bab 1 2 3 4 5

55
JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kajian Malaysia yang sebelum ini dekenali sebagai Malaya merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik yang hidup dengan aman. Diantara etnik-etnik tersebut adalah etnik Melayu,Cina dan India yang merupakan tiga etnik utama dengan populasi penduduk yang terbanyak. Apabila aktiviti- aktiviti untuk memerdekakan Melaya sedang berlangsung,terdapat lebih kurang 10 peratus masyarakt India pada masa itu. Dipercayai bahawa masyarakat Proto-Melayu merupakan masyarakt yang terawal yang mendiami Malaya. MAC 2011

Upload: jasvinder-kaur-gill

Post on 01-Jul-2015

119 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Malaysia yang sebelum ini dekenali sebagai Malaya merupakan sebuah negara yang

mempunyai pelbagai etnik yang hidup dengan aman. Diantara etnik-etnik tersebut adalah

etnik Melayu,Cina dan India yang merupakan tiga etnik utama dengan populasi penduduk

yang terbanyak. Apabila aktiviti-aktiviti untuk memerdekakan Melaya sedang

berlangsung,terdapat lebih kurang 10 peratus masyarakt India pada masa itu. Dipercayai

bahawa masyarakat Proto-Melayu merupakan masyarakt yang terawal yang mendiami

Malaya. Walaubagaimanapun, pada zaman pemerintahan British, banyak perubahan yang

berlaku keatas populasi penduduk di Tanah Melayu. Pada masa itu, masyarakat Melayu

bukan merupakan masyarakat tunggal di Tanah Melayu kerana pihak British telah

membawa masyarakat Cina dan India ke negara ini untuk menolong mereka dalam

pembangunan sektor ekonomi di negara ini.

MAC 2011

Page 2: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 2

Menurut Sime Darby (2005: pg 117), “By the 1800s, thousands of new

immigrants were coming to Malaya to feed the labor shortage in the plantation, mines,

bureaucracy and the railway. Many also became general labourers in towns like Kuala

Lumpur.”

Walaubagaimanapun, masyarakat Melayu masih lagi merupakan masyarakat yang

mempunyai bilangan populasi yang tertinggi di Malaysia dan diikuti dengan Masyarakat

Cina dan India. Tambahan lagi, British pada masa itu tidak membahagikan etnik-etnik

tersebut secara sama-rata di Tanah Melayu. Setiap etnik dibahagikan mengikut aktiviti

ekonomi dan kawasan. Akibat daripada langkah tersebut masyarakat berbilang kaum di

Tanah Melayu tidak berpeluang untuk berkerjasama dan berkenalan diantara satu sama

lain. Tambahan pula, mereka hidup dikalangan etnik mereka sendiri dan berpeluang

untuk berkomunikasi dikalangan etnik mereka sahaja.

Menurut Sime Darby Berhad (2005:pg 179). “Each ethnic community was

confined to a specific area and performed a certain economic function within the realm.”

Selepas beberapa dekad dibawah pemerintahan British di Tanah Melayu iaitu

pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Tanah

Melayu pada masa itu berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk negara ini. Sejak 16

September 1963, Malaya mula dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pada masa itu,

masalah pembahagian diantara etnik di Tanah Melayu mula dititikberatkan dan langkah-

langkah untuk memperbaiki keadaan tersebut mula diambil. Jumlah populasi masyarakat

mengikut etnik selepas kemerdekaan (1980) adalah seperti yang ditunjukan dalam jadual

dibawah. Seperti yang dapat dilihat dalam jadual, dapat dibuktikan bahawa masyarakat

India merupakan masyarakat yang ketiga tinggi pada waktu itu jika dibandigkan dengan

masyarakat Malayu dan Cina. Peratus populasi India pada masa itu sememangnya

rendah.

MAC 2011

Page 3: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 3

Jadual 1.1: Pembahagian Populasi Mengikut Kumpulan Etnik, Malaysia, 1980

Komuniti Jumlah Jumlah Peratus

Malayu 6 380 393* 48.6

Cina 4 167 053 31.7

India 1 101 699 8.4

Peribumi (Sabah) 792 043** 6.0

Melanau (Sarawak) 69 813 0.5

Iban (Sarawak) 368 508 2.8

Bidayuh 104 914 0.8

Lain- lain (Sarawak) 67 152 0.5

Lain-lain 84 544 0.7

Jumlah 13 136 109 100.0

Sumber: Khoo, Teik Huat,General Report-1980 Population Census of Malaysia. vol.2.

Kuala Lumpur, Department of Statistic. (1983:pg 14).

*Termasuk Melayu dari Sabah

** Termasuk Melayu, Kadazan, Murut, Bajau

Walaupun Malaysia sudah mendapat kemerdekaan dan tidak lagi dijajah oleh

pihak Eropah, mereka telah mempengaruhi dan meninggalkan kesan keatas banyak faktor

terutamanaya faktor pembangunan ekonomi di negara ini. Pembahagian etnik-etnik di

negara ini yang tertumpu di kawasan-kawasan tertentu masih menyebabkan

ketidakseimbangan aktiviti ekonomi di negara ini.Selain itu, sektor-sektor seperti politik

dan sosial juga dipengaruhi oleh mereka.Kesan-kesannya maih dapat dilihat sampai hari

ini.

MAC 2011

Page 4: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 4

Sebagai contoh, masyarakat Melayu lebih difokuskan di kawasan-kawasan pesisir

dan dataran rendah disepanjang sungai-sungai. Masyarakat Cina pula lebih ditumpukan

di kawasan-kawasan dimana pembinaan jalan, ladang, perlombongan timah, melihat-

penggilingan, perdagangan, perdagangan dan beberapa lagi kegiatan aktiviti

lain.Manakala, masyarakat India ditumpukan di kawasan-kawasan yang menjalankan

aktiviti-aktiviti pertanian.

“By the nature of the work they perform, Indian was concentrated in the rural

areas on large plantations of rubber, coconut, and oil palm mainly on the west coast of

Peninsular Malaysia.” (United Nations Economic and Social Commission for Asia and

the Pacific, (1086: pg 743).

Dikalangan masyarakat India, etnik Dravidian merupakan etnik original dan

masyarakat Tamil merupakan jumlah masyarakat yang tertinggi yang berasal dari

Madras. Selain itu, terdapat juga masyarakat Bengali, Hindustani, Sindi, Sikh, Gurjerati

dan banyak lagi.

Selepas kemerdekaan dicapai, kerajaan Malaysia telah memulakan usaha untuk

megagihkan kekayaan dan mempertahankan pembangunan ekonomi yang seimbang dan

juga untuk merapatkan jurang diantara pelbagai etnik dari segi pembahagian ekonomi

untuk menjadikannya adil dan stabil dikalangan etnik- etnik tersebut. Langkah ini

memberi peluang kepada semua etnik dinegara ini untuk melibatkan diri dalam pelbagai

aktivi dan tidak hanya bertumpu pada satu-satu aktiviti sahaja. Kerajaan Malaysia juga

telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970 untuk merapatkan jurang

tersebut. Disamping itu, terdapat pelbagai polisi dan usaha lain yang juga diambil untuk

mengatasi masalah ini.

MAC 2011

Page 5: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 5

Menurut Sime Darby Berhad (2005:pg226), “The NEP’s two-pronged objectives

was to eradicate poverty irrespective of race, and restructure society so that the link

between race and economic function would eventually be abolished.”

Kedudukan ekonomi pada masa ini tidak menunjukan banyak peningkatan dalam

penglibatan masyarakat dari etnik India. Biasanya, penglibatan pelbagai etnik dalm

ekonomi negara dapat dilihat dari dimensi-dimensi yang berbeza termasuk pemilikan

ekuiti pelbagai etnik.

Menurut N. Thiruselvam (2005:pg211), “Sejak RMK 8 diperkenalkan pemilikan

ekuiti masyarakat India tidak berubah dari segi peratusannya, iaitu kekal pada tahap

1.5%. Pemilikan masyarakat India adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kaum

Cina – 40.9% dan Bumiputra – 18.7%. Malah Laporan Separuh Penggal Rancangan

Malaysia Kelapan (LSPRMK8) dengan jelas menunjukkan, kadar pertumbuhan ekuiti

masyarakat India lebih rendah iaitu 7.6% berbanding dengan etnik lain – Bumiputra

(7.8%) dan Cina (11.2%).”

Penglibatan mereka juga dapat dilihat dari segi tahap pemilikan syarikat dan tahap

pemilikan bangunan komersial.

Seperti yang dunyatakan oleh N. Thiruselvam (2005:pg243), “Jika kita lihat pelaburan

masyarakat India dalam bidang perniagaan, jelas terbukti bahawa jumlah pelaburan masyarakat

India hanya 1.5% dan jenis perniagaan yang paling popular di kalangan masyarakat India adalah

kewangan (1.9%) dan pengangkutan (1.9%). Manakala, penglibatan dalam sektor pembuatan

masih rendah (0.9). Penglibatan masyarakat India dalam bidang komersil juga amat rendah –

pemilikan bangunan komersil masyarakat India pada tahun 2002 adalah 2.9% sahaja. Pemilikan

bangunan komersil di kalangan masyarakat juga adalah rendah di sekitar 8.2% sahaja manakala

masyarakat Cina memiliki hampir 55.8% bangunan komersil di negara ini.”

MAC 2011

Page 6: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 6

Selain itu, penglibatan pelbagai etnik juga dapat dilihat dari segi pendapatan

bulanan rumah tangga. Dapat dilihat dari jadual dibawah bahawa purata tahap

penglibatan untuk masyarakat dari etnik India adalah paling rendah jika dibandingkan

dengan etnik etnik lain iaitu 4.1 peratus.

Jadual 1.2: Purata Pendapatan Kasar Bulanan Rumah Tangga untuk Pelbagai Kumpulan

Etnik, 1999 dan 2002

(RM)

KUMPULAN ETNIK 1999 2002 PURATA TAHAP

PENINGKATAN

SETAHUN (%)

2000 – 2002

Bumiputera 1,984 2,376 6.2

Cina 3,456 4,279 7.4

India 2,702 3,044 4.1

Lain-lain 1,371 2,165 16.5

Malaysia 2,472 3,011 6.8

Bandar 3,103 3,652 5.9

Luar Bandar 1,718 1,729 0.2

Sumber: N. Thiruselvam(2002),Masyarakat India di Malaysia, Isu dan Masalah RMK8

Cadangan RMK 9

Pada dasarnya, terdapat banyak faktor yang membolehkan mana-mana etnik

unutk meglibatkan diri dalam ekonomi negara. Hal yang sama juga berlaku dikalangan

masyarakat India di Malaysia. Beberapa faktor utama yang boleh menyumbang adalah

seperti kesan daripada pendidikan mereka, dasar kerajaan, dan budaya dan kemampuan

pengurusan mereka.

MAC 2011

Page 7: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 7

Walaupun ada beberapa dari mereka yang dimiliki status pekerjaan yang tinggi,

namun, majoriti dari mereka masih lagi terlibat dalam pekerjaan yang bergaji rendah,

yang memerlukan kemampuan pengurusan yang kurang dan kemampuan fizikal yang

lebih.

Seperti yang dinyatakan oleh EN. N. Thiruselvam(2002: pg247), “Sebahagian

besar masyarakat India – iaitu hampir 69% bekerja dalam bidang yang menawarkan gaji

yang rendah atau sederhana seperti pekerja perkeranian (10.2%), Pekerja Perkhidmatan,

Jurujual (13.2%), Pekerja Pertukangan (9.3%), Operator Loji & Mesin (20%) dan pekerja

am (16.2%) – pada tahun 2000 pekerja dalam kategori ini adalah 68%.”

Namun, untuk terlibat dalam ekonomi pada masa ini, kemampuan pengurusan

yang baik adalah lebih merupakan syarat penting untuk bersaing dengan dalam saingan

global yang sangat kompetitif dan juga untuk mempertahankan kedudukan dalam

ekonomi. Selain itu, pekerjaan yang membayar gaji yang tinggi juga menekankan

kemampuan pengurusan. Oleh itu, masyarakat India juga patut memperbaiki kebolehan

pengurusan mereka supaya mereka dapat bersaing dengan adil.

Dengan demikian, ini akan membolehkan mereka untuk lebih terlibat dalam

pekerjaan kolar putih dan juga meningkatkan taraf hidup mereka serta dapat memberikan

sumbangan kepada ekonomi negara ini.

1.2 Penyataan Masalah

Tingkat penglibatan etnik India di Malaysia setakat ini tidak begitu

memberangsangkan. Dalam sebuah kajian terkini yang dijalankan oleh Uluslararasi

MAC 2011

Page 8: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 8

Sosyal Ara Tırmalar Dergisi, The Journal of International Social Research(2009) telah

menyatakan bahawa objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia

untuk mencapai pengagihan pendapatan di antara kumpulan etnik di Malaysia berjaya

dicapai untuk semua etnik kecuali satu kumpulan etnik, iaitu etnik India.Walaupun ada

banyak faktor yang harus dipertimbangkan, kemampuan pengurusan individu memainkan

peranan penting dalam pasaran yang kompetitif pada masa kini akibat daripada

persaingan yang sengit yang memerlukan penilaian yang lebih tepat dan pengurusan di

setiap pelosok sesuatu perniagaan. Sebagai contoh, pengurusan tenaga kerja, kewangan,

pengeluaran, keselamatan, rantai bekalan, dan banyak lagi berperanan penting dan akan

menentukan kedudukan syarikat di pasaran.

1.3 Matlamat Kajian

Memandangkan penglibatan masyarakat dari etnik India di Malaysia ekonomi

amat tidak memberangsangkan, kajian ini dijalankan untuk mengetahui perwakilan

komuniti etnik India di sektor korporat. Selain itu, kajian keatas penglibatan etnik India

di Malaysia juga kurang dijalankan. Tambahan pula, kurang maklumat berkaitan etnik ini

yang dapat diperolehi. Oleh kerana itu kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran

yang lebih jelas tentang status ekonomi etnik India di Malaysia dalam hal berkaitan

kemampuan pengurusan mereka.

1.4 Objektif Kajian

1. Untuk mengenalpasti peningkatan dalam penglibatan etnik India di dalam

Lembaga Pengarah di Malaysia bagi tahun 2002, 2006 dan 2010.

2. Untuk mengenalpasti peningkatan dalam Kumpulan Pengurusan di Malaysia bagi

tahun 2002, 2006 dan 2010.

MAC 2011

Page 9: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 9

1.5 Soalan Kajian

1. Adakah terdapat peningkat dalam perwakilan komuniti India di Malaysia dalam

sektor korporat dari segi penglibatan mereka dalam Lembaga Pengarah dan

Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2002, 2006 dan 2010?

1.6 Kepentingan Kajian

Walaupun pada masa ini tidak terdapat bukti konkrit yang menunjukkan peningkatan

ekonomi etnik India di Malaysia dari segi kemampuan pengurusan, kajian ini akan

membantu menunjukkan perbezaan jika terdapat peningkatan dalam beberapa tahun

terakhir dari segi kemampuan pengurusan mereka. Selain itu, penemuan kajian ini juga

akan menunjukkan tahap penglibatan dan sumbangan etnik India dalam ekonomi

Malaysia.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Semua data

dikumpul melalui internet, buku-buku, jurnal, artikel dan bahan bacaan lain. Selain itu,

data juga dikumpulkan dengan menggunakan laporan tahunan terkini dari 30 syarikat

terkemuka di Malaysia. Aktiviti pengumpulan data telah mengambil masa setahun. Data

statistik juga memainkan peranan yang sangat penting dalam penyediaan laporan kajian

MAC 2011

Page 10: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 10

ini.Setelah semua aktiviti pengumpulan data telah dijalankan, data-data tersebut telah

diproses menggunakan Microsoft word and excel.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sejak dari awal lagi, etnik Cina dan India telah datang ke Malaya untuk mencapai

satu matlamat iaitu pengkomersialan. Pada awalnya mereka tidak mempunyai matlamat

unutk menetap di Tanah Melayu. Namun, mereka kemudiannya memutuskan untuk

menetap di negara ini akibat daripada beberapa faktor. Antara faktor-faktor yang

menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menetap di Tanah Melayu adalah

seperti faktor ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial di negara asal mereka sendiri

pada masa itu. Dengan demikian, kesan daripada keputusan mereka ini dapat dilihat

sampai hari ini. Kita hidup dikalangan pelbagai etnik yang berbeza di negara ini.

Malaya yang kini dikenali sebagai Malaysia adalah negara multietnik yang telah

melalui pelbagai jenis halangan untuk membolehkan rakyatnya hidup dengan aman dan

harmoni sehingga hari ini. Kehidupan di negara yang mempunyai pelbagai etnik tidak

semudah yang diketahui. Hal ini kerana, setiap etnik mempunyai warisan budaya, sosial

dan agama yang berbeza. Sebahagian besar agama terkenal seperti Islam, Kristian,

Buddha dan Hindu boleh didapati di negara ini. Oleh itu, semua etnik harus bertolak

MAC 2011

Page 11: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 11

ansur dan dan saling menghormati diantara satu sama lain dan ini bukan satu tugas yang

mudah didapati. Tambahan pula,terdapat juga etnik-etnik lain seperti Kadazan, Murut,

Bisayah, Kelabit dan banyak lagi.

Menurut Prof.Dato’ Dr Hood Salleh (2007: pg 32), “Malaysia’s population is a

complex web of over 70 distinct ethnic groups, each with its own variations. The ethnic,

religious and cultural variety reflects the nation’s history.”

Walaubagaimanapun, etnik Melayu, Cina dan India merupakan tiga etnik yang

mempunyai bilangan rakyat yang tertinggi. Ketiga- tiga etnik ini boleh ditemui di seluruh

negara dan tidak lagi bertumpu di kawasan masing-masing mengikut aktiviti ekonomi.

Namun, masyarakat Melayu masih lagi mempunyai bilangan populasi yang paling seperti

yang ditunjukan dalam jadual di bawah.

Table 2.1: Populasi Malaysia (2004)

ETNIK BILANGAN(‘000) PERATUS

Malayu 12,893.6 50.4

China 6074.7 23.7

Bumiputera lain 2808.1 11

Indian 1806.8 7.1

Lain-lain warganegara 304.4 1.2

Bukan warganegara 1693.8 6.6

Jumlah 25,581.8 100

MAC 2011

Page 12: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 12

Sumber: Prof.Dato’ Dr Hood Salleh, Peoples of Malaysia, vol 12, Universiti

Kebangsaan Malaysia (2007:pg47)

Hari ini, penglibatan ketiga-tiga etnik ini dalam ekonomi adalah lebih stabil dan

sama jika dibandingkan dengan peglibatan mereka pada masa penjajahan British. Salah

satu aspek utama yang dapat menunjukkan penglibatan ketiga-tiga etnik ini dalam

ekonomi negara ini adalah dari segi kemampuan pengurusan mereka. Status ekonomi

sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada kerajaan sahaja. Rakyat juga

memainkan peranan yang penting. Biasanya, perniagaan yang mempengaruhi ekonomi

adalah organisasi-organisasi besar yang memerlukan kemampuan pengurusan yang baik.

Permintaan untuk persekitaran perniagaan yang baik adalah penting kerana persaingan

pada masa ini adalah semakin sengit dan pihak pengurusan akan mengalami lebih

banyak cabaran pada masa hadapan. Selain itu, keadaan pasaran yang global dan

komunikasi juga akan meningkatkan keperluan fungsi pengurusan yang baik.

“Advances in information technology that have reshaped the ways organization

function, escalating global competition and the unprecedented demand for speed and

flexibility on the part of virtually all organization.” (Lewis P.S. et al, 2001: pg 15).

2.2 Kumpulan Pengurusan

Pengurusan boleh ditakrifkan dalam banyak cara. Setakat ini, kita melihat

pengurus sebagai mereka yang memimpin dan membuat keputusan penting.

MAC 2011

Page 13: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 13

Menurut Lewis P.S. et al (2001: pg 5), “Management is the process of

administering and coordinating resources effectively and efficiently in an effort to

achieve the goals of the organization.”

Fungsi yang paling penting bagi seorang pengurus peringkat tinggi adalah untuk

menjadi peminpim yang baik. Namun ia bukanlah satu-satunya fungsi seorang pengurus.

Pengurus juga bertanggungjawab dalam pengorganisasian, perancangan, dan

pengendalian untuk mencapai tujuan dan objektif sesebuah organisasi. Untuk menjadi

pengurus yang berjaya, individu mestilah mempunyai semua kelebihan tersebut. Mereka

seharusnya dapat menjalankan semua fungsi ini dengan baik supaya dapat mengurus

sesebuah organisasi dengan baik dan mampu bersaing di pasaran. Selain itu, mereka juga

harus memiliki kemampuan untuk melakukan peranan tertentu. Peranan-peranan ini

meliputi kemempuan interpersonal, kemampuan mengurus maklumat dan kemampuan

membuat keputusan.

Rajah 2.1 Proses-Proses Pengurusan

Sumber: Lewis P.S. et al, Management, challenges in the 21st century, 3rd edition.

(2001:pg 6)

MAC 2011

Organization

goals

Leading Organizing

Planning Controlling

Page 14: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 14

.

Rajah 2.2 Ciri-ciri pengurusan Mintzberg

Sumber: Henry Mintzberg, The Managers’s Job, Harvard Business Review (1990:pg49)

Terdapat beberapa tahap pengurus yang dibahagi kepada tugas-tugas dan

peranan yang berbeza. Pada tahap yang berbeza, pengurus diberikan jumlah kuasa yang

berbeza- beza. Biasanya kuasa seseorang pengurus akan meningkat selari dengan

kedudukannya di sesebuah syarikat.Walaubagaimanapun, organisasi-organisasi kecil

biasanya mempunyai hanya satu lapisan pengurusan. Organisasi-organisasi besar pula

biasanya mempunyai lapisan pegurusan yang lebih baik supaya organisasi tersebut dapat

diurus dengan lebih baik. Lapisan-lapisan ini biasanya dikenali dengan nama yang

berbeza-beza. Jawatan-jawatan dalam kumpulan pengurusan sesuatu organisasi adalah

seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan, Pengurus Besar, Ketua Jabatan

Pengurus dan banyak lagi. Tambahan pula sesetengah organisasi memguunakan nama

yang lain untuk mewakili sesuatu jawatan.sesetengah organisasi juga mempunyai lebih

jawatan dalam Kumpulan organisasi mereka.Ini kerana jawatan-jawatan yang disanding

adalah begantung kepada beberapa faktor seperti saiz atau jenis syarikat.

MAC 2011

Decisional roles

-Entrepreneur

-Disturbance handler

-Resource allocator

-Negotiator

Informational roles

-Monitor

-Disseminator

-Spokesperson

Interpersonal roles

-Figurehead

-Leader

-Liaison

Formal authority and status

Page 15: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 15

Disamping itu, kumpulan pengurusan sesebuah organisasi juga dapat

dikategorikan seperti yang ditunjukan oleh rajah dibawah.

Rajah 2.3 Lapisan Pengurusan

Lewis P.S. et al, Management, challenges in the 21st century, 3rd edition.(2001:pg 10)

2.2.1 Kebolehan Mengurus Oleh Pelbagai Etnik

Di Malaysia, sebahagian besar organisasi megambil pekerja daripada etnik yang

berbeza. Setiap etnik mempunyai tradisi dan budaya yang berbeza. Sebagaimana

dinyatakan di atas kepimpinan adalah salah satu fungsi yang paling penting dari

pengurus. Namun, setiap etnik mungkin mempunyai pandangan yang berbeza terhadap

maksud kepimpinan.

MAC 2011

Top-level managers

Middle managers

First-line managers

Operational employees

Page 16: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 16

Menurut House (1995: pg44), “Individuals in various ethnic groups may view

leadership in a somewhat different light.”

“This view is supported by cross-cultural psychology and comparative studies on

organizational behavior that provide some useful and relevant insights on how

individuals representing diverse ethnic groups differ from each other.”

(A.Subramaniam et al. 2010: pg17)

Menurut kajian yang dilakukan keatas teori kepemimpinan dari setiap etnik di

Malaysia, ada perbezaan yang signifikan diantara setiap etnik. Keputusan kajian ini

menunjukkan bahawa tahap kepimpinan antara etnik adalah tidak sama.

Jadual 2.2: Keputusan ANOVA antara-etnik dalam Implisit Teori Kepimpinan

Implicit Leadership

Theory

Ethnic groups Mean

Strong- willed, determined

and firm

Indian ,Chinese, Malay 4.57, 4.17, 4.08

Able to encourage group

members to work together

Indian ,Chinese, Malay 4.53, 4.32, 4.1

Applies logic when thinking Indian ,Chinese, Malay 4.5, 4.22, 4.17

Reliable Indian ,Chinese, Malay 4.47, 4.24, 4.09

Able to successfully

anticipate future needs

Indian ,Chinese, Malay 4.44, 4.27, 4.05

Make personal sacrifices in

the interest of a goal or

vision

Indian ,Chinese, Malay 4.2, 4.15, 3.75

Sumber: (A.Subramaniam et al. 2010: pg23)

MAC 2011

Page 17: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 17

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat India mempunyai nilai yang

tertinggi dan diikuti oleh Melayu dan Cina. Untuk menyokong keputusan ini, ada juga

yang berpendapat bahawa masyarakat India mempunyai nilai tertinggi kerana ciri-ciri

mereka sendiri.

Seperti yang dinyatakan oleh Khandwalla, (1980:pg 42), “The findings are

consistent with other studies on Indian values, as Indians are characterized for their high

preference for decisiveness and also valuing cooperation, participation and teamwork.

Walaupun ada kajian yang menunjukkan bahawa masyarakat India mempunyai

keputusan tertinggi dalam fungsi utama dan dalam ciri-ciri seorang

pengurus,namun,penglibatan etnik India dalam ekonomi masih tidak memberangsangkan

selama beberapa tahun terakhir. Ini dapat dilihat di dalam rajah dibawah. Kedudukan

etnik India dalam peratus sumbangan tenaga kerja adalah pada tahap yang tidak begitu

baik.

MAC 2011

Page 18: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 18

Rajah 2.4 Pembahagian Tenaga Kerja Mengikut Kumpulan Etnik

2002-2005

Sumber: Labour force Survey Report,Department of Statistic, various year

MAC 2011

Page 19: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 19

2.3 Lembaga Pengarah

Lembaga pengarah adalah satu lembaga yang dipilih dan bertanggunjawab untuk

meneliti aktiviti-aktiviti dalam sesebuah organisasi. Lembaga pengarah sesuatu

organisasi adalah penting untuk memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar agar

mencapai objektif organisasi. Aktiviti-aktviti dalam sesebuah lembaga pengarah berbeza

mengikut pangkat, tugas dan tanggugjawab yang ditentukan.

Dalam sesebuah organisasi dengan suara ahli, lembaga pengarah bertindak atas

nama, dan merupakan bawahan kepada organisasi, yang biasanya bertanggungjawab

memilih ahli lembaga. Dalam sebuah syarikat saham, lembaga dipilih oleh pemegang

saham dan mempunyai kuasa tertinggi dalam pengurusan syarikat.

Tanggungjawab lembaga pengarah termasuk:

Mengatur organisasi dengan menetapkan dasar-dasar dan tujuan

Memilih, melantik, menyokong dan megimbas prestasi ketua pegawai eksekutif

Memastikan kestabilan sumber kewangan yang mencukupi

Bertanggungjawab meluluskan anggaran tahunan

Menetapkan gaji dan pampasan mereka sendiri

Manakala tanggungjawab dari segi perundangan berbeza bagi lenbaga pengarah

dan pengurusan dan bergantung kepada sifat organisasi, dan dengan bidang kuasa di

mana ia beroperasi. Untuk syarikat awam, tanggung jawab ini biasanya jauh lebih ketat

dan rumit daripada bagi sebarang jenis lain. Biasanya lembaga pengarah akan memilih

salah satu ahli untuk menjadi ketua, atau juga dikenali sebagai presiden.

MAC 2011

Page 20: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 20

Selain itu, saiz dan komposisi juga berbeza mengikut organisasi.Selain itu, ciri-ciri

lembaga juga berbeza mengikut masa untuk menyesuaikannya mengikut ciri-ciri

sesebuah organisasi.

“….board size and composition vary across firms, and change over time, to

accommodate the specific growth, monitoring, and managerial characteristics of the

firm.” ( A.L Boone et al. 2006: pg23)

Di samping itu terdapat beberapa faktor yang membentuk sesuatu lembga pengarah.

Menurut ( A.L Boone et al. 2006: pg23)

(i) larger, more seasoned, and more diverse firms tend to have larger and more

independent boards

(ii) firms in which managers’ opportunities to consume private benefits are 26 large,

or in which the cost of monitoring managers is small, have larger boards

(iii) firms in which managers have substantial influence and in which the constraints

to managerial influence are weak, have less independent boards.

MAC 2011

Page 21: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 21

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bahagian ini membincangkan kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan

kajian ini. Penglibatan ketiga-tiga etnik utama dalam ekonomi Malaysia berbeza daripada

satu sama lain. Pada dasarnya, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap

perwakilan oleh masyarakat India di Malaysia dalam sektor ekonomi dari segi

kemampuan pengurusan mereka. Selain itu, kajian ini juga dijalankan kerana tidak ada

banyak penyelidikan yang dilakukan keatas topik ini. Oleh kerana itu, manfaat dari

kajian ini adalah, kita akan dapat menentukan sama ada terdapat peningkatan dalam

penglibatan etnik India di dalam ekonomi Malaysia dengan melihat kemampuan

pengurusan mereka. Selain itu, kajian ini juga akan mendedahkan kedudukan ekonomi

masyarakat India di Malaysia dan peringkat penglibatan mereka.

MAC 2011

Page 22: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 22

3.2 Intrumen Kajian

Data dikumpulkan dari membaca bahan-bahan yang sedia ada. Namun, sebahagian

besar data dikumpulkan dari laporan tahunan bagi tahun 2002, 2006 dan 2010 dari 30

organisasai yang dipilih secara rawak. Organsasi dipilih daripada 100 organisai yang

terkemuka di Malaysia yang mempunyai maklumat kumpulan pengurusan dan lembaga

pengarah yang lengkap. Selain itu, jurnal, majalah, buku dan artikel yang juga digunakan

untuk mengumpul data. ,data statistik juga turut digunakan dalam menyelesaikan laporan

kajian ini.

3.3 Strategi dan Soalan Penyelidikan

Soalan kajian dianggap merupakan pekara yang paling penting untuk

membezakan strategi yang berbeza-beza. "Apa", "di mana", dan "siapa"merupakan

soalan-soalan yang berkemungkinan besar menyokong sesuatu kajian, sejarah dan

menjalankan penyelidikan dengan berkesan. Namun demikian, tujuan kajian ini adalah

untuk menjawab soalan ini: "Bagaimana tahap peningkatan dalam peglibatan masyarakat

India dalam ekonomi Malaysia". Oleh itu,satu kajian dijanlankan sebagai strategi

penyelidikan dan saya telah memilih bahan bacaan seperti laporan tahunan dari

organisasi-organisasi yang trekemuka sebagai strategi penyelidikan ini.

Dalam bab 1, soalan kajian telah dikemukakan sebagai panduan untuk mencapai

matlamat. Soalan yang dikemukankan adalah sebagai berikut:

1. Adakah terdapat peningkat dalam perwakilan komuniti India di Malaysia dalam

sektor korporat dari segi penglibatan mereka dalam Lembaga Pengarah dan

Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2002, 2006 dan 2010?

MAC 2011

Page 23: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 23

Soalan kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti tahap peningkatan penglibatan

etnik India di Malaysia dalam ekonomi Malaysia dalam kumpulan pengurusan dan

lembaga pengarah.

3.2 Responden Kajian

Pada dasarnya kajian ini dilakukan dengan menganalisis syarikat-syarikat terkemuka

di Malaysia. Sebanyak 30 syarikat berjaya seperti Amanah Harta Tanah Pmb dan Batu

Kawan Berhad dipilih secara rawak dan data syarikat-syarikat ini dikumpulkan melalui

bahan bacaan terutamanya melalui laporan tahunan syarikat dan akhirnya dianalisis untuk

menyelesaikan kajian ini. Syarikat-syarikat ini dipilih daripada 100 syarikat terkemuka

yang mempunyai maklumat kumpulan pengurusan dan lembaga pengarah yang lengkap.

Syarikat-syarikat ini termasuk syarikat kerajaan, syarikat swasta dan juga syarikat semi-

kerajaan.

3.5 Prosedur Kajian

Maklumat-maklumat dikumpulkan dari pelbagai sumber seperti, perpustakaan,

internet dan syarikat itu sendiri. Selepas itu, data-sata tersebut kemudian dianalisis dan

dikategorikan megikut kesesuaian dengan keperluanya. Contohnya, struktur organisasi

dalam laporan tahunan dianalisis dan penglibatan setiap etnik India dalam kumpulan

pengurusan dan lembaga pengarah dikumpul megikut kedudukan dalam syarikat.

MAC 2011

Page 24: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 24

3.6 Data Sekunder Kajian

Data sekunder digunakan untuk mencari maklumat dan untuk menjawab soalan

kajian. Data dan maklumat diambil daripada kajian-kajiand an jurnal-jurnal yang

berkaitan. Terdapat juga beberapa penerbitan yang dimuat turun dari enjin carian seperti

Google dan Yahoo. Walaubagaimanapun, kajian tentang penglibatan masyarakat India di

dalam ekonomi adalah terhad dan tidak banyak kajian dilakukan pada masalah ini. Oleh

itu, kesulitan untuk mencari bahan yang tepat dari sumber yang tepat juga dihadapi.

Selain itu, topik mengenai etnik juga merupakan isu sensitif dan ini juga mungkin

merupakan salah satu sebab mengapa tidak ada banyak kajian yang dilakukan keatas

topik ini sebelum ini. Dokumen yang telah dikumpulkan melalui kunjungan saya ke

beberapa syarikat juga telah membantu saya untuk menjawab beberapa persoalan kajian

saya.

3.7 Analisi Data

Untuk menganalisis data, data yang diperolehi daripada bahan dikategorikan

megikut jenis jawatan yang disandang oleh orang India di dalam syarikat- syarikat

tersebut. Data dikategorikan mengikut jawatan-jawatan dalam kumpulan pengurusan dan

lembaga pengarah dan kemudiannya dikategorikan dalam kumpulan yang lebih kecil

untuk memudahkan analisis dijalankan. Data dikira secara manual dan dimasukkan ke

dalam komputer menggunakan software Microsoft Excel. Hasilnya ditunjukan melalui

jumlah frekuensi dan juga menggunakan statistik bagi kategori-kategori yang lain.

MAC 2011

Page 25: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 25

3.8 Kesimpulan

Bab ini menghuraikan pendekatan metodologi penyelidikan yang digunakan di

dalam kajian ini. Pelbagai kaedah dan sumber digunakan untuk dianalisis yang akan

memberi hasil yang tepat dan boleh dipercayai. 30 syarikat di Malaysia telah digunakan

sebagai subjek kajian dan cara pengumpulan data yang diterapkan agar sesuai dengan

tujuan kajian yang sesuai. Keputusan kajian akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

MAC 2011

Page 26: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 26

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bahagian ini menunjukan analisis data-data yang telah dikumpul menggunakan

laporan tahunan organisasi-organisasi yang terlibat bagi tahun 2002, 2006 dan 2010.

Analisis data tersebut adalah berdasarkan persoalan dan objektif kajian sepertimana yang

dibincangkan di Bab 1. Sebanyak 30 organisasi-organisasi yang terkemuka di Malaysia

telah dipilih secara rawak daripada 100 oganisasi terkemuka dengan melihat kepada

maklumat lembaga pengarah dan kumpulan pengurusannya. Organisasi yang mempunyai

maklumat yang lengkap sahaja dipilih. Laporan tahunan tersebut didapati daripada laman

web Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).Data tersebut kemudiannya dikaji

menggunakan Microsoft Office Excel. Hasil kajian dibahagikan kepada tiga tahun iaitu

2002, 2006 dan 2010 agar dapat melihat perbezaan yang lebih ketara.Selain itu, ia juga

dibahagikan kepada maklumat penglibatan dalam lembaga pengarah dan kumpulan

pengurusan.

MAC 2011

Page 27: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 27

4.2 Latar Belakang Data yang Digunakan

Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah qualitatif, iaitu melalui laporan

tahunan syarikat-syarikat terkemuka di negara ini. Syarikat-syarikat ini dipilih daripada

senarai 100 syarikat terkemuka di Malaysia dan kemudiannya dipilih secara rawak

daripada syarikat yang mempunyai maklumat yang penuh mengenai lembaga pengarah

dan kumpulan pengurusannya. Ini adalah untuk memastikan supaya hasil kajian adalah

lengkap dan tepat. Syarikat-syarikat yang terlibat adalah seperti di bawah:

Ajinomoto(Malaysia) Berhad

Amanah Harta Tanah PMB

Ammb Holdings Berhad

Batu Kawan Berhad

Berjaya Sports Toto Berhad

Dialog Group Berhad

DRB-Hicom Berhad

Focal Aims Holdings Berhad

Gamuda Berhad

Hong Leong Bank

IJM Corporation Berhad

IOI Corporation Bhd.

Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK)

Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad

LPI Capital Bhd

Malayan Banking Berhad(Maybank)

Nationwide Express Courier Service Berhad

NCB Holdings Bhd

Oriental Food Industry Holdings Berhad

Petronas Dagangan Berhad

Petronas Gas Berhad (Petgas)

Ql Resources Bhd

MAC 2011

Page 28: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 28

S P Setia Berhad

Sime Darby

Ta Enterprise Berhad

Tanjung Offshore Bhd

Tenaga Nasional Berhad

Top Glove Coperation Berhad

YTL Cement Berhad

YTL Power Berhad

Laporan tahunan syarikat-syarikat ini diperolehi daripada laman Kuala Lumpur

Stock Exchange (KLSE). Maklumat tersebut disenarakan mengikut nama syarikat dan

juga mengikut tahun laporan. Kemudian carta organisasi setiap syarikat tersebut dikaji

dan data mengenai lembaga pengarah dan kumpulan pegurusan setiap syarikat dikira

secara manual dan seterusnya dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel.

Data mengenai lembaga pengarah dan kumpulan pengurusan diagihkan melalui jawatan

yang disandang di dalam setiap organisasi mengikut tiga etnik di Malaysia iaitu etnik

Melayu, Cina dan India. Maklumat yang diperolehi itu kemudiannya diringkaskan untuk

memudahkan pemahaman dan juga untuk menunjukan perbezaan yang wujud dengan

lebih ketara. Jawatan dalam lembaga pengarah diringkaskan kepada 2 kategori iaitu ketua

pegawai eksekutif (CEO) dan lain-lain jawatan. Manakala bagi jawatan-jawatan dalam

kumpulan pengurusan pula diringkaskan kepada jawatan eksekutif dan bukan eksekutif.

4.3 Analisis Objektif Kajian Yang Dikaji

MAC 2011

Page 29: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 29

4.3.1 Analisis Lembaga Pengarah dan Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2002

Jadual 4.1: Penglibatan Etnik dalam Lembaga Pengarah bagi tahun 2002

Jadual 4.2: Penglibatan Etnik dalam Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2002

Jadual 4.1 menunjukan penglibatan tiga etnik terbesar di Malaysia dalam lembaga

pengarah bagi tahun 2002. Penglibatan etnik-etnik ini dikategorikan kepada dua

kumpulan iaitu eksekutif dan bukan eksekutif. Jadual 4.1 menunjukan bahawa etnik

Melayu mempunyai peglibatan yang terbanyak iaitu sebanyak 140 orang jika

dibandingkan secara keseluruannya dan masyarakat India merupakan bilangan yang amat

sedikit iaitu seramai 13 orang jika dibandingkan dengan ketiga-tiga etnik tersebut. Bagi

jawatan eksekutif, terdapat lebih ramai etnik Cina iaitu seramai 62 orang dan diikuti

dengan etnik Melayu sebanyak 29 ornag dan kemudiannya masyarakat India sebanyak 4

orang. Manakala, bagi jawatan buka eksekutif pula, terdapat lebih ramai etnik Melayu

dan diikuti pula dengan etnik Cina dengan etnik India.

MAC 2011

JAWATAN     MELAYU CINA INDIA

Eksekutif 29 62 4

Bukan Eksekutif 111 65 9

JUMLAH     140 127 13

JAWATAN        MELAYU CINA INDIA

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 12 9 1

Lain-Lain 75 111 7

JUMLAH       87 120 8

Page 30: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 30

Jadual 4.2 menunjukan penglibatan masyarakat Cina adalah terbanyak iaitu

seramai 120 orang dan diikuti dengan masyarakat Melayu seramai 87 orang dan

kemudiannya masyarakat India seramai 8 orang. Melalui jadual tersebut juga dapat

dilihat bahawa terdapat lebih ramai etnik Melayu yang menyandang jawatan Ketua

Pegawai Eksekutif jika dibandingkan dengan etnik Cina seramai 9 orang dan seorang

untuk etnik India. Bagi jawatan selain daripada Ketua Pegawai Eksekutif, masyarakat

Cina merupakan etnik yang paling ramai terlibat iaitu seramai 111 orang dan diikuti

dengan masyarakat dari etnik Melayu seramai 75 orang dan akhir sekali etnik India

seramai 7 orang.

4.3.2 Analisis Lembaga Pengarah dan Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2006

Jadual 4.3: Penglibatan Etnik dalam Lembaga Pengarah bagi tahun 2006

Jadual 4.4: Penglibatan Etnik dalam Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2006

Penglibatan mengikut etnik dalam lembaga pengarah dan kumpulan pengurusan

bagi tahun 2006 dapat dilihat dalam jadual 4.3 dan jadual 4.4.Jadual 4.3 yang

menunjukan penglibatan setiap etnik dalam lembaga pengarah menunjukan bahawa etnik

MAC 2011

JAWATAN     MELAYU CINA INDIA

Eksekutif 18 64 1

Bukan Eksekutif 101 59 11

JUMLAH     119 123 12

JAWATAN        MELAYU CINA INDIA

Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) 16 9 0

Lain-Lain 110 144 13

JUMLAH       126 153 13

Page 31: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 31

Cina mempunyai penglibatan yang tertinggi sebanyak 123 orang dan diikuti oleh etnik

Melayu sebanyak 119 dan etnik India sebanyak 12 orang. Keadaan yang sama juga

ditunjukan dalam jadual 4.4 yang menunjukan peglibatan mereka dalam kumpulan

pengurusan. Namun, jumlah penglibatan mereka dalam kumpulan pengurusan adalah

lebih tinggi berbanding lembaga pengarah bagi tahun tersebut. Jumlah penglibatan etnik

Cina adalah 153 orang dan 126 ornag bagi etnik Melayu dan 13 orang bagi etnik India.

Jadual 4.3 menunjukan bahawa etnik Cina adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 64

orang bagi jawatan-jawatan eksekutif, dan diikuti oleh etnik Melayu sebanyak 18 orang

dan seorang untuk etnik India. Bagi jawatan-jawatan bukan eksekutif pula, etnik Melayu

adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 101 orang dan kemudian diikuti oleh etnik Cina iaitu

sebanyak 59 orang dan akhir sekali etnikIindia sebanyak 11 orang.

Jadual 4.4 pula menunjukan bahawa jawatan ketua pegawai eksekutif lebih

dipegang oleh etnik Melayu dan diikuti dengan etnik Cina dan tiada penglibatan dari

etnik India. Bagi jawatan-jawatan selain ketua pegawai eksekutif pula, etnik Cina adalah

tertinggi dengan 144 orang dan kemudiannya adalah etnik Melayu sebanyak 110 orang

dan etnik India seramai 13 orang.

4.3.3 Analisis Lembaga Pengarah dan Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2010

Jadual 4.5: Penglibatan Etnik dalam Lembaga Pengarah bagi tahun 2010

MAC 2011

Page 32: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 32

Jadual 4.6: Penglibatan Etnik dalam Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2010

Bagi jadual 4.5 dan 4.6 pula, ia menunjukan penglibatan etnik dalam lembaga

pengarah dan kumpulan pengurusan bagi tahun 2010. Bagi jawatan-jawatan eksekutif,

etnik Cina iaitu seramai 56 orang merupakan etnik yang paling banyak melibatkan diri

bagi tahun 2010 dan diikuti pula dengan etnik Melayu seramai 16 orang dan juga etnik

India seramai 2 orang. Manakala, bagi jawatan bukan eksekutif pula,lebih ramai etnik

Melayu yang melibatkan diri,iaitu seramai 101 orang dan 68 orang dari etnik Cina dan

akhir sekali seramain 10 orang dari etnik India.

Jadual 4.6 pula menunjukan bahawa etnik Melayu merupakan etnik yang paling

ramai yang menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif iaitu seramai 19 orang. Ini

kemudiannya diikuti oleh etnik Cina seramai 12 orang dan seorang bagi etnik India.

Manakala, bagi jawatan-jawatan lain dalam lembaga pengarah pula, etnik Cina

merupakan etnik yang paling ramai iaitu sebanyak 137 orang dan ini diikuti dengan etnik

Melayu seramai 132 orang dan etnik India seramain 15 orang.

MAC 2011

JAWATAN        MELAYU CINA INDIA

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 19 12 1

Lain-Lain 132 137 15

JUMLAH       151 149 16

JAWATAN     MELAYU CINA INDIA

Eksekutif 16 56 2

Bukan Eksekutif 101 68 10

JUMLAH     117 124 12

Page 33: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 33

Bagi penglibatan etnik dalam lembaga pengarah secara keseluruhanya, dapat

dilihat bahawa etnik Cina adalah yang paling tinggi, iaitu seramai 124 orang dan diikuti

oleh etnik Melayu seramai 117 orang dan kemudian etnik India seramai 12 orang. Selain

itu, penglibatan etnik dalam kumpulan pengurusan pula, etnik Melayu merupakan etnik

yang paling banyak melibatkan diri dengan jumlah penglibatan seramai151 orang dan

diikuti pula dengan etnik Cina dan India dengan jumlah 149 dan 16 orang setiap satu.

4.3.4 Perbezaan Antara penglibatan etnik India dan etnik Melayu dan Cina dalam

Lembaga Pengarah dan Kumpulan Pengurusan Malaysia bagi tahun 2002, 2006

dan 2010

Rajah 4.1: Penglibatan Etnik dalam Lembaga Pengarah bagi tahun 2002, 2006

dan 2010

MAC 2011

Page 34: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 34

Rajah 4.2: Penglibatan Etnik dalam Kumpulan Pengurusan bagi tahun 2002, 2006

dan 2010

Rajah 4.1 menunjukan perbezaan penglibatan antara etnik Melayu,Cina dan India

bagi tahun 2002,2006 dan 2010 dalam lembaga pengarah.Jelas kelihatan bahawa

penglibatan etnik Melayu dan Cina adalah dalam kadar yang hamper sama jika

dibandingkan dengan penglibatan etnik India.Rajah 4.2 menunjukan terdapat penurunan

dari tahun 2002 ke 2006 iaitu dari 13 orang kepada 12 orang dan kemudiannya kekal

kepada 12 orang pada tahun 2010.Jumlah ini menunjukan bahawa tidak ada banyak

perbezaan dalam penglibatan etnik India dalam lembaga pengarah dalam tempoh masa

tersebut.

Bagi tahun 2002,etnik Melayu mempunyai penglibatan yang tertinggi dan bagi

tahun 2006 dan 2010 etnik Cina pula yang mempunya penglibatan yang tertinggi.Etnik

India pula jauh ketinggalan daripada kedua-dua etnik tersebut. Dari rajah 4.1, dapat

dilihat bahawa terdapat penurunan dalam penglibatan dari tahun 2002 ke 2010 untuk

etnik Melayu.Manakala,pebglibatan etnik Cina mempunyai penurunan dari tahun 2002 ke

2006 dan kemudiannya meningkat sedikit pada tahun 2010.

MAC 2011

Page 35: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 35

Rajah 4.2 pula menunjukan penglibatan etnik-etnik tersebut dalam kumpulan

pengurusan bagi tahun 2002, dan 2010.Dari rajah tersebut,dapat dilihati bahawa

walaupun Etnik India masih ketinggalan jika dibandingkan dengan etnik Melayu dan

Cina, namun, penglibatan mereka meningkat dari 2002 ke 2006 dan 2010.

Walaubagaimanapun, peningkatan tersebut tidaklah begitu banyak.

Bagi etnik Melayu dan Cina pula,etnik Cina mempunyai penglibatan yang

tertinggi pada tahun 2002. Selain itu, etnik Melayu dan Cina memunyai penglibatan yang

sama pada tahun 2006 dan tahun 2010 menunjukan penglibatan tertinggi oleh etnik

Melayu.

Bagi etnik Melayu terdapat peningkatan yang mendadak dalam penglibatan dari

tahun 2002 ke 2006.Namun jatuh sedikit pada tahun 2010.Namun,penurunan itu

tidakalah begitu banyak.Peningkatan juga dapat dilihat bagi etnik Cina dari tahun 2002

ke 2006.Walaubagaimanapun,terdapat sedikit penurunan dari tahun 200 ke 2010.

4.4 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan segala analisis penglibatan pelbagai etnik di

Malaysia mengikut penglibatan mereka dalam lembaga pengarah dan kumpulan

pengurusan organisasi-organisasi. Dapatan kajian yang dibentangkan dalam bab ini telah

menepati kehendak kajian yang dijalankan. Dapatan melalui kekerapan adalah memadai

untuk menunjukan penglibtan mereka.Kesimpulan perbincangan lanjut kajian ini telah

diterangkan dalam Bab 5 dimana rumusan berdasarkan persoalan dan objektif kajian dan

secara keseluruhannya telah dibentangkan.

MAC 2011

Page 36: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 36

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan untuk mnunjukan hasil kajian yang berkaitan dengan objektif

kajian dan persoalan kajian ini. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penglibatan

etnik India dalam sistem ekonomi negara yang akan dilihat dari segi penglibatan mereka

dalam lembaga pengarah dan juga kumpulan pengurusan 30 organisasi-organisasi yang

terkemuka di Malaysia Semua data dikutip, dan kemudiannya dianalisi untuk

menjadikannya maklumat yang boleh digunakan untuk melihat perbezaan dan untuk

mendapat maklumat mengenai penglibatan etnik etnik di Malaysia dan untuk melihat

tahap penglibatan etnik India secara khususnya. Dalam kajian ini, laporan tahunan

organisasi memainkan peranan yang sangat penting sebagai instrumen kajian bagi

mencapai objektif dan persoalan kajian. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan di

bahagian akhir bab.

MAC 2011

Page 37: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 37

5.2 Perbincagan Kajian

5.2.1 Penglibatan masyarakat India dalam Lembaga Pengarah

Hasil daripada kajian ini,dapat dilihat bahawa penglibatan masyarakat India dalam

Lembaga Pengarah adalah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan penglibatan etnik

Melayu dan Cina. Tambahan lagi, dari tahun 2002 ke 2006, dapat dilihat bahawa terdapat

penurunan dalam penglibatan mereka secara keseluruhannya.

5.2.2 Penglibatan masyarakat India dalam Kumpulan Pengurusan

Dari segi penglibatan dalam kumpulan pengurusan pula, kajian menunjukan

bahawa terdapat sedikit peningkatan dari tahun 2002 shingga 2010. Namun, peningkatan

tersebut amatlah sedikit.Malah, walaupun terdapat peningkatan, namun,peningkatan

tersebut masih tidak selari dengan dengan etnik Melayu dan Cina.

MAC 2011

Page 38: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 38

5.2.3 Penglibatan masyarakat India dari segi Jawatan yang disandang.

Hasil kajian ini menunjukan bahawa etnik India lebih terlibat dalam jawatan-

jawatan bukan eksekutif berbanding jawatan-jawantan eksekutif. Selain itu, mereka juga

lebih banyak terlibat dalam jawatan-jawatan selain daripada Ketua Pegawai Eksekutif

seperti pengarah,pengurus besar, pengawal kumpulan kanan dan banyak lagi. Bagi

jawatan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, penglibatan masyarakat India amatlah kurang.

5.2.4 Penglibatan masyarakat India secara keseluruhan

Tambahan lagi, hasil kajian ini juga menunjukan dengan jelas bahawa penglibatan

etnik India adalah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan etnik Melayu dan Cina bagi

tahun bagi tempoh 2002, 2006 dan 2010. Penglibatan etnik Melayu dan Cina adalah lebih

ramai daripada etnik India dalam semua kategori bagi tahun tersebut. Bagi etnik Melayu

dan Cina pula, perbezaan antara kedua etnik ini tidaklah begitu ketara. Kajian ini boleh

digunakan untuk mempersoalkan penglibatan etnik India yang tidak begitu terlibat dalam

pengurusan sesebuah syarikat dan ini juga menunjukan bahawa etnik India tidak begitu

terlibat dan juga tidak banyak mempengaruhi keadaan sistem ekonomi negara ini.

MAC 2011

Page 39: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 39

5.3 Cadangan Kajian

5.3.1Cadangan kajian masa depan

Berdasarkan hasil kajian ini yang menunjukan penglibatan etnik India yang amat

berbeza lebih banyak kajian mengenai topik ini patut dijalankan. Antara kajian yang

dapat dijalankan adalah seperti:

1. Kajian mengenai faktor-faktor yang mewujudkan ketidakstabialan penglibatan

etnik-etnik di negara ini.

2. Kajian untuk mencari cara-cara untuk megimbangkan penglibatan setiap etnik.

3. Kajian mengenai kesan-kesan penglibatan etnik yang tidak seimbang.

5.3.2 Cadangan Pengumpulan Data

Kajian ini tidak dapat digunakan secara umum untuk menyatakan bahawa

penglibatan etnik India di Malaysia adalah amat sedikit.Ini kerana kajian ini dibuat

menggunakan data daripada 30 organisasi sahaja.Seperti yang kita sedia maklum,terdapat

banyak lagi organisasi yang beroperasi di negara ini.Oleh itu, candangan juga diberikan

untuk membuat pengumpulan data yang lebih besar untuk mendapatkan hasil keputusan

yang lebih tepat.

MAC 2011

Page 40: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 40

5.4 Kesimpulan Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukan bahawa, ekonomi negara Malaysia

tidak banyak dipengaruhi oleh masyarakat dari etnik India jika dibandingkan dengan

masyarakat dari etnik Melayu dan Cina walaupun etnik India juga tergolong daripada

etnik utama di negara ini.walaubagaimanapun, kajian ini juga menunjukan bahawa

terdapat peningkatan dalam penglibatan mereka walaupun penglibatan tersebut tidak

begitu ketara.

Penglibatan masyarakat dari etnik India dalam Lembaga pengarah dan Kumpulan

Pegurusan adalah yang paling kurang diantara ketiga-tiga etnik utama di Malaysia bagi

tahun 2002,2006 dan 2010. Hasil kajian ini juga menunjukan bahawa etnik India lebih

banyak melibatkan diri dalam jawatan-jawatan bukan eksekutif dan juga penglibatan

merka yang juga amat kurang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

MAC 2011

Page 41: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 41

Rujukan

Kuratko,D.F.(2009). Entrepreneurship-Theory,Process,Practice.8TH edition.South-

Western Cengage Learning.

Lee, Hock Guan (2000).Ethnic Relations in Peninsula Malaysia: The Cultural and

Economic Dimensions. Institute of Southeast Asian Studies.

Leo P. D. (2001), The education and training of entrepreneurs in Asia. Christchurch,

New Zealand. University of Canterbury. Department of Management

Lewis P.S. et al (2001). Management –challenges in the 2st century vol. 3. South-

Western College Publishing.

Ministry of Information and Broadcasting Malaysia (1999). Malaysia Merdeka-Maju

(Freedom and Progress).

Mirzan Mahathir et al. (2002). 21st Century Malaysia. Malaysia: Asian Strategy

&Leadership Institute (ASLI).

Moore,W.K.(2004).Malaysia-a pictorial history 1400-2004.Archipelago PressZurina

Norliza Mohd Salleh et al. (2005).National conference on Management of Technology

and Technology Entrepreneurship.Universiti Teknologi Malaysia.

N. Thiruselvam (2005).Masyarakat India di Malaysia:Isu dan Masaalah RMK 8

Cadangan RMK 9.Yayasan Strategik Sosial.

MAC 2011

Page 42: BAB 1 2 3 4 5

JASVINDER KAUR A/P AMAR SINGH 42

P. Waytha Moorthy(2007). An Assessment of The Human Rights og The People of

Indian Origin in Malaysia. Federation of Human Rights Organizations.

Saw, Swee Hock (1947). Estimation of the Interstate Migration in Peninsular Malaysia.

Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Shafii et al. (2009). Ethnic Heterogeneity in the Malaysian Economy vol.2/8.

The Journal of International Social Research

Sime Darby Berhad (2005).Malaysia at 50:Country that Could.

United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP)

(1086).Population of Malaysia-Country Monograph series no.13.

Wong,Kim Min (2008). The birth of Malaysia vol.3.Sweet & Maxwell Asia.

L. Boone et al. (2006). The Determinants of Corporate Board Size and Independence: An

Empirical Analysis. Journal of Financial Economics

MAC 2011