bab 1 pemasaran

17
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN TAJUK 1 Pemasaran : Rancangan Pemasaran 1.0 SINOPSIS Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar memahami tentang kepentingan mengurus usaha pemasaran. Ia mengambil kira bagaimana untuk membentuk satu rancangan pemasaran. Termasuk juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang mengenalpasti masalah di dalam melaksanakan rancangan dan program pemasaran. Modul ini juga menghuraikan elemen dalam proses pelaksanaan pemasaran dan pengorganisasian dan cara mengawal aktiviti jabatan organisasi. 1.1 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui definisi pemasaran 2. Mengenali pasaran sasaran. 3. Menentukan trend dan saiz pasaran 4. Menerangkan unsur-unsur persaingan 5. Mempelajari cara membuat ramalan jualan 6. Membincangkan strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. 7. Menjelaskan masalah-masalah dalam melaksanakan rancangan dan program pemasaran 1.2 Kerangka Konsep Tajuk 2 1.3 Pengenalan Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Kita mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan. Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan 1

Upload: irwan-b-sidik-ahmed

Post on 28-Sep-2015

167 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bisnes

TRANSCRIPT

6

RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANANTAJUK 1Pemasaran : Rancangan Pemasaran

1.0SINOPSIS Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar memahami tentang kepentingan mengurus usaha pemasaran. Ia mengambil kira bagaimana untuk membentuk satu rancangan pemasaran. Termasuk juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang mengenalpasti masalah di dalam melaksanakan rancangan dan program pemasaran. Modul ini juga menghuraikan elemen dalam proses pelaksanaan pemasaran dan pengorganisasian dan cara mengawal aktiviti jabatan organisasi.

1.1Hasil Pembelajaran1. Mengetahui definisi pemasaran 2. Mengenali pasaran sasaran.3. Menentukan trend dan saiz pasaran4. Menerangkan unsur-unsur persaingan5. Mempelajari cara membuat ramalan jualan6. Membincangkan strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran.7. Menjelaskan masalah-masalah dalam melaksanakan rancangan dan program pemasaran

1.2Kerangka Konsep Tajuk 2

1.3Pengenalan

Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Kita mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan. Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

DefinisiPemasaran:Persatuan Pemasaran Amerika (AAM):Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi.

Kotler (1991):Pemasaran ialah satu proses sosial ataupun pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Pemasaran bermaksud satu proses perancangan dan pelaksanaan pernyataan konsep sesuatu produk, perletakan harga dan lain-lain. Pemasaran berfungsi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.Usaha pemasaran yang dibentuk perlu diuruskan dengan baik agar berjaya dalam mencapai objektif pemasaran.

Pemasaran memainkan peranan dalam membantu memperkenalkan sesuatu produk kepada pengguna. Ia merangkumi bidang seperti berikut:-i. Konsep pemasaranii. Strategi pemasaran iii. Teknik pemasaraniv. Peranan agensi

Pemasaran mempunyai objektif untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ia juga meliputi objektif untuk mencari keuntungan yang maksimum

Konsep pemasaran adalah ia merupakan satu cara mengenal pasti dan memenuhi kehendak dan keperluan yang disasarkan. Pemasaran dapat memberi nilai kualiti dan kepuasan kepada pengguna dalam jangka panjang.

Strategi pemasaran yang akan digunakan untukmemasarkan produkKELEBIHANPRODUKSTRATEGIHARGAPROMOSIAGIHANTARGET JUALAN

1.4Pasaran Sasaran dan Sasaran Pasaran

1.4.1Pasaran SasaranPasaran sasar ialah sekumpulan pengguna yang menjadi sasaran perniagaan dalam menjalankan usaha-usaha pemasarannya bagi menjual produk atau perkhidmatan perniagaan.Pelbagai indikator digunakan di dalam memilihpasaran sasar iaitu jantina, demografi, pekerjaan,usia, taraf sosial, agama, bangsa dan sebagainya.Campuran pasaran dirancang untuk memastikanpasaran sasar mendapat maklumat penuh produk

Usahawan khususnya perlu terlebihdahulu mengenal pasti siapakah sasaran pasaran yang akan menggunakan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan. Sasaran pasaran boleh ditafsirkan sebagai pengguna ataupun pelanggan.

Usahawan perlu menerangkan dengan jelas profil pelanggan yang ingin disasarkan dari segi:-

1. Demografi Umur Jantina Pendapatan Pekerjaan Taraf pendidikan Bilangan ahli keluarga

2. Psiko grafik Keinginan Cita rasa Ego Status atau perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.

1.4.2Sasaran Pasaran

Sasaran pasaranpula merujuk kepada strategi untuk menembusi pasaran-pasaran kecil yang homogenus yang telah dikenalpasti dalam segmentasi pasaran.1. Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan kehendak yang serupa,2. Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai minat terhadap produk yang serupa3. Mengenal pasti pasaran yang ingin ditumpu perhatian oleh syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk

Strategi sasaran berasaskan:1. Pemasaran tidak dibezakan2. Pemasaran dibezakan3. Pemasaran tertumpu4. Pemasaran mikro

Kepentingan Pemasaran1. Dapat memasarkan produk dan perkhidmatan dengan lebih efisyen.2. Menghadapi persaingan yang sedikit jika pesaing tidak memfokuskan kepada segmen tertentu sahaja.3. Firma yang memilih satu jenis pasaran dan pasaran sasaran biasanya mendapat lebih banyak peluang untukmenjadi pakar dalam industri tersebut

1.5Trend & Saiz Pasaran

Trend dan Saiz Pasaran merujuk kepada jumlah pembeli yang berpotensi dalam satusatu kawasan dagangan yang disasarkan oleh usahawan

1.5.1Trend Pasaran

Usahawan yang terlibat perlu membuat penyelidikan terhadap pasaran yang ingin dimasukinya. Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangan semasa industri yang ingin diceburi. Perlu dinyatakan sama ada industri tersebut sedang berkembang, menurun atau dalam keadaan yang stabil. Berikan statistik jika ada bagi menyokong kenyataan yang dibuat. Penyelidikan secara berterusan di dalam mengenal pasti perubahan terhadap keinginan dan cita rasa pengguna juga perlu dijalankan untuk mengetahui perubahan cita rasa semasa dan perubahan cita rasa di masa akan datang. Ini dapat membantu dalam meramalkan jualan.1.5.2Saiz Pasaran

Saiz pasaran ialah jumlah keluasan pasaran atau lebih tepat lagi, jumlah potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam jangka masa setahun. Dalam mengira saiz pasaran, beberapa faktor perlu diambil kira di antaranya ialah :-

Tidak mengambil kira/mengira pembahagian mengikut pesaing di dalam pasaran yang luas. Saiz pasaran perlu dinyatakan di dalam bentuk unit atau Ringgit Malaysia (RM).

Jadual 1: Contoh pengiraan bagi menentukan saiz pasaran

1.6Persaingan

Di dalam melaksanakan pemasaran bilangan pesaing yang menjalankan perniagaan di tempat yang sama akan memberi kesan menjejaskan jualan. Oleh itu usahawan perlu kenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pesaing. Dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pesaing, Usahawan perlu menerangkan keadaan sebenar yangberlaku di pasaran. Di samping itu usahawan perlu mengenal pasti siapa pesaing yang menawarkan baranganataupun perkhidmatan yang serupa mahupun barangan pengganti kepada kumpulan pelanggan yang sama. Seandainya terdapat pengeluar-pengeluar lain yang telah dan akan mengeluarkan barang-barang yang serupa, nyatakan keupayaan pengeluaran masing-masing, kualitikeluaran pesaing, harga jualan pesaing serta kekuatan dan kelemahan pesaing

1.7Syer PasaranSyer pasaran merujuk kepada jumlah peratus (%) jualan yang bakal diperoleh usahawan daripada potensi pasaran dengan mengambil kira jumlah perniagaan yang bersaingSyer pasaran merupakan satu anggaran yang perlu dibuat oleh organisasi di dalam mengenal pasti bahagian (syer) pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan di dalam sesuatu pasaran yang ingin diceburi. Di dalam mengenal pasti syer pasaran sesuatu organisasi perlu mengambil kira beberapa aspek penting. Di antaranya, mengambil kira keseluruhan saiz pasaran dan syer pasaran bagi setiap pesaing yang terdapat di dalam industri yang sama. Syer pasaran biasanya dinyatakan di dalam bentuk peratusan(%). Di dalam mengenal pasti syer pasaran, kaedah yang selalu dikaitkan ialah konsep sharing of cake, di mana pasaran itu sendiri dianggap sebagai sekeping kek yang perlu dipecah-pecahkan mengikut pasaran yang berlainan. Setiap perniagaan mempunyai pasarannya tersendiri. Perniagaan yang mempunyai bahagian yang besar dikenali sebagai pemimpin pasaran atau market leader.

Jadual 2: Mengenal pasti syer pasaran

1.8Ramalan Jualan

Semasa pelaksanaan pemasaran anggaran jualan perniagaan dalam tempoh tertentu perlu disediakan.Pegawai pemasaran yang terlibat perlu menyediakan pengunjuran jualan bulanan untuk tahun pertama dan anggaran jualan untuk tahun kedua dan ketiga.

Di dalam menyediakan ramalan jualan pegawai perlu mengkaji beberapa faktor penting iaitu:- Kesedaran pelanggan tentang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan Mengambil kira musim perayaan, cuti sekolah, perubahan cuaca Mengenal pasti jenis perniagaan atau projek yang ingin dijalankan sama ada dalam sektor perniagaan atau industri, penternakan ataupun perladangan.

Formula di dalam menentukan ramalan jualan:- Tentukan saiz pasaran Kenal pasti siapa pesaing Menganggarkan syer pasaran Meramal jualan

Pengunjuran jualan bulanan perlu disediakan untuk tahun pertama dan anggaran jualan tahun kedua dan ketiga juga perlu disediakan (Lampiran 1).

1.9Strategi Pemasaran

Strategi pemasaran ialah segala usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan pelanggan bagi barang yang dikeluarkan. Ia perlu dibentuk sebelum sesuatu keluaran siap diproses untuk dipasarkan. Strategi pasaran terdiri daripada sasaran pasaran dan campuran pasaran. Sasaran pasaran merujuk kepada bakal pelanggan bagi sesuatu keluaran. Campuran pemasaran merangkumi empat komponen penting yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan iaitu produk, harga, tempat dan promosi.

Untuk mencapai strategi pemasaransyarikat perlu membuat analisis tentang peluang pertumbuhan produk syarikat perniagaan pada masa akan datang.

a) Produk Produk merupakan elemen utama dalam campuran pemasaran. Produk adalah apa sahaja yang ditawarkan oleh usahawan kepada sasaran pasaran ataupun pengguna. Pengguna selalunya bukan setakat mahukan produk, mereka mencari beberapa manfaat yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Mewujudkan nilai bermaksud usahawan memahami apa yang diperlukan dan dikehendaki oleh pengguna dan menawarkan nilai tersebut kepada pengguna, oleh itu tawaran produk usahawan mestilah merangkumi produk utama ditambah lain-lain manfaat yang boleh menarik dan memujuk pengguna untuk membeli.

Di samping itu, usahawan perlu memastikan kualiti, reka bentuk, prestasi barangan yang ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah ditetapkan.

Dari segi pembungkusan usahawan perlu memastikan cara pembungkusan yang digunakan memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik. Pengguna masa kini sudah mula mencari produk ataupun keluaran yang mempunyai bungkusan dan pelabelan yang menarik. Ini adalah kerana terlalu banyak barangan yang terdapat di pasaran yang menawarkan fungsiyang sama. Oleh yang demikian usahawan perlu bijak di dalam menarik minat pelanggan dengan memastikan pembungkusan selari menepati ciri-ciri asas dapat menunjukkan perbezaan dengan ketara dengan produk pesaing

b) Promosi Promosi ialah strategi berkomunikasi antara pengguna dan pemasar atau peniaga. Ianya melibatkan proses komunikasi dua hala daripada peniaga kepada pengguna dan daripada pengguna kepada peniaga. Tujuan komunikasi ialah supaya pemasar boleh menyampaikan mesej kepada pengguna dan mengetahui maklum balas pengguna terhadap tawaran usahawan. Strategi promosi merangkumi strategi pengiklanan, promosi jualan, jualan perorangan, perhubungan awam dan publisiti dan pemasaran langsung. Objektif utama promosi ialah memberitahu, mengingatkan dan memujuk pengguna dan/atau pengguna berpotensi

Di dalam strategi promosi pemasar perlu: Menetapkan objektif (AIDA) Konsep AIDA selalu ditekankan semasa objektif sesuatu strategi promosi dirangka. Konsep AIDA boleh ditakrifkan sebagai:- A (Attention) Usahawan perlu memikirkan sesuatu yang boleh menarik perhatian pengguna mahupun sasaran pengguna melihat atau memperhatikan aktiviti promosi yang dijalankan oleh usahawan. Sebagai contoh, ini boleh dilaksanakan dengan memilih iklan percetakan yang berwarna, menggunakan watak kartun sekiranya usahawan ingin menarik minat kanak-kanak dan sebagainya.

I (Interest) usahawan perlu pandai menarik minat pelanggan denganmemberikan diskaun ataupun pendorong yang negatif menarik pelanggan melihat kepada iklan mahupun promosi yang dijalankan.

D (Desire) Faktor ini sering dikaitkan dengan faktor dalaman iaitu sejauh mana usahawan dapat menanamkan rasa keinginan pengguna untuk mencuba ataupun untuk membeli produk yang kita tawarkan.

A (Action) langkah yang terakhir sekiranya pengguna akan terus membeli produk tersebut sekiranya mereka berminat dan berkeinginan memilikinya.

Menentukan sasaran pengguna Mereka bentuk mesej yang ingin disampaikan Memilih media yang hendak dijadikan saluran penyampaian mesej Menyediakan kos promosi Penilaian terhadap aktiviti promosi yang dijalankan

c) Harga Harga adalah didefinisikan sebagai nilai yang harus dibayar oleh pengguna/pembeli kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan oleh perniagaan. Beberapa faktor perlu dipertimbangkan di dalam menetapkan harga barangan yang ditawarkan oleh usahawan. Di antaranya ialah:- Jumlah harga kos sebenar produk yangditawarkan Menilai harga jual yang ditawarkan oleh pesaing Menilai struktur diskaun yang akan diperkenalkan Menilai tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk kita dengan pesaing.

d) Tempat Pengedaran Tempat atau saluran pengedaran adalah merupakanelemen pemasaran untuk memastikan produk sampai kepada pengguna. Aspek yang penting dalam strategi tempat ialah pengguna mendapat akses kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk yang ditawarkan perlu berada di tempat yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang penggunamahukan. Pengedaran boleh dilakukan secara langsungatau tidak langsung.Pengedaran langsung ialah pengedaran di mana pemasar berhubung terus dengan pengguna atau terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakala pengedaran tidak langsung melibatkan pemborong, peruncit dan orang tengah yang lain. Faktor-faktor penting di dalam pemilihan saluran pengedaran ialah seperti: Saiz pasaran Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Strategi pemilihan orang tengah Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaing Keupayaan usahawan di dalam merancang saluran pengedaran tersebut.

1.10 Belanjawan Pemasaran

Belanjawan ialah anggaran pendapatan yang diperolehi dan perbelanjaan yang akan dibuat untuk suatu tempoh masa tertentu dimasa akan datang. Tujuannya ialah untuk mendapatkan keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan.Penyediaan belanjawan pemasaran adalah berbeza-beza mengikut keperluan pemasaranperniagaan. Satu belanjawan komprehensif yang mengandungi satu siri belanjawan yang meliputi setiap aktiviti operasi sesebuah organisasi untuk sesuatu tempoh perlu dibuat bagi memastikan keseimbangan pendapatan perniagaan terkawal.

1.10.1Tujuan belanjawan Membolehkan perniagaan / individu membuat perbandingan antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang sebenar dengan anggaran yang dibuat. Menjadi panduan kepada pihak tertentu untuk menilai permohonan pembiayaan syarikat / individu. Memberi maklumat tunai di bank , amaun perlu dibayar kepada pembekal, amaun belum terima pelanggan. Mengawal perancangan dan belanjawan. Mengesan perbelanjaan. Meramal Pendapatan. Mengesan sumber kewangan dan kestabilan kewangan. Mengesan kebolehan dan keupayaan perniagaan membayar hutang.

1.10.2Asas pengurusan belanjawan Menetapkan matlamat kewangan. Menganalisa sumber-sumber yang dimiliki. Meramalkan pendapatan yang diperolehi. Mencatat perbelanjaan yang dibuat. Membezakan keperluan dan kehendak. Merekod aktiviti kewangan harian. Menilai kewangan secara berkala. Memantau / mengawal kewangan secara berkala. Memberi maklumbalas untuk penambahbaikan.

Berikut merupakan belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran.Ia adalah garis panduan perbelanjaan untuk aktiviti bukan perkilangan.

contoh :Syarikat Sentiasa Untung Sdn. Bhd. Belanjawan Belanja Jualan dan PentadbiranUntuk Tahun Berakhir 31 Dis 2005

1 (RM)2 (RM)3 (RM)4 (RM)Tahun

Belanja Berubah:Komisen jualanAngkutan keluar9,0003,00010,5003,50012,0004,00013,5004,50045,00015,000

Jum Belanja Berubah12,00014,00016,00018,00060,000

Belanja Tetap:IklanGaji(jualan)Gaji(pejabat)SusutnilaiCukai harta benda5,00015,0007,5001,0001,5005,00015,0007,5001,0001,5005,00015,0007,5001,0001,5005,00015,0007,5001,0001,50020,00060,00030,0004,0006,000

Jum Belanja Tetap30,00030,00030,00030,000120,000

Jum BelanjaJualan & Pentadbiran42,00044,00046,00048,000180,000

1.11Masalah Pemasaran

Cabaran-cabaran pemasaran masa kini akan melihat bahawa pemasaran itu membawa maksud yang begitu luas. Aktiviti pemasaran masa kini beroperasi dalam persekitaran global yang dinamik, ia memerlukan pengurus-pengurus pemasaran yang berfikiran waras tentang strategi dan amalan pemasaran mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pengurus-pengurus pemasaran mengubahsuai strategi pemasaran mereka.

Di antara cabaran-cabaran pemasaran dalam abad ke dua puluh satu adalah nilai dan orientasi pelanggan yang sering berubah, ekonomi yang lembab, kemerosotan persekitaran, peningkatan dalam persaingan global, masalah-masalah ekonomi, politik dan sosial, inilah yang dinamakan dunia tanpa sempadan.

Walau bagaimanapun masalah-masalah tersebut telah mewujudkan peluang pemasaran. Kini kita dapat menyaksikan terdapat beberapa aliran dan kuasa utama yang mengubah dan mencabar strategi pemasaran seperti pertumbuhan pemasaran bukan untung, peningkatan teknologi maklumat, penglobalisasian yang pesat, ekonomi dunia yang berubah dan seruan-seruan ke arah sikap beretika dan bertanggung jawab terhadap masyarakat.

1.11.1Pertumbuhan Pemasaran Organisasi Bukan Untung.

Kebelakangan ini organisasai bukan untung seperti bahagian pendidikan, perubatan, pos dan ketenteraan telah mula menggunakan strategi pemasaran untuk beroperasi. Sebagai contoh, Pos Malaysia telah membentuk rancangan pemasaran inovatif dengan menjual setem kenangan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12. Penglibatan organisasi bukan untung mengaplikasikan strategi pemasaran telah memberikan cabarancabaran baru yang menarik kepada pengurus-pengurus pemasaran.

1.11.2 Penglobalisasian

Kesan daripada kemajuan yang pesat di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat, budaya dan jarak sesuatu tempat dapat dihubungkan dengan lebih mudah dan cepat. Ini telah membolehkan syarikat meluaskan liputan pasaran geografi, pembelian dan pengeluaran mereka. Hasilnya, persekitaran pemasaran menjadi lebih kompleks untuk kedua-dua syarikat dan pengguna.

Kini, syarikat-syarikat bukan sahaja cuba menjual produk tempatan mereka kepada pasaran antarabangsa tetapi membeli lebih komponen dan bekalan dari luar negara. Contohnya melalui operasi Segitiga Emas: Malaysia-Indonesia-Thailand (IMT-GT), ia telah memberikan peluang kepada para peniaga untuk bergerak dengan lebih bebas di negara-negara berkenaan. Situasi begini dapat menggalakkan syarikat untuk merebut peluang bagi membuka pasaran yang lebih luas dan bukan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan sahaja.

Banyak syarikat telah membentuk rangkaian strategik dengan syarikat-syarikat asing dan juga pesaing, yang bertindak sebagai pembekal atau rakan pemasaran. Ini membolehkan rangkaian global terbaik dapat dibentuk.

1.11.3LedakanTeknologi Maklumat.

Kemajuan di dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi telah memberi kesan ke atas cara syarikat memberi nilai kepada pelanggan-pelanggan mereka. Ledakan teknologi maklumat membolehkan pengurus-pengurus pemasaran mempelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta dan merekabentuk produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan, mengagih produk dengan lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi dengan pelanggan sama ada dalam kumpulan yang besar atau orang perseorangan. Contohnya, dengan menggunakan komputer yang berkeupayaan tinggi, pemasar boleh mewujudkan pangkalan data yang terperinci untuk mensasar tawaran-tawaran kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Internet

Internet ialah satu rangkaian global jaringan komputer yang besar dengan tiada pengurusan atau milikan berpusat. Ia dicipta pada akhir 1960-an oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada asalnya ia berfungsi untuk menghubungkan makmal-makmal kerajaan, kontraktor dan ketenteraan. Internet telah menghubungkan pengguna komputer ke seluruh dunia. Sesiapa sahaja yang mempunyai komputer peribadi , modem dan perisian yang betul boleh meninjau internet untuk mendapatkan atau berkongsi maklumat mengenai sebarang subjek serta berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Kini, internet telah berkembang dengan pembangunan World Wide Web yang mesra pengguna. World Wide Web telah membolehkan syarikat menghubungkan jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya suku daripada kos pengiklanan menggunakan media cetak dan televisyen.

1.11.4Perkembangan Ekonomi Dunia

Ekonomi dunia yang meleset telah mengakibatkan kesukaran kepada pengguna dan pemasar. Di seluruh dunia, keperluan manusia semakin bertambah, tetapi dalam banyak perkara , individu kekurangan wang untuk membayar barangan keperluan. Ekonomi negara maju banyak mempengaruhi ekonomi negara-negara yang sedang membangun.

Situasi ekonomi semasa telah mewujudkan masalah dan peluang kepada pemasar. Sesetengah syarikat menghadapi permintaan yang berkurangan dan menghadapi masalah untuk mengembangkan syarikat mereka.

1.11.5Permintaan Terhadap Tanggungjawab Sosial dan Etika

Pada masa sekarang pihak pemasar perlu bertanggung jawab terhadap kesan tindakan mereka ke atas sosial dan persekitaran. Etika korporat telah menjadi isu yang hangat diperkatakan di dalam dunia perniagaan. Masalah-masalah seperti penghapusan hutan, kehangatan ruang atmosfera , pencemaran udara dan air serta ancaman-ancaman lain perlu diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan. Di samping mereka memperolehi keuntungan daripada aktiviti-aktiviti pemasaran dan pengeluaran mereka, tanggungjawab sosial kepada masyarakat perlu diutamakan.

1.11.6Lanskap Pemasaran Baru

Syarikat-syarikat domestik telah sedar bahawa mereka tidak boleh mengabaikan pasaran dan pesaingan global. Firma-firma berjaya dalam industri matang sedar bahawa mereka perlu mengambilkira pasaran dan teknologi yang muncul dengan pendekatan pengurusan terkini. Syarikat-syarikat dari berbagai sektor semakin menyedari bahawa mereka perlu menekankan kepada aspek keperluan pelanggan dan persekitaran. Mereka akan gagal di dalam perniagaan sekiranya tidak memahami pasaran yang kian berubah. Contohnya, pembinaan KLIA ekspres telah menyediakan kemudahan pengangkutan yang pantas dari KL Sentral ke KLIA iaitu dalam masa 28 minit.

Di akhir unit ini seharusnya anda telah memahami apa yang dimaksudkan dengan pemasaran, mengetahui elemen-elemen di dalamnya, mempelajari berkenaan dengan perkembangan konsep pemasaran serta dapat menerangkan apakah cabaran-cabaran pemasaran pada masa kini. Diharapkan unit ini dapat membantu anda memahami unit-unit yang seterusnya. Semoga berjaya.

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba , semoga berjaya.

Tugasan ISL/OLL:

a) Anda dikehendaki menyediakan Rancangan Pemasaran yang lengkap dengan belanjawan pemasaran.b) Bincangkan masalah-masalah pemasaran yang mungkin berlaku dalam usaha anda untuk membuat pemasaran perniagaan.

9