bab 1 - andrewchoo.edu.myandrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2013/04/t5b1-nota.pdf · persaingan...

13
SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA © NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 1 1.1 IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA (m/s 3 ) 1.1.1 Imperialisme Barat Maksud Imperialisme: Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu a) . Keistimewaan Asia Tenggara Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India. Jaminan pasaran yang luas. Tanah-tanih yang subur untuk pertanian. Kaya dengan bahan mentah b) . Revolusi perindustrian. Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar- besaran. Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan. c) Pengangkutan dan Perhubungan Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan. Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan. Telegraf memudahkan f)) Menyebar agama kristian Mubaligh kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebar agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan. e) Alasan Orang Barat British & Belanda- Beban orang Putih Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan. d). Persaingan kuasa-kuasa barat Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima. Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan mereka BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA 1.1.2 Faktor -faktor Imperialisme Barat (m/s 5 )

Upload: dangtuong

Post on 28-Jun-2019

324 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 1

1.1 IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA (m/s 3 )

1.1.1 Imperialisme Barat

Maksud Imperialisme:

Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain

untuk kepentingan tertentu

a) . Keistimewaan Asia Tenggara ● Kedudukan strategik kerana

terletak antara China dan India. ● Jaminan pasaran yang luas. ● Tanah-tanih yang subur untuk

pertanian. ● Kaya dengan bahan mentah

b) . Revolusi perindustrian. ● Kepesatan perindustrian

membolehkan pengeluaran

hasil perkilangan secara besar-

besaran. ● Bekalan bahan mentah

konsisten dan kawasan pasaran

baru diperlukan. ● Asia tenggara menjadi sasaran

kerana bahan mentahnya.

c) Pengangkutan dan Perhubungan ● Kapal wap membolehkan

muatan banyak dan mempecepat

perjalanan. ● Pembukaan terusan Suez (1869)

memendekkan jarak perjalanan. ● Telegraf memudahkan

perhubungan.

f)) Menyebar agama kristian

Mubaligh kristian berpendapat mereka

bertanggungjawab menyebar agama Kristian

kepada penduduk di tanah jajahan.

e) Alasan Orang Barat ● British & Belanda- Beban orang Putih ● Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun ● Mubaligh Kristian berpendapat mereka

bertanggungjawab menyebarkan agama

Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

d). Persaingan kuasa-kuasa barat ● Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima. ● Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan mereka

BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1.1.2 Faktor -faktor Imperialisme Barat (m/s 5 )

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 2

1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat (m/s 8 )

a) Maksud Birokrasi Barat

b) Ciri-ciri Sistem Birokrasi di Asia Tenggara ( m/s 8 )

c) Perubahan sistem pentadbiran di Filipina oleh Sepanyol (m/s 8-9 )

1.2 Perubahan Politik

Sistem pentadbiran yang mempunyai hierarki

Pembahagian tanggungjawab

Mempunyai prosedur atau peraturan rasmi

Dikendalikan sepenuh masa oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Penubuhan Kerajaan pusat hasi penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan

Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir

Pelaksanaan pentadbiran melalui biro

Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro

Pengenalan undang-undang Barat.

Gabenor Jeneral adalah pemerintah tertinggi peringkat pusat

Pentadbir wilayah adalah Ketua Datuk Bandar

Pentadbir bandar adalah Gabenor Kecil

Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encoimenda yang

diketuai oleh Encomiendero

Tugas encomiendero:-

i) memungut cukai

ii) menjaga keamanan

iii) mengkristiankan penduduk barangay

Encomiendero dibenci kerana :-

i) mengenakan cukai yang tinggi

ii) kerahan tenaga kepada mereka

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 3

d) Perubahan sistem pentadbiran di Indonesia oleh Belanda ( m/s 9 )

e) Sistem Birokrasi British di Burma ( m/s 10 )

f) Sistem birokrasi Perancis di IndoChina (m/s 11 )

● Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tenpatan.

● Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral ● Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan

pegawai Belanda. ● Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian. ● Penubuhan Dewan Tempatan ● Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.

Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi

Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887/Akta Perkampungan Burma 1889

Pentadbiran daerah diketuai oleh Myo-ok/pegawai bandaran

Pengenalan sistem undang-undang Barat

Pengaruh golongan agama merosot

Raja bukan lagi penaung sami Buddha

Majlis Perundangan diperkenalkan

Penubuhan Jabatan Perhutanan/Jabatan Kesihatan/Jabatan Pelajaran

Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral

Bertanggungjawab terus kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris

Pembentukan kerajaan pusat

Penubuhan Union Indochinoise

Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis

Pentadbiran tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat

Perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat

Menyediakan kerajaan tenaga

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 4

g) Sistem birokrasi di Tanah Melayu oleh British (m/s 12 )

h) Sistem birokrasi di Thailand (m/s 12 - 13 )

Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat

Gabenor pemerintah tertinggi di NNS

Dibantu oleh residen kaunselor

Penghulu dikekalkan di peringkat kampung

Sistem Residen diperkenalkan di NNMB( Perak,Selangor, Pahang dan Negeri

Sembilan)

Sistem Penasihat di NNMTB(Kedah, Kelantan,Terengganu,Perlis dan Johor)

Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS

British memperkenalkan sistem kehakiman Barat

Melaksanakan sistem pengutipan cukai

Pembahadian negeri kepada beberapa daerah

Penubuhan balai polis

● Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.

● Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.

● Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.

● Penasihat ketenteraan dari Perancis.

● Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.

● Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.

● Kabinet Menteri mengetuai kementerian.

● Juruaudit dari Britain

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 5

i) Kesan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara

1.3.1 Maksud Nasionalisme

Penubuhan Kerajaan Pusat

Gabenor Janeral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai ketua pentadbir

Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan

Pegawai-pegawai Barat ketua biro

Pengenalan undang-undang Barat

Pengenalan Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendero di Filipina

Kemerosotan pentadbiran tradisional di Filipina

Kemerosotan kuasa datu/pembesar di Filipina

Pengenalan pentadbiran tempatan di Indonesia

Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda

di Indonesia

Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat di Indonesia)

Berakhir Dinasti Konbaung di Burma

Institusi raja tersingkir di Burma

Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus di Burma

Pengenalan Akta Kampong Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma

Pentadbiran tradisional diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) di Burma

Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis

Perkenalkan ‘Union Indochinoise’ di IndoChina

Pengenalan Sistem Residen dan Sistem Penasihat di Tanah Melayu

Perkenal sistem kehakiman Barat/ sistem pungutan cukai/ penubuhan balai polis di Tanah Melayu

Pembentukan daerah-daerah di Tanah Melayu

1.3 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA (m/s 14 )

Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan negara

Pembebasan kuasa politik Pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 6

a) Dasar Penjajahan Barat

● Sistem tanaman paksa di Indonesia

● Sistem Polo di Filipina

● Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.

● Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.

● Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.

d). Sistem Pendidikan

● Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri

● Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.

● Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.

● Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati

c). Karya Kesusasteraan

● Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere

● Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda

● Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan

b). Pengaruh Agama

● Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.

● Persatuan Belia Buddha di Burma.

● Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol

e). Kemunculan golongan intelektual

● Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.

● Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.

● Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.

● Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.

f). Pengaruh Media Massa

● Vietnam- Tribune Indigine

● Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis

● Menyebarkan idea-idea nasionalis

● Menanam perasaan anti penjajah.

g). Sistem pengangkutan dan perhubungan

● Perkhidmatan telefon dan telegraf

● Memudahkan hunungan kalangan nasionalis

● Jalanraya dan jalan kereta api

● Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.

h). Pengaruh Luar

● Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.

● Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.

● Perjuangan mahatma Gandhi di India.

● Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.

1.3.1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme ( m/s 14 )

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 7

1.3.2 Perkembangan Nasionalisme ( m/s 18 )

a) Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama

b) Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua

Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat

Penentangan tidak berorganisasi

Isu-isu kebudayaan/agama/hak peribumi menjadi faktor pencetus

Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat/Asia Barat

Menekankan kesedaran politik

Menuntut hak-hak dikembalikan

Menuntut taraf hidup mereka dibaiki

Tidak meminta kemerdekaan dengan segera

Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang dibuat.

Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah

Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal

Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan

Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat

Berasakan gerakan yang lebih radikal akan berjaya

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 8

c) Nasionalisme di Filipina ( m/s 18 )

Tahap pertama: Dipimpin – Jose Rizal ersifar sederhana Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892. Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat. Matlamat perjuangan :

● Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol. ● Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol. ● Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.

● Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol. ● Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892. ● Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao. ● Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

Tahap Kedua ● Penentangan secara radikal ● Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio ● Matlamat katipunan ● menyatukan bangsa Filipin ● mencapai kemerdekaan melalui revolui ● Media cetak iaitu akhbar Kalayan ● Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal. ● Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo. ● Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat. ● 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat. ● Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat. ● Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi. ● Aguinaldo ditangkap. ● Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana. ● Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya. ● Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan. ● 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah

pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 9

e) Nasionalisme di Indonesia ( m/s 19 -20 )

Tahap Pertama

● Tumpuan isu pendidikan.

● Untuk mengubah nasib penduduk Indonesia

● Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita

● Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan

kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.

● Pertubuhan penting : Muhammadiyah

● Matlamat Muhammadiyah

● Menyebar islam sebenar

● Menghindari ancaman sekualrisme barat

● Menghindari ancaman agama kristian

● Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua ● Perjuangan Parti politik radikal.

● Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).

● Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.

● PNI pimpinan Soekarno paling popular.

● Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.

● Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.

● PNI turut di haramkan.

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 10

f) Perkembangan Nasionalisme di Thailand

Tahap Pertama ● Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja. ● Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. ● Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan

sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand. ● Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan

rakyat tidak puas hati. ● 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul

Songram ● Parti rakyat melancarkan revolusi Thai. ● Sistem raja berkuasa mutlak tamat ● Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua ● Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang

Cina. ● Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang

untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. ● Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan. ● Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. ● Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha. ● 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud

Tanah Bebas. ● Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand

berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 11

g) Perkembangan Nasionalisme di IndoChina ( m/s 29 )

Tahap pertama

Lebih tertumpu di Vietnam .

Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.

Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di

kalangan rakyat.

Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.

Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan

pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.

Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap Kedua

Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.

Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan

Parti Komunis Vietnam (PKV ).

Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah membunuh

Nguyen Thai Hoc..

Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.

Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana

di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.

Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah bagindan

dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 12

h) Perkembangan Nasionalisme di Burma ( m/s 21 )

Tahap pertama

Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit bependidikan

Barat .

Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.

Penubuhan ini bertujuan untuk:-

i) mengekalkan tradisi Burma

ii) memajukan pendidikan rakyat Burma.

Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat nasionalisme

rakyat

Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti

U Ba Pe dengan menubuhkan Maljis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada

tahun 1920.

Tahap Kedua

Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia untuk

memerintah sendiri .

1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk

mereka.

Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha

Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San iaitu

bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.

Kemundian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India

akan melewatkan kemerdekaan Burma.

Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkeajaan sendiiri.

Golongan Thakin( siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk

menuntut kemerdekaan.

Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri mereka

sebagai ”Tuan”.

Dr. Ba mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

SEJARAH TINGKATAN 5 T5B1-NOTA BAB 1 | KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

© NORAINI ABDUL RAHMAN @ SMKUSJ13 13

i) Cara kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia Tenggara

Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina.

Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal

Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina

Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional

Indonesia di Indonesia dan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH) di Indochina

Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika di

Filipina

Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929 -1931