bab 2 nutrisi
Post on 15-Jul-2015
833 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Slide 1
BAB 2NUTRISI2.1 Kelas-kelas makananKarbohidrat
Karbohidrat ialah makanan yang mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. Contoh karbohidrat termasuk kanji, selulosa, dan gula. Makanan yang kaya dengan karbohidrat termasuk nasi, roti, coklat, dan ubi. Karbohidrat ialah sumber tenaga utama kita. Karbohidrat membekalkan tenaga yang kita perlukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti bernafas, berjalan dan berlari.
Protein
Protein mengandungi unsur-unsur karbonhidrogen, oksigen, nitrogen, dan kadangkala sulfur serta fosforus. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging, ikan, putih telur, susu, dan kacang soya. Protein diperlukan untuk membina sel baharu bagi pertumbuhan dan membaiki tisu yang rosak. Protein yang berlebihan tidak dapat disimpan dalam badan tetapi disingkirkan sebagai urea dalam air kencing dan peluh.
Lemak
Seperti karbohidrat, lemak terdiri daripada karbon, hidrogen, dan oksigen tetapi dalam nisbah yang berlainan. Makanan yang kaya dengan lemak termasuk mentega, kuning telur, minyak ikan, dan lemak daging. Selain karbohidrat, lemak juga membekalkan tenaga, terutamanya untuk memanaskan badan dan mengekalkan suhu badan. Lemak melindungi organ-organ dalaman seperti ginjal dan jantung daripada gegaran.
Vitamin
Vitamin ialah sebatian organik yang penting untuk kesihatan badan. Terdapat dua kumpulan vitamin iaitu vitamin yang larut dalam lemak dan vitamin yang larut dalam air. Vitamin yang larut dalam lemak ialah vitamin A, D, E, dan K manakala vitamin yang larut dalam air ialah vitamin B dan C.
VitaminFungsiKesan KekuranganAPertumbuhan dan pemeliharaan kulit yang sihatUntuk penglihatan yang baik pada waktu malamRabun malamBMemelihara fungsi sistem sarafMembantu pembentukan sel darah merahBeri-beriCMenguatkan pertahanan badan terhadap penyakitMemelihara kesihatan kulit dan gusiPelagraAnemia SkurviDMembantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuatRiket Kerosakan gigiEMengekalkan fungsi sistem pembiakanKemandulanKDiperlukan dalam proses pembekuan darahDarah lambat bekuGaram mineral
Seperti vitamin, hampir semua makanan mengandungi garam mineral yang diperlukan untuk memelihara kesihatan badan. Garam mineral juga diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Air minuman harian yang dibekalkan oleh loji air juga mengandungi garam mineral.
Garam mineralFungsiKesan KekuranganKalsiumMembina tulang dan gigi yang kuatMembantu proses pembekuan darahRiketNatriumDiperlukan untuk pembentukan bendalir badan seperti plasma darahKekejangan ototKelesuanKurang selera makanBesiMembina hemoglobin dalam sel darah merahAnemiaIodinDiperlukan oleh kelenjar tiroid untuk penghasilan hormonGoiterFosforusMembina tulang dan gigi yang kuatRiketKaliumDiperlukan untuk pengecutan otot badanMengekalkan kepekatan darah dan bendalir tisu badanKelesuan ototKekejangan ototPelawas
Pelawas ialah bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan. Selulosa yang terdapat dalam buah-buahan, sayur- sayuran, dan selaput luar bijirin ialah sumber pelawas. Pelawas merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan untuk membantu pergerakan makanan. Oleh itu, pelawas dapat mencegah sembelit.
Air
Kira-kira 67% daripada badan manusia terdiri daripada air. Air diperlukan dalam badan untuk mengangkut bahan- bahan terlarut seperti makanan tercerna ke seluruh badan dan mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan daripada badan. Air juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan dan kepekatan darah.Kehilangan sebanyak 20% daripada jumlah air dalam badan boleh membawa maut.
Kwasyiorkor
Rabun malam
Beri-beri
Skurvi
A Ujian iodin untuk kanji
Masukkan 2 ml larutan kanji ke dalam tabung uji.Titiskan beberapa titik larutan iodin. B Ujian Benedict untuk glukosa
Masukkan 2 ml larutan glukosa ke dalam tabung uji.Tambahkan 2 ml larutan Benedict ke dalam tabung uji.Panaskan tabung uji dengan kandungannya di dalam kukus air.C Ujian Millon untuk protein
Masukkan 2 ml larutan albumen ke dalam tabung uji.Titiskan beberapa titik reagen Millon.Panaskan tabung uji dengan kandungannya di dalam kukus airD Ujian alkohol-emulsi untuk lemak
Masukkan 2 ml etanol ke dalam tabung uji.Titiskan beberapa titik minyak ke dalam etanol dan goncang campuran itu.Tambahkan 2 ml air dan goncang campuran itu.Keputusan:MakananUjian MakananPemerhatianKanjiUjian iodinGlukosaUjian BenedictProteinUjian MillonLemakUjian alkohol-emulsi 1. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
(a) ___________ membekalkan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian kita.(b) ___________ dan ___________ melindungi badan kita daripada penyakit dan mengekalkan kesihatan badan kita.(c) Melarutkan dan mengangkut makanan tercema ke sel-sel badan.(d) Kekurangan pelawas dalam gizi boleh menyebabkan masalah ___________. Makanan yang kaya dengan pelawas ialah ___________ dan___________.(e) ___________ melindungi organ-organ badan seperti jantung daripada tercedera.(f) ___________ diperlukan untuk membina sel-sel baharu untuk pertumbuhan dan untuk menggantikan sel-sel yang rosak.2.Kelaskan makanan yang berikut kepada kelas makanan yang betul.
MiSusuPutihtelurUbi kayu
MarjerinMaduMentegaKuning telur
Kacang tanahIkan