bab 1 mpu2163 student

46
BAB 1: SEJARAH DAN POLITIK 1. Latar Belakang Sejarah Awal Negara 2. Kemerdekaan 3. Pembentukan Malaysia 4. Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara 5. Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Upload: joanne-tan

Post on 11-Dec-2015

100 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

college notes for Pengajian Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 Mpu2163 Student

BAB 1: SEJARAH

DAN POLITIK

1. Latar Belakang Sejarah Awal Negara 2. Kemerdekaan 3. Pembentukan Malaysia 4. Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara 5. Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Page 2: BAB 1 Mpu2163 Student

a) KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.

Kesultanan ini merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara.

Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit.

Hal ini telah menyebabkan Parameswara (putera Raja Palembang) dan pengikutnya mengundur diri ke Temasik. Kemudian ke Semenanjung Tanah Melayu.

Page 3: BAB 1 Mpu2163 Student

Semasa Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara telah menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka, bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka.’

Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran agama Islam dan ilmu yang termasyhur di dunia pada abad ke-15.

Page 4: BAB 1 Mpu2163 Student

b) KERAJAAN JOHOR

Semasa abad ke-14, Johor menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehinggalah ia menjadi salah sebuah jajahan pemerintahan Kesultanan Melaka (1400 -1511).

Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.

Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali), anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528.

Kerajaan Johor ini menjadi pusat perdagangan yang masyhur pada abad ke-17, di samping menjadi pusat penyebaran Islam apabila peranan yang dipegang oleh Acheh sebelum ini merosot.

Page 5: BAB 1 Mpu2163 Student

c) PENGASASAN KESULTANAN

MELAYU LAIN

1. Perak Terdapat catatan dalam Sejarah Melayu

tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding.

Namun begitu, pengasasan Kesultanan Perak yang awal sebenarnya berkait rapat dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan Mahmud dan anakandanya Sultan Ahmad telah berundur ke beberapa tempat dalam usaha merampas semula Melaka serta mengelak serangan balas Portugis.

Page 6: BAB 1 Mpu2163 Student

Apabila Sultan Mahmud mangkat di Kampar, Raja Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II. Manakala abangnya raja Muzaffar yang berkecil hati telah membawa diri ke Perak.

Kemudian Raja Muzaffar telah diltabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah.

Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Perak menempuh kegemilangan. Zaman inilah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan

Page 7: BAB 1 Mpu2163 Student

2. Selangor

Kesultanan Selangor diasaskan oleh Raja Lumu

yang merupakan Putera Daeng Chelak atau Daeng Pali berketurunan Bugis.

Raja Lumu sebelum menggunakan gelaran Sultan dikenali dengan panggilan Raja Selangor. Dipercayai baginda datang ke Selangor sekitar tahun 1730-an.

Pada tahun 1743, Raja Lumu menjadi pemerintah Selangor semasa Selangor masih lagi di bawah naungan Johor.

Page 8: BAB 1 Mpu2163 Student

Pada tahun 1766 Raja Lumu mendapat pengiktirafan dari Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud dan memakai gelaran Sultan Sallehuddin Shah.

Kemunculan Institusi Kesultanan Selangor dengan perlantikan Raja Lumu menjadi Sultan Selangor pertama telah memperkuatkan lagi pertapakan kuasa Bugis.

Walaupun sebenarnya telah wujud kelompok- kelompok pembesar di beberapa daerah pada waktu itu seperti di Kuala Selangor, Jeram, Kelang dan Langat, tetapi dengan perlantikan Raja Lumu, daerah-daerah tersebut disatukan menjadi sebuah negeri dengan nama negeri Selangor.

Page 9: BAB 1 Mpu2163 Student

3. Pahang Keturunan Kesultanan Melayu Melaka telah lama berkuasa

di Pahang iaitu Raja Muhammad anakanda Sultan Mansur Shah yang ditabal menjadi Sultan Pahang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.

Pemerintahan daripada keturunan Kesultanan Melaka adalah selama 200 tahun dan berakhir pada tahun 1614.

Setelah itu pemerintah Pahang berpindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor.

Dari keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Pahang

terpisah dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh serta menjalinkan persahabatan dengan Sultan Melaka sehinggalah sekarang

Page 10: BAB 1 Mpu2163 Student

d) ZAMAN PENJAJAHAN

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermulalah era penjajahan di Tanah Melayu.

Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda dan ditawan Jepun pada tahun 1941.

Negara kita dijajah selama 446 tahun (1511 – 1957).

Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama dan banyak meninggalkan kesan.

Page 11: BAB 1 Mpu2163 Student

British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.

Campur tangan British menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun usaha mereka lebih bersifat perseorangan maka penentangan tersebut mudah dipatahkan British.

Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhobi dan beberapa tokoh yang lain

Page 12: BAB 1 Mpu2163 Student

Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan.

Hasilnya, Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya dan muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuang semangat nasionalisme.

Page 13: BAB 1 Mpu2163 Student

Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing.

Ada yang membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.

Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk

menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941.

Page 14: BAB 1 Mpu2163 Student

Jepun menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu.

PKM bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa.

Page 15: BAB 1 Mpu2163 Student

Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan.

Pada 11 Mei 1946, penubuhan Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Page 16: BAB 1 Mpu2163 Student

Ringkasan Penjajahan dan ciri-ciri

penjajahan

Penjajah Tempoh Catatan

Portugis 1511-1641 • Tertumpu di Melaka.

• Mendapat tentangan daripada orang Melaka dengan

bantuan Acheh.

• Tidak banyak meninggalkan kesan kepada negara,

kecuali dari segi bahasa (pinjaman perkataan),

penyebaran agama Kristian dan tarian.

Belanda 1641-1824 • Tertumpu kepada Melaka.

• Tidak banyak meninggalkan kesan kerana tumpuan

penjajahan terarah di Indonesia.

• Mendapat tentangan daripada orang Melayu yang sering

mendapat bantuan Bugis.

Inggeris 1824-1942

1945-1957

• Menjajah keseluruhan negeri di Tanah Melayu.

• Terdapat dua tahap penjajahan. (Sebelum dan selepas

penjajahan Jepun)

• Banyak meninggalkan kesan dalam kebanyakan sistem

kehidupan masyarakat (politik, ekonomi dan sosial).

• Banyak mendapat tentangan penduduk tempatan.

Page 17: BAB 1 Mpu2163 Student

Penjajah Tempoh Catatan

Jepun 1942-1945 • Menjajah keseluruhan negeri Tanah

Melayu.

• Banyak meninggalkan kesan terutamanya

dalam kehidupan masyarakat, khususnya

yang berkaitan dengan hubungan kaum.

• Mendapat tentangan daripada penduduk

negeri ini.

• Menaikkan semangat nasionalisme

dengan memberi kesedaran politik kepada

masyarakat tempatan untuk mencapai

kemerdekaan.

• Jepun telah menggunakan propaganda

‘Asia untuk Orang Asia’.

Page 18: BAB 1 Mpu2163 Student

2. KEMERDEKAAN

1. Malayan union

2. Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu

3. Ancaman Komunis

4. Perundingan Kemerdekaan

5. Malaya Merdeka

Page 19: BAB 1 Mpu2163 Student

a) MALAYAN UNION

1. Latar Belakang • Kemuncak perjuangan semangat

nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan oleh penduduk tempatan begitu ketara sekali kesan daripada penubuhan Malayan Union oleh British.

• Melayan Union merupakan satu gagasan menyeragamkan pentadbiran di bawah satu sistem penjajahan British.

Page 20: BAB 1 Mpu2163 Student

• British telah memikirkan rancangan Malayan Union sejak Jepun menawan Singapura pada tahun 1942.

• Pejabat Tanah Jajahan London mendapati salah satu faktor utama kejatuhan Tanah Melayu kepada tentera Jepun ialah masalah penyelarasan iaitu wujudnya pentadbiran yang berbeza. (Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu).

• Tujuan utama Malayan Union adalah menjaga kepentingan British di Tanah Melayu, khususnya kepentingan ekonomi.

Page 21: BAB 1 Mpu2163 Student

2. Kandungan dan Syarat utama Malayan Union

1. Terdiri daripada sembilan negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

2. Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir yang berpusat di Kuala Lumpur. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.

3. Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor, sedangkan kedaulatan mereka sebagai raja di negeri mereka sendiri dihapuskan. Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk tujuan mengurus kerajaan tempatan, tetapi masih tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat.

Page 22: BAB 1 Mpu2163 Student

5. Malayan Union tidak melibatkan Singapura. Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan British di bawah kuasa seorang Gabenor Jeneral British.

6. Aspek kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan diperolehi sekiranya: orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin

di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun sebelum 15 Februari, 1942;

seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.

7. Hak kewarganegaraan yang sama rata tanpa mengira bangsa atau asal keturunan; ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi dalam pilihan raya umum.

Page 23: BAB 1 Mpu2163 Student

3. Proses Pembentukan Malayan Union

• Harold MacMichael dipertanggungjawabkan memperolehi persetujuan Raja-raja Melayu secara ugutan dan paksaan.

• Pada 1946 perlembagaan Malayan Union diluluskan. Pada 1 April 1946 Malayan Union diisytiharkan dengan rasminya, dengan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor pertama.

Page 24: BAB 1 Mpu2163 Student

4. Kesan-kesan daripada pembentukan Malayan Union

1. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Kuasa sultan terhad dalam soal adat resam Melayu dan agama Islam.

2. Tradisi dan sistem politik serta ketuanan Melayu dihapuskan.

3. Hak istimewa dan status quo orang Melayu dihapuskan.

4. Pemberian hak kerakyatan yang longgar berdasarkan prinsip jus soli.

Page 25: BAB 1 Mpu2163 Student

5. Penentangan ke atas Malayan

Union

i. Penentangan oleh orang Melayu Pelbagai pihak menentang penubuhan Malayan Union.

Penentangan paling hebat datang dari orang Melayu.

Penentangan orang Melayu dibahagikan kepada dua peringkat:

1. Peringkat individu: orang Melayu menyuarakan bantahan mereka melalui media massa di dalam akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara. Menghantar surat bantahan atau kawat kepada kerajaan British di London.

2. Peringkat kolektif: orang Melayu menggunakan pertubuhan dan kesatuan Melayu di peringkat negeri dan nasional. Persatuan-persatuan ini mengadakan demonstrasi, perarakan di seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan terhadap penjajah.

Page 26: BAB 1 Mpu2163 Student

Faktor-faktor Penentangan Orang

Melayu terhadap Malayan Union

1.Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu. Dalam

Malayan Union kuasa raja terbatas hanya pada hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Ini bermakna raja-raja tidak dapat melindungi hak dan kepentingan orang Melayu.

2.Peras ugut oleh MacMichael dalam memperolehi tandatangan

persetujuan daripada raja-raja Melayu. Orang Melayu marah apabila raja yang mereka hormati diugut dan dipaksa menandatangani Malayan Union. Mereka juga tidak diberi masa yang cukup untuk membincangkan rancangan penubuhan Malayan Union.

3.Pemberian hak kerakyatan (kewarganegaraan) secara jus soli. Syarat kewarganegaraan yang mudah menyebabkan kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu terjejas, terutama faktor kesetiaan orang bukan Melayu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.

Page 27: BAB 1 Mpu2163 Student

ii. Penentangan daripada

Pertubuhan Parti Politik

Di Selangor Kongres Persatuan Melayu diadakan

pada 1 hingga 4 Mac 1946.

Hasilnya kongres ini bersetuju memulaukan

pelancaran Malayan Union dengan menggesa

raja-raja Melayu tidak menghadiri majlis

perasmian perlantikan Gabenor Malayan

Union.

Page 28: BAB 1 Mpu2163 Student

Pada 1 April 1946, ketika upacara Malayan Union ditubuhkan

secara rasmi, orang Melayu bertindak memulaukan upacara

tersebut dengan melilitkan kain putih pada songkok sebagai

tanda berkabung selama tujuh hari.

Kongres Melayu Se-Malaya kedua di Johor Bahru dibuat pada

11 Mei 1946 meluluskan pembentukan Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang bermatlamat

menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union.

UMNO mendapat sokongan padu orang Melayu seluruh Tanah

Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dipilih menjadi Yang Dipertua

UMNO yang pertama

Page 29: BAB 1 Mpu2163 Student

iii. Tentangan Orang Bukan

Melayu Penentangan ke atas Malayan Union juga datang dari bekas pegawai-

pegawai British di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi Smith. Mereka menyuarakan bantahan melalui akhbar-akhbar di London. Mereka menggesa British menjaga kepentingan dan hak keistimewaan orang Melayu.

Manakala bagi orang bukan Melayu, mereka tidak berminat dengan Malayan Union kerana fokus semangat kebangsaan adalah terarah kepada negara asal.

Ada juga orang bukan Melayu menyalurkan bantahan mereka melalui pertubuhan Malayan Democratic Union (MDU) kerana mereka merasakan tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa daripada Malayan Union dan dikatakan tidak demokratik.

Page 30: BAB 1 Mpu2163 Student

b) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

TANAH MELAYU

British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union.

Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan Melaka serta Pulau Pinang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

Singapura kekal sebagai tanah jajahan British.

Hak raja-raja Melayu dikembalikan semula.

Syarat kerakyatan diperketat dan hak istimewa orang Melayu diiktiraf semula

Page 31: BAB 1 Mpu2163 Student

c) ANCAMAN KOMUNIS

Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948.

Faktor mendorong PKM mengambil keputusan memberontak:

a. Dipengaruhi oleh keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Calcutta pada Februari 1948. Kongres tersebut membuat keputusan mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka.

b. Kegagalan PKM mencapai cita-cita menguasai negara melalui perlembagaan atau perdamaian.

Page 32: BAB 1 Mpu2163 Student

Pada tahun 1948-51, PKM melancarkan serangan hebat ke atas ladang-ladang, lombong-lombong, balai-balai polis dan orang awam.

PKM mengamalkan taktik perang gerila iaitu kumpulan pejuang yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi.

Strategi PKM: melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, dengan menawan bandar besar dan bandar terpencil (untuk dijadikan markas) dan akhirnya menghalau British dan seterusnya menguasai Tanah Melayu.

Page 33: BAB 1 Mpu2163 Student

Langkah-langkah menghapuskan

pemberontakan Komunis

1. Pengisytiharan Darurat Pada 17 Jun 1948 darurat diisytihar di seluruh

Tanah Melayu.

Undang-undang Darurat 1948 dikuatkuasa untuk membolehkan polis dan tentera menahan dan menangkap orang yang disyaki tanpa perbicaraan. (Sekatan jalan raya, perintah berkurung)

Sistem pendaftaran diperkenalkan. Penduduk yang berumur 12 tahun ke atas perlu mempunyai kad pengenalan diri.

Page 34: BAB 1 Mpu2163 Student

2. Rancangan Briggs

Rancangan ini diperkenalkan oleh Sir Harold

Briggs. Menempatkan golongan setinggan di

pinggir hutan ke kampung baru dan

melancarkan gerakan kelaparan.

Bertujuan untuk menghalang pembekalan

makanan, perubatan dan maklumat kepada

komunis yang bersembunyi di dalam hutan.

Page 35: BAB 1 Mpu2163 Student

3. Langkah Ketenteraan

Sir Gerald Templer menggunakan kekuatan

tentera seperti batalion askar Inggeris, askar

Gurkha dan askar Melayu.

Meminta bantuan tentera negara Komanwel

seperti Australia.

Membentuk sistem pengawal kampung.

Page 36: BAB 1 Mpu2163 Student

4. Perang Saraf

Antaranya ialah memperkenalkan “kawasan

Putih” dan “kawasan Hitam”, memberikan

pengampunan kepada anggota PKM yang

menyerah diri, memberi hadiah kepada mereka

yang memberi maklumat tentang komunis.

Page 37: BAB 1 Mpu2163 Student

5. Rundingan Baling

Rundingan diadakan di Baling Kedah pada 28 dan 29 Disember

1955.

Pihak kerajaan diwakili Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan

Tan Cheng Lock.

PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Malangnya, rundingan ini gagal mencapai kata sepakat.

PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang

sah, tetapi ditolak. PKM pula menolak tawaran yang diberikan oleh

kerajaan supaya PKM meletakkan senjata

Page 38: BAB 1 Mpu2163 Student

d) PERUNDINGAN

KEMERDEKAAN

Dalam usaha Tanah Melayu mencapai kemerdekaan telah berlaku beberapa peristiwa yang memberi laluan kepada kemerdekaan iaitu pilihan raya, perundingan kemerdekaan, pembentukan perlembagaan dan Suruhanjaya Reid.

Page 39: BAB 1 Mpu2163 Student

1. Pilihan raya Selepas perang dunia kedua telah muncul parti-parti

politik yang memperjuangkan kemerdekaan. Antaranya ialah:

a. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

b.Kongres India Malaya (MIC) c. Persatuan Cina Malaya (MCA)

• Pada awalnya UMNO dan MCA telah bergabung dan

menang dalam pilihan raya 1952 pada peringkat negeri. Ini mendorong kepada pakatan di peringkat pusat yang kemudiannya disertai oleh MIC.

Page 40: BAB 1 Mpu2163 Student

Oleh itu gabungan UMNO-MCA-MIC telah membentuk

Parti Perikatan pada tahun 1955. Gabungan parti ini telah

menunjukkan kerjasama antara tiga kaum majoriti di Tanah

Melayu.

Dalam Pilihan Raya Umum Persekutuan Tanah Melayu

pada tahun 1955, Parti Perikatan telah memenangi kerusi

yang besar iaitu 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi

yang dipertandingkan.

Kemenangan ini telah membuka jalan seterusnya iaitu ke

arah rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Page 41: BAB 1 Mpu2163 Student

2. Perundingan Kemerdekaan

Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan raya Umum

1955 telah membuka jalan kepada pemerintahan sendiri.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu

rombongan ke London untuk rundingan kemerdekaan.

Pada 8 Februari 1957 Perjanjian London ditandatangani

dan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Ekoran ini, sebuah suruhanjaya perlembagaan baharu yang

dinamakan Suruhanjaya Reid telah dibentuk

Page 42: BAB 1 Mpu2163 Student

3. Suruhanjaya Reid dan

Pembentukan Perlembagaan

• Ditubuhkan pada tahun 1956.

• Diketuai Lord Reid (British), dengan keahlian yang terdiri daripada Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

• Dipertanggungjawabkan untuk menggubal satu perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.

Page 43: BAB 1 Mpu2163 Student

• Suruhanjaya ini telah mengambil kira pandangan

penduduk termasuk 131 memorandum bertulis

daripada orang perseorangan dan pertubuhan-

pertubuhan.

• Memorandum terpenting adalah daripada Raja-raja

Melayu dan Parti Perikatan.

Hasilnya telah berlaku perjanjian murni atau

kontrak sosial antara orang Melayu dan bukan

Melayu demi kepentingan bersama.

Page 44: BAB 1 Mpu2163 Student

Kaum bumiputera melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan bumiputera manakala kaum bukan bumiputera menerima hakikat kedudukan istimewa kaum bumiputera.

Akhirnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.

Perlembagaan ini berasaskan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen

Page 45: BAB 1 Mpu2163 Student

Asas-asas perlembagaan yang

dipersetujui bersama ialah:-

1. Ketua negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong

sementara Raja-raja menjadi ketua negeri masing-masing.

2. Kedudukan orang Melayu sebagai bumiputera diiktiraf dan hak istimewa mereka dijamin.

3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris boleh digunakan dalam Majlis Perundangan Persekutuan selama 10 tahun selepas merdeka.

4. Seseorang yang dilahirkan pada atau selepas kemerdekaan, secara automatik menjadi warganegara Tanah Melayu.

5. Agama Islam dijadikan agama rasmi tetapi kebebasan beragama orang bukan Islam dijamin.

Page 46: BAB 1 Mpu2163 Student

e) MALAYA MERDEKA

Perlambangan kemerdekaan Tanah Melayu dilakukan pada malam hari ketika detik pertama 31 Ogos 1957.

Berlangsung di padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka).

Malam itu, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaya Merdeka dikibarkan.

Akhirnya, Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, upacara perisytiharan kemerdekaan dilangsungkan di Stadium Merdeka

. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri

pertama dan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama.