b io d at penul s

2
Beliau dilahirkan pada 26 Februari 1971 di Betong, Sarawak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian dari Open University Malaysia (OUM) dan Sijil Asas Perguruan dari Maktab Perguruan Rajang dengan pengkhususan Pengajian Bahasa Melayu. Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Januari 1997 di SMK Bahasa Malaysia, Saratok. Kini beliau mengajar di SMK Kalaka semenjak Jun 2017. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Iban sejak tahun 2001 hingga sekarang. Kini mengajar mata pelajaran Bahasa Iban sepenuh masa dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Beliau merupakan salah seorang penulis buku teks KSSM Bahasa Iban Tingkatan kegunaan 2017. Selain itu, beliau terlibat aktif sebagai panel bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kini beliau menjadi Ketua Panitia Bahasa Iban dan Ketua Pentaksir Bahasa Iban Tingkatan 3 di SMK Kalaka. Beliau dilahirkan pada 18 April 1985 di Engkilili. Mendapat pendidikan di SRK Sedarat (1992-1997), SMK Engkilili (1998-2002) dan SMK Simanggang, Sri Aman, Sarawak (2003-2004). Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak (2005-2008) sebelum berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Engkilili (2008-2011). Beliau mendapat tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dalam Pendidikan Bahasa Iban daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2012-2013) dan kemudian berkhidmat di SMK Simunjan No.1 (2014 - kini). Beliau juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Iban serta pernah menjadi Pentaksir Kawasan PT3 daerah Simunjan (2016-2019), panel penggubal item PT3 (2017-2019), panel penilai buku teks (peringkat NSK) Bahasa Iban Tingkatan 3 (2018) dan Tingkatan 4 (2019) serta panel Lembaga Peperiksaan Malaysia (2015- 2019). Pernah memenangi hadiah saguhati penulisan Esei Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak (2015 dan 2016) serta Pertandingan Mengarang Cerpen Integriti anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (2019). Kini, beliau merupakan penuntut semester akhir pengajian peringkat Sarjana Pendidikan dalam Kurikulum dan Pedagogi di Universiti Kebangsaan Malaysia. RICKY ADON CHUAT ROSITA ANAK KUNYO B iodata P e n u l i s

Upload: others

Post on 05-Oct-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: B io d at Penul s

Beliau dilahirkan pada 26 Februari 1971 di Betong, Sarawak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian dari Open University Malaysia (OUM) dan Sijil Asas Perguruan dari Maktab Perguruan Rajang dengan pengkhususan Pengajian Bahasa Melayu. Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Januari 1997 di SMK Bahasa Malaysia, Saratok. Kini beliau mengajar di SMK Kalaka semenjak Jun 2017. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Iban sejak tahun 2001 hingga sekarang. Kini mengajar mata pelajaran Bahasa Iban sepenuh masa dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Beliau merupakan salah seorang penulis buku teks KSSM Bahasa Iban Tingkatan kegunaan 2017. Selain itu, beliau terlibat aktif sebagai panel bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kini beliau menjadi Ketua Panitia Bahasa Iban dan Ketua Pentaksir Bahasa Iban Tingkatan 3 di SMK Kalaka.

Beliau dilahirkan pada 18 April 1985 di Engkilili. Mendapat pendidikan di SRK Sedarat (1992-1997), SMK Engkilili (1998-2002) dan SMK Simanggang, Sri Aman, Sarawak (2003-2004). Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak (2005-2008) sebelum berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Engkilili (2008-2011). Beliau mendapat tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dalam Pendidikan Bahasa Iban daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2012-2013) dan kemudian berkhidmat di SMK Simunjan No.1 (2014 - kini). Beliau juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Iban serta pernah menjadi Pentaksir Kawasan PT3 daerah Simunjan (2016-2019), panel penggubal item PT3 (2017-2019), panel penilai buku teks (peringkat NSK) Bahasa Iban Tingkatan 3

(2018) dan Tingkatan 4 (2019) serta panel Lembaga Peperiksaan Malaysia (2015-2019). Pernah memenangi hadiah saguhati penulisan Esei Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak (2015 dan 2016) serta Pertandingan Mengarang Cerpen Integriti anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (2019). Kini, beliau merupakan penuntut semester akhir pengajian peringkat Sarjana Pendidikan dalam Kurikulum dan Pedagogi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

RICKY ADON CHUAT

ROSITA ANAK KUNYO

Biodata Penulis

Page 2: B io d at Penul s

MADIAH ANAK NYINGAT

ELVIS EMPAWIE ANAK SELA

Beliau dilahirkan pada 24 April 1972 di Betong, Sarawak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Bahasa Melayu Sekolah Rendah di Asia e-University dan Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Sarawak Miri dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan Geografi sekolah menengah. Mula berkhidmat di SMK Datu Patinggi Kedit, Betong sejak 1997 sehingga kini. Pernah terlibat sebagai penulis Skrip Radio Pendidikan PSPN Sarawak (2005 - 2006). Pernah menjadi fasilitator Bahasa Iban Tingkatan 2 dan sebagai panel pengubal DSKP Bahasa Iban Tingkatan 5 bersama BPK. Beliau pernah menjadi pemeriksa kertas Bahasa Iban PMR (2006-2013), Ketua Pentaksir Kawasan PT3 (2014–2018) dan Ketua Pentaksir Negeri PT3 (2019) serta terlibat aktif bersama Lembaga Peperiksaan. Beliau pernah terlibat sebagai Pembaca Pruf Teks Kamus Bahasa Iban-Bahasa Malaysia (Edisi Semakan) DBP 2015. Pernah juga menjadi Panel Pembaca Luar DBP bagi Buku Teks Bahasa Iban kegunaan Tingkatan 4 (2020). Kini, beliau merupakan Ketua Panitia dan mengajar mata pelajaran Bahasa Iban sepenuh masa dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di sekolah yang sama.

Berasal dari Kapit dan dilahirkan di Tatau, Bintulu. Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah dari tahun 1993 sehingga 1999 di SMK Kapit, Sarawak sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Pembangunan di Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 2000 sehingga 2003. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam pengajian Bahasa Iban pada tahun 2012. Penempatan pertama di SMK Kapit No. 2 pada tahun 2014 sehingga tahun 2017. Kini beliau berkhidmat di SMK Baru Bintulu sejak tahun 2018. Beliau mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Iban sejak 2014 sehingga kini. Beliau juga pernah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni dan Visual. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Iban di sekolah. Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pentaksir Kawasan Pentaksiran Tingkatan 3 (2014-2017).