bab 2.pptx

9
Bab 2 : Insurans

Upload: kavineiya-yoagesuvaran

Post on 14-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2.pptx

Bab 2 : Insurans

Page 2: Bab 2.pptx

2.1 : Insurans

• Insurans adalah satu daripada bantuan perniagaan.

• Insurans membantu meringankan beban seseorang peniaga jika mereka ditimpa oleh risiko.

Page 3: Bab 2.pptx

Pengenalan kepada Insurans

• Dalam kehidupan seharian, seseorang individu tidak dapat mengelakkan diri daripada pelbagai risiko.

• Terdapat langkah perlindungan yang perlu diambil untuk mendapatkan ganti rugi dan seterusnya meminimakan kerugian sekiranya berlaku risiko.

• Insurans merupakan satu skim yang memberikan perlindungan daripada pelbagai risiko yang wujud di keliling kita.

Page 4: Bab 2.pptx

Konsep Insurans

Risiko yang dihadapi oleh individu atau firma akan dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko tersebut dapat diminimumkan.

Setiap individu atau firma yang inginkan perlindungan akan membayar premium kepada syarikat insurans.

Wang premium akan dikumpulkan dalam satu dana insurans. Wang dana ini digunakan untuk membayar pampasan kepada ahli yang mengalami risiko.

Page 5: Bab 2.pptx

Jumlah premium yang dikenakan bergantung kepada :

a. Nilai polisi – lebih tinggi nilai polisi lebih tinggi premium b. Keadaan risiko yang diinsuranskan – jika lebih kerap berlaku maka lebih tinggi premium c. Luas perlindungan yang dijanjikan – lebih luas bidang risiko lebih tinggi premium d. Tempoh kuat kuasa risiko – lebih panjang tempoh perlindungan lebih tinggi premium

Page 6: Bab 2.pptx

Jenis Risiko

Terdapat dua jenis risiko, iaitu:1. Risiko boleh insurans - Risiko yang kekerapan kejadian boleh diramal secara

statistik. Terdapat rekod kejadian masa lalu. Contohnya, kemalangan, kebakaran, rompakan dan kematian.

2. Risiko tidak boleh insurans - Risiko yang kekerapan kejadian tidak dapat diramal. Tidak

dapat rekod kejadian masa lalu. Contohnya, perubahan cita rasa, keadaan politik, kenaikan dan kejatuhan harga serta bencana alam.

Page 7: Bab 2.pptx

Peranan Insurans

1. Peranan insurans kepada individu - melindungi individu dan keluarga daripada risiko - jaminan masa depan - dapat pampasan jika berlaku risiko - satu cara menabung untuk kegunaan masa depan - Jika meninggal dunia, waris akan dapat pampasan

Page 8: Bab 2.pptx

2. Peranan Insurans kepada peniaga - melindungi peniaga daripada risiko seperti kecurian,

kebakaran dan rompakan - peniaga yang mempunyai polisi insurans akan mendapat

pampasan jika risiko berlaku - peniaga tidak perlu risau tentang risiko yang dihadapi - mereka boleh menjalankan aktiviti dengan lebih yakin untuk

memajukan perniagaan

Page 9: Bab 2.pptx

3. Peranan insurans kepada negara - membangunkan ekonomi negara. Dana insurans yang tidak

digunakan untuk membayar premium dilabur dalam pelbagai sektor

- dana juga boleh digunakan untuk membeli bon kerajaan - memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang bekerja

dalam sektor insurans