bab 2 radha.doc

33
BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Menurut Azlina Abd. Rahman (2012), pada masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan langkah ke arah pembangunan kemahiran dikalangan murid-murid sekolah khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pemberatan kepada pemahaman ini amat penting kerana membawa kepada konsep pemahaman untuk menguasai membaca, menulis dan juga mengira. Literasi ini seharusnya dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah agar ia boleh menjadi penyumbang kepada keberkesanan kefahaman mereka apabila menyambung pembelajaran di sekolah menengah nanti. Dalam pengurusan kurikulum khususnya aspek pembangunan kemahiran, konsep pengupayaan guru untuk membina kemahiran dikalangan murid merupakan salah satu komponen penting dalam

Upload: murali-raj

Post on 03-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1Pengenalan

Menurut Azlina Abd. Rahman (2012), pada masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan langkah ke arah pembangunan kemahiran dikalangan murid-murid sekolah khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pemberatan kepada pemahaman ini amat penting kerana membawa kepada konsep pemahaman untuk menguasai membaca, menulis dan juga mengira. Literasi ini seharusnya dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah agar ia boleh menjadi penyumbang kepada keberkesanan kefahaman mereka apabila menyambung pembelajaran di sekolah menengah nanti.

Dalam pengurusan kurikulum khususnya aspek pembangunan kemahiran, konsep pengupayaan guru untuk membina kemahiran dikalangan murid merupakan salah satu komponen penting dalam mewujudkan proses pembelajaran yang baik dan berkesan serta berjaya. Ini disebabkan konsep pengupayaan guru merupakan satu cara untuk menarik semua ahli dalam sesebuah organisasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan keupayaan itu sendiri. Penglibatan secara kolektif ini akan mengeratkan ahli-ahli di dalam panitia pendidikan itu sendiri secara tidak langsung.Menurut Azlina Abd. Rahman (2012), konsep pengupayaan ini merupakan usaha bersungguh-sungguh panitia sekolah di dalam memastikan semua aspek kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid yang bermasalah pembelajaran dapat dipenuhi khususnya bagi mereka yang di dalam kelas pemulihan akan dapat belajar seperti mana murid-murid yang lain. Ini tidak bermaksud panitia sekolah hanya menumpukan sahaja kepada aspek pemulihan semata-mata, pengupayaan juga bermaksud guru turut mementingkan asas-asas pengayaan bagi murid-murid mereka yang berjaya. Pengupayaan merupakan satu konsep usaha-usaha guru di dalam memastikan pembelajaran berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama ia membina kemahiran murid yang dikehendaki. Menurut Ahmad Johari Sihes (2009) pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walau bagaimana pun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.Melalui konteks kajian ini, pembelajaran tentang kemahiran membaca merupakan usaha-usaha untuk mendalami pengetahuan dalam aspek bacaan khususnya meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid secara berterusan di dalam memastikan murid bukan sahaja mampu memperbaiki diri menjadi lebih berkeyakinan di dalam proses pembacaan itu sendiri malah meningkatkan kefahaman mereka tentang dua lagi kemahiran yang perlu ada iaitu mengira dan menulis.2.2Kajian dalam negara

Hussein Mahmood (1997) menerangkan bahawa proses pengupayaan pembelajaran adalah berkait dengan pemberian autonomi atau kuasa oleh pihak pengurusan pendidikan diperingkat pengurusan sekolah kepada guru-guru panitia. Kajian ini menunjukkan bahawa di dalam pengurusan sekolah, pelaksanaan pengupayaan adalah meluas dengan meliputi bidang pentandbiran, kurikulum, hal-ehwal murid, ko-kurikulum, perkhidmatan dan perjawatan, kewangan, perhubungan dan budaya sekolah. Guru berpeluang memasuki mana-mana ruang pengkajian bagi memastikan usaha pembangunan murid tidak terhalang. Manakala, Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) menegaskan bahawa guru perlu melihat kelemahan yang dialami oleh murid-murid mereka bagi memastikan ia dapat dipulihkan dengan segera. Guru hendaklah menjadikan isu-isu penambahbaikan kemenjadian murid di dalam bilik darjah sebagai agenda utama pengajaran di dalam kelas itu sendiri. Guru yang peka dengan permasalahan anak murid mereka seperti ini sebenarnya adalah guru yang berkeyakinan dan mempunyai iltizam untuk memulihkan anak murid berkenaan. Salah satu cabang yang terdapat di dalam pengurusan pendidikan sedia ada ialah konsep pengupayaan yang di dalamnya menyebut tentang penambahan pengetahuan kendiri. Bagi Besterfield (2003) pula, berpendapat bahawa penglibatan semua staf dalam pentadbiran mampu menambahbaik kualiti dan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi khususnya dalam aspek pembangunan kemahiran adalah usaha yang tekal dan berterusan. Penglibatan ini bukanlah bererti staf mengambilalih pengurusan organisasi tetapi dilihat sebagai cara yang lebih baik untuk mencapai matlamat atau sasaran organisasi sebaliknya bagi menambah pengetahuan yang mana ia terlibat sebagai pembelajaran murid-murid sekolah dan kemudiannya bagi membantu organisasi itu sendiri.

Menurut Azlina Abd. Rahman (2012), pernyataan tahap keterlibatan guru-guru dalam amalan pengupayaan kususnya memperbaiki dan menambah ilmu pengetahuan yang merupakan proses pembelajaran dikalangan murid-murid boleh dilakukan dan adalah tidak dinafikan. Maka kajian ini akan melihat sejauh manakah kecekapan dan komitmen guru khususnya dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid berkenaan. Setelah kriteria ini diambilkira oleh pentadbir, adakah guru bahasa melayu harus berupaya untuk merancang kelas-kelas pembangunan diri, kelas bahasa, kelas pemulihan dan sebagainya . 2.3Kajian luar negara

Menurut kajian yang dilakukan oleh Arash Shahin (2011) bertajuk An Investigation on the Influence of Total Quality Management on Financial Performance the Case of Boutan Industrial Corporation menjelaskan bahawa kualiti telah menjadi salah satu mata muridan kritikal dalam organisasi untuk memenuhi hasrat pelanggan dan mendapat keuntungan. Dalam hal ini, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) diiktiraf sebagai salah satu sistem popular dan berkesan dalam organisasi. Walaupun kelebihan TQM adalah sangat besar, yang pelaksanaan adalah wajar hanya apabila ia mempunyai kesan yang bermakna dan besar ke atas prestasi kewangan organisasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir semua hipotesis adalah disahkan pada tahap 95% keyakinan, menunjukkan bahawa TQM boleh mempunyai pengaruh yang kuat dan positif ke atas prestasi kewangan dan status organisasi. Jika diberikan perbandingan dalam aspek perniagaan dengan pendidikan, contohnya adalah sama iaitu TQM menuntut keupayaan organisasi bergerak cergas dalam mendapatkan hasil yang terbaik (iaitu kewangan) manakala bidang pendidikan pula merujuk kepada kualiti pembangunan kemahiran murid di sekolah itu sendiri. Manakala pengurusan kualiti ini menyatakan bahawa proses penambahan pengetahuan yang merupakan pendidikan yang mementingkan aspek pembangunan kemahiran sepatutunya diberikan keutamaan kerana ia menambah kecekapan dan ruang memmuridi sesuatu yang baru itu membolehkan kualiti diri murid akan dapat dipertingkat.

Kajian luar negara ini secara kesimpulannya menjelaskan bahawa di mana pun kita berada, pengurusan kualiti amat mempengaruhi prestasi organisasi dalam memastikan ianya menjurus kepada kehendak kecemerlangan. Manakala peningkatan kemahiran membaca perkataan khususnya aspek kvkv dalam kalangan murid adalah salah satu daripada inti pati kepada peningkatan kualiti murid dan guru itu sendiri secara tidak langsung. Jika ianya dijadikan sandaran utama maka ahli-ahli di dalam gelung organisasi seharusnya sentiasa bertindak dalam keadaan sedar bagi memastikan pengaruh pengurusan yang berkualiti tidak dikesampingkan.2.4Definisi kualiti pembelajaran kemahiran

Menurut Mohd. Nasir Mohd. Ashraf (2000), secara keseluruhannya pelaksanaan kualiti padanya akan membolehkan peningkatan tahap kualiti bukan sahaja perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh semua agensi kerajaan malah hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan diri murid juga berkaitan. Kualiti adalah dapatan tertinggi yang sebaik mungkin cuba didapati bagi memenuhi setiap objektif dan matlamat sesuatu perkara. Apa yang jelas dalam era semasa, keperluan maklumat oleh masyarakat menjadi semakin kompleks dengan terdapatnya konsep-konsep baru seperti "global knowledge sharing' dan `knowledge management' yang semuanya boleh digunakan untuk mempertingkatkan kualiti seperti yang dikehendaki. Bagi tujuan kajian ini, pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid sepanjang hayat adalah momentum yang utama di dalam mencapai tahap kualiti yang dikehendaki khususnya jika dilihat dari aspek objektif kajian itu sendiri.Menurut Prabagaran Raghavan (1998) peranan guru adalah begitu rumit dan mencabar. Keberkesanan sesebuah sekolah sangat bergantung kepada prestasi dan komitmen guru. Guru yang hanya mengekalkan 'status-quo' dan tidak menyahut cabaran bagi melaksanakan langkah yang berinovasi hanya mengekalkan keadaan yang statik. dalam semua aspek pengajaranpembelajaran. Dengan hal yang demikian amatlah penting supaya pihak pentadbir sekolah memikul tanggungjawab di dalam membentuk sekumpulan profesional yang mementingkan kualiti dan hasil. DaIam konteks ini, pihak pentadbir sekolah mempunyai peranan utama yang penting dalam membentuk satu ikIim organisasi yang menggalakkan dan mendorong guru-guru meningkatkan prestasi kerja mereka. Kualiti di sini membawa maksud meletakkan hasil yang terbaik dan seboleh mungkin menjadi matlamat utama kepada kejayaan dan kecemerlangan. Kajian berkenaan juga menunjukkan bahawa hubungan diantara iklim organisasi dengan pembelajaran sepanang hayat adalah saling berhubung dan aling melengkapi.

Menurutnya lagi, sekiranya guru mempunyai kepuasan kerja, mutu dan kualiti pendidikan maka secara langsung sekolah akan dapat dipertingkatkan serta dasar dan matlamat pendidikan negara juga tercapai. Untuk terus bergerak ke arah kecemerlangan, penumpuan harus diberi terhadap pembaikan berterusan ikIim sekolah kerana peningkatkan kualiti dan produktiviti guru adalah sangat penting. Oleh yang demikian, pembelajaran dan pengajaran yang berfokus kepada peningkatan kemahiran adalah proses peningkatan kualiti pengajara yang mendominasi penambahbaikkan ilmu dan pengetahuan sedia ada guru khususnya guru-guru bahasa melayu itu sendiri. 2.5Konsep pembelajaran kemahiran yang berkualiti

Menurut Mohammad Nasir, Nurul Ashirah dan Nur Azimah (2012), Malaysia kini telah menuju ke arah globalisasi tidak kira samada dari aspek eonomi, pendidikan, budaya dan politik. Sejajar dengan perkembangan terkini, teknologi telah menjadi rujukan dan penggunaan penambahan ilmu dalam memajukan negara. Oleh itu, menurut kajian berkenaan maka sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat menyelusuri cabaran-cabaran pada abad ke- 21. Usaha-usaha peningkatan kualiti dan produktiviti perlu ditingkat kan lagi pada masa hadapan kerana negara akan memasuki era K-ekonomi dan K-Work er. Era k-ekonomi k-worker ialah merupakan era dimana teknologi menjadi penghubung kepada penyampaian ilmu dan perluasan ilmu. Dalam era ini ilmu menjadi asas inovasi yang mana akan menentukan keupayaan daya saing negara. Menurut kajian berkenaan juga bahawa ilmu juga menjadi punca utama penambahan nilai produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Oleh itu pengumpulan, penyaluran dan penjanaan ilmu menjadi aktiviti terpenting samada diperingkat angensi mahu pun seluruh negara. Dalam usaha kerajaan meningkatkan pendidikan ke arah pendidikan berteknologi pendekatan pembelajaran dalam aspek pembangunan kemahiran yang merujuk kepada pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samada secara formal atau tidak di sekolahharus dipertingkatkan lagi. Pendidikan itu bukan sahaja di sekitar pendikan sekolah, yang memerlukan guru yang menggunakan teknologi sahaja namun ia juga melibatkan pendidikan maya di mana ilmu dan pembelajaran di perolehi melalui teknologi terkini. Bukan sahaja murid yang pintar dan cerdas sahaja boleh menimba ilmu dalam aspek pengayaan malah murid-murid yang menghadapi masalah dalam mana-mana aspek kemahiran juga septutnya diketengahkan untuk dipulihkan. Penambahan ilmu dan pengetahuan adalah asas kepada peningkatan kualiti yang kemudiannya dinamakan pembelajaran dan penambahbaikan diri murid dari aspek kemahiran sedia ada. Bagi konteks kajian ini adalah untuk memastikan pengaruh pengurusan kualiti terhadap prestasi organisasi khususnya dengan ilmu dan pengetahuan yang diterima selepas mengikuti kursus, seminar atau pengajian tertinggi daripada apa yang ada selama ini dikalangan guru-guru bahasa melayu akan dapat memperkukuhkan dan dijadikan asas kepada kecemerlangan dalam bidang pendidikan sebagaimana diharapkan. Pembelajaran pemulihan dan peningjatan kemahiran telah mendominasi usaha-usaha yang terancang ini secara keseluruhannya.

2.6Aspek prestasi organisasi khususnya panitia bahasa melayuNik Azida Abd Ghani (2007) di dalam Azliana Abd. Rahman (2012) menyatakan

faktor kepercayaan dan persekitaran kerja, sokongan organisasi dan sumber boleh memotivasikan guru untuk berasa mereka diupayakan oleh pentadbir. Ini menunjukkan faktor intrinsik guru juga boleh mempengaruhi amalan pengupayaan dalam organisasi sekolah. Oleh itu dalam kajian ini antara kriteria yang akan dikaji ialah kecekapan guru itu sendiri dalam sesuatu bidang tugas, kepercayaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru dalam menentukan aspek pengupayaan yang akan dilaksanakan. Maksud sumber di dalam hal ini adalah penambahan ilmu dan pengetahuan yang merupakan pembelajaran sepanjang hayat.

Oleh itu, dapatan ini menunjukkan bahawa prestasi organisasi adalah kecemerlangan yang ditunjukkan dengan angka-angka atau unjuran yang menghasilkan peningkatan dari semasa ke semasa. Ianya menjadi petunjuk kepada peningkatan kualiti secara menyeluruh. Kualiti ini pula menjadi asas kepada pengurusan organisasi itu sendiri selepas pembelajaran dan penambahbaikan diri dilakukan dengan sempurna dan ahli-ahli di dalamnya diberikan pembelajaran untuk penambahan ilmu dan pengetahuan demi kelangsungan organisasi itu sendiri.

2.7 Pembelajaran dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran membaca muridPembelajaran adalah satu proses yang membawa perubahan dalam tingkah laku manusia. Ia adalah satu proses yang berterusan, akan kekal sepanjang hayat seseorang individu, bermula dari masa lahir seseorang sehinggalah kematiannya. Ia berlaku melalui pengalaman sepanjang hidup seseorang. Proses pembelajaran ini boleh berlaku dalam bentuk pembelajaran biasa di sekolah dan boleh jadi secara formal atau tidak formal. Ia adalah satu proses sukarela yang bergantung kepada inisiatif dan motivasi diri seseorang. (Basharat, Hafiz, & Bibi, 2011).

Menurut Robert M Gagne (1970), pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku; dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan situasi pembelajaran.

2.7.1Teori-teori Pembelajaran

Dalam sebuah artikel oleh Kang (2007), beliau menyatakan bahawa pembelajaran merupakan dua konsep utama; refleksi dan konteks. Konsep refleksi adalah teras menjawab persoalan bagaimana kita memproses pengalaman kehidupan seharian. Refleksi adalah kunci dalam menjadikan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori pengalaman pembelajaran, teori pembelajaran-campur-adjektif, menganggap pengalaman yang boleh difahami dalam dua cara, dengan kebimbangan atau oleh kefahaman. Kedua-dua jenis pengalaman berubah menjadi pengetahuan dan makna oleh penghargaan dan kritikan, yang merupakan dua komponen refleksi. Konteks, dalam erti kata lain, adalah persoalan di mana murid menghadapi dan proses atau pengalaman beliau. Ini telah menghasilkan satu lagi arahan untuk teori pembelajaran dewasa yang memberi tumpuan kepada analisis konteks di mana murid dan pengalaman berada. Pengalaman guru adalah juga sebagai sumber pembelajaran, tertanam dalam konteks. Murid belajar daripada interaksi mereka dengan orang lain, peristiwa, dan kejadian di sekeliling mereka. Pengetahuan dan makna sentiasa dihasilkan dalam konteks. Ia kemudian difahami bagaimana murid mula memproses dan menganalisis pengalaman kehidupan seharian mereka dalam bentuk yang paling penting untuk mengekalkan pengetahuan melalui pembelajaran sedia ada di dalam bilik darjah.

Lain-lain teori pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam Dunn (2002) ialah Teori Stimulasi Deria, Teori Pengukuhan, Pendekatan Kognitif Gestalt, Teori Pembelajaran Holistik dan Teori Fasilitator (Pendekatan Kemanusiaan). Teori-teori ini menjelaskan bagaimana murid belajar. Dalam teori Stimulasi deria, ia dikatakan bahawa murid belajar dengan berkesan apabila deria dirangsang. Ilmu dimuridi melalui melihat, mendengar serta deria lain seperti menyentuh, menghidu dan merasa. Dengan merujuk kepada Teori Pengukuhan, yang telah dibangunkan oleh BF Skinner, ia menyatakan bahawa murid akan mengulangi tingkah laku yang diingini jika pengukuhan positif berlaku seiring dengan tingkah laku. Peneguhan atau ganjaran boleh termasuk peneguhan lisan seperti memberikan pujian selepas tingkah laku yang baik tertentu dilakukan. Dalam pendekatan Kognitif Gestlat, penekanan adalah pada kepentingan pengalaman, makna, penyelesaian masalah dan wawasan manakala dalam teori Pembelajaran Holistik, pembelajaran yang berkesan memerlukan pengaktifan intelek, emosi, dorongan badan, gerak hati dan imaginasi. Apa yang pasti, pendekatan kemanusiaan oleh Carl Roger bercakap tentang teori pembelajaran fasilitator, di mana pembelajaran berlaku apabila pendidik, yang bertindak sebagai Fasilitator, mewujudkan suasana di mana murid berasa selesa untuk belajar. Seperti dinyatakan dalam kertas ini, bahawa ia adalah dipercayai bahawa semua manusia mempunyai keghairahan semula jadi untuk belajar.

2.7.2 Pembelajaran dalam aspek pembangunan kemahiran. Walaupun pembelajaran kemahiran telah dinyatakan oleh UNESCO sejak awal 1970-an untuk tujuan kemahiran diri, ia tidak diberikan perhatian dalam pertengahan 1970-an awal 1990-an. Sejak kebangkitan globalisasi dan era teknologi maklumat baru, pembelajaran kemahiran sekali lagi menjadi slogan dasar popular di tahun 1990-an. Kerajaan-kerajaan Negara di seluruh dunia menggunakan pembelajaran kemahiran untuk menyusun semula dasar pendidikan dewasa mereka dengan penekanan kepada pembangunan kecekapan dan sistem kelayakan pekerjaan. Tumpuan pembelajaran kemahiran telah beralih dari objektif kemanusiaan kepada ekonomi (Kang, 2007).

Pemahaman istilah pembelajaran kemahiran sebenarnya berbeza-beza dari budaya ke budaya dan dari satu individu kepada yang lain (Basharat, Hafiz, & Bibi, 2011). Sesetengah memanggilnya pendidikan dewasa, beberapa panggilan proses ini pembelajaran berterusan, dan lain-lain label proses ini sebagai pendidikan sepanjang hayat. Tidak kira apa ia dipanggil, ia membentuk makna yang sama. Menurut Ching-Jung (1977), pembelajaran kemahiran adalah lebih daripada aktiviti pengalaman yang mudah, ia terdiri daripada pembelajaran sengaja dan dikaitkan proses yang menimbulkan makna, tafsiran, dan tujuan tertentu. Di sini, pembelajaran sengaja bermaksud pembelajaran yang disengajakan dan murid sedar bahawa mereka sedang belajar. Dikatakan juga bahawa ini jenis pembelajaran mempunyai matlamat khusus untuk mencapai dan bukan sengaja untuk membangunkan minda.

Walau bagaimanapun, dalam literatur lain seperti oleh Seng & Hwee (1977), ia menyatakan bahawa pembelajaran kemahiran dalam makna yang lebih luas, adalah penerusan apa-apa dan juga semua bentuk pembelajaran sepanjang kehidupan seseorang dan ia merangkumi pendidikan dewasa, kemahiran vokasional dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang kurang formal menyumbang kepada pembangunan sosial dan peribadi seseorang individu.

Menurut kepada Duyff (1999), pembelajaran kemahiran ditakrifkan sebagai proses yang berterusan menyokong apa yang merangsang dan memberi kuasa kepada individu untuk memperoleh semua pengetahuan, nilai, kemahiran dan pemahaman mereka perlukan sepanjang hayat mereka. Walau bagaimanapun, di Korea istilah pembelajaran kemahiran di dalam pembelajaran sepanjang hayat adalah tertakluk kepada segala bentuk aktiviti yang dianjurkan pihak pendidikan yang berlaku di luar sekolah di mana kumpulan sasaran utama adalah mereka yang keluar dari sekolah, merupakan orang dewasa (Ghebllawi, Goolamally, & Jamil, 2011).

Dari definisi ini, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa pembelajaran sepanjang hayat boleh dilihat sebagai satu proses pembelajaran yang berterusan diambil oleh orang dewasa sama ada sengaja atau tidak, untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan, nilai, kemahiran ataupun pemahaman untuk memperbaiki diri dari masa ke pada bila-bila masa.

2.8Kemahiran membaca dalam pendidikanMenurut Azizah Zain (2010), membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting bagi membolehkan seseorang itu memperolehi pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan. Kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh setiap murid di peringkat awal lagi. Oleh itu minat membaca perlu dipupuk sejak dari awal lagi supaya terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh ini dapat menimbulkan minat yang berterusan. Peringkat sekolah rendah merupakan peringkat yang sesuai untuk membina asas membaca. Pada peringkat ini, kemahiran asas ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kelemahan membaca apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara formal. Membaca juga merupakan tumpuan utama yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Menurut Azizah Zain (2010), menyedari bahawa kepentingan penguasaan kemahiran membaca kepada kanak-kanak maka kemahiran ini perlu diajar di peringkat awal dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan kebolehan mereka. Antara langkah untuk menggalakkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak bagi meningkatkan kelancaran dan kefahaman ialah menggunakan kaedah bacaan berulang. Menurut Musti-Roa, Hawkins dan Barkley (2009) di dalam Azizah Zain (2010), bacaan berulang memerlukan murid membaca berulangkali petikan atau teks dalam jangkamasa tertentu atau sehingga murid tersebut lancar membaca.Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan tentang kaedah bacaan berulang. Antaranya ialah kajian oleh Rasinski (1990) yang membuktikan bacaan berulang adalah afektif dalam menggalakkan kelancaran dan kefahaman untuk mereka yang menghadapi masalah dalam membaca. Memandangkan kajian-kajian yang dijalankan membuktikan bacaan berulang memberi kesan kepada kefahaman maka adalah wajar kaedah ini dijadikan sebagai salah satu kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca diperingkat awal di seluruh sekolah di Malaysia.

Kelancaran dalam membaca merupakan salah satu aspek yang selalu diketepikan oleh sesetengah guru kerana mereka lebih mementingkan kebolehan murid menjawab soalan kefahaman dalam petikan yang dibaca. Murid yang lancar membaca sebenarnya boleh melaksanakan pelbagai tugasan pada masa sama seperti pengecaman perkataan dan kefahaman (Block dan Israel, 2005 di dalam Azizah Zain, 2010). Menurut Block dan Israel lagi membaca cepat tanpa memahami teks yang dibaca merupakan satu usaha yang sia-sia.2.9Halangan untuk pengjaran kemahiran membacaMenurut Sharifah Azura Syed Hassan (2006), masalah membaca dan kemudiannya masalah berfokus kepada usaha meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid khususnya mereka di Tahun 1 membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak murid sebagai murid berpengetahuan dan cemerlang dan seterusnya bagi mewujudkan masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan sukatan pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah.Menurut Sharifah Azura Syed Hassan (2006), setiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam bilik darjah sama ada di sekolah rendah, menengah atau di intitusi pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai satu pengajaran ilmu yang baru yang dapat diterima oleh murid. Guru perlu berusaha mengajar dengan gigih supaya murid dapat menerima apa yang diajar itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil pengalaman pembacaan itu untuk tujuan yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan elemen-elemen proses membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada murid. Ada guru yang memburukkan lagi proses pengajaran membaca dengan mendekatinya pula secara mekanikal. Ini kerap berlaku kerana ada banyak kekangan keadaan dan halangan yang berlaku semasa proses mengajar membaca. Ilmu membaca perlu dititikberatkan bukannya proses membaca.

Menurut Sharifah Azura Syed Hassan (2006), kekangan dan halangan yang wujud itu adalah kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud. Proses pengajaran membaca di dalam bilik darjah adalah refleksi kepada amalan bagaimana buku harus dibaca di sekolah semasa guru memmuridinya di sekolah dahulu. Amalan pengajaran ini telah menyebabkan guru bertindak dengan mengajar secara teknikal tanpa berani membuat keputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannya

Menurut Chrlie (2008), untuk mengelakkan guru daripada menjadi sebagai seorang juruteknik membaca, mereka harus boleh dan tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan sendiri berpandukan kepada apa yang ada di hadapan mereka (murid, bahan, tujuan, kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan berbuat demikian adalah satu langkah ke arah menjadi seorang guru yang boleh mengajar membaca yang profesional. Guru yang boleh mengajar membaca yang sebenar ialah mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu membaca dan ilmu pengajaran membaca (yang dimaksudkan di sini ialah semua guru dan tidak terhad kepada guru yang mengajar subjek bahasa sahaja).Murid tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai sikap negatif terhadap peroses pembelajaran dan bahan yang dibacanya itu. Sikap positif terhadap membaca banyak bergantung pada murid mempunyai kesedaran metakognitif tentang konsep seperti: a) "Apakah itu membaca?", dan b) tentang penyertaan mereka dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialah mewujudkan satu suasana keliling yang literal yang membolehkan murid membina konsep yang tepat dan perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Menyeru dan menyuruh murid membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang minima, yang pentingnya ialah penyertaan dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan. Menurut Chrlie (2008), semua murid akan melalui proses peningkatan darjah, oleh itu fokus pengajaran juga harus turut berubah daripada satu konsep yang mudah kepada yang lebih sukar iaitu dari keseronokan membaca cerita beralih kepada konsep tentang fungsi membaca dan pelbagai reaksi yang mereka ketemui dalam sesuatu bahan bacaan. Matlamat membaca ialah untuk membolehkan murid memahami mesej di dalam teks. Keupayaan untuk memahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman latar yang ada pada murid tentang tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila guru mengajar membaca tumpuan kita ialah murid. Tujuan guru biasanya untuk membolehkan pembaca mengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya tetapi pengajaran begini tidak menjamin murid tahu bagaimana maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang berbeza. Ini berlaku kerana guru kurang peka dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana maklumat dapat diterbitkan dari teks.2.10 Kerangka konseptual

Kerangka konseptual memberi penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah -pembolehubah bagi kajian ini, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan. Dalam kajian ini, penyelidik memilih aspek kemahiran membaca berbantukan bahan pengajaran sebagai pembolehubah tak bersandar manakala aspek prestasi murid dipilih sebagai pembolehubah bersandar. Gambaran lebih jelas dapat diperhati seperti yang ditunjukan dalam Jadual 1: Model Konseptual Kajian yang diadaptasi dari Model Input-Proses-Output yang dikemukakan oleh McGrath (1964).Jadual 1: Model Konseptual kajian meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid Tahun 1 Komethegam dengan teknik permainan (Dam Ular)

(Sumber : Adaptasi dari Input-Process-Output Model (McGrath, 1964)

Menurut Mumtaz Begam, Norzaini Azman dan Mohammed Sani (2010) menjelaskan tentang Model konseptual kajian bahawa sesebuah institusi pendidikan mempunyai tiga komponen iaitu komponen penggerak, pemboleh dan keputusan. Komponen penggerak adalah komponen yang memberi arah tuju organisasi. Di dalam kajian beliau, elemen integriti iaitu elemen etika dan nilai yang diberikan sebagai asas di dalam model.

Penggerak sebagai komponen pertama melibatkan integriti adalah himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Menurutnya lagi, jika anggota organisasi telah diberikan kuasa maka mereka perlu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama. Dalam konteks kajian ini, ia melibatkan soal kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid Tahun 1 Komethegam.

Komponen kedua ialah pembolehubah yang bermaksud penetapan sesuatu input yang efektif. Dalam kajian ini, elemen bahan bantu mengajar yang merujuk kepada penggunaan dam ular secara langsung.

Komponen ke tiga adalah komponen hasilan. Komponen hasilan ini mementingkan penerapan unsur-unsur hasil kajian yang seterusnya merujuk kepada bidang keberhasilan mewujudkan murid Tahun 1 Komethegam yang akhirnya boleh membaca perkataan kvkv itu sendiri.2.11Rumusan

Sikap dan kesedaran keperluan membaca di kalangan ramai murid di semua peringkat pengajian adalah terlalu rendah, mudah dan cetek. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi, sungguhpun mereka telah berada di menara gading, hanya yang asas sahaja. Kebolehan membaca rata-rata terhad kepada bahan bukan ilmiah dan berbentuk naratif. Penguasaan dan kelancaran bahasa mereka tidak mendalam kerana ramai yang masih lagi tidak berupaya untuk berfungsi dalam bahasa akademik, bahasa sains dan bahasa teknologi. Kelemahan ini bertambah apabila pembaca mempunyai pengetahuan am yang terlalu sempit dan ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk berinteraksi dengan penulis. Itu sebabnya maka sejak dari Tahun 1 lagi murid harus diberikan penekanan dalam aspek kemahiran membaca ini sepenuhnya.

Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang guru sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua guru.

Kemahiran Membaca Bahan bantu Prestasi

Pemboleh Ubah Tak Bersandar Pemboleh Ubah Bersandar

Kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid Tahun 1 Komethegam

Murid boleh membaca perkataan kvkv

Dam Ular