bab 2.pendekatan.bahasa.melayu

17
Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa 1 Bab 1: Pemerolehan Bahasa Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa Bab 3: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 1 Bab 4: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 2 Bab 5: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 3 Bab 6: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 4 Bab 7: Mengajar Kemahiran Membaca Bab 8: Mengajar Kemahiran Menulis Bab 9: Mengajar Kemahiran Mendengar & Bertutur Bab 2 : Pendekatan Pengajaran Bahasa 2.0. Pengenalan 2.1. Kaedah Natural 2.2. Kaedah Tatabahasa Terjemahan 2.3. Kaedah Terus 2.4. Kaedah Bahasa Komuniti 2.5. Kaedah Kod Kognitif 2.6. Kaedah Linguistik 2.7. Kaedah Oral-Aural Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat : Menjelaskan beberapa pendekatan pengajaran bahsa Melayu. Mengetahui kelemahan dan kelebihan pendekatan pengajaran bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Membuat penilaian dan memilih mana-mana pendekatan pengajaran bahasa yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

Upload: nancylaniam

Post on 17-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    1

    Bab 1: Pemerolehan Bahasa Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa Bab 3: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 1 Bab 4: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 2 Bab 5: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 3 Bab 6: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 4 Bab 7: Mengajar Kemahiran Membaca Bab 8: Mengajar Kemahiran Menulis Bab 9: Mengajar Kemahiran Mendengar & Bertutur

    Bab 2 : Pendekatan Pengajaran Bahasa

    2.0. Pengenalan

    2.1. Kaedah Natural

    2.2. Kaedah Tatabahasa

    Terjemahan

    2.3. Kaedah Terus

    2.4. Kaedah Bahasa Komuniti

    2.5. Kaedah Kod Kognitif

    2.6. Kaedah Linguistik

    2.7. Kaedah Oral-Aural

    Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :

    Menjelaskan beberapa pendekatan pengajaran bahsa Melayu.

    Mengetahui kelemahan dan kelebihan pendekatan pengajaran

    bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

    pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

    Membuat penilaian dan memilih mana-mana pendekatan

    pengajaran bahasa yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan

    pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    2

    Sesuatu pendekatan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

    Aspek pengajaran menjadi teras penting dalam meransang peluasan ilmu pengetahuan atau

    kemahiran tertentu murid di dalam bilik darjah. Proses ini meliputi aktiviti perancangan,

    pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian (Stevicc, 1980). Tujuam utamanya

    adalah untuk berfokus kepada penyampaian ilmu pengetahuan atau kemahiran dengan cara

    yang lebih berkesan.

    Dari semasa ke semasa, perkembangan pendidikan telah membawa banyak perubahan dalam

    aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah. Corak pengajaran pada masa ini juga telah

    mengalami perubahan yang besar, selain meningkat maju. Pengajaran dalam konteks semasa

    boleh ditafsirkan sebagai satu proses pedagogi. Justeru pendekatan pengajaran bahasa wajar

    berkembang dan perlu terus ditransformasikan penggunaannya dalam konteks yang lebih

    namik atau ada unsur-unsur keseimbangan dari segi pengajaran kreatif dan inovatif.

    Umumnya, pendekatan merupakan cara peraturan membuat sesuatu. Pendekatan begitu nyata

    berbeza dengan pendekatan. Hakikatnya pendekatan merujuk kepada satu siri tindakan guru

    yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa

    pendek. Dalam erti kata lain, pendekatan pengajaran ialah cara seseorang guru mendekati

    sesuatu objektif pembelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

    Guru boleh memilih pelbagai pendekatan untuk mengajar. Pelbagai pendekatan boleh

    dilibatkan seperti pendekatan natural, pendekatan tatabahasa terjemahan, pendekatan terus,

    pendekatan ajuk hafaz, pendekatan linguistik, pendekatan kod kognitif, pendekatan bahasa

    komuniti dan pendekatan oral-aural.

    Pendekatan natural berfokuskan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif.

    Pendekatan ini kurang memberikan penekanan terhadap rujukan analisis tatabahasa, latih tubi

    tatabahasa dan teori tatabahasa. Krashen dan Terrel (1983) menyifatkan pendekatan natural

    sebagai pendekatan yang memperincikan bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan

    makna dengan mesej. Ini bermaksud bahawa penguasaan hanya akan berlaku apabila

    seseorang murid dapat memahami mesej dalam bahasa sasaran.

    Pendekatan natural melibatkan dua cara untuk mengembangkan keupayaan berbahasa iaitu

    penguasaan dan pembelajaran. Dari segi pembelajaran, cara yang semulajadi akan terlaksana

    iaitu sama dengan cara murid menguasai bahasa pertama dengan merujuk kepada langkah-

    langkah yang tidak disedari menerusi penglibatan untuk perkembangan pemahamam dan

    penggunaan bahasa dalam komunikasi bermakna. Dari segi pembelajaran pula, prosenya

    melibatkan peraturan peraturan secara sedar tentang bahasa yang dikembangkan.

    Pengetahuan yang terhasil adalah jelas dari segi bentuk bahasa, manakala keupayaan

    merealisasikan pengetahuan tercetus dalam bentuk lisan. Pengajaran yang formal diperlukan

    untuk membolehkan pembelajaran bahasa berlaku secara semulajadi. Pembetulan kesalahan

    atau penambahbaikan bahasa dapat membantu perkembangan murid dari segi peraturan-

    peraturan yang dipelajari.

    2.1 PENGENALAN

    2.2 PENDEKATAN NATURAL

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    3

    Matlamat pendekatan natural ialah kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat memenuhi

    keperluan murid. Guru menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran

    dengan berkesan. Seabik-baik tajuk yang dipilih hendaklah yang membolehkan murid

    menghubungkan maklumat dalam kalangan mereka. Dalam menentukan matlamat

    komunikasi, murid tidak perlu menguasai struktur dan bentuk ayat tetapi diharap dapat

    mengendalikan sesuatu set topic tertentu dalam topic yang diberikan.

    Objektif pendekatan ini bergantung kepada keperluan murid, kemahiran bahasa (mendengar

    dan bertutur, membaca dan menulis) dan peringkat yang akan diajar. Selepas beberapa jam

    pembelajaran, murid harus dapat bercakap atau berkomunikasi dalam bahasa sasaran tanpa

    mengalami sebarang kesulitan dan masalah, berkebolehan membaca teks dengan bantuan

    kamus dan berkemampuan memperbaik ekupayaan diri sendiri.

    Aspek-aspek penting dalam pendekatan natural yang perlu diambil perhatian antaranya ialah:

    Bermula daripada sekolah rendah, iaitu semenjak murid berada pada peringkat prasekolah atau tahun satu. Penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman

    dalam bahasa sasaran. Dalam hal ini guru harus memberikan fokus kepada barang-

    barang atau objek yang ada di dalam kelas.

    Peranan murid berubah mengikut tahap perkembangan linguistik mereka. Pada peringkat sebelum produksi, murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa tanpa perlu

    bertindak balas dalam bahasa sasaran. Murid boleh berlakon atau melakonkan aksi

    berdasarkan arahan fizikal, mengenal pasti rakan berdasarkan deskripsi guru,

    mempamerkan gambar dan sebagainya.

    Pada peringkat awal produksi murid bertindak balas terhadap soalan-soalan pendek dengan menggunakan perkataan atau frasa-frasa pendek, memenuhi carta dengan

    menggunakan pola perbualan yang ditentukan.

    Contoh: Siapa nama awak? , apa khabar? , dan sebagainya. Pada tahap melontarkan

    kata-kata , murid melibatkan diri dalam aktiviti main peranan, sumbang saran,

    permainan dan memberikan pendapat dan maklumat secara personal serta melibatkan

    diri dalam kumpulan dan aktiviti menyelesaikan masalah.

    Murid mempunyai empat tanggungjawab dalam pendekatan natural iaitu: a) Memberikan maklumat tentang matlamat khusus mereka supaya aktiviti

    penguasaan bahasa boleh ditumpukan kepada topik atau situasi yang paling

    relevan dengan keperluan mereka.

    b) Memgambil bahagian yang aktif untuk pemerolehan input pemahaman mereka belajar dan menggunakan teknik perbualan pengurusan untuk mencetuskan input.

    c) Menentukan masa untuk memulakan penghasilan pertuturan dan mempertingkatkannya.

    d) Bagi latihan tatabahasa tentukan masa dengan guru untuk menyempurnakannya atau membentuk latihan sendiri.

    Dalam pendekatan ini guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa yang diajarkan kepada murid-

    murid, dalam konteks ini ialah bahasa Melayu. Masa di dalam kelas diperuntukkan

    sepenuhnya kepada aktiviti memberikan input untuk penguasaan bahasa. Guru

    disarankaan memberikan arus input, bahasa yang tekal(constant), sambil memberikan

    klu yang berupa panduan bukan bahasa untuk membimbing murid mentafsir input

    tersebut.

    Antara bahan-bahan bantu mengajar yang diperlukan bagi pendekatan natural ialah brosur, iklan, peta, jadual dan buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan dan

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    4

    kebolehan murid. Permainan secara umumnya juga berguna untuk dijadikan sebagai

    bahan-bahan sokongan dalam bilik darjah.

    Prosedur Pendekatan Natural

    Yang berikut ini diterangkan bagaimana cara pendekataan pendekatan natural digunakan

    untuk menciptakan satu input yang komprehensif:

    Pelajaran dimulakan dengan arahan TPR(Total physical Response). Mulakan arahan yang mudah seperti pusing ke kanan, berdiri, angkat tangan dan sebagainya.

    Guru menggunakan TPR untuk mengajar nama bahagian tubuh dan memperkenalkan nombor dan urutan. Misalnya, letak tangan kanan atas perut dan

    letak tangan kiri di atas tangan kanan. Bilang 1 hingga 5 kemudian tepuk tangan

    sebannyak 5 kali.

    Mengajarkan nama-nama dalam kelas dan lakukannya melalui arahan. Misalnya tulis tarikh hari ini di sudut kanan sebelah papan putih dan jumlah murid yang hadir

    ditulis disudut kiri di bahagian atas papan putih.

    Menggunakan nama dan ciri-ciri fizikal dan pakaian untuk mendeskripsikan rakan dalam kelas.

    Menggunakan alat visual, misalnya gambar majalah untuk memperkenalkan perbendaharaan kata yang baharu.

    Menggunakan beberapa gambar dan meminta murid menunjukkan gambar yang sedang diceritakan.

    a. Pada pendapat anda, bagaimana kaedah natural boleh diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas?

    b. Nyatakan aspek-aspek penting dalam kaedah natural yang perlu diambil perhatian.

    c. Apakah tanggungjawab murid dalam kaedah natural?

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    5

    Pendekatan ini diajarkan untuk membolehkan murid memahami nahu sesuatu bahasa dan

    juga melatih murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. Pendekatan ini juga

    memberikan penekanan kepada kemahiran menulis dan bukan bertutur. Oleh itu pendekatan

    ini tidak mementingkan fonetik, sebaliknya mementingkan ejaan dan penulisan. Rumusan

    tatabahasa dijelaskan dengan terperinci.

    Pendekatan ini menetapkan bahasa dalam pengajaran perbendaharaan kata haruslah diberi

    semasa sesi awal pengajaran. Terjemahan dianggap satu cara yang penting untuk mempelajari

    perbendaharaan kata. Kata-kata yang diberikan dalam bentuk terasing daripada konteks.

    Kata-kata disusun dalam bentuk ayat mengikut undang-undang atau hukum-hukum

    tatabahasa dan hukum-hukum ini dihafaz untuk menguasainya.

    Tujuan pendekatan tatabahasa terjemahan

    Pendekatan ini bertujuan untuk:

    Membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa.

    Melatih murid-murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul.

    Membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.

    Melengkapkan murid-murid dengan perbendaharaan kata yang luas untuk digunakan dalam penulisan.

    Berkebolehan membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca kepada bahasa ibunda.

    Prosedur Pelaksanaan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Tatabahasa Terjemahan.

    Mula-mula murid diperkenalkan dengan undang-undang atau hukum tatabahasa.

    Guru memberikan penerangan tentang hukum tatabahasa diikuti dengan contoh.

    Murid perlu menghafaz hukum-hukum atau rumus tatabahasa supaya tidak berlaku kesilapan

    Kemudian murid diberikan senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafaz

    Pembelajaran dalam bahasa kedua senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafaz.

    Pembelajaran dalam bahasa kedua senarai perbendaharaan kata dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua tersebut.

    Murid-murid diminta membina ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata berdasarkan hukum-hukum atau rumus tatabahasa yang dipelajari.

    Kebaikan Pendekatan Tatabahasa Terjemahan

    Pendekatan ini mempunyai beberapa kebaikan dan kekuatan. Antaranya ialah:

    Tidak menggunakan masa yang panjang.

    Guru yang kurang fasih dalam bahasa tersebut masih boleh mengajarkan bahasa tersebut.

    Kurang membebankan guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan lain.

    2.3 PENDEKATAN TATABAHASA TERJEMAHAN

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    6

    Murid-murid boleh belajar sendiri tanpa bimbingan guru.

    Kelemahan Pendekatan Tatabahasa Terjemahan

    Pendekatan ini mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan.

    Menghadapi kesulitan dan kesukaran untuk membuat terjemahan disebabkan tiada dua perkataan yang betul-betul sama ertinya dalam dua bahasa. Contohnya idiom atau

    peribahasa.

    Boleh memberikan tanggapan yang salah dalam kalangan murid terhadap pembelajaran bahasa. Mereka menganggap kajian fonetik atau bunyi-bunyi bahasa

    tidak penting untuk dipelajari, apa yang penting dan harus diberikan penekanan ialah

    abjad, ejaan dan tulisan.

    Murid boleh membuat tanggapan dan berfikiran negatif bahawa pembelajaran struktur bahasa tidak penting dan apa yang lebih ditegaskan ialah menghafaz tatabahasa.

    Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-

    1935. Pendekatan ini disamakan dengan pendekatan tentera kerana pernah digunakan untuk

    melatih tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Tegasnya, dalam Perang Dunia

    Kedua, semasa askar memerlukan kemahiran dalam beberapa bahasa bagi memudahkan

    mereka mengintip dalam peperangan tersebut maka kefasihan bahasa perlu dicapai dalam

    masa yang singkat. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk operasi tentera ialah kemahiran

    lisan. Tentera pelatih dikehendaki mencapai peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan

    penutur bahasa ibunda baik dalam sebutan mahupun dalam bidang memahami bahasa itu..

    Jika diteliti dari aspek pengjaran bahasa, pendekatan ini lebih moden daripada pendekatan

    terjemahan. Pendekatan ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi

    kanak-kanak. Antara lain pendekatan ini amat sesuai diajarkan sebahai pengajaran bahasa

    a. Nyatakan kebaikan dan kelemahan kaedah terjemahan tatabahasa.

    b. Apakah tujuan kaedah terjemahan tatabahasa?

    c. Pada pendapat anda, bagaimana kaedah tatabahasa terjemahan boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas?

    2.4 PENDEKATAN TERUS

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    7

    kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang sudah diketahui

    oleh murid.

    Pendekatan terus dapat mengatasi dua kelemahan terbesar pendekatan tatabahasa terjemahan

    iaitu dengan menggantikan penghafalan nahu dengan pertembungan bahasa dan

    menggantikan terjemahan dengan pemakaian bahasa. Idea utama dalam pendekatan terus

    ialah asosiasi perkataan dan ayatt dengan maknanya melalui tunjuk cara,lakonan dan lain-

    lain. Apabila pendekatan terus digunakan oleh guru yang cekap maka seluruh kelas akan

    Berjaya. Manakala pendekatan tatabahasa terjemahan hanya memberikan kejayaan kepada

    murid-murid yang bijak sahaja.

    Dalam pendekatan terus ini, bahasa sasaran akan digunakan, maka pengajaran dijalankan

    dnegan menggunakan benda-benda atau objek konkrit, melalui gambar dan sebagainya atau

    melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu tidak konkrit. Manakala pengajaran

    tatabahasa dilaksanakan melalui tunjuk cara dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai

    dan relevan. Dalam kata lain. Pengajaran tatabahasa secara formal tidak dijalankan,

    melainkan jika perlu. Hal ini bermakna bahan mengajar disususn menurut tatabahasa yang

    harus dikuasai oleh murid. Inilah yang dimaksudkan bahawa tatabahasa tidak diajarkan

    secara formal tetapi diserapkan dalam bahan mengajar.

    Selain itu, pendekatan terus bertujuaan untuk membolehkan murid-murid atau kanak-kanak

    menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan dan sekaligus membolehkan

    mereka menggunakan bahasa yang dipelajarinya dalam masyarakat berkenaan. Pendekatan

    ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu:

    Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan perkataan atau sebaliknya.

    Pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada.

    Harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak atau murid-murid melalui soalan-soalan yang dirancang sebagai ransangan.

    Pengajaran haruslah berpandukan kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

    Menurut Raja Mukhtaruddin(1980), pendekatan terus ialah pendekatan paling popular. Beliau

    menyenaraikan sepuluh ciri-ciri utama pendekatan ini, iaitu:

    Penggunaan kkosa kata dan stuktur bahasa sehari-hari

    Menggunakan banyak perkara baharu dalam pelajaran-pelajaran yang sama supaya bahasa itu menjadi natural dan perbualan bahasa dapat digalakkan. Tatabahasa

    diajarkan melalui keadaan.

    Pengajaran kosa kata dan tatabahasa secara lisan.

    Makna-makna yang konkrit diajarkan secara perkaitan idea.

    Tatabahasa ditunjukkan melalui penyampaian visual.

    Menyediakan banyak latihan mendengar dan mengajuk sehingga bentuk-bentuk bahasa itu dapat digunakan secara automatik.

    Kebanyakan daripada kerja-kerja menyediakan latihan mendengar dan mengajuk dijalankan di dalam kelas, justeru lebih banyak masa diperlukan untuk pendekatan ini.

    Beberapa minggu pertama dikhusukan untuk latihan sebutan.

    Semua bahan bacaan mula-mula disampaikan secara lisan.

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    8

    Kebaikan Pengunaan Pendekatan Terus

    Sangat sesuai dipelajari oleh kanak-kanak kerana cirinya yang sama dengan menguasai bahasa ibunda kanak-kanak atau murid-murid.

    Pengajaran yang dijalankan secara terus dapat menguasai bahasa itu dengan cepat dan dapat bertutur dengan cekap dan fasih.

    Kelemahan Pengunaan Pendekatan Terus

    Memerlukan masa yang panjang

    Memerlukan guru yang terlatih

    Kemahiran membaca tidak dapat dijalankan serentak dengan kemahiran lisan.

    Penerimaan murid tidak sama dengan maksud sebenar makna perkataan

    Tidak dapat menulis hasil tulisan kerana mengutamakan bahasa lisan

    Bahan perbualan telah ditetapkan

    Ringkasnya pendekatan ini menimbulkan kesusahan kepada guru terutama apabila hendak

    menyampaikan makna bagi perkataan yang abstrak kerana mungkin wujud kekeliruan bagi

    makna perkataan itu. Oleh itu terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menjelaskan

    makna perkataan yang sukar itu. Keadaan ini memerlukan guru yang terlatih untuk

    menyampaikannya.

    Dalam pendekatan ini kemahiran bacaan tidak dapat diajarkan serentak dengan pertuturan

    kerana perkataan-perkataan yang ada dalam teks mestilah telah diajarkan dalam masa

    pertuturan. Tetapi apabila kanak-kanak atau murid-murid telah dapat bertutur, kesulitan-

    kesulitan yang timbul semasa mengajar bacaan hanyalah masalah-masalah mengenai symbol-

    simbol iaitu tulisan. Pendekatan ini juga mungkin menerbitkan makna yang kurang tepat

    yakni penerimaan murid tidak sama sebagaimana yang dimaksudkan oleh makna perkataan

    sebenar.

    Oleh sebab pendekatan ini mengutamakan bahasa lisan, murid tidak dapat menulis hasil

    tulisan yang betul. Hasil tulisan merupakan struktur-struktur natid yang disalut dengan

    perbendaharaan kata asing. Hal ini disebabkan murid-murid telah mempunyai kebiasaan

    pertuturan bahasa ibunda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

    Bahan-bahan yang digunakan dalam pendekatan ini merupakan bahan-bahan yang boleh

    dihafalkan atau bahan perbualan yang telah ditetapkan yang mungkin tidaks esuai untuk

    perkembangan pertuturan biasa secara sistematik.

    Selain itu, jangkamasa yang lama diperlukan untuk pengajaran pendekatan terus ini.

    Pendekatan ini hanya Berjaya diikuti oleh murid-murid cerdik manakala murid-murid lemah

    akan ketinggalan.

    Teknik Pengajaran Pendekatan Terus

    Pendekatan ini dapat disampaikan dengan beberapa cara. Sebagaimana yang dibincangkan di

    atas penekanan terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan amat diutamakan iaitu:

    Bahan-bahan yang dipilih mestilah berdasarkan kepada benda-benda yang ada dalam pengalaman kanak-kanak atau murid-murid.

    Tiap-tiap perkataan dan ayat hendaklah diajarkan dengan mengaitkannya dengan simbol sebenar.

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    9

    Pelajaran bahasa dimulakan dengan menghubungkan murid terus kepada bahasa yang dipelajarinya.

    Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturannya ditiru oleh murid.

    Terjemahan tidak digunakan langsung.

    Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan secara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perkataan berlawanan dan lain-lain yang sesuai.

    Pelajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Pola ayat diajarkan secara latih tubi sehingga murid dapat menguasainya.

    Hukum tatabahasa hanya diajarkan selepas murid menguasai struktur ayat.

    Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan yang ada kaitan dengan latihan lisan yang dijalankan.

    Guru perlu mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar.

    Dapat dilaksanakan dengan menggunakan teknik lakonan, misalnya hendak menerangkan perkataan bertumbuk, duduk, bangun, menyanyi dengan cara bercerita.

    Pembelajaran bahasa komuniti (Community Language Learning, CLL) merupakan cara

    pembelajaran asas yang diasaskan oleh Charles A. Curren bersama-sama dengan rakan-

    rakannya. Curren ialah seorang pakar dalam bidang kaunseling dan seorang professor dalam

    bidang psikologi. Dalam pengajaran bahasa, beliau menggunakan teknik psikologi dalam

    kaunseling. Beliau membuat kajian cara orang dewasa belajar bahasa. Beliau mendapati

    bahawa golongan dewasa sentiasa terancam apabila berada dalam situasi pembelajaran yang

    baharu. Mereka bimbang dan takut jika mereka kelihatan bodoh sama ada oleh guru atau

    rakan sekelas.

    Curren berpendapat untuk mengurangkan dan mengatasi kebimbangan ini, beliau menjadikan

    guru bahasa sebagai kaunselor bahasa yang mahir untuk memahami masalah murid apabila

    a. Apakah kebaikan dan kelemahan kaedah terus?

    b. Apakah tujuan kaedah terus?

    b. Pada pendapat anda, bagaimana kaedah terus boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas?

    2.5 PENDEKATAN BAHASA KOMUNITI

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    10

    mengajarkan sesuatu bahan bahasa. Kaunselor bahasa memahami perasaan murid dengan

    menyuburkan empati kaunselor dan menegaskan penerimaan murid tanpa syarat. Dengan

    cara ini, kaunselor bahasa lebih peka kepada perasaan murid dan membantu mereka

    mengatasi perasaan negative untuk melaksanakan p&p dengan lancar dan licin.

    Pendekatan bahasa komuniti berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing yang

    disebut sebagai teknik kemanusiaan. Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang

    mempunyai emosi dan perasaan di samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah

    laku. Curran tidak banyak menulis tentang teori bahasa komuniti ini. La Forge(1983),

    seorang muridnya cuba meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa

    mestilah bermula daripada cirri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seseorang

    murid yang belajar bahasa perlu memahami system bunyi, makna yang ditetapkan dan

    tatabahasa bahasa itu.

    Berdasarkan pengamatan beberapa orang tokoh dan pendokong pendekatan ini, terdapat lima

    peringkat cara pendekatan ini digunakan iaitu:

    Peringkat pertama yang dikenali sebagai peringkat kelahiran, iaitu semangat kekitaan dan perasaan keselamatan dipupuk.

    Peringkat kedua, kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari daripada ibu bapa.

    Peringkat ketiga murid bebas bercakap dan membina identiti sendiri.

    Peringkat keempat, murid berasa selamat dikritik.

    Peringkat , murid memajukan gaya dan pengetahuan linguistik yang sesuai. Pada peringkat ini murid mengetahui semua yang diajarkan dan bersedia menjadi pengajar

    kepada orang lain.

    Pendekatan juga menekankan bahawa kejayaan menguasai bahasa berkait rapat dengan

    keadaan hubungan baik guru dengan murid dan sesama murid. Pembelajaran dianggap

    sebagai satu pengalaman yang bersepadu, bersifat peribadi dan bermasyarakat. Murid tidak

    digalakkan belajar bersendirian dan terasing daripada murid lain.

    Curren menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap diri dan

    orang lain.perhubungan dibina atas dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas

    Pembelajaran Bahasa Komuniti. Falsafah pembelajaran melalui pendekatan ini ialah

    komitmen di pihak murid sebelum proses pemerolehan bahasa dapat berfungsi. Antara

    aktiviti pengajaran yang sesuai menggunakan pendekatan ini ialah kerja kumpulan, rakaman,

    transkripsi, analisis, gambaran, pemerhatian, pendengaran dan perbualan bebas. Pembelajaran

    bahasa komuniti ini menggabungkan jenis dan aktiviti pembelajaran inovatif dan

    konvensional.

    Kesimpulannya, pendekatan ini menggunakan psikologi dalam kaunseling atau dikenali juga

    sebagai teknik kemanusiaan.

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    11

    Pendekatan ini berasaskan pendapat golonganmentalis yang melihat bahasa sebagai satu

    kreativiti mental. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pendekatan ini menekankan

    bentuk dan makna. Seseorang murid atau kanak-kanak yang hendak mempelajari sesuatu

    bahasa seharusnya mengetahui sistem bahasa yang didasarkan apda hokum-hukum dan

    norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Dengan adanya pengetahuan sedemikian

    memungkinkan seseorang itu dapat mempelajari bahasa itu dengan berkesan. Pendekatan kod

    kognitif mengutamakan beberapa ciri penting iaitu:

    Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan kurang diberikan penekanan. Sebaliknya perkara yang diberikan yang diberikan perhatian uatam ialah

    kemahiran membaca dan menulis. Oleh hal yang demikian, aspek yang menjadi

    tumpuan ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi dan fonologi.

    Pembelajaran bahasa diterapkan secara langsung yang boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif. Apa yang penting, berdasarkan pendekatan ini murid-murid

    mesti mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa yang hendak dipelajari.

    Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berupaya menggalakkan murid menggunakan sebanyak mungkin kemampuan kreatif.

    Pendekatan ini amat mementingkan makna. Oleh hal yang demikian, pengertian dan huraian dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu diwujudkan.

    Dalam menghuraikan bahasa pendekatan ini menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi-generatif.

    Teknik Pengajaran Kod Kognitif

    Beri penerangan bagi murid murid memahami rumus-rumus tatabahasa.

    a. Apakah kaedah pengajaran yang digunakan dalam kaedah bahasa komuniti?

    b. Pada pendapat anda, apakah kaedah ini benar-benar berkesan untuk mengajar bahasa di sekolah?

    c. Pada pendapat anda, bagaimana kaedah bahasa komuniti ini boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas?

    2.6 PENDEKATAN KOD KOGNITIF

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    12

    Ayat-ayat pencilan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara induktif.

    Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaanperbezaan antara unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama dihuraikan.

    Dalam pengajaran bahasa pertama, unsur pebandingan struktur ayat digunakan bagi memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar.

    Contohnya:

    - membandingkan struktur ayat yang mengandungi akhiran kan dan I bagi

    membolehkan murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif.

    Setelah murid faham huraian unsur tatabahasa, barula diberi latihan peneguhan.

    Pendekatan ini merupakan pendekatan mengajar bahasa moden secara saintifik, iaitu dengan

    membandingkan antara dua bahasa itu, iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa

    yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa itu bahasa ibunda mereka atau

    bahasa lain. Pengetahuan bahasa murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu

    di samping aspek lain seperti bunyi, makna dan lain-lain. Dengan kata lain, pendekatan ini

    mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui murid.

    Tujuan Pendekatan Lingustik

    Murid boleh menggunakan bahasa yang diketahuinya.

    Murid dapat menerangkan tentang nahu yang terdapat dalam tatabahasa.

    Menghasilkan murid yang memahami serta bertutur dalam bahasa sasaran dengan sebutan yang baik

    Prosedur Menggunakan Pendekatan Linguistik

    Memulakan pengajaran dengan mengajar sebutan bunyi perkataan.

    Memulakan dengan peringkat mudah.

    Pengajaran sruktur ayat dan unsur tatabahasa dilaksanakan secara induktif.

    Aktiviti penulisan adalah berdasarkan bahan lisan dan bacaan

    a. Apakah kaedah pengajaran yang digunakan dalam kaedah Kod Kognitif?

    b. Pada pendapat anda, apakah kaedah ini benar-benar berkesan untuk mengajar bahasa di sekolah?

    2.7 PENDEKATAN LINGUISTIK

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    13

    Apabila murid menyebut, tumpuan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa

    iaitu;

    a. Sebutan (accent)

    -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang

    membawa makna dalam sesuatu situasi.

    b. Tatabahasa (grammar)

    Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

    c. Perbendaharaan kata (vocabulary)

    Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

    d. Kefasihan (fluency)

    Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam

    ayat dengan jelas dan betul.

    e. Kefahaman (comprehension)

    Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

    Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

    Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.

    Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

    Kelebihan Pendekatan Linguistik

    Penyediaan bahan tersusun dan teratur.

    Murid dapat bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

    Kelemahan Pendekatan Linguistik

    Perlukan guru terlatih

    Memerlukan kos yang tinggi.

    Murid boleh bertutur tetapi tidak boleh kembangkan bahasa dengan baik

    Perlukan masa yang lama

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    14

    Pendekatan oral-aural yang disebut juga sebagai pendekatan dengar tutur diajarkan kepada

    murid adalah bertujuan untuk membolehkan murid memperkembangkan keempat-keempat

    kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan kemahiran menulis.

    Selain itu, murid-murid juga dapat mempelajari mengenai kebudayaan asing melalui

    pengalaman bahasa yang dipelajari.

    Pendekatan ini biasanya menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih

    tubi dan dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betul.

    Perkara yang menjadi objektif bagi pendekatan inii ialah sebutan penutur jati bahasa itu.

    Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya jika gurunya bukan penutur jati bahasa

    yang diajarkan kepada murid. Hal ini akan membuatkan murid lebih mudah memahami

    bahasa yang dipertuturkan dan mewujudkan suasana yang kondusif.

    Alat pandang dengar digunakan secara meluas. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi

    yang realistic disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Bahan-bahan untuk

    aktiviti menyebut dan membaca disusun rapi dan diajarkan secara induktif mengikut

    pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata diberikan kepada murid secara beransur-

    ansur dalam konteks yang bermakna. Hal yang demikian akan membuatkan murid-murid

    lebih mendalami bahasa dari segi penggunaan kosa kata yang betul.

    Setelah murid menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Pada

    awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari dan hanya

    selepas itu barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

    Tujuan Pendekatan Oral-Aural

    Murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

    a. Apakah 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa yang ditumpukan dalam kaedah ini?

    b. Apakah kelebihan dan kelemahan kaedah ini?

    c. Berikan tujuan kaedah ini dan prosedur yang digunakan untuk mengajar bahasa menggunakan kaedah ini di dalam kelas.

    2.8 PENDEKATAN ORAL-AURAL

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    15

    Mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan.

    Murid boleh memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

    Prosedur Pengajaran Pendekatan Oral-Aural

    Guru memperdengarkan sebutan penutur jati

    Murid diminta menyebut perkataan atau rangkai kata yang didengar.

    Aktiviti dijalankan mengikut kumpulan. 1. Murid berlatih bersama-sama

    2. Pecahkan kepada kumpulan kecil

    3. Jika terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan, murid akan diperbetulkan dan

    mereka diminta mengulang-ulangkan sebutan yang betul itu.

    Apabila murid sudah mahir sebutan, latih tubi pola-pola ayat berdasarkan struktur bahasa diberi kepada murid.

    Berikan teks untuk dibaca oleh murid

    Latihan menulis pada akhir pengajaran

    Daripada sebutan-sebutan tadi akan dijadikan dialog.

    Latih tubi pada pola-pola ayat menjadi aktiviti yang penting.

    Apabila murid telah menguasai struktur-struktur asas baharulah mereka dibenarkan membaca bahan-bahan bacaan

    Latihan menulis dilakukan kemudian setelah murid-murid boleh membaca.

    Kelemahan Pendekatan Oral Aural

    Membebankan guru-banyak menjalankan latih tubi

    Masa yang panjang-boleh membosankan murid

    Murid hilang keyakinan diri

    Tumpuan oral sahaja-sebutan

    a. Apakah kelebihan dan kelemahan kaedah ini?

    b. Berikan tujuan kaedah ini dan prosedur yang digunakan untuk mengajar bahasa menggunakan kaedah ini di dalam kelas.

    c. Pada pendapat anda, apakah kaedah ini benar-benar berkesan untuk mengajar bahasa di sekolah? Adakah anda menggunakan kaedah ini untuk

    mengajar bahasa Melayu di dalam kelas dan bagaimana kesannya ke atas

    murid-murid?

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    16

    Pendekatan Natural Fokus kepada penggunaan bahasa dalam situasi yang komunikatif.

    Melibatkan dua cara iaitu penguasaan dan pembelajaran

    Penguasaan merujuk kepada perkembangan pemahaman dan penggunaan bahasa dalam komunikasi

    bermakna.

    Pendekatan Tatabahasa

    Terjemahan Terhasil daripada gabungan antara tatabahasa dan

    terjemahan.

    Tatabahasa yang diajar ialah tatabahasa formal.

    Kosa kata yang digunakan bergantung kepada teks yang dipilih.

    Pendekatan Terus Pendekatan ini mengutamakan pengajaran berdasarkan psikologi.

    Amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua.

    Tidak menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid.

    Tujuannya membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan.

    Pendekatan Linguistik Pendekatan yang membandingkan dua bahasa.

    Pengetahuan bahasa tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa.

    Mendahulukan bentuk daripada makna.

    Pemilihan bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa.

    Pendekatan Kod Kognitif Merupakan pengubahsuaian daripada pendekatan tatabahasa terjemahan.

    Menekankan bentuk dan mankna.

    Pendekatan Bahasa

    Komuniti Diasaskan oleh Charles A. Curren dan rakan-rakan.

    Bahasa bermula daripada ciri bunyi, ayat dan model bahasa yang abstrak.

    Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi guru dan murid.

    Pendekatan Oral-Aural Menjurus kepada kemahiran asas dalam lisan untuk membaca dan menulis.

    Aktiviti terawal dalam pendekatan oral-aural berkisar kepada penggunaaan dialog untuk dihafaz dan diikuti

    secara ajukan.

  • Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

    17

    Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

    Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.

    Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala

    Lumpur. Oxford Fajar.

    Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala

    Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd

    Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8).

    Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd