bab 1 pen gen alan
TRANSCRIPT
BAB 1
1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA
1.1 PENGENALAN
1.1.1 Pendahuluan
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum
pembelajaran di Politeknik. Pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ianya
diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama
22 minggu ataupun satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan
yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. Seringkali pelajar akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah ditempuhi.
Latihan Industri yang dijalankan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar
supaya bersedia untuk menempuh segala cabaran, meningkatkan displin dan motivasi diri
serta sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh politeknik dan
juga jabatan atau firma berkenaan. Pelajar juga akan dapat merasai dunia kerjaya yang
mana memerlukan komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara tanpa
terburu-buru sekaligus dapat menanamkan sifat kecintaan dalam dunia pekerjaan.
1.1.2 Objektif Latihan Industri
Pelajar adalah layak menjalani Latihan Industri setelah mereka menduduki dua
kali peperiksaan akhir bagi kursus Sijil dan tiga kali peperiksaan akhir bagi kursus
Diploma. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit
Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik masing-masing atau membuat permohonan
sendiri. Tempat Latihan Industri yang dipilih mestilah bersesuaian dengan bidang yang
dipelajari di Politeknik.
Secara am, objektif Latihan Industri terbahagi kepada 7 seperti berikut:
i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar
ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek
aspek praktikal atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
v. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.
vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh
politeknik.
1.1.3 Objektif Laporan Industri
Laporan yang dihasilkan adalah bukti di mana seseorang pelajar politeknik telah
menjalani Latihan Industri selama satu semester atau selama 5 bulan mengikut tempoh
yang diberikan. Selain dari itu, buku laporan yang dihasilkan juga berperanan sebagai
bahan rujukan pelajar tersebut setelah menamatkan pengajian.
Apabila tamatnya Latihan Industri dan pelajar akan kembali semula menyambung
pengajian hasil daripada buku laporan yang dihasilkan akan dinilai pensyarah seterusnya
markah yang diperolehi akan dicampurkan dengan markah keseluruhan dalam semester
tersebut.
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Latihan Industri merupakan landasan yang terbaik bagi seseorang pelajar yang
menuntut di Politeknik. Sebagai seorang pelajar, seseorang itu perlulah mendalami ilmu
yang dipelajarinya sebelum menceburi bidang pekerjaan yang sebenar atau menyambung
pengajiannya. Oleh yang demikaian, Latihan Industri ini sedikit sebanyak dapat
memberi, mendedah, dan menambahkan ilmu pengetahuan seseorang itu terhadap bidang
yang diceburi.
Segala teori yang dipelajari semasa di Politeknik dapat dipraktikkan semasa
menjalani Latihan Industri. Dengan cara ini pelajar akan lebih memahami dan dapat
menimba pengalaman yang berguna pada masa hadapan yang bakal ditempuhi
Selain itu, sejajar dengan matlamat Latihan Industri yang ingin melahirkan pelajar
yang beketerampilan dalam bidang kerjaya pada masa akan datang, dengan mewajibkan
pelajar politeknik mengikuti Latihan Industri harus dipuji. Ini bukan hanya dapat
melahirkan seorang pekerja yang berkebolehan malah bersikap amanah dan
bertanggungjawab dalam menjalankan kerja yang juga selaras dengan saranan kerajaan
yang ingin melahirkan individu yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam semua
bidang yang diceburi.
Antara lain kepentingannya ialah:
1. Memberikan keyakinan dan menambahkan minat pelajar terhadap bidang yang
diceburi serta dapat memberi pengalaman baru kepada para pelajar.
2. Para pelajar dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari daripada teori
pembelajaran yang sedia ada.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kerjasama kumpulan serta
menanamkan sifat bertolak-ansur.
4. Mendorong pelajar untuk berusaha lebih gigih lagi dan seterusnya dapat
melahirkan juruteknik dan jurutera yang berkaliber dialam pekerjaan kelak.
1.1.5 Skop Latihan Industri
Skop Latihan Industri bagi bidang Kejuruteraan Awam melibatkan beberapa
perkara yang telah digariskan oleh pihak politeknik kepada pelajar-pelajar jabatannya
semasa menjalani latihan industri. Antaranya ialah:-
1. Lukisan yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan.
2. Ukur kejuruteraan.
a) Ukur aras.
b) Perkiraan Kerja Tanah.
3. Taksiran.
4. Merekabentuk struktur-struktur mudah.
5. Aturcara Kontrak.
6. Organisasi tapak bina.
a) Membuat dan membaca carta kemajuan kerja
b) Penyelidikan dan penyediaan tapak bina.
c) Pengawasan kerja pembinaan, kerja-kerja asas, cerucuk dan konkrit.
d) Pemancangan tapak
1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.2.1 Pengenalan Organisasi
Peranan utama Syarikat perunding adalah menjalankan segala aktiviti kerja
dalam bidang yang diceburi. Dalam mencari seseorang yang berpengetahuan dan
berpengalam dalam bidang ini, kretiria utama yang perlu ada adalah sanggup mengambil
risiko seperti bekerja lebih masa dalam melaksanakan kerja-kerja yang memerlukan masa
yang singkat.
YRA Perunding didaftarkan di bawah namanya pada julai 1995 dengan no.
pendaftaran NS0003487-A, yang mana bidang perundingan kejuruteraan struktur dan
awam menjadi tunjang utama dalm penubuhan syarikat ini.
1.2.2 Logo syarikat
Rajah 1.2.2.1 Logo Syarikat YRA Perunding
1.2.3 Objektif
Objektif utama dalam penubuhan syarikat perunding ini adalah untuk
membuktikan perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pelanggannya, terutamanya
dalam perlaksanaan projek yang mana YRA Perunding akan memberikan sepenuh
komitmen terhadap tanggungjawab yang diberikan agar ia dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik.
1.2.4 Bidang Kerja
YRA Perunding menjalankan kerja-kerja Kejuruteraan Awam dan Struktur dalam
merekabentuk dan ‘supervision’ berdasarkan kerja-kerja kejuruteraan berkut:-
i) Earthworks’
ii) Drainage and Irrigation’
iii) Water reticulation’
iv) Sewerage treatment / reticulation’
v) Sub - structure works’
vi) Structural works’
Untuk memastikan keberkesanan dalam kerja-kerja merekabentuk, kakitangan
YRA Perunding telah menguasai dan mahir dalam penggunaan program-program
komputer dalam menghasilkan rekabentuk yang dikehendaki antaranya :-
i) ‘Earthwork computation’
ii) ‘Drainage / Irrigation computation’
iii) ‘R.C. , steel and timber design’
iv) ‘Water reticulation design’
v) ‘Sub-structure design’
vi) ‘Super - structures design’
1.2.5 Carta Organisasi
MANAGER
PROJECT ENGINEER
TECHNICAL ASSISTANT
CLERK
DRAUGHT PERSON
CLERK
PROJECT DIRECTOR
ADMINISTRATION DEPARTMENT
ACCOUNT DEPARTMENT
DRAUGHT PERSON
DRAUGHT PERSON
DRAUGHT PESON
PROJECT ENGINEER
TECHNICAL ASSIATANT
1.2.6 Latar Belakang Pemilik Syarikat
Sikap professional yang ditunjukkan oleh para pekerja di YRA Perunding telah
membantu syarikat ini dari terus berkembang dan berdaya saing. Hampir 13 tahun YRA
Perunding ditubuhkan, pelbagai cabaran yang diterima dalam jatuh bangunya perniagaan
perundingan ini. Penubuhan Syarikat ini adalah secara perkongsian yang mana
penggunaan nama YRA Perunding adalah nama sebuah syarikat yang didaftarkan oleh
Jurutera Professional di Selangor.
1.2.7 Maklumat pemilik
Nama : En. Mohd Yazid b. Suratman
Tarikh Lahir : 10 mei 1962
Warganegara : Malaysia
Keahlian professional : Professional Engineer, Bord of Engineers
1989 – 1995
Employer : Perunding Aidid
Business Services : Civil & Structural Engineering Consultancy
Services
Position : Associate Engineer
Duties: : Overall company management, project development,
Consultancy Services
1995 – Present
Employer : YRA Perunding
Business Services : Civil & Structural Engineering Consultancy
Services
Position : Partner
Duties : Overall company management, project
development, Consultancy Services
1.2.8 Senarai Projek YRA Perunding
BIL. KETERANGAN PROJEK
01 Cadangan Mendirikan Rumah Teres Kos Setingkat Di Atas Lot 5315-5331 (17 unit), Mukim Port Dickson. (0.7 mil) COMPLETED
02. Cadangan Pembangunan Di Atas Lot 1422 Dan 1423 , Mukim Setul , Daerah Seremban . ( 5.0 mil ) COMPLETED
03. Cadangan Mendirikan Sebuah Dewan Pameran Di Atas Lot No. 915 & 4597 , Bandar Seremban .Untuk : EON Properties Sdn. Bhd.
COMPLETED
04. Cadangan Mendirikan 21 unit Rumah Teres Di Atas Lot 2569 CT 14628 , Bandar Seremban . Untuk : Profound Network Sdn. Bhd. ( 1.0 mil )
COMPLETED
05. Cadangan Bekalan Air Kepada Cadangan Penyatuan Dan Pecah Sempadan Di Atas Lot 1186 Dan Lot 1007 , Tanah Pertanian , Mukim Gadong , Daerah Tampin . Untuk : URBAN GREEN (M) Sdn. Bhd. ( 1.5 Mil ) .
COMPLETED
06. Cadangan Pecah Sempadan Dan Tukar Syarat Tanah Diatas Lot 2823 Dan 2824 , Mukim Ampang Tinggi , Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus . Untuk : Urban Green (M) Sd. Bhd.)
COMPLETED
07. Cadangan Mendirikan 44 Unit Rumah Teres Setingkat Diatas Lot PT 324 -327 , PT 329 - 338 , PT 342 - 370 ,373 , Mukim Chembong , Daerah Rembau , N. Sembilan.Untuk : Beribu Lagenda Sdn. Bhd.
COMPLETED
08. Cadangan Perumahan 15 Unit Rumah Kedai 1 ½ Tingkat Lot 4635 – 4649, 85 Unit Rumah Teres 1 Tingkat PT 4650-5034, 38 unit Rumah Murah PT 5035-5072, Di Taman Dato’ Mohd Taha, Mukim Gemencheh, Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus.Untuk : Gunung Selatan Gemencheh Sd. Bhd.
COMPLETED
BIL. KETERANGAN PROJEK
09. Cadangan Perumahan Di Atas Lot 5317 , Mukim Tanjung Dua Belas , Daerah Kuala Langat , Selangor .Untuk : Tetuan Zetcom Sdn. Bhd. ( 3.0 Mil.)
COMPLETED
10. Cadangan Membina Sebuah Bangunan Pejabat 2 ½ Tingkat di Atas Tanah Kerajaan, Bandar Port Dickson, Daerah Port Sickson.Untuk : Majlis Perbandaran Port Dickson
COMPLETED
11. Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sebuah Masjid Baru Di Sikamat , Seremban , Negeri Sembilan . (2.0 Mil.)Untuk : JKR Negeri Sembilan
COMPLETED
12. Cadangan Mendirikan 3 Blok Bangunan Sekolah 4 Tingkat Diatas Lot PT 49975 Sekolah Pulau Indah (2) , Pelabuhan Kelang , Selangor Darul Ehsan . ( 8.0 Mil. )Untuk : Kementerian Pendidikan
COMPLETED
13. Cadangan Pembinaan 28 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Di Atas Lot 1687 , EMR 1150 , Mukim Ampangan , Negeri Sembilan Darul Khusus . ( 3.0 Mil.)Untuk : Pelantar Generasi Sdn. Bhd.
COMPLETED
14. Cadangan Pembangunan Institut Latihan Dan Pengajian Islam ( ILMI ) Mukim Sua Betong , Port Dickson Negeri Sembilan Darul Khusus . ( 14 Mil. )Untuk : Kementerian Pertahanan Malaysia .
COMPLETED
15. Cadangan Perumahan Kos Sederhana di Bandar Baru Serting , Mukim Serting Ulu , Daerah Jempol , Negeri Sembilan Darul Khusus . ( 132 Unit , Taman Serting Indah) (5.0 Mil. )Untuk : PKNNS
COMPLETED
BIL. KETERANGAN PROJEK
16. Cadangan Mendirikan 66 Unit Rumah Banglo Diatas Lot PT 17645 - 17649 , 17651 - 17700 Dan 17702 - 17713 , Bandar Satelit Senawang , Daerah Seremban , N.Sembilan Untuk : Pelantar Generasi Sdn. Bhd
COMPLETED
17. Cadangan Merekabentuk , Membina Dan Menyiapkan Pengkalan Kompleks Marin Kastam DiAtas Lot No. 7330, Kemaman , Terengganu Darul Iman .Untuk : Jabatan Kastam dan Eksais ( 13.0 Mil )
COMPLETED
18. Cadangan Memperelok Jalan Bahau Kemayan FT-10, Daerah Jempol , Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. ( 8.0 Mil )Untuk : Jabatan Kerja Raya, Negeri Sembilan
COMPLETED
19. Cadangan Menaiktaraf Jalan Tok Ungku Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.Untuk : Majlis Perbandaran Seremban
CONSTRUCTION
20. Cadangan Bagi Projek Ibu Pejabat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus ( 45.0 Mil ) CONSTRUCTION
21. Cadangan Menaiktaraf Stadium Tuanku Abdul Rahman ( STAR ) Paroi Seremban, Negeri Sembilan Darul KhususUntuk : Jabatan Kerja Raya, Negeri Sembilan
COMPLETED
22. Cadangan Membina Sebuah Kompleks Komersial 3 Tingkat di Pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri SembilanUntuk : Majlis Daerah Jelebu
COMPLETED
BIL. KETERANGAN PROJEK
23. Cadangan Perumahan Kos Sederhana di Bandar Baru Serting, Mukim Serting Ulu, Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. (112 Unit,Taman Serting Indah )
COMPLETED
Untuk : Pelantar Generasi Sdn Bhd
24. Cadangan Mendirikan Perpustakaan Awam Di Bandar Sri JempolUntuk : JKR Negeri Sembilan ( 0.8 Mil. )
COMPLETED
25. Cadangan Pembangunan Semula Pusat Kemahiran Yayasan Negeri Sembilan Di Atas Lot 4345, Mukim Ampang Tinggi, Daerah Kuala Pilah. ( 2 Mil. )Untuk : Yayasan Negeri Sembilan.
COMPLETED
26. Cadangan Mendirikan 19 Unit Gerai Majlis Di Atas Lot 3904, Bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. ( 0.8 Mil. )Untuk : Majlis Daerah Kuala Pilah.
COMPLETED
27. Cadangan Membina Pusat Latihan Khidmat Negara, Kem Sri Perkasa Di Atas Plot 1, Plot 2, Plot 3 Di Batu 8 ½ , Jalan Mantin, Mukim Setul Daerah Seremban. ( 5.0 Mil. )Untuk : N.S. Construction Sdn. Bhd.
COMPLETED
28. Cadangan Menaiktaraf Jalan Lenggeng-Broga ( 33.0 Mil. )Untuk : JKR Negeri Sembilan. DESIGN
29. Cadangan Menaiktaraf Jambatan dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Utama Ke Taman Desa Rhu, Sikamat, Daerah Seremban ( 1.0 Mil. )Untuk : Majlis Perbandaran Seremban
COMPLETED
1.2.9 Dokumen Pengenalan Syarikat
Rajah 1.2.9.1 Sijil Perakuan Pendaftaran Jurutera
Rajah 1.2.9.2 Sijil Perakuan Kementerian Kewangan
Rajah 1.2.9.3 Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat