bab 2. islam.satu

21
1 Bab 2: Kelahiran Tamadun Islam 2.1 Mukadimah 2.2 Apakah tamadun Islam? 2.3 Nabi Muhammad s.a.w. 2.4 Kerajaan Islam di Madinah 2.5 Pembukaak Kota Makkah 2.6 Kerajaan Kulafa-al-Rasydin 2.7 Empayar Bani Umaiyah 2.8 Kerajaan Andalusia, Sepanyol 2.9 Empayar Bani Abbasiyah 2.10 Empayar Turki Uthmaniyah 2.11 Prinsip-Prinsip Asas Tamadun Islam Setelah selesai bab ini, anda akan dapat: o Menerangkan ciri-ciri Tamadun Islam o Menyenaraikan prinsip-prinsip Tamadun Islam o Memerihalkan perkembangan Tamadun Islam o Menjelaskan sumber Tamadun Islam yang terdiri daripada al-Quran dan Hadis Bab 1: Pengenalan kepada Tamadun Bab 2: Tamadun Islam Bab 3: Sumbangan Tamadun Islam Bab 4: Tamadun Melayu Bab 5: Tamadun Cina Bab 6: Sumbangan Tamadun Cina Bab 7: Tamadun India Bab 8: Sumbangan Tamadun Cina Bab 9: Tamadun Jepun dan Korea Bab 10: Masa Depan Tamadun Asia

Upload: mansorembong

Post on 31-Jan-2016

302 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tamadun Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2. Islam.satu

1

Bab 2: Kelahiran Tamadun Islam

2.1 Mukadimah

2.2 Apakah tamadun Islam?

2.3 Nabi Muhammad s.a.w.

2.4 Kerajaan Islam di Madinah

2.5 Pembukaak Kota Makkah

2.6 Kerajaan Kulafa-al-Rasydin

2.7 Empayar Bani Umaiyah

2.8 Kerajaan Andalusia, Sepanyol

2.9 Empayar Bani Abbasiyah

2.10 Empayar Turki Uthmaniyah

2.11 Prinsip-Prinsip Asas Tamadun Islam

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:

o Menerangkan ciri-ciri Tamadun Islam

o Menyenaraikan prinsip-prinsip Tamadun Islam

o Memerihalkan perkembangan Tamadun Islam

o Menjelaskan sumber Tamadun Islam yang terdiri daripada

al-Quran dan Hadis

C

Bab 1: Pengenalan kepada Tamadun

Bab 2: Tamadun Islam

Bab 3: Sumbangan Tamadun Islam

Bab 4: Tamadun Melayu

Bab 5: Tamadun Cina

Bab 6: Sumbangan Tamadun Cina

Bab 7: Tamadun India

Bab 8: Sumbangan Tamadun Cina

Bab 9: Tamadun Jepun dan Korea

Bab 10: Masa Depan Tamadun Asia

C

Page 2: Bab 2. Islam.satu

2

Bab ini bertumpu kepada perbincangan tentang kemunculan tamadun Islam.

Dibincangkan secara ringkas riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. dan empayar-

empayar Islam sehingga Empayar Turki Uthmaniyah. Tumpuan ialah sumbangan

empayar-emyar ini kepada Tamadun Islam dan prinsip-prinsip asas.

Abu Nasir al-Farabi, pada abad ke-11 telah memperkenalkan istilah al-madaniyat

dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat yang membawa maksud kota, kehidupan

yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.

Ibn Khaldun, pada abad ke-14, menyifatkan tamadun Islam sebagai pembangunan

bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai

bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik,

algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.

Jurji Zaidan pada abad ke-19, mentakrif tamadun Islam sebagai sistem yang

mengamalkan pentadbiran Islam yang termasuk penubuhan bandar pencapaian

dalam bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina, seni muzik serta nyanyian.

Ismail al-Faruqi pada abad ke 20, mengatakan tamadun Islam berasaskan tauhid

iaitu pengiktirafan bahawa Tuhan itu hanya satu dan penyatuan dengan Allah SWT.

Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu

mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931-) merujuk kepada keadaan kehidupan

insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi

seluruh masyarakat. Iaitu, tamadun yang berasaskan din yang bermaksud satu cara

hidup atau kehidupan beragama.

Secara ringkas, tamadun Islam bersumber Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran - Kalam Allah SWT diturunkan kepada Nabi Muhammad

s.a.w. melalui Malaikat Jibril, secara beransur-ansur selama 23 tahun, yang menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Kandungan al-Quran secara ringkas mengandungi perkara yang berkaitan aqidah, syariat, akhlak, janji baik/jahat, cara-cara untuk mendapat kebahagiaan dan kisah orang yang menurut atau melanggar perintah Allah SWT.

2.1 Mukadimah

2.2 Apakah Tamadun Islam?

Page 3: Bab 2. Islam.satu

3

As-Sunnah / Hadis - Segala perkataan, perbuatan, perakuan & sifat

keperibadian dan keterampilan Nabi Muhammad s.a.w. (perjalanan hidup Baginda). Peranan hadis ialah mentafsir dan menerangkan maksud al-Quran, mengulang dan menyokong kenyataan al-Quran, dan menjelaskan perkara-perkara yang tidak disebut dalam Quran. Contohnya: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai

kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih

dan menghayati nilai-nilai positif. Tamadun Islam bercirikan keagamaan, terbuka

(menerima semua elemen kebaikan dan mengiktiraf sumbangan daripada orang lain),

toleransi (bertolak ansur terhadap kepercayaan & amalan keagamaan dan budaya

masyarakat lain) dan seimbangan antara pembangunan intelektual, spiritual,

emosional (akhlak) dan kebendaan. Kesemua aktiviti ilmiah yang berlaku sepanjang

zaman kegemilangan tamadun intelektual Islam adalah cetusan dan dorongan yang

bersumberkan Iqra (baca) seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

Bacalah, dengan nama Tuhanmu

yang menciptakan. Yang mencipta

manusia daripada segumpal darah

yang beku. Bacalah, dengan nama

Tuhan yang memiliki segala

Kekuasaan. Yang mengajar (manusia)

menggunakan kalam (pena). Yang

mengajar manusia apa yang tidak

diketahuinya – Al Alaq ayat 1-5

Ayat tersebut menyeru manusia supaya membaca kerana membaca melibatkan

proses pemikiran mental yang tinggi serta memerlukan penghayatan pentafsiran

dan pengenalan.

Melalui ayat ini juga memerintahkan manusia untuk berfikir tentang

bagaimana alam terjadi dan hikmah atas setiap kejadian dan yang paling

penting memikirkan siapakah yang mencipta alam ini.

Manusia membaca untuk mengetahui dan mengikuti apa-apa yang terbaharu dalam

bidang keilmuan. Dengan membaca manusia mengetahui. Dengan mengetahui

manusia membuat. Dengan membuat, manusia mengubah keadaan dunia. Dalam

konteks ini dilihat bagaimana ayat pertama itu merupakan satu petanda kebangkitan

peradaban baru yang mementingkan kuasa ilmu.

Read in the name of your Lord and

Cherisher, Who created man, out of

a (mere) clot of congealed blood:

Proclain! And they Lord is Most

Bountiful, He Who taught (the use

of) the pen, - Taught man that which

he knew not.

Al-Alaq 1-5

Translation by Yusuf Ali

Page 4: Bab 2. Islam.satu

4

Zaman Masyarakat Arab Jahiliah

Apakah pengertian jahiliah? Jahiliah berasal daripada adalah perkataan bahasa Arab

‘jahala’ yang bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan.

Masyarakat Arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab

hingga turunnya wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Lihat Rajah

2.1).

.

Rajah 2.1 Peta Arab Saudi dan Negara-Negara Jiran

2.3 Nabi Muhammad s.a.w.

a) Apakah tamadun Islam? b) Nyatakan sumber utama tamadun Islam?

Page 5: Bab 2. Islam.satu

5

Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan iaitu Badwi yang tinggal di kawasan

gurun dan pendalaman; dan Hadari yang tinggal di pesisiran pantai. Zaman ini

dianggap sebagai zaman kegelapan kerana mereka mengamalkan perbuatan tidak

bermoral seperti berjudi, berzina dan bertingkah laku kejam, angkuh dan degil.

Wanita dipandang rendah dan bayi perempuan ditanam hidup kerana dianggap

menjatuhkan maruah keluarga. Agama mereka lebih berunsur animisme yang

mempercayai menyembah berhala, memuja alam dan menilik nasib.

Perniagaan yang dijalankan berasaskan riba serta menindas orang miskin. Kehidupan

mereka lebih berpuak dan sangat taksub atau fanatik dengan suku kaum sendiri. Ini

telah membawa kepada kacau-bilau dan peperangan antara puak. Merompak dan

merampas barangan orang lain menjadi salah satu mata pencarian masyarakat

jahiliah

Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada tahun 570 M di rumah datuknya dan diberi

nama Muhammad bermaksud ‘terpuji’. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul

Muttalib dan ibunya ialah Aminah bt. Wahab. Bapa baginda meninggal dunia ketika

baginda dalam kandungan ibu. Pada usia 6 tahun, ibu baginda meninggal dunia dan

diasuh oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu diasuh pula oleh

datuk saudaranya Abu Talib. Baginda membantu datuk saudaranya menggembala

kambing dan berniaga.

Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Khadijah. Baginda digelar ‘al-amin’

kerana sifatnya yang mementingkan kebenaran, kesabaran, bijaksana dan beramanah

yang menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar untuk berniaga. Baginda

bersifat rendah diri, bergaul dengan orang kaya, miskin, tua serta kanak-kanak.

Pada tahun 610 M, Nabi Muhammad s.a.w. menerima

Wahyu pertama surah al-Alaq yang memerintahkan umat Islam membaca.

Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang

dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.

Wahyu kedua, surah al-Muddasir yang mengisytiharkan Nabi sebagai

rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia. Selepas

itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya

Pada mula Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam secara rahsia yang ditujukan

pada ahli keluarga, para sahabat, dan kaum kerabat. Kemudian, Islam disebarkan

secara terbuka dan terang. dan orang Quraisy mula menentang. Nabi menyebarkan

Islam secara berhikmah dan lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam. Nabi

menunjukkan teladan positif – berakhlak mulia, kuat mental, fizikal, rohani dalam

mencari kejayaan.

Page 6: Bab 2. Islam.satu

6

Apabila dakwah Islam dijalankan secara terbuka, orang Quraisy mula

menentangnya. Apakah sebab orang Quraisy menentang penyebaran Islam?

Kepercayaan orang orang Quraisy yang berasaskan animisme dan

menyembah berhala akan terjejas

Islam menganjurkan prinsip persamaan taraf sesama manusia yang

bertentangan dengan amalan orang Quraisy yang mementingkan darjat dan

stratifikasi sosial

Orang Quraisy menganggap sekiranya mereka memeluk Islam, mereka

terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.. sedangkan

mereka bersaing untuk menjadi pemerintah Makkah.

Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya kerap diganggu dan dicaci oleh kaum

Quraisy. Nabi s.a.w. sekeluarga juga pernah dipulaukan tetapi dilindungi oleh

sahabat-sahabatnya seperti Abu Talib dan Ummu Salamah. Nabi tetap sabar

sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah.

Allah SWT memerintahkan Nabi agar segera berhijrah ke

Madinah kerana niat orang Quraisy ingin membunuh Nabi.

Sambil itu, kaum Aus dan Kharaj telah menjemput Nabi ke

Madinah. Suku kaum ini sering bertelagah dan ekonomi mereka

dikuasai orang Yahudi. Mereka memerlukan pemimpin untuk

mendamaikan hidup mereka. Ancaman di Makkah menjejaskan

penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan

penyebaran Islam. Madinah terletak di utara Makkah di tengah-

tengah perjalanan perdagangan dan penduduknya terdiri daripada

kaum Nasrani, Arab dan Yahudi.

Perjalanan hijrah Nabi Muhammad s.a.w. berlaku pada 1 Rabiulawal (bersamaan 12

September) 622 M. Ia berlaku secara senyap dan berperingkat- peringkat. Perjalanan

hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Takwim hijrah

sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.

Kerajaan Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bersifat adil dan

tidak membezakan manusia sama ada kerana keturunan, warna kulit, bahasa atau

bangsa. Yang dipentingkan ialah hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi

dan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, paling penting ialah takwaan dan ketaatan

kepada Allah SWT.

2.4 Kerajaan Islam di Madinah

Hijrah, perkataan Arab yang bermaksud berpindah. Pengertian lebih luas ialah menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukan dan kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

Page 7: Bab 2. Islam.satu

7

Firman Allah SWT bermaksud

Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ahíla yang paling takwa di antara kamu

(surah Al-Hujuraat ayat 13)

Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan penegasan tentang

hubungan antara manusia dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud:

“Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang ‘Ajam, kecuali kerana takwanya”. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi perkauman atau keturunan sudah

dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Menjadi

kewajipan pemerintah untuk menjaga kepentingan semua rakyat seadil-adilnya.

Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia ditolak dengan keras.

Piagam Madinah Madinah

Piagam ini dirangka oleh Nabi s.a.w. berpandukan wahyu daripada Allah SWT yang

mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat. Ia juga hasil persetujuan orang

Islam dan bukan Islam. Ia terdiri daripada:

23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawab mereka

24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi

terhadap negara Madinah.

Politik Nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah dan Nabi juga

ketua hakim berlandaskan musyawarah.

Agama Orang bukan Islam bebas memilih dan mengamal agama tanpa

gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.

Sosial masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan

bekerjasama tanpa mengira bangsa.

O mankind! We created you from a single

(pair) of a male and a female, and made

you into nations and tribes, that ye may

know each other (not that ye may despise

(each other). Verily the most honoured of

you in the sight of Allah is (he who is) the

most righteous of you. And Allah has full

knowledge and is well acquainted (with all

things).

Al-Hujuraat: 13

Translation by Yusuf Ali

Page 8: Bab 2. Islam.satu

8

Undang-Undang Undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh tetapi

peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan.

Hukuman dikenakan adalah adil.

Ekonomi Riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.

Pertahanan Semua penduduk diwajibkan mempertahankan Madinah dari

ancaman musuh.

Kedudukan

Yahudi &

Nasrani

Orang Yahudi & Nasrani mempunyai hak yang sama, hak

kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam

Madinah.

[Rujuk kepada fasal-fasal Piagam Madinah yang lebih lengkap yang dikepilkan]

Orang Islam Madinah ingin menziarahi kot Makkah kerana Kaabah yang terletak di

sana dan keinginan mengerjakan ibadat haji dan umrah. Pada tahun 630 M, Nabi

Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah sebagai satu strategi jangka

panjang untuk menyebarkan Islam. Baginda bertawaf sebanyak tujuh kali

mengelilingi Kaabah setelah berjaya menguasai kota Makkah. Baginda telah

memaafkan orang Quraisy yang selama ini memusuhi Islam.

Apakah kesan daripada pembukaan kota Makkah?. Penganut Islam semakin

bertambah dan mula mendalami ilmu pengetahuan agama. Kota Makkah dijadikan

kota suci umat Islam dan agama Islam disebarkan ke seluruh Tanah Arab. Juga

Kerajaan Madinah bertambah kukuh dan mantap.

Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah haji terakhir berpesan , umat Islam tidak

akan sesat selagi tidak meninggalkan al- Quran dan as-Sunnah. Nabi wafat pada 632

M dan pemerintahan Islam diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin.

a) Apakah tamadun Islam? b) Nyatakan asas tamadun Islam? c) Huraikan zaman jahiliah. d) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-amin? e) Apakah yang mendorong Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke

Madinah? f) Jelaskan ciri-ciri Piagam Madinah.

2.5 Pembukaan Semula Kota Makkah

Page 9: Bab 2. Islam.satu

9

Setelah kewafatkan Nabi Muhammad s.a.w., pemerintahan kerajaan Islam diteruskan

oleh beberapa khalifah yang dikenali sebagai Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin.

Kalifah-kalifah ini terdiri daripada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar al-

Khattab, Khalifah Uthman Affan dan Khalifah Ali Abu Talib. Perkataan ‘khalifah’

bermakna pengganti yang mentadbir kerajaan Islam yang diasaskan oleh Nabi

Muhammad s.a.w. Seseorang khalifah dipilih melalui musyawarah (atau syura).

Musyawarah ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud melakukan

perundingan dengan mendapatkan persetujuan daripada pihak-pihak yang terlibat

sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Rajah di atas menunjukkan tempoh pemerintahan khalifah-khalifah yang ini telah

membawa pelbagai perubahan dan kemajuan kepada kawasan yang ditakluki.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq memperkenalkan undang-undang tanah

dan hak golongan Mawali yang merupakan orang bukan Arab yang beragama

Islam. Mereka dikehendaki membayar cukai tambahan. Beliau

mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.

Khalifah Umar al-Khattab menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis,

Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Beliau juga

memperkenalkan kalendar Islam yang berasaskan tahun Hijrah sebagai

tahun permulaan. Juga diperkenalkan ialah cukai kharaj yang dikenakan

berdasarkan tanaman dan kesuburan tanah dan baitulmal untuk mengawal

aliran masuk pendapatan negara. Semasa pemerintahan beliau, terusan dan

tali air untuk dibina termasuk pembinaan empangan Abu Musa di Basrah.

Juga empayar diperluaskan ke Cyprus, Afghanistan, Samarkand dan Tripoli.

Khalifah Uthman Affan memajukan ekonomi dengan mengukuhkan

peranan baitulmal untuk membiayai pembangunan negara. Beliau juga

membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat untuk pengembara.

Penduduk bukan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah.

2.6 Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin

Page 10: Bab 2. Islam.satu

10

Khalifah Abu Talib berusaha mewujudkan keamanan dan keharmonian

negara. Beliau banyak menyelesaikan masalah berkaitan masyarakat dan

undang-undang Islam. Beliau membina markas tentera di Parsi dan Syria.

Kerajaan Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, pada tahun 661

Pemerintahan berpusat di Damsyik di Syria. Nama kerajaan ini diambil sempena

nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah bin Abdu Shams, seorang peniaga

terkenal.

Lihat Rajah 2.2 yang menunjukkan keluasan empayar Kerajaan Bani Ummaiyah

yang diperluaskan ke Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur dan Algeria, utara

Maghribi, dan Sepanyol.

Rajah 2.2 Keluasan Empayar Bani Umaiyah

Damsyik dijadikan pusat pentadbiran dan ketua kerajaan dipanggil khalifah.

Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah. Empat jabatan ditubuhkan untuk

melicinkan pentadbiran, iaitu, jabatan cukai, jabatan surat-menyurat, jabatan urusan

am dan jabatan urusan cap mohor pemerintah. Juga ditubuhkan ialah jabatan

ketenteraan yang terdiri daripada angkatan tentera darat dan laut.

Bandar Basrah berperanan sebagai pusat pembelajaran dan penyebaran ilmu. Bahasa

Arab menjadi bahasa rasmi negara. Daripada sini lahirnya ramai tokoh-tokoh

2.7 Empayar Bani Umaiyah

Zaman Nabi – 622-632 Zaman Khulafa al-Rasyd 632-661 Zaman Bani Umaiyah 661-750

Page 11: Bab 2. Islam.satu

11

terkenal dalam bidang agama, kimia, astronomi, perubatan dan lain-lain

(Dibincangkan dengan mendalam dalam Bab 3). Hospital pertama didirikan di

Damsyik termasuk hospital penyakit kusta. Pelbagai buku rujukan dalam bidang

perubatan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Dalam bidang perundangan, hukuman dikenakan berasaskan ijtihad yang

berpandukan a-Quran dan as-Sunah. Hakim mesti berlaku adil tanpa dipengaruhi

oleh mana-mana aliran politik pemerintah, tanpa dipengaruhi oleh lata belakang

orang yang dibicarakan.

Perkataan asal Andalusia dikatakan berasal daripada perkataan “Vandalusia” yang

bererti “Tanah Vandal”, iaitu satu suku bangsa Eropah yang mendiami rantau

tersebut sekitar abad kelima Masihi. Apabila penguasaan Vandal berakhir dan

digantikan dengan suku kaum Visigoth, wilayah ini sentiasa berada dalam keadaan

huru-hara tanpa undang-undang yang mampu menjamin keselamatan penduduknya.

Seluruh Eropah pada waktu itu berhadapan dengan Zaman Kegelapan (Dark Ages)

dimana budaya intelektual yang diwarisi daripada peradaban Greek dan Romawi

semakin lenyap

Tariq ibn Ziyad dan pasukannya telah menguasai semenanjung Iberia (Sepanyol)

pada tahun 711 dan menubuhkan Kerajaan Andalusia sehingga tahun 1492 (iaitu

kira-kira 800 tahun). Lihat Rajah 2.3 yang menujukkan keluasan kawasan Kerajaan

Andalusia. Kawasan-kawasan di utara adalah beberapa kerajaan Kristian. Gabenor

pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn

Abdul Rahman al –Fihri.

Pemerintah Islam berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka

mempunyai pelbagai latar belakang. Ada dalam kalangan mereka berbangsa Arab,

2.8 Kerajaan Andalusia, Sepanyol

a) Jelaskan sumbangan khalifah-khalifah semasa pemerintahan Kerajaan Khulafa al-Rasyidin

b) Nyatakan kawasan yang ditakluki Empayar Bani Umaiyah. c) Rujuk kepada bahan-bahan internet dan nyatakan sumbangan Empayar

Bani Umaiyah kepada tamadun Islam.

Page 12: Bab 2. Islam.satu

12

Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila

masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun, antara punca

kejatuhan kerajaan Islam Andalusia juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya

ini yang merenggangkan sesame sendiri sehingga akhirnya kerajaan turut menjadi

lemah.

Rajah 2.3 Peta yang Menunjukkan Keluasan Kerajaan Andalusia

Bandaraya Cordoba merupakan pusat budaya yang maju dan mempunyai ilmuan-

ilmuan yang hebat. Orang Islam dan bukan Islam dari serata dunia datang ke

Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba. Bandar Cordoba

mempunyai lampu jalan, air paip, perpustakaan, hospital, taman, rumah yang besar,

dan lain-lain. Orang Eropah yang datang ke Cordoba terpegun melihat apa yang

berlaku dan seni bina yang unik. Cordoba juga berfungsi sebagai menjadi pusat

ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang terdiri daripada perusahaan seperti

tembikar, perhiasan emas & perak, kulit dan membuat senjata. Cordoba dianggap

sebagai salah satu bandar yang termaju di dunia sebagai pusat kebudayaan,

kewangan, perdagangan dan intelektual dengan begitu banyak sekolah perubatan dan

universiti.

Pada zaman pemerintahan Islam, rakyat-rakyat yang berlainan agama dan etnik

hidup aman damai. Mereka tidak dipaksa untuk hidup di kawasan tertentu atau

Kerajaan Andalusia

Page 13: Bab 2. Islam.satu

13

diasingkan dari orang Islam. Mereka tidak dipaksa memeluk agama Islam dan bebas

mengikut kepercayaan masing-masing. Orang bukan Islam terlibat dengan pekerjaan

yang sama dengan orang Islam dan tidak dihalang bekerja di sektor awam.

Masjid Cordoba merupakan gereja Katolik

yang dibina oleh kaum Visigoth yang telah

ditukar menjadi masjid (Lihat Gambar di

sebelah kanak). Masjid ini menjadi tumpuan

orang Islam selama 300 tahun. Bahagian dalam

masjid ini penuh dengan ukiran motif Arab dan

dilengkapi dengan khat (huruf a-Quran) yang

sangat indah.

Masjid ini unik kerana bahagian dalamnya

terdiri daripada 856 tiang-tiang yang

merupai barisan pokok palma (Lihat

Gambar di sebelah kiri). Tiang-tiang yang

kilat ini diperbuat daripada marmar, granit

dan onyx.

Alhambra yang bermaksud ‘Istana

Merah’ adalah sebuah kompleks yang

terdiri daripada beberapa istana, masjid

dan juga merupakan kota. Kompleks ini

terletak dikawasan bukit yang strategik

(Lihat Gambar di sebelah kanan).

Alhambra dibina di bandar Granada dan

menjadi tempat tinggal raja-raja Islam.

Page 14: Bab 2. Islam.satu

14

Lihat gambar di sebelah kiri yang di

panggil ‘Halaman Singa’ (The Court of the

Lions) yang merupakan sebahagian istana.

Perhatikan tiang-tiang berbentuk seni bina

Islam dan pancutan air di tengah-tengah

yang disokong oleh 12 singa yang

diperbuat daripada marmar putih. Singa

melambangkan kegagahan.

Seni bina Islam telah menyumbangkan

kepada peradaban Eropah apabila bentuk

serta struktur binaan ini telah berkembang

dengan pesat di Eropah.

Keagungan dan kejayaan Kerajaan Andalusia tidak dapat tidak dapat dipisahkan

daripada semangat perkembangan ilmu dan penyelidikan baharu yang dicetuskan

oleh Islam. Selama 800 tahun orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun

yang tersendiri di Andalusia. Didorong oleh semangat cintakan ilmu, maka

cendekiawan Islam telah menceburi pelbagai bidang ilmu hingga berjaya memberi

sinar dan kemajuan kepada masyarakat Eropah yang ketika itu masih berada dalam

Zaman Kegelapan (Dark Ages).

Ketika itu bandar-bandar seperti Cordoba, Granada, Toledo dan Seville dipenuhi

dengan institusi-institusi pengetahuan yang memperdebatkan idea-idea tanpa

halangan. Contohnya, pusat menterjemah karya Yunani ke dalam bahasa Arab

terdapat di Toledo.

Sehingga kini, bahagian selatan Sepanyol menjadi tempat bersejarah dan ramai

pengkaji dari pelbagai negara datang melakukan kajian kesan peninggalan Islam. Ia

bukan sahaja menarik perhatian orang Islam tetapi turut menjadi tumpuan

masyarakat bukan Islam. Kejayaan Islam membina ketamadunan di Barat melalui

Andalusia sesungguhnya sesuatu yang sangat unik.

a) Jelaskan bagaimana Andalusia di tawan. b) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Kegelapan? c) Apakah keunikan bandar raya Cordoba? d) Bincangkan bangunan-bangunan yang didirikan oleh orang Islam di

Andalusia?

Page 15: Bab 2. Islam.satu

15

Pada tahun 750 M, Ali bin Abdullah menggulingkan Kerajaan Umaiyah dan

menubuhkan Kerajaan Abbasiyah yang berpusat di Damsyik dan kemudian

berpindah ke Baghdad. Lihat Rajah 2.4 yang menunjukkan keluasan Kerajaan Bani

Abbasiyah. Nama kerajaan ini diambil sempena nama ‘al Abbas’, bapa saudara Nabi

Muhammad s.a.w.

Rajah 2.4 Peta Menunjukkan Keluasan Kerajaan Bani Abbasiyah

Pusat pemerintahan terletak di Damsyik dan dipindahkan ke Baghdad pada

pemerintahan Abu Jafaar al-Manur. Kerajaan Abbasiyah memberi tumpuan

kepada pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan dengan tujuan

menambahkan hasil negara dan rakyat. Hospital, sekolah dan perpustakaan didirikan.

Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun,

Baghdad menjadi kota intelektual. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani

diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Sebuah Baitul hikmah atau institusi keilmuan

dibina (Dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Bab 3). Golongan ulama giat

menulis buku-buku agama Islam dengan menyusun hadis dan menulis tentang fikah,

2.9 Kerajaan Bani Abbasiyah

Page 16: Bab 2. Islam.satu

16

tafsir dan sebagainya. Antara ulama terkenal ialah Imam Malik, Ibn Ishaq dan Abu

Hanifah.

Ilmuan Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai

dan penambahbaikan karya-karya Yunani, India dan Cina ke bahasa Arab. Kemudian

buku-buku ini diterjemahkan ke bahasa Latin yang digunakan di Eropah. Ilmuan

Islam berjaya memelihara warisan ilmu zaman lampau melalui kegiatan

penterjemahan serta meninggalkan warisan yang tidak ternilai kepada generasi

kemudiannya.

Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan-kerajaan kecil

bebas yang terletak di sebelah barat Anatolia (lihat Rajah 2.7). Salah satu kerajaan

kecil ini di Turki yang diketuai Uthman Ertughrul menjadi pengasas Empayar

Uthmaniyah.

Rajah 2.5 Peta Menunjukkan Keluasan Empayar Turki Uthmaniyah

Pada tahun 1453 Muhammad II mengalahkan tentera Byzantine dan menakluki

bandar Constantinople yang ditukar nama kepada Istanbul. Bandar tersebut

merupakan pintu masuk Eropah dan laluan perdagangan Timur dan Barat. Dengan

2.10 Kerajaan Turki Uthmaniyah

Page 17: Bab 2. Islam.satu

17

jatuhnya Constantinople, maka kerajaan Uthmaniyah semakin mudah menakluki

wilayah lain seperti Serbia, Albania, Sofia, Kosovo dan Hungary.

Puncak kejayaan kerajaan Uthmaniyah dicapai semasa pemerintahan Sulaiman 1.

Baginda digelar al-Qanun (Pembuat Undang-undang) kerana kejayaannya

mengubal undang-undang yang digelar Kanun Suleiman yang diperkenalkan

sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa

mengira bangsa dan agama.

Sistem pendidikan disediakan melalui madrasah, sekolah, sekolah sastera, maktab

tentera dan kolej perubatan. Kerajaan memperkenalkan sistem pendidikan yang

terdiri daripada peringkat rendah (selama 5 tahun), peringkat menengah (selama 3

tahun), peringkat menengah atas (selama 3 tahun) dan peringkat universiti (selama 4

tahun). Mata pelajaran yang diberi penekanan ialah bahasa Arab, bahasa Turki,

falsafah, sejarah, ilmu bumi, tafsie dan hadis. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

menekankan hafalan.

Kerajaan Turki Uthmaniyah membina banyak madrasah dan masjid, terutama

di Istanbul dan Mesir. Hampir diseluruh masjid dan madrasah-madrasah ada

perpustakaan yang berisi bermacam-macam ilmu, terutama ilmu-ilmu agama dan

bahasa Arab. Setiap orang bebas membaca dan mempelajari isi kitab-kitab itu.

Kerajaan Turki Uthmaniyah telah

mengembangkan seni bina Islam. Masjid-

masjid didirikan yang dihiasi dengan seni

khat indah. Contohnya ialah Masjid

Salimiyyah di kota Adrianople yang dibina

pada 1570. Paling terkenal ialah Masjid Biru

(Blue Mosque) yang dibina zaman

pemerintahan Sultan Ahmed di Istanbul (Lihat

gambar di sebelah kanan).

Sultan Sultan Mahmud II telah menghantar seramai 150 pelajar ke pelbagai negara di

Eropah. Tujuannya adalah untuk melatih mereka menjadi guru di sekolah-sekolah

Turki. Muncullah pada masa ini sasterawan dengan hasil karya-karya setelah

menamatkan pelajaran di luar negeri. Di antaranya Ibrahim Shinasi pengasas surat

khabar Tasviri Efkyar, Namik Kemal dan Mehmed Taufik. Seorang lagi sasterawan

terkenal ialah Ahmad Midhat Effendi yang telah menulis 33 buah novel yang

bertemakan sejarah, sains, falsafah dan agama. Semsettin Sami terkenal sebagai

Page 18: Bab 2. Islam.satu

18

pelopor pertama di Turki yang telah menghasilkan ensiklopedia Sains Islam. Selain

itu beliau juga menghasilkan ensiklopedia tentang kesusasteraan klasik Uthmaniyah

dan kesusasteraan Islam serta pelbagai jenis kamus.

KEJATUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH

Empayar Uthmaniyah bertahan selama 600 tahun. Pada 1876, Sultan Abdul Hamid

11 menaiki taktha. Pemerintahannya bersifat mutlak dan penuh kekerasan. Oleh

sebab itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang awam dan tentera. Gerakan

penentang yang menentang Sultan Abdul Hamid 11 inilah yang kemudian dikenal

dengan nama Gerakan Turki Muda. Sementara itu, kumpulan tentera membentuk

jawatankuasa rahsia untuk menggulingkan sultan, seperti Jawatankuasa Perkumpulan

Persatuan dan Kemajuan dengan salah seorang pemimpinnya ialah Mustafa Kamal

Ataturk.

Mustafa Kamal bersama-sama rakan-rakannya mengakhiri kuasa Sultan Abdul

Hamid 11. Akhirnya Mustafa Kamal telah mengambil alih kerajaan Turki dan

menubuhkan republik dan beliau menjadi president pertama pada tahun 1923.

1) Sumber utama tamadun Islam ialah al Quran dan Hadis dan sesuatu tujuan

atau perbuatan adalah berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis.

Matlamat tamadun Islam terbahagi kepada TIGA dimensi; iaitu Hubungan

manusia dengan Allah SWT, Hubungan manusia sesama manusia, dan

Hubungan manusia dengan alam sejagat (Lihat Rajah 2.6).

a) Jelaskan kewujudan Empayar Bani Abbasiyah. b) Apakah sumbangan empayar ini kepada tamadun Islam? c) Siapakah khalifah Harun al-Rsasyid? d) Siapakah pengasas Empayar Turki Uthmaniyah? e) Nyatakan kawasan yang ditakluki Turki Uthmaniyah? f) Apakah sumbangan orang Islam Turki Uthmaniyah? g) Bagaimana empayar ini jatuh?

1 2.11 Prinsip-Prinsip Asas Tamadun Islam

Page 19: Bab 2. Islam.satu

19

Rajah 2.6 Tiga Dimensi Asas Tamadun Islam

a) Manusia dengan Allah SWT (Huquq Allah) - Matlamat hidup manusia

adalah sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Dengan itu, seseorang

yang melakukan sesuatu ciptaan baharu atau inovasi adalah untuk Allah

SWT semata-mata dan bukan kerana hendak berbangga-bangga dengan

apa yang dihasilkan. Allah SWT telah menganugerahkan manusia dengan

akal untuk membolehkan manusia berfikir dengan mendalam dan jauh.

Mereka dikurniakan dengan akal bagai membolehkan mereka berfikir

untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa untuk memenuhi

keperluan dan manfaat manusia sejagat. Hubungan manusia dengan Allah

SWT adalah yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan suci murni.

Hubungan ini berkekalan dan mutlak dan tidak dapat dibandingkan

dengan hubungan lain seperti hubungan dengan keluarga, kaum, bangsa,

kebendaan dan sebagainya.

b) Manusia dengan Manusia (Huquq al-’Ibad) – Masyarakat Islam

merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat

perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam

lingkungan sempadan geografi dan politik. Hubungan dengan manusia

tidak dibataskan oleh kaum, warna kulit, bahasa, bangsa, darjat.

Hubungan manusia dengan manusia bersasaskan prinsip saling

menghormati, bertolerensi dan berdisiplin.

c) Manusia dengan Alam (Huquq al-Alam) – Allah SWT menjadikan alam

untuk kepentingan manusia sejagat. Perkara dijelaskan dalam al-Quean

sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Allah SWT

Manusia Alam Sejagat

Page 20: Bab 2. Islam.satu

20

Allah yang menjadikan langit dan bumi dan ia menurunkan dari langit air, maka ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dannia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuan daripadanya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malam dan siang dan ia mendatangkan untuk kamu segala sesuatu yang kamu bermohon daripadanya.

(Sura Ibrahim: 32)

Manusia hendaklah membangunkan alam, menguruskan alam dan

mentadbir alam dengan baik yang meliputi tumbuhan, haiwan,

cekerawala dan sebagainya. Tidak dibenarkan sama sekali merosakkan

alam. Jika tidak, mereka akan menanggung kerosakan yang dilakukan.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di

laut disebabkan oleh perbuatan tangan

manusia. Allah menjadikan mereka merasakan

sebahagian daripada perbuatan mereka agar

mereka kembali ke jalan yang benar.”

(Sura ar-Rum: 41)

2) Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Sifat ini bermaksud

Tamadun Islam menerima tamadun-tamadun asing yang telah mencapai

kemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiyah

berbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalam

bahasa Arab. Hasilnya Tamadun Islam telah mencapai kegemilangan pada

zaman itu. Walau bagaimanapun nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran

al Quran dan Hadis ditolak. Di samping itu Tamadun Islam memberi

sumbangan kepada kemajuan tamadun lain umpamanya orang-orang Eropah

telah mengambil khazanah ilmu dari kegemilangan Tamadun Islam di

Sepanyol untuk menjayakan kemajuan di Eropah.

3) Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Oleh

itu Tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu, di India,

di Selatan Filipina dan sebagainya.

It is Allah Who hath created the

heavens and the earth and sendeth

down rain from the skies, and with it

bringeth out fruits wherewith to feed

you; it is He Who hath made the

ships subject to you, that they may

sail through the sea by His

command; and the rivers (also) hath

He made subject to you.

Ibrahim: 32

Translation by Yusuf Ali

Mischief has appeared on land and

sea because of (the meed) that the

hands of men have earned, that

(Allah) may give them a taste of some

of their deeds: in order that they may

turn back (from Evil).

ar-Rum: 41

Translation by Yusuf Ali

Page 21: Bab 2. Islam.satu

21

4) Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh itu

tamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehingga

zaman kini.

Jelaskan prinsip-prinsip asas Tamadun Islam.