bab 1 ctu cs227

71
Konsep-konsep Asas HE 1 KULIAH CTU 553 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Upload: farahfaroro

Post on 18-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

uitm

TRANSCRIPT

  • Konsep-konsep Asas HE*KULIAH CTU 553KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

  • Konsep-konsep Asas HE*Hubungan Etnik Di Malaysia Secara UmumPengenalanKepentingan Hubungan etnikPengajaran Daripada Peristiwa 13 MeiUsaha-usaha kerajaan Untuk memupuk perpaduan NasionalHubungkait antara ekonomi dan etnisiti

  • Konsep-konsep Asas HE*KONSEP MASYARAKATDefinisi MasyarakatMasyarakat boleh didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (pergaulan hidup).

    Definisi Bangsa Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganMasyarakat:

    Bahasa: Komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu,Istilah: masyarakat merupakan jaringan hubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.

  • Konsep-konsep Asas HE*Malaysia terdiri daripada masyarakat multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganKonsep negara bangsaSemua masyarakat mendokong satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang samaIa dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti dan peradabannya tersendiri.

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganCiri-ciri Negara BangsaPembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu:Aspek kenegaraanAspek kewarganegaraan Aspek kebangsaan

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganKonsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganKonsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan melalui pemahaman bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganAspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang mana merupakan penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat kebangsaan dan menjadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. Pada hakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.

  • Konsep-konsep Asas HE*Keperluan Mengkaji Masyarakat Manusia Hidup BermasyarakatUntuk Memahami Cara Hidup BermasyarakatMemahami Budaya dan Masyarakat LainMemupuk Kerjasama di Antara Masyarakat

  • Konsep-konsep Asas HE*Ciri-Ciri Masyarakat Manusia yang hidup berkelompokMelahirkan KebudayaanMengalami PerubahanBerinteraksiTerdapat KepimpinanWujud Stratifikasi Sosial

  • Konsep-konsep Asas HE*BUDAYABudaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

  • Konsep-konsep Asas HE*KONSEP BUDAYA Budaya berasal dari perkataan Jawa: budaya hasil cantuman budhi dan daya . Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini (budaya) akan membawa maksud tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa . ( Kajian Kebudayaan Melayu,1963 ).

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganBudaya juga diertikan sebagai, The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within .

    (Dictionary Of Philosophy, 1996)

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganDi definisikan juga sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi unsur-unsur sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat (Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, 2001)

  • Konsep-konsep Asas HE*RumusanBudaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.

  • Konsep-konsep Asas HE*Jenis-jenis BudayaBudaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu budaya kebendaan budaya bukan kebendaan

  • Konsep-konsep Asas HE*Budaya kebendaanIalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainyaContohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo

  • Konsep-konsep Asas HE*Budaya bukan kebendaanBudaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki akan memberi hantaran kepada pihak perempuan, tetapi bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

  • Konsep-konsep Asas HE*Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identitiKedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Tamadun Melayu & Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganKelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan budaya ini akan memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain.

  • sambunganJusteru, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganBudaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya.

  • sambunganAda budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. Maka boleh di katakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

  • Konsep-konsep Asas HE*Ciri-Ciri BudayaKebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia :

    1. DipelajariBudaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganDalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, akulturasi, difusi dan integrasi. Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

  • Konsep-konsep Asas HE*sambunganApakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.Umur seseorang.Tahap pendidikanSituasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

  • Konsep-konsep Asas HE*2. DikongsiBudaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinyaBahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

  • sambunganPerlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

    Konsep-konsep Asas HE*

  • Konsep-konsep Asas HE*3. SejagatBudaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota

  • Konsep-konsep Asas HE*Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

    peralatan dan kelengkapan hidup manusia.mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.sistem sosial.BahasaKeseniansistem pengetahuan.agama dan kepercayaan.(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*4. DiwarisiBudaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

  • Konsep-konsep Asas HE*5. BerubahBudaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

    Rumah beratap genting telah menggantikan rumah beratap rumbia.

  • Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

    Konsep-konsep Asas HE*sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:

    pertambahan bilangan anggota masyarakat.pertambahan keperluan dan keinginan manusia.penemuan dan penciptaan teknologi baru.pertembungan budaya.konflik yang berlaku.perubahan alam sekitar.sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*6. Perlambangan Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya Seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

  • Konsep-konsep Asas HE*7. Pandangan Semesta Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.

  • Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti:

    simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.Konsep-konsep Asas HE*sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Fungsi Budaya Dalam KehidupanBudaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

  • Konsep-konsep Asas HE*1. Memenuhi dan Menyediakan Keperluan Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Manusia menggunakan air dalam aktiviti pertanian, kayu untuk pembinaan dan sebagainya.Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan dalam keperluan dan aktiviti masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, pembinaan kapal wujud

  • Konsep-konsep Asas HE*Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku

    Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku meliputi aspek:

  • Konsep-konsep Asas HE*perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.perlakuan yang patut dan tidak patut.perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*3. Mengatur Hubungan Sesama Manusia Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, budaya memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.

  • Konsep-konsep Asas HE*Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta

    Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya, ia menjadi pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

  • Konsep-konsep Asas HE*Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti

    Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.

  • Manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.

    Konsep-konsep Asas HE*sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*PLURALITI BUDAYA Merupakan pendekatan utama dalam menyelesaikan masalah hubungan rasIa meliputi:

    Konsep pluraliti budayaTeori-teori hubungan Etnik

  • Konsep-konsep Asas HE*Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya digunakan sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras.

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili oleh formula

    A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya)sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*KONSEP ETNIKIstilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

  • Konsep-konsep Asas HE*Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

    (etnosntrisme vs jingoisme)sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza.Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini. Dengan ini jelas memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyai perbezaan budaya dengan etnik yang lain

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Tahap-Tahap Perpaduan/Integrasi

    RendahTinggi--------------------------------------------------------------

  • Konsep-konsep Asas HE*TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK SegregasiIa merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

  • Konsep-konsep Asas HE*AkomodasiIa merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka.

  • Konsep-konsep Asas HE*AkulturasiIa merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

  • Konsep-konsep Asas HE*Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*AsimilasiIa merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi

  • Konsep-konsep Asas HE*Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:Etnik yang berbeza budaya.Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

    sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Kejayaan asimilasi bergantung kepada:Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*Faktor penghalang asimilasi ialah:Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.sambungan

  • Konsep-konsep Asas HE*AmalgamasiIa merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

  • Konsep-konsep Asas HE*Pengalaman Malaysia

    EtnikTahun 1957Tahun 2005Bumi/putera49.8%16.1 j65.9 %Cina37.2%6.2 j25.3 %India11.1%1.8 j7.5 %Lain-lain-0.3 j1.3 %Jumlah100%24.4 j100 %

  • Konsep-konsep Asas HE*Implikasi; sempadan dan tauladanTragedi-tragedi yang berlaku seperti 13 Mei 1969 etc. menyebabkan banyak dasar dan strategi dijalankan terutama pada peringkat persekutuanMajlis Penasihat PerpaduanDEBDasar Pelajaran kebangsaanDKKEtc.

  • Konsep-konsep Asas HE*KesimpulanHubungan etnik tidak boleh ditangani secara emosi dan sentimenPerlu kepada aras pemikiran dan tindakan yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut konseptual/teori dan juga sejarah)