bab 5 tanaman hiasan tingkatan 2

14
BAB 5 : TANAMAN HIASAN

Upload: zyda-aziz

Post on 20-Aug-2015

8.735 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

BAB 5 : TANAMAN HIASAN

MEMASU SEMULA• Tujuan memasu semula• Memudahkan tanaman hiasan memperoleh

nutrien,air dan cahaya matahari.• Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan

dengan mudah.• Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti

menyiram, menggembur dan membaja.• Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak

sesuai dengan saiz tanaman.

Menyediakan medium untuk memasu

7 bahagian Tanah loam

3 bahagian Bahan organik

2 bahagian Pasir sungai

Langkah-langkah memasu semula tanaman

1)

2) Bersihkan dan tutup saliran dibahagian dasar dengan serpihan pasu yang pecah.

Pilih pasu yang lebih besar.

3) Masukkan medium memasu sehingga 1/3 memenuhi ruang pasu.

Langkah-langkah memasu semula tanaman

4) Keluarkan pokok dari pasu asal (bagi memudahkan pengeluaran pasu asal, potongkan akar-akar yang terkeluar dari lubang saliran di dasar pasu, ketukkan perlahan-lahan dinding pasu supaya medium tidak melekat pada dinding dalam pasu)

5) Pegang pangkal pokok dan tarik keatas sehingga medium asal bersama pokok keluar dari pasu.

Langkah-langkah memasu semula tanaman

Atau• Terbalikkan kedudukan pasu tepi meja sambil sebelah tangan memegang

pangkal pokok dan sebelah tangan mencengkam lubang didasar pasu. Ketuk meja perlahan-lahan sehingga medium pokok terkeluar dari pasu.

6) pangkaskan dahan atau ranting yang tidak dikehendaki sebelum menanam semula ke dalam pasu yang baru.

Langkah-langkah memasu semula tanaman

7) Keluarkan serpihan pasu yang digunakan untuk menutup lubang saliran pada pasu lama dan pangkaskan 1/3 bahagian medium lama untuk menyediakan ruang lebih banyak pada medium didalam pasu.

8) Masukkan pokok bersama medium lama yang telah dipangkas ditengah-tengah pasu baru dan ditambahkan medium pemasuan yang telah disediakan sehingga paras 2.5 cm daripada permukaan pasu. Padatkan medium.

9) Siramkan medium dan letakkan ditempat teduh.

Penjagaan tanaman hiasan

A) MERUMPUT 1) Aktiviti ini bertujuan membuang rumput yang tumbuh

bersama-sama tanaman hiasan.2) Rumput perlu dibuang untuk mengelakkan persaingannya

dengan tanaman hiasan bagi memperolehi cahaya, nutrien, air dan ruang.

3) Merumput dapat dibuang dengan menggunakan tangan / serampang tangan.

Penjagaan tanaman hiasan

B) MENGGEMBUR TANAH 1) Bertujuan melonggarkan medium yang keras supaya akar

dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah.2) Medium yang digemburkan dapat memudahkan akar

menembusi dan memperbaiki pengudaraan tanah.3) Menggembur boleh dilakukan dengan menggunakan tangan

atau sudip.

Penjagaan tanaman hiasan

C) MEMBAJA1) Tujuan utama membaja ialah membekalkan nutrien kepada

tanaman hiasan.2) Setelah selesai kerja membaja, siramkan tanaman hiasan.3) Baja yang digunakan terdiri daripada baja organik atau baja

kimia.

Penjagaan tanaman hiasan

D) MENYIRAM1) Kerja menyiram dilakukan untuk membekalkan air yang

mencukupi kepada tanaman.2) Tanaman perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari.3) Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang mempunyai

muncung yang berlubang halus.

MEMASU SEMULA• CIRI-CIRI TANAMAN YANG PERLU

PEMASUAN SEMULA Air siraman bertakung

Medium terlalu padat

Pasu retak

Akar terkeluar

MEMilih pasu• CIRI-CIRI PEMILIHAN PASUa) Saiz pasu hendaklah sesuai dgn saiz pokok yang

hendak ditanam. b) Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan air

berlebihan dari pasu.c) Mudah dibersihkan supaya kelihatan cantik dan

menarik.d) Menarik, kemas dan ringan supaya pasu mudah

dialihkan.

Sekian terima kasih..Sesi soal jawab….