bab 5-pengurusan data komponen atribut

Upload: muhd-zulkifli

Post on 16-Jul-2015

83 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN DATAKOMPONEN ATRIBUTHSTIONG

PengenalanKomponen atribut merupakan salah satu daripada komponen penting dalam GIS yang berfungsi untuk menerangkan data spatial. Komponen atribut dalam GIS melibatkan pengurusan ke atas pangkalan data.

Pangkalan DataPangkalan data ialah himpunan data yang logik dan mempunyai makna implisit (tersirat). Direkabentuk, dibina dan dipenuhi dengan data untuk mencapai objektif/tujuan tertentu. Untuk mewakili aspek tertentu.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)Lebih dikenali sebagai Database Management Sistem. Merupakan perisian/aturcara am untuk tujuan memudahkan proses mendefinasi, membina (develop) dan mengolah pangkalan data. Mendefinasi: penentuan jenis data yang akan disimpan dan kenyataan terperinci bagi setiap jenis data. Membina: proses memasukkan data ke dalam pangkalan data mengikut jenis data yang telah ditentukan. Mengolah: proses mendapatkan maklumat dari pangkalan data dan menghapus dan mengemaskini data untuk disesuaikan dengan perubahan dunia sebenar.

Faedah DBMS1. Penebatan di antara aturcara dan data Struktur data adalah bebas dari aturcara yang menggunakan data tersebut kerana ia disimpan secara berasingan. 2. Pengawalan lewahan Mengelakkan pertindihan data dan menjimatkan ruang storan. 3. Perkongsian data Pangkalan data membolehkan data dikongsi dan lebih daripada satu pengguna boleh mencapai data pada suatu masa.

SambunganFaedah DBMS4. Keselamatan data Data hanya boleh dicapai oleh pengguna yang diberi kebenaran sahaja. Boleh menentukan tahap pencapaian data. Ada pengguna hanya boleh melihat dan menyalin; ada yang boleh mengemaskini data. 5. Sandar dan pemulihan (recovery) Sistem pangkalan data menawarkan kemudahan sandar dan pemulihan jika berlaku kegagalan perisian atau kerosakan perkakasan.

Keadaan Yang Tidak Memerlukan DBMSKos yang terlalu tinggi jika dibandingkan dengan sistem pemprosesan fail tradisional. Pemprosesan fail yang mudah, tertakrif baik dan tidak kerap berubah. Multi capaian data tidak diperlukan. Kekurangan tenaga mahir dalam pentadbiran DBMS.

Konsep Pangkalan Data Model Data, Skema dan InstantsModel data ialah konsep yang digunakan untuk menyatakan struktur (jenis data, hubungan dan kekangan di antara data) pangkalan data. Skema pangkalan data ialah pernyataan pangkalan data yang dibuat semasa rekabentuk pangkalan data. Instants ialah data di dalam pangkalan data pada sesuatu ketika.

Model DataKita boleh mengkategorikan model data berasaskan jenis konsep yang diberi untuk menyatakan struktur pangkalan data. Model Data Konseptual Peringkat tinggi memberikan konsep yang terdekat dengan cara pengguna memahami data. Model data ini menggunakan konsep seperti entiti, atribut dan perhubungan. (ER-DIAGRAM) Entiti merupakan objek dunia benar yang diwakilikan di dalam pangkalan data. Atribut ialah ciri-ciri yang menyatakan sifat objek. Perhubungan ialah hubungan di antara objek/entiti di dalam pangkalan data.

1.

SambunganModel Data2. Model Data Logikal Peringkat pertengahan memberikan kosep yang masih boleh difahami oleh pengguna tetapi tidak begitu berbeza daripada cara data disimpan di dalam pangkalan data. Model ini menyembunyikan perician penyimpanan data tetapi masih boleh dilaksanakan di dalam komputer secara langsung. Tiga jenis model data logikal yang sering digunakan ialah data model hubungan, data model hierarki dan data model rangkaian. *

SambunganModel Data3. Model Data Fizikal Peringkat rendah memberikan konsep yang menyatakan perincian bagaimana data disimpan di dalam komputer. Penyimpanan data di dalam komputer menggunakan maklumat format rekod, penertipan rekod dan laluan capaian. Model data ini ditujukan kepada pakar komputer yang kaan melaksanakan pangkalan data, bukannya pengguna.

Senibina Pangakalan DataMenggunakan tiga skema iaitu Skema dalaman, konseptual dan luaran. Skema dalaman Skema ini menyatakan struktur penyimpanan fizikal pangkalan data. Ia menggunakan model data fizikal untuk menyatakan perician penyimpanan data dan laluan capaiannya.

1.

SambunganSenibina Pangakalan Data2. Skema Konseptual Skema ini menyatakan struktur keseluruhan pangkalan dat untuk kegunaan semua pengguna. Menggunakan model data peringkat tinggi untuk menekankan objek serta hubungan dan kekangan di antara objek.

SambunganSenibina Pangakalan Data3. Skema Luaran Skema ini menyatakan pandangan pangkalan data bagi setiap kumpulan pengguna. Sesuatu pandangan hanya menyatakan bahagian pangkalan data yang menjadi kepentingan kepada kumpulan tersebut dan menyembunyikan bahagian-bahagian lain. Skema ini menggunakan model data peringkat tinggi.

Rajah 5.1: Senibina Pangkalan DataPENGGUNA PERINGKAT LUARAN Pandangan Luaran 1 Skema Koseptual Pandangan Luaran 2

PERINGKAT KONSEPTUAL PERINGKAT DALAMAN

Skema Fizikal

DATA TERSIMPAN

Jenis Model Data LogikalModel Data Hirarki Berasaskan rekod yang distruktur di beberapa peringkat. Peringkat-peringkat saling berhubungan. Data disusun dalam bentuk hirarki atau struktur ranting. Pertalian wujud antara induk dengan anak. Tidak ada hubungan terus di antara rekod di peringkat yang sama. Kelemahan: i. Struktur ranting yang menjadi asas tidak fleksibel. ii. Pertalian antara data sukar untuk diubahsuai. iii. Pertanyaan terhad dengan susunan data. iv. Tidak membenarkan elemen mempunyai banyak induk. v. Penggandaan rekod yang sama memerlukan fail indek yang besar dan mesti selalu dikemaskini. vi. Capaian data di peringkat yang lain perlu menerabas struktur hirarki menyebabkan memakan masa.1.

Gambar Rajah 5.2: Model Data Hirarki

Sambungan Jenis Model Data Logikal2. Model Data Rangkaian Model rangkaian menggunakan konsep pertalian berbentuk banyak dengan banyak. Dalam model ini, sesuatu entiti boleh mempunyai banyak induk & juga banyak anak. Berasaskan rekod distruktur di beberapa peringkat logikal dan setiap rekod boleh saling berhubungan. Fail index lebih besar dan rumit daripada data model hirarki. Gelintar lebih pantas daripada data model hirarki. Rekod boleh dicari secara terus tanpa menerabas keseluruhan hirarki di atas rekod tertentu. Mengurangkan kemasukan rekod yang berulang dan memudahkan kerja pengemaskinian. Memerlukan lebih banyak masa untuk mengemaskinikan pertalian jika terdapat sebarang perubahan. Tidak banyak digunakan dalam pelaksanaan GIS.

Gambar Rajah 5.3: Model Data Rangkaian

Sambungan Jenis Model Data Logikal3. Model Data Hubungan Adalah cara yang paling mudah untuk mewakili dunia sebenar. Dibangunkan berasaskan teori set matematik. Data mengenai suatu objek boleh ditempatkan di dalam beberapa jadual yang berasingan. Baris dipanggil tupel, kolum dipanggil atribut dan jadual dipanggil sebagai hubungan. Kekunci (primary key) digunakan untuk menghubungkan rekod yang terdapat di beberapa jadual. Bahasa pertanyaan berstruktur / Structure Query Language (SQL) digunakan dalam model ini.

Gambar Rajah 5.4: Model Data HubunganPelajar JKA Nama Mohd Kharil Ghani Alex No_Pendaftaran 02DUT06F001 02SSB06F523 02DKA06F212 Kursus Ukur Tanah Seni Bina Kejuruteran Awam Kelas Semasa DUT 6 SSB 1B DKA 2A

Kamsis A No_Pendaftaran 02SSB06F523 Bilik C101 Status Bayaran Hutang RM 60/-

Model Data Entiti-PerhubunganLebih dikenali sebagai Entity Relationship Diagram (ERDIAGRAM). Merupakan model peringkat tinggi yang hampir sama dengan tanggapan pengguna terhadap dunia luar. Berasaskan bahawa dunia benar terdiri daripada objek (entiti) dan perhubungan di antara objek. Digunakan untuk peringkat awal merekabentuk pangkalan data. Segiempat untuk melambangkan entiti; Elips untuk melambangkan atribut; daimond untuk melambangkan perhubungan; Garisan untuk melambangkan penyambung. *sila rujuk model data konseptual.

Gambar Rajah 5.5: Model Data Entiti PerhubunganNama No_Pend

1:1Pelajar Ukur TanahKelayakanNo_Pend

Daftar

M:MSubjekPB CGPA

Penilaian

Keputusan Akhir

CPA

M:1No_Pend PA

Rekabentuk Pangkalan Data1. 2. 3.

1. 2. 3. 4. 5.

Objektif rekabentuk pangkalan data adalah untuk: Memenuhi keperluan maklumat sesuatu gunapakai; Memberi cara menstruktur data yang mudah difahami; Menyokong keperluan pemprosesan seperti tempoh tindak-balas, masa pemprosesan dan ruang penyimpanan. Terdapat 5 fasa di dalam rekabentuk pangkalan data: Kajian keperluan pengguna; Rekabentuk konseptual; Rekabentuk logikal; Rekabentuk fizikal; dan Pelaksanaan

SambunganRekabentuk Pangkalan Data1.

Kajian Keperluan Pengguna Dijalankan untuk memahami tahap keperluan pengguna menggunapakai GIS. Maklumat boleh dikumpul melalui kaedah soal selidik, temubual, pemerhatian dsb. Analisis dijalankan untuk mendapat hasil kajian.

SambunganRekabentuk Pangkalan Data2. Rekabentuk Konseptual Matlamat rekabentuk konseptual adalah untuk menghasilkan skema konseptual untuk suatu pangkalan data yang bebas daripada sebarang DBMS. Fasa ini menggunakan model data peringkat tinggi seperti model data entiti-perhubungan. Mesti mengenalpasti asas skema seperti jenis entiti, atribut dan jenis perhubungan. Juga perlu menyatakan kekunci bagi setiap jenis entiti.

SambunganRekabentuk Pangkalan Data3. Rekabentuk Logikal Dalam rekabentuk logikal, rekabentuk konseptual yang menggunakan model data peringkat tinggi ditukar kepada model data yang khusus kepada sesuatu DBMS. Dilakukan selepas model pangkalan data dan pelaksanaan DBMS dipilih. Hirarki, rangkaian atau hubungan.

SambunganRekabentuk Pangkalan Data

4. Rekabentuk Fizikal Proses pemilihan struktur penyimpanan dan laluan capaian bagi fail pangkalan data untuk mendapatkan persembahan yang baik. Hasil rekabentuk fizikal ialah penentuan awal struktur penyimpanan dan laluan untuk fail pangkalan data.

Penggunaan Pangkalan Data Dalam GIS1.

2.

3.

Pemecahan komponen data atribut serta geometri dan DBMS digunakan untuk data atribut sahaja; Pemecahan komponen data atribut serta dan DBMS digunakan untuk kedua-dua data atribut serta geometri; dan Tiada komponen data atribut dan geometri dan DBMS digunakan untuk kedua-dua data atribut serta geometri.

Sekian, terima kasih!