bab 5-sistem ian bagasi

12
BAB 5 : SISTEM PENGENDALIAN BAGASI 5.1 Pengenalan Sistem pengendalian bagasi ialah sejenis sistem yang terdapat di terminal lapangan terbang selain daripada sistem yang lain seperti sistem hidraulik dan sebagainya. Tujuan utama sistem kendalian bagasi ini dibuat adalah untuk memudahkan para penumpang mengangkut barang dari bahagian kargo ke bahagian bagasi kapal terbang. Sistem kendalian bagasi ini terdiri daripada tiga jenis iaitu Enplanning ( menggunakan bidai getah warna hitam ), Deplanning ( menggunakan tali pengangkut warna hijau ) dan Weight Scale ( alat skala timbangan ). Untuk jenis Deplanning , ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Conveyer Belt dan Conveyer 90 . º Sistem kendalian bagasi ini beroperasi pada satu motor yang berkuasa 240 volt dengan kelajuan 10 km/j. Di bawah Conveyer ini terdapat satu rantai dan roda untuk menggerakkan Conveyer 68

Upload: robotjahat

Post on 12-Jun-2015

389 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5-Sistem ian Bagasi

BAB 5 : SISTEM PENGENDALIAN BAGASI

5.1 Pengenalan

Sistem pengendalian bagasi ialah sejenis sistem yang terdapat di terminal

lapangan terbang selain daripada sistem yang lain seperti sistem hidraulik dan

sebagainya. Tujuan utama sistem kendalian bagasi ini dibuat adalah untuk

memudahkan para penumpang mengangkut barang dari bahagian kargo ke bahagian

bagasi kapal terbang. Sistem kendalian bagasi ini terdiri daripada tiga jenis iaitu

‘Enplanning’ ( menggunakan bidai getah warna hitam ), ‘Deplanning’

( menggunakan tali pengangkut warna hijau ) dan ‘Weight Scale’ ( alat skala

timbangan ). Untuk jenis ‘Deplanning’, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu

‘Conveyer Belt’ dan ‘Conveyer’ 90º.

Sistem kendalian bagasi ini beroperasi pada satu motor yang berkuasa 240

volt dengan kelajuan 10 km/j. Di bawah ‘Conveyer’ ini terdapat satu rantai dan roda

untuk menggerakkan ‘Conveyer Belt’ tersebut. Antara bahagian – bahagian yang

68

Page 2: Bab 5-Sistem ian Bagasi

terdapat pada ‘Conveyer Belt’ ialah seperti roda, rantai, getah ‘Conveyer Belt’,

‘Sprocket’, Motor, Bearing dan ‘Cover’ untuk ‘Conveyer Belt’.

Sungguhpun sistem kendalian bagasi ini sudah lama dan tidak mampu untuk

beroperasi selama beberapa tahun lagi, tetapi kerja–kerja menservis dan

menyelenggara sentiasa dilakukan supaya ia dapat bertahan dan beroperasi tanpa

sebarang masalah. Sistem kendalian bagasi ini diservis dan diselenggara mengikut

masa yang ditetapkan seperti pemeriksaan mingguan, bulanan, dan tahunan.

Untuk kerja–kerja pemeriksaan mingguan adalah seperti mengetatkan bolt

dan nat yang longgar, melakukan pengimbangan dan memastikan semua komponen

‘Conveyer; berada dalam baik. Untuk pemeriksaan bulanan adalah seperti

melakukan penggrissan pada benda–benda yang bergerak dan bergesel dan

melakukan pembersihan pada ‘Conveyer Belt’ dimana terdapat banyak sampah sarap

yang berada di bawah ‘Conveyer’ tersebut. Manakala untuk pemeriksaan tahunan

adalah seperti memeriksa getah ;Conveyer Belt’ tersebut, motor dan bahagian–

bahagian yang sensitif.

5.2 Spesifikasi Sistem Pengendalian Bagasi

Sistem kendalian bagasi ini beroperasi pada satu motor yang berkuasa 240

volt dengan kelajuan 10 km/j. Di bawah ‘conveyor’ ini terdapat satu rantai dan roda

untuk menggerakkan ‘Conveyor Belt’ tersebut. Antara bahagian-bahagian yang

terdapat pada ‘Conveyer Belt’ ialah seperti roda, rantai, getah ‘Conveyor Belt’,

‘Sprocket’, Motor, Bearing dan ‘Cover’ untuk ‘Conveyor Belt’.

69

Page 3: Bab 5-Sistem ian Bagasi

5.3 Penyenggaraan

Sungguhpun sistem pengendalian bagasi ini sudah lama dan tidak mampu

untuk beroperasi selama beberapa tahun lagi, tetapi kerja–kerja servis dan

menyelenggara sentiasa dilakukan supaya ia dapat bertahan dan beroperasi tanpa

sebarang masalah. Sistem pengendalian bagasi ini diservis dan diselenggara

mengikut masa yang ditetapkan seperti pemeriksaan mingguan, bulanan, dan

tahunan.

Untuk kerja–kerja pemeriksaan mingguan adalah seperti mengetatkan bolt

dan nat yang longgar, melakukan pengimbangan dan memastikan semua komponen

‘Conveyor’ berada dalam baik. Untuk pemeriksaan bulanan pula adalah seperti

melakukan penggrissan pada benda–benda yang bergerak dan bergesel dan

melakukan pembersihan pada ‘Conveyer Belt’ dimana terdapat banyak sampah sarap

yang berada di bawah ‘Conveyor’ tersebut. Manakala untuk pemeriksaan tahunan

adalah seperti memeriksa getah ‘Conveyor Belt’ tersebut, motor dan bahagian–

bahagian yang sensitif.

5.4 Kerja–Kerja Pembaikian ‘Conveyer Belt’ 90º

Kerja–kerja pembaikian pada ‘Conveyor Belt’ hendaklah dilakukan supaya ia

tidak mencacatkan operasi pengalihan dan pengangkutan barang-barang penumpang.

Tambahan pula, kerja-kerja membaik pulih ‘Conveyer belt’ ini dilakukan kerana ia

sudah lama tidak beroperasi disebabkan pelbagai masalah. Antara masalah yang

sering berlaku pada ‘Conveyor Belt’ ini adalah seperti rantai selalu putus, rantai

terlepas dari landasan, selalu tersangkut disebabkan sampah sarap yang melekat pada

roda dan yang paling baru ini, lubang untuk meletakkan nat pada kulit getah

‘Conveyor Belt’ sudah koyak.

70

Page 4: Bab 5-Sistem ian Bagasi

5.4.1 Peralatan Yang Digunakan Ketika Kerja Pembaikian

Antara peralatan dan bahan yang digunakan ketika kerja pembaikian adalah

seperti berikut :

i. Sepana Boleh Laras

ii. Ricet

iii. Pemutar Skru

iv. Penyapu

v. Penyedok

vi. Lankey

vii. Pena Ujian

viii. Tukul

71

Page 5: Bab 5-Sistem ian Bagasi

5.4.2 Langkah–langkah Kerja Pembaikian

i. Pertama sekali, pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan

selamat sebelum memulakan kerja– kerja pembaikian.

ii. Alihkan semua benda-benda yang boleh menghalang pergerakan ketika

bekerja.

iii. Buka dahulu pelindung rantai ‘Conveyor Belt’ tersebut.

iv. Longgarkan kesemua bolt dan nat ketika kerja pembaikian dilakukan

seperti nat pada kaki ‘Conveyor Belt’.

v. Tanda dan ukur dahulu bahagian yang hendak ditebuk lubang iaitu

diantara lubang ke lubang.

vi. Setelah di tanda dan diukur, tebuk lubang tersebut dengan menggunakan

alat penebuk lubang.

vii. Setelah di tebuk, ‘Conveyer Belt’ tersebut di alih ke kawasan yang lapang

bagi memudahkan pemasangan bolt dan nat pada lubang yang baru.

viii. Masukkan rantai pada landasannya sendiri dan sambungkan bolt dan nat

dari rantai ke lubang yang baru. Bahagian atas dipasangkan dahulu

bagi memudahkan kerja-kerja pembaikian. Sambungkan rantai yang

putus tersebut.

ix. Setelah siap pasang, ‘Conveyor Belt’ ini diangkat dan didirikan untuk

memudahkan pemasangan rantai pada bahagian belakang kerana

terdapat landasannya sendiri.

72

Page 6: Bab 5-Sistem ian Bagasi

x. Selepas itu, masukkan kesemua bolt dan nat pada lubang–lubang yang

sudah ditebuk.

xi. Kesemua skru yang longgar pada bearing ‘Conveyor’ bahagian belakang

diketatkan.

xii. Rebahkan ‘Conveyor’ tersebut dan lakukan kerja–kerja penggrisan pada

rantai tersebut.

xiii. Alihkan ‘Conveyor Belt’ tersebut ke tempat asalnya dan pastikan kaki

‘Conveyor’ menepati pada lubang besi yang mencengkam mesin

‘Conveyor’ tersebut.

xiv. Ketatkan kesemua skru pada kaki tersebut.

xv. Setelah selesai, pengujian dilakukan ke atas ‘Conveyor Belt’ tersebut

sebelum pelindung rantai di pasang.

xvi. Pemeriksaan dilakukan pada ‘Conveyor Belt’ supaya tiada sebarang

masalah berlaku lagi.

xvii. Pelindung rantai tersebut dipasang dan skrunya diketatkan.

xviii. Pengujian dan pemeriksaan dilakukan buat kali terakhir sebelum

melakukan kerja –kerja pembersihan.

xix. Didapati ‘Conveyor’ berada dalam keadaab baik dan dapat beroperasi

dengan sempurna.

xx. Akhir sekali, kerja–kerja pembersihan dilakukan pada kawasan tempat

bekerja.

73

Page 7: Bab 5-Sistem ian Bagasi

Rajah 5.1 : Rajah menunjukan kerja membuka penutup bahagian rantai.

Rajah 5.2 : Anah panah menunjukan Skru Pengikat yang perlu dibuka.

74

Page 8: Bab 5-Sistem ian Bagasi

Rajah 5.3 : Rajah menunjukan ‘Conveyor Set’ dibawa ke kawasan yang lapang.

Rajah 5.4 : ‘Conveyor Set’ didirikan(Anak panah menunjukkan penutup sebelah

bawah ‘Conveyor’).

75

Page 9: Bab 5-Sistem ian Bagasi

Rajah 5.5 : Kerja pembersihan bahagian bawah ‘Conveyor Set’ dilakukan setelah

penutup dibuka.

Rajah 5.6 : Anak panah menunjukkan lubang baru ditebuk yang bersaiz duit syilling

10sen.

76

Page 10: Bab 5-Sistem ian Bagasi

Rajah 5.7 :Rajah menunjukan rantai yang putus dan ini merupakan punca

‘Conveyor Belt’ tidak berfungsi.

Rajah 5.8 : Rajah menunjukan bahagian belakang ‘Conveyor Belt’.

77

Page 11: Bab 5-Sistem ian Bagasi

Rajah 5.3 : Kedua-dua rajah menunjukan bahagian yang perlu diketatkan.

i. Salah satu komponen yang penting pada ‘Conveyor Celt’ iaitu

bearing.

ii. Ia perlu diketatkan supaya rantai tidak terkeluar dari landasannya.

iii. Sekiranya tidak diketatkan, rantai akan putus selain daripada terkeluar

dari landasan.

78

Page 12: Bab 5-Sistem ian Bagasi

5.5 Kesimpulan

Secara kesimpulan hasil dari kerja–kerja pembaikan ini ialah ‘Conveyor Belt’

ini sudah boleh digunakan. Selain itu, saya telah mengetahui dan mempelajari cara

membaiki ‘Conveyer Belt’ ini mengikut prosedur yang di tetapkan.

Malah saya juga mempelajari apa itu ‘Conveyor Belt’ dan jenis – jenis

‘Conveyor Belt’ yang terdapat di terminal lapangan terbang. Selain itu saya juga

diperkenalkan kepada komponen–komponen yang penting pada sesebuah ‘Conveyor

Belt’.

Kerja – kerja pembaikian dan pembersihan juga penting supaya ia beroperasi

dengan baik dan tidak berlaku sebarang masalah. Kesemua ‘Conveyer Belt’ ini akan

ditukar dengan yang baru apabila terminal lapangan terbang Sibu akan dibuat baru

kelak.

Oleh itu, kerja-kerja pembaikian dilakukan sekiranya berlaku sebarang

masalah pada ‘Conveyor Belt’ dan ini merupakan salah satu bahagian kerja-kerja

kejuruteraan mekanikal di lapangan terbang.

79