bab 1 islam sbg addin

48
CTU101 Bab 1: ISLAM SEBAGAI AD-DEEN Manusia dan agama Pengertian Islam Skop ajaran Islam

Upload: muhd-zulhilmi

Post on 17-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ctu101

TRANSCRIPT

CTU101

CTU101Bab 1:ISLAM SEBAGAI AD-DEENManusia dan agama Pengertian IslamSkop ajaran Islam

Manusia dan AgamaManusia berasal dari Nabi Adam. Hakikat manusia terdiri drpd roh dan jasad.Peringkat kejadian manusia: nutfah, `alaqah, mudghah, `izam, lahm, dan tiupan roh.

Pengertian AgamaBermaksud kepercayaan kepada Tuhan.Agama Islam bermaksud kepercayaan kpd Allah dan sifat-sifat serta kuasaNya, serta penerimaan perintahNya. Belief in a god or gods and the activities connected with this belief ( BBC Eng Dic.)- mereka anggap agama sebahagian dari budaya sahaja.

Pengertian Agama dari segi bahasa:-Anti kerosakanBukan bendaTata cara hubungan manusia dgn raja/pemerintahPeraturan hubungan manusia sesama manusiaUpacara hubungan manusia dgn dewa2Kepercayaan atau keyakinan terhadap ketuhanan

Ciri agama menurut al-QuranKehakiman, kesultanan dan kekuasaan mutlak dan tertinggiKepatuhan dan ketaatan kpd kuasa yg mutlakSistem/peraturan berbentuk teori dan amali yg digubal oleh kekuasaan kehakiman tertinggiPembalasan akhirat yg diberikan olh kekuasaan tertinggi kpd sesiapa yg taat dan patuh kepada sistem atau balasan seksa kpd setiap yg ingkar atau derhaka.

Keperluan manusia kepada Agama

Fitrah manusia memiliki naluri beragamaFirman Allah (Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui) Surah Rum:30Sabda Nabi SAW: Setiap anak yg dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya yg menasrani atau meyahudi atau memajusikannya. Agama selain Islam tidak diterima Allah.

Manusia jahil mengenai kehidupan selepas kematianPersoalan ini tiada siapa yg dapat menjawab melainkan Allah SWTHikmah kematian agar manusia menerima ganjaran berdasarkan amalannya. Kehidupan akhirat adalah ditunggu oleh manusia untuk meraih ganjaran amal perbuatan

Kecenderungan manusia hidup menurut peraturanManusia sejak zaman silam cenderung mengikut peraturan yg ada di dalam masyarakatnya .Kesempurnaan sistem peraturan hanya ada di dalam islam.

Kelemahan akal manusia utk mentafsir kewujudan makhluk lainWalaupun manusia ada akal, ia tidak mampu memikirkan hakikat perkara ghaib di sekitarnya spt malaikat, jin, syaitan dll.

PENGERTIAN ISLAM

Dari segi bahasaNama terbitan dari kata kerja aslama yg membawa maksud:-Ketulenan dan kesucianKedamaian, keamanan atau kesejahteraanKetaatan dan penyerahan

Dari segi istilahPengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan Haji bagi yang mampu. Kepatuhan, ketundukan,ketaatan dan penyerahan diri dgn penuh keikhlasan dan sukarela, bukan secara paksa kpd Allah dalam seluruh aspek kehidupan.Islam merupakan jawapan kepada 3 persoalan penting manusia: dari mana, mengapa dan ke mana kesudahan mansia?

4. Islam ialah ruh yg hakiki,cahaya petunjuk yg abadi dalam kehidupan, ubat yg paling mujarab bg penyakit dan jalan lurus yg selamat bagi manusia melaluinya.5. Peraturan hidup yg bersifat integral yg mengatur kehidupan manusia, menjadi dasar akhlak mulia dan disampaikan oleh Nabi Muhammad untuk menjadi panduan kpd seluruh manusia.

ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Perkataan Din merupakan istilah khusus dalam Quran yg bermaksud sistem hidup.Islam sbg Ad-Din bermaksud Islam adalah satu-satunya cara hidup yg diturunkan oleh Allah kepada manusia sbg panduan hidup. Ianya mencakupi semua aspek hidup manusia yg bersifat kebendaan dan spiritual dalam isu individu,kemasyarakatan, rumah tangga, negara dll.

Elemen penting ad-Din:Kekuasaan yg Maha MutlakPenyerahan diri dengan ketaatan dan kesetiaan epada yang Maha MutlakIman dan amalan di bawah pengawasan pihak yg Maha Mutlak kekuasaanNya.Ganjaran yg diberi samada baik atau buruk dari pihak yg Maha Berkuasa

Hanya Islam addin yg diterima AllahIslam merupakan sistem yg sempurnaIslam dibawa sejak Nabi Adam sehingga Muhammad.Firman Allah Taala:-Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu (Surah al-Maidah:3)

SKOP AJARAN ISLAMAkidahSyariahAkhlakDakwah dan Jihad

1. AkidahDari segi bahasa bermaksud ikatan atau simpulanDari segi istilah: kepercayaan yg terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwaAkidah Islam : kepercayaan dan keimanan kpd hakikat dan nilai2 yg mutlak seperti di dalam ajaran Islam.

Berpaksikan kepada keyakinan kepada Allah dari segi, Rububiyah,Uluhiyyah serta Asma` dan sifatNya.6 elemen asas akidah Islam:-Keimanan kepada AllahKeimanan kepada MalaikatKeimanan kepada Kitab yg diturunkanKeimanan kepada para RasulKeimanan tentang kewujudan Hari AkhiratKeimanan kepada Qada dan Qadar

2. Syariat Iaitu hukum2 perundangan utk mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.Samada berkaitan ibadat khusus, muamalat, perniagaan, jenayah, pemerintahan dll.Sumber Syariah:- al-Quran, Sunnah, Ijma` dan Qiyas. Hak menentukan hukum adalah hak Allah.Ulama berijtihad perkara tiada dalil dalam quran dan sunnah.

Syariat Islam bukan untuk membebankan manusia bahkan untuk kebaikannya. Setiap hukum ada hikmahnya.

3. AkhlakAkhlak bererti tingkahlaku, perangai atau keperibadian. Sifat yg tertanam dalam jiwa seseorang yg dengannya lahir sesuatu perbuatan atau tingkahlaku (Imam Ghazali)Rasulullah diutus untuk memperbaiki akhlak manusia.

Dalam hub sosial, Islam meletakkan asas pergaulan seharian. Cthnya batasan pergaulan lelaki dan perempuan agar manusia tidak terjebak dalam kancah maksiat spt zina, bohsia dll.Masyarakat tanpa panduan akhlak Islam menyebabkan tiadanya keamanan dan kebahagiaan, berlakunya penindasan dan kezaliman.

4. Dakwah dan JihadDakwah ialah seruan ke arah kebenaran, menyeru manusia kpd Islam yg meliputi soal akidah, syariah dan akhlak. Ianya kewajipan setiap muslim dan merupakan tugas utama Rasul.Pelbagai cara :- ceramah, forum, penulisan dan media.

Jihad bermaksud menggunakan seluruh tenaga dan keupayaan demi mencapai cita-cita mulia iaitu matlamat dan cita2 Islam, keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya. Jihad fisabilillah ialah usaha dan pengorbanan yg dilakukan utk menegakkan kalimah Allah samada dgn harta, jiwa, pena atau lidah.

Maka jihad ada 3 ciri:-Ada unsur daya dan tenaga yg terpaksa dicurahkanAda unsur matlamat dan cita2 yg ideal, qudus dan tinggi untuk dicapaiAda unsur musuh yg menghalang dan menentang usaha perjuangan tersebut.

2 jenis Jihad:-1. Jihad nafsu ( jihad besar)2. Jihad lahir ( jihad kecil)

Hukum berjihad adalah fardu kifayah. Tetapi akan menjadi fardu Ain sekiranya prinsip ajaran Islam tidak dijalankan dalam sebuah negara Islam atau diserang musuh. Musuh terdiri drpd org fasiq, munafiq, org kafir, hawa nafsu dan syaitan.Skop jihad adalah lebih luas berbanding berkorban harta dan nyawa.

shanomIslam sebagai ad Din31Sumber Ajaran Islam Sumber Asasi:al-Quranal-Sunnah Sumber Ijtihadi:IjmakQiasLain-lain

Sumber Asasi: 1. al-QuranDefinisi: Kalam Allah yg diturunkan kpd nabi Muhammad dalam Bahasa Arab secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.Dikenali juga dgn nama al-Furqan, al-Kitab, az-ZikrDiturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun. Ayat mula: 1-5 surah al-AlaqAyat terakhir: ayat 3 surah al-Maidah

Ciri khusus al-Quran

Diturunkan dalam Bahasa ArabWahyu kepada nabi Muhammad dengan lafaz dan maknanya sekaliMukjizat bagi Nabi MuhammadDiriwayatkan secara mutawatir. Tidak berlaku perubahan atau penundaan.Membacanya di dalam solat dan luar adalah dikira ibadah dan mendapat pahala.

Sumber Asasi: 2. as-SunnahDefinisi: segala yang bersumber dari Nabi Muhammad samada perkataan, perbuatan atau pengakuan. (bg contoh)Berperanan memperincikan kandungan al-Quran

Sumber Ijtihadi: 1. al-Ijma`Definisi: Persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad selepas kewafatan Baginda dalam satu-satu zaman di atas satu hukum syarak.

Syarat Ijmak

Persepakatan adalah di kalangan mujtahidSemua mujtahid bersepakatPersepakatan berlaku slps nabi wafatPersepakatan hanya dalam hukum syarakPersepakatan adalah dari kalangan umat Muhammad sahaja

Sumber Ijtihadi: 2.QiasDefinisi: menyamakan suatu masalah yg tiada nasnya dengan suatu masalah yg sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara keduanya.Rukun qias:Asal (al-asl) iaitu perkara yg sudah ada hukumnya dalam syarakFuruk ( al-far`u)iaitu perkara baru yg tiada nas dalam syarakHukum asal : iaitu hukum perkara asal yg terdapat nasnya dalam syarakSebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yg mengikat di antara al-asl dan al-far`u.

shanomIslam sebagai ad Din38

Ciri-Ciri Keistimewaan Islam Rabbani Syumul dan lengkapSepadu dan seimbang Waqii @ praktikal Tinggi dan Agung Alami @ Universal

shanomIslam sebagai ad Din391. Rabbani/ ketuhanan bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialah al-Quran dan Sunnah.

2. Syumul dan lengkapBermaksud syariah Islam merangkumi segenap aspek kehidupan manusia.Memenuhi keperluan mereka ( daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat)Atur hub. Manusia dgn Allah, manusia sesama manusia dan manusia dgn alam.Q (Al-Anam: 38)Tidaklah Kami tertinggal sesuatupun dalam al-Kitab.

3. Sepadu dan seimbangSetiap bahagian syariah saling berkaitan. Maka wajib beramal dengan keseluruhan syariah.Cacatlah Islam jika diamalkan separuh-separuhKeseimbangan juga pada semua ciptaan Allah termasuk langit dan bumi, peredaran bintang, rantaian makanan .Keseimbangan juga dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat.Keseimbangan kehidupan individu dan masyarakat.

4. waqie/praktikalBukan hanya teori semataMaka Islam sesuai diamalkan bagi semua keadaan masyarakat yg sentiasa berubah-ubah.

5. Tinggi dan agungHanya Islam agama yg diterima Allah.Ketinggian Islam bermula dari keyakinan bahawa Islam datang dari Zat yg Maha Tinggi.

6. Alami dan universalBermaksud Islam meliputi semua tempat dan masa tanpa batasan geografi.Nabi Muhammad diutuskan untuk sekelian manusia bukan untuk org Arab sahaja. Nabi lain untuk kaumnya sahaja.

Penyelewengan Masyarakat daripada cara hidup Islam

1. Serangan dari musuh IslamMelalui media massa dgn hiburan melampauBudaya dan cara hidup keseronokan (hedonisme)Menanamkan falsafah songsang spt hidup hanya sekali di dunia.Menyuburkan sikap individualistik dan materialistik di kalangan umat Islam

2. Kelalaian dan kelemahan umat IslamSebahagian umat Islam masih jahil tentang IslamKurang upaya merealisasikan saranan QuranLalai dalam menjadikan Sunnah sbg ikutanKurng jati diriMudah alpa terhadap muslihat musuh IslamSuka meniru nilai yg dtg dari luar Islam

Fenomena yg berlaku:Kemunculan peribadi Islam pada nama sahajaBudaya Barat dipuja manakala Sunnah diketepikanIbadat difahami dalam skop yg sempitMelakukan ibadah khusus tp masih terlibat riba, rasuah dllWujud jurang perbezaan antara agamawan dan profesionalKrisis keyakinan terhadap agama