bab 1 relay

16
BAB 1 -ELEKTRONIK Pengenalan Pernahkah kamu terfikir pada masa dahulu alat permainan kanak-kanak seperti kereta dan anak patung mainan boleh bergerak dan berbunyi dengan sendirinya? Kini, alat permainan tersebut bukan sahaja boleh bergerak dengan sendirinya malah boleh mengeluarkan bunyi dan melakukan pelbagai aktiviti tertentu. Mengaplikasikan komponen elektronik dapat meningkatkan keupayaan dan objek yang besar serta kompleks dapat dikecilkan saiznya. 1.1 Nama, Simbol dan Fungsi Komponen Terdapat pelbagai jenis komponen elektronik yang digunakan dalam pembuatan peralatan elektronik. Dalam bab ini anda akan mempelajari litar bersepadu dan geganti. 1.1.1 Nama, Simbol dan Fungsi Komponen Elektronik Litar bersepadu (Integrated Circuit – IC) Litar bersepadu (IC) juga dikenali sebagai litar terkamil. Komponen ini sangat meluas kegunaannya. Contohnya telefon bimbit, komputer dan televisyen. IC diperbuat daripada bahan separa pengalir yang terdiri daripada gabungan beberapa komponenn elektronik seperti transistor, perintang, diod dan kapasitor dalam satu set. Litar bersepadu – (integrated circuit – IC)

Upload: zafarin-salleh

Post on 10-Apr-2016

82 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

geganti atau relay biasa digunakan sebagai suis untuk litar kedua

TRANSCRIPT

BAB 1 -ELEKTRONIKPengenalanPernahkah kamu terfikir pada masa dahulu alat permainan kanak-kanak seperti kereta dan anak patung mainan boleh bergerak dan berbunyi dengan sendirinya? Kini, alat permainan tersebut bukan sahaja boleh bergerak dengan sendirinya malah boleh mengeluarkan bunyi dan melakukan pelbagai aktiviti tertentu. Mengaplikasikan komponen elektronik dapat meningkatkan keupayaan dan objek yang besar serta kompleks dapat dikecilkan saiznya.1.1 Nama, Simbol dan Fungsi KomponenTerdapat pelbagai jenis komponen elektronik yang digunakan dalam pembuatan peralatan elektronik. Dalam bab ini anda akan mempelajari litar bersepadu dan geganti.1.1.1     Nama, Simbol dan Fungsi Komponen ElektronikLitar bersepadu (Integrated Circuit – IC)Litar bersepadu (IC) juga dikenali sebagai litar terkamil. Komponen ini sangat meluas kegunaannya. Contohnya telefon bimbit, komputer dan televisyen. IC diperbuat daripada bahan separa pengalir yang terdiri daripada gabungan beberapa komponenn elektronik seperti transistor, perintang, diod dan kapasitor dalam satu set.

Litar bersepadu – (integrated circuit – IC)

Peralatan yang mempunyai komponen IC

Peralatan yang mempunyai komponen IC

Litar Bersepadu (IC)1. IC pemasa 555 adalah seperti jam analog yang dapat diset masa permulaan dan

akhirnya2. Tanda titik atau notch (potongan separa bulatan) menentukan pin nombor 1

terletak di sebelah kiri3. Manakala nombor pin yang lainnya adalah mengikut turutan lawan jam

Kedudukan titik, notch dan pin nombor 1

Simbol IC 555Simbol litar bersepadu (IC 555) pemasa adalah berbentuk segi empat dan dilebalkan jenis dan kedudukan pinnya

Simbol IC 555

Fungsi IC1. Fungsi IC adalah untuk mengecilkan saiz litar yang kompleks dan menjimatkan

ruang2. Fungsi pin yang terdapat pada IC adalah ditentukan oleh lembaran data

pengeluar atau pembekal komponen elektronik tersebut3. Rajah di sebelah menunjukkan fungsi pin bagi IC pemasa 555 yang mempunyai

8 pin atau kaki. Setiap pin mempunyai fungsi tertentu

Fungsi setiap pin IC 555

Binaan IC1. IC merupakan gabungan komponen-komponen elektronik yang dicantumkan

dalam satu kepingan silikon yang dinamakan cip silikon atau cip mikro2. Cip silikon ini dimuatkan dalam satu set yang sangat kecil dinamakan serpihan3. Serpihan biasanya mempunyai satu litar yang lengkap atau separa lengkap

4. Lembaran emas digunakan unutk menyambung serpihan pada pin-pin IC5.  Perumah plastik atau logam biasanya digunakan untuk melindungi serpihan

agar tidak rosak6. Semakin banyak pin pada litar bersepadu maka bertambah pula fungsinya

Binaan IC

Susunan Nombor IC Pemasa 5551. Nombor digunakan pada pin-pin IC2. Tanda pada IC dapat membantu mengenal pasti nombor pin-pin berkenaan3. Pin nombor 1 terletak di sebelah kiri titik atau noteh4. Nombor pin yang lain mengikut turutan lawan jam

Nombor pin mengikut turutan

Penjagaan IC1. IC adalah satu komponen elektronik yang sensitif2. IC hendaklah disimpan di dalam bekas plastik antistatik atau polisterina3. IC akan mudah rosak sekiranya terdedah pada suhu yang tinggi dan voltan yang

berlebihan

Penjagaan IC

Pematrian1. Pastikan IC ditanggalkan terlebih dahulu daripada soket IC sebelum memateri2. Kerja pematerian hendaklah dilakukan pada soket IC dan bukan terus pada pin

IC3. Kemudian masukkan pin IC ke dalam soket tersebut

Binaan dan Tamatan GegantiGegantiGeganti adalah sejenis komponen yang digunakan sebagai suis kawalan pada litar yang berkuasa tinggi seperti lampu isyarat jalan raya. Kendalian geganti dikawal oleh aruhan magnet.

Geganti

Binaan GegantiGeganti mempunyai lima bahagian utama, iaitu:a)    Gegelungb)    Armaturc)    Plat sesentuhd)    Teras besie)    Tamatan

Binaan geganti

Binaan geganti

Jenis GegantiTerdapat dua jenis geganti, iaitu:

1. Geganti kutub tunggal satu arah (Single Pole Single Throw – SPST)a)    Mempunyai 4 kakib)    Kaki 1 dan 3 ialah tamatan gegelungc)    Kaki 2 dan 4 ialah tamatan sesentuh NO (Normally Open)

Lukisan skematik geganti SPST

Simbol geganti SPST

 2. Geganti kutub tunggal dua arah (Single Pole Double Throw – SPDT)

a)    Mempunyai 5 kakib)    Kaki bernombor 1 dan 3 ialah tamatan gegelungc)    Tamatan sesentuh NO (Normally Open) ialah kaki bernombor 2 dan 4d)    Tamatan sesentuh NC (Normally Close) ialah kaki bernombor 2 dan 5

Lukisan skematik geganti SPDT

simbol geganti SPDT

Fungsi Geganti1. Apabila arus mengalir melalui gegelung terus besi akan menjadi electromagnet

dan menarik plat sesentuh2. Plat sesentuh pula akan memutuskan atau mengalirkan arus elektrik di dalam

litar3. Apabila arus terhenti mengalir melalui gegelung maka aruhan magnet akan

hilang atau berhenti. Ini menyebabkan armature terlepas, plat sesentuh terbuka menyebabkan arus terhenti mengalir melalui litar

4. Geganti dilebalkan mengikut kadaran voltan kendalian dan rintangan gegelung. Kebiasaannya geganti yang digunakan dalam litar elektronik berkadaran voltan 6V, 9V dan 12VKendalian GegantiDalam keadaan suis S terbuka, arus tidak mengalir melalui gegelung geganti. Arus tidak mengalir melalui mentol kerana kaki 2 bersentuhan kaki 4 (Normally Close – NC). Mentol tidak menyala.

Litar kawalan terbuka

Apabila suis S tertutup, arus akan mengalir melalui gegelung geganti. Aruhan electromagnet terhasil pada teras besi menyebabkan kaki bernombor 2 yang bersentuhan dengan kaki bernombor 4 (NC) akan tersentuh ke kaki bernombor 5 (NO). arus akan mengalir dan menyalakan mentol

Litar kawalan tertutup

           Pada tutorial kali ini saya Shukor dan rakan saya , Hanzalah akan berkongsi tentang proses etching menggunakan 'Press And Peel (PnP) transfer paper' seperti gambar diatas. Terdapat beberapa teknik etching yang boleh dilakukan bagi penyediaan litar pada papan litar bercetak 'Printed Circuit Board (PCB)' seperti proses sinaran UV serta beberapa kaedah lain lagi. Kebanyakan proses penyedian litar yang kami lakukan adalah menggunakan kertas PnP ini.

          Terdapat 2 jenis kertas PnP iaitu 'PnP Wet' dan 'PnP Blue' dan tutorial ini adalah menggunakan kertas 'PnP Blue seperti gambar diatas. Untuk pengetahuan semua kertas PnP ini mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian licin iaitu bahagian atas serta bahagian yg sedikit malap iaitu bahagian bawah. Litar yang 

akan dicetak pada kertas ini adalah pada bahagian bawah iaitu bahagian yg sedikit malap.

          Satu aspek yang penting dalam penyedian litar menggunakan teknik ini adalah litar yg telah dilukis haruslah dicetak pada kertas ini menggunakan printer yang menggunakan dakwat serbuk iaitu toner seperti printer laserjet yang menggunakan dakwat serbuk atau boleh juga menggunakan mesin photostate bagi menggantikan printer laserjet kerana mesin photostate juga menggunakan dakwat atau toner serbuk. Ini penting kerana apabila proses pemindahan dilakukan, jika kita menggunakan dakwat atau ink basah seperti printer bubble jet, dakwat tadi berkemungkinan akan mengembang apabila proses pemanasan dilakukan serta akan menyebabkan litar yang dihasilkan terputus atau bertindih garisan diantara satu sama lain.

          Kertas PnP ini agak mahal dipasaran Malaysia dan cadangan kami bagi yang ingin menggunakan kertas ini bolehlah dilukis beberapa litar pada sehelai kertas bagi menjimatkan kos. Kertas PnP ini juga boleh digantikan dengan pelapik sticker yang kebanyakannya berwarna putih. Sticker dibuang dan hanya pelapik sahaja yg digunakan dan kos juga agak murah berbanding menggunakan kertas PnP ini tetapi hasilnya kurang bermutu sedikit.

          Sekian sahaja pengenalan dari kami tentang proses etching menggunakan kertas PnP dan proses2 etching adalah seperti dibawah. Diharap tutorial ini dapat memberi manfaat dan panduan untuk semua.Pendapat dan komen amatlah dialukan.

Langkah 1 : (klik gambar untuk zoom)

Litar dilukis menggunakan perisian 'software' mengikut skala yang dikehendaki. Terdapat beberapa jenis software yang boleh digunakan untuk melukis litar seperti 'Express PCB', 'ORCAD', 'PROTEL'dan lain2. Contoh disebelah menggunakan software 'Express PCB'.

Langkah 2: (klik gambar untuk zoom)

Litar yang telah siap dilukis dicetak pada kertas PnP dibahagian bawah yang sedikit malap menggunakan printer Laser Jet atau mesin 'photocopy'.

Langkah 3: (klik gambar untuk zoom)

Litar yang telah siap dicetak pada kertas PnP diletakkan diatas PCB dimana bahagian bercetak pada kertas diletakkan pada PCB dan bahagian lutsinar yang tidak bercetak adalah bahagian yang akan diseterika untuk proses seterusnya.

Langkah 4: (klik gambar untuk zoom)

Kertas PnP yang telah siap diletakkan diatas PCB seterusnya diseterika pada suhu yg agak tinggi atau maksimum. Kertas PnP adalah kertas yg dapat menahan haba pada julat suhu yang agak tinggi. Proses seterika dilakukan 5 hingga 10 minit bergantung pada pemindahan karbon atau toner pada kertas ke PCB. Teruskan seterika jika litar masih lagi berada pada kertas.

Langkah 5: (klik gambar untuk zoom)

Setelah selesai pemindahan litar dari kertas PnP ke PCB, PCB dibiarkan sejuk sebentar sebelum kertas PnP ditanggalkan dari PCB. gambar sebelah menunjukkan pemindahan lengkap garisan litar dari kertas PnP ke PCB. Sebelum proses etching dilakukan hendaklah diperiksa samada terdapat garisan litar yang terputus.Jika terputus, gunakan permanent marker atau marker khusus untuk menyambungkan kembali litar yang terputus.

Langkah 6: (klik gambar untuk zoom)

PCB yang telah siap dilukis tadi dimasukkan kedalam larutan cecair Ferric Chloride (FeCl3) untuk proses etching. Serbuk FeCl3 dicampurkan dengan air suam dan bancuhan bergantung kepada berapa cepat sesebuah litar hendak disiapkan. Jika larutan pekat maka masa yang diambil untuk proses etching adalah singkat.PCB direndam sehingga lapisan silika tertanggal sepenuhnya dan dikeluarkan serta dicuci dengan air bersih.

Langkah 7: (klik gambar untuk zoom)

Setelah dikeluarkan dan dibilas dengan air besih, garisan litar atau karbon yang menutupi lapisan silika ditanggalkan dengan menggunakan larutan thinner. Berbeza dengan proses sinaran UV, lapisan karbon ini boleh ditanggalkan menggunakan larutan 'Developer' dan tidak bagi proses PnP. Setelah selesai PCB sekali lagi dibilas menggunakan air bersih dan dikeringkan,maka selesailah proses etching menggunakan kertas PnP.

Langkah 8: (klik gambar untuk zoom)

Litar yang telah siap di'etching'

Langkah 9: (klik gambar untuk zoom)

Lubang kaki komponen pada PCB digerudi.

Langkah 10: (klik gambar untuk zoom)

PCB yang telah siap dan ditebuk lubang