bab 2

Upload: anonymous-wogwyvzl

Post on 29-Mar-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Bab 2: Perkhidmatan Bimbingan dan KaunselingNama ahli kumpulan: Choy Mae Yeng Lim Pei Luan Yii Chai Ling

Jenis Perkhidmatan Bimbingan1. Inventori, Taksiran dan RekodInventori pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara keseluruhan, dan klien secara spesifik.2 teknik yang biasa digunakan untuk mengumpul maklumat murid:Teknik ujian. Ujian psikometrik dan ujian psikologi sedia ada.Contoh: Senarai semak Masalah Mooney, Ujian Personaliti, Skala konsep Kendiri, Ujian Minat Kerjaya dan sebagainya.1. Inventori, Taksiran dan Rekod Teknik bukan ujian.Contoh: Senarai semak, pemerhatian, soal selidik, temubual, rekod prestasi, dan sebagainya.Taksiran usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.Taksiran dibuat bertujuan membantu individu memahami dirinya.

Pengurusan Rekod Terbahagi kepada 3 jenis rekodBuku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunselingRekod sesi bimbingan dan kaunselingRekod program bimbingan dan kaunseling

Jenis RekodKandunganBuku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling yang terdiri daripada lapan bidang Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan KaunselingLaporan aktiviti harianAnalisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan atau Kaunseling Individu, Sesi Bimbingan atau Kaunseling KelompokAnalisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan atau Kaunseling Individu atau Kaunseling KelompokAnalisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan atau Kaunseling Individu, Sesi Bimbingan atau Kaunseling KelompokAnggaran Perbelanjaan program yang perlu dirancang

Jenis RekodKandunganRekod sesi bimbingan dan kaunselingMasa Perkhidmatan diberikanNombor rujukan klienJantina dan angsa klienJenis kes bimbingan atau kaunseling

Rekod program bimbingan dan kaunselingMasa aktivitiBidang aktivitiObjektif aktivitiJenis aktivitiKumpulan sasaran2. BimbinganMerangkumi tiga domain umumPerkembangan peribadi dan sosialPerkembangan akademikPerkembangan kerjayaPelbagai aktiviti boleh dirancang bagi setiap domain di atas sehingga terbentuk satu kurikulum bimbingan.Kurikulum bimbingan mempunyai matlamat bagi domain yang ditetapkan dan kompetensi bagi setiap tahap persekolahan.

3. KaunselingPerkhidmatan kaunseling yang dijalankan secara individu atau kelompok.Klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok terdiri daripada tiga kategori:SukarelaDijemputDirujukSemua kategori klien ini perlu mengisi borang memohon kebenaran meninggalkan kelas untuk menghadiri sesi kaunseling.

Klien yang datang secara sukarelaKlien hendaklah mengisi borang temujanji, iaitu Permohonan Mendapatkan Khidmat Kaunseling, kemudian serahkan kepada guru bimbingan dan kaunseling, atau masukkan ke dalam peti kaunseling di luar bilik bimbingan dan kaunseling.Klien seterusnya hendaklah mendapatkan Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas daripada guru bimbingan dan kaunseling untuk diisi maklumat yang diperlukan sebelum menjalani sesi kaunseling pada hari berkenaan.

Klien yang dirujuk atau dijemputGuru kaunseling hendaklah mengisi Borang Rujukan Khidmat Kaunseling manakala bagi klien yang dijemput Borang Khidmat Kaunseling Individu pula diisikan.Klien juga perlu membawa bersama Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu yang telah ditandatangani oleh guru matapelajaran yang masuk ke kelas semasa mereka menjalani sesi kaunseling nanti.Ahli kelompok yang datang secara sukarelaAhli kelompok ini akan mengisi borang temujanji, kemudian serahkan kepada guru bimbingan dan kaunseling, atau masukkan ke dalam peti kaunseling di luar bilik bimbingan dan kaunseling.Klien seterusnya hendaklah mendapatkan Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas daripada guru bimbingan dan kaunseling untuk diisi maklumat yang diperlukan sebelum menjalani sesi kaunseling pada hari berkenaan.

Ahli kelompok yang dirujukGuru kelas/guru matapelajaran/guru disiplin yang ingin merujuk kanak-kanak untuk menjalani kaunseling kelompok hendaklah mengisi Borang Rujukan Khidmat Kaunseling Kelompok.Kemudian berjumpa dan serahkan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk menguruskan sesi kaunseling kelompok pada tarikh dan masa yang sesuai.Mereka perlu dapatkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Kelompok yang ditandatangani oleh guru kelas/guru matapelajaran pada tarikh dan masa sesi kaunseling kelompok diadakan.Ahli kelompok yang dijemputGuru bimbingan dan kaunseling perlu isi Borang Khidmat Kaunseling Kelompok serta Surat Kebenaran menghadiri Khidmat Kaunseling Kelompok. Kemudian berjumpa dan serahkan kepada guru matapelajaran yang masuk ke kelas semasa sesi kaunseling dikendalikan.

4. Penempatan dan Tindakan SusulanGuru bimbingan dan kaunseling akan membantu kanak-kanak untuk membuat keputusan mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain.Contoh: menguruskan permohonan kanak-kanak tahun enam ke sekolah menengah berasrama penuh.Melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan kaunseling yang relevan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.5. Konsultasi dan RujukanGuru bimbingan perlu peruntukkan masa untuk berjumpa dengan ibu bapa, mengadakan sesi rundingcara dengan guru-guru lain, dan sebagainya.Contoh: bagi mengurangkan tingkahlaku mengganggu dalam kalangan kanak-kanak, adalah lebih berkesan sekiranya melibatkan kerjasama dan usahasama kedua-dua pihak ibubapa dan guru.5. Konsultasi dan RujukanKolaborasi bestari yang terbina antara guru bimbingan dan kaunseling, ibu bapa dan guru akan memudahkan langkah membuat rujukan serta mengambil tindakan susulan, sekiranya perlu.

6. PenilaianGuru bimbingan dan kaunseling dikehendaki membuktikan sejauh mana perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menyumbang kepada kejayaan kanak-kanak seperti prestasi akademik dan perkembangan psikososial mereka.3 jenis penilaian:Penilaian PersonaliaPenilaian ProgramPenilaian HasilPenilaian PersonaliaMenggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan.Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan.Juga dikenali sebagai penilaian umum.Ia dapat memberi maklumat mengenai skop dan liputan program kaunseling yang diberikanPenilaian ProgramMenggambarkan status program bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah ditetapkan.Tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik boleh digunakan.Contoh: skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-kanak; temubual dijalankan secara rawak dengan guru-guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan dna sebagainya.Penilaian HasilJenis penilaian ini menjawab soalan: sejauh manakah impak program bimbingan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapainan akademik mereka?Data hasil yang dikutip termasuk kadar penambahbaikan dari segi kehadiran murid, markah dan gred, skor pencapaian, dan tingkah laku dalam bilik darjah; kadar penurunan kes disiplin, dan sebagainya.Jenis Kaunseling1. Kaunseling KrisisDigunakan bagi kes yang memerlukan perhatian atau tindakan segera guru bimbingan dan kaunseling.Contoh: Pergaduhan dalam kelas atau sekolah; percubaan membunuh diri; Penggunaan dadah; Kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan, kematian dan sebagainya.2. Kaunseling PemulihanDijalankan ke atas kanak-kanak yang berisiko seperti ponteng sekolah, merokok, vandalisme, melawan guru dan masalah disiplin lain.Mereka dikumpulkan untuk menjalani kaunseling individu atau kelompok bertujuan mengubah perlakuan masing-masing dan mengelakkan berlakunya krisis.3. Kaunseling PencegahanJenis kaunseling ini berpegang kepada prinsip bahawa mencegah adalah lebih berfaedah daripada merawat.Pelbagai usaha perlu diambil oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk menghalang timbulnya satu-satu masalah melalui pelaksanaan kempen, taklimat, bengkel dan ceramah.Contoh: kempen anti-merokok, kempen pendidikan pencegahan penggunaan dadah, taklimat menghadapi peperiksaan, ceramah motivasi dan sebagainya.4. Kaunseling PerkembanganSatu usaha ke arah melengkapkan kanak-kanak dengan pengetahuan dan kemahiran serta memupuk sikap positif berasaskan keperluan mereka.Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling perlu membantu kanak-kanak untuk memahami serta menerima dirinya serta situasi hidup mereka.Dengan itu, mereka akan lebih berupaya untuk menangani atau menyelesaikan masalah yang dihadapi, serta membuat keputusan demi masa depan mereka.Etika KaunselingPrinsip-prinsip Etika Profesion KaunselingPrinsip EtikaPerjelasanAutonomiMenghormati hak klien untuk membuat keputusan atau bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.Kemurahan hatiBerbuat baik kepada klienMembantu klien mencapai hasil positifTidak berniat jahatTidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau memudaratkan klienPrinsip EtikaPerjelasanKeadilan

Membekalkan akses dan layanan yang sama dan adil kepada semua kanak-kanakKejujuran Bersifat jujur dan ikhlasElakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klienKotai perjanjian atau komitmen yang dibuatKPBK (Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling) adalah satu garis panduan dan asas bagi guru bimbingan dan kaunseling menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan guru bimbingan dan kaunseling. Kod Tatalaku Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh MasaTanggungjawab terhadap KlienMengutamakan kepentingan klienMenghormati privasi klienMerahsiakan segala maklumat yang diperoleh kecuali yang akan membahayakan klien atau orang persekitarannyaMemahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien Tanggungjawab terhadap KlienBerkhidmat dengan penuh dedikasi dan membuktikan kemahiran profesionalismeMembimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunyaTidak boleh mengamalkan atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, ideologi dan sebagainyaTanggungjawab terhadap KlienMencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur kerahsiaanSedia mempertahankan, membantu dan membela rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika

Tanggungjawab terhadap Rakan ProfesionalSaling berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme merekaMenghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan profesional.Bertanggungjawab untuk mencegah, mendedah dan memperbetulkan perlakuan rakan profesional yang tidak beretika.

Tanggungjawab terhadap MasyarakatMemahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana beliau berkhidmatMematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.Tanggungjawab terhadap Organisasi dan MajikanMenjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnyaTidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasiMencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaanTanggungjawab terhadap Organisasi dan MajikanMemaklumkan kepada majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang akan merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannyaMembenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke semasaGuru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa hendaklah sentiasa menjaga tatalaku untuk memelihara piawaian dan imej sebagai seorang ahli profesional.Bimbingan dan Kaunseling Sekolah : Isu dan CabaranSenario di MalaysiaPemilihan calon kursus dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunselingPeruntukan Bilik Khas dan Kemudahan AsasPemilihan calon kursus dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunselingNisbah guru benar-benar mencukupi dan tiada guru yang berlebihan Guru yang mempunyai anak-anak kecil agak keberatan untuk meninggalkan keluarga walaupun mereka akan menjalani Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Bimbingan dan Kaunseling di institut perguruan yang berhampiranPemilihan calon kursus dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunselingiii. Pihak pentadbiran menghadapi masalah untuk mencari calon yang benar-benar berminat.iv. Bukan semua orang mempunyai ciri personaliti ingin, rela dan sanggup membantu orang lainPeruntukan Bilik Khas dan Kemudahan AsasDi kebanyakan sekolah rendah yang sudah lama ditubuhkan, agak sukar mengenal pasti bilik khas untuk dijadikan bilik bimbingan dan kaunseling.Sesetengah sekolah mempunyai bilik bimbingan dan kaunseling, namun tiada peruntukan untuk kelengkapan asas seperti kipas, set sofa, kabinet, rak buku, almari dan sebagainya.Spesifikasi bilik bimbingan dan kaunselingMudah dikunjungi dan mempunyai peredaran udara yang baikDibekalkan dengan perabot asas seperti almari, kabinet besi rak, papan kenyataan, meja dan kerusi Spesifikasi bilik bimbingan dan kaunselingHiasan dalam bilik mewujudkan suasana yang menenteramkan dan digantung gambar-gambar atau kata-kata hikmah yang sesuaiCat dinding dan langsir tingkap berwarna lembut seperti putih atau merah jambuRuang-ruang khas dalam bilik bimbingan dan kaunselingRuang-ruang khas dalam bilik bimbingan dan kaunseling