bab 3 sambungan

27
KERJA BERKUMPULAN DR. WAN ZULIKIFLI BIN WAN HASSAN PPU, UKM BILIK 25 TEL: 0389216899 EMEL: [email protected]

Upload: waz-sanry

Post on 23-Jan-2015

955 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ini adalah sambungan nota-nota mengenai kerja berkumpulan

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 sambungan

KERJA BERKUMPULAN

DR. WAN ZULIKIFLI BIN WAN HASSAN

PPU, UKM

BILIK 25

TEL: 0389216899

EMEL: [email protected]

Page 2: Bab 3 sambungan

  

Definisi kumpulan :

Satu entiti yang mengandungi dua orang atau lebih yang berkongsi matlamat yang sama, mempunyai hubungan yang stabil dan melihat atau mendefinisikan diri mereka sebagai satu kumpulan. 

Page 3: Bab 3 sambungan

Perbezaan antara kumpulan dan pasukan ? ? ?

Seringkali kita terkeliru antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan.

Ada yang mengatakan; Kerja Berpasukan = Kerja Berkumpulan dan ada juga yang mengatakan Kerja Berpasukan bukan Kerja Berkumpulan.

Jawapannya belum tentu. Kerja Berpasukan dan Kerja Berkumpulan mempunyai beberapa perbezaan. Kadangkala sesebuah kumpulan boleh menjadi sebuah pasukan dan begitulah sebaliknya.

Page 4: Bab 3 sambungan

KERJA BERPASUKAN menumpu pada matlamat sedangkan KERJA BERKUMPULAN menumpu pada kerja masing-masing (tetapi dilakukan secara beramai-ramai)

KERJA BERPASUKAN menekankan perkongsian matlamat dan tugas serta menyumbang kepada keseluruhan projek sedangkan KERJA BERKUMPULAN menekankan setiap ahli mesti mempunyai tugasan yang perlu disiapkan.

Page 5: Bab 3 sambungan

KERJA BERPASUKAN menerima ahli berbeza sebagai sebahagian daripada kita, sedangkan KERJA BERKUMPULAN menganggap orang yang berbeza sebagai bukan daripada kita.

KERJA BERPASUKAN memfokuskan kepada menjayakan tugas bersama, koordinasi kerja dan menyumbang kemahiran tersendiri sedangkan KERJA BERKUMPULAN hanya fokus kepada kerja masing-masing dan portfolio sendiri-sendiri.

Page 6: Bab 3 sambungan

KERJA BERPASUKAN mempunyai ahli yang saling memerlukan antara satu sama lain sedangkan KERJA BERKUMPULAN mementingkan masing-masing menyiapkan tugas.

KERJA BERPASUKAN tidak hirau jurang status dan tidak mempunyai hierarki yang komplek sedangkan KERJA BERKUMPULAN mempunyai pelbagai hierarki dan birokrasi bagi mengawal kerja.

Page 7: Bab 3 sambungan

KERJA BERPASUKAN adalah komunikasi terbuka dan telus sedangkan KERJA BERKUMPULAN lebih bersifat keluar arahan dan ikut!

KERJA BERPASUKAN ialah merancang bersama sedangkan KERJA BERKUMPULAN ialah menunggu arahan dan tugas yang diberikan.

Page 8: Bab 3 sambungan

1.- keselamatan2.- status3.- rasa hormat diri4.- Keperluan sosial5.- Kuasa

Kenapa manusia menjadi ahli kumpulan?

Page 9: Bab 3 sambungan

JENIS-JENIS KUMPULAN

Page 10: Bab 3 sambungan

1) KUMPULAN UTAMA

Lazimnya merupakan kawan karib atau ahli keluarga.

Seseorang itu mendapat hubungan yang akrab dan interaksi sosial yang bermakna.

Mereka ini terus menjalinkan hubungan akrab secara berterusan walaupun di luar pejabat.

2) KUMPULAN PENDIDIKAN

Memberikan peluang untuk belajar.

Kursus orientasi dan latihan merupakan kumpulan pendidik

Page 11: Bab 3 sambungan

3) KUMPULAN SEMENTARA

Dibentuk untuk bertukar-tukar fikiran dan untuk berbual-bual.

Sering dibentuk untuk minum, makan atau membeli-belah bersama-sama.

Mungkin juga terbentuk semasa menjalani kursus bersama, kumpulan sukan dan semasa menyebarkan khabar angin.

Page 12: Bab 3 sambungan

4) KUMPULAN MUTU

Lazimnya mempunyai keahlian seramai 5 hingga 8 orang pekerja yang bekerja dari unit yang sama.

Mereka membentang masalah-masalah yang ada dalam organisasi.

Cuba menyelesaikan masalah tersebut dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti produk syarikat.

Ia juga berfungsi merubah sistem dan persekitaran kerja.

Page 13: Bab 3 sambungan

5) KUMPULAN PENYELESAIAN MASALAH

Mempunyai tugas tertentu.

Contohnya:Mesyuarat Jawatankuasa, Mesyuarat Kakitangan, Perjumpaan untuk meluahkan buah fikiran dan mesyuarat belanjawan.

Page 14: Bab 3 sambungan

6) KUMPULAN TERAPI

Merupakan saluran yang digunakan oleh pekerja sosial, ahli psikiatri, kaunselor untuk mengubah perilaku klien mereka.

Melalui kumpulan ini, seseorang itu mempunyai peluang untuk mengetahui dirinya sendiri dengan lebih mendalam.

Ahli kumpulan memberikan maklum balas yang digunakan sebagai kayu pengukur untuk mengukur dan mengenali perubahan.

Page 15: Bab 3 sambungan

Kebaikan kumpulan

• Kreativiti lebih tinggi

• Keputusan dan prestasi yang lebih berkualiti

• Wujudnya pelicinan sosial

• Lebih peluang untuk belajar

Page 16: Bab 3 sambungan

Kelemahan kumpulan• Kecekapan berkurangan kerana

penyiapan tugas dalam kumpulan mengambil masa yang lebih lama

• Wujudnya fikir kumpulan (groupthink) – penghasilan keputusan yang lemah kerana ahli tidak mahu mencetuskan konflik disebabkan oleh keeratan kumpulan

• Boleh menyebabkan semua ahli kumpulan berfikiran yang serupa.

  

Page 17: Bab 3 sambungan

Samb. Kelemahan kumpulan• Ahli kump. mungkin akan melakukan penapisan

terhadap dirinya sendiri (self censorship) di mana mereka sekali-kali tidak akan mengemukakan idea yang baik atau sah (legitimate) sekiranya idea tersebut bercanggah dengan pemikiran kumpulan.

   Groupthink juga boleh menyebabkan seseorang

merasa terlalu yakin dengan tindakan-tindakan mereka.

 • Berlakunya kemalasan sosial – individu memberi

sumbangan yang kurang sekiranya jika sumbangan tidak boleh diukur.

Page 18: Bab 3 sambungan

Pembangunan kumpulan/pasukan Setiap kumpulan akan melalui 5 peringkat pembangunan 1.          Pembentukan/Forming: kenal mengenal 2.          Penabrakan/Storming: perebutan kuasa & konflik 3.          Penormaan/Norming: k/sama dan hubungan rapat 4.          Pelaksanaan/Performing: k/sama siapkan tugas 5.          Perpisahan/Adjourning: berakhir bila tugas selesai 

Page 19: Bab 3 sambungan

Peranan-peranan dalam kumpulan 

•Peranan-peranan dalam kumpulan adalah jangkaan yang dikongsi bersama mengenai bagaimana seseorang ahli perlu melaksanakan sesuatu tugas. (doing as others expect you to do is playing the role). •Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh setiap ahli kumpulan adalah memilih peranan yang sesuai bagi mereka..

Page 20: Bab 3 sambungan

Peranan-peranan yang biasanya dimainkan oleh ahli pasukan adalah seperti berikut: 1. Penyumbang/pemberi maklumat (knowledge contributor)2. Pemerhati proses (proses observer)3.     Pemberi sokongan4. Pencabar/challenger5. Pendengar/Listerner6. Orang Tengah/mediator7. Bekerjasama/Collaborate8. Menjaga dan memelihara /Gate keeper

Page 21: Bab 3 sambungan

Meningkatkan keberkesanan kumpulan

Keberkesanan kumpulan dapat diukur melalui 2 kriteria:

1. Prestasi kumpulan – penerimaan pelanggan ke atas output kumpulan – produk, perkhidmatan, maklumat, keputusan

2. Kebolehupayaan – kepuasan hati ahli pasukan dan kesanggupan mereka untuk terus memberi sumbangan

Page 22: Bab 3 sambungan

Ciri-ciri pasukan berkesan• Tujuan yang jelas• Ketidakformalan• Penyertaan• Mendengar secara aktif• Ketidaksetujuan yang beradab• Keputusan mengikut persetujuan semua• Komunikasi terbuka• Pembahagian tugas dan peranan yang jelas• Kepimpinan yang dikongsi• Perhubungan luaran• Kepelbagaian gaya • Penialaian sendiri

Page 23: Bab 3 sambungan

Sebab pasukan gagal - pengurusan

• Strategi dan amalan yang lemah• Persekitaran – e.g budaya organisasi yg, terlalu

mengawal• Pasukan yang dibentuk dengan cepat utk

selesai masalah – kurang komitmen• Tugas tidak jelas dan wujud konflik• Latihan tidak mencukupi• Ahli pasukan lemah• Kurang kepercayaan

Page 24: Bab 3 sambungan

Sebab pasukan gagal – ahli pasukan

• Pasukan mahu melakukan banyak perkara dengan segera

• Wujud konflik mengenai gaya kerja atau konflik personaliti

• Penentangan utk. Melakukan sesuatu dgn.cara yg. Berbeza

• Kurang keeratan• Kurang kepercayaan

Page 25: Bab 3 sambungan

Contoh jenis pasukan kerja

• Pasukan penyelesaian masalah

• Pasukan silang fungsian

• Pasukan maya

• Pasukan pengurusan kendiri

Page 26: Bab 3 sambungan

Kesimpulan

•Kumpulan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi

•Kejayaan kumpulan dipengaruhi oleh kepaduan/cohesiveness, saiz kumpulan, keserasian ahli juga tingkah laku individu, nilai, norma kumpulan dll

   

Page 27: Bab 3 sambungan

-Sambungan Kesimpulan

-- Salah satu tingkah laku kumpulan yang berkesan adalah keupayaan kumpulan untuk mencapai sepersetujuan pendapat atau consensus. Kunci untuk mencapainya adalah melaksanakan perbincangan secara rasional, pemimpin dan pengikut sama-sama bersikap adil, terbuka dan saling mempercayai.