Hubungan Etnik.Islam melihat kepelbagaian etnik sebagai kekuasaan/keagungan Allah sebagai Pencipta.Surah al-Hujurat, 13.Hadis:Jangan kamu hasad dengki, jangan kamu khianat mengkhianati, jangan kamu membuat konspirasi kejahatan dan jadikanlah semua hamba Allah itu bersaudara.

  • Islam Hadhari.Diperkenalkan oleh YAB, Perdana Menteri di Perhimpunan Agung UMNO ke 55, 23 Sept 2003.Satu pendekatan.Pendekatan Islam Hadhari bertujuan menjana kemajuan manusia untuk pembangunan fizikal, spirital, pembangunan insan, ilmu.Terdapat 10 prinsip.

  • 10 Prinsip Pendekatan Islam HadhariKeimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.TKerajaan yang adil dan beramanahRakyat yang berjiwa merdekaPenguasaaan ilmu pengetahuanPembangunan ekonomi seimbang dan komprehensifKehidupan berkualitiPembelaan hak kumpulan minoriti dan wanitaKeutuhan budaya dan moralPemeliharaan alam semulajadiKekuatan pertahanan.

  • Makna HadhariHadharah: kebandaran, bertamadun, moden.Hadharah, Tamadun, Madani.Istilah-istilah yang menunjukkan situasi hidup masyarakat.Perbezaan antara tamadun menurut perspektif Islam dengan Barat.

  • Tujuan dan Pendekatan Islam Hadhari.Memperkasakan umat Islam agar dapat menghadapi pelbagai cabaran semasa.Pendekatan yang difikirkan sesuai bagi sesebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum, ras, agama dan keturunan.Setiap golongan etnik perlu mendapat peluang menikmati kemakmuran dan keamanan negara.

  • Ke arah membentuk masyarakat Hadhari.Hidup dalam dunia global memerlukan persediaan dan persiapan yang sewajarnya daripada setiap individu dalam setiap aspek.Globalisasi merupakan satu fenomena yang membentuk wajah baru dunia.Negara-negara membangun seperti Malaysia perlu menangani cabaran globalisasi dalam pelbagai dimensi hidup.

  • Membentuk Masyarakat HadhariNegara perlu memantapkan kestabilan ekonomi, politik, mengukuhkan ketahanan budaya dan ikatan sosial dalam kalangan masyarakat yang pelbagai.Dalam masa yang sama perlu juga memantapkan keutuhan moral dan akhlak bangsa.Maju dari sudut material, hancur dari aspek akhlak dan moral menghancurkan/melumpukan negara sedikit demi sedikit.

  • Realiti kehidupan msyarakat kini dan kaitannya dengan pendekatan Islam Hadhari serta hubungan etnik.Hikmah kejadian manusia terdiri dari kepelbagaian bangsa, kaum serta keturunan.Kepelbagaian tersebut bukan untuk bermusuhan atau saling benci membenci antara satu kaum dengan kaum yang lain.Untuk kesejahteraan manusia memerlukan kepada penguasaan ilmu.Pembahagian ekonomi dan kekayaan perlu diagihkan secara adil dan saksama.

  • Asas-asas Hubungan Etnik dalam konteks agama.Kehidupan berteraskan aqidah,syariah dan akhlak Islam merupakan satu tuntutan dalam pendekatan Islam Hadhari.Prinsip-prinsip asas dalam setiap agama berteraskan konsep spiritualiti masing-masing.Antara asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama ialah:

  • Asas-asas Hubungan Etnik dalam konteks agama.Berkenal-kenalan.Persefahaman.Bekerjasama.Persaudaraan.Berkasih sayang.Saling menjamin.

  • Tidur kurang dari 8 jam adalah baikBulan ramadhan mengajar kita agar memanfaatkan masa dan tidur yang berkualiti. Kajian selama 6 tahun melibatkan sejuta orang dewasa berumur 30-102 tahun menunjukkan mereka yang tidur 6-7 jam secara purata setiap malam hidup lebih lama berbanding mereka yang tidur melebihi 8 jam setiap malam. Kajian mendapati mereka yang tidur 5 jam setiap malam hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih daripada 8 jam. Penemuan ini disokong oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika dan ia dimuatkan dalam Archieves of General Psychiatry bertarikh 15 Februari 2002.

  • Aplikasi hubungan etnik dalam kehidupan masyarakat.Kemesraan dalam berkomunikasi.Budaya ziarah menziarahi.Mengambil berat.Memulia dan menghormati seseorang.Menghormati jiran.

  • Aplikasi hubungan etnik.Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui hubungan berikut:tempat kerja.institusi.adat istiadat.politik.kebajikanaktiviti sosial.rekreasi.

  • Keharmonian masyarakat Malaysia.Jabatan Perpaduan Negara: semangat kejiranan dapat dipupuk berasaskan unsur-unsur berikut:Sayang dan megah dengan kawasan atau tempat tinggal.mengangap diri sebagai sebahagian dari masyarakat.saling merasa bertanggungjawab terhadap keharmonian.saling bertemu dan tolong menolong antara jiran tetangga.

  • Kisah teladan/ikutanRasulullah s.a.w. menziarahi jirannya non muslim (Yahudi) yang jatuhsakit, walaupun jiran tersebut sentiasa menyakiti hatinya.Rasulullah s.a.w. bersabda,maksudnya: Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya.

  • Hidup maju melalui kerjasama pelbagai etnik.Kehidupan bermasyarakat bukan hanya tuntutan sosial, malah fitrah hidup manusia.Kerjasama pelbagai etnik penting dalam memenuhi tuntutan hidup bermasyarakat.

  • Kesimpulan.Agama merupakan satu istitusi yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia.Perkongsian harmoni atau co-existence, nilai-nilai agama Islam dan nilai agama lain di Malaysia mempunyai banyak persamaan dari segi nilai-nilai sejagat yang diterima dan diamalkan.Kemajuan material dan fizikal perlu diseimbangkan dengan kemantapan serta kemajuan rohani.Pendekatan Islam hadhari dilihat amat sesuai bagi tujuan memantapkan kemajuan kerohanian masyarakat di Malaysia.