bab 5 pengeluaran dan perdagangan_updated

35
BAB 5 PENGELUARAN DAN PERDAGANGAN

Upload: cs1201

Post on 19-Feb-2016

280 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ekonomi

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

BAB 5

PENGELUARAN DAN PERDAGANGAN

Page 2: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

TEORI-TEORI DAN STRATEGI PERDAGANGANPeringkat Industri Di Malaysia• Pada zaman pemerintahan British, ekonomi

Malaysia tertumpu terhadap bahan-bahan mentah (hasil getah asli, bijih timah dsbnya) utk eksport dan hasil keluaran lain diperlukan untuk kepentingan penjajah.

• Kegiatan perindustrian masih kecil dan hanya 6.7% penduduk Semenanjung Saja yang terlibat dalam bidang perindustrian menurut bancian 1947 (Kanapathy, 1970)

Page 3: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

PENGGANTIAN IMPORT DI MALAYSIA• Program perindustrian banyak bergantung pada getah dan bijih timah antara 1950an dan

1960an dalam usaha mempelbagaikan ekonomi pd ketika itu. • Industri sehingga akhir tahun 1960 lebih tertumpu kpd industri ringan dan pembuatan barang

pengguna seperti membuat sabun, minuman, kasut, pakaian, barangan getah dll. Proses perindustrian di peringkat mudah dan tidak memerlukan kemahiran

• Dasar yg dijanjikan oleh parti perikatan dalam pilihanraya 1955 iaitu memberi galakan kepada pemodal-pemodal tempatan dan penarikan modal asing adalah bertujuan untuk mengurangkan import dan memenuhi permintaan dalam negeri melalui pengeluaran barang sendiri dan memperbaiki imbangan pembayaran.

• Perusahaan kemudian beralih kepada pengeluaran barang-barang modal dan barang-barang perantaraan.

• Sekitar tahun 1959 hingga 1968, industri penggantian import menyumbangkan hampir 41% daripada keseluruhan pertumbuhan output industri. Sumbangan indutri eksport negatif (tiada eksport langsung) dan peranan barang-barang pengguna adalah lebih tinggi dariapda barang-barang perantaraan dan pelaburan.

• Antara tahun 1963 – 1968, peranan barang-barang pelaburan dalam pertumbuhan output industri melebihi peranan barang-barang pengguna dan barang-barang perantaraan telah menyamai peranan barang-barang pengguna (keluaran barangan pelaburan semakin meningkat).

• Sumbangan industri eksport dalam pertumbuhan output industri telah berkembang daripada -1.29% kepada 12.2%.

Page 4: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Orientasi Eksport Malaysia (Penggalakan Eksport) • Sekitar akhir 1960an dan awal tahun 1970an, Akta Galakan Pelaburan

1968 diperkenalkan sebagai kempen menggalakkan industri intensif buruh dan industri berorientasikan eksport.

• Kedatangan modal asing digalakkan terutamanya selepas penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Perekutuan (FIDA) pada tahun 1965.

• Pada akhir tahun 1972, projek-projek perindustrian Malaysia berkeupayaan memenuhi permintaan pasaran tempatan dan pasaran dunia.

• Perluasan eksport telah dapat menyerap lebih banyak buruh per unit output dan modal berbanding industri penggantian import dan perluasan permintaan domestik.

• Industri berbentuk barang kimia, logam, jentera-jentera dan alat-alat pengangkutan.

• Sektor perkilangan berkembang pesat pada tahun 1970an. • Guna tenaga dan KDNK berkembang dengan peranan sektor

perindustrian.

Page 5: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

INDUSTRI BERAT MALAYSIA• Penubuhan industri berat dengan pelaburan yang besar,

tempoh perancangan lebih panjang serta pulangan modal dalam jangka panjang mendapat galakan daripada kerajaan pada dekad 1980an.

• Keutamaan tinggi juga terus diberi kepada penubuhan industri barang modal dan perantaraan dan industri berorientasikan eksport.

• Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 bagi menjalankan projek seperti penubuhan kilang simen, loji keluli, enjin dan projek kereta Nasional (Proton).

• Industri tidak hanya tertumpu di kawasan maju dan bandar sahaja tetapi termasuk kawasan luar bandar, pedalaman dan negeri-negeri kurang maju.

Page 6: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

KADAR PERTUKARAN MATAWANG ASING (KPA)

• Kadar pertukaran mata wang asing : mata wang tempatan berbanding dgn mata wang negara-negara lain.

• Cthnya: RM3.60 = 1USD atau 0.266 USD = RM1. Mata wang asing diperlukan untuk mengimport barang-barang dan perkhidmatan.

• Permintaan dan penawaran mata wang asing berlaku apabila peniaga Malaysia mengimport barang dari Jepun perlu memiliki Yen manakala Peniaga Jepun yang ingin mengimport barang Malaysia perlu memiliki duit Malaysia.

Page 7: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Penentuan Kadar Pertukaran Asing• Dua cara menentukan KPA: Melalui kadar pertukaran bebas• ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang

asing. • Permintaan wang asing untuk tujuan mengimport. Peniaga

Malaysia meminta Yen utk mengimport barangan Jepun. Bila Yen murah, permintaan tinggi dan sebaliknya

• Harga dan kuantiti Yen diminta berhubung secara songsang atau negatif. Keluk permintaan Yen mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

Page 8: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Penentuan Kadar Pertukaran Asing

Jika Yen mahal dalam RM, cth: RM2 = 100 Yen, Qd= 2juta. Jika Yen murah cth: RM 0.50=100 Yen, Qd Yen meningkat 6 juta. Semakin tinggi (rendah) harga Yen, semakin tinggi (rendah) kuantiti Yen diminta

Page 9: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Penentuan Kadar Pertukaran Asing• Penwaran mata wang asing mempunyai hubungan positif di antara harga dan

kuantiti ditawar. • Jika harga matawang mahal (murah), jumlah wang ditawar tinggi (rendah). • Cth: peniaga Jepun mengimport barangan dari Malaysia akan meminta ringgit

dan menawarkan Yen. • Jika Yen mahal, RM 2=100 Yen, Jumlah Yen ditawarkan 6 juta, Jika Yen murah

RM0.50=100 Yen, jumlah ditawarkan 2 juta. • Semakin tinggi (rendah) harga, semakin tinggi (rendah) kuantiti Yen ditawar.

Page 10: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Penentuan Kadar Pertukaran AsingKeseimbangan Kadar Pertukaran• Keseimbangan berlaku apabila Qd matawang asing = Q ditawarkan. • Jika Yen mahal, penawaran melebihi permintaan (jarak ab)• Jika murah, permintaan melebihi penawaran (jarak cd)• Proses perubahan dalam kadar pertukaran mewujudkan satu titik

keseimbangan pada titik E, (RM1 = 100 Yen, 4 juta Yen kuantiti digunakan dalam urusniaga.

Page 11: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Penentuan Kadar Pertukaran AsingMelalui kadar pertukaran tetap

• Kadar pertukaran ditentukan kerajaan – kadar pertukaran tetap / Kadar Tukaran Rasmi. • Kadar tukaran ditentukan oleh pasaran bebas, RM1=100 Yen (titik E). • Jika kerajaan mendapati tidak sesuai, kadar tukaran baru boleh ditetapkan. Cth: kerajaan tetapkan

100 Yen = RM0.50 (tukaran II), didapati ringgit lebih mahal atau dinilai lebih tinggi (Terlebih Nilai). • Kerajaan campur tangan untuk menetapkan kadar pertukaran baru utk mengurangkan import dan

menambah eksport. • Bila ringgit murah / rendah nilai, barangan Malaysia menjadi lebih murah pada pandangan rakyat

asing. Ia akan menambahkan eksport dan mengurangkan import kepada negara dan membaiki imbangan pembayaran.

Page 12: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asing

a) Harga Relatif• Jika barang di Thailand lebih murah, rakyat Malaysia akan membeli banyak

barangan Thailand. Permintaan Baht Thai meningkat dan naik nilai manakala ringgit menurun. Kadar pertukaran mata wang asing meningkat.

• E = titik keseimbangan dgn kadar RM1.80 = 100 baht.

• Jika barangan Thailand lebih murah drpd Malaysia, banyak barangan Thailand akan diimport ke Malaysia. Permintaan Baht naik dan keluk permintaan berubah dari D0 ke Di.

• Rakyat Thailand akan mengurangkan import kerana menganggap barangan Malaysia lebih mahal. Penawaran Baht merosot dari S0 S0 ke S1S1.

• Keseimbangan kadar pertukaran baru berpindah dari E ke Ei , baht naik dan ringgit turun nilai , RM2 = 100 baht.

Page 13: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asingb) Kadar bunga relatif

• Kadar bunga diandaikan lebih tinggi di Malaysia berbanding Thailand. • Banyak modal mengalir ke Malaysia, permintaan ringgit meningkat, nilai ringgit naik dan

baht turun. • Keseimbangan asal pada E (RM2 = 100 bath). • Jika kadar bunag di Malaysia tinggi, banyak modal luar akan masuk ke Malaysia. Jika modal

luar tersebut drpd Thai, permintaan Baht merosot di kalangan penduduk Malaysia. • Keluk permintaan akan turun dari D0 D0 ke Di. Di ,Penawaran baht Thai meningkat untuk

mendapatkan ringgit. • Keluk penawaran baht berpindah ke kanan dari S0 S0 ke S1S1.

• Wujud keseimbangan baru pada titik Ei (RM1.60 = 100 baht), ringgit naik nilai dan mahal, baht turun nilai dan menjadi murah.

Page 14: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asingc) Perubahan harga barang-barang eksport dan import.

• Perubahan harga barang-barang eksport dan import mempengaruhi kadar pertukaran. • Harga eksport barang-barang Malaysia lebih murah berbanding Thai, permintaan ringgit

meningkat. • Import Malaysia dari Thai merosot kerana barang-barang Thai relatifnya mahal. • Ringgit akan naik nilai dan baht turun nilai. • Keseimbangan asal E (RM 2=100 Baht). Jika harga eksport barang Malaysia murah,

permintaan ringgit meningkat dan permintaan Baht merosot. • Kemerosotan permintaan Baht ditunjukan oleh gerakan dari D0 D0 ke Di. Di .

• Rakyat Thai akan menawarkan Bath untuk mendapatkan Ringgit, keluk penawaran Baht berubah dari S0 S0 ke S1S1.

• Keseimbangan baru pada titik Ei (RM1 = 100 Baht), nilai Ringgit naik dan Baht turun nilai.

Page 15: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asingiv) Corak Pertumbuhan Ekonomi

• Pertumbuhan ekonomi bergantung kpd barang-barang import.• Permintaan thdp wang asing meningkat. Cth: jika Malaysia bergantung kpd Britain untuk

pembangunan ekonomi, permintaan pound meningkat, pound naik nilai dan ringgit jatuh.

• Keseimbangan asal E (RM 5=1 Pound).• Jika pertumbuhan ekonomi Malaysia bergantung kpd barang import dari Britain,

Permintaan Pound meningkat, keluk permintaan pound meningkat dari D0 D0 ke Di. Di

• Keseimbangan baru pada titik Ei (RM5.80= 1 pound)

Page 16: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asingv) Perubahan dalam cita rasa masyarakat

• Masyarakat cenderung menggunakan barangan import menyeban=bkan permintaan wang asing meningkat.

• Kadar pertukaran matawang asing meningkat dan mata wang asing naik nilai dan matawang tempatan jatuh nilai.

• Keseimbangan asal E (RM 3.60=1 USD).• Jika rakyat Malaysia gemar menggunakan barangan import dari US, permintaan USD akan

meningkat dari D0 D0 ke Di. Di • Keseimbangan baru pada titik Ei (RM4= 1 USD), Dollar naik nilai dan ringgit jatuh nilai.

Page 17: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asing

vi) Inflasi• Inflasi domestik – barang tempatan lebih mahal

secara relatif berbanding barang import. • Penggunaan barang import tinggi.• Permintaan wang asing juga tinggi, nilai

matawang asing meningkat dan mata wang tempatan jatuh nilai.

Page 18: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kesan Kadar Pertukaran Terhadap Imbangan Pembayaran (IB)

• Sistem kadar tukaran boleh mempengaruhi keadaan Imbangan Pembayaran (IB) sama ada seimbang atau tidak seimbang.

a) Kadar Tukaran Bebas dan Imbangan Pembayaran• Melalui pertukaran bebas, IB cenderung menjadi

seimbang. Sistem ini berupaya membuat pembetulan secara automatik jika berlaku lebihan atau kurangan dalam IB

Page 19: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• DW dan SW – permintaan dan penawaran thdp mata wang dollar US. • Keseimbngan asal pada titik E (RM2 = 1USD). • Pada titik E, permintaan dollar oleh penduduk Malaysia untuk mengimport = penawaran

dollar oleh penduduk US mengimport barangan dari Malaysia. • Eksport US = Import US, Ekport Malaysia = Import Malaysia. • Imbangan pembayaran (IB) adalah seimbang

Andaikan import Malaysia dr US meningkat, permintaan thdp dollar meningkat.

• Keluk permintaan dollar bergerak ke kanan dari Dw ke Dw1. • Lebihan permintaan dollar dan IB US mengalami lebihan (jarak EE), nilai dollar naik dan

harga barang import dr US menjadi mahal. Permintaan barangan dari US merosot (E1 ke E2)

Page 20: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• IB Malaysia mengalami kurangan, barang Malaysia scr relatifnya murah, penduduk US lebih banyak mengimport barangan Malaysia dan menawarkan dollar bagi mendapatkan ringgit.

• Import US meningkat dr Malaysia ditunjukkan pergerakan dari tiitk E ke E2 sepanjang keluk penawaran Dollar.

• Wujud keseimbangan baru pada titik E2 (RM3.80 = 1 USD), permintaan dollar = penwaran dollar dan IB Malaysia dan Amerika seimbang.

Andaikan import Malaysia dari US merosot,

• Permintaan dollar oleh penduduk Malaysia merosot, keluk permintaan dollar turun dari Dw0 ke Dw1.

• IB Malaysia mengalami lebihan dan IB US mengalami kurangan (jarak EF).• Kekurang permintaan dollar – nilai dollar turun dan nilai ringgit naik, barang US lebih

murah dlm ringgit. • Permintaan barangan US meningkat (Import Malaysia dr US meningkat, dari titik E ke

E3). • Barangan Malaysia secara relatifnya mahal dlm sebutan dollar, import US dari Malaysia

merosot (dari titif F ke E3). • Pada titik E3, permintaan dollar = penawaran dollar, IB US & Malaysia seimbang. • Sistem pertukaran bebas berupaya membaiki IB secara automatik supaya seimbang.

Page 21: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kesan Kadar Pertukaran Terhadap Imbangan Pembayaran (IB)

b) Kadar tukaran tetap dan imbangan pembayaran• Kadar tukaran tetap tidak membantu menyeimbangkan IB

kerana tindakan kerajaan mengekalkan kadar pertukaran yang ditetapkan.

• Kerajaan menjual atau membeli mata wang negara berkenaan bagi mengekalkan kadar tukaran yang ditetapkan.

Page 22: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• Sekiranya kadar tukaran bebas diamalkan, keseimbangan wujud pada titik E (RM3 = 1USD).

• Jika tukaran ditetapkan pada RM3.80 = 1 USD, kerajaan Amerika menetapkan dollar lebih tinggi dari nilai pasaran. Ringgit menjadi murah dan dollar mahal.

• Penawaran dollar lebih tinggi berbanding permintaan dollar (Jarak AB). • Permintaan dollar rendah – permintaan barangan US merosot. • IB US defisit dan IB Malaysia mengalami lebihan. • Penawaran dollar > permintaan dollar, nilai dollar menurun. • Bagi mempertahankan pertukaran, bank pusat Amerika membeli lebihan penawaran

dollar di pasaran dengan menggunakan simpanan ringgit dari rizab antarabangsanya. • IB US terus defisit dan IB Malaysia terus mengalami lebihan.

Page 23: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• Jika Amerika menetapkan kadar tukaran yang baru (RM1 = 1USD), kadar tukaran lebih rendah dari kadar tukaran ditetapkan pasaran.

• Permintaan dollar > penawaran dollar (jarak cd), permintaan dollar tinggi – permintaan barangan US oleh penduduk Malaysia tinggi.

• US mengalami lebihan dalam IB dan Malaysia mengalami Kurangan / defisit dalam Imbangan Pembayaran.

• Bila permintaan dollar melebihi penawaran dollar, nilai dollar naik. • Untuk mempertahankan kadar tukaran, bank pusat Amerika akan

menjual dollar di pasaran. • IB di US dan Malaysia tidak seimbang dan kadar tukaran tetap

tidap berupaya membaiki kurangan atau lebihan dalam IB.

Page 24: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kadar Tukaran dan Harga Domestik • Perubahan dalam kadar tukaran memberi kesan kepada

harga domestik. • Kadar tukaran antara ringgit dan baht merosot bermaksud

ringgit menjadi lebih murah. • Bagi penduduk Malaysia, import dari Thailand semakin

mahal. • Jika ekonomi Malaysia bergantung kpd Thailand (negara

pengeluar), kos mengimport dan kos pengeluaran ekonomi domestik menjadi mahal.

• Pengeluar mengurangkan penawaran, penawaran agregat merosot dan harga meningkat.

Page 25: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• Keseimbangan asal pada E, harga barangan domestik pada asalnya P0. • Jika kadar tukaran merosot, import menjadi mahal, kos pengeluaran meningkat,

penawaran agregat merosot dari AS0 ke AS1. • Kesan: Harga barangan domestik meningkat ke P1. • Barangan MaLaysia secara relatif lebih murah dalam sebutan wang asing, eksport

Malaysia meningkat dan pendapatan penduduk turut meningkat. • Penduduk akan cenderung menggunakan barangan diimport, permintaan agregat

meningkat dari AD0 ke AD1. • Jika penawaran agregat tetap pada AS0, harga domestik naik dari P0 ke P1, jika

penawaran agregat merosot, harga naik lebih tinggi dari P0 ke P2.

Page 26: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kadar Pertukaran Berubah dan Dasar kewangan • Dasar kewangan memberi kesan kepada ekonomi di bawah kadar

tukaran berubah. Jika ekonomi berada di bawah guna tenaga penuh dan kerajaan melaksanakan dasar kewangan mengembang (menambah bekalan wang); • kadar bunga domestik jatuh (kadar bunga rendah), pelaburan

dalam bentuk surat-surat berharga dan dana dlm negara merosot. • Pelabur tempatan akan membeli surat berharga dari luar negara yg

menawarkan pulangan lebih tinggi.• Penawaran ringgit bertambah utk ditukarkan dengan mata wang

asing. • Pelabur dana dari luar negara kurang melabur dlm ekonomi

domestik menyebabkan kadar pertukaran wang asing meningkat atau nilai wang asing naik dan nilai wang tempatan menurun.

Page 27: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• Keseimbangan asal pada E (100 Baht=RM1)• Jika dasar kewangan mengembang, penawaran wang dlm ekonomi

meningkat, kadar bunga jatuh, pelabur sekuriti kurang membeli bon tempatan dan permintaan bon asing meningkat.

• Pelabur tempatan menawarkan ringgit untuk mendapatkan wang asing, keluk penawaran ringgit bergerak ke kanan dari S0S0 ke S1S1.

• Pelabur sekuriti asing dan dana juga kurang melabur dlm negara kerana kadar pulangan rendah dan kurang permintaan thdp ringgit.

• Keluk permintaan ringgit bergerak ke bawah dari Dw0 ke Dw1.

Page 28: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• Keseimbangan baru pada E1 (50 Baht= RM1), Baht naik dan ringgit jatuh nilai.

• Kuantiti ringgit diurusniagakan tidak berubah iaitu 5 juta dimana diandaikan perubahan dlm penawaran ringgit = perubahan permintaan ringgit.

• Jumlah ringgit berubah jika jarak perubahan keluk penawaran dan permintaan ringgit berbeza.

• Jika dasar kewangan menguncup, bekalan wang berkurang, kadar bunga naik, pelabur sekuriti tempatan dan luar negara banyak membeli sekuriti dalam negara.

• Permintaan ringgit meningkat, nilai ringgit naik dan nilai mata wang asing merosot.

Page 29: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kadar Tukaran Berubah dan Dasar Fiskal

• Dasar Fiskal memberi kesan terhadap kadar pertukaran mata wang asing.

• Jika kerajaan menlaksankan Dasar Fiskal Kurangan dgn memotong cukai, pendapatan boleh guna meningkat, sebahagian pendapatan digunakan untuk membeli barangan import.

• Permintaan wang asing meningkat dan penawaran ringgit meningkat, ringgit jatuh nilai dan mata wang asing naik nilai.

Page 30: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• Keseimbangan asal pada E (100 Baht = RM1)• Permintaan dan penawaran asal ditunjukkan oleh Dw0 dan Sw0.• Jika Dasar Fiskal Kurangan dilaksanakan dengan mengurangkan cukai pendapatan,

pendapatan boleh guna meningkat, import meningkat, permintaan wang asing meningkat, penawaran ringgit meningkat dari Sw0 ke Sw1.

• Permintaan ringgit Merosot dari Dw0 ke Dw1. • Baht naik nilai pada keseimbangan titik E1 ( 50 Baht = RM 1). • Bila pendapatan boleh guna meningkat, permintaan wang dalam negeri meningkat. • Jika bekalan wang tidak berubah, kadar bunga akan naik dan mendorong pelabur untuk

membeli sijil-sijil berharga dalam negara, permintaan mata wang tempatan akan naik. • Bila nilai ringgit naik, eksport berkurang dan import meningkat.

Page 31: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kadar Tukaran Alternatif• Lain jenis kaedah perlaksanaan dalam pertukaran

mata wang asing1. “adjustable peg” • Kadar tukaran tetap dalam suatu tempoh (5 tahun

atau lebih), bergantung kpd kesesuaian dasar dan keperluan ekonomi.

• Urusniaga berlaku = dalam kadar tukaran tetap. • Kadar tukaran boleh diubah jika negara tersebut

memikirkan perlu berbuat demikian. • Bergantung kepada keadaan import negara, jika

import meningkat, kerajaan boleh menurunkan nilai mata wang atau devaluasi.

Page 32: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kadar Tukaran Alternatif2. Dirty floating• Kadar tukaran dibiar bebas tetapi kerajaan

campur tangan dari masa ke semasa mengawal kadar tukaran mata wang asing.

• Kerajaan mengubah kedudukan tukaran sedia ada atau melakukan perubahan thdp kadar bunga.

• 2 cara ini merubah pola permintaan wang; jika kadar bunga dinaikkan, pelabur luar meminta wang tempatan bagi melabur sijil-sijil berharga domestik

Page 33: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kadar Tukaran Alternatif

3. Crawling peg• Sistem berada antara dirty float dan adjustable peg. • Perbezaan: campur tangan kerajaan lebih kerap

dalam menentukan kadar tukaran yang ada. Perubahan dibuat dalam kadar kecil.

4. Joint float• Sekumpulan negara menetapkan kadar tukaran

sama ada kadar tukaran ditetapkan atau adjustable di kalangan ahli.

• Kadar dibiarkan bebas (float) dengan negara yang bukan ahli.

Page 34: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

Kadar Tukaran Alternatif5. Exchange rate band• Kadar tukaran dibiar bebas tetapi kerajaan

memerhati pola pergerakan kadar tukaran mata wang asing supaya tidak berubah terlalu tinggi atau rendah dari kadar tertentu yg ditetapkan.

• Kerajaan menetapkan kadar maksima di mana wang boleh fluctuate.

• Jika turun naik kadar ini lebih tinggi atau rendah dari ditetapkan, kerajaan campur tangan

Page 35: Bab 5 Pengeluaran Dan Perdagangan_updated

• Rajah menunjukkan kedua-dua had tertinggi dan terendah di mana perubahan dalam kadar tukaran boleh berlaku.

• Dalam tempoh a = kerajaan tidak campur tangan, ringgit cenderung naik

• Dalam tempoh b = kerajaan campur tangan bila ringgit merosot dengan menjuak dan membeli ringgit.