bab 5 tambahan 1

45
BAB LIMA ( 5 ) GERUDI DAN MESIN GERUDI Di Sediakan oleh : Hasnul Munawar Bin Ghani Politeknik Johor Bahru Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Upload: hasnul73

Post on 25-Jun-2015

1.223 views

Category:

Sports


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5 tambahan 1

BAB LIMA ( 5 )GERUDI DAN MESIN

GERUDI

Di Sediakan oleh :Hasnul Munawar Bin Ghani

Politeknik Johor BahruJabatan Kejuruteraan Mekanikal

Page 2: Bab 5 tambahan 1
Page 3: Bab 5 tambahan 1

GERUDI DAN MESIN GERUDI

MAKSUD FUNGSI GAMBAR RAJAH JENIS-JENIS BAHAGIAN-BAHAGIAN SERTA FUNGSINYA PROSEDUR MENGGERUDI

Page 4: Bab 5 tambahan 1

GERUDI Gerudi ialah satu alat atau mesin untuk

membuat lubang pada permukaan logam.

Gerudi ini juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang sengat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.

Gerudi dibuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.

Page 5: Bab 5 tambahan 1

JENIS-JENIS GERUDI Gerudi Pintal Gerudi Benam Gerudi Pusat Gerudi Lurah Lurus Gerudi Rata Gerudi Melubang Senggat

Page 6: Bab 5 tambahan 1

GERUDI PINTAL Digunakan dalam bengkel mesin untuk

kerja-kerja am. Hujung matanya berbentuk kon dan di

canai supaya dapat menghasilkan sudut pemotongan dan sudut kelegaan.

Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya.

Page 7: Bab 5 tambahan 1

GERUDI PINTAL

Page 8: Bab 5 tambahan 1

JENIS-JENIS GERUDI PINTAL

Gerudi Pintal Lubang Minyak Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah Dan

Sudut Helixs Tinggi. Gerudi Pintal Tiga Lurah atau Empat

Lurah

Page 9: Bab 5 tambahan 1

Gerudi Pintal Lubang Minyak

Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ke tepi pemotong, Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan sempurna.

Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja pengeluaran.

Page 10: Bab 5 tambahan 1

Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang

Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja

Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam.

Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.

Page 11: Bab 5 tambahan 1

Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah Dan Sudut Helixs Tinggi Bentuknya lebih kurang sama dengan gerudi

pintal biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa.

Keistimewaan gerudi ini ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan,logam liat dan dapat menghasilkan lubang yang dalam.

Manakala bagi sudut pendek pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian, asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.

Page 12: Bab 5 tambahan 1

Gerudi Pintal Tiga Lurah atau Empat Lurah

Kegunaannya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada tuangan.

Selain itu,lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak.

Justeru ia boleh menyokong gerudi dengan lebih sempurna dan boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.

Page 13: Bab 5 tambahan 1

BAHAGIAN GERUDI PINTAL

Hujung Mata Pusat mata Bibir pemotong Lurah Lengkang lurah Jidar Batang Puting

Page 14: Bab 5 tambahan 1

HUJUNG MATA

Terdapat hujung mata dan bahagian hujungnya berbentuk kon.

Ia dicanai dengan sudut kandung 118 darjah,bibir pemotong membahagi dua sudut kandung .Masing-masing membentuk sudut 59 darjah dari paksi.

Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi.

Page 15: Bab 5 tambahan 1

PUSAT MATA

Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong.

Manakala fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk ke dalam permukaan logam.

Page 16: Bab 5 tambahan 1

BIBIR PEMOTONG Fungsi bibir pemotong atau bibir

pengerat ialah bertindak sebagai mata gerudi.

Ia diperbuat daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon.

Panjang bibir pemotong ini dibuat dalam saiz yang sama panjang.

Page 17: Bab 5 tambahan 1

LURAH Fungsi lurah ialah: Untuk membentuk tepi pemotong atau

bibir pemotong pada hujung berbentuk kon.

Tujuan untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar.

Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.

Supaya memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.

Page 18: Bab 5 tambahan 1

LENGKANG LURAH

Lengkang lurah ialah merupakan tebing yang memisahkan lurah.

Ia juga dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih tebal di bahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.

Page 19: Bab 5 tambahan 1

JIDAR Maksud jidar ialah tebing sempit yang

menonjol disepanjang lurah. Kegunaannya ialah untuk memberi

telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel.

Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.

Page 20: Bab 5 tambahan 1

BATANG

Batang Lurus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi.

Batang tirus untuk gerudi besar yang mampunyai saiz lebih daripada 13 mm.

Ia dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz.

Page 21: Bab 5 tambahan 1

PUTTING

Putting ini berbentuk nipis, terletak dibahagian pangkal gerudi.Putting terdapat pada bahagian batang tirus sahaja.

Ia untuk memudahkan gerudi diputar kerana putting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket atau liang sendi.

Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dengan mudah dengan menggunakan alat perenggang

Page 22: Bab 5 tambahan 1
Page 23: Bab 5 tambahan 1

GERUDI BENAM

Gerudi tersebut mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan ia berbentuk kon.

Manakala sudut matanya ialah 900 hingga 1200.

Gerudi benam digunakan khas untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau lubang rivet boleh dipasang.

Selain itu Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.

Page 24: Bab 5 tambahan 1

GERUDI BENAM

Page 25: Bab 5 tambahan 1

GERUDI PUSAT

Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasanya mempunyai sudut pemotongan 600 sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 600 dan 1200 di kedua-dua hujungnya.

Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada 3mm ke atas.

Fungsi gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.

Page 26: Bab 5 tambahan 1

GERUDI RATA

Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai.

Sudut pemotonganya dicanai 900 dan sudut kelegaan pulaantara 50 hingga 120 bergantug pada jenis logam yang digerudi.

Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini kerana banyak terdapat kekurangan antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa bulat, saiz tidak tepat tatal sukar dikeluarkan.

Page 27: Bab 5 tambahan 1

GERUDI RATA

Page 28: Bab 5 tambahan 1

GERUDI MELUBANG SESENGAT

Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru Allen.

Selain itu ia digunakan untuk melicinkan permukaan bintik dan juga menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau kengkangnya.

Page 29: Bab 5 tambahan 1

GERUDI SESENGAT

Page 30: Bab 5 tambahan 1

MESIN GERUDI

Fungsi mesin gerudi ialah: (a) menggerudi lubang(b) melulas (c)melubang benam(d)melubang sengat(e)membenang dalam(f) meratakan permukaan bintik.

Page 31: Bab 5 tambahan 1

JENIS-JENIS MESIN GERUDI

Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.

Mesin gerudi tiang Mesin gerudi jejarian Mesin gerudi mudah alih Mesin gerudi kerja khas

Page 32: Bab 5 tambahan 1

MESIN GERUDI TEKAN

Dinamakan mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakkan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi.

Mempunyai 2 jenis iaitu jenis meja dan jenis lantai.

Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz melebihi daripada 13mm.

Page 33: Bab 5 tambahan 1

MESIN GERUDI MEJA

Page 34: Bab 5 tambahan 1

MESIN GERUDI JEJARIAN

Ia sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak ke luar atau kedalam dia atas lengan jejarian dan lengan ini dipasang diatas turus tegak mesin itu.

Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah pengesetannya.

Keistimewaan terhadap mesin ini ialah: a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar. b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi c) pemilihan kelajuan lebih luas d) tegap dan tidak bergegar

Page 35: Bab 5 tambahan 1

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

Mesin ini mudah hendak bawa ke mana sahaja. Ia berfungsi untuk menggerudi lubang yang kecil

dan dikendalikan dengan kuasa elektrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih, iaitu: a) Jenis Pistol Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang

sebelah tangan. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.

b) Jenis Kerja Berat Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang

dengan kedua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat.

Page 36: Bab 5 tambahan 1

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

Page 37: Bab 5 tambahan 1

MESIN GERUDI KHAS

Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai kegunaan, bergantung kepada mesin gerudi khas itu. Jenis-jenis mesin gerudi khas ialah:

Mesin Gerudi berbilang Spindal Mesin Gerudi Regu Mesin Gerudi Turret Mesin Gerudi Kawalan Angka

Berkomputer.

Page 38: Bab 5 tambahan 1

MESIN GERUDI TIANG

Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif.

Digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukannya stabil.

Bentuk mesin ini hampir sama dengan bentuk mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pembolehubah dan hantaran berkuasa aautomatik, dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.

Page 39: Bab 5 tambahan 1

Bahagian-Bahagian Mesin Gerudi Tekan (Meja) dan Mesin Gerudi Tiang

Page 40: Bab 5 tambahan 1

TAPAK

Diperbuat daripada besi tuang. Disebabkan itu kedudukan mesin menjadi

stabil. Mempunyai lurah-lurah T yang berfungsi

untuk memegang benda kerja yang besar.

Page 41: Bab 5 tambahan 1

TURUS

Diperbuat daripada keluli berlubang. Ia dipasangkan pada tapak. Manakala di bahagian hujung sebelah

atas dipasang motor. Alat-alat lain yang dipasang pada turus

ialah meja.

Page 42: Bab 5 tambahan 1

MEJA

Berbentuk segiempat bujur dan bulat. Diperbuat daripada besi tuang. Fungsi T ialah untuk mengikat ragum

mesin atau benda kerja. Meja juga bolehdigerakkan kepada

sebarang sudut di mana-mana kedudukan yang sesuai.

Page 43: Bab 5 tambahan 1

SPINDAL

Ia diperbuat daripada keluli. Spindal bleh di gerakkan secara turun

dan naik dengan pertolongan rak dan gear pinaan.

Spindal juga mempunyai lubang tirus jenis Morse No.2 untuk disesuaikan dengan tirusan batang gerudi,cuk gerudi,adaptor,soket dan liang sendi.

Page 44: Bab 5 tambahan 1

PENGAWALAN HANTARAN

Hantaran dibuat dengan menggunakan tangan.

Bahagian hujung tuil akan dipasangkan dengan gear pinaan dan rak dipasangkan pada spindal.

Tujuannya untuk membolehkan spindal boleh bergerak turun dan naik apabila tuil penghantar diputarkan.

Page 45: Bab 5 tambahan 1

KELAJUAN PEMOTONGAN

Ialah panjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran meter yang di kira apabila ia berputar dalam masa satu minit.