bab 1.docx

10
KEBERKESANAN PENDEDAHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM TOPIK PECAHAN TERHADAP PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang penting di setiap sekolah rendah di Malaysia. Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai kecemerlangan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik, pelbagai bidang ilmu lain dapat diterokai dan diterjemahkan dengan lebih mudah untuk faedah semua. Perubahan dalam silibus pendidikan sekolah rendah kebelakangan ini secara tidak langsung memberi impak kepada murid mahupun guru terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Ini adalah kerana perubahan sebegini meminta dan menuntut para guru untuk lebih menguasai setiap topik yang diajar. Selain itu, murid pula perlu lebih kukuh asas Matematiknya untuk lebih mudah menguasai sesuatu topik yang diajar. Dengan kata lain, pengetahuan sedia ada murid tentang topik terdahulu perlu kuat sebelum meneruskan pelajaran ke topik yang seterusnya. Ini kerana setiap topik adalah berkaitan antara satu dengan yang lain. Tambahan pula 1

Upload: maria-murray

Post on 15-Apr-2016

216 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN PENDEDAHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM

TOPIK PECAHAN TERHADAP PENCAPAIAN MURID TAHUN 4

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang penting di setiap sekolah

rendah di Malaysia. Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa

penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita

mencapai kecemerlangan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi

teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam arus

pembangunan negara. Melalui ilmu matematik, pelbagai bidang ilmu lain dapat diterokai

dan diterjemahkan dengan lebih mudah untuk faedah semua.

Perubahan dalam silibus pendidikan sekolah rendah kebelakangan ini secara tidak

langsung memberi impak kepada murid mahupun guru terutamanya bagi mata pelajaran

Matematik. Ini adalah kerana perubahan sebegini meminta dan menuntut para guru untuk

lebih menguasai setiap topik yang diajar. Selain itu, murid pula perlu lebih kukuh asas

Matematiknya untuk lebih mudah menguasai sesuatu topik yang diajar. Dengan kata lain,

pengetahuan sedia ada murid tentang topik terdahulu perlu kuat sebelum meneruskan

pelajaran ke topik yang seterusnya. Ini kerana setiap topik adalah berkaitan antara satu

dengan yang lain. Tambahan pula Matematik merupakan mata pelajaran yang

memerlukan kefahaman yang mendalam dan mempunyai kesinambungan daripada satu

topik dengan topik yang lain. Sebelum pembelajaran topik baru dimulakan, penguasaan

kepada topik sebelumnya adalah amat penting.

Dalam sistem pendidikan kini yang lebih terarah kepada pembelajaran abad ke 21,

kemahiran berfikir aras tinggi sangat penting dan diaplikasikan dalam setiap mata

pelajaran termasuklah Matemaik. Tambahan pula, dalam Pengisian Kurikulum pula telah

dinyatakan secara eksplisit tentang elemen-elemen baru yang amat perlu dikuasai oleh

murid. Elemen-elemen tersebut termasuklah kemahiran berfikir, dan kemahiran belajar

cara belajar. Elemen-elemen ini amat perlu dikuasai murid untuk diaplikasikan dalam

dunia pekerjaan kelak (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003, ms. 5). Antara elemen-

1

elemen tersebut kemahiran berfikir dianggap sebagai elemen yang sangat penting.

Menurut Robinson (2000), selain daripada kemahiran asas, kemahiran yang lebih penting

untuk memperoleh pekerjaan adalah memiliki kemahiran berfikir tahap tinggi 3 (higher-

order thinking skills). Kemampuan untuk berfikir secara kreatif, belajar, menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan yang baik adalah penting bagi seseorang untuk bekerja

dengan baik. Sudah tentu pekerja yang dapat berfikir secara kreatif, bertindak logik,

mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan merupakan aset yang sangat

berharga. Keadaan ini menjadi lebih baik kepada mereka yang memiliki kemahiran

berfikir aras tinggi dengan mereka yang cuma mempunyai kemahiran asas pengetahuan.

Salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik Tahun 4 sekolah

rendah ialah pecahan. Pecahan ialah nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam

bentuk a / b di mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a

dinyatakan sebagai pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebagai penyebut.

Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah. Dalam menguasai

kemahiran dan topik pecahan ini kemahiran berfikir aras tinggi harus didedahkan kepada

murid-murid supaya dapat menyelesaikan soalan dengan lebih kreatif dan kritis.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran telah  mengalami banyak  perubahan sejak merdeka hingga sekarang.  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam pengiraan matematik. Selain itu, di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025

yang mana merupakan satu pelan strategik jangka panjang yang mensasarkan kualiti

pendidikan Negara dipertingkatkan dalam tempoh 13 tahun dengan pelaksanaan

tranformasi pendidikan secara menyeluruh. Lima (5) aspirasi sistem dan enam (6) aspirasi

murid telah dikenalpasti sebagai pemangkin untuk memacu kecemerlangan pendidikan

Negara di masa hadapan. Antara keberhasilan daripada pelaksanaan transformasi

pendidikan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk meletakkan

2

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS

dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

Bagi mencapai hasrat tersebut, kemahiran berfikir guru dan murid terutama dalam

konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan perkara keperluan atau

keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan

dalam PPPM 2013-2025. Murid yang suka bertanya dan boleh memberi cadangan

penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan bahan rangsangan

seperti soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih mendalam,

membuat kesimpulan dan refleksi, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut

dalam situasi sebenar.

Bagi topik pecahan Tahun 4 ini memerlukan murid berfikir secara kreatif dan mampu

membuat dan menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah yang menggunakan

pelbagai strategi. Oleh itu, pendedahan dan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi

adalah sangat diperlukan bagi membantu murid untuk mengatasi masalah ini. Dengan

adanya pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi ini, murid mampu memberi cadangan

penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan bahan rangsangan

seperti soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih mendalam,

membuat kesimpulan dan refleksi, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut

dalam situasi sebenar.

1.3 Kerangka Konseptual

Dalam mencapai objektif kajian, kerangka konseptual kajian dibina sebagai panduan

kepada pengkaji dalam menjalankan kajian seperti yang dipaparkan pada Rajah 1.1.

Kerangka ini menerangkan bagaimana kajian ini akan dijalankan.

3

Kumpulan Eksperiman Kumpulan Kawalan

Ujian PraTopik Pecahan Penyelesaian Masalah

Soalan Menggunakan KBAT

Soalan Tanpa Menggunakan KBAT

Ujian PascaTopik Pecahan Penyelesaian masalah

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan kerangka konseptual di atas, kajian akan dijalankan terhadap dua kumpulan murid iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan ini akan diberikan pra ujian yang melibatkan topik pecahan penyelesaian masalah. Keputusan pra ujian akan dicatat dan tempoh masa akan diambil. Setelah melaksanakan ujian, keuda-dua kumpulan akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan eksperimen akan didedahkan dengan soalan yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi manakala kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah lama iaitu soalan pecahan yang tidak menggunakan kemahiran befikir aras tinggi. Setelah menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji sekali lagi akan memberikan set

4

soalan yang sama untuk dijawab. Keputusan akan direkodkan dan perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca akan dibuat.

1.4 Tujuan Penyelidikan

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pendedahan kemahiran berfikir aras

tinggi dalam topik pecahan bagi murid Tahun 4 di daerah Kerian.

1.5 Objektif Penyelidikan

a) Meningkatkan prestasi murid dalam menjawab soalan yang melibatkan topik pecahan.

b) Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid bagi topik pecahan yang murid boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian.

c) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik khususnya topik pecahan.

1.6 Persoalan Kajian

a) Adakah pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi dapat meningkatkan prestasi murid dalam menjawab soalan penyelesaian masalah bagi topik pecahan ?

b) Adakah pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi bagi topik pecahan dapat membantu murid mengaplikasi dalam kehidupan seharian mereka ?

c) Adakah pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik?

1.7 HIPOTESIS KAJIAN

5

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian skor murid sebelum dan selepas

kemahiran berfikir aras tinggi didedahkan kepada murid bagi topik pecahan.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dalam memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas sekaligus dapat menghasilkan satu pengajaran yang berkualiti dan sesuai dengan tahap keupayaan murid berdasarkan pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi yang telah diterapkan dan aplikasikan. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat berkaitan keberkesanan dan kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi dalam topik pecahan Tahun 4 kepada pihak yang berkepentingan untuk tindakan lanjutan.

1.9 BATASAN KAJIAN

Kajian adalah berbentuk kuantitatif menggunakan rekabentuk eksperimen. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada murid-murid sekolah rendah di daerah Kerian. Topik yang difokuskan hanya topik pecahan bagi murid Tahun 4.

1.10 DEFINISI OPERASIONAL

1.10.1 Pecahan

Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan. Nombor 1

mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.Nombor 1 boleh diwakili oleh nombor

pecahan dimana pengangka dan penyebutnya adalah sama.Contohnya 2/2,4/4,5/5.

6

Terdapat dua bahagian dalam pecahan iaitu pengangkadan penyebut. Pengangka ialah

angka yang berada di atas manakala penyebut ialah angka yang berada di bawah./4

1.10.2 Kemahiran berfikir aras tinggi

Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan keupayaan untuk mengaplikasi

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta

sesuatu. Kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) ini sangat diperlukan oleh murid-

murid abad ini terutamanya dalam mengaplikasikan kehidupan seharian. Pelaksanaan

KBAT dalam bilik darjah adalah melalui perubahan dalam kurikulum, pedagogi dan

pentaksiran. Dari sudut kurikulum, hendaklah ditulis secara eksplisit dalam dokumen

kurikulum manakala dari sudut pedagogi pula, memerlukan pelbagai strategi PdP

yang menerapkan KBAT seperti alat berfikir, soalan aras tinggi dan inkuiri. Selain itu,

dari sudut pentaksiran pula, soalan haruslah berbentuk aras tinggi dalam peperiksaan

pusat.

Dengan pendedahan KBAT ini, pengajaran dan pembelajaran akan berubah menjadi

pembelajaran dan pemudahcaraan yang mana guru berperanan mengajar dan murid

belajar semasa melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah dan apabila memasuki

aras pemikiran yang lebih tinggi, guru berperanan sebagai pemudah cara semasa

murid belajar.

7